Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 8

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

JXEA 1104

NAMA: ROZI IKHWANIDA BINTI CHUAN

NO. MATRIK: JEA080175

NAMA PENSYARAH: DR. AMRAN MUHAMMAD

SESI 2008/2009

SEMESTER SATU

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

UNIVERSITI MALAYA

SYED SYEIKH AL-HADI


Islam telah mula bertapak di TanahMelayu pada abad ke-3. Disebabkan kedatangan

Islam ini telah melahirkan ribuan tokoh agama yang sangat gigih berjuang menegakkan syiar

Islam. Salah seorang tokoh yang telah muncul pada masa itu ialah Syed Syeikh al-Hadi.

Beliau merupakan seorang tokoh agama yang tidak asing dalam sejarah perkembangan

agama Islam di Tanah Melayu. Beliau juga adalah reformis Islam ulung di Tanah Melayu

yang berperanan penting dalam memajukan sistem pendidikan negara, kewartawanan dan

banyak lagi. Syed Syeikh al-Hadi juga dikenali sebagai pelopor menyalurkan pemikiran dan

falsafah perjuangan Kaum Melayu.

Syed Syeikh al-Hadi merupakan anak kelahiran Kampung Hulu, Melaka. Beliau

dilahirkan pada tarikh 25 Disember 1864 bersamaan 24 Rejab 1281 H, iaitu pada hari Selasa.

Syed Syeikh al-Hadi telah pulang ke rahmatullah pada 17 Zulkaedah 1344 H bersamaan 4

April 1931 di Mukim Jelutong, Pulau Pinang. Bapa Syed Syeikh al-Hadi bernama Syed

Ahmad bin Hassan al-Hadi. Bapa beliau adalah berbangsa Arab dan berasal dari Hadramaut

tetapi dilahirkan di Melaka. Bukan hanya Syed Syeikh al-Hadi dan ayahnya yang dilahirkan

di Melaka, malahan nenda beliau juga turut dilahirkan di Melaka juga. Nenda beliau

bernama Hassan bin Saggaf al-Hadi.

Syed Syeikh al-Hadi telah mendapat pendidikan Arab daripada bapanya. Seterusnya

mendapat pendidikan agama di sebuah sekolah agama dan Sekolah Melayu Strait
Settlements, Melaka. Kemudiannya, beliau mengikut keluarganya yang mempunyai pertalian

darah dengan keluarga Di Raja Riau berpindah ke Pulau Penyengat. Ketika di sana Syed

Syeikh al-Hadi telah dijadikan anak angkat oleh Raja Ali Kelana bin Raja Ahmad, iaitu adik

tiri kepada Sultan Riau-Lingga yang juga merupakan Raja Muda. Tidak lama selepas itu,

Syed Syeikh al-Hadi telah dihantar ke sebuah Pondok di Terengganu. Beliau dihantar ke

Pondok tersebut adalah bertujuan untuk mempelajari atau mendalami ilmu agama.

Namun begitu, beliau tidak lama tinggal di situ kerana beliau berpendapat bahawa

sistem pengajian pondok tersebut hanya mengajar muridnya untuk menghafal dan bukannya

berfikir. Setelah pulang ke Pulau Penyengat semula, beliau telah melibatkan diri dalam

kesusasteraan di dalam Kelab Rasyidiyyah. Malahan beliau juga turut berkesempatan ke

Timur Tengah, terutamanya Arab Saudi dan Mesir. Beliau berkesempatan pergi ke tempat

tersebut kerana menemani anak-anak Raja yang ingin melanjutkan pengajian serta

menunaikan umrah dan haji. Ketika disitulah beliau telah terpengaruh dengan pemikiran

Syed Muhamad Abduh yang membawa pemikiran Islah yang akhirnya pemikiran tersebut

dikembangkan di Tanah Melayu.

Di Tanah Melayu, beliau telah menyumbangkan pelbagai sumbangan kepada

masyarakat dan negara melalui bidang falsafah yang di bawa olehnya. Beliau telah

memperluaskan falsafahnya dalam agama islam dangan melakukan pelbagai perubahan. Syed
Syeikh al-Hadi juga telah terpengaruh dengan pemikiran Kaum Muda akibat daripada

pengajiannya dengan Syeikh Muhammad Abduh dan Syeikh Jamal al-Din Al-Afgani di Mesir

dan Arab Saudi. Pemikiran ini telah di ambil sewktu beliau berulang-alik dari Pulau

Penyenggat ke Timur Tengah, terutama sekali ialah Mesir.

