AMCA5103 Group Work 5 - 061021

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 26

Pembentangan slide oleh:

Manju

MASTER OF COUNSELING
AMCA5103: PSYCHOLOGICAL TESTING
SEPTEMBER 2021
GROUP WORK – GROUP 5

TAJUK: INVENTORI KEMATANGAN KERJAYA


SEKOLAH MENENGAH
Name Student ID
Manjushree Appathurai CGS02408828
Pembentangan slide oleh:
Manju

LATAR BELAKANG SISTEM PENDIDIKAN

 Sistem pendidikan Malaysia memberi fokus kepada pembangunan modal insan seperti yang dihasratkan dalam Misi
Nasional dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sehubungan itu, pentaksiran kapasiti insan atau keupayaan insan
yang bersifat holistik amat diperlukan.

 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dilakarkan berdasarkan dapatan kajian-kajian
UNESCO, OECD, Bank Dunia, Institusi Pendidikan Awam Tempatan dan Dialog Nasional Pendidikan Negara. Lima ciri
Aspirasi Utama Pendidikan memberi perhatian tentang akses,
kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan.

 Melalui inisiatif transformasi pentaksiran, Lembaga Peperiksaan


(LP) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memulakan
langkah melaksanakan satu sistem pentaksiran psikometrik
yang holistik, direka bentuk untuk menyediakan maklumat
supaya kita dapat mengenal profil murid, membantu
pembelajaran murid, memantau perkembangan murid dan
mengiktiraf pencapaian murid dalam pelbagai bidang.
Pembentangan slide oleh:
Manju

PENGENALAN UJIAN PSIKOMETRIK

 Konsep Pentaksiran psikometrik telah diperkenalkan pada tahun 2007. KPM telah mengambil langkah untuk
mengumpul maklumat tentang perkembangan psikologi murid melalui kaedah pentaksiran psikometrik. Fungsi
pentaksiran psikometrik ialah mengumpul data khususnya tentang maklumat profil murid. Maklumat profil murid yang
lengkap dan menyeluruh akan dapat membantu warga pendidik mengenal pasti potensi murid dan menggilap potensi
ini.

 Pentaksiran psikometrik dalam sistem pendidikan negara ini merujuk


aktiviti pentaksiran yang digunakan untuk mengenal pasti kebolehan
semula jadi murid, personaliti, bakat, minat dan kecenderungan
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012). Selain tret personaliti atau
kebolehan murid yang bersifat semula jadi, pentaksiran psikometrik
juga digunakan untuk mengenal pasti tret yang boleh dikembangkan
secara tidak langsung melalui aktiviti pembelajaran di sekolah.
Pembentangan slide oleh:
Manju

DEFINISI UJIAN PSIKOMETRIK

 Ujian Psikometrik ialah kaedah sistematik yang digunakan untuk mengumpul maklumat yang
dapat menggambarkan ciri, atribut atau tretpersonaliti seseorang, sama ada dalam domain
kognitif atau afektif. Ujian psikometrik adalah instrumen yang direka bentuk untuk menghasilkan
penilaian kuantitatif tentang beberapa atribut psikologi. Ujian psikologikal boleh didefinisikan
sebagai ujian untuk memberi maklumat tentang kapasiti, kemampuan atau kecenderungan
untuk bertindak, bertindak balas, kemungkinan melalui pengalaman atau menstruktur pemikiran
dan perilaku dengan cara tertentu (Lewis & Crozier, 1999).
Pembentangan slide oleh:
Manju

OBJEKTIF UJIAN PSIKOMETRIK

 Pentaksiran psikometrik diperkenalkan dalam sistem pendidikan bertujuan untuk:


