Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 57

PROGRAM PERANTIS GURU 2 (PPG 2)

2020

LAPORAN PROGRAM PERANTIS GURU 2


(PPG 2)

NAMA MUHAMMAD IZZARUL AIZEK BIN


MOHD ZULKIFLI
NO. MATRIK D20172081148
NO. KAD PENGENALAN 971222-07-5297
PROGRAM AT59- IJAZAH SARJANA MUDA
PENDIDIKAN (PENDIDIKAN
JASMANI) DENGEN KEPUJIAN
FAKULTI FAKULTI SAINS SUKAN DAN
KEJURULATIHAN
SENARAI KANDUNGAN

PERKARA MUKASURAT

PENGENALAN 1

1.0 PENGETAHUAN DALAM SUKATAN/DOKUMEN 3

KANDUNGAN MATAPENGAJARAN

2.1 KEMAHIRAN DALAM AMALAN PDP GURU 17


PEMBIMBING
2.2 REFLEKSI TERHADAP PROSES PDP 28
GURU PEMBIMBING
29

3.1 KEMAHIRAN DALAM AMALAN PDP GURU PELATIH


3.2 RANCANGAN PENGAJARAN DAN 31
PEMBELAJARAN
3.3 REFLEKSI TERHADAP PROSES PDP 32
GURU PELATIH
37
4.0 KEMAHIRAN DALAM AKTIVITI PENGURUSAN
SEKOLAH
38
5.0 KEMAHIRAN DALAM PENGURUSAN
KOKURIKULUM DAN REFLEKSI
44

PENUTUP
52
LAMPIRAN
53
PROGRAM PERANTIS GURU 2 (PPG 2) 1
2020
PENGENALAN
Program Perintis Guru 2 (PPG2) ini merupakan kesinambungan kepada Program
Perintis Guru 1 (PPG1) yang telah dijalani oleh semua pelajar yang mengambil Ijazah
Sarjana Muda Pendidikan. Program Perintis Guru atau dikenali sebagai PPG ini
merupakan suatu program pembaharuan yang diilhamkan daripada program yang
dipanggil ROS suatu ketika dahulu. Program ini bertujuan untuk memberi
pendedahan awal kepada para pelajar dalam bidang pendidikan untuk mendapatkan
pengalaman dan gambaran awal mengenai suasana sebagai seorang guru di sekolah.
Pada 19 hari bulan Januari 2020, saya telah mendaftarkan diri di Sekolah
Menengah Kebangsaan (A) Dato’ ismail yang terletak Daerah Pasir Puteh, Kelantan
bagi menjalani Program Perintis Guru 2 (PPG2) selama sebulan iaitu, bermula pada 19
hari bulan Januari 2020 sehingga 13 hari bulan Februari 2020. Saya memilih sekolah
tersebut atas sebab lokasi sekolah ini adalah berdekatan dengan kawasan rumah saya
memandangkan pihak Pusat Latihan Mengajar UPSI juga menyarankan pelajar UPSI
untuk menjalankan PPG ini berdekatan dengan tempat tinggal kami sahaja.
Sepanjang Program Perantis Guru 2 (PPG2) berlangsung, guru pembimbing
saya iaitu Encik Lukman Bin Hj. Mohamed yang mengajar mata pelajaran Pendidikan
Jasmani dan Pendidikan Kesihatan bagi tingkatan 2 serta mata pelajaran Sains bagi
tingkatan 2. Beliau merupakan seorang guru yang sangat proaktif dalam pengurusan
sekolah dan merupakan ketua panitia untuk subjek sains. Saya telah banyak
mempelajari ilmu berkaitan teknik pengurusan bilik darjah di dalam dan di luar kelas.
Beliau juga turut memberikan pendedahan kepada saya mengenai pendekatan teknik
pembelajaran abad ke 21 dalam kelas PJK yang biasa dijalankan di sekolah tersebut.
Beliau juga merupakan guru baru di sekolah tersebut tetapi di dalam bidang guru
pendidikan jasmani, beliau telah menyumbangkan banyak sumbangan kepada sekolah
lama beliau dan mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Jasmani serta Ijazah
sarjana pendidikan.
TUGASAN 1
1.1 SUKATAN PENGAJARAN MENENGAH RENDAH DAN ATAS BAGI
SUBJEK PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
1.2 PERKAITAN ANTARA TAJUK SUKATAN
1.1 SUKATAN PENGAJARAN MENENGAH RENDAH DAN ATAS BAGI
SUBJEK PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

Sukatan Mata Pelajaran Daripada Pihak Sekolah.

Sukatan Menengah Rendah

Tingkatan 1: Menggunakan Dskp Tingkatan 1 (KSSM)


Tingkatan 2: Menggunakan Dskp Tingkatan 2 (KSSM)
Tingkatan 3: Menggunakan Dskp Tingkatan 2 (KSSM)
PROGRAM PERANTIS GURU 2 (PPG 2) 10
2020
KSSM digubal dalam bentuk pernyataan standard bagi membolehkan semua
murid memperoleh pendidikan yang sama dan berkualiti. Akauntabiliti pentadbir dan
guru dapat memastikan semua murid melepasi piawaian standard yang telah
ditetapkan bagi semua murid melepasi piawaian standard yang ditetapkan bagi setiap
mata pelajaran. Pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan standard
pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh dan tahap
persekolahan.
KSMM mengekalkan semua prinsip KBSM seperti kesinambungan pendidikan
rendah dengan pendidikan menengah. Di peringkat rendah, penekanan ialah kepada
kemahiran-kemahiran asas membaca, menulis, mengira dan menaakul; pengetahuan
asas yang dapat menjamin perkembangan potensi secara menyeluruh, dan asas nilai-
nilai murni. Kemahiran-kemahiran tersebut diperkembangkan dan diperkukuhkan di
peringkat menengah. Ilmu dipertingkatkan dan diperluaskan. Sementara itu, nilai-nilai
murni pula diperluaskan dan diperkukuhkan lagi.
Mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan memberi
penekanan kepada pembelajaran berdasarkan kemahiran asas pergerakan dan amalan
gaya hidup sihat melalui domain psikomotor, kognitif, dan afektif. Selain itu, murid
akan menguasai pengetahuan, kemahiran, dan nilai yang akan digunakan untuk
mengekalkan kecergasan dan kesihatan diri ke arah kesejahteraan hidup serta jangka
hayat yang panjang dan berkualiti melalui pengalaman pembelajaran Pendidikan
Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Kurikulum Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan memberi penekanan kepada peningkatan pembangunan kendiri dari segi
fizikal, mental, emosi, sosial, keselamatan, tanggungjawab kendiri, interaksi dan
kerjasama. Murid menggunakan dan meningkatkan kemahiran penyelidikan, berfikir
secara kritikal dan mengaplikasi pengetahuan saintifik, strategi, kemahiran motor,
kemahiran kecekapan psikososial dan nilai dalam situasi sebenar kehidupan harian.
Namun, laporan ini hanya menumpukan pada peringkah menengah rendah dan atas
sahaja.
Pada peringkat menengah rendah iaitu Tingkatan 1, 2 dan 3, kurikulum mata
pelajaran ini direalisasikan melalui Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(DSKP) yang merupakan dokumen wajib yang perlu dirujuk oleh guru untuk
merancang dan mentaksir pengajaran dan pembelajaran. Sebelum ini, kurikulum yang
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani
Tingkatan 1, 2 dan 3 adalah berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM) iaitu dengan merujuk Huraian Sukatan Pengajaran bagi merancang aktiviti
dan menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap
kematangan murid.
Standard Kurikulum Sekolah Menengah (KSSM) dibina berasaskan enam tunjang,
iaitu Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan, Keterampilan Diri,
Perkembangan Fizikal dan Estetika serta Sains dan Teknologi. Enam tunjang tersebut
merupakan domain utama yang menyokong antara satu sama lain dan disepadukan
dengan pemikiran kritis, kreatif, dan inovatif. Kesepaduan ini bertujuan
membangunkan modal insan yang menghayati nilai-nilai murni berteraskan
keagamaan, berpengetahuan, berketerampilan, berpemikiran kritis, dan kreatif serta
inovatif sebagaimana yang digambarkan dalam Kurikulum Pendidikan Jasmani
digubal berdasarkan kerangka KSSM iaitu memberi fokus kepada tunjang
perkembangan fizikal dan estetika yang memberi penekanan kepada perkembangan
jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri.
PERBEZAAN TEACHING GAME FOR UNDERSTANDING (TGFU)
DENGAN PENGAJARAN TRADISIONAL
KBSM KSSM

