Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 31

FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN

DIPLOMA PENGAJIAN PERBANKAN

FUNDAMENTALS OF ISLAM (CTU 152)

TUGASAN BERKUMPULAN:

TAJUK: ANALISIS AYAT AL-QURAN SURAH AL-ISRA’ AYAT 29-38

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO. MATRIK

NURUL HUSNA BINTI ZAKARIYA 2020887986

NURUL NABILAH HUSNA BINTI SAIDINA OMAR 2020860524

NURUL WARDAH BINTI KAMRAMZALI 2020821364

QURATUL ALIA BINTI JAMALUDIN 2020451914

FARAH NURSYAMIMI BINTI MARZUKI 2020653508

KBA1192A

DISEDIAKAN UNTUK:

USTAZ AHMAD YUMNI BIN ABU BAKAR

TARIKH HANTAR:

27 JUNE 2021
KRITERIA MARKAH MARKAH
DIPEROLEHI

PENGENALAN 4

ISI & HURAIAN 12

CADANGAN/KOMENTAR/KESIMPULAN 4

SUMBER RUJUKAN 5

ETIKA & MORAL PROFESIONAL 5

JUMLAH 30
PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirrahim,

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin
dan kurniaNya dapat juga kami menyempurnakan tugasan kami bagi subjek CTU151 ini.
Sepanjang daripada menjalankan tugasan ini, kami telah memperoleh pelbagai pengalaman
sama ada pahit ataupun manis yang bermakna dalam hidup kami sebagai seorang pelajar.

Pertama sekali, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima
kasih kepada pensyarah CTU151 kami, iaitu Ustaz Ahmad Yumni bin Abu Bakar kerana
sentiasa memberi tunjuk ajar dan bimbingan dari awal kepada kami dalam pemprosesan kerja
kursus ini. Tunjuk ajar beliau amat membantu kami dalam usaha menyelesaikan tugasan yang
telah diamanahkan kepada kami ini.

Selain itu, kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan
seperjuangan kami yang telah bertungkus-lumus dan banyak memberikan bantuan serta
Kerjasama bagi merealisasikan usaha melengkapkan tugasan ini dengan jayanya. Tidak lupa
juga kepada ahli keluarga kami yang banyak memberikan sokongan moral dan bantuan
kewangan dalam menyelesaikan tugasan ini.

Oleh itu, ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang terlibat dalam menyelesaikan
tugasan ini. Segala bantuan yang telah anda hulurkan amatlah kami hargai kerana tanpanya,
tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Sekian, terima kasih.


ISI KANDUNGAN

Bil. Kandungan Muka Surat

1.0 Pengenalan 1–2

2.0 Maksud Ayat 3–4

3.0 Sebab-sebab Penurunan Surah Al-Isra’ 5–7

4.0 Intipati Ayat 8 – 10

5.0 Hukum Hakam yang Terkandung Dalam Ayat 11 – 20

6.0 Pengajaran Ayat 21 – 24

Rujukan 25 – 27
1.0 PENGENALAN

Al-Quran merupakan kitab suci yang telah diturunkan pada 15 kurun yang lalu. Al-Quran
juga merupakan kitab suci bagi umat Islam. Al-Quran ialah kalam Allah yang bermukjizat dan
diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril dalam bahasa
Arab, diriwayatkan secara mutawatir dan membaca setiap hurufnya adalah ibadah. Setiap
perkataan, huruf, ayat dan surah di dalamnya mengandungi contoh atau pola yang sempurna
dan tersusun indah. Setiap pola dalam al-Quran mempunyai makna yang penting untuk dikaji.
Secara umumnya, kajian mengenai pola al-Quran telah banyak dijalankan.

Kumpulan kami telah ditugaskan untuk membuat kajian tentang Surah Al-Isra’ daripada
ayat 29 hingga 38. Al-Isra’ merupakan perkataan bahasa arab yang bermaksud perjalanan
malam. Yang dimaksudkan adalah perjalanan isra’ mi’raj Nabi Muhammad. Ini adalah satu
mukjizat yang Allah berikan kepada Nabi Muhammad SAW. Allah boleh memperjalankan
baginda dalam satu malam sahaja melangkau perjalanan yang amat jauh. Surah ini juga
merupakan juzuk ke-17 di dalam Al-Quran dengan 111 ayat. Mengenai waktu dan latar
belakang kontekstual dari wahyu yang diyakini asbab al-nuzul kepada surah ini adalah "surah
Mekah" yang sebelumnya ertinya yang diyakini telah diturunkan di Mekah, bukan di Madinah.
Surah Al-Isra’ juga dinamakan Bani Israil, kerana pada ayat ke-2 sehingg ayat ke-8 serta
sebelum akhir dari surah ini menyebut tentang Bani Israil yang sebelumnya adalah bangsa
yang sangat besar, namun kemudian dihinakan oleh Allah kerana menyimpang dari ajaran-
Nya. Ini penting kerana sejarah Bani Israil penting untuk kita ketahui. Perkara yang berlaku
kepada Bani Israil itu akan berlaku kepada kita juga kalau kita tidak ambil pengajaran. Jadi,
ada pengajaran penting yang kita harus tahu supaya kita dapat berhati-hati. Hikmah yang
terkandung daripada surah ini ialah umat Islam hendaklah tidak mengikuti sikap seperti Bani
Israil yang di mana setelah mendapat sesuatu kejayaan dan menjadi bangsa yang kuat tetapi
mereka tetap ingkar kepada Allah.

Selain itu, surah Isra’ ini amat rapat dengan Surah Kahf selepasnya dan ia mengandungi
banyak pengajaran yang boleh kita ambil. Di dalam surah Al-Isra’ terdapat beberapa bentuk
larangan Allah SWT kepada setiap umat Islam. Antaranya ialah Allah memerintahkan untuk
berlaku sederhana dalam menjalani hidup, dan mencela sifat kikir sekaligus melarang
bersikap berlebih-lebihan, larangan membunuh, larangan memakan harta anak yatim,
larangan untuk melebihkan timbangan barangan daripada nilai asal, larangan beramal
dengan amalan bidaah, larangan bersifat sombong di atas muka bumi ini dan larangan segala
kejahatan yang Allah SWT tidak suka. Oleh itu, setiap umat Islam mestilah taat kepada setiap

1
perintah Allah agar tidak mengalami keruntuhan seperti Bani Israil yang meninggalkan ajaran-
ajaran agama.

Terdapat banyak kelebihan yang didapati di dalam surah Al-Isra’ ini yang boleh kita hayati
di dalam kehidupan seharian. Kelebihan yang pertama ialah kita dapat mengelakkan diri kita
daripada sifat boros dalam diri. Hal ini demikian kerana sifat boros merupakan sifat yang dikeji
oleh Allah dan merupakan seperti amalan syaitan. Justeru itu, kita digalakkan untuk berhemah
dan berhemat dalam menguruskan perbelanjaan. Selain itu, kita juga tidak akan terjerumus
dengan sifat sombong di dalam diri kita. Dalam Islam, Allah memberikan perintah agar
manusia menyadari bahawa dirinya setinggi dan sehebat apapun kita tidak akan melampaui
ciptaan Allah seperti bumi dan gunung. Tentu saja sikap sombong yang dilarang oleh Al-
Quran ini, tidak layak untuk diterapkan manusia sebagai makhluk Allah yang kecil, hina, dan
tidak berdaya tanpa ada bantuan Allah SWT. Seterusnya, kelebihan yang terdapat di dalam
surah Al-Isra’ ialah kita tidak akan sesat daripada mengamalkan amalan bidaah apabila
mendalami setiap kandungan di dalam al-Quran dan menghayatinya. Oleh itu, kita hendaklah
mempraktikan setiap ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi Muhammad yang sahih.

2
2.0 MAKSUD AYAT

‫حسورا‬
ً ِ ‫سطها ُكل ال َب‬
‫سط فَتَقعُ َد َملو ًما َم‬ ُ ‫عنُقِكَ َوال تَب‬ ٰ ‫َوال تَج َعل َيدَكَ َمغلولَةً ِإ‬
ُ ‫لى‬

Maksud ayat 29: Dan janganlah kamu jadikan tanganmu terbelenggu pada lehermu dan
janganlah kamu terlalu mengulurkannya kerana itu kamu menjadi tercela dan menyesal.

‫صيرا‬
ً ‫َبيرا َب‬
ً ‫الرزقَ ِل َمن َيشا ُء َو َيقد ُِر ۚ ِإنهُ كانَ ِب ِعبا ِد ِه خ‬ ُ ‫س‬
ِّ ِ ‫ط‬ ُ ‫ِإن َربكَ َيب‬

Maksud Ayat 30: Sesungguhnya Tuhanmu melapangkan rezeki kepada sesiapa yang Dia
kehendaki dan menyempitkannya; sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Melihat
akan hamba-hamba-Nya.

ً ‫َرزقُ ُهم َو ِإيِّا ُكم ۚ ِإن قَتلَ ُهم كانَ ِخطئًا َك‬
‫بيرا‬ ُ ‫َحن ن‬ ٍ ‫َوال تَقتُلوا أَوال َد ُكم خَش َيةَ ِإمال‬
ُ ‫قۖن‬

Maksud Ayat 31: Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut kemiskinan.
Kamilah yang akan memberi rezeki kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya
membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar.

