Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

1.

langkah yang diambil oleh kerajaan Malaysia dalam menangani isu alam sekitar di
negara ini.

Isu alam sekitar sememangnya merupakan perkara yang sudah lama


mendapat perhatian dan banyak memberi ancaman kepada kita. Pengaruh manusia
terhadap alam sekitar sentiasa berlaku dari semasa ke semasa. Akan tetapi
manusia telah banyak mengganggu ekosistem dunia sejak 50 tahun yang lalu.
Dengan kata lain, manusia sudah mencipta masalah-massalah alam sekitar seperti
menghapuskan sumber-sumber semula jadi, melakukan banyak pencemaran dan
kerosakan terhadap sumber air, tanah dan udara di samping mewujudkan masalah
pemanasan global dan perubahan cuaca. Antara punca pencemaran yang utama
ialah penggunaan tenaga oleh manusia untuk meneruskan kehidupan. Perkara-
perkara ini telah banyak memberikan masalah kepada manusia untuk terus hidup di
bumi dengan aman dan sihat. Di Malaysia sendiri, terdapat pelbagai masalah
pencemaran yang berlaku terutamanya dikawasan-kawasan. Negeri Selangor sering
kali menerima masalah air oleh kerana pencemaran air yang telah dilakukan oleh
kilang-kilang yang tidak bertanggungjawab. Hal ini menimbulkan kebimbangan dan
masalah kepada penduduk untuk hidup kerana kekurangan keperluan yang
diperlukan. Sehubungan dengan itu, pelbagai langkah telah diambil oleh kerajaan
Malaysia dalam menangani isu alam sekitar di dalam negara ini.

Dalam menangani isu-isu seperti ini komitmen asas yang telah diambil oleh
kerajaan Malaysia adalah dengan mengutuk segala tindakan, kaedah dan amalan
buruk ini. Pelbagai forum dan kempen telah dijalankan bagi mengatasi masalah-
masalah pencemaran yang telah berlaku di negara kita. Kempen kesedaran ini
merupakan satu inisiatif dalam menangani masalah pencemaran alam sekitar.
Diantara contoh kempen-kempen alam sekitar ialah kempen Cintailah Sungai Kita,
Kitar Semula dan Rakan Alam Sekitar. Kempen-kempen ini dilakukan bertujuan
untuk Memberi kesedaran alam sekitar di setiap lapisan masyarakat, menanam rasa
tanggungjawab di kalangan masyarakat untuk bertindak dan mengambil bahagian
dalam menjaga alam sekitar yang dikongsi bersama serta menyediakan saluran
yang tepat bagi masyarakat membuat aduan atau pandangan mengenai alam
sekitar kepada agensi-agensi kerajaan berkenaan(1)
https://ras.doe.gov.my/v2/latarbelakang/objektif-program-rakan-alam-sekitar/.

Selain itu, komitmen Malaysia terhadap isu alam sekitar amat jelas
terutamanya pada peringkat antara bangsa. Hal ini kerana isu alam sekitar pada hari
ini merupakan suatu isu yang bersifat global. Penyelesaian kepada isu ini juga telah
mendapat kerjasama daripada pelbagai negara di dunia. Oleh itu, Malaysia telah
bersetuju untuk mengadakan kerjasama global dalam menangani isu alam sekitar
ini. Malaysia telah menerima butiran-butiran yang terkandung dalam Deklarasi Rio
De Janeiro (1993) Protokol Kyoto (1997). Melalui deklarasi Rio, kebanyakkan negara
termasuklah Malaysia telah bersetuju untuk mengadakan kerjasama global dalam
isu alam sekitar ini. Negara-negara yang terlibat juga telah bersetuju untuk
mewujdkan perjanjian-perjanjian antarabangsa bagi melindungi intergriti sistem alam
sekitar dan pembangunan global (2).
https://albayuni.wordpress.com/2009/08/01/pengajian-am-stpm-deklarasi-rio-de-
jenario/ . Malaysia dan negara-negara yang terlibat dalam mdeklarasi ini juga
bersetuju untuk mewujudkan pembangunan yang dapat ditampung. Malaysia juga
memberi komitmen dalam menjaga keseimbangan antara keperluan untuk
pembangunan dengan kepentingan alam sekitar.