❖ i. mengukur kebolehan semula jadi dan kebolehan yang diperoleh seperti personaliti, minat kerjaya, aptitud atau
kebolehan, kemahiran menyelesaikan masalah, dan kemahiran berfikir.
❖ ii. mendapatkan deskripsi yang tepat mengenai profil psikologi individu atau kumpulan.
❖ iii. memahami kekuatan dan potensi murid yang boleh dibangunkan bagi meningkatkan perkembangan pembelajaran
dan pertumbuhan peribadi murid.
❖ iv. menjadi panduan murid dalam membuat kerjaya pilihan yang praktikal atau realistik.
❖ v. meningkatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang sifat dan perbezaan individu, dan
❖ vi. menyediakan maklumat tentang personaliti kerjaya yang realistik bagi meluaskan aspirasi kerjaya murid.
Pembentangan slide oleh:
Shamsuddin

KOMPONEN UJIAN PSIKOMETRIK

 Komponen Pentaksiran Psikometrik terdiri


daripada Ujian Aptitud, Inventori Personaliti dan
Inventori Kerjaya
Pembentangan slide oleh:
Shamsuddin

TEORI ASAS
→ TEORI KERJAYA SUPER

 Teori Perkembangan Kerjaya berasaskan tahap perkembangan


individu telah diperkenalkan oleh Donald E Super pada tahun
1957. Super menjelaskan individu akan melalui beberapa
proses perkembangan kerjaya dari satu peringkat ke satu
peringkat yang lain seiringan dengan peningkatan usia dan
masa.
 Pada setiap peringkat perkembangan kerjaya ini terdapat
beberapa tugas berbentuk tanggungjawab tingkah laku atau
sikap yang berbeza mengikut peringkat tahapnya.
 Pada setiap tahap perkembangan, individu diharapkan dapat
memenuhi tugas-tugas perkembangan kerjaya ini. Kejayaan
atau kegagalan dalam memenuhi tugasan ini menunjukkan
kedudukan individu dalam proses perkembangan kerjayanya
termasuklah tahap kematangan kerjaya individu tersebut.
Pembentangan slide oleh:
Shamsuddin

TEORI ASAS
→ MODEL KEMATANGAN KERJAYA CRITES

 Model kematangan kerjaya menurut Crites (1989) yang berasaskan Teori Super yang menjelaskan proses
perkembangan kerjaya individu melalui peringkat-peringkat tertentu.
 Crites (1978) menjelaskan kematangan kerjaya mempunyai hubung kait yang signifikan dengan tahap kesedaran dan
minat kerjaya. Kematangan kerjaya ini melibatkan tahap kesedaran kerjaya individu terhadap pelbagai jenis kerjaya
pilihan yang mereka ada.
 Tahap kematangan ini dapat diukur melalui ilmu pengetahuan, tingkah laku sosial dan pengalaman seseorang.
Kematangan kerjaya sedemikian akan mendorong seseorang untuk membentuk satu personaliti yang matang, jitu dan
rasional. Personaliti tersebut merupakan pra-syarat untuk mencapai suatu tahap kematangan kerjaya.
 Crites (1989) telah menentukan dua faktor utama untuk kematangan kerjaya iaitu kandungan pemilihan kerjaya dan
proses pemilihan kerjaya.
 Kandungan pemilihan kerjaya terdapat dua dimensi, iaitu ketekalan pemilihan dan kebenaran pilihan, manakala
proses pemilihan kerjaya pula dibahagikan kepada kecekapan pemilihan kerjaya dan sikap terhadap pemilihan
tersebut.
Pembentangan slide oleh:
Shamsuddin