ً ‫س‬
‫بيال‬ َ ‫شةً وسا َء‬
َ ‫فاح‬ ِّ ِ ‫َقربُوا‬
ِ َ‫الزنا ۖ إِنهُ كان‬ َ ‫َوال ت‬

Maksud Ayat 32: Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu
perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.

ِ ِّ ‫هللا ِإ ِّال ِبال َح‬


ُ ‫ق ۗ َو َمن قُ ِت َل َمظلو ًما فَقَد َج َعلنا ِل َو ِل ِِّي ِه‬
‫سلطا ًنا فَال‬ َ ‫َوال تَقتُلُوا الن‬
ُ ‫فس التي َحر َم‬
‫نصورا‬
ً ‫ُسرف فِي القَت ِل ۖ ِإنهُ كانَ َم‬
ِ ‫ي‬

Maksud Ayat 33: Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah
(membunuhnya), melainkan dengan suatu (alasan) yang benar. Dan barangsiapa dibunuh
secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan kepada ahli warisnya,
tetapi janganlah ahli waris itu melampaui batas dalam membunuh. Sesungguhnya dia adalah
orang yang mendapat pertolongan.

َ‫شدهُ ۚ َوأَوفوا ِبال َعه ِد ۖ ِإن ال َعه َد كان‬


ُ َ ‫س ُن َحتِّ ٰى َيبلُ َغ أ‬
َ ‫ي أَح‬
َ ‫تيم ِإ ِّال ِبالتي ِه‬
ِ ‫َقربوا ما َل ال َي‬
َ ‫َوال ت‬
ً ‫َم‬
‫سئوال‬

3
Maksud Ayat 34: Dan janganlah kamu mendekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang
lebih baik (bermanfaat) sampai ia dewasa dan penuhilah janji; sesungguhnya janji itu pasti
diminta pertanggungan jawabnya.

ً ‫س ُن ت‬
‫َأويال‬ ٌ ‫َقيم ۚ ٰذلِكَ خ‬
َ ‫َير َوأَح‬ ِ ‫سطاس ال ُمست‬
ِ ‫َوأَوفُوا ال َكي َل ِإذا ِكلتُم َو ِزنوا ِبال ِق‬

Maksud Ayat 35: Dan sempurnakanlah takaran apabila kamu menakar, dan timbanglah
dengan neraca yang benar. Itulah yang lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.

ً ‫عنهُ َم‬
‫سئوال‬ ٰ ُ ‫ص َر َوالفُؤا َد ُك ُّل أ‬
َ َ‫ولئِكَ كان‬ َ ‫يس لَكَ ِب ِه ِعل ٌم ۚ ِإن السم َع َوال َب‬
َ َ‫َقف ما ل‬
ُ ‫َوال ت‬

Maksud Ayat 36: Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai
pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu
akan diminta pertanggungan jawabnya.

ً
‫طوال‬ ِ ‫رض َولَن تَبلُ َغ‬
‫الجبا َل‬ َ َ ‫َخرقَ األ‬ ِ َ ‫َمش فِي األ‬
ِ ‫رض َم َر ًحا ۖ ِإنكَ لَن ت‬ ِ ‫َوال ت‬

Maksud Ayat 37: Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong,
kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu
tidak akan sampai setinggi gunung.

‫ُك ُّل ٰذلِكَ كانَ َس ِِّيئُهُ ِعن َد َر ِبِّكَ َمكروهًا‬

Maksud Ayat 38: Semua itu kejahatannya amat dibenci di sisi Tuhanmu.

4
3.0 SEBAB-SEBAB PENURUNAN SURAH AL-ISRA’

Ayat 29 dan 30

Ayat ini diturunkan sebagai perintah Allah kepada hamba-Nya untuk menginfakkan
sebahagian rezeki yang telah dikurniakan Allah sebagai tanda kesyukuran dan kepedulian
terhadap sesama manusia. Namun yang Allah maksudkan di sini ialah memberi dengan kadar
yang sewajarnya iaitu tidak sedikit dan tidak terlalu banyak. Kerana kedua-duanya merupakan
sifat yang tercela. Jika sedikit, maka kita tergolong orang-orang yang sengsara dan kedekut.
Tetapi jika terlalu banyak, maka dikemudian hari kita akan menyesal.

Rasulullah saw. menganjurkan untuk mengeluarkan sedekah paling banyak sepertiga (1/3)
dari harta yang kita miliki. Kerana akan lebih baik jika digunakan untuk memberi nafkah
ataupun diwariskan kepada anak-anak kita kelak. Selanjutnya Rasulullah pun melarang
umatnya untuk kedekut dalam memberi, bahkan menghitung-hitung pemberiannya. Kerana
sesungguhnya Allah yang Maha Pemurah pun tidak pernah menghitung-hitung rezeki yang
diberikan kepada hamba-Nya. Sekiranya Allah menghendaki itu, maka pasti ada hikmah di
sebaliknya.

Ayat 31

Menurut Ibn Abbas ayat ini turun sehubungan dengan tindakan jahiliyah yang membunuh
anak perempuan mereka, bahkan menguburnya hidup-hidup. Ibn ‘Asyur melihat
kata awlad (anak-anak) di sini bermakna banat (anak perempuan), sebab ayat ini sangat
terkait dengan suasana di masa jahiliyah, di mana anak perempuan dibunuh karena takut
terhina dan fakir.

Pandangan yang sama juga dikemukakan Ibn Katsir, bahkan ia membandingkan ayat ini
dengan ayat tentang warisan. Bahwa Alquran menetapkan hak mewarisi bagi anak
perempuan sebagai pembatalan atas adat jahiliyah yang tidak memberikan harta warisan
kepada anak perempuan. Demikian pula ayat ini, membatalkan pandangan jahiliyah yang
menganggap hina anak perempuan, tidak produktif, dan mendatangkan kefakiran.

Ayat 32

Imam Ahmad mengatakan, telah menceritakan kepada kami Yazid ibnu Harun, telah
menceritakan kepada kami Jarir, telah menceritakan kepada kami Salim ibnu Amir, dari Abu
Umamah, bahawa pernah ada seorang pemuda datang kepada Nabi Muhammad Saw untuk

5
meminta izin berzina maka turunlah ayat ini sebagai larangan berzina kerana perbuatan zina
itu adalah sesuatu perbuatan yang keji.

Ayat 33

Ayat ini diturunkan sebagai larangan Allah kepada pembunuhan terhadap jiwa tanpa adanya
alasan yang dibenarkan oleh syari’at, sebagaimana yang ditegaskan dalam kitab ash-
Shahihain, bahwa Rasulullah bersabda: “Tidak dihalalkan darah seorang muslim yang
bersaksi bahwasanya tidak ada Ilah (yang haq) selain Allah dan Muhammad adalah Rasul
Allah kecuali dengan tiga alasan, yaitu: jiwa dengan jiwa, seorang laki-laki beristeri yang
berbuat zina, dan orang yang meninggalkan agamanya dan memisahkan diri dari jama’ah.”
(HR. Al-Bukhari dan Muslim).

Dan dalam kitab as-Sunan juga diriwayatkan, bahwa Rasulullah bersabda: “Bagi Allah,
hilangnya dunia ini lebih ringan dibandingkan dengan pembunuhan terhadap seorang
muslim.”

Ayat 34 dan 35

Di dalam kitab Shahih Muslim telah disebutkan, bahwa Rasulullah pernah berkata kepada
Abu Dzar: “Wahai Abu Dzar, sesungguhnya aku melihatmu dalam keadaan lemah dan
sesungguhnya aku mencintai dirimu seperti aku mencintai diriku sendiri, janganlah kamu
menjadi pemimpin bagi dua orang dan jangan pula kamu mengurus harta anak yatim.” (HR.
Muslim). Hal ini berikutan larangan keras Allah kepada mereka yang mengambil kesempatan
dalam menguruskan harta anak yatim dan mereka yang telah diamanahkan untuk menjaga
harta anak yatim itu kenalah jujur dan menjaga harta itu dengan baik, sampailah anak-anak
yatim itu matang. Apabila mereka telah dewasa, maka kenalah pulangkan harta itu kepada
anak yatim itu kerana itu adalah hak dia.

Allah SWT juga memerintahkan kepada mereka agar menimbang barang dengan neraca
(timbangan) yang benar dan sesuai dengan standar yang di tetapkan. Neraca yang benar
ialah neraca yang di buat seteliti mungkin sehingga dapat memberikan kepercayan kepada
orang yang melakukan jual beli, dan tidak memungkinkan terjadinya penambahan dan
pengurangan secara curang. Allah SWT mengancam orang-orang yang menurangi takaran
dan timbangan ini dengan ancaman keras

Ayat 36
6
Dalam ayat ini Allah SWT melarang mengatakan sesuatu tanpa pengetahuan, bahkan
melarang pula mengatakan sesuatu berdasarkan zan (dugaan) yang bersumber dari
sangkaan dan ilusi (Tafsir Ibnu Katsir) Maksudnya masing-masing dari semua itu ditanya
tentang apa yang dilakukannya. Hati ditanya tentang apa yang dia pikirkan dan dia yakini.
Pendengaran dan penglihatan ditanya tentang apa yang dia lihat, dan pendengaran ditanya
tentang apa yang ia dengar. Semua anggota tubuh akan diminta pertanggungjawaban di hari
kiamat. (Tafsir Imam Qurthubi, Ibnu Katsir.)

