Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT

IJAZAH SARJANA MUDA PENTADBIRAN KORPORAT DAN HUBUNGAN


DENGAN KEPUJIAN
_________________________________________________________________________

PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN


UTC 1012
SESI 2021/2022

TUGASAN REFLEKSI BERKUMPULAN

NAMA NO. MATRIKS


NUR WARDINA MARDHIYYAH BINTI MAT AROF 1212746
WAN ‘AISYA SYAFIQAH BINTI ABDUL RAHMAN 1212747
NUR SYAFIQAH AISYAH BT ABDUL GHANI 1212748
NUR ATHIRAH ATIKAH BINTI KHAIRUL JAZLI 1212752
MUHAMMAD SHABIL IRFAN BIN MOHAMMAD SABRI 1212755
MUHAMMAD FARIS IZZUDDIN BIN MUHAMMAD LIN 1212756
MUHAMMAD AQIL BIN MUHAMMAD AZLAN THARMA 1212757
SHARIFAH KHAIRUNNISA BINTI SYED ABDUL JA 1212759
NUR SYAMIMI AQILAH BINTI MUHAMMAD KHAIRU 1212760
NURUL RABIATUL ADAWIYAH BINTI MUHAMMAD SHUKRI 1212762

KUMPULAN:
KMD

DISEDIAKAN UNTUK:
DR. SITI NUR AZHANI BT MOHD TOHAR
Kehamilan adalah saat yang sangat dinantikan oleh golongan wanita. namun
kehamilan pada usia muda dalam kalangan remaja boleh memberi risiko kepada kesihatan
diri dan bayi yang dikandung. Situasi akan menjadi lebih sukar sekiranya remaja itu hamil di
luar nikah dan tidak mendapat sokongan daripada ahli keluarga kerana akan timbul kesan dari
aspek sosial, emosi, fizikal, kewangan, perubatan dan lain-lain. Kebanyakan remaja masih
lagi di bawah jagaan ibu bapa. Ibu bapa bertanggungjawab memberi penjagaan,
perlindungan, pendidikan dan persekitaran yang menyokong perkembangan kesihatan fizikal,
seksual, emosi dan mental. dari aspek perubatan, hamil pada usia muda adalah berisiko
tinggi. Oleh itu, remaja hamil adalah merupakan golongan yang dilindungi di bawah akta
Kanak-Kanak 2001 (akta 611) Perkhidmatan perlindungan ini adalah untuk mengelakkan
penganiayaan, pembuangan, pendedahan dan pengabaian kepada kanak-kanak daripada
semua bahaya termasuk jenis penyeksaan, penderaan, diskriminasi dan eksploitasi.
Kehamilan itu merupakan satu tanggungjawab dan remaja harus bersedia untuk
menghadapi keadaan ini. Bagaimanakah remaja dapat menanggung hidup sendiri dengan
anak yang bakal dilahirkan jika tidak mempunyai kemampuan untuk berhadapan dengan
keadaan ini? Kehamilan tidak boleh berlaku jika tiada hubungan seks di antara lelaki dan
perempuan. Kehamilan boleh dielakkan sekiranya anda tidak melakukan hubungan seks
sebelum berkahwin. Sekiranya telah berkahwin, sebaiknya lewatkan kehamilan sehingga
anda mencecah usia 20 tahun. anda boleh menggunakan kaedah perancang keluarga untuk
membantu merancang masa kehamilan yang sesuai.
Hubungan seks bebas merupakan salah satu masalah sosial yang melanda remaja
dewasa ini. Ekoran daripada itu, ramai di antara remaja perempuan yang hamil luar nikah dan
seterusnya terlibat dalam pengguguran haram. Biarpun kaedah yang digunakan boleh
mengundang maut dan menyalahi undang-undang negara, namun ada di antara mereka
sanggup menanggung risiko akibat terdesak. Walaupun kita sudah memasuki tahun 2021, kes
pengguguran bayi masih berleluasa di Malaysia terutamanya dalam kalangan anak muda.
Sekarang kita mesti mula mengambil langkah yang lebih komprehensif untuk menyelesaikan
masalah sosial ini.
Pengguguran bayi adalah satu jenayah. Ia berlaku kerana kehamilan yang tidak
diingini. Jika dibincangkan dari sudut remaja, ramai remaja yang mengandungkan anak luar
nikah terpaksa menggugurkan anak mereka kerana putus asa, malu dan takut akan akibatnya.
Isu pengguguran bayi berkait rapat dengan pelbagai isu lain yang berkaitan dengan remaja,
seperti kehamilan remaja, pornografi, permulaan seksual awal, dan peningkatan aktiviti
seksual di kalangan remaja. Tinjauan Demografi dan Keluarga Malaysia (MPFS-5) 2014
menunjukkan nisbah remaja yang melakukan hubungan seksual meningkat daripada 2.2%
(2004) kepada 4.8% (2014), dan 35.3% telah terdedah kepada pornografi. Dalam dekad yang
lalu, terdapat laporan mengenai kes pengguguran bayi yang berpanjangan di Malaysia.
