Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

1.

0 Latar Belakang Kajian


Pengkaji menjalankan kajian yang bertajuk Impot Biji Lada Hitam Dari
Australia Daripada Tahun 2004 Hingga Tahun 2014. Menurut Kamus Dewan
Edisi (2016), import bermaksud perbuatan membawa masuk barang-barang
dagangan dari luar negara ke dalam negara kita. Import juga didefinisikan Di
dalam ekonomi, suatu import adalah merupakan apa-apa barangan atau
perkhidmatan yag dibawa ke dalam sebuah negara dari negara lain di dalam
satu kaedah yang disahkan oleh undang-undang, biasanya bagi kegunaan di
dalam perdagangan. Import barangan atau perkhidmatan diberikan kepada
pelanggan tempatan oleh penghasil. Satu import di dalam negara penerima
adalah satu eksport kepada negara penghantar. Import terbahagi kepada dua
iaitu import nyata dan import tak nyata.Pembelian barang berbentuk fizikal
dari luar negara merupakan import nyata manakala import tak nyata
merupakan pembelian perkhidmatan yang ditawarkan oleh luar negara.
Kegiatan import akan merendahkan tingkat keseimbangan pendapatan
sesebuah negara.
Dalam kajian ini, penyelidik akan mengenalpasti arah aliran import biji
lada hitam dari Australia dari tahun 2004 hingga tahun 2014 serta mengkaji
kadar pertumbuhan import biji lada hitam dari Australia terhadap jumlah
import biji lada hitam dari Australia dari tahun 2004 hingga tahun 2014.
Kegiatan mengimport biji lada import juga merupakan salah satu sektor
kerajaan memperolehi keuntungan. Sebenarnya, terdapat tiga jenis lada hitam
yang diimport ke Malaysia dari Austarlia iaitu biji lada hitam dan serbuk lada
hitam. Tetapi dalam kajian ini pengkaji hanya akan mengkaji terhadap biji lada
hitam yang diimport ke Malaysia dari Australia daripada tahun 2004 hingga
tahun 2014. Segala data yang digunakkan dalam kajian ini adalah dikumpul
daripada Portal Rasmi Lembaga Lada Malaysia Kementerian Perusahaan
Perladangan Dan Komoditi,
https://www.mpb.gov.my/mpb/index.php/ms/my/perkhidmatanonline/statistik-
lada/34-bi/dislaimer/122-faq.html.
Berdasarkan berita yang dilaporkan dalam Berita Harian pada 27 Ogos
2019 (https://www.bharian.com.my/), ia menyatakan bahawa Kementerian
Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menyelesaikan penentuan

1
awal siasatan anti-lambakan ke atas import keluli bukan aloi, gegelung
gulungan sejuk (CRC) dengan saiz lebar lebih 1,300 millimeter dari China,
Jepun, Korea Selatan dan Vietnam.Dalam kenyataannya, MITI berkata
mengikut Seksyen 23 Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993, ia
mendapati bahawa terdapat bukti yang mencukupi untuk meneruskan siasatan
terhadap pengimportan produk berkenaan dari negara-negara terbabit.Ia
berkata, petisyen yang difailkan oleh Mycron Steel CRC Sdn Bhd, bagi pihak
pengeluar industri domestik bagi produk serupa, mendakwa CRC yang berasal
atau dieksport dari negara-negara berkenaan diimport ke Malaysia pada harga
yang lebih rendah berbanding harga jualan di pasaran domestik di negara
terbabit, menyebabkan kemudaratan material ke atas industri tempatan di
Malaysia.“Kerajaan juga memutuskan untuk mengenakan duti anti lambakan
sementara yang bersamaan dengan nilai margin lambakan yang dikenal pasti
dalam penentuan awal.
Data kajian yang dijalankan adalah berdasarkan data import biji lada
hitam dari Portal Rasmi Lembaga Lada Malaysia Kementerian Perusahaan
Perladangan Dan Komoditi. Tempoh kajian ini adalah selama sepuluh tahun,
iaitu dari tahun 2004 hingga tahun 2014. Tempoh kajian ini berkaitan dengan
arah aliran import biji lada hitam daripada Australia dari tahun 2004 hingga
tahun 2014 serta mengkaji sumbangan import biji lada hitam daripada
Australia terhadap jumlah import lada dari Australia daripada tahun 2004
hingga tahun 2014.