PENGAJARAN TRADISIONAL TEACHING GAME FOR


UNDERSTANDING (TGFU)

 Berpusatkan guru atau juulatih murid  Berpusatkan murid atau pemain sesi
akan bergantung untuk menentukan pembelajaran
apa perlu dibuat dan bila perlu dibuat  Menggunakan kaedah “persoalan
 Guru perlu mengarahkan murid atau untuk menggesa murid membuat
pemain dan membetulkan kesalahan keputusan. Membimbing mereka
yang mereka lakukan dalampermainan membuat strategi sendiri tanpa
 Murid berperanan pasif menerima mengharapkan guru atau jurulatih
arahan untuk membuat tindakan  Memberi tanggungjawab dan peranan
 Memaksa murid untuk fokus dalam kepada murid atau pemain untuk
satu perlawanan walaupun sudah nyata membentuk kepimpinan.
kelihatan mereka sudah nyata  Memberi ruang dan peluang untuk
kelihatan mereka sudah tidak berminat murid merasa keseronokan dengan
latihan atau permainan dengan sesuai
dengan tahap mereka

KOMPONEN YANG TERDAPAT DALAM TGFU

Game Form
 Sesuai untuk semua peringkat umur
 Mengandungi kategori permainan yang berbeza tetapi mempunyai kurikulum
yang sama
 Membantu murid untuk belajar cara membuat keputusan dan penyelesaian
masalah
 Memberi tunjuk ajar yang seumpama permainan sebenar yang sesuai telah
ditetapkan
Tactical Awareness
 Menggunakan taktik dalam sesuatu pasukan mengawal permainan dengan baik
 Membolehkan sesuatu pasukan mengawal permainan dengan baik
 Asas tektik yang dibina tidak semestinya akan berjaya sebaliknya perlu diubah
untuk memenuhi kehendak permainan tersebut

Game Appredation
 Memahami peraturan permainan walaupun permainan itu mudah
 Penting untuk mengingati peraturan yang diberi mengikut bentuk permainan
tersebut
 Menambah dan menerangkan intensiti adalah penting dalam sesuatu pemainan
bagi menambah keseronokan dalam sesuatu permainan itu atau menambah
kesukaran terhadap kesukaran permainan tersebut
 Penambahan undang-undang tentang tempat, masa dan kawasan boleh juga
menceriakan suasana permainan

Decision Making
 Cara membuat keputusan dalam masa yang singkat secara tepat dan pantas adalah
sukar
 Dalam pendekatan ini perbezaan antara keputusan yang dibuat berdasarkan apa
yang hendak dilakukan dan bagaimana yang hendak dilakukan

Skill Exedution
 Dalam mempersembahkan kemahiran yang digunakan untuk menunjukkan hasil
yang sebenar yang diperlukan dalam pergerakan seperti yang diajar oleh guru
 Konteks mengajar dan dapat mengenali kebolehan guru tersebut
 Berbeza dengan apa yang dipraktikan dan menguasai aspek kualiti dan
persembahan keberkesanan pergerakan mekanikal dan relevensinya mengikut
keadaan permainan

Performance
 Ini merupakan hasil daripada latihan yang telah dilakukan sebelum ini
PROGRAM PERANTIS GURU 2 (PPG 2) 15
2020
 Melalui pencapaian yang telah dicapai, kita boleh mengetahui murid tersebut
merupakan atlit yang berpotensi atau tidak samada diperingkat sekolah atau
antarabangsa
 Melalui pencapaian yang telah dicapai ia boleh menjadi kayuukur teknik yang
berkesan

Conclusion
 Aspek berturutan bagi model itu adalah kritikal
 Berlain dengan kaedah pengajaran tradisional, kaedah atau cara ini bermula
dengan permainan peraturan bagi persamaan itu telah ditetapkan untuk
perkembangan kesedaran tektikal dan membuat keputusan dimana telah
mendahului faktor respon bagi pelaksanaan kemahiran dan pencapaian
TUGASAN 2
2.1 KEMAHIRAN AMALAN PDP GURU PEMBIMBING
2.2 REFLEKSI TERHADAP PROSES PDP GURU PEMBIMBING
2.1 KEMAHIRAN AMALAN GURU PEMBIMBING

BIODATA GURU PEMBIMBING

NAMA LUKMAN BIN HJ.MOHAMED


NO. KAD PENGENALAN 650208-03-5937
KELULUSAN AKADEMIK IJAZAH SARJANA MUDA
PENDIDIKAN JASMANI DAN IJAZAH
SARJANA PENDIDIKAN
PENGKHUSUSAN PJK DAN SAINS
KELAYAKAN IKSTISAS SIJIL PERGURUAN ASAS
ALAMAT INSTITUSI SMK DATO’ ISMAIL, JALAN
LAPANGAN TERBANG GONG
KEDAK 16800 PASIR PUTEH,
KELANTAN
KEMAHIRAN DALAM AMALAN PDP GURU PEMBIMBING
Melaksanakan pemerhatian keatas sekurang-kurangnya satu sesi pdp guru
pembimbing dan menyediakan laporan merangkumi elemen berikut.

TOPIK / TAJUK
- Kemahiran Ragbi Sentuh

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir pembelajaran, murid-murid akan dapat
 Melakukan kemahiran Menghantar dalam rugbi sentuh dengan lakuan yang betul
sekurang-kurangnya 5 kali percubaan dalam situasi permainan
 Dapat menyatakan secara lisan kemahiran hantaran dalam rugbi dengan tepat dan
betul
 Bekerjasama dalam menjalankan aktiviti fizikal dalam peringkat kumpulan kecil

KAEDAH MENGAJAR
Kaedah ini merupakan prinsip-prinsip dan kaedah utama yang digunakan oleh guru
pembimbing dalam pengajaran dan pembelajaran yang lazim digunakannya di dalam
bilik darjah dan diluar bilik darjah bagi sesi atau kelas pendidikan jasmani dan
kesihatan. Ianya melibatkan perbincangan mengenai beberapa topik oleh guru
pembimbing secara lisan melalui pendedahan pembelajaran berterusan secara formal
antara guru dan pelajar. Kebiasaannya akan diiringi dengan menggunakan alat
bantuan mengajar seperti buku teks sebagai panduan dan alat pembelajaran utama
bagi pelajar. Biasanya guru pembimbing akan berdiri di hadapan pelajar dan
memberikan gambaran mengenai aktiviti atau pembelajaran yang akan dilakukan.

A). Kaedah perbincangan bersifat ingin tahu.


Kaedah ini merupakan amalan biasa bagi mana-mana guru sekalipun.
Sebagai contoh, pdpc dilaksanakan bagi menerangkan idea-idea dan gambaran
pelajar tentang suatu lakuan dalam aktiviti harian yang berkaitan. Maka ianya
akan disertai dengan alat bantu mengajar seperti board atau kertas kajang dan
beberapa peralatan sukan yang berkaitan. Penerangan guru mempunyai struktur
yang jelas dan menarik. Selain itu, ianya juga melibatkan aspek peribadi guru
pembimbing itu sendiri seperti corak dan gaya muka, suara dan pergerakkan
tangan serta nada suara yang digunakan.

B). Kaedah Perbincangan


Dalam kaedah ini, guru pembimbing akan mengarahkan setiap kumpulan
untuk membincangkan sesuatu tajuk dan topik yang telah ditentukan dalam masa
yang ditetapkan oleh guru. Mereka perlu mengkaji dan memahami topik dengan
cukup baik. Kemudian, murid-murid akan membuat pembentangan di hadapan
bilik darjah dan dan mereka mengambil peranan guru dan mengajar rakan-rakan
mereka. Guru pembimbing akan melihat tindak balas di kalangan murid-murid,
merangsang mereka untuk berinteraksi antara satu sama lain dan menilai prestasi
mereka. Dengan penglibatan murid mengambil bahagian dalam proses pengajaran,
mereka akan mendapat keyakinan diri dan mengukuhkan kemahiran berbahasa
dan komunikasi.