Naratif utamanya sering menuduh wanita terpaksa memilih jalan ini sebagai penyelesaian
kepada kehamilan yang tidak diingini. Persoalannya, apakah punca masalah ini?
Tinjauan soal selidik yang dijalankan melalui penggunaan platform "Google Form"
untuk mengedarkan borang soal selidik menunjukkan 21.9% responden menunjukkan gaya
hidup yang terlalu bebas merupakan salah satu faktor yang menyebabkan gejala pengguguran
bayi di Malaysia. Bermula daripada keluarga, gaya hidup yang terlalu bebas menyebabkan
golongan muda tidak mengambil berat tentang apa yang mereka mahu lakukan. Mereka terus
melakukan sesuatu tanpa rasa bersalah, takut, dan tidak menghiraukan akibat daripada
tingkah laku mereka yang tidak bertanggungjawab. Sehubungan itu, mereka tidak
mempunyai rasa bersalah untuk menggugurkan anak mereka itu walaupun itulah merupakan
anak mereka sendiri. Ini telah menyebabkan peningkatan kes pengguguran dari tahun ke
tahun. Masalah pergaulan bebas dalam golongan muda merupakan satu cara hidup yang
terlalu bebas dan tidak dikawal oleh mana-mana pihak yang bertanggungjawab terutamanya
salah satu pengaruh ibu bapa sebagai penjaga dan guru sekolah sebagai ibu bapa kedua.
Antara punca pengguguran bayi yang seringkali dipandang enteng oleh masyarakat
ialah sumbang mahram yang berleluasa. Sumbang mahram ialah eksploitasi yang dilakukan
ke atas mangsa untuk kepuasan seksual oleh seseorang orang dewasa atau mana-mana orang
yang lebih berusia. Ia dipanggil sumbang mahram sekiranya melibatkan ahli keluarga
terdekat. Berdasarkan soal selidik yang dijalankan, sekitar 12.3% daripada jumlah
keseluruhan responden bersetuju bahawa sumbang mahram merupakan punca kepada
masalah pembuangan bayi khususnya di Malaysia. Kes sumbang mahram masih berlaku
hingga ke hari ini yang disebabkan oleh pelbagai faktor dan mendatangkan kesan-kesan yang
negatif kepada mangsa. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak dengan baik dan tidak
membiarkan anak-anak mereka menjadi mangsa ahli keluarga sendiri mahupun saudara mara
yang terdekat. Hal ini akan mendatangkan pelbagai masalah lain selain daripada masalah
pembuangan bayi yang sedang dibincangkan. Ini juga merupakan salah satu masalah sosial.
Adalah perlu untuk mengakui secara jujur dan berani akan faktor-faktor yang
membawa kepada pengguguran bayi, supaya masalah ini dapat ditangani. Di sebalik setiap
kes pengguguran bayi ialah kehamilan yang tidak diingini, yang biasanya berlaku disebabkan
hubungan seks yang tidak selamat dan tanpa perlindungan. Disebabkan oleh kekurangan
pendidikan dan pengetahuan seks, seks yang tidak selamat dan kehamilan yang tidak diingini
boleh berlaku. MPFS-5 melaporkan bahawa hanya 35.1% remaja yang telah melakukan
hubungan seks telah menggunakan kontraseptif. Seks yang tidak selamat berlaku disebabkan
oleh pergaulan bebas. Contoh seks yang tidak selamat ialah "one-night stand", yang
bermaksud melakukan hubungan seks dengan berlainan pasangan dengan kerap. Pelaku one-
night stand kadang kala tidak mengenali pasangannya. Kecenderungan untuk terjadinya
masalah pengguguran bayi ini agak tinggi sekiranya individu tersebut tidak memakai
perlindungan dan tidak bercadang untuk mengandung.
Selain itu, pengguguran bayi berpunca daripada kurangnya didikan agama dalam
kalangan remaja masa kini. Golongan muda yang tiada didikan agama yang sempurna mudah
terlibat dalam kegiatan maksiat. Kebanyakan anak muda yang tidak mengamalkan ajaran
agama dalam kehidupan mereka menjadikan mereka lebih mementingkan kebahagiaan dan
memuaskan hati sepenuhnya mengikut kehendak mereka. Kurangnya didikan agama
menyebabkan mereka tidak mencari hala tuju hidup sehingga sering terjerumus dalam gejala
negatif seperti pergaulan bebas dan akhirnya berzina. Akibatnya, mereka sanggup mengambil
tingkah laku yang salah dari segi agama, seperti sanggup menggugurkan bayi yang tidak
berdosa.