2
2.0 Pernyataan Masalah
Dalam kajian ini, kegiatan pengimportan lada hitam dari negara Australia ke
negara Malaysia menjadi tumpuan pengkaji untuk mengenalpasti arah aliran
import biji lada hitam daripada Australia dari tahun 2004 hingga tahun 2014
menjadi tumpuan. Melalui arah aliran ini pengkaji dapat megetahui
perkembangan kegiatan import biji lada hitam dari negara Australia sepanjang
tempoh sepuluh tahun, iaitu dari tahun 2004 hingga tahun 2014. Kajian
dijalankan bagi mengetahui prestasi dan kesan yang diberikan terhadap
kegiatan ekonomi negara iaitu melalui mengkaji kadar pertumbuhan import
biji lada hitam dari Australia daripada tahun 2004 hingga tahun 2014. Dengan
ini, pengkaji dapat mengetahui keberkesanan aktiviti import biji lada hitam
dari negara Australia daripada tahun 2004 hingga tahun 2014 iaitu selama
sepuluh tahun.
Selain itu, kajian ini juga dilaksanakan dengan bertujuan untuk
memberi manfaat kepada pihak yang terlibat secara langsung dan sebaliknya
dalam sektor import lada hitam ke Malaysia seperti, pihak penyelidik, pelajar
serta pihak kerajaan, iaitu pihak Lembaga Lada Malaysia Kementerian
Perusahaan Perladangan Dan Komoditi, serta Unit Perancangan Ekonomi.
Kajian yang dilaksanakan ini juga harap menjadi panduan kepada pihak
Lembaga Lada Malaysia Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi
untuk mengambil tindakan yang selajutnya bagi memastikan kegiatan impor
ini memberi kesan positif terhadap ekonomi negara.

3
3.0 Objektif Kajian
Objektif kajian yang dijalankan adalah seperti berikut:
a) Mengenalpasti arah aliran import biji lada hitam dari Australia
daritahun 2004 hingga tahun 2014.
b) Mengkaji kadar pertumbuhan import biji lada hitam dari Australia dari
tahun 2004 hingga tahun 2014.

4
4.0 Kaedah Kajian
Kajian Penyelidikan merujuk kepada satu proses yang sistematik yang
melibatkan proses merancang kaedah penyelidikan, mengumpul data,
menghurai data dan melaporkan maklumat (Chua, 2011).
Dalam kajian ini pengguna menggunakan kaedah kualitatif bagi
menjalankan kajian yang bertajuk ‘Import Biji Lada Hitam Daripada Australia
Dari Tahun 2004 Hingga Tahun 2014’.

4.1 Kaedah Pengumpula Data


Pengkaji menggunakan kaedah sumber data sekunder bagi mencari
data dan maklumat yang berkenaan dengan objektif yang ditentukan pada
peringkat awal kajian ini. Menurut Marican (2005), data sekunder boleh
dirujukan sebagai data yang telah dikumpulkan oleh pengkaji-pengkaji yang
lain. Sebagai contohnya, data-data yang lepas atau terdahulu dikumpul untuk
tujuan kajian. Antara data sekunder yang diguna pakai oleh pengkaji adalah
merangkumi data dari Portal Rasmi Lembaga Lada Malaysia Kementerian
Perusahaan Perladangan Dan Komoditi, Laporan Ekonomi, Kamus, Buku dan
Internet.

