Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Perahu Jalur

Perahu jalur adalah salah satu jenis perahu buatan Melayu. Perahu jalur merupakan perahu
kecil yang biasanya sempit tetapi panjang yang digunakan bagi bergerak sepanjang sungai
oleh orang persendirian. Peraju jalur adalah lebih kecil berbanding dengan perahu Mat Rian
atau perahu satok.[1]

Terdapat pelbagai jenis perahu jalur tetapi yang biasanya ia diperbuat daripada batang pokok
yang ditarah dan diukir menjadi bentuk perahu. Oleh kerana perahu jalur mudah dibuat dan
mudah dikendalikan kerana saiznya yang kecil, ia biasanya digunakan di kawasan terasing
dan luar bandar sebagai kenderaan perhubungan penting. Selain itu terdapat juga perahu jalur
yang diperbuat daripada kulit kayu.

Perahu jalur dipercayai antara kenderaan di air yang terawal dibina oleh manusia untuk
tujuan pengangkutan. Apabila penegtahuan mengenai penggunaan alatan batu atau benda
tajam telah berkembang di dalam masyarakat dahulu kala, mereka mula membuat kenderaan
pengangkutan di air dengan menggunakan sebatang kayu dan dikeruk atau ditebuk.
Perahu Kolek

Perahu kolek merupakan salah satu perahu orang Melayu. Perahu kolek biasanya hanya
digunakan dalam kawasan air tenang. Ia biasanya merujuk kepada perahu kecil yang
digunakan di kawasan persisiran pantai. Diantara jenis-jenis perahu kecil dalam kelompok
koleh adalah perahu gelibat, kueh kecil, licung, kueh, pengail, kolek, dan kolek buatan barat.
Perahu lain seperti perahu bedar, perahu anak bedar[1] dan Perahu payang adalah bersaiz
lebih besar.

Sejarah perahu kolek di Kelantan


Perahu kolek ini dibina dan didatangkan khas dari wilayah Pattani, Thailand Selatan. Pemilik
dan nelayan setempat di Kelantan dikatakan sudah tiada lagi kepakaran yang mampu
membina perahu kolek ini dari awal pembuatan sehingga akhir pembuatan. Kepakaran
mengecat perahu kolek juga tidak dapat menandingi hasil karya tukang cat dari wilayah
Langkasuka. Perahu kolek juga dieja sebagai "Kolea" di Pattani, dikatakan mampu bertahan
sehingga 30 tahun kerana ia dibuat 100% daripada kayu cengal yang terkenal dengan
ketahanan terhadap suhu dan cuaca persekitaran setempat.
Perahu jokong

Perahu jokong hampir sama cara pembuatan dan bentuknya dengan perahu jalur, cume
ukurannya sahaja yang berbeza kerana perahu jokong dipercayai digunakan oleh nelayan
untuk menangkap ikan di laut. Sesuai dengan kegunaannya di laut, maka ia dibina dalam
ukuran yang besar.

Ia merupakan perahu yang terawal digunakan oleh masyarakat pinggir pantai untuk aktiviti di
laut. Perahu jokong ini berukuran 4.19m panjang, 0.87 lebar dan 0.98 tinggi.
Perahu Payang

Perahu Payang merupakan perahu terbesar digunakan di Terengganu untuk menangkap


ikan. Operasi memukatnya adalah di kawasan laut dalam menggunakan pukat payang dengan
awak-awak seramai kira-kira 15 orang.

Perahu ini dikenali sebagai perahu payang berdasarkan operasi memukatnya yang kebiasaan
menggunakan pukat payang. Perahu ini berukuran 14.2m panjang, 2.27m lebar, 3.1m tinggi
dan menggunakan dua layar.

Pada kebiasaannya perahu payang akan dihias dengan lukisan awan larat yang indah.
Perahu Sekoci

Perahu sekoci merupakan sejenis perahu tradisi Melayu yang bersaiz kecil dan biasanya
digunakan bagi mencandat sotong dan menangkap ikan di kawasan persisiran pantai. Ia
dilengkapi dengan satu tiang layar dan amat terkenal di negeri Terengganu.
Tongkang

Tongkang atau Ponton adalah suatu jenis kapal yang dengan lambung datar atau suatu kotak
besar yang mengapung, digunakan untuk mengangkut barang dan ditarik dengan kapal tunda
atau digunakan untuk mengakomodasi pasang-surut seperti pada dermaga apung.

Ponton digunakan juga untuk mengangkut mobil menyeberangi sungai, didaerah yang belum
memiliki jembatan. Sangat banyak digunakan pada tahun 1960an hingga 1980an di jalur
lintas Sumatera, Kalimantan, Sulawesi, Papua. Sekarang sebagian besar sudah digantikan
dengan jembatan.

Untuk keperluan wisata, ponton juga masih digunakan. Untuk meningkatkan kestabilan kapal
biasanya digunakan dua ponton yang digabungkan secara paralel.

tonkang sendiri tidak memiliki sistem pendorong (propulsi) seperti kapal pada umumnya.
Pembuatan kapal tongkang juga berbeda karena hanya konstruksi saja, tanpa sistem seperti
kapal pada umumnya. Tongkang sendiri umum digunakan untuk mengangkut muatan dalam
jumlah besar seperti kayu, batubara, pasir dan lain-lain. Di Indonesia tongkang banyak
diproduksi di daerah Batam (Kepulauan Riau) yang merupakan salah satu basis produksi
perkapalan di indonesia.

You might also like