Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Pengenalan

Inisiatif dan usaha menubuhkan kelab atau persatuan yang dipimpin, diangotai dan
digerakkan oleh murid-murid adalah selaras dengan harsat menggiatkan lagi
pelaksanaan program aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah seluruh negara. Malah
Peraturan 4 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan ( Persatuan Sekolah ) 1998 seperti
yang dimaktubkan dalam Warta Kerajaan P.U (A) 196 bertarikh 21 Mei 1998
menegaskan bahawa Guru Besar atau Pengetua, setelah menerima permohonan
secara bertulis, hendaklah menubuhkan persatuan sekolah dari kategori yang seperti
mata pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang dinyatakan dalam Peraturan-
Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997, Hobi dan rekreasi, Sukan dan
permainan serta Badan beruniform.

Penubuhan kelab ICT (Information Communication Technology) telah dimohon di


SJK(C) Ping Ming. Istilah "ICT" muncul pada sekitar dekad 1970-an. Pada abad ke-20,
banyak industri bertumbuh dengan pesat dalam membangunkan sektor elektronik,
sektor pengkomputeran, dan juga bidang-bidang teknologi yang lain. ICT merupakan
teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas.
Ia boleh berkenaan dengan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan
maklumat. Secara tepat dan mudahnya adalah penggunaan komputer dan perisian
untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan
mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

Walaupun kepentingan ICT diakui, namun kesedaran orang ramai, khususnya pelajar
tentang perkara ini masih kurang. Sehubungan dengan itu, usaha untuk memupuk
minat dab budaya ICT dalam kalangan pelajar perlu dilakukan. Oleh itu, kertas kerja
pemohonan penubuhan Kelab ICT di SJK(C) Ping Ming telah dihasilkan.

Dalam kertas kerja ini telah mengemukakan tentang proses sebelum pemohonan,
objektif persatuan, matlamat persatuan, rasional menubuhkan Kelab ICT serta aktiviti
yang telah dirancang.

1
Prosedur Tetap Penubuhan Kelab

1.0 Penubuhan

Untuk menubuh kelab ICT, suatu mesyuarat penaja telah diadakan untuk
menubuhkan jawatankuasa penaja, sekurang-kurangnya 10 orang murid bagi merangka
perlembagaan. AJK Penaja telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan perkara
berkaitan penubuhan kelab, matlamat dan tujuan, merangka strategi kelulusan,
perlembagaan, peraturan, keahlian, aktiviti persatuan serta lain-lain maklumat berkaitan
dengan kelab tertentu.

Jawatan Setiausaha telah menulis beberapa surat permohonan penubuhan. Yang


permama, surat permohonan daripada Jawatankuasa Penaja Persatuan melalui guru
penasihat, iaitu Cik Ling Yi Wen. Kedua, surat Kelulusan Penubuhan Kelab ICT kepada
Jawatankuasa Penaja Persatuan melalui guru besar, iaitu Kiew Tian Song. Surat yang
ketiga ialah surat permohonan pengesahan penubuhan dan pendaftaran Kelab ICT
darpadai setiausaha melalui guru penasihat kepada guru besar.

Seterusnya, jawankuasa telah membincangkan dan menyediakan Perlembangaan


Persatuan serta mengadakan mesyuarat agung khas untuk membentangkan
perlembangaan dan juga meluluskan perlembagaan. Dalam perbincangan tersebut juga
mengandungi senarai Ahli Jawatankuasa Kelab dan senarai aktiviti utama kelab.

Selepas berbincang, beberapa surat mesti ditulis dalam proses penubuhan kelab ICT.
Sebagai contoh, surat pengesahan penubuhan dan pendaftaran Kelab ICT daripada
guru besar kepada setiausaha Kelab ICT melalui guru penasihat dan surat perlantikan
daripada guru besar kepada guru penasihat Kelab ICT. Selepas surat-surat tersebut
dapat diluluskan, tanggungjawn guru penasihat perlu disenarai untuk memohon surat
penerimaan perlantikan sebagai guru penasihat Kelab ICT.

Akhirnya, selepas telah mendapat surat penurunan kuasa daripada guru besar
kepada ahli jawatankuasa kelab ICT melalui guru penasihat, tanggungjawab ahli
jawatankuasa kelab ICT tealah disenaraikan dalam kertas kerja seterusnya. (surat- surat
penubuhan boleh merujuk lampiran 1-12)

2
2.0 Pelaksanaan

Semasa menjalankan proses pelaksanakan, terdapat sebanyak 4 surat telah


disediakan. Antaranya, surat pertama ialah surat permohonan mengutip derma untuk
Kelab ICT. Surat kedua ialah surat kelulusan mengutip derma daripada guru besar.
Surat ketiga ialah surat pemberitahu sekolah kepada ibu bapa atau penjaga berkaitan
anak atau jagaannya dalam kokurikulum. Surat keempat ialah surat permohonan
menubuhkan Kelab ICT kepada agensi-agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan. 欧
Oleh sebab kelab ICT adalah kelab yang tidak perlu memohon kelulusan dari luar
sekolah, surat pemberitahuan kepada ibu bapa atau penjaga tentang ketidakhadiran
murid dalam aktiviti kokurikulum tidak ada. (surat-surat ini boleh merujuk kepada
lampiran 13-16). Akhirnya, takwim persatuan telah disediakan.

3.0 Kandungan Fail dan Buku Pelaporan

Kandungan fail perlu disediakan dalam setiap pasukan pakaian seragam, kelab atau
persatuan, kelab sukan atau permainan untuk merekod aktiviti yang telah dijalankan.
Jika terdapat lawatan atau perkhemahan, prosedur-prosedur perkhemahan atau lawatan
perlu diproseskan untuk mendapat kelulusan daripada pihak sekolah.

Penutup

Secara kesimpulan, Proses penubuhan sesuatu kelab bukan sesuatu peristiwa yang
mudah dan tenang. Oleh itu, sebagai seorang guru bakat dalam kokurikulum, kita perlu
belajar cara prosedur tetap penubuhan sesuatu pasukan pakaian seragam, kelab atau
persatuan serta kelab sukan atau permaian.

You might also like