Ayat 37 dan Ayat 38

Surah ini diturunkan kerana Allah melarang kaum Muslimin berjalan di muka bumi dengan
sombong. Sebagaimana yang ditegaskan dalam hadits shahih: “Ketika pada masa sebelum
kalian, ada seseorang berjalan dengan mengenakan dua pakaian pada tubuhnya. la
menyombongkan diri dengan kedua pakaian itu, tiba-tiba ia ditelan oleh bumi, sedang ia terus
menjerit-jerit sampai hari Kiamat kelak.” Selain itu, Allah juga memberitahukan tentang Qarun,
di mana ia keluar menemui kaumnya dengan menggunakan perhiasannya, dan bahwasanya
Allah Tabaaraka wa Ta ala menenggelamkannya dan juga tempat tinggalnya ke dalam bumi

Berjalan dengan sombong di muka bumi bukanlah sikap yang wajar, karena bagaimanapun
kerasnya derap kaki yang dihentakkan di atas bumi, tidak akan menembus permukaannya
dan bagaimanapun juga tingginya ia mengangkat kepalanya, tidaklah dapat melampaui tinggi
gunung. Bahkan ditinjau dari segi ilmu jiwa, orang yang biasa berjalan dengan penuh
kesombongan, berarti dalam jiwanya terdapat kelemahan. Ia merasa rendah diri, sehingga
untuk menutupi kelemahan dirinya, ia berjalan dengan sombong dan berlagak dengan
maksud menarik perhatian orang lain. Hal ini bertujuan agar kaum Muslimin menyadari
kelemahan-kelemahan yang terdapat pada diri mereka, bersikap rendah hati, dan tidak
bersikap takabur. Sebab, sebagai manusia yang memiliki kemampuan terbatas, mereka tidak
akan sanggup mencapai sesuatu di luar kemampuan dirinya. Di dalam ayat ini terdapat juga
celaan bagi orang-orang musyrik yang suka bermegah-megah, menyombongkan diri karena
harta kekayaan dan menghambur-hamburkannya, suka bermabuk-mabukan dan berzina.

7
4.0 INTIPATI AYAT

Surah al-Isra’ ayat 29, Allah menjelaskan cara-cara yang baik dalam membelanjakan harta.
Allah telah menerangkan keadaan orang-orang yang sengsara dan pemboros dengan
menggunakan ungkapan jangan menjadikan tangan terbelenggu pada leher, tetapi juga
jangan terlalu mengulurkannya. Ungkapan pertama bermaksud larangan berlaku bakhil atau
kedekut, sehingga tidak mahu memberikan harta kepada orang lain, walaupun sedikit.
Ungkapan yang kedua bermaksud Allah melarang orang berlaku boros dalam membelanjakan
harta mereka sehingga melebihi kemampuannya. Kebiasaannya memboroskan harta akan
mengakibatkan seseorang tidak mempunyai simpanan yang boleh digunakan ketika
diperlukan. Dari ayat ini dapat difahami bahawa cara yang baik dalam membelanjakan harta
ialah dengan cara yang berhemat cermat, tidak terlalu kedekut dan tidak terlalu boros. Terlalu
kedekut akan menjadikan seseorang tercela, sedangkan terlalu boros akan mengakibatkan
pelakunya muflis.

Seterusnya, surah al-Isra’ ayat 30, dalam ayat ini Allah menjelaskan bahwa Dialah yang
memberikan rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Dia pula yang
membataskannya. Semuanya terjadi mengikut ketentuan yang telah ditetapkan Allah
terhadap para hamba-Nya dalam usaha mencari harta dan cara mengembangkannya.
Pada akhir ayat ini, Allah telah menegaskan bahawa Dialah yang Maha Mengetahui para
hamba-Nya, siapa di antara mereka yang memanfaatkan kekayaan demi kemaslahatan dan
siapa yang menggunakannya untuk kemudaratan. Allah juga mengetahui siapa di antara
hamba-Nya yang berada dalam kemiskinan namun tetap bersabar dan tawakal kepada Allah,
dan siapa yang kerana kemiskinan, mereka menjadi orang-orang yang berputus asa, dan jauh
dari rahmat Allah. Allah Maha Melihat bagaimana cara mereka mengurus dan mengatur
semua harta benda mereka, sama ada mereka membelanjakan harta pemberian Allah itu
dengan boros atau bakhil. Oleh sebab itu, kaum Muslimin hendaklah tetap berpegang kepada
ketentuan-ketentuan Allah, dengan menaati segala perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya.
Seterusnya, dalam membelanjakan harta hendaklah berlaku wajar.

Kemudian, surah al-Isra’ ayat 31, ini adalah bentuk kasih sayang Allah terhadap hambaNya.
Allah lebih sayang kepada hamba-hamba-Nya daripada orang tua kepada anaknya. Oleh
sebab itu, Dia melarang orang tua untuk membunuh anak-anak mereka hanya kerana takut
akan kemiskinan. Hal ini kerana, Allah yang memberi rezeki kepada mereka setiap hamba-
Nya. Allah mengatakan bahwasanya membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar,
maksudnya termasuk dosa-dosa yang paling besar, kerana membunuh anak yang belum
pernah berbuat dosa dan tidak pernah bermaksiat.

8
Selain itu, surah al-Isra’ ayat 32, Allah melarang para hamba-Nya mendekati perbuatan
zina. Maksudnya ialah melakukan perbuatan yang membawa pada perzinaan, seperti
pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Larangan melakukan zina diungkapkan
dengan larangan mendekati zina untuk menegaskan bahwa jika mendekati perbuatan zina
saja sudah dilarang, apatah lagi melakukannya. Dengan pendedahan seperti ini, seseorang
akan dapat memahami bahwa larangan melakukan zina adalah amaran yang keras sehingga
perlu dijauhi. Secara singkat dapat dikemukakan bahawa perbuatan zina adalah perbuatan
yang sangat keji, yang menyebabkan hancurnya garis keturunan, menimbulkan kekacauan
dan kegelisahan dalam masyarakat, merosakkan ketenangan berumah tangga,
menghancurkan rumah tangga itu sendiri, dan merendahkan martabat manusia.

Seterusnya, surah al-Isra’ ayat 33, Islam adalah agama yang memelihara kehidupan dan
menjamin keamanan. Oleh itu, ia menganggap pembunuhan mana-mana manusia sebagai
kejahatan yang melampau. Dalam hal ini, tidak ada yang dapat merampas nyawa kecuali
dengan izin Tuhan dan dalam batasan yang Dia izinkan. Setiap kehidupan manusia
mempunyai kesucian yang tidak dapat dilanggar. Batasan yang diizinkan Tuhan untuk
menjatuhkan hukuman mati sangat jelas. Mereka tidak dipengaruhi oleh prasangka atau
pandangan peribadi.

Selain itu, surah al-Isra’ ayat 34, Allah melarang para hamba-Nya mendekati harta anak
yatim, kecuali dengan cara yang baik. Mendekati harta anak yatim maksudnya ialah
mempergunakan harta anak-anak yatim bukan pada tempatnya atau tidak memberikan
perlindungan kepada harta itu, sehingga habis sia-sia. Allah memberikan perlindungan pada
harta anak yatim karena mereka sangat memerlukannya, sedangkan ia belum dapat
menguruskan hartanya, dan belum dapat mencari nafkah sendiri. Namun demikian, Allah
memberikan pengecualian, iaitu apabila untuk pemeliharaan harta itu memerlukan kos, atau
dengan maksud untuk mengembangkannya, maka diperbolehkan bagi orang yang mengurus
anak yatim untuk mengambilnya sebagian dengan cara yang wajar. Oleh sebab itu, orang
yang bertanggungjawab amat diperlukan untuk mengurus harta anak yatim. Orang yang
bertugas melaksanakannya disebut washiy (pengampu) dan diperlukan pula badan atau
lembaga yang menguruskan harta anak yatim. Badan atau lembaga tersebut hendaklah
diawasi oleh pemerintah, supaya tidak akan terjadi penyalahgunaan atau penyelewengan
terhadap harta anak yatim tersebut. Kemudian dalam ayat ini dijelaskan bahwa apabila anak
yatim itu telah dewasa dan mempunyai kemampuan untuk mengurus dan mengembangkan
hartanya, bererti sudah tiba masa harta itu diserahkan kembali oleh pengampu kepadanya.

Kemudian, surah al-Isra’ ayat 35, Allah memerintahkan kepada kaum Muslimin agar
menyempurnakan takaran bila menakar barang dagangan. Maksudnya ialah pada waktu
9
menakar barang hendaknya dilakukan dengan setepat-tepatnya dan secermat-cermatnya.
Oleh karena itu, seseorang yang menakar barang dagangan yang akan diserahkan kepada
orang lain sesudah dijual tidak boleh dikurangi takarannya karena merugikan orang lain.
Begitu juga jika, seseorang menakar barang dagangan orang lain yang akan ia terima
sesudah dibeli, tidak boleh dilebihkan, karena juga akan merugikan orang lain. Allah juga
memerintahkan kepada mereka agar menimbang barang dengan neraca (timbangan) yang
benar dan sesuai dengan piawaian yang ditetapkan. Neraca yang benar ialah neraca yang
dibuat seteliti mungkin, sehingga dapat memberikan kepercayaan kepada orang yang
melakukan jual beli, dan tidak memungkinkan terjadinya penambahan dan pengurangan
secara menipu.