4.1.1 Kajian Perpustakaan


Pengkaji memperoleh data sekunder yang diperlukan melalui bahan ilmiah
yang sedia ada. Contoh bahan ilmiah adalah seperti buku teks dan kamus
ekonomi telahpun digunakan oleh pengkaji untuk mengenal pasti tentang
definisi yang tepat bagi perkataan yang memerlukan penjelasan secara
lanjutnya.
a) Buku
1. Kamus Ekonomi, Cetakan Pertama, 1993, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
2. Kamus Dewan Edisi Keempat, Tahun 2016, Cetakan Kedua, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
3. Sabariah Ali, 2014. Ace Ahead Teks STPM Makroekonomi
Penggal 2 Edisi Ketiga. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

5
4. Suhiliah Mohd Salleh, 2017. Ace Ahead Teks STPM Ekonomi
Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

4.1.2 Sumber Internet


Pengkaji menggunakan sumber daripada internet seperti laman sesawang
bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan dalam melaksanakan kajian ini.
Antara laman sesawang yang diakses oleh pengkaji adalah,
1. Portal Rasmi Lembaga Lada Malaysia Kementerian
Perusahaan Perladangan Dan Komoditi
https://www.mpb.gov.my/mpb/index.php/ms/my/perkhidmatan
online/statistik-lada/34-bi/dislaimer/122-faq.html
2. Data import biji lada hitam dari Australia dari tahun 2004
hingga tahun 2014 serta Portal Rasmi Kewangan Malaysia
http://www.treasury.gov.my/
3. Wartawan BH, https://www.bharian.com.my/

4.2 Kaedah Menganalisis Data


4.2.1 Kaedah Perbandingan
Pengkaji membandingkan perbezaan nilai import biji lada hitam dari
Australia bagi tempoh masa yang telah ditetapkan iaitu pada tahun 2004
hingga tahun 2014.

4.2.2 Kaedah Arah Aliran


Pengkaji juga menggunakan kaedah arah aliran untuk menghitung arah
aliran kegiatan import biji lada hitam dari Australia daripada tahun 2004
hingga 2014 supaya hasil data yang diperoleh ini dapat dipersembahkan
dengan lebih jelas dan tepat melalui penggunaan rajah jadual serta graf garis.
Selain itu, hasil data ini turut melibatkan penggunaan pengiraan rumus seperti
berikut:

Kadar arah aliran = Nilai import tahun semasa-Nilai import tahun sebelum

6
4.2.3 Kaedah Kadar Pertumbuhan
Pengkaji turut menggunakan kaedah peratus untuk menghitung kadar
pertumbuhan biji lada hitam dari Australia bagi tahun 2004 hingga tahun 2014
supaya hasil data yang diperoleh ini dapat dipersembahkan dengan lebih jelas
dan tepat melalui penggunaan rajah jadual serta graf bar. Selain itu, hasil data
ini turut melibatkan penggunaan pengiraan rumus seperti berikut:

Import tahun semasa-import tahun sebelum


Kadar Pertumbuhan import = x 100
Import tahun sebelum

7
5.0 Hasil Kajian Dan Perbincangan
5.1 Mengenal pasti arah aliran jumlah nilai import biji lada hitam Malaysia
dari negara Australia dari tahun 2004 hingga 2014
Bahagian kajian ini akan membincangkan tentang arah aliran biji lada hitam
dari Australia
Jadual 1: Arah Aliran Import biji lada hitam dari Australia pada tahun 2004
hingga tahun 2014
Tahun Import biji lada Perbezaan import Arah aliran import
hitam dari biji lada hitam dari biji lada hitam dari
Australia Australia Australia
(RM juta) (RM juta)
(meningkat/
menurun)
2004 4.18 - -
2005 6.65 2.47 Meningkat
2006 7.50 0.85 Meningkat
2007 11.68 4.18 Meningkat
2008 18.58 6.90 Meningkat
2009 20.49 1.91 Meningkat
2010 11.75 -8.74 Menurun
2011 103.27 91.52 Meningkat
2012 79.34 -23.93 Menurun
2013 80.20 0.86 Meningkat
2014 103.77 23.57 Meningkat
(Sumber: Diubahsuai Daripada Laporan Kementerian Perdagangan
Antarabangsa Dan Industri Tahun 2004 Hingga Tahun 2014)