Justeru, beliau berusaha menghapuskan salah faham agama yang telah membelenggu

umat Islam dengan memerangi segala amalan khurafat dan bida’ah. Bukan itu sahaja, beliau

juga dengan bantuan beberapa orang temannya seperti Syeikh Abdullah al-Maghribi dan

Syeikh Tahir Jalaluddin menghapuskan ajaran Taslim dengan menjalankan penyelidikan

selama 3 bulan. Berikutan itu satu perhimpunan diadakan di Masjid Jelutong dan beliau telah

membuktikan bahawa ajaran tersebut adalah sesat dan kitab-kitab ajaran tersebut telah

dibakar. Melalui idea pemikiran islah atau aliran Kaum Muda ini telah banyak membantu ke

arah menyedarkan minda masyarakat Melayu ke arah memahami Islam yang sebenar dan

bukannya jumud dan beku seperti sesetengah golongan yang tidak mahu berubah.

Antaranya adalah seperti melakukan perubahan dalam pendidikan kerana beliau

menganggap bahawa pendidikan merupakan salah satu medan yang berupaya membawa

masyarakat ke arah pembinaan jiwa yang murni. Hal ini demikian kerana para pengasas

Kaum Muda beranggapan bahawa ajaran Islam harus menerimaidea dan falsafah Barat agar

umat Islam memperoleh kemajuan setanding dengan orang lain. Dalam bidang pendidikan

beliau lebih menonjol ke arah memajukan sistem agama. Walaupun begitu, beliau tetap

menerapkan falsafah Barat dengan agama Islam.

Oleh sebab, amalan sistem pengajian pondok yang hanya mementingkan amalan

keakhiratan saja mungkin telah ketinggalan zaman. Malahan sistem pengajian itu juga

mendapat saingan daripada sistem pendidikan sekular yang dianjurkan oleh penjajah British.
Bagi sistem pendidikan yang ditubuhkan oleh pengasas Kaum Muda ini lebih menjurus ke

arah melahirkan pelajar yang alim, berilmu, bertanggungjawab kepada diri sendiri, agama

dan bangsa. Disebabkan oleh itu, beliau telah menubuhkan satu sistem persekolahan sendiri

dengan menubuhkan Madrasah Iqbal Islamiyyah di Seligi Road, Singapura pada tahun 1907.

Madrasah Al-Iqbal merupakan madrasah yang pertama didirikan oleh Syed Syeikh al-

Hadi. Tujua beliau menubuhankan madrasah ini adalah untuk mengembangkan syiar Islam,

menyalurkan pemikiran menentang khurafat, membangunkan kembali sikap kritis umat Islam

terhadap perubahan sekitar, terutama sekali dalam pemodenan Barat. Walaubagaimanapun,

madrasah Al-Iqbal ini kurang mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat Islam dan

dipindahkan ke Pulau Penyengat, Riau-Lingga.

Pada tahun 1916, beliau telah kembali ke Melaka dan mendirikan Madrasah al-Hadi

di Bandar Kaba pada tahun 1917. Madrasah ini telah mendapat masalah, iaitu kewangan,

pentadbiran, ketiadaan guru berkelayakan, pemikiran masyarakat yang kolot dan

pertentangan antara Kaum Muda dan Kaum Tua di Melaka. Disebabkan itu madrasah itu

telah ditutup pada tahun 1918. Disebabkan kegagalan itu beliau telah berhijrah ke Pulau

Pinang. Perpindahan ketika di sana beliau telah menubuhkan Madrasah Al-Masyhor Al-

Islamiyah pada tahun 1919. Madrasah ini terletak di Tek Soon Street, Pulau Pinang.

Madrasah itu telah menjadi sebuah pusat pengajian Islam yang penting pada masa itu

sehingga melahirkan beberapa orang tokoh terkenal dan pengaruh pendidikan ini telah

melebar ke serata pelosok negeri, termasuk Perak.

