Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

KULIAH JAHILIYYAH

BAHASA dan ISTILAH:

1. Jahl – kata akar/nama (ism)


2. Kata kerja (fe’el)- jahala/jahila , yajhalu
3. ‫( المص در‬kata nama lisan-verbal nouns-infinitif) – jahilayattu Al-Nizam (sistem-singular);
jahilayattu al-nizaman (dua sistem); jahilayatu al-nuzum ( lebih daripada satu).
4. Present participle – (jahil) – singular. Plural (jama’) – jahilun; jahilin @ juhhal @ juhala.
Caussin (1847), Michelis & Weir- perkataan jahiliyyah ialah jama’ kepada kata tunggal-
jahilliyy- makanya ia merujuk hanya kepada satu kelompok (Arab pagan). Ajhal
(jama’/plural)-Tidak digunakan, maka ia tidaklah merujuk kepada puak-puak lain.

TAKRIFAN PARA SARJANA

1. Leonard Binder (1988)- the word jahiliyyah, often translated as ignorance, is the specialized
term used to refer to the cultural and intellectual states of the Arabs before the Islamic
revelation.
2. Goldziher (1966)- lack of knowledge. Merujuk kepada keadaan pada period antara Judaisme,
Kristian dan Islam. The time of Barbarism- arrogance, savagery (kebuasan) & brutality .
3. Choueiri (1990) merumuskan bahawa pemikir India Muslim seperti Abu al-Hassan al-Nadwi
yang memelopori istilah ini iaitu merujuk kepada ‘paganism of Hinduism’ dan Abu ‘Ala Al-
Mawdudi- modernity is the new jahiliyyah.
4. John L. Esposito (Oxford Dictionary of Islam- 2003)- Pre-Islamic period, or “ignorance” of
monotheism and divine law. In current use, refers to secular modernity)

PEMAHAMAN UMUM

1. Merujuk kepada zaman sebelum Islam (pre-Islamic age). Dalam konteks ini merujuk
kepada
a. Anti tesis kepada pengetahuan (‘ilm)
b. Anti tesis kepada lemah lembut/sopan santun (hilm). Goldziher merujuk kepada konsep
– ketegasan (firmness), kekuatan, fizikal integriti, sebagai tambahan kepada moral
integriti. Zaman barbaric/tidak bertamadun. ‘arrogance, savagery dan brutality’
(barbarism)

2. Antitesis kepada pengetahuan (‘ilm)


-Nilai Arab, budaya dan tamadun sebelum Islam.
a. (Lack of knowledge) Apakah jahiliyyah ini turut merujuk kepada golongan Yahudi sebelum
Islam, Arab Kristian?
b. (Character of knowledge (‘ilm)- apakah itu itu ilm? Apakah level ‘ilm?
Hegel (1956) & Russel (1961)- ‘arrogance, kebuasan (savagery), kekasaran (harshness),
kebiadaban (rudeness), brutality, barbarism, kekurangan pengetahuan (lack of knowledge),
perang kesukuan (tribal war) and kekeliruan moral pada kurun ke 5 & 6 Masihi.

1
3. Doktrin Syed Qutb- anthesis of the sovereignty (hakimiyyah) of Islam Law (dalam bidang
politik, social, intelektual dan dimensi moral)
4. Tafsiran Hasrul & Al- Attas

KONSEP DAN ETIMOLOGI JAHILIYYAH


Puisi puisi jahili oleh ‘Antarah
“Taibuna sawada lawni jahalatan
Wa lawla sawadu al-layli ma-tala’a al fajru”
Your dishonoring of my black color is jahalatan
Yet without the darkness of Night, there is no daylight”

