Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

TAKLIMAT KEBAJIKAN PELAJAR

Ke pekan kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, salam Minggu Haluan Siswa.

Selamat datang ke program Minggu Haluan Siswa MHS bagi program Ijazah Sarjana Muda sesi Oktober
2021/2022.

Sekali lagi saya ucapkan Syabas dan tahniah buat adik adik mahasiswa baharu dan selamat datang ke keluarga
besar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia UTHM.

Baiklah, saya Ilyana Najihah selaku moderator anda pada petang ini. Untuk pengetahuan para pelajar yang kini
berada di atas talian, tujuan slot ini diadakan adalah untuk merungkai segala informasi dan juga perkongsian
berkaitan Kebajikan pelajar di UTHM.

Hadir bersama kita pada hari ini adalah panel jemputan kita yang sudah cantik pasti bergaya iaitu Puan Suhailah
binti Muhammad Philip iaitu Ketua Bahagian Kebajikan dan Kesejahteraan Pelajar Pejabat Hal Ehwal Pelajar
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Baiklah orang kata tak kenal maka tak cinta bukan? Jadi molek lah sekiranya kita berkenalan terlebih dahulu
dengan panel jemputan kita. Beliau telah berkhidmat selama 25 tahun pada tahun 1996 dan sungguh lama ya
para hadirin sekalian. Boleh dikatakan panel jemputan kita cukup lah istimewa kerana boleh dikatakan juga beliau
adalah orang lama UTHM.

Beliau pernah menjawat jawatan sebagai setiausaha pejabat kepada 2 orang mantan naib canselor university tun
Hussein Onn Malaysia dan penolong pendaftar pusat perumahan pelajar dan kini beliau menjawat jawatan
sebagai penolong pendaftar di pejabat hal ehwal pelajar.

Sebelum saya menyerahkan slot ini kepada panel jemputan, suka untuk saya ingatkan kepada para pelajar agar
bersedia dengan pen dan buku nota di tangan. Banyak info penting yang perlu pelajar ambil maklum. Jangan lupa
juga untuk mengisi borang kehadiran pelajar melalui pautan google form yang disediakan.

Baiklah, tanpa membuang masa kita berkenalan dengan panel jemputan kita iaitu Puan Suhailah binti
Muhammad Philip. Baik, apa khabar puan?

*berbual kejap*

Tanpa melengahkan masa, kita bergerak ke objektif kita pada petang ini iaitu berkenaan Kebajikan Pelajar
UTHM. Dipersilakan.

*Soalan yang dibangkitkan:

- Bantuan kewangan yang ada di UTHM?

- Apa jenis bantuan yang boleh disalurkan kepada pelajar semasa pembelajaran secara atas talian?

- Sekiranya pelajar ada masalah kesihatan, di mana pelajar boleh rujuk di Universiti? Apakah bentuk rawatan
yang disediakan
Adik adik mahasiswa sekalian, jangan lupa untuk langgani youtube channel kami MHS UTHM, ikuti Instagram
rasmi kami @MHS_UTHM dengan menggunakan hashtag #KamiHussein #studentlife
Jadi dengan berakhir perkongsian itu tadi, maka berakhirlah slot kita pada petang ini. Stay safe, stay at home.
KITA JAGA KITA.

Saya Ilyana Najihah moderator anda diakhiri ucapan terima kasih dan assalamualaikum.

You might also like