Terdapat juga faktor pengaruh rakan sebaya. Setiap remaja mesti mempunyai rakan
sebaya yang paling rapat. Ini menjadikan remaja terdedah kepada tingkah laku dan pelawaan
rakan sebaya, terutamanya apabila berinteraksi dengan rakan sebaya yang negatif dan tidak
bermoral. Sebagai kanak-kanak, mereka suka mencuba perkara baru di luar agama, seperti
pergi ke pusat hiburan, minum arak, mengambil dadah dan juga pergaulan bebas. Akhirnya,
apabila disahkan mengandung, mereka menyesal tidak menemui jalan penyelesaian. Apatah
lagi orang itu tidak mahu bertanggungjawab, lalu dia menghilangkan diri. Kerana buntu dan
putus asa, mereka memutuskan untuk menggugurkan anak-anak mereka tanpa perasaan
bersalah.
Faktor lain yang menyebabkan pengguguran ialah kecacatan kelahiran. Kemajuan
dalam teknologi perubatan memberi kelebihan kepada pasangan suami isteri. Apabila bayi
masih dalam kandungan, kita sudah boleh mengetahui umur dan status kesihatan janin.
Keadaan bayi hanya boleh difahami dengan bantuan ultrabunyi. Oleh itu, ibu hamil sering
mengetahui status kehamilan mereka. Salah satu jenis kecacatan yang boleh ditemui semasa
bayi dalam kandungan ialah keadaan fizikal dan mental bayi seperti sindrom Down.
Kecacatan zaman kanak-kanak ini boleh didapati di dalam rahim. Oleh itu, apabila
mengetahui anak mereka tidak sihat atau cacat, mereka menjadi kecewa dan memutuskan
untuk menggugurkan kandungan. Ini kerana mereka malu dengan masyarakat, kerana mereka
akan melahirkan anak yang hodoh, maka mereka nekad untuk menggugurkan kandungan
ataupun membuang bayi mereka apabila lahir. Perkara ini biasanya dilakukan oleh ibu bapa
yang belum matang. Mereka lebih memikirkan tentang maruah mereka daripada perbuatan
mereka yang kejam.
Faktor kesihatan juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan keguguran.
Wanita kadangkala mengalami masalah kesihatan semasa hamil, dan ada juga yang
mengalami keadaan fizikal yang tidak mahu terus hamil. Kesihatan ibu hamil yang tidak sihat
menjadi faktor penghalang, kerana jika dia terus merancang untuk menjaga rahimnya,
masalah kesihatan yang dihadapinya mungkin membahayakan nyawa ibu. Contohnya,
penyakit seperti AIDS. Talasemia dan penyakit kronik lain yang boleh membahayakan nyawa
ibu hamil. Ini kerana kesihatan ibu hamil adalah keutamaan. Penyakit seperti Talasemia, di
mana sintesis rantai hemoglobin dan sel darah merah tidak mencukupi dan ia mudah
dimusnahkan. Badan pesakit Talasemia mengandungi banyak zat besi. Penyakit ini
memerlukan pemindahan darah yang kerap. Oleh itu, sebaiknya ibu yang menghidap
Talasemia menggugurkan kandungan. Hal ini demikian kerana anak yang bakal dilahirkan
sudah pasti menghidap penyakit yang sama tambahan lagi nyawa si ibu akan lebih terancam
jika meneruskan niat untuk menjaga kandungan tersebut.
Seterusnya, keruntuhan moral remaja juga merupakan salah satu faktor berlakunya
pengguguran bayi khususnya di Malaysia. Keruntuhan moral remaja dipengaruhi oleh cara
hidup yang diamalkan oleh seseorang individu. Majoriti masalah pengguguran bayi ini
membabitkan remaja yang berasal dari kampung lalu berhijrah ke bandar untuk mencari
peluang kerja yang lebih baik. Di bandar pula, disebabkan oleh kurangnya pengawasan dan
kasih sayang ibu bapa, ia boleh mempengaruhi tingkah laku remaja. Malahan, masih ada juga
remaja yang mendapat didikan agama yang cukup atau pelajar institusi pengajian tinggi yang
terbabit dalam gejala pembuangan bayi. Disebabkan oleh takutkan dirinya atau bayi yang
dilahirkan tidak diterima keluarga, ditambah lagi dengan pandangan serong dan cacian
masyarakat, mereka mencari jalan mudah untuk menggugurkan bayi mereka seperti sampah,
dibuang di merata tempat, di masjid, surau, sungai, tong sampah, tepi jalan dan yang paling
teruk di buang ke dalam mangkuk tandas tanpa sedikit pun rasa bersalah, belas kasihan atau
perikemanusiaan. Pokoknya, moral haruslah diterapkan dalam diri seseorang itu sejak kecil
lagi agar masalah-masalah sosial sebegini dapat dielakkan pada masa akan datang.
Sejak kecil kita diajar moral dan akhlak untuk tidak melakukan hal yang sia-sia dan
tidak berfaedah. Ketiadaan moral dan akhlak, semuanya akan berlaku tanpa ada pengawasan
dari sesiapa. Punca pengguguran bayi sudah pasti ialah kerana remaja yang tiada akhlak dan
moral untuk berfikir sebelum bertindak. Mereka tidak lagi memikirkan betapa kejamnya
perbuatan mereka selagi mana keluarga mereka tidak mengetahui tentang perkara tersebut.
Tindakan mereka bukan sahaja meragut nyawa bayi yang tidak bersalah tetapi mereka juga
menunjukkan sifat yang tidak elok dan tidak berperikemanusiaan. Ini menunjukkan
kepentingan moral untuk mencegah masalah-masalah sosial. Dengan adanya pengetahuan
tentang moral, masyarakat dapat hidup dengan harmoni dan progresif. Masalah-masalah
sosial juga akan berkurangan dari semasa ke semasa. Setiap individu yang mempunyai moral
dapat membantu diri mereka untuk menjadi manusia yang bertamadun sekaligus dapat
mengelakkan diri daripada anasir-anasir luar yang negatif.
Ringkasnya, Pembuangan bayi bukanlah masalah baru. Isu ini perlu ditanggapi
dengan serius, dan semua lapisan masyarakat memiliki peranan penting dalam menangani
masalah ini. Oleh itu, masalah pembuangan bayi telah memberi banyak masalah kepada
masyarakat kita hari ini. Jika tidak segera dibanteras, lebih ramai gadis, remaja dan wanita
akan terjerumus dalam gejala yang tidak sihat ini. Remaja terutamanya remaja perempuan
harus menjaga harga diri dan maruah mereka agar tidak dipermainkan oleh orang lain.
KESAN PENGGUGURAN BAYI
Belia merupakan aset utama negara pada masa hadapan serta memainkan peranan
penting dalam arus globalisasi negara juga pemangkin generasi ummah. Pada masa kini,
bayi yang ditinggalkan mempunyai pengaruh dan faktor yang besar pelakunya dari
kalangan remaja dalam lingkungan umur (14 tahun hingga 18 tahun) . Punca gejala ini
berlaku sama ada ia disebabkan oleh masalah sosial, penderaan seksual, rogol atau
perkahwinan bawah umur. Kehamilan luar nikah tidak dapat dielakkan, semuanya masih
menimbulkan ancaman kepada kesihatan fizikal, tumbesaran dan mental mereka.