1. Pra Islam
- Tidak sama makna konsepsualnya dengan yang disebut dalam al-Qur’an.
- Mempunyai variasi makna linguistic berpunca daripada beberapa factor berikut:
i. Status budaya & ekonomi sesuatu kabilah.
ii. Situasi aman dan perang antara kabilah
iii. Hubungan kabilah dengan kerajaan Rom Baizantin & Parsi.
iv. Imigrasi oleh seorang pemuisi dengan dari satu kabilah kepada satu kabilah.
Contoh al-sadafah- ‘kegelapan’ bagi Bani Tamin tetapi bagi Bani Qays = cahaya.
- Al-Sammura’i (1994)- “dialek Arab sebenarnya ialah adalah bahasa masing-masing dan
mempunyai tatabahasa sendiri”
- ‘Amr Ibn ‘Ala’ (772M) dari kabilah Tayy melaporkan “the language of Himyar is not our
language and their Arabic is not our Arabic”.
- Kata Jahl juga merujuk kepada makna yang berkontradiksi antara satu sama lain.
Misalnya:
i. ‘kekurangan pengetahuan’-
ii. ‘penolakan kepada pengetahuan -cth org Quraish menentang Rasulullah sebagai
reaksi apabila mereka sedar/tahu bahawa Nabi dipilih oleh Allah.
iii. ‘buta huruf- illiteracy”
iv. Kekurangan pengalaman
- Ibnu Manzur merujuk kepada – pride, arrogance, lowness, haughtiness (keangkuhan),
baseness, obscenity (kelucahan), vulgarity, indecency (cabul), stupidity, foolishness,
scurrility (suka menghina), dirtiness, abusiveness, impudence (biadab), shamelessness,
wasting & profligacy (berbelanja besar/membazir/extravagant).
- Lane (1972)- arrogance, silly, foolishness, neglecting the truth, working to ruin the truth.

2. Konsep Islam
- Islam memberikan makna konsep baharu & kesatuan makna (unify) dalam linguistic
berbanding zaman sebelum pra Islam.
- Makna ini hendaklah dirujuk dalam al-Qur’an. Ibn. ‘Abbas (687M)- “Jika kamu ingin
mengetahui tentang jahiliyyah, maka rujuklah al-Qur’an”.
- Ahmad Amin (1954)- Arab pra Islam tidak ada ‘authentic’ dokumentasi tentang konsep
jahiliyyah. Istilah jahiliyyah ialah ‘terma’ yang diberikan oleh Islam.

2
- Al-Qur’an mentafsirkan makna jahiliyyah sebagai – “deviation (perlencongan) from the
command of Allah and His Apostle and submission to other than Allah”.

Surah Az-Zumar (ayat 63-64):

“Milik-Nyalah kunci-kunci (perbendaharaan) langit dan bumi. Dan orang-orang yang kafir
terhadap ayat-ayat Allah, mereka itulah orang yang rugi. Katakanlah (Muhammad), “Apakah
ْ
kamu menyuruh aku menyembah selain Allah, wahai orang-orang yang jahil? ( َ‫)ال ٰج ِهلُوْ ن‬

KONSEP JAHILIYYAH DAN UMMIYYAH

1. Pre Islam- “illiteracy, ignorance, stupidity, jahl, foolishness and dumbness. Makna oleh
orang Arab pagan, Yahudi dan Arab Kristian”.
2. Islam (Al-Quran) tidak menyamakan ummiyyah dengan jahiliyyah
i. Kisah Perjanjian Hudaibiyyah- Rasulullah SAW ambil dari Ali dan dengan
sukarnya menulis ‘Muhammad Ibn Abdullah’ – kerana orang Quraish tidak
terima perjanjian tanpa tandatangan.
ii. Ibnu Kathir dan al-Qurtubi- merujuk ummiyah kepada mereka yang tidak
diberikan kitab.
iii. Bagaimanapun, tidak bermakna mereka yang tidak diberikan kitab itu buta
huruf.
iv. Al-Quran merujuk juga gol. ummiyyah hanya kepada orang Arab. “Kemudian jika
mereka membantah engkau (Muhammad) katakanlah, Aku berserah diri kepada
Allah dan (demikian pula) orang-orang yang mengikutiku.Dan katakanlah kepada
orang-orang yang telah diberi Kitab dan kepada orang-orang buta huruf,
‘Sudahkah kamu masuk Islam?’ Jika mereka masuk Islam, berarti mereka telah
mendapat petunjuk, tetapi jika mereka berpaling, maka kewajibanmu hanyalah
menyampaikan. Dan Allah Maha Melihat hamba-hamba-Nya” (surah Ali Imran:
20).
v. Menurut Abduh – Ummi boleh juga merujuk kepada mereka yang
berpendidikan.
“Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu mengingkari ayat-ayat Allah, padahal kamu
mengetahui (kebenarannya)? Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu
mencampuradukkan kebenaran dengan kebatilan, dan kamu menyembunyikan
kebenaran, padahal kamu mengetahui?” [‘Ali Imran: 70-71]
vi. Jadi umiyyah itu bukan merujuk kepada buta huruf (illiteracy) kerana ada juga
ayat yang merujuk kepada orang yang berpendidikan dan diberikan kitab seperti
ayat di atas.