Melalui Protokol Kyoto, Malaysia dan negara-negara perindustrian yang lain


telah bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran gas-gas yang diistilahkan sebagai
gas-gas rumah hijau. Gas yang utama dibebaskan oleh negara-negara perindusrian
adalah gas karbon dioksida. Pengeluaran gas-gas ini tanpa kawalan boleh
menyebabakan perubahan iklim dan pemanasan global. Melalui protokol-protokol ini,
Malaysia dan negara-negara lain bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran gas-
gas rumah hijau melalui dua fasa, pertama iaitu fasa (2008 – 2012) dan fasa kedua
(2013 – 2020) (3)
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2019/12/640759/pemanasan-global-bagai-
sukar-dikawal . Melalui mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan nKomanwel yang diadakan
di Malaysia, Deklarasi Langkawi telah dimenterai pada 21 Oktober 1989. Melalui
deklarasi ini, ketua-ketua kerajaan yang terlibat telah memberikan komitmen dalam
beberapa perkara. Diantara perkara dalam deklarasi ini ialah negara-negara terlibat
perlu menyokong mekanisme pembangunan yang dapat ditampung, menyokong
laporan antara kerajaan tentang perubahan cuaca, menyokong penggunaan tenaga
dengan cekap, menyokong usaha penghutanan semula, mengurangkan kegiatan
perikanan yang bersifat tidak mampan menghalang pembuangan toksik dan bahan-
bahan berbahaya ke dalam laut atau di negara-negara membangun dan
menggalakkan kesedaran awam terhadap risiko dan isu-isu alam sekitar (4) (1992).
Deklarasi Langkawi Mengenai Alam Sekitar = Langkawi Declaration on
Environment : mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel Kuala .... [Sabah,
Malaysia : Kementerian Pelancongan dan Pembangunan Alam Sekitar . Malaysia
telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam usaha memelihara alam sekitar
melalui jalinan kerjasama dengan negara-negara lain ini.

Di samping itu, kerajaan juga telah memperkenalkan pendidikan alam sekitar


di sekolah-sekolah. Pendidikan merupakan satu asas untuk mengawal alam sekitar
dan juga pembangunan lestari. untuk mengawal alam sekitar dan juga
pembangunan lestari. Pendidikan Alam Sekitar merujuk kepada usaha terancang
yang dilakukan untuk mendidik masyarakat sama ada secara formal atau sebaliknya
supaya kesejahteraan dan kelangsungan hidup masyarakat dan alam sekitar
terpelihara dan berkekalan. Pengajaran Pendidikan Alam Sekitar berkait rapat
dengan matlamat negara bagi membina masyarakat yang sensitif dan memiliki
pengetahuan tepat, kemahiran dan nilai terhadap isu alam sekitar serta
berkeupayaan untuk memberi sumbangan kepada penyelesaian masalah alam
sekitar. Didikan awal penting kepada kanak-kanak untuk membina kesedaran
tentang kepentingan untuk menjaga alam sekitar. Di Malaysia, usaha
memperkukuhkan pendidikan berkaitan alam sekitar bermula di peringkat sekolah
dengan terbitnya Buku Panduan Guru Pendidikan Alam Sekitar merentas Kurikulum
untuk pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah oleh Pusat Perkembangan
Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia. Melalui pendidikan ini, pelajar dapat
memahami tentang isu yang melibatkan alam sekitar dan membentuk azam bagi
menjaga alam sekitar. Langkah ini amatlah penting kerana ia akan menjamin masa
hadapan negara kita. Anak-anak muda inilah yang akan meneruskan perjuangan
negara dalam mengatasi masalah alam sekitar yang berlaku di dalam mahupun di
luar negara. Justeru itu, pendidikan alam sekitar merupakan satu langkah yang
penting yang telah diambil oleh kerajaan bagi memastikan masa hadapan negara
terjamin.
Akhir sekali, langkah yang diambil oleh kerajaan dalam menangani masalah
alam sekitar ialah mengubal akta pencemaran alam sekitar iaitu Akta Kualiti Alam
Sekitar (1974). Di dalam akta ini, pelbagai isu berkaitan pencemaran, larangan dan
kawalan telah dinyatakan bagi memastikan kesihatan alam sekitar. Dengan
tertulisnya akta ini satu majlis telah ditubuhkan iaitu Majlis Kualiti Alam Sekitar.
Tugas majlis ini ialah pada amnya menasihatkan menteri mengenai perkara-perkara
berhubungan akta ini dan menasihatkan menteri mengenai apa-apa yang dirujukkan
kepada menteri. Beberapa kompaun atau denda yang berat akan diberikan kepada
sesiapa yang melanggar akta tersebut iaitu kompaun tidak melebihi lima ratus ribu
ringgit atau sepanjang tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali
(Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam 1974) (5) https://www.doe.gov.my/portalv1/wp-
content/uploads/2015/01/Akta_Kualiti_Alam_Sekeliling_1974_-_ACT_127.pdf .
Denda-denda seperti ini merupakan satu langkah yang baik supaya masyarakat
memandang berat akan isu berkaitan alam sekitar.