8
JUMLA H NILA I IMPOR T BIJI LA DA HITA M DA R I
A USTRA LIA (RM Juta)
Column2
120

103.27 103.77
100

80 79.34 80.2

60

40

20 18.58 20.49
11.68 11.75
4.18 6.65 7.5
0
2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014

Graf 1: Arah Aliran Import Biji Lada Hitam Dari Australia

Berdasarkan Jadual 1, jelaslah menunjukkan bahawa arah aliran import


biji lada hitam dari Australia agak tidak stabil kerana berlakunya peningkatan
dan penurunan pada beberapa tahun tertentu. Pada mulanya, arah aliran import
kekal meningkat dari tahun 2004 hingga tahun 2009, tetapi telah mengalami
penurunan pada tahun 2010. Selepas itu, arah aliran import mengalami
peningkatan semula pada tahun 2011. Namun begitu, arah aliran import

9
mengalami penurunan semula pada tahun 2012. Seterusnya, arah aliran import
biji lada hitam telah meningkat semula pada tahun 2013 sampai tahun 2014.
Pada tahun 2004, jumlah nilai import biji lada hitam dari Australia
adalah bernilai sebanyak RM4.18juta dan mengalami peningkatan sebanyak
RM2.47juta pada tahun 2005. Pada tahun 2006, jumlah nilai import biji lada
hitam dari Australia adalah bernilai sebanyak RM7.50juta, iaitu terdapat
peningkatan sebanyak RM0.85juta berbanding dengan tahun sebelumnya.
Pada tahun 2007 pula, didapati bahawa jumlah nilai import adalah bernilai
sebanyak RM11.68 juta dan meningkat kepada RM20.49juta pada tahun 2008,
iaitu mempunyai perbezaan sebanyak RM1.91juta.
Namun begitu, pada tahun 2009 nilai import biji lada hitam dari
Australia mengalami penurunan sebanyak RM8.74juta. Tetapi pada tahun
2010 nilai import biji lada hatim meningkat kepada RM103.27juta, iaitu
meningkat sebanyak RM91.52juta berbanding tahun sebelumnya. Arah aliran
import biji lada hitam dari Australia mengalami penurunan sebanyak
RM23.93juta pada tahun 2012.
Pada tahun seterusnya, nilai import meningkat semula kepada
RM80.20juta iaitu sebanyak RM0.56juta berbanding tahun 2012. Pada tahun
2014 pula, nilai import biji lada hitam meningkat kepada RM103.77juta iaitu
meningkat sebanyak RM23.57juta berbanding tahun 2013.
Kesimpulannya, nilai import biji lada hitam yang paling tinggi adalah
sebanyak RM103.77juta pada tahun 2014 manakala nilai yang paling rendah
adalah berlaku pada tahun 2004, iaitu hanya bernilai sebanyak RM4.18juta
sahaja. Selain itu, tahun yang mengalami peningkatan dalam menentukan arah
aliran import biji lada hitam dari Australia adalah lebih tinggi daripada tahun
yang mengalami penurunan dalam menentukan arah aliran import biji lada
hitam dari Australia. Hal ini, kerana situasi pandemic COVID-19 ini telah
menjejaskan aktiviti perdagangan antara negara dengan besar. Maka, kegiatan
aktiviti import seluruh negara telah terjejas.

