Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

(UW00802)
SEMESTER I, SESI 2021/2022

SEKSYEN : 701

TAJUK TUGASAN : ADAT DAN RITUAL KEMATIAN MASYARAKAT BAJAU DI


SABAH : SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS KEMATAN

DISEDIAKAN UNTUK :

DR. SAIFULAZRY BIN MOKHTAR

DISEDIAKAN OLEH :

TANDA
BIL NAMA NO.MATRIK
TANGAN
1. NURUL ERRNA SYAFIQAH BINTI ABD KADIR YT21110003
2. SITI NURAFIKAH BINTI ABD MAJIB YT21110015
3. SHERENLEE DIANNE KALING YE21110007
4. CHELDRONNEX BAISOL YT21110016
5. NAIMAH BINTI HAMZAI YE21110022
6. ADLINA BINTI ARDIN YT21110028
7. GRACE CLEMENT YT21110030
ABSTRAK
Sebut sahaja negeri di bawah bayu, pasti rakyat Malaysia terbayang akan keindahan Negeri
Sabah yang penuh dengan kemewahan flora dan faunanya. Sabah merupakan negeri kedua
terbesar di Malaysia yang terdiri daripada 13 buah negeri dan 3 wilayah persekutuan . Ibu
negeri Sabah ialah Kota Kinabalu yang dahulunya dikenali sebagai Jesselton. Negeri Sabah
mempunyai jangkaun keluasan sepanjang 72,500 kilometer persegi yang dikelilingi oleh Laut
China Selatan di bahagian barat Sabah, Laut Sulu di bahagian Timur Laut dan Laut Celebes di
bahagian Timur. Ia juga terletak di bahagian paling utara Borneo dan juga merupakan pulau
ketiga terbesar di dunia.

Penduduk sabah yang terdiri daripada kepelbagaian suku kaum menggunakan bahasa melayu
sebagai bahasa kebangsaan secara meluas meskipun mereka menuturkan bahasa melayu
dengan dielak sabahan baku, sedikit berbeza daripada dielak Malaysia Barat. Di sabah
mempunyai lebih daripada 30 kumpulan etnik yang menggunakan lebih daripada 50 bahasa dan
tidak kurang dari 90 dielak. Setiap suku kaum juga mempunyai pakaian tradisi masing-msing
yang sehingga kini masih mengekalkan keaslian reka bentuk dan warna . pakaian tradisional ini
juga termasuklah manik antik, rantai dan tali pinggang, barang kemas perak antik yang diukir
menggunakan tangan dan tali pinggang syiling perak lama yang diwarisi dari zaman berzaman.
Selain itu, setiap kumpulan pribumi Sabah mempunyai tarian, muzik dan kraftangan yang unik
daripada satu sama lain. Adat , budaya dan tradisi yang berbeza telah menjadi sebahagian
daripada kehidupan harian masyarakat di Sabah.
1.0 PENGENALAN
Kaum Bajau adalah suku kaum bumiputera kedua terbesar di Sabah selepas Kadazandusun
dan telah diikhtiraf sebagai penduduk asli sabah . Suku kaum ini kebanyakannya beragama
Islam dan berasal dari dua kumpulan etnik dimana terdapat sebahagian mereka yang
menetap di pantai barat dan sebahagian yang lain berada di pantai timur sabah. Masyarakat
bajau terkenal sebagai pelaut pada zaman sebelum penjajahan British. Sehingga kini,
kemahiran membina sampan masih diwarisi oleh anak-anak muda suku kaum bajau.

Di sebelah pantai barat , masyarakat bajau dikenali sebagai bajau samah. Orang bajau
samah terkenal dengan kemahiran menunggang kuda sehingga orang luar mengelar
mereka sebagai “koboi timur” atau “koboi sabah”. Kemahiran yang mereka ada inilah yang
menjadikan mereka antara kaum yang berjaya di Sabah. Bagi masyarakat bajau yang
menetap di sebelah pantai timur sabah, mereka digelar bajau laut dan miliki panggilan unik
seperti ‘Panglima Dilaut, Pelaut dan Pelayar Terunggul’ kerana masih mengamalkan
kehidupan tradisi seperti menangkap ikan dan menyelam. Meskipun terdapat segelintir
masyarakat bajau laut yang masih tinggal dalam perahu namun ada juga antara mereka ini
telah mula berhijrah ke bahagian darat atau perkampungan tepian pantai.

1.1 PERBEZAAN ANTARA BAJAU SAMAH DAN BAJAU LAUT


Meskipun orang melihat Orang Bajau Samah Pantai Вarat adalah berbeza dengan Orang
Bajau Рantai Timur khususnya daerah Lahad Datu dan Semporna. Dari segi pertuturan,
pakaian tradisi, pemakanan adat resam dan budaya hidup adalah sangat-sangat berbeza.
Masyarakat Bajau Samah Pantai Barat banyak yang terlibat dengan pertanian sawah padi
manakala masyarakat Bajau Semporna terkenal dengan kegiatan penangkapan hasil laut.

You might also like