Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Angka Giliran: 2019192340027 Kod Kertas: BMMB3063

Soalan Esei

Pada 11 Oktober 2020 sehingga 15 Oktober 2020 yang lalu, saya telah
mengikuti Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Fasa 2 di Sekolah Kebangsaaan
Pusat Jerteh. Sebelum melaksanakan PBS, penerangan telah diberikan oleh
pensyarah berkenaan Pengalaman Berasaskan Sekolah Fasa 2 memerlukan saya
untuk memahami dan menyesuaikan diri dengan budaya di sekolah, menghayati
kerjaya sebagai seorang guru, mendapat pengetahuan berkenaan cara pengurusan
dan pentadbiran sekolah, memahami strategi pengajaran dan pembelajaran,
membina keyakinan berinteraksi antara murid-murid dan guru serta banyak lagi.
Selain itu, pada PBS Fasa 2 yang telah dilaksanaan, saya mengenalpasti,
memahami, mendapatkan maklumat, membuat pemerhatian dan menganalisis
pelaksanaan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran
oleh guru bahasa Melayu di sekolah berkenaan. Bagi seseorang yang baru menjejak
kakinya dalam arena pengajaran malah ramai guru yang berpengalaman, konsep
pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran amat sukar dibezakan. Saya
telah mengenalpasti proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu
tahun 5 Al-Jabbar yang dilaksanakan oleh seorang guru di sekolah tersebut yang
bernama Puan Jamilah Binti Hassan.
Dalam pengajaran bahasa, pendekatan ialah satu kumpulan andaian yang
saling berkaitan tentang hakikat bahasa, hakikat pengajaran bahasa dan hakikat
pembelajaran bahasa. Kepelbagaian dalam kalangan manusia ini seharusnya
difahami oleh setiap mereka yang terlibat secara langsung urusan dengan manusia.
Sebagai contoh, guru-guru seharusnya memahami setiap muridnya adalah berbeza-
beza dari segi latar belakang sosio ekonomi, budaya, bahasa, agama, tahap kognitif
dan sebagainya. Apabila seseorang guru itu dapat memahami akan kewujudan
kepelbagaian pelajar ini, maka guru-guru dapat merancang dan menentukan dengan
baik proses pengajaran dan pembelajarannya. Oleh sebab itu, guru biasanya
menggunakan pelbagai pendekatan untuk mengajar kerana pendekatan tertentu
mungkin sesuai digunakan terhadap sesetengah murid tetapi tidak sesuai teradap
murid yang lain.
Antara pendekatan yang digunakan oleh Puan Jamilah ialah
pendekatan deduktif. Pendekatan deduktif merupakan pendekatan mengajar yang
bermula daripada sesuatu seperti prinsip, rumus atau konsep secara umum diikuti
Angka Giliran: 2019192340027 Kod Kertas: BMMB3063