10
5.2 Mengkaji kadar pertumbuhan import Malaysia dari negara Australia
pada tahun 2004 hingga tahun 2014

Jadual 2: Kadar Pertumbhuhan import biji lada hitam pada tahun 2004 hingga
tahun 2014

Tahun Import biji lada hitam dari Kadar


Australia (RM JUTA) Pertumbuhan
(%)
2004 4.18 -
2005 6.65 59.09
2006 7.50 12.78
2007 11.68 55.73
2008 18.58 59.08
2009 20.49 10.28
2010 11.75 -42.65
2011 103.27 778.90
2012 79.34 -23.17
2013 80.20 1.08
2014 103.77 29.39

11
(SUMBER:Diubah Suai Daripada Laporan Kementeriaperdagangan
Antarabangsa Dan Industri Tahun 2004 Hingga Tahu 2014)

KADAR PERTUMBUHAN IMPORT BIJI LADA HITAM DARI AUSTRALIA


(%)
900
800 778.9

700
600
500
400
300
200
100 59.09 55.73 59.08
0 12.78 10.28 1.08 23.39
0
2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012
-23.17 2013 2014
-100 -42.65

Column1

Graf 2: Kadar Pertumbuhan Import Biji Lada Hitam Dari Australia

Berdasarkan Jadual 2, pengkaji telah menunjukkan kadar sumbangan import


biji lada hitam pada tahun 2004 hingga tahun 2014 melalui cara pengiraan

12
rumus yang tertentu. Kadar sumbangan import merupakan peratusan atau
kadar kenaikan import pada tahun semasa berbanding dengan tahun
sebelumnya.
Pada tahun 2004, kadar sumbangan import mengalami peningkatan.
Pada tahun 2004, nilai import biji lada hitam adalah sebanyak RM4.18juta
manakala nilai import biji lada hitam pada tahun 2005 ialah sebanyak
RM6.65juta. Oleh itu, pengkaji mendapati bahawa perbezaan nilai bagi kedua-
dua tahun ini menyebabkan kadar sumbangan meningkat sebanyak 59.09%.
Dari tahun 2006 hingga tahun 2009, kadar sumbangan meningkat dimana
masing masing-masing mendapat kadar sumbangan 12.78%, 55.73%, 59.08%
dan 10.28%.

Pada tahun 2010 kadar sumbangan menurun sebanyak -42.65% dan meningkat
semula pada tahun 2011 sebanyak 778.90%. Tetapi kadar sumbangan import
mengalami penurunan semula pada tahun 2012 sebanyak -23.17%. Hal ini
kerana nilai import biji lada hitam pada tahun semasa lebih rendah berbanding
tahun sebelumnya.
Bagi tahun seterusnya, nilai kadar sumbangan yang diperoleh selepas
penghitungan bagi tahun 2014 mengalami peningkatan. Hal ini disebabkan
kerana nilai import biji lada hitam pada tahun berkenaan adalah lebih tiggi
berbanding setahun sebelumnya kerana nilai import yang dicapai pada tahun
2013 adalah sebanyak RM80.20juta sahaja berbanding dengan tahun 20014
yang telah mencapai nilai import yang bernilai sebanyak RM103.77juta. Oleh
itu, peningkatan nilai import biji lada hitam menyebabkan kadar sumbangan
meningkat dan dicatat sebagai 29.39%.
Berdasarkan jadual di atas, pengkaji mendapati bahawa kadar
sumbangan nilai import biji lada hitam dari Australia pada tahun 2010 ke
tahun 2011 menunjukkan peningkatan yang paling tinggi iaitu sebanyak
778.90% manakala penurunan kadar pertumbuhan yang paling tinggi adalah
dari tahun 2009 ke tahun 2010 yang mencatat nilai sebanyak -42.65%
berbanding dengan tahun yang lain. Sebab-sebab peningkatan kadar
pertumbuhan nilai import biji lada hitam dari Australia adalah disebabkan
oleh perubahan cita rasa pengguna di negara Malaysia. Hal ini kerana cita
rasapengguna dalam negara yang lebih tinggi, barang keluaran negara asing

