Pemahaman UMUM

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

(i) Modus operandi bermaksud cara pengoperasian

(ii) Berdasarkan bahan 1 dan bahan 2, persamaan modus operandi sindiket ini termasuklah
kedua-dua jenis penipuan ini dijalankan melalui telefon bimbit. Selain itu, penipu dalam
kedua-dua jenis penipuan ini akan menyamar diri dengan menggunakan identiti palsu
untuk memerangkap mangsa.

Antara perbezaan antara bahan 1 dan bahan 2 termasuklah penipu kes Pesona Cinta
Siber akan menaburkan janji palsu dan janji manis untuk memerangkap mangsa
manakala penipu sindiket Macau Scam menipu mangsa bahawa mangsa terlibat dalam
salah laku undang-undang negara ataupun masalah kewangan.

(iii) Langkah mengelakkan diri terjebak dalam sindiket penipuan : 3m

Antara langkah mengelakkan diri terjebak dalam sindiket penipuan termasuklah kita
sewajarnya mengesahkan kesahihan kata-kata penipu sama ada melalui melayari laman
sesawang rasmi pihak berkenaan. Selanjutnya, kita sepatutnya menelefon semula pihak
berkenaan melalui nombor telefon yang ditunjukkan dalam laman sesawang rasmi.

(iv) Usaha mengelakkan sahabat baik terjebak dgn sindiket love scam : 4m

Antara cara saya mengelakkan sahabat baik terjebak dengan sindiket love scam
termasuklah saya akan meminta sahabat saya untuk mengesahkan kesahihan identiti
teman lelakinya melalui pengambilan gambar kad pengenalan diri teman lelakinya.
Selanjutnya, saya akan menasihati sahabat baik supaya tidak menghantar wang kepada
teman lelakinya sebelum penemuan secara bawah talian dengan teman lelakinya.

You might also like