Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Budaya kesukarelawan dalam kalangan remaja pada masa kini semakin terhakis.

Menyedari keadaan
yang sedang berlaku, pelbagai usaha bagi memupuk amalan murni ini wajar diberi perhatian demi
mengukuhkan jati diri mereka. Bincangkan
ISU Budaya kesukarelawan dalam kalangan remaja.
FOKUS SOALAN 1. Faktor budaya kesukarelawan semakain terhakis.
2. Usaha bagi memupuk budaya kesukarelawan.
SKEMA
IDEA 1. Kurang mengamalkan ajaran agama dan moral.
2. Sikap mementingkan diri.
3. Sibuk dengan aktiviti harian.
4. Pendidikan.
5. Program peningkatan kesedaran.

Kini, industri inap desa semakin mendapat tempat dalam kalangan pelancong. Industri inap desa
mempunyai potensi yang tidak kurang pentingnya kepada pembangunan negara. Walau
bagaimanapun, industri ini masih berhadapan dengan cabaran-cabaran tertentu. Bincangkan.
ISU Tempat industri inap desa dalam kalangan pelancong.
FOKUS SOALAN 1. Kepentingan industri inap desa kepada pembangunan negara.
2. Cabaran mengembangkan industri inap desa.
SKEMA
IDEA 1. Memajukan sektor pelancongan.
2. Mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat.
3. Membantu meningkatkan ekonomi negara.
4. Masalah kekurangan modal.
5. Daya tarikan yang kurang menarik.

Pembangunan fizikal merupakan suatu ikon pembangunan negara secara komprehensif. Namun,
pembangunan modal insan juga tidak boleh di abaikan. Ulaskan.
ISU Pembangunan negara secara komprehensif.
FOKUS SOALAN 1. Langkah melahirkan modal insan.
2. kebaikan pembangunan modal insan.
SKEMA
IDEA 1. Memperkasa pengajian tinggi.
2. Mempergiat program latihan dan kemahiran
3. Memantapkan bidang pendidikan sekolah menengah dan rendah.
4. Membangunkan warga muda yang berdisiplin.
5. Menyediakan sumber tenaga yang berkualiti.

Selain daripada membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat, kualiti kehidupan masyarakat ke
arah negara maju boleh ditingkatkan melalui penyediaan kemudahan lain. Bincangkan.
ISU Kualiti hidup masyarakat ke arah negara maju.
FOKUS SOALAN 1. Kelebihan membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat.
2. Langkah untuk meningkatkan kualiti hidup masyarkat.
SKEMA
IDEA 1. Mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan masyarakat.
2. Meningkatkan ekonomi negara.
3. Menyediakan pendidikan dan latihan berkualiti.
4.Meningkatkan kemudahan infrastuktur.
5.Membuka peluang pekerjaan.

1
Penghayatan ajaran agama bukanlah satu-satunya pengaruh dalaman yang menentukan tahap
kesejahteraan hidup rakyat pelbagai kaum di negara ini. Bincangkan.
ISU Pengaruh dalaman yang menentukan tahap kesejahteraan hidup rakyat.
FOKUS SOALAN 1. Kepentingan kesejahteraan hidup rakyat.
2. Cara untuk mengekalkan tahap kesejahteraan hidup rakyat.
SKEMA
IDEA 1. Mengurangkan kadar jenayah.
2. Mendalami ajaran agama.
3. Suasana menjadi menjadi aman dan tenteram.
4. Meningkat kesepaduan sosial dan perpaduan nasional.
5. Mengelakkan diskriminasi dan tidak menyentuh isu sensitif suatu kaum.

Mutakhir ini amat ketara kos sara hidup rakyat kian meningkat. Fenomena ini sememangnya
membebankan kehidupan mereka terutamanya golongan yang berpendapatan rendah. Huraikan.
ISU Kos sara hidup rakyat meningkat.
FOKUS SOALAN 1. Faktor peningkatan kos sara hidup.
2. Usaha untuk mengatasi masalah kewangan bagi golongan berpendapatan
rendah.
SKEMA
IDEA 1. Kos bahan mentah yang diimport tinggi.
2. Kenaikan gaji yang tidak setaraf.
3. Peningkatan kadar inflasi.
4. Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.
5. Meminimumkan pengunaan kenderaan atau pengangkutan.

Kepelbagaian sumber semulajadi yang dimiliki oleh Malaysia merupakan aset berharga dalam menjana
ekonomi penduduk bagi meningkatkan taraf hidup mereka. Huraikan
ISU Kepelbagaian sumber semula jadi yang dimiliki oleh Malaysia.
FOKUS SOALAN 1. Kepentingan sumber semulajadi kepada ekonomi.
2. Langkah untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat.
SKEMA
IDEA 1. Dapat menyumbangkan pendapatan kepada ekonomi negara.
2. Membangunkan kemudahan infrastuktur.
3. Dapat memajukan pengunaan teknologi terkini.
4. Meningkatkan kadar produktiviti.
5. Menyediakan latihan dan pembangunan modal insan.

Sektor pertanian di Malaysia terbukti berupaya menjana pertumbuhan ekonomi negara walaupun
dibelenggu oleh cabaran semasa. Jelaskan.
ISU Sektor pertanian di Malaysia dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi.
FOKUS SOALAN 1. Faktor pertumbuhan sektor pertanian di Malaysia.
2. Cabaran yang dihadapi untuk menjana pertumbuhan ekonomi dari sektor
ekonomi.
SKEMA
IDEA 1. Mendapat permintaan tinggi.
2. Mempunyai tenaga buruh yang terlatih dan cekap.
3. Mempunyai tempat yang strategik untuk aktiviti pertanian.
4. pendemik wabak.
5. Eksport negara mempunyai kandungan import yang tinggi.

“SELAMAT MENJAWAB”

You might also like