Minit - Mesyuarat - Kali - Pertama 2020 3K

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SJKT LDG CAIRO, MANTIN

MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA

JAWATANKUASA 3K (KEBERSIHAN, KESIHATAN DAN KESELAMATAN)

TARIKH : 2 Dec 2019


MASA : 10pg
TEMPAT : Bilik Gerakan

KEHADIRAN :

EN.D.R.KALIMUTHU (GURU BESAR)


PN.G.TAMILCHELVI (GPK KURIKULUM)
EN.K.SATAIMURTHI (GPK HEM)
PN.P.SARASWATHY DEVI (GPK KOKO)
PN.K.PERIAMALAH PN.S.ANNAMMAL PN.S.MALATHI
EN.A.ARULDAS PN.V.THANALECHUMEE PN.UMI KALSOM
EN.M.KRISHNA PN.M.PIRUNTHADEVI PN.P.MULLAI
PN.G.PARVATHY PN.W.KALAIVANI PN.D.GOGASE
PN.K.KASTHURI PN.A. MEGALAH

AGENDA MESYURARAT

1.0 Ucapan Pengerusi Majlis

1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru kerana dapat menghadiri mesyuarat
Jawatankuasa 3K. Pengerusi memaklumkan bahawa semua guru terlibat dengan mesyuarat ini kerana melibatkan
Program Gotong-Royong Perdana yang akan diadakan tidak lama lagi.

1.2 Pengerusi memaklumkan aktiviti 3K peringkat sekolah adalah selari dengan Pelan Pembangunan
Pendidikan (PPPM) 2015-2025 , di bawah anjakan 3 (Melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai) dan
untuk mencapai aspirasi murid yang beretika dan memiliki kerohanian yang tinggi.

1.3 Pengerusi mengingatkan guru-guru pertandingan 3K ( kelas ) akan bermula pada bulan Februari.

2.0 Program Kebersihan

2.1 Pengerusi mentakrifkan 3K, objektif 3K dan menerangkan organisasi 3K peringkat sekolah serta senarai
tugas jawatankuasa 3K

Tindakan : Semua Penyelaras 3K

2.2 Pengerusi juga menerangkan kepada guru-guru objektif pengurusan kebersihan, carta organisasi
jawatankuasa kebersihan dan senarai tugasan kebersihan dan senarai tugas jawatankuasa kebersihan.

Tindakan : Penyelaras Kebersihan


3.0 Program Kesihatan

3.1 Pengerusi menerangkan pengurusan kesihatan meliputi objektif, carta organisasi dan senarai tugas . Unit
Kesihatan diketuai oleh Puan Piruntha Devi bt Ali dan dibantu beberapa guru sebajai AJK .

Tindakan : Penyelaras Kesihatan

4.0 Program Keselamatan

4.1 Pengerusi menerangkan pengurusan keselamatan yang meliputi objektif, carta organisasi dan senarai tugas.
Unit Keselamatan diketuai oleh Pn. Gogase dan dibantu oleh beberapa orang guru sebagai AJK . AJK juga terdiri
daripada Penyelaras Tingkatan.

Tindakan : Penyelaras Keselamatan

5.0 Maklumat Tambahan

- Pengerusi mengharapkan Jawatankuasa 3K dapat merangka dan melaksanakan program masing-masing.

Tindakan : Penyelaras Keselamatan

- Pengerusi memaklumkan pintu pagar utama sentiasa ditutup, pelawat mesti melapor diri di pondok pengawal
sebelum masuk ke sekolah dengan berpakaian sopan.

- Pengerusi juga mengingatkan guru-guru tentang buku rekod kesihatan pelajar, kad pergigian dan surat rawatan
murid.

Tindakan : Penyelaras Kesihatan dan Guru Kelas

6.0 Program Gotong Royong Perdana

- Pengerusi memaklumkan program tersebut akan diadakan pada bulan Februari.

Tindakan : Semua Guru

7.0 Hal Hal Lain

- Gotong royong kali kedua akan diadakan seperti yang dirancang yang melibatkan persekitaran kawasan sekolah.
Pelaksanaannya akan dimaklumkan kemudian.

8.0 Ucapan Penangguhan


- Pengerusi berharap semua guru dapat memberi kerjasama dalam menjayakan program 3K. Bekerja sebagai satu
pasukan amatlah penting dalam setiap aktiviti sekolah, terutamanya gotong royong yang akan diadakan tidak lama
lagi.

- Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kerana dapat hadir dan memberi perhatian terhadap maklumat dalam
mesyuarat kali ini.

- Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada jam 12.30 tengah hari.

Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,

___________________________ __________________________
(PN.K.KASTHURI) (EN SATAIMURTHI KANNIAH)
Penyelaras 3K Pen Kanan HEM,
SJKT LDG CAIRO, MANTIN. SJKT LDG CAIRO, MANTIN.

You might also like