C). Kaedah Penyoalan


Kaedah ini umumnya digunakan oleh guru pembimbing kerana dalam
mengajar subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan sudah tentu pasti akan ada
banyak persoalan dari segi pengetahuan asal murid dan perasaan ingin tahu murid
dalam sukan yang diminati. Maka, dengan menggunakan kaedah ini permikiran
murid-murid dapat dirangsang dan dapat ditingkatkan secara logik melalui
kemahuan untuk mengetahui perkara atau masalah yang ingin diselesaikan
dengan jawapan dan cara yang betul dan tersusun.

D). Kaedah penggunaan buku teks


Buku teks sememangnya diketahui sebagai bahan sokongan dalam PdP oleh
kerana isi kandungannya merupakan intipati utama dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Melalui penggunaan buku teks,
guru menyampaikan isi pengajaran dan membuat rujukan melalui maklumat yang
ditulis dan akan dipraktiskan oleh para pelajar semasa pdpc berlangsung dengan
menggunakan alat bantu mengajar seperi bola dan alatan sukan yang berkaitan.
Dengan itu murid dibimbing untuk mendapatkan lakuan dengan gambaran dan
ilustrasi yang sebenar melalui visual pelajar. Selain itu, latihan-latihan dari buku
teks dapat dibina berdasarkan soalan kefahaman yang diselitkan di akhir topik
berdasarkan petikan atau mukasurat tertentu.

PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR


Alat bantu mengajar yang menjadi keutamaan oleh guru pembimbing adalah
penggunaan buku teks semasa PdP. Kaedah penggunaan buku teks yang berkesan
dalam PdP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dapat meningkatkan minat dan
penglibatan murid secara individu. Sememangnya diakui buku teks Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan dalam konteks ini merupakan salah satu media cetak yang
terpenting. Buku teks dituliskan berdasar Dokumen Standard Kandungan Pentaksiran
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan KSSM dan Huraian Sukatan Pelajaran bagi
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan KBSM yang diluluskan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia. Maka, Buku teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
mengekalkan kesepaduan unsur pengetahuan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan,
kemahiran dalam melakukan aktiviti fizikal, asas dan panduan keselamatan di luar
bilik darjah atau di padang dan gelanggang permainan. Buku teks Pendidikan Jasmani
dan Kesihatan digunakan oleh guru pembimbing sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran sama ada permulaan, pertengahan atau pada akhir pembelajaran.
Semasa PdPc berlangsung, perbentangan pelajar turut dilakukan dengan
menggunakan papan putih dan marker pen bagi pelajar menulis atau melakar sesuatu
yang berkaitan aktiviti fizikal atau lakuan dalam permainan atau sukan. Setiap
kumpulan dibahagikan dengan beberapa orang pelajar yang yang akan diminta ke
hadapan kelas mengikut giliran untuk membuat perbentangan mengenai topik yang
telah ditentukan.
Dalam pada itu, selaras dengan konsep PAK-21 pelajar akan diberi peluang bagi
mengendalikan satu sesi pemanasan badan sebelum memulakan kelas yang ingin
dijalankan. Hal ini jelas membuktikan bahawa pemikiran dan keyakinan pelajar akan
diuji dalam kelas bagi mencapai hasrat PAK -21. Penggunaan peta i-Think turut
dilaksanankan oleh guru pembimbing untuk menyampaikan pengajaran dalam bentuk
yang lebih bermakna. Beberapa jenis peta pemikiran dibuat bergantung kepada topik
yang diajar. Misalnya, peta buih dilaksana bagi menerrangkan ciri-ciri pemakanan
seimbang mengikut turutan piramid makanan dan ini biasanya dan sering digunakan
semasa kelas pendidikan Kesihatan yang hanya dijalankan dalam lingkungan bilik
darjah manakala pendidikan jasmani pula dijalankan diluar bilik darjah iaitu di sekitar
padang atau gelanggang permainan atau sukan di sekolah.

PENGURUSAN DALAM DAN LUAR BILIK DARJAH


Dalam menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran, perancangan dan
pelaksanaan aktiviti telah dirangka oleh guru pembimbing untuk menarik perhatian
pelajar dalam proses ilmiah yang berlangsung. Di dalam mahupun diluar bilik darjah,
selain mengajar, guru pembimbing juga memainkan peranannya sebagai pengurus.
Hasil daripada pemerhatian saya, beberapa aspek dapat ditinjau dalam pengurusan
bilik darjah guru pembimbing. Aspek yang ditinjau ini juga adalah berdasarkan
keberlangsungan amalan PdP guru pembimbing secara umum dan sepanjang masa
dan perkaitan dengan aspek bilik darjah itu sendiri.

A)Jumlah pelajar di dalam kelas


Di dalam bilik darjah iaitu kelas yang diajar 2 Mawaddah dan 2 Imtiaz
mempunyai jumlah bilangan pelajar yang seramai 41 orang. Oleh itu, terdapat
sedikit kesukaran dalam mengawal pergerakan pelajar yang biasanya dibawa ke
luar kelas dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Selain itu, panggilan atau
sapaan kepada pelajar diingat melalui carta kedudukan pelajar yang terletak di
atas meja guru semasa di dalam kelas manakala diluar kelas pula nama pelajar
dipanggil berdasarkan nombor barisan dalan barisan yaang dibuat sebelum
melakukan pemanasan badan. Nama murid akan disebut dengan jelas oleh guru
pembimbing sekiranya mereka diperlukan dalam aktiviti pengajaran yang
berlangsung.

B). Komunikasi dan interaksi di bilik darjah


Kemahiran komunikasi guru pembimbing ditonjolkan dengan pertuturan
yang jelas dengan penggunaan bahasa yang sesuai dan sopan. Guru pembimbing
juga memandang ke arah murid ketika bercakap dan mewujudkan kontak mata
apabila bercakap dengan murid tersebut. Apabila menegur murid, tegurannya
hanya berfokus kepada tindakan murid dan bukan kepada murid. Misalnya,
apabila beliau hendak menegur murid yang bercakap atau berbuat bising semasa
ianya sedang mengajar, dia seraya berkata “Hamdan, perbualan kamu
mengganggu pengajaran saya” lalu difahami oleh murid tersebut untuk berhenti
bercakap dan membuat gangguan. Komunikasi dua hala turut berlaku interaksi
antara guru dan murid melalui komunikasi terbuka. Misalnya, beliau memberi
gambaran lakuan dan mengajak murid untuk bersama sama melakukan aktiviti
atau perlakuan yang dibuat dengan betul. Dengan cara sebegini akan
menggalakkan murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam PdPc.

C). Kemudahan asas


Kemudahan asas seperti padang, gelanggang sukan, alatan sukan dan
permainan terdapat diluar bilik darjah, manakala meja, kerusi, almari, kipas angin
dan lampu disediakan di bilk darjah dan kemudahan asas ini dijaga dengan
sempurna. Selain itu, papan putih, papan penyataan, ruang yang selesa,
penyediaan bahan-bahan bacaan dan bahan bantuan mengajar turut terdapat
dalam bilik darjah. Namunpun begitu, kemudahan sokongan seperti projektor dan
LCD tidak disediakan di dalam bilik darjah.