Oleh itu, memandangkan mereka belum bersedia secara fizikal untuk kehamilan yang
sihat pada usia itu, mereka perlu memberi perhatian yang teliti terhadap isu ini. Jika remaja
hari ini tidak mengambil serius akan akhlak dan tatatertib mereka dengan baik, kesan
jangka panjang dan pendek pasti akan terjadi dan membawa padah kepada mereka kelak .
Kesan pengguguran bayi boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian, seperti kesan
terhadap fizikal, kesan terhadap kesihatan mental and kesan terhadap gaya hidup individu.

Kesan pertama yang akan dikupaskan bagi gejala pengguguran bayi ini adalah kesan
terhadap kesihatan fizikal. Kehamilan luar nikah dalam kalangan remaja memberi kesan
langsung terhadap tahap kesihatan remaja serta bayi yang telah dilahirkan. Kementerian
Kesihatan Malaysia menjelaskan bahawa remaja yang hamil pada peringkat usia muda akan
berhadapan dengan kesukaran semasa melahirkan bayi kerana pinggul mereka masih sempit.
Masalah kesihatan juga akan menimpa bayi yang dikandungkan oleh remaja yang masih
muda memandangkan badan mereka masih belum mampu untuk menampung janin
sepenuhnya . Secara tidak langsung, situasi ini juga menyumbang kepada kelahiran
pramatang “premature birth” .

