Eppe3143 Tuto 1 Set 1

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

EPPE3143 EKONOMI PERDAGANGAN ANTARABANGSA

TUTORIAL 1
Sila hantar secara kumpulan: https://forms.gle/SG7bpZJHjuWvmJLR6
Deadline: 27 Oktober 2021 (8.00 malam)

1. Jadual menunjukkan bilangan buruh yang diperlukan untuk mengeluarkan 1 unit setiap komoditi di
setiap negara.
Jadual 1
US (A) UK (B)
Pakaian (X) 4 9
Gandum (Y) 4 3

a. Berdasarkan maklumat dalam Jadual 1:


i. Negara manakah yang mempunyai faedah mutlak dalam pengeluaran Gandum (Y).
Mengapa?
ii. Negara manakah yang mempunyai faedah mutlak dalam pengeluaran Pakaian (X).
Mengapa?
b. Terangkan corak pengkhususan dan corak perdagangan yang berlaku jika kedua-dua negara
bersetuju untuk perdagang.
c. Jika kedua-dua negara setuju untuk berdagang, jelaskan julat kadar perdagangan antarabangsa
(harga antarabangsa) yang wujud.
Soalan (a) (b) (c) = Kumpulan 1
d. Andaikan US mempunyai 5000 unit buruh. Jika perdagangan antarabangsa tidak berlaku,
3000 buruh digunakan untuk pengeluaran pakaian (X) dan 2000 buruh digunakan untuk
pengeluaran gandum (Y). Kirakan kuantiti pengeluaran gandum dan kuantiti pengeluaran pakaian
di US. Nota: memandangkan tiada perdagangan, bermakna kuantiti pengeluaran juga merupakan
kuantiti penggunaan.
e. Andaikan UK mempunyai 6000 unit buruh. Jika perdagangan antarabangsa tidak berlaku,
3300 buruh digunakan untuk pengeluaran gandum dan 2700 buruh digunakan untuk pengeluaran
pakaian. Kirakan kuantiti pengeluaran gandum dan kuantiti pengeluaran pakaian di UK. Nota:
memandangkan tiada perdagangan, bermakna kuantiti pengeluaran juga merupakan kuantiti
penggunaan.
Soalan (d) dan (e) = Kumpulan 2
f. Andaikan kedua-dua negara US dan UK setuju untuk berdagang dan harga antarabangsa yang
dipersetujui adalah 1X = 2Y (atau 1Y = ½ X).
i. Selepas perdagangan antarabangsa, berapakah pengeluaran gandum (Y) di US? Berapakah
pula pengeluaran pakaian (X) di US?
ii. Andaikan US masih menggunakan unit pakaian yang sama seperti soalan (d) dan
mengeksport sebanyak 400 unit pakaian. Berapakah penggunaan makanan di US selepas
perdagangan antarabangsa?
Soalan f (i) dan (ii) = Kumpulan 3
iii. Selepas perdagangan antarabangsa, berapakah pengeluaran gandum (Y) di UK? Berapakah
pula pengeluaran pakaian (X) di UK?
iv. Andaikan UK mengeksport 800 unit gandum ke US. Berapakah penggunaan makanan di UK
selepas perdagangan antarabangsa? Berapakah penggunaan pakaian di UK selepas
perdagangan antarabangsa?
Soalan f (iii) dan (iv) = Kumpulan 4

g. Adakah situasi perdagangan antara negara US dan UK ini boleh dianggap sebab positive-sum
game? Terangkan jawapan anda.
Soalan g = Kumpulan 5

You might also like