Latihan Susun Lapis Feudal Jepun

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

SUSUN LAPIS MASYARAKAT FEUDAL DI JEPUN

-Maharaja di Jepun tidak mengamalkan konsep pemerintahan ‘’mandat dari syurga’’.

-Maharaja dianggap sebagai ketua negara namun bermula abad ke-12 kuasa pemerintahan dipegang oleh Shogun.
MAHARAJA
-Maharaja dianggap sebagai pemerintah keduniaan dan kerohanian.Maharaja dikatakan berketurunan dewi matahari(amateresu)

-Shogun Tokugawa mula memerintah Jepun pada tahun 1603.Semasa pemerintahan Shogun,Maharaja Jepun tidak mempunyai
kuasa mentadbir.

-Maharaja dianggap sebagai simbol perpaduan rakyat.

-Maharaja tinggal di kawasan yang terpencil di Kyoto dan istana yang dikelilingi tembok dan golongan Kuge(pegawai istana)

-kuasa pemerintahan terletak ditangan Shogun.Shogun menjalankan tugas atas nama maharaja melalui dasar pecah dan perintah.

SHOGUN TOKUGAWA -Kerajaan yang diperintah oleh Shogun yang berpusat di Edo kemudian ditukar kepada Tokyo pada tahun 1869 dikenali sebagai
Kerajaan Bakufu(kerajaan ketenteraan)

-Shogun mempunyai autoriti pentadbiran tertinggi meliputi seluruh rakyat dan istana termasuk maharaja.Shogun sangat
dihormati,ditakuti dan digeruni.

-Shogun menguasai hampir seluruh tanah di Jepun dan membentuk hampir 30% daripada keluaran hasil pertanian negara.Shogun
membahagikan kawasan pemerintahan berdasarkan golongan bangsawan atau Daimyo yang menyokong dan menentangnya.

-Daimyo yang menyokong akan diberikan tanah manakala bangsawan yang menentangnya ditempatkan di kawasan yang akan
dikawal oleh sekutu Tokugawa.
DAIMYO
-Daimyo terbahagi kepada 3 kumpulan utama iaitu Daimyo Fudai,Daimyo Shimpan dan Daimyo Tozama.

-Daimyo Fudai merupakan ahli keluarga Tokugawa dan sekutunya.Mereka membantu Tokugawa menguasai pemerintahan dan
diberikan tanah di bahagian tengah dan utara Honshu.

-Daimyo Shimpan dikenali sebagai rumah persaudaraan yang terdiri daripada pelbagai cabang keluarga Tokugawa.Keluarga
Tokugawa utama dikenali sebagai ‘’go-snake’’ atau ‘’tiga rumah’’ milik anak Leyasu yang terletak di daerah Qwari,Kii dan Mito.

-Daimyo Tozama pula dikenali sebagai daimyo luar di mana mereka merupakan musuh Shogun yang terdiri daripada suku-suku
barat.
SAMURAI
-Samurai merupakan kelas panglima yang mempunyai kedudukan istimewa dalam masyarakat Jepun.Mereka berfungsi menjaga
keamanan negara dan daimyo.

-Mereka tidak diberikan tanah dan tidak dibenarkan melakukan kerja lain walaupun negara dalam keadaan aman.

-zaman aman peranan samurai berfungsi sebagai pentadbir ladang wilayah,menguruskan kewangan,mengawal dusun,pengawal
dan utusan.

-golongan samurai terbahagi kepada 3 kelas iaitu kelas teratas,sederhana dan rendah.

PETANI -golongan petani(nomin) menduduki tempat yang tertinggi berbanding dengan golongan diperintah lain.

-amalan dasar tutup pintu yang dilakukan oleh Jepun menyebabkan mereka tidak mempunyai hubungan dengan negara luar .

-petani mengeluarkan beras untuk rakyat Jepun dan membayar sebahagian besar cukai.

-mereka hanya diberikan makanan secukupnya sebagai balasan kerana hasil yang dikeluarkan untuk negara.

-golongan artisan berada di bawah golongan petani dimana mereka akan membuat pedang serta peralatan yang berguna.

TUKANG/TUKANG -mereka diberi penghormatan dan sumbangan masyarakat dan gaji serta rumah yang baik.

MAHIR -tukang kayu juga turut diberi layanan yang sama serta diberi gaji sebanyak 500 koku dan dibenarkan memakai sebilang pedang.

-pedagang di bawah petani dan tukang mahir serta mereka dipandang rendah kerana pekerjaan mereka dianggap keji.

-namun keadaan aman di Jepun telah menyebabkan ekonomi Jepun telah berkembang dan para pedagang telah berjaya
mengumpul harta yang banyak.

-pada tahun 1760,terdapat kira-kira 200 keluarga saudagar yang mempunyai harta dan kekayaan melebihi sebilangan besar
daimyo .Mereka telah menguasai perniagaan tempatan yang komplek seperti jualan barang,gudangan,pengangkutan,broker
PEDAGANG/CHONIN beras,pertukaran wang dan pinjaman wang.

-mereka juga menguruskan spekulasi pelbagai jenis perniagaan.Mereka sentiasa mengekalkan harga yang tinggi dan mengaut
keuntungan yang besar.

-mereka menjadi kaya raya walaupun status mereka kekal di bawah dalam sistem feudal.Mereka kemudian telah memperbaiki
status diri mereka.

-antara keluarga saudagar yang terkenal ialah Mitsui,Kamoike, dan Sumitomo .Mereka ini telah memperkenalkan budaya
pengurusan baru yang kemudiannya menjadi syarikat besar.

You might also like