Laporan itu juga menunjukkan bahawa wanita hamil yang terlalu muda adalah dua
kali lebih mungkin untuk mati dan mempunyai bayi yang dilahirkan dengan kecacatan juga
membahayakan kesihatan ibu semasa hamil. Berbanding dengan kehamilan wanita dewasa,
remaja pada usia ini masih belum matang. Tidak hairanlah, mengandung pada usia muda
boleh menyebabkan mereka mengalami gangguan emosi, tekanan mental, trauma, anemia,
kekurangan zat makanan, kelahiran pramatang, dan risiko kehilangan nyawa kerana faktor
kesihatan.
Dr Haliza Kamarudin, pakar perunding dalam bidang obstetrik dan ginekologi di
Hospital Wanita dan Kanak-kanak Andorra berkata, kegagalan merujuk kehamilan ke
klinik kesihatan oleh remaja awal, seperti prevalens atau kelahiran berasingan, amat
membimbangkan. Katanya, jika remaja muda melakukan hubungan seks haram dan
didapati mengandung mereka mungkin tidak menyedarinya. Hal ini kerana, tidak
mempunyai ciri fizikal dan hamil tanpa disedari, tetapi berbadan dua, lebih teruk. “Sebagai
contoh, pengalaman remaja hamil pada usia 14 tahun dirogol abang tirinya dan akhirnya
terpaksa menanggung derita hamil diusia muda dan kehamilan yang tidak dijangkakan
berlaku. "Jadi gejala pembuangan bayi ini perlu dititikberatkan dalam merangka sebarang
peraturan atau dasar berkaitan perkahwinan bawah umur," katanya lagi. Oleh itu apabila
hamil bawah umur ini perlu sering jumpa doktor bagi mendapatkan penjagaan rapi.
Malangnya kalau yang hamil tanpa pengetahuan ibu bapa, mereka memang tak datang jumpa
doktor.
Tambahan pula, kes pengguguran bayi ini dapat kita lihat banyak di dada-dada
akhbar. Masyarakat dewasa kini perlu mengambil berat akan kes ini yang semakin hangat
diperkatakan. Pendedahan akan kesan dan implikasi juga sudah banyak dijelaskan di setiap
platform media massa. Remaja bawah umur yang melahirkan bayi berisiko melahirkan bayi
kurang berat iaitu lahir kurang 2.5 kg. Kelahiran awal (premature)   selalunya melahirkan
anak awal dari jangkaan atau kurang daripada 37 minggu dari kebiasaan. Akibatnya remaja
tersebut cenderung untuk menghidapi tekanan darah tinggi. Ini kerap berlaku semasa
kehamilan pertama.

Kebanyakan pasangan terutamanya golongan remaja yang melakukan seks tidak


mahukan anak sebagai hasil aktiviti seksual mereka. Sekiranya mengandung, sudah pasti
mereka akan berasa takut dan malu untuk memberitahu ibu bapa. Akibatnya, mereka lebih
cenderung untuk melakukan pengguguran bayi secara tidak sihat. Ramai yang sanggup
berjumpa dengan ‘pakar’ tidak diiktiraf dan menggunakan peralatan tidak selamat semata-
mata untuk menggugurkan bayi tidak diingini dalam kandungan. Dalam pada itu, ada juga
pasangan yang tidak mahu melakukan pengguguran bayi sebaliknya meneruskan sahaja
kehamilan sehingga melahirkan anak. Selepas itu, mereka bertindak membuang bayi tersebut
kerana tidak mahu atau tidak mampu untuk menjaganya. Ini adalah satu perbuatan kejam
yang sangat tidak bagus sekiranya ia terus terjadi dalam kalangan masyarakat kita.
Kesan pengguguran bayi tidak hanya berlaku terhadap fizikal sahaja, namun ianya turut
memberi kesan yang besar terhadap mental seseorang individu. Antaranya, individu tersebut
akan dihantui perasaan bersalah. Hal ini demikian kerana individu tersebut telah
menggugurkan bayi yang tidak bersalah disebabkan oleh kekurangan daripada sudut
kesihatan atau kesalahan dirinya sendiri. Hal ini amat berkait dengan sifat naluri seorang
manusia di mana pastinya wujud perasaan ingin mempunyai zuriat yang dapat menyambung
warisan keturunan mereka sekaligus menyerikan kehidupan mereka. Namun, jikalau sebuah
permata yang bakal menjadi penyeri hidup mereka pergi disebabkan oleh kesilapan tingkah
laku dirinya sendiri, pasti luluh seluruh hatinya. Mereka juga akan sering dihantui perasaan
bersalah meskipun itu adalah langkah terbaik buat dirinya. Individu tersebut tidak akan
pernah lupa situasi di mana dia menggugurkan bayinya meskipun setelah bertahun-tahun
berlalu.