JAHILIYYAH DAN KONSEP ‘ILM/HILM (KESOPANANAN)

PRA ISLAM

1. Hilm- haluma; yahlumu – Wehr (1979)- konsep kelembutan (gentleness), ada belas
kasihan (clemency), kesederhanaan (mildness), keras hati (forbearance), lembut hati

3
(indulgence), sabar (patience), kebijaksanaan (discernment), amat memahami
(understanding), kepintaran (intelligence), rasional (reason).
2. Lane (1972)- hilm = (teratur) to deliberate, think over, mediate on meekness (tidak
suka bertengkar), calm, solidity (teguh) of moral character, unemotional, (amat
berhati-hati), prudence (cermat), moral integrity.
3. Ibnu Manzur – para Islam istilah ‘ilm ialah lawan kepada jahl.
4. Misalnya dalam puisi Jahili – al muallaqah oleh ‘Amr Ibn Khultum (600 M)
Wa law sha’a qawmi kana hilmi fihimu;
Wa kana ‘ala juhalli a’daihim jahli
[Jika kaum ku bersifat hilm: maka aku juga akan bersikap hilm kepada mereka
Akan tetapi aku akan bersikap jahl ke atas musuh yang jahili].
5. Walau bagaimana pun menurut Goldziher (1966), jahl dalam konteks masyarakat
Arab pra-Islam tidak semestinya bernilai negative. Misalnya dalam mempertahankan
maruah kabilah@keluarga perlukan jahl. Bagitu juga hilm tak semestinya positif,
malah dianggap hina dalam perang kabilah.

ZAMAN ISLAM
1. Menurut al-Qur’an, hilm itu bermaksud ‘menyerah dan mematuhi perintah
Allah . Mereka yang patuh kepada arahan Allah S.W.T = halim/muslim.
2. Dlm surah Hud -ayat 75

ٌ‫اِ َّن اِب ْٰر ِه ْي َم لَ َحلِ ْي ٌم اَ َّواهٌ ُّمنِيْب‬


[Ibrahim itu sungguh penyantun, lembut hati dan suka kembali (kepada Allah)

3. Allah menjelaskan bahawa Nabi Ibrahim itu sebagai halim; kerana baginda
menyerahkan sepenuhnya dirinya kepada Allah (aslama) dan patut kepada
perintah Allah (muslim)
4. Disebut dalam Surah Ali- Imran: ayat 67:

َ ‫ َو َما َك‬  ‫سلِ ًم ۗا‬


‫ان‬ َ ‫ان اِب ْٰر ِه ْي ُم يَه ُْو ِديًّا َّواَل نَصْ َرانِيًّا َّو ٰل ِك ْن َك‬
ْ ‫ان َحنِ ْيفًا ُّم‬ َ ‫َما َك‬
‫ِم َن ْال ُم ْش ِر ِكي َْن‬
 [Ibrahim bukanlah seorang Yahudi dan bukan (pula) seorang Nasrani, tetapi dia
adalah seorang yang lurus, Muslim dan dia tidaklah termasuk orang-orang musyrik.]

5. Begitu juga kisah Nabi Syuib yang disebut dalam Al-Qur’an, surah Hud: Ayat 87;

‫ك َما يَ ْعبُ ُد ٰابَ ۤا ُؤنَٓا اَ ْو اَ ْن‬ َ ‫ك اَ ْن نَّ ْت ُر‬َ ‫ك تَأْ ُم ُر‬ َ ُ‫ص ٰلوت‬َ َ‫قَالُ ْوا ٰي ُش َعيْبُ ا‬
ٰۤ
‫ش ْي ُد‬ ‫ر‬ ‫ال‬ ‫م‬ ‫ي‬
ِ َّ ُ ْ ِ َ ‫ل‬ ‫ح‬ ْ
‫ل‬ ‫ا‬ َ‫ت‬ ‫ن‬ْ َ ‫اَل‬ ‫ك‬
َ َّ ‫ن‬ِ ‫ا‬ ۗ ‫ا‬ ُ
‫ؤ‬ ‫ش‬ َ‫نَّ ْف َع َل فِ ْٓي اَ ْم َوالِنَا َما ن‬
4
Mereka berkata, “Wahai Syuaib! Apakah agamamu yang menyuruhmu agar kami
meninggalkan apa yang disembah nenek moyang kami atau melarang kami
mengelola harta kami menurut cara yang kami kehendaki? Sesungguhnya jika
engkau benar-benar orang yang sangat penyantun dan pandai.”