TEORI ASAS
→ MODEL KEMATANGAN KERJAYA CRITES

 Crites juga menekankan cara pemilihan itu dibuat. ‘Cara’ atau ‘proses’ dalam membuat keputusan kerjaya adalah asas
kepada konsep kematangan kerjaya. Proses ini sebenarnya adalah bersamaan dengan konsep perkembangan tugas
kerjaya yang dikemukakan oleh Super (Betz, 1988).
 Crites (1973) telah mencipta Inventori Kematangan Kerjaya untuk melihat proses membuat keputusan kerjaya. Crites
(1996) juga menerangkan kematangan kerjaya boleh ditinjau dari segi ‘bagaimana’ dan ‘proses’ untuk membuat
keputusan dalam pemilihan kerjaya individu. Kedua-dua komponen ini merupakan teras dalam konsep kematangan
kerjaya.
 Mengikut Crites lagi, kematangan kerjaya meliputi dimensi afektif dan kognitif. Dimensi afektif kematangan kerjaya
ialah sikap seseorang individu terhadap proses membuat keputusan kerjaya dan dimensi kognitif kematangan kerjaya
pula ialah kecekapan seseorang individu dalam membuat pemilihan kerjaya iaitu melibatkan kemahiran membuat
keputusan kerjaya.
 Crites (1995) membahagikan domain kematangan kerjaya kepada dua iaitu sikap dan kecekapan. Domain sikap
digunakan untuk mengenal pasti sikap dan perasaan seseorang dalam pemilihan sesuatu kerjaya, manakala domain
kecekapan pula, mengukur pengetahuan berkaitan dengan kemahiran tentang diri dengan pekerjaan dan keputusan
untuk memilih kerjaya. Justeru, kedua-dua domain sikap dan domain kecekapan telah dipilih untuk diguna pakai oleh
LP KPM dalam membentuk IKK.
Pembentangan slide oleh:
Liyana

TEORI ASAS
→ KERANGKA KONSEPTUAL INVENTORI
KEMATANGAN KERJAYA
 Kerangka konseptual Inventori Kematangan Kerjaya (IKK) diadaptasi daripada
Teori Perkembangan Kerjaya Super (1953), Model Kematangan Kerjaya
Crites (1989) dan Model Kematangan Kerjaya, Mohd Sani Ismail (2011).
 IKK memberi fokus kepada dua domain utama iaitu domain kecekapan dan
domain sikap dalam menentukan kematangan kerjaya murid. Domain
kecekapan bertujuan untuk mengenal pasti tahap ilmu pengetahuan dan
maklumat kerjaya serta kemahiran yang dimiliki oleh murid dalam membuat
keputusan berkaitan pemilihan kerjaya.
 Terdapat lima subdomain yang menjadi fokus di bawah domain kecekapan ini
iaitu mengenal diri sendiri, maklumat kerjaya, pemilihan matlamat, rancangan
kerjaya dan penyelesaian masalah kerjaya, manakala domain sikap pula
menjelaskan orientasi pemilihan kerjaya individu. Domain sikap adalah satu
dimensi yang menunjukkan sama ada individu tersebut mengambil berat
pemilihan kerjaya mereka atau sebaliknya. Domain sikap merujuk ketentuan,
penglibatan, kebebasan, orientasi dan kompromi dalam membuat keputusan
pemilihan kerjaya.
Pembentangan slide oleh:
Liyana

TEORI ASAS
→ KERANGKA KONSEPTUAL INVENTORI
KEMATANGAN KERJAYA
 Kerangka konseptual Inventori Kematangan Kerjaya (IKK) diadaptasi daripada
Teori Perkembangan Kerjaya Super (1953), Model Kematangan Kerjaya
Crites (1989) dan Model Kematangan Kerjaya, Mohd Sani Ismail (2011).
 IKK memberi fokus kepada dua domain utama iaitu domain kecekapan dan
domain sikap dalam menentukan kematangan kerjaya murid. Domain
kecekapan bertujuan untuk mengenal pasti tahap ilmu pengetahuan dan
maklumat kerjaya serta kemahiran yang dimiliki oleh murid dalam membuat
keputusan berkaitan pemilihan kerjaya.
 Terdapat lima subdomain yang menjadi fokus di bawah domain kecekapan ini
iaitu mengenal diri sendiri, maklumat kerjaya, pemilihan matlamat, rancangan
kerjaya dan penyelesaian masalah kerjaya, manakala domain sikap pula
menjelaskan orientasi pemilihan kerjaya individu. Domain sikap adalah satu
dimensi yang menunjukkan sama ada individu tersebut mengambil berat
pemilihan kerjaya mereka atau sebaliknya. Domain sikap merujuk ketentuan,
penglibatan, kebebasan, orientasi dan kompromi dalam membuat keputusan
pemilihan kerjaya.
Pembentangan slide oleh:
Liyana