Seterusnya, surah al-Isra’ ayat 36, Allah melarang mengikuti apa yang kamu tidak
mempunyai pengetahuan tentangnya. Allah juga melarang mengatakan sesuatu yang engkau
tidak ketahui, jangan mengaku melihat apa yang tidak engkau lihat, jangan pula mengaku
mendengar apa yang tidak engkau dengar, atau mengalami apa yang tidak engkau alami.
Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, adalah amanah dari Tuhanmu, semuanya
itu akan diminta pertanggunganjawabnya, apakah pemiliknya menggunakan untuk kebaikan
atau keburukan dan kemuliaan, melainkan apa yang dianugerahkan oleh-Nya.

Selepas itu, surah al-Isra’ ayat 37, Allah melarang kaum Muslimin berjalan di muka bumi
dengan sombong. Berjalan dengan sombong di muka bumi bukanlah sikap yang wajar, kerana
bagaimanapun kuatnya langkah kaki yang dihentakkan di atas bumi, tidak akan menembus
permukaannya dan bagaimanapun tingginya ia mengangkat kepalanya, tidak akan dapat
melampaui tinggi gunung. Sesungguhnya manusia adalah makhluk yang lemah dan rendah
di hadapan Allah bahkan tidak memiliki kekuatan. Hal ini bertujuan untuk
kaum Muslimin menyedari kelemahan-kelemahan yang terdapat pada diri mereka, bersikap
rendah hati, dan tidak bersikap takabur, kerana sebagai manusia yang memiliki kemampuan
terbatas, mereka tidak akan sanggup mencapai sesuatu di luar kemampuan dirinya.

Akhir sekali, surah al-Isra’ ayat 38, Allah menjelaskan bahwa semua larangan-Nya yang
disebutkan sebelum ayat ini, seperti mempercayai tuhan selain Allah, menderhaka kepada
kedua ibu bapa, berlaku boros, membunuh anak perempuan, berzina, membunuh manusia
yang diharamkan membunuhnya, memakan harta anak yatim, mengurangi atau melebihkan
takaran dan timbangan, mengikuti perkataan dan perbuatan yang tidak diketahui
kebenarannya, dan bersikap sombong adalah perbuatan-perbuatan yang sangat dibenci-Nya.
Para pelakunya patut diancam dengan hukuman yang keras dan harus dirasakan di dunia
manakala di akhirat mereka akan mendapat azab yang pedih.

10
5.0 HUKUM HAKAM YANG TERKANDUNG DALAM AYAT

5.1 KONSEP UMUM

Di dalam Surah Al – Isra dari ayat 29 – 38, terdapat tujuh larangan Allah yang perlu kita
hindari dan tiga perintah Allah yang harus kita taati. Terdapat juga hukum-hakam yang penting
di dalamnya melibatkan kehidupan seharian yang dapat kita pelajari serta mendalami bagi
memahami Islam dengan lebih mendalam. Antara larangan yang perlu dihindari tersebut ialah
jangan boros dan pelit, jangan membunuh anak, jangan dekati zina, jangan membunuh orang,
jangan memakan harta anak yatim, jangan berpendapat pada hal yang tidak ada dasar
ilmunya dan jangan bersikap sombong. Selain itu, terdapat juga perintah Allah yang perlu kita
taati iaitu menepati janji, memenuhi sukatan dan menimbang neraca yang benar.

5.2 BENTUK PERINTAH DAN LARANGAN YANG TERKANDUNG DALAM AYAT

Di dalam surah al Isra’ bermula daripada ayat 29 sehingga ayat 38 menjelaskan beberapa
bentuk perintah dan larangan Allah kepada manusia. Bentuk larangan dan perintah ini
merupakan amaran dari Allah kepada kita supaya kita tidak terjerumus kepada perbuatan
yang mendatangkan kemurkaan Allah SWT.

Bentuk larangan pertama yang terdapat di dalam surah ini adalah larangan bersikap boros
dalam berbelanja. Islam secara tegas melarang kaum muslim dalam menghambur-
hamburkan uang atau lebih dikenal dengan sikap boros. Allah SWT memerintahkan agar kita
hidup secara hemat, wajar, pantas, sederhana dan seimbang (tidak boros dan juga tidak kikir).
Dalam larangan ini, Abu Hanifah menilainya sebagai kewajipan dalam memberikan infak bagi
yang mampu kepada keluarga terdekat, orang miskin, serta kepada ibnu sabil. Namun,
apabila kita membelanjakan uang kita kepada kebaikan seperti bersedekah, ia tidak dipanggil
sebagai boros. Dan kita juga dilarang untuk terlalu menghulur tangan atau bersikap boros
kerana sifat kedua iaitu kikir akan menjuruskan seseorang dalam kehidupan yang tercela.

Bentuk larangan kedua adalah larangan untuk membunuh anak kerana perasaan takut
akan kemiskinan. Hal ini dilarang oleh Allah SWT kerana seperti yang kita ketahui
sesungguhnya segala bentuk rezeki seseorang itu akan datang dan sudah ditentukan oleh
Allah SWT sejak mereka dilahirkan lagi. Oleh itu sebagai ibu bapa, mereka tidak perlu takut
akan kemiskinan sehingga sanggup membunuh anak atau janin kerana hal ini dilarang oleh
Allah SWT dan setiap kelahiran itu membawa rezeki mereka masing-masing untuk sesebuah
keluarga itu. Selain itu, Allah SWT juga melarang kita daripada membunuh atau membunuh
diri sendiri kerana setiap manusia layak untuk hidup di atas muka bumi Allah SWT. Malah,
apabila berlaku kasus pembunuhan kepada salah satu ahli keluarga itu, ahli keluarga yang

11
menjadi kuasa hukum dan dibolehkan untuk menuntut dengan hukuman yang
setimpal.Seterusnya, larangan Allah dalam surah Al Isra’ adalah larangan dalam mendekati
zina. Daripada Abu Hurairah, sabda Rasulullah SAW:

َ َّ‫ فَ ِزنَا ال َعي ِْن الن‬،َ‫ أَد َْركَ ذَ ِلكَ الَ َم َحالَة‬،‫الزنَا‬
‫ َو ِزنَا‬،‫ظ ُر‬ َّ ‫علَى اب ِْن آ َد َم َح‬
ِّ ِ ‫ظهُ ِم َن‬ َ ‫ب‬ َ َ ‫َّللا َكت‬
َ َّ َّ‫ِإن‬
ُ‫ق َذ ِلكَ ُكلَّهُ َويُ َك ِ ِّذبُه‬
ُ ‫ص ِ ِّد‬ ُ ‫ َوالفَ ْر‬،‫شت َ ِهي‬
َ ُ‫ج ي‬ ْ َ ‫ والقلب ت َ َمنَّى َوت‬،‫ق‬ ُ ‫ان ال َم ْن ِط‬ َ ‫ال ِِّل‬
ِ ‫س‬

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah menetapkan bahagian zina untuk setiap anak
Adam, dia akan mendapatkannya dan tidak boleh dihindari, maka zina mata dengan
melihat, zina lidah dengan ucapan, zina hati dengan membayangkan dan merasakan
syahwat, sedangkan kemaluan membenarkan semua itu atau mendustakannya.”

Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Zina merupakan perbuatan maksiat dan akan mendatangkan dosa bagi mereka yang
mendekatinya tidak kira secara nyatamahupun secara atas talian. Hal ini kerana, zina itu
merupakan perbuatan yang kotor dan kita sebagai muslim perlulah menjauhinya tidak kira
secara paksa terutamanya secara rela. Oleh yang demikian, Allah memberikan larangan ini
kepada setiap anak Adam supaya segera bernikah apabila mempunyai kehendak nafsu yang
tinggi kerana dengan bernikah kita dapat mengelakkan diri dengan perbuatan zina.

Larangan berikut adalah berkaitan larangan untuk memakan harta anak yatim kecuali
sebagai sebatas upah pengelolaan sahaja. Di dalam ayat ini, Allah SWT jelas melarang kita
mendekati harta anak yatim secara berlebihan dari yang di tetapkan yang pasti dilarang. Oleh
itu, cara yang baik adalah dengan menjaga harta peninggalan orang tua kepada anak yatim
tersebut sehingga mereka mencapai umur yang sesuai. Di saat mereka mencecah umur
tersebut, seorang wali yang menjaga harta anak yatim tersebut haruslah memenuhi janjinya
untuk memberikan kesemua harta kepada anak yatim. Dan apabila wali itu ingkar berkaitan
hak penjagaan harta anak yatim itu, maka sesungguhnya janji itu akan diminta
pertanggungjawaban oleh anak yatim tersebut dan Allah SWT.

Larangan seterusnya adalah berkaitan larangan dalam berpendapat tanpa di dasari oleh
sebarang imu. Dalam larangan ini Allah memerintahkan agar kita melakukan segala hal yang
diperintahkanNya dan meninggalkan atau menjauhi segala yang dilarangNya. Selain itu, kita
janganlah mengucapkan apa yang kita tidak ketahui, janganlah mengakui apa yang kita tidak
tahu dan janganlah mengaku mendengar apa yang tidak kita dengari. Hal ini kerana,
sesungguhnya telinga, mata, dan hati akan diminta pertanggungjawaban di akhirat kelak.

12
Oleh itu, melalui ayat ini, Allah telah menunjukkan akan banyak keburukan yang dapat
terhindar seperti prasangka buruk, kebohongan, tuduhan dan kesaksian palsu. Di samping
itu, Allah juga memberikan tuntutan kepada kita untuk menggunakan ketiga alat indera itu
untuk mendapatkan informasi yang lebih banyak dan tepat.