Dalam ayat ini, halim bukan bermakna Nabi Syuaib itu halim tetapi jahl (perli). Dan
bukan bermaksud kebodohan biasa (ignorance) sebaliknya abysmal ignorance.
(sangat teruk).

6. Jadi dalam Islam- jahiliyyah itu bukan bermakna anti-tesis kepada ‘ilm (berilmu);
ma’rifah (berpengetahuan); bertamadun (hadarah), bukan buta huruf/illeterasi
(umiyyah) dan bukan anti-tesis kepada hilm (kesusilaan). Sebaliknya menurut al-
Qur’an jahiliyyah itu ialah “penentangan/anti tesis kepada sovereignty
(kedaulatan ) Islam”.
7. Kata jahiliyyah juga hanya muncul di Madinah [madaniyyah] iaitu selepas
peristiwa Hijrah. Dlm surah ‘ali Imran; surah al- ma’idah; al-ahzab & al-fath-
apabila sistem pemerintahan Islam diasaskan.
8. Pada era Mekah hanya di sebut -jahl (bukan jahiliyyah) dan kata sepertinya.
Tidak disebut jahiliyyah. Contohnya dalam surah Al-‘Araf: ayat 199.

ِ ْ‫ُخ ِذ ْال َع ْف َو َو ْأ ُمرْ ِب ْال ُعر‬


‫ف َواَ ْع ِرضْ َع ِن ا ْل َجا ِهلِ ْي َن‬
Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan
pedulikan orang-orang yang bodoh.

9. Apabila Islam telah berkembang di Madinah dengan segala sistem sosiopolitik


dan ekonomi yg lengkap maka baharulah lahirnya istilah jahiliyyah. Islam telah
menggantikan jahilliyyah. Makanya makna jahiliyyah menurut al-Qur’an itu
merangkumi ‘kejahilan’ dalam politik, ekonomi, sosial, moral dan intelektual.
10. Org Arab (termasuk Arab Kristian) dan Islam menggunakan istilah jahl di Mekah
sebaliknya Al-Qur’an menggunakan terma jahiliyyah hanya di Madinah.

JAHILIYYAH - PANDANGAN SYED QUTB


1. Idea – Islam VS Jahiliyyah. (Taswir al-Fanni fi al- Qur’an-1945). Disebut sebanyak 3
kali).
2. Beliau memetik kisah Umar Al-Khatab dan al Walid Ibnu al-Mughirah yang berpaling
dari Islam.
3. Menurut S. Qutb, Umar telah berkata “Aku sangat jauh dari Islam. Ketika Jahiliyyah
aku adalah sahabat kepada arak. Aku sukakannya dan aku meminumnya…apabila

5
aku terdengar tentang al-Qur’an dari Rasulullah SAW, hatiku berdebar dan aku
menangis. Aku fikir Islam telah masuk ke hati ku”. (Qutb: Al-Shati’ al-Majhul).
4. Bagi Qutb ini adalah dua personality manusia (namajiz Insaniyyah) yang
menggambarkan personality Islam vs Jahiliyyah.
5. Qutb tidak hanya merujuk terma ini kepada pra-Islam tetapi merujuk kepada dua
personality dan masyarakat yang berkontradiksi. (tidak terhad kepada masa atau
lokasi)
6. Seterusnya dalam karyanya Mashahid al-Qiyamah fi-al-Qur’an (Scenes of
Resurrection in the Qur’an: 1947) Qutb menyebut terma jahl, al-jahilun (plural);
jahlihim (kejahilan mereka) dan tajhil (menjadikan seseorang jahl)
7. Dalam karya beliau al-Naqd al-Adabi (Kritikan Sastera, Jun 1948)- Qutb menyebut
tentang beza antara Budaya Islam dan Budaya Bukan-Islam (Barat)
8. Diikuti dengan Social Justice in Islam-Adalah al-Ijtama’iyyah fi al Islam (1949), Fi At-
Tarikh Fikrah wa Minhaj (1951), Fi Zilal Qur’an (magnum opus-1961) dan Ma’alim fi
Tarikh (1964).
9. Dalam Adalah, Qutb guna istilah al-Iltiwa al’aql (mental bercelaru) merujuk kepada
jahili submissive society (masyarakat yang hidup dalam jahl). Beliau membezakan
ciri-ciri masyarakat Islam dengan masyarakat Jahili (cara hidup termasuk ideologi).
Bagi Qutb, Islam adalah satu cara hidup yang mempunyai sistem (nizam) sempurna
dan lengkap. Sekaligus beliau secara jelas membezakan masyarakat Islam dan
Masyarakat Jahiliyyah. Masyarakat Muslim pada hari ini dianggap oleh Qutb sebagai
masyarakat Jahili.
10. Dalam karya beliau Fi Zilal Qur’an (1961), Qutb mengkritik keras masyarakat,
kerajaan, kumpulan dan indvidu yang disifatkan sebagai jahiliyyah sama seperti
masyarakat Arab Jahilyyah.
11. Berbeza dengan karya sebelum ini, kali ini S. Qutb dengan terbuka menyebut secara
jelas bahawa:

“Jahiliyyah tidak merujuk kepada sebarang tempoh masa. Sebaliknya ia merujuk


kepada secara spesifik keadaan social dan konsepsi kehidupan. Dan keadaan serta
konsepsi ini adalah petanda (dalil) jahiliyyah. Ia boleh muncul di pelbagai lokasi
serta dalam sebarang masa”

12. Misalnya dalam memaparkan tentang akhlah wanita moden, S. Qutb menulis “ kita
hidup dalam jahiliyyah yang penuh dengan kekasaran dan konsepsi kebinatangan
(hayawanniyyat at-tassawur).
13. Qutb kemudiannya membahagikan masyarakat kepada empat kelompok jahiliyyah
iaitu:
I. Atheist (mulhid)
II. Paganisme (wathani)
III. Ahl Kitab
IV. Muslim yang hidup dengan cara kehidupan dan sistem ahl-Kitab.
14. Dalam puisi yang ditulis (Bawakir al-Kiffah-Firstling of Struggle- Asas Perjuangan )
“aku akan menuntut bela untuk tuhan dan agamaku;

6
Aku akan teguh dengan pegangan ku dalam perjalanan menuju kemenangan;
Atau, ke syurga Allah aku akan kembali”.

15. Tahun 1962- Beliau menulis karya Khasai al-Tasawur Al-Islami (Karakter Konsep
dalam Islam dan Asasnya). Qutb tidak menyebut secara terbuka jahiliyyah tetapi
menyatakan karakter masyarakat Islam (lawan kepada jahiliyyah) iaitu:
I. Al-rabiniyyah (divinely source)
II. At-thabat (firmness and permanent realities)
III. Al-Shumul (comprehensiveness)
IV. Al-Tawazun (balance)
V. Al-ijabiyyah (dynamism)
VI. Al-Waqi’iyyah (realisme)
VII. Al-Tawhid (The Oneness of Allah)

16. Karya terakhir beliau Ma’alim fi At-Tariq (Inilah jalannya -Milestone) pada 1964.
Dalam karya ini beliau menyentuh tentang ‘Pelan dalam mendirikan negara Islam’.
17. Beliau menyatakan kebankrupan idea di Barat dan Timur. Alam demokrasi Barat
mula meminjam idea Timur (sosialisme) dan begitulah sebaliknya. Justeru Qutb
menyifatkan dunia berada dalam jahiliyyah.
18. Qutb menulis bahawa buku itu adalah tentang ‘program Gerakan Islam sedunia –
Manhaj al-Harakah Al-Islamiyyah”.
19. Menurut beliau dalam bab Jinsiyyat al-Muslim Wal Aqidah (sebagai lawan kpd
negara jahiliyyah):
“ Tanahair Islam (dar al-Islam) ialah tanah dimana Negara Islam didirikan dan
shari’ah Allah dilaksanakan. Justeru tanahair Islam itu hanyalah apabila shari’ah Allah
dijalankan…untuk orang Islam tidak ada kewarganegaraan melainkan ‘aqidah Islam”

20. Qutb turut menulis:

“Masyarakat yang mengaku sebagai masyarakat Islam sebenarnya adalah


jahiliyyah….kerana kewujudannya mereka secara praktisnya tidak berada dalam
lingkungan ubudiyyah terhadap Allah semata-mata, tapi juga yang lain. Mereka
mendakwa beriman kepada Allah tetapi mengurniakan karakter2 uluhiyyah (divinity)
kepada selain Allah. Mereka juga percaya hakimiyyah (sovereignty) selain Allah. Dari
hakimiyyah ini mereka mereka membentuk sistem, undang-undang, nilai,
penghakiman, perlakuan dan tradisi…dan hampir semua prinsip kewujudan mereka”

You might also like