Kesimpulannya, pelbagai langkah telah diambil oleh kerajaan untuk


mengatasi masalah-masalah berkaitan alam sekitar ini. Sebagai rakyat, kita
hendaklah patuh dan akur dengan undang-undang yang membawa manfaat keatas
diri dan negara kita. Kita juga perlu membina kesedaran tentang masalah-masalah
berkaitan alam agar kita dapat sentiasa hidup bersama-sama dengan aman dan
harmoni dalam negara ini. Saya berharap agar langkah-langkah ini dapat membantu
negara untuk mencapai sebuah negara yang bebas daripada pencemaran dan kaya
dengan biodiversity semula jadi.
Rujukan

Objektif Rakan Alam Sekitar. (2014). Rakan Alam Sekitar. Diperoleh pada 30

Disember 2020 daripada https://ras.doe.gov.my/v2/latarbelakang/objektif-


program-rakan-alam-sekitar/

Al Bayuni. (Ogos, 2009). PENGAJIAN AM STPM: DEKLARASI RIO DE JENARIO.


Diperoleh pada 30 Disember 2020 daripada
https://albayuni.wordpress.com/2009/08/01/pengajian-am-stpm-deklarasi-rio-
de-jenario/

Fredolin Tangang. (22 Disember, 2019). Pemanasan global bagai sukar dikawal. BH
Online. Diakses pada 30 Disember 2020 daripada
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2019/12/640759/pemanasan-global-
bagai-sukar-dikawal

Majlis Kualiti Alam Sekitar. (1974). Akta Kualiti Alam Sekitar. Diakses pada 30
Disember 2020 daripada https://www.doe.gov.my/portalv1/wp-
content/uploads/2015/01/Akta_Kualiti_Alam_Sekeliling_1974_-_ACT_127.pdf

Mohd Ashraf Ibrahim, Mohd Aris Othman, Chin Kuang Tiu, Siti Fatihah Abdullah &
Norazlan Ismail. (2017). Cabaran dan Isu Semasa Dunia. Sasbadi Sdn. Bhd.
2.kesan perkembangan globalisasi terhadap pembangunan sesebuah negara yang

sedang membangun.

Perkembangan globalisasi merupakan satu perkara yang amat penting


terhadap sesebuah negara yang ingin membangun menurut kamus dewan bahasa
edisi ke-4 (2005), fenomena yg menjadikan dunia kelihatan kecil dr segi
perhubungan manusia disebabkan pantasnya perkembangan teknologi maklumat.
Globalisasi merupakan dunia tanpa sempadan akibat kemajuan ekonomi, teknologi
dan maklumat. Sehubungan dengan itu, ia akan menyebabkan berlakunya aliran
barangan, idea, perkhidmatan dan maklumat secara bebas antara negara tanpa
sekatan. Kononnya, dikatakan bahawa globalisasi yang bebas ini akan membawa
banyak faedah kepada sesebuah negara yang ingin membangun.
Walaubagaimanapun, negara-negara yang sedang membangun dinasihatkan
membuat persediaan awal yang mencukupi bagi menghadapi cabaran yang bakal
diterima akibat daripada gelombang globalisasi yang sukar disekat itu. Globalisasi
juga dikenali sebagai langit terbuka atau liberalisasi. Proses ini boleh membawa
kebaikan dan keburukan kepada sesebuah negara.