Larangan terakhir adalah janganlah kita berjalan di atas muka bumi ini dengan sombong.
Larangan ini menunjukkan bahawa kita tidak akan mampu untuk melawan kekuasaan Allah
SWT yang telah menciptakan alam semesta ini. Hal ini kerana, segala kesombongan yang
dilakukan oleh kita untuk menunjukkan kekuasaan kita itu hanyalah sekadar waham dan ilusi
kita. Hal ini kerana, kita tidak mempunyai kekuatan seperti bumi yang mampu merobek tanah
dan tidak mampu untuk melawan ketinggian gunung yang menunjukkan betapa kita tidak
layak untuk berasa sombong di atas muka bumi Allah ini. Oleh itu, kita perlulah berasa rendah
diri kerana semua itu diciptakan dan ditundukkan Allah untuk dilakukan oleh manusia dalam
memakmurkan bumi dan penyempurnaan kalimat ketetapan Allah SWT kerana tanpa memiliki
hakikat tersebut manusia tidak akan dapat hidup di dunia ini.

5.3 HUKUM FEQH

Berdasarkan tafsiran Surah Al- Isra ayat 29-38, terdapat tujuh larangan Allah yang perlu
kita jauhi dan tiga perintah Allah yang perlu kita taati. Antara larangan tersebut ialah jangan
boros dan kedekut dalam bersedekah, jangan membunuh anak, jangan dekati zina, jangan
membunuh orang, jangan memakan harta anak yatim, jangan berpendapat pada hal yang
tidak ada dasar ilmunya dan jangan bersikap sombong. Selain itu, terdapat juga perintah Allah
yang perlu kita taati iaitu menepati janji, memenuhi sukatan dan menimbang neraca yang
benar.

Larangan Allah SWT yang pertama dalam ayat 29 Surah Al-Isra ialah jangan memboros
dan kedekut dalam bersedekah. Larangan ini ditujukan kepada orang-orang yang selalu
memboros terutamanya ketika dalam berbelanja dan kedekut dalam bersedekah. Allah
memerintahkan kita supaya berlaku sederhana dalam menjalani hidup dan menjauhi sifat
boros dan berlebih lebihan terutamanya ketika berbelanja. Kesan jika suka berboros ialah
akan mengakibatkan seseorang tidak mempunyai simpanan yang dapat digunakan
terutamanya jika berlakunya kecemasan. Selain itu, Allah SWT berfirman “janganlah kamu
menjadi orang kedekut dan selalu menolak orang yang meminta serta tidak pernah sekalipun
memberikan sesuatu kepada seseorang. Orang-orang Yahudi, semoga laknat Allah menimpa
mereka, mengatakan bahwa tangan Allah terbelenggu. Maksud mereka ialah Allah bersifat
kikir, padahal kenyataannya Allah Mahatinggi lagi Mahasuci, Mahamulia dan Maha Pemberi.
Oleh itu, janganlah kamu kikir dan bakhil, dengan tidak pernah memberikan sesuatu pun
13
kepada seseorang (bersedekah) kerana tiada sebarang harta benda akan berkurang jikalau
bersedekah kerana Allah SWT akan menambahkan rezeki yang lain kepada sesiapa yang
bersedekah.

Larangan yang seterusnya ialah jangan membunuh anak-anak. Allah berfirman ‘Dan
janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut kemiskinan. Kamilah yang akan
memberi rezeki kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya membunuh mereka
adalah suatu dosa yang besar.’ Ayat ini ditujukan kepada semua manusia kerana ia tidak
dihadkan kepada orang Islam sahaja. Ramai yang berkira-kira dalam menguruskan
kehidupan mereka sampaikan kalau isteri mengandung, mereka sudah risau. ‘Bunuh anak’
boleh jadi sama ada dalam bentuk jasmani atau rohani. Bentuk jasmani itu adalah dengan
mengambil nyawa mereka. Yang pasti, kalau bunuh anak sendiri setelah anak itu lahir. Tapi
ini juga termasuk kalau guna pil perancang keluarga. Ada yang tak mahu anak sampai buat
perancangan keluarga (makan pil atau pakai kondom). Jadi ini dijadikan larangan untuk
merancang keluarga tanpa sebab yang munasabah – iaitu sebab takut miskin sahaja.

‫َبيرا‬ َ َّ‫إِنََّّقَتلَ ُهم‬


ً ‫كانََّّ ِخطئ ًاَّك‬

Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar.

Pembunuhan anak-anak sama ada dengan cara jasmani atau rohani adalah satu dosa
besar.

Seterusnya, larangan lain dalam surah Al-Isra ialah jangan dekati zina. Allah berfirman
‘Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang
keji. Dan suatu jalan yang buruk.’ Ayat sebelum ini Allah telah sebut tentang pembunuhan
anak dan sekarang disebut tentang zina pula kerana ia juga berat seperti bunuh – kerana ia
membunuh hati. Ini bukanlah bunuh secara fizikal tapi bunuh secara spiritual.Allah kata jangan
‘hampiri zina’. Allah tidak kata jangan ‘hampiri bunuh’ kerana zina lebih senang terjadi kalau
didekati. Kita ingatkan perkara ini kerana ramai yang sudah tertipu dengan perkara ini. Kerana
ianya mudah melarat, maka Allah berfirman: jangan dekati langsung. Allah kenal sifat kita dan
kerana itu Allah telah beri jalan untuk menahan perkara itu dari melarat.Maka kita kena ambil
langkah yang sepatutnya. Jangan kita tertipu kononnya kita boleh tahan diri kita kalau ada
pergaulan antara lelaki dan perempuan. Hal ini kerana kita sendiri pun sudah baca dan lihat
perkara sebegini yang mulanya macam biasa sahaja, kawan biasa sahaja, tapi lama
kelamaan sudah jadi benda lain. Dan masalah ini terjadi kerana bermula dengan tak jaga
sosial/pergaulan antara lelaki dan perempuan.

14
ً ‫س‬
َّ‫بيل‬ َ َّ‫فاحش ََّةًَّ َوسا ََّء‬ َ َُّ‫ِإن َّه‬
ِ ََّّ‫كان‬

Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.

Larangan lain ialah jangan membunuh orang. Kita masih lagi dalam ayat-ayat yang
berkenaan dengan Amalan Tiga Serangkai (Jangan berlaku zalim). Dalam ayat ini tentang
larangan membunuh. Jangan membunuh jiwa yang diharamkan. Pembunuhan yang boleh
dilakukan adalah melalui arahan pemerintah dan itu pun kena mengikut syarat-syaratnya.
Allah berfirman ‘Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah
(membunuhnya), melainkan dengan suatu (alasan) yang benar. Dan barangsiapa dibunuh
secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan kepada ahli warisnya,
tetapi janganlah ahli waris itu melampaui batas dalam membunuh. Sesungguhnya dia adalah
orang yang mendapat pertolongan.’ Terdapat beberapa hukum yang berkenaan jika ada yang
dibunuh. Antaranya adalah jikalau seseorang dibunuh secara zalim (tanpa haq), maka
keluarganya ada kuasa untuk memilih hukuman untuk dikenakan kepada pembunuh. Mereka
ada kuasa untuk menuntut qisas dari kerajaan. Kerajaan harus jalankan keadilan supaya
keluarga waris yang dibunuh buat pilihan samada:

1. Balas bunuh

2. Diyat

3. Beri maaf tanpa balasan atau bayar diyat.

ُ ‫َّالن ْف‬:ٍ‫سو ُلََّّللاَِّإَِلَّبِ ِإحْ دَىَّث َ َلث‬


َّ‫س‬ َ ‫َّوأَنَّ ُم َحمد‬
ُ ‫ًاَّر‬ َ ُ‫ش َهدَُّأ َ ْن َََّلَّإِلَهََّإَِلََّّللا‬ ْ ‫ََلَّيَ ِحلَُّّ َد ُمَّا ْم ِر ٍئَّ ُم‬
ْ َ‫س ِل ٍمَّي‬
َ ‫قَّ ِل ْل َج ََّما‬
َّ‫ع ِة‬ ِ ‫َّوالت ِار ِكَّ ِلدِي ِن ِهَّا ْل ُمفَ ِار‬، َ ْ‫َّوالزا ِنيَّا ْل ُمح‬،
َ ‫ص ِن‬ ََّ ‫” ِبالن ْف ِس‬

Tidak halal darah seorang Muslim yang telah bersaksi bahawa tiada ada Tuhan selain
Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, terkecuali kerana tiga perkara, iaitu
membunuh jiwa dibalas dengan jiwa, penzina muhsan, dan orang yang murtad dari
agamanya lagi memisahkan diri dari jamaah.

Selain itu, larangan lain terdapat dalam surah Al Isra ialah jangan memakan harta anak
yatim. Allah berfirman ‘Dan janganlah kamu mendekati harta anak yatim, kecuali dengan cara
yang lebih baik (bermanfaat) sampai ia dewasa dan penuhilah janji; sesungguhnya janji itu
pasti diminta pertanggungan jawabnya.’ Mendekati harta anak yatim maksudnya ialah

15
mempergunakan harta anak-anak yatim tidak pada tempatnya atau tidak memberikan
perlindungan kepada harta itu, sehingga habis sia-sia. Allah swt memberikan perlindungan
pada harta anak yatim karena mereka sangat memerlukannya, sedangkan ia belum dapat
mengurusi hartanya, dan belum dapat mencari nafkahsendiri.Namun demikian, Allah swt
memberikan pengecualian, yaitu apabila untuk pemeliharaan harta itu diperlukan biaya, atau
dengan maksud untuk mengembangkannya, maka diperbolehkan bagi orang yang mengurus
anak yatim untuk mengambilnya sebagian dengan cara yang wajar.Oleh sebab itu, diperlukan
orang yang bertanggung jawab untuk mengurus harta anak yatim. Orang yang bertugas
melaksanakannya disebut washiy (pengampu) dan diperlukan pula badan atau lembaga yang
mengurusi harta anak yatim. Kemudian dalam ayat ini dijelaskan bahwa apabila anak yatim
itu telah dewasa dan mempunyai kemampuan untuk mengurus dan mengembangkan
hartanya, berarti sudah saatnya harta itu diserahkan kembali oleh pengampu kepadanya.