IKK
→ LATAR BELAKANG

 Lembaga Pendidikan KPM membina IKK bertujuan untuk mengumpul data mengenai tahap kematangan kerjaya
dalam kalangan murid tingkatan lima.
 IKK mengandungi 50 item yang mengukur domain sikap dan domain kecekapan merangkumi 25 item bagi setiap satu
domain.
 Kedua-dua domain tersebut dapat mengukur tahap kesediaan murid untuk melakukan aktiviti yang berkaitan alam
kerjaya. IKK juga dapat mengenal pasti maklumat mengenai perasaan, reaksi subjektif, kemahiran, kecenderungan,
dan minat seseorang murid semasa membuat sesuatu pilihan kerjaya.
 Tujuan IKK adalah untuk mengukur kematangan murid dari segi sikap, kebolehan, kemahiran dan kecekapan dalam
membuat keputusan pemilihan kerjaya (Crites, 1978, 1995; Rohany Nasir, 2003, 2005).
 Berdasarkan keputusan IKK, guru bimbingan dan kaunseling dapat membantu murid dalam membuat perancangan
pemilihan kerjaya mereka dengan lebih tepat, sesuai, jelas dan realistik dengan personaliti diri.
Pembentangan slide oleh:
Liyana

IKK
→ OBJEKTIF

 Daripada hasil dapatan IKK, guru bimbingan dan kaunseling dapat:


❖ i. mengukur tahap kematangan kerjaya murid merangkumi domain sikap dan domain kecekapan,
❖ ii. menilai keselarasan tingkah laku kerjaya dengan tahap umur murid tingkatan lima,
❖ iii. mengupayakan murid dalam menentukan pemilihan kerjaya yang tepat dengan personaliti diri,
❖ iv. menggalakkan murid meneroka maklumat kerjaya secara mendalam bersesuaian dengan personaliti diri.
Pembentangan slide oleh:
Genia

IKK
→ DEFINISI KONSTRUK
Pembentangan slide oleh:
Genia

IKK
→ KESAHAN (VALIDITY)

 Kesahan didefinisikan sebagai sejauh mana satu pengukuran atau instrumen itu dapat mengukur perkara yang
sepatutnya diukur (Saunders & Tosey, 2015). Penentuan kesahan ialah satu proses yang amat penting dalam
membangun dan menilai instrumen. Jenis kesahan yang dilakukan dalam kajian ini ialah kesahan muka, kesahan
kandungan dan kesahan konstruk.

Kesahan Muka
 Kesahan muka dijalankan untuk memastikan setiap item IKK bersesuaian dengan objektif dan persoalan kajian
(Kumar, 2012). Sekumpulan pakar yang dilantik oleh LP KPM telah menguji kesahan muka IKK dan mendapati
bahawa kesemua item IKK bersesuaian serta boleh mengukur domain kematangan kerjaya murid tingkatan lima.

Kesahan Kandungan
 Kesahan kandungan merujuk ketepatan kandungan dan format instrumen, sifat komprehensif instrumen,
kebolehgunaan pembolehubah, ketepatan dan kecukupan item yang boleh memberi kefahaman kepada murid untuk
menjawabnya serta ketekalan kandungan dan format item untuk diukur dan dinilai. Perkara ini penting untuk
memastikan IKK yang dibina dapat mewakili domain kandungan yang hendak dinilai dengan tepat dan bermakna
Pembentangan slide oleh:
Genia

IKK
→ KESAHAN (VALIDITY)