D). Pengurusan Fizikal


Bilik darjah mempunyai peralatan asas iaitu papan putih, papan kenyataan,
meja dan kerusi untuk guru dan murid, dan lain-lain sepertimana yang
dinayatakan. Susunan meja dan kerusi dalam bilik darjah dilihat lebih
berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan dalam mengadakan aktiviti
pembelajaran. Melalui susunan sebegini, memudahkan murid berinteraksi sesama
mereka dan mudah berinteraksi dengan guru pembimbing. Selain itu, cahaya
yang mencukupi dan pintu dan tingkap yang terbuka membolehkan pengedaran
udara yang secukupnya. Papan kenyataan pula dilengkapi dengan jadual waktu,
jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan, sudut mata pelajaran, ‘dan
lain-lain. Dalam pada itu, kelengkapan diluar bilik darjah seperti tiang gol,
garisan padang, astaka atau grand stand serta stor alatan juga terdapat dalam
persekitaran luar bilik darjah. Semua perkara ini secara amnya dan secara
keseluruhannya digunakan secara menyeluruh semasa perjalanan pdp bagi kelas
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

E). Waktu senggang antara pelajaran


Guru pembimbing menyediakan waktu senggang atau rehat selama lima
minit antara pelajaran supaya dapat mengelakkan gangguan ketika guru mengajar.
Waktu lima minit yang diperuntukkan itu boleh digunakan untuk pelajar untuk
berehat sebentar, atau untuk beralih kelas, atau untuk ke tandas. Oleh itu, guru
dapat memulakan pelajaran dengan mudah, tepat dan tanpa diganggu oleh pelajar
yang ingin keluar kerana sebab-sebab tertentu. Pelajar pula dapat mengembalikan
fokus dan ketenangan serta kekusutan seketika dalam menerima isi pengajaran
yang disampaikan oleh guru. Dengan cara ini akan memudahkan pelajar
memahami pembelajaran secara berkesan dan teratur.

F). Keperibadian guru


Guru pembimbing menunjukkan sifat penyayang dengan bercakap dengan
bahasa yang lembut, menegur dan membaiki kesilapan murid dengan berhemah
sekiranya mereka ada membuat kesalahan dan salah laku, di samping
menunjukkan sifat terpuji. Melalui keperibadian yang ditonjolkan ini, suasana
pembelajaran yang dilakukan diluar atau didalam kelas yang berkesan berlaku
apabila terdapatnya iklim sosial dan juga iklim emosi yang positif. Satu lagi, gaya
kepimpinan yang ditunjukkan beliau adalah bersifat demokratik. Beliau akan
berkongsi tanggungjawabnya dengan muridnya, Terdapat saling hormat dan
percaya antara guru dengan murid. Beliau seorang yang baik, mengambil berat
tetapi pada masa dia juga tegas.

G). Ciri-ciri emosi dan sosial iklim bilik darjah yang terdapat dalam kelas 2
Mawaddah dan 2 Imtiaz ialah:
 Guru yang sederhana dan tidak begitu serius.
 Kawalan yang positif, guru memberi galakan dan pujian kepada pelajar.
 Guru menunjukkan saling perhubungan individu pelajar dan guru.

PENGURUSAN MASA PENGAJARAN


Guru pembimbing menguruskan masa pengajaran dengan baik. Komunikasi antara
pelajar-pelajar 2 Mawaddah dan 2 Imtiaz adalah sangat berkesan. Hal ini juga
menyebabkan guru pembimbing tidak membazirkan kebanyakan masa dalam
komunikasi. Selain itu, pelajar-pelajar 2 Mawaddah dan 2 Imtiaz juga memberi
tumpuan pada masa PdPc. Oleh itu, pelajar-pelajar dapat menerapkan ilmu dengan
berkesan dan guru tidak perlu mengulang lagi kerana mengulangi apa yang telah
diajar akan membazirkan masa. Proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan
oleh guru pembimbing didapati
menepati peruntukan masa yang dicadangkan dalam Buku Panduan Dokumen
Standard Kandungan Pentaksiran Sekolah Menengah. Selain mengajar, guru-guru
perlu mengurus lain-lain hal berkaitan murid dengan memegang jawatan sebagai guru
disiplin. Selain itu, guru pembimbing juga diberi tugas lain seperti menjaga disiplin
murid dan badan pengawas sekolah, menceriakan sekolah dan menjalankan tugas-
tugas khas seperti terutamanya ketika pihak sekolah mengadakan sesuatu majlis atau
pertandingan sebagainya.

KAEDAH PENILAIAN
Pentaksiran biasanya dijalankan dalam bentuk formatif dan sumatif yang berasaskan
sekolah berpandukan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang terdiri daripada
Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP) dalam bidang akademik murid-
murid dilaksanakan oleh guru pembimbing berdasarkan autonominya. Pentaksiran
formatif yang dilaksanakan membabitkan penilaian sama ada bertulis atau verbal
dalam meningkatkan pembelajaran murid menerusi proses pembelajaran murid yang
menggunakan pelbagai kaedah dalam melapor maklumat. Antara instrument yang
digunakan oleh guru pembimbing ialah seperti lembaran kerja. Terdapat antara buku
latihan dan latihan pengukuhan yang digunakan oleh guru pembimbing selain
daripada penggunaan buku teks untuk menambah akan kefahaman pelajar menerusi
pelbagai aktiviti di luar dan dalam bilik darjah. Selain itu, guru membuat ujian
pergerakan yang pada amnya menguji tahap penguasaan teknik bagi pelajar dengan
lakuan yang betul menggunakan borang skor atau mata yang diperoleh.
Seterusnya penilaian dibuat menerusi kaedah pemerhatian kepada murid. Guru
pembimbing mengikuti perkembangan pelajar secara individu atau kumpulan untuk
melihat tahap pencapaian mereka dalam melakukan kerja kumpulan dan biasanya
tugasan diberikan dalam bentuk pengendalian pemanasan badan disetiap awal kelas.
Menerusi penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru pembimbing merancang
tindakan susulan yang sesuai dengan proses pembelajaran seterusnya seperti
menjalankan aktiviti pemulihan dan pengukuhan, mengatur aktiviti pengayaan dan
meningkat motivasi pelajar.
Manakala pentaksiran sumatif dilakukan pada hujung pembelajaran dengan membuat
pertimbangan dan penilaian prestasi murid dalam meneruskan pembelajaran.
Maklumat itu dalam bentuk kualitatif atau kuantitatif mengikut standard yang
PROGRAM PERANTIS GURU 2 (PPG 2) 25
2020
ditetapkan sekolah. Contoh instrument yang digunakan ialah ujian bulanan dan ujian
penggal.

PENUTUP
Penutup kepada proses pengajaran pembelajaran dilaksanakan dengan guru
mengukuhkan konsep dan kemahiran yang baru dipelajari dengan merumus isi
pelajaran dan membuat kesimpulan akan apa yang telah dipelajari. Beliau juga
menyoal isi-isi penting yang telah dipelajari oleh murid. Kemudian membuat
membuat sedikit refleksi mengenai kemahiran yang dipelajari oleh murid dan
mengaitkan dengan nilai-nilai murni yang juga berkaitan.

KEMAHIRAN YANG DIPELAJARI OLEH MURID


Pelbagai aspek dan kemahiran baru yang berjaya dipelajari terutamanya berkaitan
dengan kefahaman mengenai teknik atau pergerakan yang betul dalam sesuatu
permainan khususnya. Pelajar juga akan dapat memperoleh input dari segi peraturan
permainan yang boleh diaplikasikan apabila berada diluar sekolah dengan cara dan
lakuan yang betul. Murid atau pelajar juga akan lebih mudah terdedah dalam
peringkat kejohanan atau aktiviti sukan dalam dan luar sekolah yang lebih spesifik
dalam sukan yang dipelajari.