Seterusnya ialah sumbangan dalam kewartawanan. Hal ini demikian kerana beliau

beranggapan bahawa medan penulisan adalah merupakan salah satu elemen yang dapat

membantu dalam usahanya untuk menyedarkan umat Melayu. Usahanya ini dapat dibuktikan
melalui majalah Al-Imam yang telah dikeluarkan pada 22 Julai 1906 yang ditulis dengan

tulisan jawi. Majalah Al-Imam itu berukuran lebar 6.3 inci manakala panjangnya pula

berukuran 8.6 inci.

Pada mulanya majalah ini dicetak oleh Matbaah Melayu Tanjung Pagar dan

kemudiannya oleh Al-Imam Printing Company Limited. Al-Imam ini mengandungi 32

halaman yang dijual dengan harga 25 sen wang British. Al-Imam telah diterbitkan bersama-

sama beberapa orang temannya seperti Syeikh Tahir Jalaluddin Al-Azhari, Syeikh Salim Al-

Kalali, dan Haji Abbas bin Mohd Taha. Namun begitu Al-Imam terpaksa dihentikan kerana

mengalami masalah kewangan tetapi majalah ini tetap mendapat sambutan hangat di Tanh

Melayu dan Indonesia.

Beliau juga telah melakukan sumbangan dalam bidang penerbitan dan pencetakkan .

Malah beliau juga telah menubuhkan sebuah syarikat percetakan, iaitu Jelutung Press. Melalui

syarikat itu, beliau telah menerbitkan majalah bulanan Al-Ikhwan pada tahun 1926 dan

akhbar dwi-mingguan, iaitu saudara pada tahun 1928. Syed Syeikh al-Hadi juga memiliki

satu keistimewaan yang hampir sama dengan Hamka, iaitu membabitkan diri dalam

perkembangan kesusasteraan dengan menghasilkan novel saduran yang laris pada zamannya.

Salah satu novelnya yang terkemuka ialah Faridah Hanum. Dengan adanya akhbar-akhbar,

majalah serta novel yang dihasilkan ini, ia dapat menyebarkan fahaman dan idea-idea ke

arah pembaikpulih umat Melayu dan seterusnya meningkatkan taraf hidup orang Melayu

yang kritikal pada masa itu.

Secara kesimpulannya, Syed Syeikh al-Hadi telah meninggalkan kesan yang sangat

bermanfaat kepada masyarakat Melayu. Melalui sumbangannya dalam pelbagai aspek seperti

yang telah dinyatakan tadi, khasnya dalam pendidikan Islam di Tanah Melayu yang telah
meninggalkan kesan yang mendalam dalam lipatan sejarah. Hasil daripada pemikiran

kritisnya telah melahirkan pembaharuan dalam gerakan Islam di Tanah Melayu pada ketika

itu. Walaupun pada permulaan perjuangannya, pemikiran Syed Syeikh al-Hadi sukar untuk

menembusi nadi masyarakat Islam. Namun begitu, ia telah bertapak dengan kukuh di seluruh

dunia sehingga ke hari ini. Penubuhan madrasah yang dipeloporinya telah berhasil memberi

pukulan kepada sistem pendidikan sekular yang dipaksakan oleh penjajah Inggeris di Tanah

Melayu.
Bibliografi

Awang Sariyan.2007.Falsafah dan Logika Melayu.Selangor:Synergate Sdn Bhd

Hashim Musa.1998.Falsafah dan Logika Melayu.Kuala Lumpur:Akademi Pengajian Melayu

Sohaimi Abdul Aziz.2003.Syed Syeikh al-hadi Cendekia dan Sasterawan Ulung.Pulau Pinang:Penerbit
Universiti Sains Malaysia

Talib Samat.1997.Syed Syeikh al-Hadi:Kehidupan dan Pandangan Hidupnya yang Terpancar dalam
Karya Sastera.Pulau Pinang:Seminar Kefahaman Budaya ”Syed Syeikh al-Hadi:Tokoh Melayu
Pulau Pinang

Talib Samad.1959.Syed Syeikh al-Hadi:Sasterawan Progresif Melayu.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa


dan Pustaka,1992

You might also like