Kesahan Konstruk
 Kesahan konstruk bertujuan untuk membuktikan sejauh mana sesuatu instrumen mengukur perkara yang hendak
diukur (Ary, Jacobs dan Sorenson, 2010). Penentuan kesahan konstruk akan menggunakan Analisis Faktor.
 Ujian ini digunakan untuk menganalisis korelasi antara item-item dan menentukan bilangan faktor yang wujud. Analisis
faktor memerihalkan bilangan dimensi atau faktor yang diwakili oleh item-item pengukuran.
 Kesahan konstruk juga merupakan satu pengukuran ujian homogeneity yang memeriksa sejauh mana item yang
berbeza mengukur konstruk yang sama. Kaedah spesifik digunakan ialah Putaran Oblique iaitu Direct Oblimin.
Kaedah putaran ini dipilih kerana terdapat asas teori untuk menyokong bahawa faktor-faktor berkorelasi dan saling
berkait (Field, 2009).
 Kajian Mohd Sani Ismail (2011) mendapati kesahan gagasan IKK bagi domain sikap mempunyai koefisien kesahan
yang tinggi iaitu lebih daripada +0.8 (0.812 hingga 0.893), manakala IKK bagi domain kecekapan juga mempunyai
koefisien kesahan yang tinggi (0.811 hingga 0.866). Kesahan gagasan IKK diukur melalui kolerasi antara item dan
jumlah skor setiap item berkenaan.
Pembentangan slide oleh:
Genia

IKK
→ KEBOLEHPERCAYAAN (RELIABILITY)

 Kebolehpercayaan IKK merujuk suatu nilai ukuran untuk menentukan ketekalan dan kestabilan dalaman IKK bagi
mengukur konstruk kematangan kerjaya merentasi murid tingkatan lima di Malaysia.

 Keputusan analisis ujian kebolehpercayaan Mohd Sani Ismail (2011) mendapati pekali Alpha Cronbach untuk domain
sikap berada pada julat (α = 0.63 hingga 0.74) bagi kajian rintis 1 dan (α = 0.67 hingga 0.75) bagi kajian rintis 2.

 Untuk domain kecekapan pula, pekali Alpha Cronbach berada pada julat
(α = 0.69 hingga 0.74) bagi kajian rintis 1 dan (α = 0.66 hingga 0.75) bagi
kajian rintis 2. Secara keseluruhannya, nilai Alpha Cronbach IKK adalah
0.92.

 Hasil ujian ini menunjukkan kesemua item yang digunakan bagi setiap
komponen dalam IKK mempunyai nilai kebolehpercayaan yang baik dan
konsisten.
Pembentangan slide oleh:
Nivasshini

IKK
→ PENTADBIRAN UJIAN

Mesyuarat • Perbincangan bersama pentadbir Pelaporan • Pengisian data dalam SePKM


pengoperasian • Penyediaan jadual pelaksanaan • GBK mencetak pelaporan PPsi (masukkan logo sekolah
• Makluman kepada guru dan murid • dalam pelaporan murid)
• GBK memuat turun IKK • Pelaporan PPsi ditandatangani oleh pengetua
• Instrumen diperbanyakkan • Salinan pelaporan setiap murid perlu disimpan dalam fail profil
• murid
Pentadbiran • Sasaran : Murid Tingkatan 5 • Pelaporan IKK diserahkan kepada murid bersama keputusan
ujian • Tempat : Kondusif • SPM
• Masa : 60 minit
Penyimpanan • Penyimpanan profil berdasarkan urutan nama dalam kelas
• Murid berkeperluan khas diberikan tambahan masa 30 peratus
Fail • Dokumen menjadi rujukan dan panduan semasa membuat
• daripada waktu yang diperuntukkan bagi murid biasa
intervensi
• Jumlah item : 25 domain sikap dan 25 domain kecekapan
• Bimbingan guru dibenarkan mengikut keperluan
• Arahan menjawab mengikut keperluan inventori Intervensi • Memperkukuh sikap terhadap kesedaran kerjaya
• Menjawab di atas borang jawapan yang disediakan • Memperkasakan kecekapan dalam membuat pemilihan
• Kertas soalan tidak boleh diconteng dan perlu dikembalikan kerjaya
• Meningkatkan tahap kematangan kerjaya
Murid • Murid menjawab IKK.
menjawab IKK • Murid mengira skor dengan bimbingan GBK selepas
dan Pengiraan • pentadbiran ujian IKK
Skor
Pentafsiran • GBK memberikan interpretasi berdasarkan skor murid
Skor
Pengumpulan • Diserahkan kepada GBK
Jawapan
Pembentangan slide oleh:
Nivasshini

