Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

1.

0 Pengenalan

Penulisan refleksi boleh ditakrifkan sebagai amalan perlakuan memikirkan semula


pengalaman ketika melakukan sesuatu. Tujuan refleksi ini adalah untuk mengetahui
kekuatan dan kelemahan diri sendiri serta cara mengatasi kelemahan ketika merancang
projek kokurikulum.

2.0 Kekuatan dan Kelemahan

Terdapat beberapa kekuatan yang wujud dalam perancangan projek kokurikulum


yang disediakan oleh saya. Antara kekuatan yang dapat dilihat semasa merancang projek
melalui penulisan kertas kerja adalah penggunaan bahasa yang baik dan laras bahasa yang
sesuai. Penggunaan bahasa yang baik dan laras bahasa yang sesuai merupakan salah satu
ciri kertas kerja yang berkualiti. Hal ini kerana struktur ayat yang gramatis, penggunaan
imbuhan perkataan yang tepat dan pemilihan kosa kata yang sesuai mengikut konteks dapat
memudahkan pembaca untuk memahami maklumat penting dengan mudah (Khairuddin
Mohamad et al, 2011). Oleh itu, pembaca tidak perlu mengambil masa yang lama untuk
memahami maklumat yang terdapat dalam kertas kerja yang disediakan. Jelaslah di sini
bahawa penggunaan bahasa yang baik dan laras bahasa yang sesuai merupakan kekuatan
kertas kerja yang disediakan kerana memudahkan pembaca untuk memahami isi maklumat.

Seterusnya, kekuatan yang terdapat dalam kertas kerja yang disediakan adalah
penomboran yang sesuai. Saya telah menggunakan penomboran untuk menyusun
maklumat bagi memastikan maklumat disampaikan kepada pembaca secara sistematik dan
tersusun. Sistem penomboran yang digunakan untuk menyampaikan maklumat amatlah
sesuai untuk digunakan kerana sistem penomboran ini mudah digunakan pembaca untuk
merujuk semula maklumat yang terdapat dalam kertas kerja dengan pantas (Mok Soon
Sang, 2013). Bukan itu sahaja, pembahagian penomboran ini juga dapat mengelakkan
daripada pembaca untuk mengalami kekeliruan ketika membaca maklumat kertas kerja. Hal
ini kerana segala maklumat telah dikategorikan atau dibahagikan mengikut nombor dan
tajuk. Jadi, jelaslah di sini bahawa penggunaan sistem penomboran yang sesuai untuk
menyusun maklumat juga merupakan kekuatan yang terdapat dalam perancangan kertas
kerja yang disediakan.

Tambahan lagi, panjang kertas kerja yang disediakan juga amat relevan dengan
projek yang akan dilaksanakan. Kepanjangan yang sesuai amatlah penting bagi memastikan
pembaca tidak berasa bosan (Amir Hamzah Aman, 2015). Saya telah menggunakan
halaman lampiran untuk menyampaikan maklumat tambahan. Oleh itu, penggunaan
halaman lampiran amat relevan kerana memudahkan pembaca untuk merujuk serta
menggurangkan lagi kepanjangan kertas kerja. Jadi, kepanjangan kertas kerja yang sesuai
juga adalah kekuatan yang dapat dilihat daripada kertas kerja yang telah disediakan.

Namun begitu, masih terdapat kelemahan dalam hasil penulisan kertas kerja yang
disediakan. Antara kelemahan yang terdapat dalam kertas kerja yang dirancang adalah
ketekalan penulisan yang tidak teliti. Sebagai contohnya, terdapat beberapa kesalahan
ejaan dalam penulisan kertas kerja yang dihasilkan. Sebuah kertas kerja yang baik perlulah
mempunyai kesalahan ejaan yang minimum (Kamarul Afendey, 2017). Jadi, saya akan
mengatasi masalah ini dengan menggunakan aplikasi “auto-correct” bagi memastikan setiap
ejaan dalam kertas kerja adalah betul dan tepat. Kesannya, penulisan kertas kerja akan
lebih baik kerana penggunaan kemudahan TMK dalam menyediakan kertas kerja
memudahkan lagi proses perancangan kertas kerja khususnya perkara yang rumit seperti
masalah ejaan. Jelaslah di sini masalah ketekalan penulisan yang tidak teliti dapat diatasi
dengan penggunaan aplikasi “auto-correct” yang relevan dalam membantu meminimumkan
kesalahan ejaan.

Seterusnya, anggaran perbelanjaan yang tidak terlalu terperinci juga merupakan


salah satu kelemahan yang terdapat dalam penyediaan kertas kerja perancangan projek
kokurikulum. Anggaran perbelanjaan seharusnya perlulah terperinci serta tidak mempunyai
sebarang penipuan (James Ang, 2015). Oleh yang demikian, saya akan mengatasi masalah
ini dengan memastikan segala anggaran perbelanjaan dinyatakan secara terperinci tanpa
ada sebarang kos perbelanjaan secara tersembunyi. Bukan itu sahaja, saya juga akan
menggunakan aplikasi Microsoft Excel bagi memastikan jumlah anggaran perbelanjaan
dikira dengan tepat. Hal ini kerana Microsoft Excel mempunyai kemudahan proses
pengiraan yang mengurangkan bebanan kerja saya. Oleh itu, penggunaan Microsoft Excel
amat relevan dan memastikan tiada anggaran perbelanjaan yang tersembunyi dalam
mengatasi masalah ini.

4.0 Kesimpulan

Konklusinya, setiap kelemahan perlulah diatasi bagi memastikan kertas kerja


perancangan projek yang berkualiti. Bukan itu sahaja, kekuatan yang wujud ketika
merancang projek perlulah diteruskan serta meningkatkan lagi kefahaman terhadap
pengurusan kokurikulum bagi menjadikan diri kita sebagai seorang guru yang berkredibiliti
tinggi.
Rujukan

Amir Hamzah Aman. (2015). Panduan Pengurusan Kokurikulum. Kuala Lumpur: Sasbadi
Sdn Bhd.

James Ang. (2015). Pengurusan Aktiviti Luar Sekolah: Panduan Pengurusan Aktiviti Murid di
Luar Sekolah. Kuala Lumpur: PTS Publications and Distributors.

Kamarul Afendey. (2017). Bahasa Melayu Komunikasi. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn.
Bhd.

Khairuddin Mohamad, Maridah Alias, Faiziah Shamsudin dan Azmi Ayub. (2011). Siri
Pendidikan Guru: Bahasa Melayu Kontekstual. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. (2013). Siri Pendidikan: Pengurusan Kokurikulum. Kuala Lumpur:
Penerbitan Multimedia.

You might also like