Seterusnya, kemurungan boleh juga terjadi impak daripada pengguguran bayi. Menurut
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, kemurungan bererti keadaan apabila
seseorang mengalami rasa kecewa dan putus asa yang diiringi dengan gejala seperti sukar
tidur, lembap berfikir, dan rasa bersalah yang keterlaluan yang tidak setimpal dengan
kesalahan yang dilakukan. Hal ini disebabkan oleh perspektif masyarakat yang memandang
serong terhadap golongan wanita yang menggugurkan kandungan mereka. Mereka
berpendapat bahawa orang yang melakukan pengguguran ini dikategorikan sebagai orang
yang tidak berperikemanusiaan. Padahal, punca pengguguran bukan hanya berlaku
disebabkan oleh keinginan untuk melakukan seks bebas semata-mata. Namun, terdapat juga
golongan yang dirogol sehingga mengandung dan terpaksa menggugurkan kandungan
mereka atas faktor kesihatan dirinya dan sebagainya. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia,
statistik jenayah Malaysia pada tahun 2018 berkaitan dengan kes rogol adalah sebanyak
1,648 kes. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat ramai individu yang dirogol bukan atas
kerelaan dirinya dan terpaksa berdepan dengan masalah ini sedangkan mereka hanya mangsa
keadaan golongan yang ingin memuaskan nafsu serakah mereka semata-mata. Kesannya,
masyarakat akan mula memulau mereka dan menjauhkan diri mereka. Individu tersebut akan
berasa dipinggirkan dan merasakan dirinya tidak berguna lagi. Rentetan daripada itu, mereka
akan seringkali memikirkan kesalahan tersebut berulang kali sehingga boleh menyebabkan
kesihatan dirinya terabai.
Selain itu, impak negatif hasil daripada pengguguran bayi ialah hilang keinginan seksual.
Keinginan seksual secara asasnya adalah normal bagi seseorang manusia biasa. Hal ini
menjadi satu masalah apabila wujudnya golongan yang rakus akan keinginan seksual
sehingga melempiaskan nafsunya kepada golongan yang tidak bersalah. Individu yang
menjadi mangsa keadaaan tesebut akan menjadi trauma untuk melakukan hubungan seksual
bersama pasangan mereka di masa hadapan. Hal ini demikian kerana, mereka terimbau
kembali saat mereka dirogol, mendepani tohmahan masyarakat dan proses pengguguran yang
dijalankan. Mereka hilang keinginan seksual kerana tidak ingin perkara tersebut berulang
kembali kerana mereka berpendapat bahawa pasangannya mungkin juga akan meninggalkan
mereka setelah melakukan hubungan seksual tersebut. Mereka juga hanya akan memandang
hubungan seksual ini sebagai satu ancaman yang membahayakan kehidupan mereka di masa
akan datang. Meskipun mereka menyedari hakikat bahawa pasangan mereka tidak akan
meninggalkannya, namun mereka cenderung untuk tidak mahu melakukan hubungan seksual
kerana masih trauma akan perkara yang lalu.

Di samping itu, individu yang menggugurkan bayi akan turut terkesan dengan masalah
berkaitan kesukaran dalam membuat keputusan. Hal ini demikian kerana mereka risau akan
kesan daripada keputusan yang diambil. Mereka khawatir jikalau keputusan tersebut bakal
menyebabkan dirinya menyesal seumur hidup seperti pengguguran bayi yang pernah
dijalankan sebelum ini. Kesannya mereka akan mengambil masa yang lama dalam membuat
satu keputusan yang akhirnya akan menyebabkan kesukaran terhadap beberapa pihak yang
lain. Contohnya, keputusan melibatkan aktiviti harian, kesihatan, dan keselamatan dirinya.
Hal ini berpunca daripada sikap “overthinking” terhadap sesuatu perkara. Mereka akan
sentiasa merasa resah dan menjangkakan segala kebarangkalian yang akan berlaku selepas
daripada keputusan yang dibuat itu. Walaupun pada hakikatnya perkara tersebut tidak akan
berlaku. Namun, disebabkan masih trauma akan perkara yang lalu, mereka susah untuk
membuang sikap negatif tersebut daripada kehidupan mereka. Meskipun begitu, jikalau
perkara ini berterusan sepanjang hayat mereka, ianya mampu membahayakan kesihatan
mereka.

Pengguguran bayi juga memberi kesan terhadap gaya hidup seseorang individu.
Majoritinya, seseorang individu menggugurkan janin dengan cara yang salah tanpa
pertolongan daripada pihak hospital atau pihak lain. Menurut Pakar Perunding Sakit Puan di
Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof Madya Dr. Harliza Halizah Siraj,
berkata pengguguran bayi boleh memberi kesan yang amat besar kepada kesihatan individu
berkenaan kerana selalunya proses pengguguran ini dilakukan tanpa prosedur perubatan yang
ditetapkan atau dikendalikan oleh pihak yang tidak terlatih. Kesannya, tanpa prosedur yang
rapi, individu ini pastinya mengalami jangkitan kuman yang serius pada bahagian peranakan,
kecederaan pada rahim dan mengalami pendarahan dalam perut serta berlaku kelewatan haid
selepas pengguguran. Hal ini kerana sewaktu proses pengguguran bayi, mereka tidak berada
dalam keadaan dan situasi yang selesa serta mengizinkan.