HASIL PEMBELAJARAN
Hasil daripada pembelajaran yang berlangsung, murid diharapkan bukan sahaja dapat
memahami mengenai kebaikan aktiviti fizikal dalam Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan. Pelajar juga boleh dapat mengaplikasikan hasil pembelajaran ini ke luar
dan dibawah serta diteruskan dalam kehidupan harian. Maka dengan itu, penglibatan
secara menyeluruh bagi semua pelajar dalam acara sukan sekolah atau pertandingan
diperingkat tertinggi akan lebih bertambah melalui bakat-bakat yang dinilai oleh guru
pembimbing
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

MATA PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

TARIKH / HARI 4 Februari 2020 / Selasa

KELAS 2 Mawaddah dan Imtiaz

MASA 07.00 pagi - 07.50 pagi (50minit)

BIL. MURID 41 Orang

TOPIK RAGBI SENTUH

SUBTOPIK KEMAHIRAN MENGHANTAR

OBJEKTIF Pada akhir pembelajaran murid dapat


Psikomotor
1. Melakukan kemahiran menghantara dalam rugbi
sentuh dengan lakuan yang betul sekurang-kurangnya
5 kali percubaan dalam situasi permainan

Kognitif
2. Dapat menyatakan secara lisan teknik hantaran dalam
rugbi dengan tepat dan betul

Afektif
3. Bekerjasama dalam menjalankan aktiviti fizikal dalam
peringkat kumpulan kecil
BBM Kon, Wisel, Jam Randik, Bola Ragbi

AKTIVITI GURU / Aktiviti yang akan dilaksanakan


MURID 1. Latihan set induksi dan memanaskan badan

2. Perkembangan 1 : Fasa penerangan berkaitan dengan


kemahiran dan peraturan yang ada dalam sukan rugbi

3. Perkembangan 2 : Fasa percubaan atau demonstrasi


yang ditunjukkan oleh guru dalam kemahiran hantaran

4. Perkembangan 3 : Fasa penglibatan murid dalam


kumpulan dalam mendemonstarikan dan membuat
kemahiran dengan lakuan yand dipelajari

5. Perkembangan 4 : Fasa memperbaiki teknik dan gaya


lakuan dalam kemahiran menghantar

6. Kemuncak : Mengaplikasikan kemahiran hantaran


dalam permainan dalam kumpulan dengan teknik dan
strategi yang betul

7. Penutup : Penyejukan Badan dan refleksi

NILAI - NILAI Semangat kesukanan dan kerjasama dalam kumpulan


MURNI
REFLEKSI

CATATAN
2.2 REFLEKSI TERHADAP PROSES PDP GURU PEMBIMBING

Guru pembimbing menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran yang


berpusatkan guru dan pelajar. Guru pembimbing selalu menggalakkan pelajar untuk
aktif bertanya soalan berkaitan topik yang kurang difahami. Hal ini secara tidak
langsung dapat membina keyakinan dan memberikan motivasi kepada pelajar. Guru
telah mengaplikasi teknologi seperti bantuan pembeesar suara yang biasanya
digunakan bagi sesi pemanasan badan dan menggunakan dan memaparkan slaid
powerpoint bagi kelas sebagai alat bantu mengajar. Pelajar telah menunjukkan minat
yang tinggi terhadap mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan kerana guru
sering mengaitkan topik pengajaran dengan aplikasi kehidupan seharian atau isu
semasa yang diketahui oleh pelajar.

Pada pandangan saya, pengetahuan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan berkaitan


dengan kehidupan seharian ini amat berharga dan dapat mencetuskan kreativiti serta
inovasi dan variasi teknik atau lakuan dalam kalangan pelajar. Guru pembimbing
bukan sahaja menyampaikan pengetahuan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang
dinyatakan dalam sukatan pelajaran, guru juga memberikan penerangan yang lanjut
dan mendalami supaya pelajar dapat memahami topik tersebut dengan lebih mudah.
Walau bagaimanapun, kandungan dalam sukatan pelajaran akan diberikan keutamaan.
Peranan guru bukan sahaja hanya sebagai seorang pendidik yang menyampaikan
pengetahuan tetapi juga seorang yang menitikberatkan sahsiah pelajar. Kebanyakan
guru telah mengabaikan kepentingan sahsiah pelajar kerana terlalu fokus akan
pencapaian akademik dalam peperiksaan. Salah satu perkara yang dapat dipelajari
daripada guru pembimbing adalah ketegasan beliau dalam usaha mementingkan moral
dan sahsiah pelajar. Setiap pelajar wajib memberikan salam kepada guru meskipun
lewat masuk kelas. Perkara yang ringkas seperti memberikan salam akan dapat
membawa perubahan yang besar terhadap sahsiah pelajar. Seterusnya hal ini dapat
melatih pelajar menunjukkan kehormatan yang paling asas terhadap guru kerana ilmu
yang diajarkan oleh guru-guru akan membawa keberkatan dalam hidup muridnya
untuk berjaya pada masa akan datang.

Pemakaian yang sopan juga menjadi fokus utama dalam setiap sesi pdp yang
dijalankan oleh guru pembimbing berdasarkan pemerhatian saya. Hal ini kerana,
dalam sukatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah jelas menitikberatkan
mengenai disiplin murid. Guru pembimbing saya juga merupakan guru disiplin yang
sentiasa tegas dalam memastikan disiplin pelajar dalam kelas dan diluar kelas sentiasa
dalam keadaan yang terkawal dan selamat.

Di samping itu, saya mendapati beberapa orang pelajar tidak berfokus semasa
guru pembimbing membuat penglibatan bagi semua pelajar. Guru pembimbing
menggunakan teknik hukuman yang melibatkan pergerakan fizikal yang selaras
dengan lakuan yang diberikan ataupun diajarkan pada hari tersebut. Oleh yang
demikian, penguasaan teknik yang berkesan akan lahir dalam diri pelajar untuk jadi
lebih baik.

Sepanjang sesi pengajaran, guru pembimbing menggunakan bahasa yang jelas,


intonasi yang menarik dan suara yang lantang untuk menyampaikan maklumat kepada
pelajar. Guru pembimbing juga menunjukkan kematangan dalam pengurusan masa
dan beliau dapat mengubahsuaikan cara pengajaran mengikut keadaan semasa. Guru
pembimbing yang bersifat tegas mampu mengawal kelas dengan baik dan
menghasilkan pelajar yang berdisiplin. Beliau juga menambah unsur humour dalam
pengajarannya apabila mendapati pelajar yang kurang bersemangat untuk belajar.
Secara keseluruhan, guru pembimbing menguruskan pengajaran dengan baik dan
teratur. Beliau menunjukkan anjakan paradigma yang harus dipelajari oleh guru
pelatih supaya dapat menjadi seorang guru yang terpuji pada masa yang akan datang.

Walau bagaimanapun, guru pembimbing harus menambahkan aktiviti PAK 21


sepanjang sesi P&P untuk mengalakkan pelajar berfikir pada aras yang tinggi melalui
perbincangan dan interaksi bersama dengan rakan kelas.
TUGASAN 3
3.1 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN GURU PELATIH
3.2 REFLEKSI PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG
DIJALANKAN
3.1 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN GURU PELATIH
3.2 REFLEKSI PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG
DIJALANKAN
Refleksi saya berdasarkan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan
Jasmani tingkatan 2 bagi kelas 2 Abqari dan 2 Fatonah. Masa yang ditetapkan selama
1 jam. Tajuk yang diajar ialah rekreasi dan kesenggangan dalam bidang kemahiran
iaitu Simpulan dan ikatan untuk berkhemah. Keseluruhan yang boleh disimpulkan
adalah sesi pengajaran yang dilaksanakan menepati kriteria sepertimana yang ditulis
dalam Rancangan Pengajaran Harian. Ini boleh dilihat apabila sesi PdP telah mencapai
objektif dan target yang dinginkan yang membolehkan murid-murid dapat menguasai
kesemua aras PdPc. Kesemua kemahiran yang dipelajari dapat dikuasai oleh murid-
murid melalui pembelajaran secara intensif dan dalam situasi permainan.

Setelah melihat semula rakaman dapatlah saya simpulkan kekuatan dan


kelemahan pengajaran saya sepanajang saya mengendalikan PdP tersebut. Kelebihan
pertama yang dikenalpasti dalam penyampaian pelajaran saya adalah perancangan
PdP saya yang bermula sejak awal lagi. Sebagai langkah bagi memastikan pelajaran
proses pengajaran yang lancar saya harus bersedia dan mempersiapkan diri sebelum
memulakan tugas mengajar. Ianya dimulai dengan persediaan mengajar iaitu merujuk
kepada satu perancangan yang terdiri daripada langkah-langkah pengajaran yang akan
dilaksanakan dalam bilik darjah. Ianya juga terdiri daripada tajuk, objektif pengajaran,
kemahiran serta bahan bantu mengajar yang saya muatkan dalam satu RPH.
ABM yang saya gunakan adalah berupa bahan bantuan yang berbentuk tali nylon dan
juga beberapa bahan yang lain seperti batang lidi.