dengan contoh-contoh yang khusus. Pendekatan ini selaras dengan teori


pembelajaran Gestalt yang menerangkan bahawa individu mempelajari sesuatu
situasi secara keseluruhan sebelum mempelajari elemen-elemen situasi tersebut.
Melalui pendekatan ini, murid dapat memahami konsep sesuatu pelajaran dan
mengaplikasikannya dalam membuat generalisasi baru serta menyelesaikan
masalah. Hal ini demikian kerana pada awal pengajaran, Puan Jamilah
menerangkan terlebih dahulu takrif secara menyeluruh tajuk yang akan dipelajari
kepada murid iaitu tentang simpanan dan kewangan masa hadapan. Melalui
pemerhatian, guru memulakan pelajaran dengan menerangkan pengertian dan
hukum tanda baca sebelum mengemukakan contoh ayat menggunakan tanda baca
yang betul supaya murid membaca petikan dengan betul. Murid juga diberikan
latihan berdasarkan contoh-contoh yang telah ditunjukkan oleh guru tersebut.
Seterusnya, pendekatan yang digunakan ialah berpusatkan murid.
Pendekatan berpusatkan murid merujuk kepada penglibatan murid secara aktif
dalam sesuatu aktiviti pembelajaran yang mana murid bersama-sama guru
berinteraksi untuk meneroka, menganalisis serta mencari penyelesaian secara kritis,
kreatif dan inovatif terhadap sesuatu permasalahan. Melalui pendekatan ini, murid
berpeluang membina pengetahuan dengan meneroka sendiri maklumat yang
hendak dicari tanpa diberikan oleh guru. Hal ini demikian kerana guru hanya
bertindak sebagai pemimpin yang membimbing murid-murid menjalankan aktiviti
pembelajaran sama ada secara kumpulan atau individu. Sebagai contoh, Puan
Jamilah meminta murid untuk membina sendiri ayat tunggal yang mudah
menggunakan tanda baca yang betul berdasarkan pengetahuan sedia ada yang
dimiliki untuk membina ayat tunggal. Kemudian, murid menulis ayat tunggal pada
papan putih kecil dan membentangkannya di hadapan murid-murid yang lain.
Penglibatan murid secara aktif dalam PdP dapat meningkatkan kecekapan kognitif
serta menimbulkan rasa yakin setiap murid untuk menyampaikan idea secara bebas.
Angka Giliran: 2019192340027 Kod Kertas: BMMB3063

Rajah 1 menunjukkan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid

Selain itu, Puan Jamilah menggunakan beberapa strategi dalam PdP bahasa
Melayu. Strategi merujuk rancangan untuk melaksanakan aktiviti PdP sesuatu mata
pelajaran. Objektif dapat dicapai secara optimum dengan memilih pendekatan,
kaedah dan teknik yang sesuai. Antara strategi yang digunakan ialah strategi
kemahiran berfikir. Strategi ini merupakan strategi yang diajarkan kepada murid
melalui pelbagai aktiviti supaya merekadapat befikir secara kritis dan kreatif untuk
kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Contohnya, Puan Jamilah
melakukan aktiviti yang memerlukan murid untuk berfikir tentang kesan
menggunakan tidak tanda baca mengikut konteks ayat yang bersesuaian dalam
penulisan dan juga kehidupan seharian. Maka, murid sedar tentang proses berfikir
yang dialami dan boleh membuat keputusan serta menyelesaikan masalah dengan
bijak.
Puan Jamilah juga menggunakan strategi pembelajaran koperatif
dalam PdP bahasa Melayu. Strategi pembelajaran koperatif melibatkan murid
bekerjasama untuk belajar dan bertanggungjawab ke atas setiap ahli kumpulannya.
Perbezaan antara murid dalam kumpulan amat bermanfaat untuk melatih mereka
menyesuaikan diri dengan baik. Berdasarkan pemerhatian, guru melaksanakan
aktiviti pembelajaran dengan membahagikan murid-murid kepada enam kumpulan
kecil yang terdiri daripada empat atau lima orang. Murid-murid dalam setiap
kumpulan mengamalkan nilai kerjasama yang sangat baik ketika menyelesaikan
tugasan berkumpulan yang diberikan oleh guru.
Angka Giliran: 2019192340027 Kod Kertas: BMMB3063