Bila membincangkan tentang globalisasi, terdapat beberapa definisi menurut


tokoh-tokoh antarabangsa. Anthony Giddens (1989), berpendapat bahawa
kebanyakan orang sadar bahawa mereka turut ambil bagian dalam sebuah “dunia
yang terus berubah tanpa terkendali”. Globalisasi menurut Giddens adalah suatu
proses radikalisasi dan universalisasi nilai-nilai moden peradaban Barat ke seluruh
penjuru dunia, yang kemudian berkembang menjadi nilai-nilai moden secara global.
Menurut Theodore Levitt (1985), globalisasi merupakan sebahagian daripada bentuk
jaringan dan perhubungan yang merentasi sempadan ideologi, budaya, ekonomi dan
sosial (1).
https://www.researchgate.net/publication/337144542_Implikasi_Globalisasi_Terhada
p_Nilai . Yusuf Al Qardawi berkata bahawa globalisasi ada kaitan secara langsung
dengan sistem ekonomi kapitalis yang bertunjang dan berlandaskan prinsip dan
nilai-nilai ekonomi terbuka dan berpihak kepada yang berkuasa yang sebahagiannya
bertentangan dengan Islam. Ciri asas sistem ekonomi ini adalah mengenai
penekanan mutlaknya kepada budaya kebendaan dan penafiannya terhadap nilai
kerohanian dan nilai kudus (2). Muhammad Harun, Husni (2015) Pengaruh
globalisasi terhadap masyarakat Islam mengikut pandangan Yusuf Al-Qaradhawi.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia. Justeru, globalisasi juga perlu dikaji baik
dan buruknya sehingga kita dapat menggunakan aspek positif yang ada untuk
menentang keburukan globalisasi.

Diantara kesan baik globalisasi ialah dapat memajukan sesebuah ekonomi


negara. Hal ini kerana kemajuan pada bidang teknologi komunikasi dan maklumat
(ICT), dapat mempergiatkan lagi perdagangan antarabangsa. Hal ini kerana,
peniaga dapat meluaskan lagi pasaran perniagaan mereka pada peringkat
antarabangsa. Diantara contoh peniaga tempatan yang telah berjaya memasuki
pasaran antarabangsa ialah Vivy Yusof yang merupakan pengasas bagi syarikat
FashionValet dan The dUCk Group. Syarikat ini telah mendapat banyak perhatian
daripada perniagaan antarabangsa dan dikenali kerana perkembangan globalisasi
melalui laman web sahaja. Pada era pandemik ini pula, kemajuan ICT merupakan
satu keperluan yang amat penting untuk meneruskan perniagaan melalui internet,
persidangan atas talian dan e-mel. Dengan wujudnya perkembangan globalisasi, e-
dagang dan e-perbankan juga dapat dijalankan untuk memudahkan pengguna untuk
berjual beli barangan secara atas talian. Disebabkan itu, pelbagai laman web yang
menyediakan platform perkhidmatan jual beli seperti Shopee dan Lazada yang telah
membantu ramai usahawan dalam memperkembangkan perniagaan Malaysia.
Kesannya ekonomi negara akan bertambah dan berkembang pesat.

Selain itu, globalisasi juga dapat mewujudkan kesefahaman sejagat. Hal ini
melalui sistem komunikasi yang dapat menghubungkan seluruh dunia bagi
memudahkan teraksi. Kita dapat bertukar idea dan maklumat mengenai pelbagai
perkara seperti budaya, makanan dan sebagainya hanya dengan menggunakan
internet. Hal ini dapat mengurangkan salah faham antara pelbagai pihak mengenai
perkara yang tidak diketahui. Dengan adanya media sosial, perkembangan semasa
dapat diketahui dengan sekelip mata sahaja. Hal ini kerana media sosial merupakan
dunia tanpa batasan dan maklumat mudah untuk diperoleh dan diakses. Dengan
adanya media sosial, bantuan juga boleh diberikan dengan serta merta. Contohnya,
baru-baru ini, tular di media sosial berkaitan satu keluarga india yang telah hidup di
dalam kereta selama lebih 6 bulan. Selepas sehari artikel itu tular, satu badan NGO
dibawah Ustaz Ebit Liew telah datang dan membantu menyewakan rumah dan
memberikan bantuan kepada mereka. Oleh itu perkembangan globalisasi ini dapat
membantu menyalurkan bantuan kepada mereka yang betul-betul memerlukan.