Bukan itu sahaja, pengguguran bayi ini juga turut mewujudkan gaya hidup yang tidak
sihat terhadap seseorang individu kerana boleh berlaku keruntuhan institusi kekeluargaan.
Apabila institusi kekeluargaan itu runtuh, keharmonian dan keamanan dalam keluarga turut
terkena tempiasnya. Hal ini disebabkan oleh ibu bapa berasa malu mempunyai anak yang
melakukan tingkah laku yang tidak baik. Apa yang mereka bimbangkan ialah jiran dan sedara
mara yang pastinya memandang serong dan negatif terhadap keluarga mereka. Disebabkan
masalah pengguguran bayi ini juga timbul pergaduhan. Mereka yang terlibat dengan
perbuatan yang tidak bermoral ini akan bergaduh dan menyalahkan sesama sendiri.

Seterusnya, seseorang individu itu semestinya akan mengalami pelbagai masalah dalam
diri kesan daripada pengguguran bayi. Oleh itu, mereka tidak dapat menjalani gaya hidup
seharian seperti biasa kerana menghadapi gangguan emosi serta tekanan hidup. Mereka lebih
cenderung untuk menghadapi stress dalam kehidupan mereka. Stress merujuk kepada
keadaan seseorang itu mengalami ketidakstabilan samada fizikal ataupun mental dan ianya
berkaitan dengan cara hidup seseorang. Contoh gejala ketika stress ialah pemikiran menjadi
celaru, berasa bimbang, mudah kecewa, keluh-kesah serta bertindak agresif. Masalah ini juga
boleh menyebabkan kesihatan individu terganggu kerana pemakanan mereka tidak terjaga
disebabkan oleh tekanan hidup. Oleh itu, hal ini boleh mencetuskan masalah kesihatan yang
serius. Malahan, mereka juga menghadapi gaya hidup yang tidak normal kerana kurang
bersosial dan bergaul dengan orang lain. Mereka akan turut mengalami kemurungan,
kebimbangan, hilang keyakinan diri dan juga masalah emosi yang tidak stabil. Ini adalah
implikasi daripada perbuatan mereka sendiri yang sememangnya salah dari segi undang-
undang, agama dan negara.
Lampiran

Buku yang digunakan sebagai rujukan

Berita yang dirujuk (nnti masukkan sbb nk crop dulu)


Sumber Rujukan

Keluarga, K. K. M. B. P. K. & Kementerian Kesihatan Malaysia. Bahagian Pembangunan


Kesihatan Keluarga. (2012). Garis panduan pengendalian masalah kesihatan seksual
dan reproduktif remaja di klinik kesihatan. Bahagian Pembangunan Kesihatan
Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ariffin, S., Ahmad, K., & Amir, S. (2016). Tadabbur Al-Quran: Isu dan Cabaran Semasa
(Pertama ed.). Jabatan al-Quran dan al-Hadith.

Astro Awani. (2020). 4,000 Remaja Bawah 18 tahun Hamil Setahun. astroawani.com.
Retrieved November 4, 2021, from https://www.astroawani.com/berita-malaysia/4000-
remaja-bawah-18-tahun-hamil-setahun-188916

Noor, H. M. (2019, August 17). Kesan kromosom tidak seimbang seawal janin. Berita
Harian. Retrieved November 14, 2021, from
https://www.bharian.com.my/wanita/sihat/2019/08/597071/kesan-kromosom-tidak-
seimbang-seawal-janin

B.E.R.N.A.M.A. (2015, October 29). Tekanan punca remaja hamil luar nikah ambil
keputusan luar jangka - Raja Zarith Sofiah. Berita Harian. Retrieved November 14,
2021, from https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2015/10/92774/tekanan-
punca-remaja-hamil-luar-nikah-ambil-keputusan-luar-jangka-raja

E. (2019). Pengguguran Bayi. Scribd. Retrieved November 5, 2021, from


https://www.scribd.com/doc/251521390/Pengguguran-Bayi

Jamaluddin, Z. (2020). Faktor keluarga, kehamilan luar nikah dan pengguguran bayi. PDF.
Retrieved November 12, 2021, from
http://www.ukm.my/msc9/images/abstract/Zakiyah%20Jamaluddin.pdf

