Serai Wangi

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SERAI WANGI

Serai wangi adalah spesies serai perubatan dalam penjagaan kesihatan. Nama saintifiknya ialah
Cymbopogon nardus atau ‘citronella’. Khasiat Serai Wangi tak terkira. Ia mampu melegakan
kesakitan otot, bertindak sebagai anti septik dan digunakan secara aktif dalam dunia perubatan
dan pembersihan tradisional sejak turun temurun. Cymbopogon Nardus merupakan tumbuhan
yang berasal dari Sri Langka dan digunakan.

Khasiat Serai Wangi

Dalam usaha mengumpul info khazanah herba di Malaysia, kami susun dan senaraikan pelbagai
herba dan ulam yang terdapat di Malaysia. Moga ianya menjadi manafaat untuk semua. Amalan
memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat
sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman.

PENGENALAN

Serai wangi adalah spesies serai perubatan dalam penjagaan kesihatan. Nama saintifiknya ialah
Cymbopogon nardus atau ‘citronella’. Khasiat Serai Wangi tak terkira. Ia mampu melegakan
kesakitan otot, bertindak sebagai anti septik dan digunakan secara aktif dalam dunia perubatan
dan pembersihan tradisional sejak turun temurun.

Cymbopogon Nardus merupakan tumbuhan yang berasal dari Sri Langka dan digunakan untuk
menghasilkan sabun serta bahan cuci yang lain. Sabun ini dihasilkan daripada minyak Citronella
yang terhasil melalui satu proses penyulingan ke atas tumbuhan tersebut.

Serai Wangi ialah rumput saka yang tinggi dan berbau wangi. Purata saiznya ialah 60cm panjang
x 2.5cm lebar.

Daun serai wangi tirus dan hujungnya runcing. Daunnya berwarna hijau muda, kasar dengan urat
yang selari dan mempunyai aroma yang lebih kuat jika dibandingkan dengan serai sayur. Serai
wangi jarang berbunga dan hanya berbunga bila sudah cukup matang iaitu pada peringkat umur
melebihi lapan bulan.
 

KhasiatSeraiWangi
1) membantu mengubati masalah sakit perut dan memecahkan gumpalan angin serta melepaskan
angin melalui dubur (kentut) dan mulut (sendawa).dapat membantu mengimbangkan kestabilan
hormon.

2) Campuran pada rempah ratus dijadikan pes bagi merawat bengkak-bengkak sendi dan otot.air
rebusan daun serai (lebih baik jika dicampurkan dengan daun sirih dan gandarusa) digunakan
bagi mandian ibu dalam pantang selepas bersalin dan untuk penyakit lemah otot dan sendi.

3)menambahkan aroma hidangan serta membantu meringankan keadaan keracunan


makanan.campuran dengan rempah ratus mempunyai khasiat bagi merawat kesihatan sistem
dalaman badan.Membantu melawaskan dan melancarkan pembuangan air kecil.

4)daun serai yang dibalut dengan besi atau batu panas digunakan untuk tuaman yang bertungku
pada kawasan urat saraf yang lemah,penyakit bisa otot-otot,sendi,mengecutkan rahim yang
bengkak,memecahkan lendir,darah dan angin.

3)daun serai dan jintan hitam digiling menjadi pes dan ditampal di dahi untuk untuk melegakan
sakit kepala seperti angin meroyan dalam pantang bersalin.
4)Membantu melegakan sendi dan saraf yang tegang sewaktu bersalin

5)Membantu melancarkan peredaran darah

6)Membantu mengurangkan rasa stress dengan bau-bau haruman pati daun yang di rebus.

7)Membantu mengurangkan angin di seluruh badan.

Dari segi ubatan tradisional serai wangi digunakan untuk rawatan selepas bersalin dan pening
kepala. Caranya adalah dengan menggunakan air rebusannya sebagai mandian atau dibasahkan
kepala dan dilapkan pada seluruh badan. Ia juga banyak digunakan dalam menghasilkan minyak
urut untuk mengatasi masalah kebas-kebas, lenguh-lenguh, gigitan serangga dan kembung perut.
Bagaimanapun di kebanyakan negara serai wangi ditanam khas untuk pengeluaran minyak
patinya. Serai wangi menghasilkan minyak pati yang dikenali sebagai `citronella oil’ di pasaran
antarabangsa. Minyak sitronela mengandungi dua bahan kimia penting iaitu sitronelal dan
geraniol. Sitronelal dan geraniol amnya digunakan untuk bahan dasar pembuatan ester-ester
seperti hidroksi sitronelal, genaniol asetat dan mentol sintetik yang mempunyai sifat lebih stabil
dan banyak digunakan dalam industri wangi-wangian. Hidroksi sitronelal penting untuk sabun
dan minyak wangi yang berharga tinggi, manakala mentol untuk bahan dasar ubat batuk, ubat
gigi dan pencuci mulut.
BahanTanaman:
Serai wangi ini dibiak dengan menggunakan anak berakar. Anak-anak serai perlu diambil
daripada rumpun yang telah tua, berumur 8 – 9 bulan. Di dalam sesuatu rumpun, hanya anak-
anak yang cergas iaitu sihat dan besar digunakan sebagai bahan tanaman. Daun-daun dipotong
meninggalkan batang setinggi 15-20 cm bersama dengan akar.
Tanah:
Tanah hendaklah disediakan lebih awal supaya kerja menanam boleh dilakukan semasa
permulaan musim hujan. Satu pusingan bajak piring diikuti oleh satu pusingan bajak putar
biasanya mencukupi untuk mendapatkan tanah yang gembur. Sekiranya kawasan terlalu banyak
rumpai, racun rumpai perlu disembur 2-3 minggu sebelum pembajakan.

Penanaman:
2-3 batang serai wangi ditanam bagi setiap lubang tanaman. Jarak tanaman dan kepadatan tanam
bergantung kepada kesuburan tanah. Untuk tanah yang kurang subur, jarak tanaman yang rapat
digunakan dan sebaliknya bagi tanah yang subur. Julat jarak antara baris ialah antara 0.6 m
hingga 1.0 m manakala jarak antara lubang dalam sesuatu baris ialah antara 0.3 m hingga 1.0 m.
Kepadatan 20,000 rumpun sehektar adalah sesuai untuk diamalkan dikebanyakan jenis tanah.

You might also like