IKK
→ PENTADBIRAN UJIAN

 Masa yang dicadangkan untuk mentadbir IKK adalah 1 jam. 30 minit yang pertama dicadangkan untuk mentadbir
domain sikap dan 30 minit seterusnya untuk mentadbir domain kecekapan. Pentadbiran IKK hendaklah dilaksanakan
dalam bilik yang kondusif dan lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja. Selain itu, murid
juga perlu berasa selesa dan bersedia untuk menjawab IKK. Segala arahan perlu diikuti dan dipatuhi oleh murid yang
mengambil IKK.

Kaedah Pemarkatan
 Pemarkatan Inventori Kematangan Kerjaya (IKK) menggunakan Skala Thurstone di mana setiap soalan yang
dikemukakan mempunyai dua dimensi, iaitu sama ada ‘Setuju’ atau ‘Tidak Setuju’. Skala Thurstone telah dibina oleh
ahli psikologi Louis Thurstone (1928) yang mempercayai bahawa manusia boleh membuat pertimbangan-
pertimbangan dan penilaian-penilaian secara psikologi ke atas diri mereka sendiri, iaitu apabila seseorang itu diberi
dua pernyataan yang berbeza, dia mampu membuat pemilihan pernyataan yang mana lebih dipersetujuinya (Chua
Yan Piaw 2006)
Pembentangan slide oleh:
Nivasshini

IKK
→ PENTADBIRAN UJIAN

 Jawapan murid yang bersamaan  peratusan domain dikira dengan  Peratusan keseluruhan IKK dikira
dengan kunci jawapan dalam IKK jumlah keseluruhan skor yang dengan jumlah keseluruhan daripada
akan diberikan skor 1 dan diperoleh daripada hasil tambah domain sikap ditambah dengan jumlah
jawapan yang tidak bersamaan semua skor subdomain dan keseluruhan domain kecekapan dan
dengan kunci jawapan akan diberi didarabkan dengan 4. didarabkan dengan 2.
skor 0. Jumlah skor dikira dengan  Contoh, jika skor maksimum domain sikap diperoleh  Contoh, jika jumlah keseluruhan daripada domain sikap ialah
menjumlahkan semua skor iaitu 25 x 4 = 100 %. Maka formula yang sama 17 dan jumlah keseluruhan daripada domain kecekapan ialah
digunakan bagi mengira domain kecekapan. 21 maka hasil tambah kedua-duanya ialah 38 dan didarabkan
jawapan. Senarai jawapan bagi dengan 2 bersamaan 76 %. Oleh itu hasil keputusan peratus
IKK murid ialah 76 % (Tinggi).
setiap item boleh diperoleh
secara manual. Terdapat dua
pilihan jawapan sama ada S
(Setuju) dan TS (Tidak Setuju).
Murid perlu tandakan jawapan
pilihan di ruang yang disediakan.
Pembentangan slide oleh:
Nivasshini

IKK
→ PENTADBIRAN UJIAN
Pembentangan slide oleh:
Fazarina

IKK
→ PENTADBIRAN UJIAN
Pembentangan slide oleh:
Fazarina

IKK
→ INTERPRETASI SKOR

Skor Interpretasi Skor – Domain Sikap


75% -100% Murid berkebolehan, berkemampuan dan berkeupayaan tinggi dalam ketentuan membuat keputusan
Tinggi kerjaya, penglibatan dalam membuat keputusan kerjaya, kebebasan dalam membuat keputusan kerjaya,
orientasi dalam membuat keputusan kerjaya dan kompromi dalam membuat keputusan kerjaya

50% - 74% Murid berkebolehan, berkemampuan, dan berkeupayaan sederhana dalam ketentuan membuat
Sederhana keputusan kerjaya, penglibatan dalam membuat keputusan kerjaya, kebebasan dalam membuat
keputusan kerjaya, orientasi dalam membuat keputusan kerjaya dan kompromi dalam membuat
keputusan kerjaya.