Mohd Zain, R. (2018). Kelahiran Tanpa Nikah: Masalah Kesihatan dan Peranan Pekerja
Sosial Perubatan. PDF. Retrieved November 12, 2021, from
http://repo.uum.edu.my/4752/1/Raj_1.pdf

Abd. Majid, M., Azman, N. Z., & Mohd Yani, N. I. (2019, December). FAKTOR
PENGLIBATAN REMAJA DALAM SALAH LAKU SEKSUAL: KAJIAN TERHADAP
REMAJA HAMIL LUAR NIKAH DI PUSAT PEMULIHAN AKHLAK NEGERI
SELANGOR. Research Gate. Retrieved November 13, 2021, from
https://www.researchgate.net/publication/340646148_FAKTOR_PENGLIBATAN_RE
MAJA_DALAM_SALAH_LAKU_SEKSUAL_KAJIAN_TERHADAP_REMAJA_H
AMIL_LUAR_NIKAH_DI_PUSAT_PEMULIHAN_AKHLAK_NEGERI_SELANGO
R

Wan Ismail, D. W. F. (2011, February 16). Sumbang Mahram. MYHealth. Retrieved


November 15, 2021, from http://www.myhealth.gov.my/sumbang-mahram/
Farid, A.F. (2020, Julai 2). Terfikir Untuk Gugurkan Kandungan? Ambil Tahu Kesannya

Pada Fizikal & Mental Ini Dahulu. Hellodoktor. Retrieved November 17, 2021, from

https://hellodoktor.com/kehamilan/tips-hamil/masalah-kehamilan/kesan-gugurkan-

kandungan/

MacGill, M.M. (2018, Ogos 9). How to cope with depression after abortion.

MedicalNewsToday. Retrieved November 17, 2021, from

https://www.medicalnewstoday.com/articles/313098#what_is_depression

Dewan Bahasa dan Pustaka. (D.B.P.). Kemurungan. In prpm.dbp.gov.my dictionary.

Retrieved November 17,2021, from https://prpm.dbp.gov.my/cari1?

keyword=kemurungan

Jabatan Perangkaan Malaysia, J.P.M. (2019). Statistik Jenayah, Malaysia, 2018. Siaran

Akhbar Statistik Jenayah, 2019. Retrieved November 17, 2021, from

https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?

r=column/pdfPrev&id=OWZSTkRPbGxwREpFbjRjZ2w1OUVGUT09

farhana. (2011, August 24). Kesan & Akibat Kehamilan Remaja - PORTAL MyHEALTH.

PORTAL MyHEALTH. http://www.myhealth.gov.my/kesan-a-akibat-kehamilan-

remaja/

http://www.myhealth.gov.my/kesan-a-akibat-kehamilan-remaja/

Tular Tunang Ajak Mesej Berbau Lucah? Ini 7 Kesan Negatif Seks Sebelum Berkahwin.

(2020, June 18). Hello Doktor. https://hellodoktor.com/seks-hubungan/seks-selamat/7-

kesan-negatif-seks-luar-nikah/


Mahani Ishak. (2021, July 4). Implikasi hamil usia muda. Berita Harian; Berita Harian.

https://www.bharian.com.my/hujung-minggu/sihat/2021/07/835333/implikasi-hamil-

usia-muda

farhana. (2011, September 5). Pembuangan Bayi - PORTAL MyHEALTH. PORTAL

MyHEALTH. http://www.myhealth.gov.my/pembuangan-bayi/

Akhbar Satar. (2015, November 9). Kecelaruan sosial punca kes buang bayi meningkat.

Berita Harian; Berita Harian.

https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2015/11/95805/kecelaruan-sosial-

punca-kes-buang-bayi-meningkat

Apakah kesan ke atas pembuangan bayi atau pembuangan bayi selepas kemudahan menetas

bayi diperkenalkan di Malaysia? - OrphanCare. (2021, August 9). Penjagaan Anak

Yatim. https://orphancare.org.my/ms/help/articles/what-are-the-impacts-on-baby-

dumping-or-child-abandonment-after-baby-hatches-facilities-have-been-introduced-to-

malaysia/

sinarharian. (2020, July 22). Tragedi bayi dibuang seperti sampah. Sinarharian; sinarharian.

https://www.sinarharian.com.my/article/93539/SUARA-SINAR/Analisis-

Sinar/Tragedi-bayi-dibuang-seperti-sampah

Tony Torres (2021, Ogos 24) . Bagaimana Tekanan Mempengaruhi Kesihatan Fizikal &
Mental. Bezzia.https://www.bezzia.com/ms/bagaimana-tekanan-mempengaruhi-kesihatan-

fizikal-dan-mental/


You might also like