Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Penggunaan 'ialah' dan 'adalah'

Kata pemeri ialah digunakan di hadapan frasa nama dan frasa nama yang dimulai 'yang'.
Lihatlah contoh-contoh yang berikut:

1 Kassim ialah pelajar yang rajin.


[Dalam ayat di atas, pelajar yang rajin ialah frasa nama]

2 Bangunan ini ialah yang tertinggi di negara kita.


['yang tertinggi di negara kita' dalam ayat di atas ialah frasa nama yang dimulai 'yang']

Kata pemeri adalah digunakan di hadapan frasa sendi nama dan frasa adjektif. Yang
berikut ialah dua contoh penggunaan 'adalah'.

1 Bungkusan ini adalah daripada abangku.


[Dalam ayat di atas, daripada abangku ialah frasa sendi nama kerana 'daripada'
merupakan kata sendi nama]

2 Baju yang saya pakai ini adalah sangat mahal.


[Dalam ayat di atas, sangat mahal ialah frasa adjektif kerana 'mahal' merupakan kata
adjektif.]

Latihan 1
Isikan kata pemeri 'ialah' atau 'adalah' ke dalam tempat-tempat kosong yang berikut.
1 Kejayaan Ahmad dalam peperiksaan itu ________ di luar sangkaan saya.
2 Hadiah yang saya pegang ini ___________ untuk adikmu.
3 Jambatan Pulau Pinang __________ yang terpanjang di Malaysia.
4 Kelakuan Aminah ____________ seperti kakaknya.
5 Johari ___________ pegawai kastam yang cekap.
6 Halaman web ini ____________ hasil Cikgu Yeoh.
7 Kereta mewah ini ___________ milik orang kaya itu.
8 Rumah ini ____________ tidak terlalu mahal.
9 Amin ___________ kemananakanku.
10 Meja ini _____________ daripada kayu jati.
Ialah dan Adalah

You might also like