Set induksi merupakan pra permulaan sebelum saya memulakan proses


pengajaran. Hal ini bertujuan untuk membangkitkan dan mewujudkan suasana ingin
belajar dalam bilik darjah. Pengajaran dan pembelajaran dimulakan dengan
memberikan gambaran tentang simpulan dan ikatan untuk mewujudkan pelbagai
jawapan kepada pelajar apabila disoal semasa set induksi sedang dijalankan. saya
menggunakan buku teks dan menerangkan berkaitan dengan tajuk yang akan
dipelajari pada masa itu. Saya akan memberi penerangan dengan menyatakan fungsi
simpulan ikatan
PROGRAM PERANTIS GURU 2 (PPG 2) 33
2020

Dalam meneruskan fasa seterusnya, saya membagikan pelajar kepada beberapa


kumpulan iaitu kumpulan lelaki dan kumpulan perempuan dan menyuruh pelajar
untuk melantik setiap ketua kumpulan bagi memudahkan proses pembelajaran itu
terus berjalan. Saya telah menggunakan pendekatan penemuan berbimbing kepada
pelajar dimana saya memanggil setiap wakil atau ketua kumpulan untuk mempelajari
simpulan dan ikatan. Maka dengan itu,ketua kumpulan yang telah diajar cara simpulan
dan ikatan dengan cara yang betul akan balik kepada kumpulan yang berbeza. Hal ini
demikian kerana cara yang digunakan ini mampu memberikan kerjasama antara
kumpulan di samping menyerlahkan sifat kempimpinan kepada ketua kumpulan.

Dalam fasa berikutnya, saya menggunakan pendekatan penemuan guru


berbimbing iaitu melibatkan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara
penemuan. Dalam fasa ini, saya menyuruh pelajar untuk menyelesaikan simpulan dan
ikatan yang telah dipelajari di samping sy membantu pelajar yang kurang mahir dalam
menyelesaikan masalah dalam aktiviti simpulan dan ikatan. Saya memerhati setiap
pelajar dalam kumpulan dengan bergerak dan pergi kepada pelajar yang kurang mahir
untuk membantu pelajar tersebut . Dengan kawalan masa yang sistematik. Maka
dengan itu, aktivti yang dijalankan dengan peraturan yang saya sendiri tentukan iaitu
dengan memastikan pelajar meyiapkan dengan masa yang telah diberikan. Dengan itu,
pemerhatian akan mudah dibuat bagi mengesan tahap penguasaan pelajar dalam
kemahiran tersebut. Secara keseluruhannya, pelajar dapat melakukan aktiviti dengan
baik dan menerima input dengan baik.
Dalam fasa penutup pula, saya akhiri kelas tersebut disebabkan oleh kekangan
masa dan menyambung sesi pembelajaran pada hari lain.
Walaubagaimana terdapat beberapa kelemahan yang saya kenal pasti dalam
proses PdP yang dibuat. Antaranya adalah pengurusan masa. Saya dapati masa yang
digunakan untuk Memberikan penerangan dan tunjuk ajar kepada pelajar agak lama
berbanding masa yang diperuntukkan dalam RPH. Akibatnya saya tidak dapat
menggunakan masa dengan optimum dan mempercepatkan sedikit masa.
PROGRAM PERANTIS GURU 2 (PPG 2) 34
2020
Kelemahan seterusnya yang dapat saya kesan ialah penggunaan loghat bahasa
yang sedikit ketara. Pada dasarnya kelemahan ini berlaku tanpa saya sedari, mungkin
disebabkan ianya sudah menjadi kebiasaan saya menggunakan komunikasi tidak
formal dalam kehidupan seharian. Namun perkara tersebut perlu saya ubah agar tidak
menjadi kebiasaan dan dapat menunjukkan contoh yang baik kepada murid-murid
dalam aspek berkomunikasi.
PROGRAM PERANTIS GURU 2 (PPG 2) 35
2020
Aktiviti bersama pdp Guru Pelatih
TUGASAN 4
LAPORAN DAN REFLEKSI AKTIVITI PENGURUSAN SEKOLAH
4.1 KEMAHIRAN DALAM AKTIVITI PENGURUSAN SEKOLAH.

MELIBATKAN DIRI DALAM PENGURUSAN DISIPLIN PELAJAR


BERSAMA GURU DISIPLIN

Pengurusan disiplin di SMK Dato Ismail mempunyai cara pengurusan yang lain
dari sekolah yang lain. Hal ini demikian kerana, pentadbiran disiplin yang ada adalah
sangat sistematik dan bersifat konsisten dengan bantuan badan pengawas sekolah
yang terdiri daripada pelajar. Selain itu, bagi pengawalan secara keseluruhan
dilakukan dengan melibatkan masyarakat luar di sekitar kawasan sekolah untuk
pengawasan tambahan untuk membantu pihak sekolah. Hal ini sekaligus melibatkan
masyarakat dengan pihak sekolah secara terus dan ibu bapa boleh memberi
kepercayaan sepenuhnya kepada pihak sekolah.
Namun demikian, terdapat juga beberapa masalah disiplin yang kerap dilakukan
oleh para pelajar, antaranya ialah lewat datang ke sekolah, pemakaian yang tidak
lengkap, dan lain lain kesalahan kecil yang lain. SMK Dato Ismail menggunakan
sistem disiplin dalam talian dimana penggunaan sistem merit demerit yang
membolehkan ibu bapa sendiri boleh melihat data dan rekod disiplin pelajar yang
telah dimuat naik berdasarkan kesalahan atau pencapaian baik yang dicapai oleh
pelajar. Merit mewakili pencapaian yang positif manakala demerit merupakan
masalah disiplin yang dibuat di sekolah.
Saya sebagai guru pelatih secara sukarela ingin melihat sendiri pengurusan
disiplin yang dijalankan di SMK Dato ismail untuk membuat pemerhatian mengenai
pengurusan yang ada. Banyak input dan pengetahuan baharu yang berkaitan disiplin
telah dikongsikan oleh guru disiplin yang merupakan ketua guru disiplin dan guru-
guru lain juga sentiasa pro aktif apabila saya bertanya. Pengurusan disiplin yang ada
di SMK Dato ismail sememangnya sentiasa dalam keadaan yang terkawal berdasarkan
perhatian saya.
MELIBATKAN DIRI DALAM KEGIATAN GURU BERTUGAS MINGGUAN
/ HARIAN

Bagi kemahiran aktiviti pengurusan sekolah, saya telah menagmbil peluang untuk
menjadi guru bertugas pada minggu kedua PPG2 di SMK Dato Ismail. Melalui
peluang ini saya dapat tahu bagaimana untuk melaksanakan tugasan sebagai guru
bertugas. Guru bertugas mingguan mempunyai banyak peranan. Antara peranan
sebagai guru bertugas adalah:
Memastikan bilik darjah dalam keadaan yang bersih dan tersusun serta selamat untuk
diduduki oleh murid
 Mengawasi disiplin murid di luar waktu belajar seperti pada waktu rehat dan
waktu sebelum loceng pertama dibunyikan, di sekitar sekolah dan mengambil
tindakan segera dan munasabah jika perlu.
 Mengurus rawatan murid yang sakit dan menghantar mereka ke klinik.
 Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama murid yang
memohon
 Mengawasi murid menepati waktu datang dan pulang ke sekolah, masa rehat dan
masa pertukaran guru atau mata pelajaran.
 Mencatat kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, persatuan-persatuan, unit
beruniform dan aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan di sekolah
 Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang hari
/minggu persekolahan ke Buku Laporan Bertugas, antara perkara-perkara yang
dicatat ialah:
i.Kedatangan murid, guru dan staf
sokongan ii.Murid ponteng, tidak hadir atau
sakit iii.Lawatan-lawatan / pelawat
iv.Ucapan / pengumuman-pengumuman dalam perhimpunan
v.Laporan hari Isnin ditulis di dalam buku khas mengenai
perhimpunan

 Membuat laporan di dalam Buku Laporan Bertugas yang disediakan dan kalau
perlu laporkan terus kepada Pengetua supaya tindakan dapat diambil pada kadar
yang segera