Di samping itu larangan lain ialah jangan berpendapat pada hal yang tidak ada dasar
ilmunya. Allah berfirman ‘Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai
pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu
akan diminta pertanggungan jawabnya.’ Allah swt melarang kaum Muslimin mengikuti
perkataan atau perbuatan yang tidak diketahui kebenarannya. Larangan ini mencakup seluruh
kegiatan manusia itu sendiri, baik perkataan maupun perbuatan. Dalam konteks ini, janganlah
percaya kepada perkara khurafat dan tahyul. Malangnya ramai orang telah mempercayainya
dan menngikut tanpa soal lagi. Contohnya ada yang berkata bahawa tidak boleh kahwin
bulan-bulan tertentu dan hari-hari tertentu. Itu semua adalah contoh kepercayaan khurafat.
Begitu juga ada yang kata amalan sekian-sekian akan menyelamatkan mereka dari mara
bahaya. Ini adalah bahaya kerana senang sangat percaya kepada kata-kata orang. Maka kita
janganlah mengikut amalan yang tidak mempunyai sebarang dalil.

ً
َّ‫سئوَل‬ ‫كانَّعَن َّهَُّ َم‬
ََّ َّ‫ك‬ ٰ ُ ‫ص ََّرَّ َوالفُؤا ََّدَّ ُك َُّّلَّأ‬
ََّ ِ‫ولئ‬ َ َ‫إِنََّّالسم ََّعَّ َوالب‬

Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta


pertanggungan jawabnya.

Larangan yang akhir sekali ialah jangan bersikap sombong di muka bumi. Sesungguhnya
Allah berfirman ‘Dan janganlah engkau berjalan di bumi ini dengan sombong, karena
sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembus bumi dan tidak akan mampu menjulang
setinggi gunung.’ Ini bermaksud Allah melarang kaum Muslimin berjalan di muka bumi dengan
sombong. Berjalan dengan sombong di muka bumi bukanlah sikap yang wajar, karena
bagaimanapun kerasnya derap kaki yang dihentakkan di atas bumi, tidak akan menembus

16
permukaannya dan bagaimanapun juga tingginya ia mengangkat kepalanya, tidaklah dapat
melampaui tinggi gunung. Bahkan ditinjau dari segi ilmu jiwa, orang yang biasa berjalan
dengan penuh kesombongan, berarti dalam jiwanya terdapat kelemahan. Ia merasa rendah
diri, sehingga untuk menutupi kelemahan dirinya, ia berjalan dengan sombong dan berlagak
dengan maksud menarik perhatian orang lain. Allah melarang kita untuk sombong bertujuan
agar kaum Muslimin menyadari kelemahan-kelemahan yang terdapat pada diri mereka,
bersikap rendah hati, dan tidak bersikap takabur.

ِ َ ‫مشَّ ِفيَّاأل‬
‫رضََّّ َم َر ًحا‬ َّ ِ َ ‫َوَلَّت‬

Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong

Selain itu, terdapat juga satu perintah Allah yang perlu kita taati dalam surah Al Isra ini
iaitu berlaku jujur. Allah berfirman ‘Hendaklah disempurnakan sukatan dan timbangan. Kalau
kita tidak menyempurnakannya, itu adalah satu kezaliman. Dan apabila menimbang, haruslah
timbang dengan tepat dan beri cukup seperti yang dijanjikan. Jangan cari jalan untuk menipu
dalam timbangan.’ Dalam ayat ini, Allah memerintahkan kepada kaum Muslimin agar
menyempurnakan takaran bila menakar barang dagangan. Maksudnya ialah pada waktu
menakar barang hendaknya dilakukan dengan setepat-tepatnya dan secermat-cermatnya.
Oleh kerana itu, seseorang yang menakar barang dagangan yang akan diserahkan kepada
orang lain sesudah dijual tidak boleh dikurangi takarannya karena merugikan orang lain.
Demikian pula kalau seseorang menakar barang dagangan orang lain yang akan ia terima
sesudah dibeli, tidak boleh dilebihkan, karena juga merugikan orang lain. Allah swt
mengancam orang-orang yang mengurangi takaran dan timbangan ini dengan ancaman
keras. Allah swt berfirman :Celakalah bagi orang-orang yang curang (dalam menakar dan
menimbang)! (Yaitu) orang-orang yang apabila menerima takaran dari orang lain mereka
minta dicukupkan, dan apabila mereka menakar atau menimbang (untuk orang lain), mereka
mengurangi.

ِ َ ‫سطاسَّال ُمست‬
َّ‫قيم‬ َّ ِ ‫َو ِزنواَّ ِبال ِق‬

Dan timbanglah dengan neraca yang benar.

17
5.4 PENDAPAT ULAMA’ MENGENAI MASALAH YANG DIBINCANGKAN

5.4.1 Larangan untuk tidak boros


Ulama’ sangat melarang kita berboros dalam kehidupan. Tidak hanya itu, periwayat Hadis
Imam Syafi’i di dalam Kitab al-Umm turut menyebutkan “Aku lebih menyukai seseorang
memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumat, dua hari
raya (Idul Adha dan Idulfitri) dan tempat diadakan majlis. Dia hendaklah memakai baju yang
bersih dan memakai wangi-wangian (kecuali wanita)". Malah, Ibnu Mas’ud dan Ibnu ‘Abbas
juga pernah mengatakan “Tabdzir (pemborosan) adalah menginfakkan sesuatu bukan pada
jalan yang benar”. Oleh sebab itu, ketimbang kamu menimbun barang-barang yang tidak
kamu butuhkan lebih baik disimpan atau di gunakan untuk investasi.

5.4.2 Larangan mendekati zina


Ulama’ berpendapat larangan Allah SWT untuk tidak mendekati zina dalam al-Quran
menunjukkan bahawa semua sarana yang membawa kepada zina seperti pandangan mata,
sentuhan dan berkhalwat adalah haram dan wajib dijauhi, walaupun dikira sebagai dosa-dosa
kecil.

Firman Allah Taala:

ً ‫س ِب‬
‫يل‬ َ ‫احشَةً َو‬
َ ‫سا َء‬ ِ َ‫الزنَا ۖ إِنَّهُ كَانَ ف‬
ِ ‫َو ََل ت َ ْق َربُوا‬

Maksudnya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu
perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)

Surah al-Isra’, 17:32

Berkata Ibn Kathir dalam Tafsir-nya bahawa Allah melarang para hamba-Nya daripada
melakukan zina dan juga perkara yang membawa dekat kepada zina seperti sebab-sebab
dan seruan-seruannya. Perkara ini dirujuk melalui Tafsir al-Azim (5/72).

5.4.3 Larangan membunuh atau membunuh diri


Berdasarkan pendapat Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi di dalam kitab al-Halal wa al-
Haram menjelaskan sesiapa yang membunuh dirinya sendiri dengan apa jua cara sekalipun,
samalah dia yang telah membunuh diri yang diharamkan oleh Allah SWT membunuhnya
tanpa sebarang hak. Malah, Imam As-Syatibi berpendapat: “Para ulama berpendapat bahwa
sesungguhnya setiap individu atau secara umum setiap benda tidak ada yang memiliki kecuali
Allah SWT. Nabi SAW turut melarang orang yang berani melakukan jenayah yang kejam itu,

18
iaitu jenayah membunuh diri. Hal ini disertakan dengan ancaman akan menghalangnya dari
menerima rahmat Allah SWT untuk menjadi penghuni syurga-Nya, malah dia akan menerima
kemurkaan Allah SWT dengan dimasukkannya ke dalam neraka.

Rasulullah SAW bersabda:

، َ‫ فَ َما َرقَأ َ ال َّد ُم َحتَّى َمات‬،ُ‫ فَ َح َّز بِ َها يَ َده‬،‫س ِ ِّك ْينًا‬
ِ َ‫ فَأ َ َخذ‬،َ‫ح فَ َج َزع‬
ٌ ‫َان فِي َم ْن قَ ْب ِلكُم َْر ُج ٌل بِ ِه ُج ْر‬
َ ‫ك‬
ُ‫فَقَا َل للا‬: َ‫علَي ِه ال َجنَّة‬َ ُ‫ فَ َح َّر ْمت‬،‫س ِه‬ ِ ‫ع ْبدِي بِنَ ْف‬
َ ‫بَاد ََرنِي‬

Maksudnya: “Mereka yang sebelum kamu, ada seorang lelaki yang mengalami luka dan
tidak tahan untuk menanggung deritanya, kemudian diambilnya pisau, lalu menorehkan ke
urat nadi tangannya sehingga darah keluar dan tidak berhenti mengalir sehinggalah
menemui ajalnya. Allah SWT berfirman: Hamba-Ku telah mendahului-Ku dengan
(membunuh) dirinya, oleh itu Aku mengharamkan baginya memasuki syurga.”