13
akan menyumbangkan dalam peningkatan import dari negara tersebut.
Sebaliknya, jika cita rasa pengguna di dalam negara adalah rendah barang
keluaran negara asing, maka import negara tersebut akan berkurang. Sebab-
sebab penurunan kadar sumbangan nilai import tersebut adalah disebabkan
oleh perubahan kualiti terhadap barang import. Peningkatan kualiti terhadap
barang import akan menyebabkan permintaan rakyat terhadap barang tersebut
meningkat, maka jumlah import untuk barang tersebut akan meningkat.
Sebaliknya, kemerosotan kualiti terhadap barang import akan menyebabkan
permintaan rakyat terhadap barang tersebut menurun, maka jumlah import
bagi barang tersebut akan dikurangkan.

14
6.0 Cadangan
Berdasarkan kajian yang dilaksanakan ini, beberapa inisiatif yang yang perlu
dilaksanakan untuk mengawal import sesebuah negara akan diberikan
berdasarkan data yang diperolehi oleh pengkaji dalam sumber yang sedia ada.
Hal ini demikian kerana, import sesebuah negara akan dapat mempengaruhi
tingkat pendapatan negara, imbangan dagangan dan sebagainya.
Langkah yang pertama adalah, memberi keutamaan kepada
penggunaan barangan tempatan dan menggurangkan penggunaan barangan
yang diimport dari luar negara. Hal ini juga boleh dikatakan sebagai Langkah
mengenakan sekatan bukan tarif dalam bidang ekonomi yang akan
dilaksanakan oleh pihak kerjaaan negara. Antara sekatan bukan tarif yang
dijalankan ialah kuota import, embargo, piawaian kesihatan serta keselamatan.
Pengenaan kuota import akan menyebabkan jumlah nilai import berkurang.
Kuota import amat menguntungkan firma tempatan kerana setelah kuota
import dipenuhi, firma tempatan tidak lagi menghadapi persaingan daripada
firma luar negara, maka keluaran tempatan akan meningkat. Kesannya, jumlah
import akan berkurang, tetapi ini tidak mendatangkan sebarang hasil kepada
kerajaan.
Di samping itu, embargo yang merupakan sejenis dasar kerajaan untuk
menyekat kemasukan sepenuhnya terhadap barang-barang import tertentu atau
barang yang diimport dari negara tertentu. Embargo biasanya dilakukan
terhadap negara yang tidak mempunyai hubungan diplomatik. Misalnya,
embargo Malaysia terhadap barang-barang yang dihasilkan oleh negara Israel.
Langkah setersunya yang boleh dilaksanakan oleh pihak kerajaan
adalah melaksanakan insentif iaitu dengan memberikan subsidi kepada
pengeluar-pengeluar tempatan. Hal ini kerana, pemberian subsidi akan
menggalakkan firma tempatan yang sedia ada untuk meningkatkan
pengeluaran barang-barang dan kuantiti barang yang perlu diimport dari luar
negara akan berkurang secara tidak langsung.
Tambahan pula, kerajaan juga boleh menerokai firma tempatan yang
baru dan menggalakkan golongan firma tempatan yang baru untuk
mengeluarkan dan menawarkan barang-barang atau perkhidmatan yang belum
ada di pasaran dengan janjian memberikan subsidi supaya firma dapat mencari
peluang yang bersesuaian dengan keinginan masing-masing.

15
Akhirnya, tidak dapat dinafikan bahawa sebenarnya kegiatan import ini dapat
memberikan manfaat yang tertentu kepada sesebuah negara dan firma. Namun
begitu, kerajaan juga perlu melaksanakan beberapa jenis insentif yang telah
dinyatakan untuk mengawal jumlah nilai import sesebuah negara supaya
kerajaan dan rakyat bagi negara tersebut tidak terlalu bergantung kepada
kegiatan import kerana ia amat merugikan kegiatan ekonomi sesebuah negara
terutamanya yang sedang membangun dan berkembang maju serta
berkemungkinan akan mengalami kegagalan dalam melindungi firma-firma
penting dan kurang penting yang ada di negara masing-masing.