 Perhimpunan
Peranan yang telah dinyatakan seperti diatas adalah penglibatan saya dalam
kemahiran aktiviti pengurusan sekolah. Tanggungjawab sebagai guru bertugas
bukanlah mudah seperti yang disangkakan. Melalui bimbingan guru pembimbing
sepanjang pelaksanaan PPG2 ini telah dapat saya laksanakan meskipun ia sukar bagi
kami sebagai guru pelatih. Apa yang saya dapati sepanjang berada di sekolah, saya
juga terlibat dalam penilaian keceriaan bilik darjah. Melalui penilaian ini, ia dapat
menentukan bilik darjah manakah yang lebih ceria, bersih dan kemas. Malahan kelas
yang lebih ceria diumumkan sebagai pemenang dan akan mendapat plague atau papan
tanda penghargaan kepada kelas tersebut pada setiap minggu. Selain itu, kelas yang
ceria ini bukanlah dari segi kebersihan sahaja, tetapi merangkumi keseluruhan yang
terdapat dalam kelas. Apa yang saya tertarik ketika melakukan penilaian bilik darjah
adalah terdapat banyak info-info atau dikenali sebagai sudut ilmu yang murid buat
dalam kelas.
PROGRAM PERANTIS GURU 2 (PPG 2) 42
2020
MELIBATKAN DIRI DALAM PROGRAM KURSUS KEMPIMPINAN YANG
DIADAKAN PADA PENGAWAS SEKOLAH

Pada 31 dan 1 Januari 2020, pihak atau penolong kanan hal ehwal pelajar SMK Dato
Ismail telah mengadakan satu program kem kempimpinan pengawas. Pengawas
sekolah yang terlibat dalam program ini adalah dari tingkatan dua sehingga tingkatan
lima.

Program ini bertujuan untuk memantapkan dan menyerlahkan bakat kempimpinan


yang ada pada pengawas sekolah. Hal ini berfokuskan untuk memberikan semangat
dan cara menjadi seorang pemimpin kepada setiap pengawas sekolah dan terus
konsisten dalam penetapan matlamat pada masa hadapan untuk menjadi seorang
pemimpin. Terdapat juga pengawas yang masih kurang yakin untuk menjadi
pemimpin yang Berjaya.
Saya sebagai guru pelatih ditugaskan untuk melibatkan secara aktif dalam program
kempimpinan dan saya juga telah ditugaskan untuk menjadi ketua fasilitator dalam
menguruskan aktiviti yang ingin dilakukan kepada pengawas sekolah. Saya juga
mendapati bahawa pengawas sekolah ini mempunyai ciri kempimpinan yang baik
dimana setiap pelajar dapat memberikan kerjasama yang baik dalam membantu guru-
guru untuk mengatasi masalah disiplin di sekolah.

Program kemimpimpinan pengawas sekolah


MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 2 /
2020

Pada 9 Februari 2020, satu mesyuarat jawatankuasa pengurusan yang terdiri daripada
semua telah di adakan di bilik Mesyuarat SMK Dato Ismail. Mesyuarat ini diadakan
untuk meminta pendapat, cadangan, usulan dan idea baharu mengenai pengurusan
sekolah yang ingin ditambah baik. Mesyuarat ini juga merupakan mesyuarat yang
julung kali diadakan iaitu 2 kali setahun mengikut penggal. Ianya dibuat disetiap
pertengahan penggal dalam takwim persekolahan untuk memastikan segala perubahan
dan penambahbaikan dalam pengurusan hal ehwal pelajar sentiasa dalam keadaan
yang sistematik. Maka dengan itu, setiap guru akan sentiasa peka dengan apa jua
masalah dan pencapaian yang berlaku dalam sekolah.
Saya dan guru pelatih yang lain diberi peluang untuk turut serta dalam mesyuarat
tersebut untuk melihat perjalanan mesyuarat tersebut. Saya mendapati bahawa, setiap
guru-guru yang memegang tanggungjawab berdasarkan pengurusan masing-masing
telah menjalankan amanah secara telus dan jujur tanpa mengira beban dan masa.
Dengan itu, saya belajar bahawa tugas guru bukan sahaja dalam mengajar tetapi juga
dalam menjaga kebajikan sekolah untuk menjaga para pelajar.
TUGASAN 5
LAPORAN DAN REFLEKSI AKTIVITI PENGURUSAN KOKURIKULUM
5.1 KEMAHIRAN DALAM PENGURUSAN KOKURIKULUM
Sepanjang menjalani latihan sebagai guru pelatih di SMK Dato Ismail, saya dan
rakan guru pelatih yang lain turut melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum sekolah
bersama kelab Bimbingan dan Kaunseling yang diselia oleh guru kaunseling yang
bergelar penasihat kelab. Aktiviti kokurikulum sekolah telah ditetapkan pada hari
rabu dan kebiasaannya aktiviti persatuan/kelab, sukan dan permainan serta unit
beruniform adalah silih berganti pada setiap minggu kokurikulum.
Aktiviti kelab Bimbingan dan Kaunseling kebiasaannya dijalankan di dewan
semerak . Seramai lebih kurang 40 orang pelajar yang bergelar ahli menyertai kelab
ini dan guru kaunseling iaitu Puan Sharwani Bin Mansor. Pengurusan Kokurikulum di
SMK Dato Ismail dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bagi kumpulan A terdiri
daripada Unit Beruniform, Kumpulan B pula Kelab dan Persatuan atau Sokongan
Bahasa dan akhir sekali untuk Kumpulan C terdiri daripada Sukan dan Permainan.
Setiap guru atau tenaga pengajar akan dibahagikan dan ditugaskan untuk mengambil
alih setiap unit bagi memudahkan untuk mengawal segala aktiviti serta membimbing
para pelajar untuk mahir aktif dalam setiap unit masing-masing. Tindakan disiplin
akan diambil kepada pelajar yang kerap tidak hadir dalam setiap perjumpaan
kokurikulum ini.
Seterusnya, pengurusan kokurikulum di sekolah ini juga teratur kerana setiap unit
beruniform akan di tempatkan di kawasan yang berasingan bertujuan untuk
memudahkan guru untuk menjalankan aktiviti dan memastikan keselesaan pelajar
dijaga. Sekolah ini menetapkan waktu kokurikulum yang sesuai untuk pelajar iaitu
pelajar pagi akan hadir pada waktu petang dan sebaliknya bagi pelajar sidang petang.
Selain itu , pelajar yang tidak hadir akan di denda pada keesokkan harinya bergantung
dengan alasan yang munasabah. Berikut merupakan kumpulan kokurikulum yang
terdapat di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Ismail.
Saya melibatkan diri dalam perancangan dan pengelolaan aktiviti yang diadakan
di SMK Dato Ismail sebagai pembantu guru pembimbing. Saya telah terlibat banyak
dalam menjadi wakil guru pembimbing untuk menjayakan program yang dirancang
oleh pihak sekolah dalam pengurusan kokurikulum. Saya juga berperanan secara
menyeluruh dalam sebarang aspek kegiatan yang dijalankan di sekolah tersebut.
KUMPULAN A: UNIT BERUNIFORM
Bil Nama Kelab / Persatuan
1 Bahasa Melayu Kelab Pengucapan Awam
2 Bahasa Inggeris
3 Bahasa Cina
4 Matematik
5 Sains
6 Geografi & Pencinta Alam
7 Sejarah & Rukunegara
8 Bimbingan & Kerjaya
9 Komputer Dan Pusat Sumber
10 Persatuan Usahawan Muda
11 Kelab Teknikal
12 Perpis
13 Pengguna & Koperasi
14 Budaya
15 F1 in School/Inovasi
16 SPBT
17 Interact Club

KUMPULAN B: KELAB & PERSATUAN / SOKONGAN BAHASA


Bil Nama Pasukan / Unit
1 Pasukan Kor Kadet Polis
2 Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (Laut)
3 Kadet Pertahanan Awam (KAPA)
4 Kadet Remaja Sekolah (KRS)
5 Kadet Bomba & Penyelamat
6 Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)
7 Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM)
8 Kumpulan Pengakap Ke-12
9 Pandu Puteri (Remaja)
10 Silat

KUMPULAN C: SUKAN / PERMAINAN


Bil Nama Kelab / Persatuan
1 Bola Sepak
2 Bola Jaring
3 Bola Tampar
4 Bola Baling
5 Bola Keranjang
7 Ping Pong
8 Catur
9 Hoki
10 Petanque
11 Olahraga
12 Badminton
13 Ragbi
14 Frisbee /Permainan Tradisional
16 Tenis
17 Skuasy
18 Golf
19 Tae Kwan Do Karate
20 Sepak Takraw
PROGRAM 1
MELIBATKAN DIRI DALAM PROGRAM MERENTAS DESA PELAJAR

Pada 23 Januari 2020, telah diadakan acara merentas desa yang telah dianjurkan oleh
pihak sekolah, dimana program ini dijalankan bertujuan untuk mencari bakat pelajar
yang boleh mewakilkan diri di peringkat yang lebih tinggi dalam acara merentas desa
di samping aktiviti yang dapat memberikan hiburan dan keseronokan dalam bersukan.
Program ini dicetuskan oleh guru.