Riwayat al-Bukhari dan Muslim

5.4.4 Larangan makan harta anak yatim

Para ulama’ berbeza pendapat pada apa yang dimaksudkan dengan al-Ma’ruf itu.
Sebahagian mengatakan dengan meminjam dari harta tersebut dan kemudian
memulangkannya sehingga Allah SWT memudahkan urusannya. Ini adalah pendapat Umar
bin al-Khattab, Ibn ‘Abbas, ‘Abidah al-Salmani, Ibn Jubair, al-Sya’bi, Mujahid, Abu al-
‘Aliyah dan al-Auza’ie. Manakala telah berkata al-Nakha’ie, ‘Ato’, al-Hasan dan Qatadah
bahawa bagi mereka yang miskin tidak perlu untuk memulangkan harta tersebut setelah
meminjamnya selagi mana ianya diambil untuk perkara makruf dan ini juga adalah pendapat
jumhur para fuqaha’. Yang dimaksudkan dengan al-Ma’ruf itu adalah perkara biasa yang
dikenali oleh manusia. Janganlah bermewah-mewahan dengan harta anak yatim dan
berlebihan dalam menikmati harta mereka dalam bentuk makanan, minuman, pakaian dan
tidaklah ditinggalkan untuk dirinya itu dari sekadar mencukupkan keperluan dan juga menutup
aurat.

5.4.5 Larangan berkata dusta


Menurut Imam al-Syaukani berkata bahawasanya, “Yang dimaksud
dengan tabayyun adalah memeriksa dengan teliti dan yang dimaksud
dengan tatsabbut adalah berhati-hati dan tidak tergesa-gesa, melihat dengan keilmuan yang
dalam terhadap sebuah peristiwa dan kabar yang datang, sampai menjadi jelas dan terang
baginya.” Antara ulama lain yang memberikan pendapat adalah, Ibn Kathir yanag berkata,
19
Allah perintahkan supaya kita thabitkan dahulu perkhabaran orang fasiq sebagai ihtiyat. Ini
kerana supaya seseorang tidak berhukum dengan ucapannya menyebabkan dalam keadaan
begitu boleh membawa kepada dusta atau tersilap. Dan, Syeikh Ali al-Sobuni di dalam
tafsirnya turut menyatakan menyatakan bahawa jika datang kepada kamu seorang lelaki fasiq
yang mana ia tidak boleh dipercayai dengan kebenaran dan keadilannnya, dengan apa yang
diberitakan, maka hendaklah kamu menyemak akan kesahihan beritanya itu. Ini supaya kamu
tidak menghukum atau menuduh sesuatu kaum sedangkan kamu jahil tentang hakikat
sebenar. Ketika itu, jadilah kamu menyesal tak sudah atas perbuatan kamu.

5.4.6 Larangan bersikap sombong

Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu dari Nabi shalallahu ‘alaihi
wa sallam, beliau bersabda,

َ ‫ب أ َ ْن َيك‬
‫ُون‬ ُّ ‫الر ُج َل يُ ِح‬ َّ َّ‫َان ِفي قَ ْل ِب ِه ِمثْقَا ُل ذَ َّر ٍة ِم ْن ِكب ٍْر قَا َل َر ُج ٌل ِإن‬ َ ‫َال َي ْد ُخ ُل ا ْل َجنَّةَ َم ْن ك‬
ُ ‫غ ْم‬
‫ط النَّا ِس‬ َ ‫ق َو‬ِ ِّ ‫ب ا ْل َج َما َل ا ْل ِكب ُْر بَ َط ُر ا ْل َح‬ َ َّ َّ‫سنَةً قَا َل ِإن‬
ُّ ‫َّللا َج ِمي ٌل يُ ِح‬ َ ‫ث َ ْوبُهُ َح‬
َ ‫سنًا َونَ ْعلُهُ َح‬

“Tidak akan masuk surga seseorang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan
sebesar biji sawi.” Ada seseorang yang bertanya, “Bagaimana dengan seorang yang suka
memakai baju dan sandal yang bagus?” Beliau menjawab, “Sesungguhnya Allah itu indah
dan menyukai keindahan. Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan orang
lain”.

(HR. Muslim no. 91)

Menurut An Nawawi rahimahullah, beliau berkata, “Hadis ini berisikan larangan dari sifat
sombong iaitu menyombongkan diri kepada manusia, merendahkan mereka, serta
menolak kebenaran”

20
6.0 PENGAJARAN AYAT

Pengajaran yang terdapat di dalam surah ini ialah tentang beberapa bentuk larangan Allah
kepada setiap umat Islam. Kita sebagai umat Islam hendaklah mematuhi setiap perintah Allah
agar kita dapat menghindarkan diri daripada Neraka. Selain itu, kita juga hendaklah
mengelakkan daripada melakukan larangan-larangan Allah kerana jika seseorang itu
bertaqwa kepada Allah, maka dia akan selalu mendapatkan petunjuk serta hidayah dari Allah
SWT. Manakala bagi orang-orang zalim pula, mereka tidak akan mendapatkan apa pun selain
daripada kerugian. Justeru itu, terdapat beberapa pengajaran diperoleh daripada surah Al-
Isra’ ayat 29-38. Antaranya ialah Islam melarang keras untuk membunuh nyawa orang yang
diharamkan untuk dibunuh, memakan harta anak yatim merupakan dosa besar dan setiap
amalan yang dilakukan kelak akan ditanya oleh Allah.

6.1 Islam melarang keras untuk membunuh nyawa orang yang diharamkan untuk
dibunuh

Pembunuhan yang boleh dilakukan adalah melalui arahan pemerintah dan itu pun kena
mengikut syarat-syaratnya. Dalam Islam, ada dua syarat yang dibolehkan untuk
menghilangkan nyawa manusia, iaitu membunuh ketika perperangan dan membunuh ketika
menghukum. Syarat yang pertama ialah apabila terlibat di dalam sesuatu peperangan.
Maksudnya di sini ialah perperangan yang terjadi dalam rangka mempertahankan agama,
negara, dan harga diri. Jika peperangan dapat diselesaikan dengan cara lain, maka perang
tidak boleh dilakukan. Seperti yang disebutkan di dalam kitab Sahihain melalui salah satu
hadisnya yang mengatakan bahawa Rasulullah Saw. telah bersabda: “Tidak halal darah
seorang Muslim yang telah bersaksi bahawa tiada ada Tuhan selain Allah dan Muhammad
adalah utusan Allah, terkecuali kerana tiga perkara, iaitu membunuh jiwa dibalas dengan jiwa,
penzina muhsan, dan orang yang murtad dari agamanya lagi memisahkan diri dari jamaah”.
Oleh itu, jika merujuk kepada sejarah Islam, perang merupakan jalan yang terakhir dan
biasanya terjadi ketika umat Islam sudah diserang dan dikhianati terlebih dahulu oleh musuh.

Syarat yang kedua pula ialah ketika menghukum pelaku penjenayah yang melakukan
pembunuhan, boleh dilakukan di dalam Islam. Kalau seseorang dibunuh secara zalim (tanpa
haq), maka keluarganya ada kuasa untuk memilih hukuman untuk dikenakan kepada
pembunuh. Mereka ada kuasa untuk menuntut qisas dari kerajaan. Kerajaan kena jalankan
keadilan supaya keluarga waris yang dibunuh buat pilihan samada balas bunuh, diyat dan
beri maaf tanpa balasan atau bayar diyat. Sebagai contoh, jika seseorang melakukan
pembunuhan hukuman tersebut boleh dijalankan apabila keluarga korban menuntut untuk
membalasnya dengan bentuk hukuman yang setimpalnya dengan nyawa dibayar nyawa.

21
Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang
diharamkan Allah (membunuhnya), melainkan dengan suatu (alasan) yang benar. Dan
barangsiapa dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan
kepada ahli warisnya, tetapi janganlah ahli waris itu melampaui batas dalam membunuh.
Sesungguhnya dia adalah orang yang mendapat pertolongan. Kekuasaan kepada ahli
warisnya, tetapi janganlah ahli waris itu melampaui batas dalam membunuh. Sesungguhnya
dia adalah orang yang mendapat pertolongan.

6.2 Memakan harta anak yatim merupakan dosa besar

Islam mengajarkan untuk memuliakan semua makhluk hidup, terutama kepada sesama
manusia. Rasulullah SAW sangat menyayangi dan mengasihi anak yatim. Oleh itu, ada
banyak kelebihan yang boleh didapatkan oleh seseorang muslim jika menolong atau
mengasihi anak yatim. Antaranya ialah memperolehi pertolongan daripada Allah SWT, dapat
menghindarkan diri dari seksaan api neraka, meraih peluang untuk menjadi teman Rasulullah
SAW di syurga dan lain-lain lagi. Anak yatim juga hidup dengan keadaan yang sudah
ditinggalkan oleh seorang ayah, ibu atau kedua-duanya sekali, serta kesulitan untuk
memenuhi kebutuhan sehari-harinya. Untuk itu, tidak heran jika memang Islam
memerintahkan kita untuk menyantuni anak-anak yatim.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mendekati harta anak yatim,
kecuali dengan cara yang lebih baik (bermanfaat) sampai ia dewasa dan penuhilah janji;
sesungguhnya janji itu pasti diminta pertanggungan jawabnya.” (Surah Al-Isra’, ayat 34). Ayat
ini menjelaskan, kita sebagai muslim untuk tidak mencampur harta anak yatim dengan harta
kita. Walaupun kita diberi amanah untuk menjaga harta anak yatim yang mungkin banyak
tetapi kita kena kena asingkan harta itu betul-betul dan bezakan yang mana satu harta kita
dan mana satu harta mereka. Hal ini demikian kerana untuk mengelakkan diri dari termakan
harta anak yatim. Malahan jika kita hendak menggunakan harta anak yatim itu untuk
keperluan diri kita dan berkata hendak membayar kemudian hari, kita juga hendaklah
mengelakkan perkara tersebut.