Kesan baik terakhir yang dibawa oleh perkembangan globalisasi ialah


perkembangan dalam bidang ilmu. Kesan globalisasi ini secara tidak langsung telah
membuka satu bidang ilmu yang baharu dalam bidang ICT. Masyarakat dapat
pempelajari dengan lebih mendalam tentang bidang ICT yang akan membuka
peluang pekerjaan yang baharu kepada masyarakat. Selain itu, ia sistem pendidikan
dapat berkembang dengan maju. Berikutan dengan norma baharu yang
diperkenalkan sejak penularan wabak pandemik Covid – 19, penggunaan internet
merupakan satu keperluan yang penting kepada negara. Pendidikan jarak jauh
amatlah diperlukan supaya dapat mengekang wabak ini daripada terus tersebar luas
kepada masyarakat. Pendidikan bertaraf sunia mampu diwujudkan dengan
perkembangan era globalisasi ini. Masyarakat juga dapat menambah ilmu
pengetahuan dengan mudah dan pantas melalui laman web yang disahkan. Dengan
itu, rakyat Malaysia akan mempunyai ilmu pengetahuan yang luas.

Kesan buruk era perkembangan globalisasi pula ialah menyebabkan


penjajahan ekonomi. Kedudukan ekonomi negara mundur dan yang sedang
membangun dapat diketahui oleh negara maju. Hal ini akan menyebabkan negara
maju dapat memanipulasikan negara-negara yang mundur atau sedang membangun
ini untuk kepentingan negara mereka sendiri. Contohnya, negara maju akan
memberi pinjaman wang kepada negara yang ingin membangun dan mengambil
untung dengan kadar kenaikan faedah yang akan dikenakan. Mereka juga akan
menjual produk-produk teknologi mereka kepada negara-negara yang sedang
membangun. Hal ini menyebabkan negara yang sedang membangun akan
mengalami masalah hutang yang banyak menyebabkan mereka terpaksa
menaikkan kadar cukai kepada rakyat. Hal ini akan menyebabkan kejatuhan
ekonomi kepada rakyat kerana bebanan cukai yang tinggi. Ia juga boleh
menyebabkan protes daripada rakyat dan akhirnya akan menyebabkan kacau bilau
kepada negara.
Akhir sekali ,kesan buruk terhadap perkembangan globalsasi ialah
menyebabkan pencemaran budaya kepada masyarakat. Menurut kajian Yusuf al
Qardawi globalisasi bersinonim dengan pengamerikaan dunia. Ia merupakan proses
untuk menjadikan budaya barat diikuti oleh semua penduduk dunia. Proses
globalisasi ini akan menjejaskan budaya yang baik daripada masyarakat Malaysia.
Pemikiran terbuka yang disebarkan melalui media sosial akan memakan pemikiran
anak muda dan masyarakat. Bagi yang beragama Islam, mereka akan melupakan
fatwa yang ditetapkan oleh ulama Islam dan menyebabkan pemesongan akidah.
Budaya yang dibawa oleh barat ini sudah sedikit sebanyak mempengaruhi
masyarakat di Malaysia seperti budaya LGBT dan Liberisasi. Budaya liar yang
dibawa oleh barat telah dijadikan tatapan di media sosial menyebabkan masyarakat
terpengaruh dengan budaya-budaya tersebut. Proses ini akhirnya akan merosakkan
budaya dan agama masyarakat di Malaysia. Akhirnya budaya murni masyarakat
Melayu akan terkikis.

Kesimpulannya, pembangunan globalisasi mempunyai kebaikan dan


keburukannya tersendiri. Pembangunan globalisasi merupakan satu perkara yang
amat penting untuk negara yang mahu membangun. Akan tetapi, persiapan dari segi
mental juga perlu diperkukuhkan supaya tidak termakn dengan budaya buruk yang
dibawa oleh masyarakat barat. Dalam menangani masalah ini, kita perlu sentiasa
berpegang teguh dan yakin pada agama dan budaya kita dan cuba memperbaiki
budaya barat menjadi lebih baik dan sesuai untuk masyarakat di negara kita
Rujukan

Shuhairmi Abdullah, Mohd Mizan Aslam & Noor Salwani Hussin. (November, 2019).
Implikasi Globalisasi Terhadap Nilai. Artikel, Universiti Malaysia Perlis.

Muhammad Harun, Husni (2015) Pengaruh globalisasi terhadap masyarakat Islam


mengikut pandangan Yusuf Al-Qaradhawi. Masters thesis, Universiti Putra
Malaysia.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus Dewan (Edisi keempat). Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Mohd Ashraf Ibrahim, Mohd Aris Othman, Chin Kuang Tiu, Siti Fatihah Abdullah &
Norazlan Ismail. (2017). Cabaran dan Isu Semasa Dunia. Sasbadi Sdn. Bhd.

You might also like