Saya sebagai guru pelatih telah diberi peluang untuk turut serta dalam menyertai
atau mengikuti acara merentas desa peringkat sekolah.. Dengan itu, banyak
pengalaman dan ilmu tentang input pengurusan acara merentas desa yang saya lihat
sendiri dan merasai pengalaman menguruskan acara merentas desa. Pelajar juga
dilihat sangat seronok dan terhibur dalam menyertai acara merentas desa di peringkat
sekolah. Secara amnya, program ini telah memberikan banyak input dan pengalaman
kepada saya mengenai pengurusan ko yang dispesifikasikan dalam acara merentas
desa.
Perjalanan program acara merentas desa SMKDI
PROGRAM PERANTIS GURU 2 (PPG 2) 50
2020

5.2 REFLEKSI

Program Perantis Guru (PPG2) merupakan program baru yang wajib diambil oleh
murid semester 4. Dengan adanya program sebegini, saya telah mendalami banyak
perkara mengenai pengurusan sekolah dan cara mengurus murid. Saya juga telah
belajar banyak perkara dalam usaha untuk menjadi seorang guru yang baik dan positif.
Kewujudan program ini sedikit sebanyak telah memperkenalkan saya kepada dunia
perguruan dengan lebih dekat dan ianya melatih saya untuk merasa lebih yakin ketika
mengajar dan berhadapan dengan murid yang berlainan tingkah laku.

Berdasarkan program ini, saya mendapati pembabitan diri dalam acara


pengurusan sekolah adalah sangat penting. Setiap guru wajib memainkan peranan
mereka setelah diberikan tugasan oleh pengetua sekolah. Saya juga mendapati
pembabitan diri dalam kegiatan kokurikulum juga memainkan peranan yang sangat
penting selain daripada akademik. Hal ini kerana kita akan mengaplikasikan teori-
teori, kemahiran dan pengetahuan yang kita muridi dalam bilik darjah di dalam
kegiatan kokurikulum. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dapat membantu kita
memiliki tubuh yang sihat dan cergas serta minda yang cerdas. Kemudian, ia dapat
membantu kita meningkatkan prestasi akademik melalui pengalaman-pengalaman
yang diperoleh. Oleh itu, kegiatan kokurikulum dan akademik perlulah seimbang bagi
mencapai kejayaan yang maksimum.

Sebelum ini, saya berpendapat bahawa saya perlu belajar dan terus belajar untuk
mendapatkan kecemerlangan dalam bidang akademik dan tidak mahu melibatkan diri
dengan aktiviti kokurikulum. Hal ini kerana segelintir rakan-rakan yang aktif dalam
bidang kokurikulum akan kecundang dalam bidang kurikulum. Namun, setelah
melaksanakan dan menyiapkan tugasan ini, saya mendapati bahawa tanggapan saya
itu salah sama sekali. Kegiatan kokurikulum sekolah juga memupuk disiplin yang
tinggi dalam diri murid.. Sekiranya murid dapat menanam dan mengaplikasikan
disiplin tersebut, maka mereka akan dapat mengurus masa dengan sistematik. Begitu
juga dengan saya sendiri sebagai guru pelatih dalam menyiapkan tugasan dalam masa
yang ditetapkan.
Melalui tugasan ini, saya mendapati saya perlu menguasai kemahiran 4K iaitu
kemahiran asas, kemahiran kejurulatihan, kemahiran kepegawaian dan kemahiran
mengurus atau mengelola. Kemahiran ini akan membantu saya memastikan
keberkesanan aktiviti kokurikulum terhadap murid di sekolah nanti. Sekiranya saya
tidak menguasai salah satu daripada kemahiran tersebut, maka saya boleh dianggap
gagal dalam melaksanakan tugas sebagai seorang pendidik yang bertauliah. Hal ini
menyebabkan murid akan menunding jari kepada guru kerana gagal mendidik mereka
dengan sebaik yang mungkin. Oleh yang demikian, saya wajib memperoleh banyak
pengetahuan, pengalaman dan kemahiran semasa di Universiti Pendidikan Sultan Idris
yang memang dikenali sebagai universiti pendidikan nombor satu Malaysia.

Seterusnya, tugasan ini juga menekankan konsep protokol dan etika sosial dalam
majlis rasmi. Semasa di sekolah nanti, majlis seperti ini pasti akan dilangsungkan.
Oleh itu, tajuk ini akan dapat memberi gambaran kepada saya untuk bersedia menjadi
penganjur dan pengelola majlis. Tugas ini sukar dilakukan sekiranya ahli
jawatankuasa tidak memberi kerjasama. Sebelum ini, saya hanya menjadi penonton
dan peserta dalam majlis rasmi. Melalui penglihatan kasar, majlis ini senang
dilaksanakan. Namun, jika terdapat beberapa perkara yang tidak dijangkakan berlaku
ianya akan menyebabkan setiap ahli jawatankuasa akan menunding jari antara satu
sama lain. Walaubagaimanapun, saya perlu belajar dari kesilapan dan pengalaman
yang telah diperoleh. Saya perlu membina keyakinan diri dengan melibatkan diri
dalam program-program yang dilaksanakan di UPSI ini sementara masih belajar.
Tegaslah bahawa, kegiatan kokurikulum sememangnya merupakan satu daripada
usaha kerajaan untuk mewujudkan perpaduan. Sebagai seorang murid, adalah penting
untuk melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum supaya dapat menjadi seorang
yang berilmu pengetahuan serta aktif dalam semua bidang.

Sebagai kesimpulannya, aktiviti pengurusan kokurikulum ini sememangnya wajar


dilakukan untuk mencungkil bakat, membuka minda murid dan menjana murid yang
mahir jasmani,intelek,emosi dan rohani.dengan melakukan aktiviti,murid dapat
mendidik diri bergaul menyesuaikan diri mengikut keadaan melibatkan diri dengan
aktiviti lasak dan sebagainya disamping boleh mencungkil bakat mereka dalam
bidang tertentu.
PROGRAM PERANTIS GURU 2 (PPG 2) 52
2020
PENUTUP

Sebagai rumusan secara keseluruhannya, Program Perantis Guru 2 ini sememangnya


membantu mahasiswa dan mahasiswi bagi mematangkan mereka dalam bidang
pendidikan. Pengalaman selama 4 minggu yang sangat berharga ini menambahkan
lagi keterujaan kami untuk menjadi seorang guru suatu hari nanti. Namun pada masa
yang sama, kami sedar akan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh seorang guru
bukanlah semudah yang dijangkakan. Tugas kami bukan hanya menyampaikan ilmu
malah menjadi role model atau contoh yang baik kepada murid. Saya secara peribadi
ingin mengubah pandangan masyarakat terutamanya murid dan ibubapa agar tidak
memandang ringan terhadapat subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di sekolah.
Saya berharap dengan peluang yang diberikan kepada kami dapat membantu dalam
kerjaya kami sebagai seorang guru pada suatu hari nanti.

Program ini perlulah sentiasa digiatkan dengan hasrat supaya bakal guru atau
calon gulu lebih bersedia sebelum menempuhi alam latihan mengajar yang sebenar.
Dengan adanya program perantis guru ini, para guru pelatih akan mudah
membiasakan diri dengan situasi sebenar di sekolah dan membina komunikasi yang
berkesan diantara guru sesama guru dan guru sesama murid.
LAMPIRAN
Gambar aktiviti semasa program kempimpinan badan pengawas
Bersama guru-guru dan pelajar Smkdi di kejohanan merentas desa peringkat MSSK

You might also like