16
7.0 Rumusan
Kesimpulannya, pengkaji telah melaksanakan kajian ini adalah untuk
mengenalpasti arah aliran import biji lada hitam dari Australia dan
menganalisis sumbangan import biji lada hitam dari Australia terhadap jumlah
import biji lada hitam. Kedua-dua objektif ini melibatkan perangkaan tempoh
tahun dari tahun 2004 hingga tahun 2014.
Berdasarkan hasil kajian iaitu objektif pertama yang telah diperolehi,
arah aliran import biji lada hitam dari Australia pada tahun 2004 hingga tahun
2014 menunjukkan aliran yang kurang stabil kerana arah aliran import
mengalami peningkatan dan penurunan secara berulang-alik. Nilai import biji
lada hitam yang paling tinggi adalah sebanyak RM103.77juta pada tahun 2014
manakala nilai yang paling rendah adalah berlaku pada tahun 2004, iaitu hanya
bernilai sebanyak RM4.18juta sahaja.
Di samping itu, berdasarkan hasil kajian iaitu objektif kedua yang telah
didapati, kadar pertumbuhan nilai import biji lada hitam dari Australia turut
menunjukkan keadaan yang kurang stabil kerana kadar sumbangan import
mengalami peningkatan dan juga penurunan secara berulang-alik. Daripada
hasil kajian yang telah dibuat, pengkaji mendapati bahawa peningkatan kadar
pertumbuhan yang paling tinggi telah berlaku dari tahun 2010 hingga tahun
2011, iaitu telah meningkat sebanyak 778.90% berbanding tahun-tahun yang
lain manakala kemerosotan kadar sumbangan yang paling tinggi telah berlaku
dari tahun 2009 hingga tahun 2010, iaitu telah menurun sebanyak -42.65%
berbanding dengan tahun yang lain.

17
8.0 Rujukan
1. Kamus Ekonomi, Cetakan Pertama, 1993, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
2. Kamus Dewan Edisi Keempat, Tahun 2016, Cetakan Kedua, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
3. Sabariah Ali, 2014. Ace Ahead Teks STPM Makroekonomi Penggal 2
Edisi Ketiga. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
4. Suhiliah Mohd Salleh, 2014. Ace Ahead Teks STPM Ekonomi
Malaysia Penggal 2 Edisi Kedua. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
5. Jabatan Perangkaan Malaysia (2015). Perangkaan Ekonomi Malaysia.
Dicapai pada 15 November 2020, dari
https://www.google.com/url?
sa=t&source=web&rct=j&url=https://www.dosm.gov.my/v1/uploads/fi
les/3_Time%2520Series/Malaysia_Tim
Series_2015/Penerbitan_Time_Series_2015.pdf
6. Kementerian Perusahaan Perladangan & Komoditi. Portal Rasmi
Lembaga Lada Malaysia, Dicapai pada 16 November 2020, dari
https://www.mpd.gov.my/mpb/index.php/ms/my/perkhidmatan-
online/statistik-lada/34-bi/dislaimer/122-faq.html
7. Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Manual Pelaksanaan Kerja
Kursus Ekonomi Kertas 4 (944/4). Penggal 3, Tahun 2020
8. Wartawan BH, MITI Selesai Siasatan Awal Anti-lambakan CRC
Empat Negara Dicapai pada 27 Ogos 2019, dari
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2019/08/600589/miti-
selesai-siasatan-awal-anti-lambakan-crc-empat-negara
9. Portal Rasmi Kewangan Malaysia, Dicapai pada 16 November 2020,
dari http://www.treasury.gov.my/

18

You might also like