Rajah 2 menunjukkan aktiviti berkumpulan

Bagi mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan, guru hendaklah


mempunyai tindakan atau perancangan yang sistematik dan teratur. Kaedah
membawa maksud cara atau aturan membuat sesuatu atau hukum atau prinsip.
Keberkesanan kaedah yang digunakan dapat dilihat menerusi respon murid semasa
PdP. Antara kaedah yang digunakan dalam PdP bahasa Melayu di kelas 5 Al-Jabbar
ialah kaedah ajuk-hafaz. Melalui kaedah ini, Puan Jamilah meminta murid untuk
menghafaz perkataan yang susah sehingga dapat diingat oleh murid. Penggunaan
kaedah ajuk-hafaz ini dapat meningkatkan kecekapan berbahasa murid seperti yang
dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015.
Selain itu, Puan Jamilah turut menggunakan teknik dalam PdP bahasa
Melayu. Teknik bermaksud pengendalian sesuatu organisasi yang berlaku dalam
kelas untuk mencapai sesuatu objektif pembelajaran. Dalam erti kata lain, teknik
ialah alat yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan sesuatu bahan
pengajaran yang telah dipilih. Teknik yang digunakan oleh Puan Jamilah ialah teknik
latih tubi yang melibatkan aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang
dipelajari. Sebagai contoh, Puan Jamilah berulang kali mengulang cara membaca
ayat dengan sebutan yang jelas dan tanda baca yang betul dan meminta murid
untuk mengajuknya secara beramai-ramai. Pelaksanaan teknik ini membolehkan
murid mencapai taraf penguasaan kemahiran dan menjamin ketekalan ingatan.
Angka Giliran: 2019192340027 Kod Kertas: BMMB3063

Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, antara kelebihan proses


pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan dengan menggunakan pelbagai
pendekatan, strategi, kaedah dan teknik termasuklah mewujudkan suasana
pembelajaran yang menarik. Hal ini demikian kerana guru tidak lagi menggunakan
kaedah penyampaian tradisional yang hanya berunsurkan ‘chalk and talk’. Murid
diberikan aktiviti dan latihan yang memerlukan mereka untuk terlibat secara aktif
dalam proses PdP tersebut.
Selain itu, murid-murid dilihat memberikan perhatian semasa PdP sedang
berlangsung. Hal ini demikian menunjukkan keupayaan dan kemahiran guru dalam
kawalan pengurusan bilik darjah. Berdasarkan pemerhatian, Puan Jamilah dapat
mengendalikan PdP dengan terkawal dan teratur. Ketika proses pendidikan
berpusatkan guru berlangsung, kelas akan kelihatan teratur. Murid menjalankan
aktiviti dalam keadaan senyap dan guru mengawal penuh aktiviti di dalam kelas. Di
samping itu, kepelbagaian pendekatan dan kaedah ini menjimatkan masa dan
tenaga kerana guru tidak perlu membuat banyak persediaan.
Dalam setiap pengendalian PdP di dalam bilik darjah, pasti terdapat beberapa
kelemahan. Melalui pemerhatian, pendekatan yang digunakan hanya sesuai untuk
murid yang mempunyai tahap kognitif yang tinggi kerana mereka perlu memahami
konsep sesuatu pelajaran terlebih dahulu dan perkara ini menyebabkan murid yang
sedikit lemah tidak dapat untuk mengikuti proses pembelajaran dengan baik.
Seterusnya, tumpuan tidak boleh diberikan kepada semua murid kerana jumlah
murid yang ramai menyebabkan guru sukar untuk memberi perhatian kepada setiap
murid. Tambahan, ada ketika kelas menjadi sedikit tidak terkawal kerana murid mula
hilang fokus dan bosan terutama sekali murid yang tidak dapat memahami isi
pelajaran yang diajar dari awal.
Antara cadangan aktiviti bagi membaiki kelemahan guru haruslah sentiasa
berusaha untuk meningkatkan kualiti kemahiran pengajaran dan pembelajaran agar
dapat membaiki kelemahan pada sesi pengajaran yang lepas. Antara cadangan
aktviti yang boleh dilakukan oleh guru termasuklah memasukkan elemen didik hibur
dalam PdP. Murid-murid sekolah rendah masih lagi berada pada peringkat kanak-
kanak yang mana naluri mereka untuk bermain sentiasa ada. Oleh yang demikian,
guru boleh menggunakan unsur didik hibur seperti aktiviti nyanyian pada set induksi
dan penutup. Melalui aktiviti nyanyian, murid akan lebih seronok untuk belajar.
Angka Giliran: 2019192340027 Kod Kertas: BMMB3063