Oleh itu, kita hendaklah mengetahui beberapa cara untuk mengelakkan atau menjauhi
dari menggunakan harta anak yatim. Antaranya ialah cintai dan sayangi anak yatim itu seperti
diri kita sendiri atau seperti anak kita sendiri. Dengan ini, kita dapat membayangkan
bagaimana perasaan dan nasib hidup mereka jika kita mengambil harta menzalimi mereka.
Selain itu, kita perlulah mencari harta yang cukup kepada diri sendiri iaitu kita perlulah kerja
yang halal dan mempunyai gaji yang mencukupi. Kesannya, kita tidak akan mengganggu
harta yang bukan milik kita. Akhir sekali, kita hendaklah mengelakkan dari memarahi atau

22
menengking anak yatim jika tidak dapat membantu mereka dan memberikan kebahagiaan.
Jika tidak boleh memberikan mereka dari segi kewangan, kita boleh memberikan kasih
sayang kepada mereka dengan hati yang ikhlas. Oleh itu, percayalah bahawa Allah akan
membalas segala perbuatan baik yang kita lakukan dan juga perbuatan buruk yang kita
lakukan dengan balasan yang setimpal.

6.3 Setiap amalan yang dilakukan kelak akan ditanya oleh Allah

Akhir sekali, kita pasti akan ditanya tentang gerak geri semua organ tubuh, sama ada
digunakan secara bermanfaat untuk kita gunakan untuk mendekatkan diri dengan Allah, atau
menimbulkan mudharat dengan maksiat terhadap Allah. Allah SWT berfirman yang
bermaksud:“Janganlah kamu mengatakan sesuatu yang kamu sendiri tidak mempunyai
pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati setiap orang
kelak di akhirat akan diminta tanggung jawab.” (Surah Al-Isra’, ayat 36).

Kandungan Surah Al-Isra Ayat 36 ini, menyeru agar kita buat amalan agama dan
fahaman berdasarkan ilmu al-Quran dan hadis yang sahih. Kita boleh membandingkan mana
benar dan mana yang tidak benar dengan menggunakan kedua-dua pancaindera, maka
jangan ikut perkara yang tidak ada sandaran dari nas. Akan tetapi terlebih dahulu pastikan
dan verifikasi akan kebenarannya dahulu. Sesungguhnya manusia akan diminta untuk
dipertanggungjawabkan mengenai bagaimana ia menggunakan pendengaran, penglihatan,
dan hatinya. Apabila dia mempergunakannya dalam perkara-perkara baik, niscaya akan
memperoleh pahala, dan jika ia mempergunakannya dalam hal-hal buruk, maka dia akan
memperoleh hukuman. Selain itu, ayat 36 ini juga sangat penting kepada setiap umat Islam.
Hal ini dikatakan demikian kerana ayat ini menekankan untuk tidak beramal dengan amalan
yang salah dan bidaah.

Dalam sebuah hadits disebutkan, bahwa Rasulullah bersabda: “Jauhilah oleh kalian
prasangka, karena prasangka itu merupakan sedusta-dusta ucapan.” (Muttafaq ‘alaih), dan
firman Allah: Qullu Ulaikkha (Semuanya itu) iaitu pendengaran, penglihatan, dan hati; (kanna
anhu masulla) akan diminta dipertanggunganjawabnya. Maksudnya, seorang hamba kelak
akan diminta untuk bertanggungjawab mengenai hal itu pada hari kiamat serta apa yang telah
dilakukan dengan semua anggota tubuh tersebut.

Allah SWT melarang kaum Muslimin mengikuti perkataan atau perbuatan yang tidak
diketahui kebenarannya. Larangan ini merangkumi seluruh kegiatan manusia itu sendiri, baik
perkataan mahupun perbuatan. Oleh itu, semua pancaindera kita akan ditanya oleh Allah
termasuk dengan hati kita juga akan ditanya. Dengan ini, kita jangan ikut nafsu kita dalam

23
melakukan sesuatu perkara terutama dalam hal agama agar kita terpesong terhadap agama
Islam. Nafsu memang kuat membuat keputusan untuk pihak kita jika tidak mengawalnya
dengan baik.

24
RUJUKAN

✓ Catatan dari sebuah ebook, berjudul “Perjalanan Terindah”.

www.naqshbandia.info/naqshbandia_sardaria/malaybooks/Jalan-Terindah.pdf

✓ Catatan dari sebuah ebook berjudul "PERGAULAN BEBAS DAN LARANGAN ZINA E-
BOOK " terbitan FlipHTML5 Copy Pages 1 - 14

https://fliphtml5.com/qqane/stkf/basic

✓ Catatan dari sebuah ebook berjudul "PENGURUSAN HARTA ANAK YATIM" ebook
terbitan FlipHTML5 Pages 1 – 11: https://anyflip.com/urgth/vupg/basic

✓ Catatan dari sebuah ebook berjudul "Hikmah Di Balik Perintah Dan Larangan Allah",
hasil penulisan Aladdin Koto, diterbit pada 15 March 2019

https://ebooks.gramedia.com/books/hikmah-di-balik-perintah-dan-larangan-allah

✓ Tafsir Ibn Kathir Juz’ 15 (Part 15). (2011). Retrieved July 9, 2021, from Google Books

website:https://books.google.com.my/books?id=CNhJG3YD-

p0C&dq=al+isra%27+ebook&lr=&source=gbs_navlinks_s

✓ APAKAH MAKSUD AYAT "JANGAN DEKATI ZINA"?, uploaded by Umar Mukhtar Mohd
Noor, published; 23 February 2016.

https://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1696-apakah-maksud-ayat-jangan-dekati-
zina

✓ BAYAN LINNAS SIRI KE-74: TEKANAN HIDUP YANG MEMBAWA BUNUH DIRI:
HUKUM DAN PENYELESAIANNYA, uploaded by Mohamad Razif, published; 01
November 2016

https://muftiwp.gov.my/en/artikel/bayan-linnas/1124-bayan-linnas-siri-74-tekanan-hidup-
yang-membawa-bunuh-diri-hukum-dan-penyelesaiannya

✓ Artikel ini telah tayang di Kompas.com dengan judul "Islam Melarang untuk Hidup Boros"
25
https://biz.kompas.com/read/2017/07/11/094328528/islam.melarang.untuk.hidup.boros

✓ Syariat Kepemilikan Tubuh Manusia dan Larangan Bunuh Diri,Kamis 28 Jan 2021
https://www.republika.co.id/berita/qnmfsq430/syariat-kepemilikan-tubuh-manusia-dan-
larangan-bunuh-diri

✓ BAYAN LINNAS SIRI KE-72: ANAK YATIM: IHSANILAH DAN


BERTAQWALAH, Published: 24 October 2016

https://muftiwp.gov.my/en/artikel/bayan-linnas/1135-bayan-linnas-siri-72-anak-yatim-
ihsanilah-dan-bertaqwalah

✓ BAYAN LINNAS SIRI KE 184: TABAYYUN DALAM PENERIMAAN DAN


PENYAMPAIAN BERITA, dimuatnaik oleh Muhammad Fathi Noordin, diterbitkan: 13 Jun
2019

https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/3485-bayan-linnas-siri-ke-184-tabayyun-dalam-
penerimaan-dan-penyampaian-berita

✓ Jauhilah Sikap Sombong, penulisan Abu ‘Athifah Adika Mianoki

https://muslim.or.id/3536-jauhi-sikap-sombong.html

✓ Dream.co.id. (n.d.). (2012) Surat Al Isra: Kandungan, Keutamaan, Dan Khasiatnya.

Retrieved 6 Jun 2012 from https://www.dream.co.id/your-story/surat-al-isra-kandungan-

keutamaan-dan-khasiatnya-210216h.html

✓ Celik Tafsir (2017) Tafsir Surah al-Isra’ Ayat 33 – 38 (Jangan beramal tanpa dalil),

Retrieved 11 November 2017, from https://celiktafsir.net/2017/04/11/isra-ayat-33-38/

✓ Tafsir Ibnu Katsir Surah An-Israa’ Ayat 36. (n.d.). Tafsir Ibnu Katsir Surah An-Israa’ Ayat

36. Retrieved 13 September 2015, from

https://alquranmulia.wordpress.com/2015/09/13/tafsir-ibnu-katsir-surah-an-israa-ayat-36/

✓ Tafsir Surah al-Isra’ Ayat 36: Larangan Berkomentar Tanpa Ilmu. (2020, August 12).

From https://tafsiralquran.id/tafsir-surah-al-isra-ayat-36-larangan-berkomentar-tanpa-

26
ilmu/

✓ Makalah tafsir q.s. al-israa (17) ayat 32 tentang larangan pergaulan bebas dan zina
(2016, October) from

file:///C:/Users/HP/Downloads/pdf-makalah-al-israa_compress.pdf

27

You might also like