0% - 49% Murid tidak berkebolehan, tidak berkemampuan, dan berkeupayaan rendah dalam ketentuan membuat
Rendah keputusan kerjaya, penglibatan dalam membuat keputusan kerjaya, kebebasan dalam membuat
keputusan kerjaya, orientasi dalam membuat keputusan kerjaya dan kompromi dalam membuat
keputusan kerjaya.
Pembentangan slide oleh:
Fazarina

IKK
→ INTERPRETASI SKOR

Skor Interpretasi Skor – Domain Kecekapan


75% -100% Murid berkebolehan, berkemampuan dan berkeupayaan tinggi dalam mengenal diri sendiri, maklumat
Tinggi pekerjaan, pemilihan matlamat pekerjaan, rancangan kerjaya dan penyelesaian masalah kerjaya.

50% - 74% Murid berkebolehan, berkemampuan, dan berkeupayaan sederhana dalam mengenali diri sendiri,
Sederhana maklumat pekerjaan, pemilihan matlamat pekerjaan, rancangan kerjaya dan penyelesaian masalah
kerjaya.

0% - 49% Murid tidak berkebolehan, tidak berkemampuan, dan berkeupayaan rendah dalam mengenali diri sendiri,
Rendah maklumat pekerjaan, pemilihan matlamat pekerjaan, rancangan kerjaya dan penyelesaian masalah
kerjaya.
Pembentangan slide oleh:
Fazarina

IKK
→ INTERPRETASI SKOR

Skor Interpretasi Skor – IKK


75% -100% Murid mempunyai kebolehan, kemampuan dan keupayaan yang tinggi dalam menentukan pilihan kerjaya.
Tinggi Murid melibatkan diri secara aktif dalam mencari maklumat mengenai kerjaya yang diminati seperti kelayakan,
gaji, latihan, persekitaran kerja dan risiko pekerjaan. Hasil daripada maklumat yang diperoleh, murid
merancang kerjaya dan bersedia berhadapan risiko dan konflik dalam membuat keputusan kerjaya.

50% - 74% Murid mempunyai kebolehan, kemampuan dan keupayaan yang sederhana dalam menentukan pilihan
Sederhana kerjaya. Murid kurang aktif melibatkan diri dalam mencari maklumat mengenai kerjaya yang diminati seperti
kelayakan, gaji, latihan, persekitaran kerja dan risiko pekerjaan. Hasil daripada maklumat kerjaya yang sedikit,
murid kurang merancang kerjaya dan kurang bersedia berhadapan risiko serta mempunyai konflik dalam
membuat keputusan kerjaya.

0% - 49% Murid kurang mempunyai kebolehan, kemampuan dan keupayaan dalam menentukan pilihan kerjaya. Murid
Rendah tidak melibatkan diri dalam mencari maklumat mengenai kerjaya yang diminati seperti kelayakan, gaji, latihan,
persekitaran kerja dan risiko pekerjaan. Murid tidak mempunyai maklumat kerjaya, tidak mampu murid
merancang kerjaya dan akan berhadapan risiko dan konflik dalam membuat keputusan kerjaya.
Pembentangan slide oleh:
Fazarina

IKK
→ PENUTUP

 Dalam menghadapi persaingan global abad ke-21 yang kian mencabar, murid perlu mempertingkatkan kematangan
kerjaya mereka dengan pelbagai ilmu dan kemahiran
baharu yang perlu dikuasai sebelum mereka melangkah ke
dunia pekerjaan.
 Kematangan kerjaya dalam kalangan murid sangat penting
untuk mereka menghadapi persekitaran global yang
sentiasa berubah, meningkatkan kualiti hidup serta
menyumbang kepada kesejahteraan dan kekayaan negara.
Murid yang mempunyai kematangan kerjaya yang tinggi
berupaya membuat pertimbangan, penilaian, pemilihan dan
keputusan perancangan kerjaya yang kongruen dengan
personaliti diri.
 Dalam konteks ini, murid perlu berusaha menjadi yang
terbaik kerana dalam dunia yang kompetitif hari ini hanya
yang terbaik akan berjaya

You might also like