Selain itu, selari dengan keperluan pendidikan masa kini yang


menekankan pembelajaran abad ke-21, guru boleh memanfaatkan kecanggihan
teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dengan menjadikannya sebagai bahan
bantu belajar (BBB) semasa proses PdP. Sebagai contoh, guru dapat menarik minat
murid menayangkan video yang berkaitan dengan tajuk yang akan diajar pada waktu
tersebut. Secara tidak langsung murid dapat menambah pengetahuan dan
meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang TMK.
Kesimpulannya, terdapat banyak teknik dan aktiviti yang dapat dijalankan
oleh guru untuk mengajar kemahiran berbahasa menggunakan pelbagai
pendekatan, strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Kepelbagaian ini
sebenarnya membantu guru untuk merancang aktiviti PdP yang hendak dilaksanakn.
Setiap guru mestilah menguasai konsep dan kaedah penggunaan setiap pendekatan
PdP bagi mencapai sesuatu objektif pembelajaran. Hal ini demikian kerana setiap
pendekatan PdP ini mempunyai ciri-ciri dan prinsipnya yang tersendiri. Puan Jamilah
memilih pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang telah dibincangkan dalam
penulisan ini bersesuaian dengan tahap kognitif sederhana murid-murid kelas 5 AL-
Jabbar. Sebelum merancang apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan kemahiran
berbahasa, guru perlu melihat kepada aspek perbezaan individu murid-murid. Hal ini
demikian kerana setiap murid mempunyai aspek yang berbeza dari segi kognitif,
fizikal, sosial dan minat murid. Buktinya, Howard Gardner telah menyenaraikan
lapan kecerdasan pelbagai iaitu kinestetik, interpersonal, intrapersonal, verbal-
linguistik, visual-ruang, naturalis, muzik dan logik-matematik.
Angka Giliran: 2019192340027 Kod Kertas: BMMB3063

LAMPIRAN

Rancangan Pengajaran Harian [RPH]


Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia
Tarikh /Hari : 12 Oktober 2020/Isnin
Tahun : 5 Al-Jabbar
Bil Murid : 24 orang
Masa : 9.10 – 10.10 pagi
Tajuk : Muafakat membawa berkat

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN


2.3. Membaca kuat pelbagai bahan 2.3.2 Membaca pelbagai bahan yang
bacaan dengan lancar, sebutan mengandungi ayat tunggal dan ayat
yang jelas dan intonasi yang majmuk berbilang subjek dan predikat
betul. secara mekanis dengan lancar,
sebutan yang jelas dan intonasi yang
betul.

Objektif
i. Murid dapat membaca petikan dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
ii. Murid dapat membaca petikan bagi mengenal pasti ayat tunggal dengan betul.

Sistem Bahasa
 Tatabahasa : ayat tunggal

Pengisian Kurikulum/Elemen Merentas Kurikulum


 Ilmu : Komunikasi
 Nilai Murni :Kerajinan

Strategi
 Kemahiran berfikir : Menjana idea, mengenal pasti, menganalisis,
menghubungkait.
 Kemahiran belajar cara belajar : Bacaan intensif
 Teknik: Latih Tubi.

Bahan bantu mengajar

 Buku Teks
 Buku Tulis
 Lembaran Kerja

Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah membantu orang dalam kesusahan.


Angka Giliran: 2019192340027 Kod Kertas: BMMB3063

Langkah Aktiviti

1. Murid membaca buku teks.


2. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk
pelajaran.
3. Murid membaca dan memahami teks untuk memperkaya laras bahasa.
4. Murid membaca dan menyenaraikan ayat tunggal.
5. Murid menyiapkan tugasan berkumpulan.
6. Murid menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru.
7. Murid membuat latihan dalam buku tulis.

You might also like