Arahantugasanbnk 12021

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN

VOKASIONAL
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
86400 BATU PAHAT
JOHOR

KERTAS ARAHAN TUGASAN

TAJUK TUGASAN:
TUGASAN BERKUMPULAN

KOD PROGRAM : BBA, BBB, BBC, BBD, BBE, BBF DAN BBG
SEM/SESI : 1 / 2020/2021
KOD KURSUS : BBD30302
NAMA KURSUS : BIMBINGAN DAN KAUNSELING
NAMA PENSYARAH 1. Dr. Nurul Hidayah Liew Abdullah (Penyelaras kursus)
2.
3.
4.
TUJUAN TUGASAN 1. Tujuan utama tugasan ini dilaksanakan adalah untuk memberi pengalaman
kepada pelajar mendapatkan maklumat berkaitan bimbingan dan kaunseling
2. Mengenal pasti permasalahan yang dihadapi oleh pelajar
sekolah dengan menggunakan pengetahuan dan kemahiran
bimbingan dan kaunseling dengan betul
3.
ARAHAN TUGASAN:

Pelajar dikehendaki mencari bahan/maklumat terkini dengan memilih salah satu tajuk seperti tajuk
berikut:
a. Konsep Asas Bimbingan dan Kaunseling
b. Falsafah Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
c. Sifat-sifat Seorang Kaunselor
d. Prosedur Menjalankan Proses Kaunseling
e. Kemahiran-Kemahiran Asas Dalam Kaunseling
f. Teori-teori Kaunseling (Perbandingan Kaunseling Barat dan Islam, Teori Psikoanalisis,
Teori Pemusatan Klien (Client–Centred Therapy).
g. Teori-teori Kaunseling (Teori Psikologi Alfred Adler, Teori Perlakuan, Teori Realiti)
h. Teori-teori Kaunseling (Terapi Rasional-Emotif (RET), Teori Gestalt, Teori Ekletik)
i. Perkhidmatan Bimbingan di Sekolah
j. Bidang-bidang Pelajaran
k. Penggunaan Ujian dalam Bimbingan
l. Etika Kaunseling
TEMPOH TUGASAN:
Tugasan ini dijalankan secara berkumpulan seramai 8 orang. Pembentangan secara
persembahan nasyid kontemporari dan akan dinilai dari segi isi, penghayatan, kerjasama
dan keunikan persembahan. Kreativiti, isi, susunan dan keunikan dalam persembahan video
akan mempengaruhi markah yang akan diberi. Laporan bertulis perlu dihantar melalui
turnitin. Hanya indeks laporan similarity kurang dari 30% sahaja akan disemak. Bagi yang
31% dan ke atas tidak akan disemak serta markah 0% akan diberikan kepada kumpulan
tersebut.
PELAKSANAAN TUGASAN:
Cadangan pelaksanaan aktiviti adalah seperti berikut :

Aktiviti Minggu
1. Merancang aktiviti dalam kumpulan berkaitan dengan topik yang terdapat dalam
RPP
2. Menjalankan pencarian maklumat berkaitan topik secara berkumpulan
3. Berlatih lakonan/video bersama ahli dan kaitan dengan tajuk yang perlu
dibentangkan
4. Pembentangan topik yang ditentukan oleh ketua kelas
5. Menulis laporan penuh berserta rujukan setiap kumpulan dan perlu dihantar pada
minggu ke-12.
TARIKH PENGHANTARAN TUGASAN:
Tempoh pelaksanaan projek ini ialah dari minggu pertama sehingga minggu ke-12. Laporan
dan pembentangan perlu dihantar pada minggu ke-12.
KEPERLUAN TUGASAN:
Laporan Bertulis
1. Muka hadapan [Tajuk (Kreativiti kumpulan masing-masing), nama (Ikut urutan abjad)
& no. matrik ahli]
2. Isi kandungan
3. Abstrak
4. Pengenalan
5. Isi Maklumat
6. Rumusan/Kesimpulan
7. Rujukan

PEMARKAHAN:
Berdasarkan kepada pematuhan laporan penuh yang dinyatakan mengikut rubrik
pembentangan dan penulisan laporan penuh.

RUBRIK PEMARKAHAN:
Pembentangan -15%
Laporan Penuh -10% (Minimum 20 muka surat)

Disediakan oleh:
Penyelaras Kursus

You might also like