Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

UNIT 6 Dasar & Hala Tuju Pendidikan

Malaysia

AKTIVITI LATIHAN AKTIF UNIT 6

ID
Nama D20211101300 Group P Tarikh 28/11/2021
Tajuk Dasar & Hala Tuju Pendidikan Malaysia

Pemetaan Ringkasan Kandungan

Perkhidmatan Undang-undang
Demokrasi Peraturan
Kesamaan Disisplin
Hak asasi Akta

Dasar Dasar
kebajikan kawalan

DASAR PENDIDIKAN
Dasar Dasar
Kualiti
solusi inovasi
Kreativiti
Reaktif Futusristik
Keputusan Perubahan
Penyelesaian Pembaharuan

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

1956 1957 1960 1961

Penyata Ordinan Laporan Akta


Razak Pelajaran Rahman Pelajaran
Talib

LAPORAN PENDIDIKAN

1
Latihan Objektif
Arahan: Bulatkan jawapan yang betul

1. Berikut ialah contoh beberapa dasar pendidikan yang dilaksanakan di Malaysia:


 Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S).
 Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa
Inggeris (MBMMBI).
Dasar-dasar pendidikan tersebut tergolong dalam kategori dasar
A. inovasi. B. kawalan.
C. kebajikan. D. penyelesaian masalah.

2. Dasar Pendidikan Kebangsaan telah menetapkan agar Bahasa Kebangsaan


dijadikan sebagai bahasa pengantar, mewujudkan kurikulum kebangsaan dan
membentuk peperiksaan yang sama untuk semua sekolah-sekolah di Malaysia.
Manakah di antara pernyataan berikut merupakah kesan utama dari dasar tersebut?
A. Rakyat menuju perpaduan.
B. Peningkatan kos pentadbiran.
C. Bahasa kaum tertentu terhapus.
D. Bahasa Melayu menjadi Bahasa Kebangsaan.

3. Manakah berikut merujuk kepada dasar-dasar pendidikan yang berkaitan dengan


kebajikan?
I. Skim Pinjaman Buku Teks.
II. Satu Murid Satu Sukan (1M1S).
III. Rancangan Makanan Tambahan.
IV. Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris.
A. I dan III sahaja. B. II dan IV sahaja.
C. I, II dan III sahaja. D. II, III dan IV sahaja.

4. Manakah di antara berikut merupakan dasar pendidikan yang bertujuan untuk


merapatkan jurang pendidikan di antara bandar dan luan bandar?
I. Dasar keciciran sifar.
II. Dasar pendidikan percuma.
III. Dasar pendidikan untuk semua.
IV. Dasar Rancangan Makanan Tambahan.
A. I, II dan III sahaja. B. I, II dan IV sahaja.
C. I, III dan IV sahaja. D. II, III dan IV sahaja.

5. Manakah antara berikut merupakan rumusan yang boleh dibuat terhadap dimensi
menegak mengenai dasar-dasar perkembangan pendidikan di Malaysia?
A. Peluang mendapatkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi terbuka dengan
luasnya.
B. Semua murid mendapat peluang pembelajaran yang adil menerusi amalan
demokrasi dalam pendidikan.
C. Penyertaan murid dalam pendidikan semakin bertambah dengan peningkatan
jumlah sekolah yang dibina.
D. Pengantarabangsaan pendidikan meningkatkan pendapatan negara menerusi
bilangan pelajar antarabangsa yang bertambah.
Latihan Esei
Arahan: Jawab semua soalan di ruang kosong yang disediakan.

1. Merujuk kepada contoh, jelaskan fungsi dasar-dasar pendidikan berikut:

i. Dasar kebajikan. (5 Markah)

Pendidikan itu perkhidmatan yang merupakan suatu kebajikan. Pendidikan adalah ke arah
mengubah tahap pemikiran, keilmuan, kemahiran dan kemanusian kepada tahap yang lebih
tinggi. Bagi melaksanakan dasar ini, kerajaan menyediakan peruntukan kewangan yang besar
untuk menaja projek-projek pembangunan prasarana dan perkhidmatan. Contoh dasar
kebajikan ialah Dasar Bantuan Kewangan (Biasiswa, PTPN, KWAMP), Bantuan Pendidikan
(RMT, Skim Susu, derma), Pinjaman Buku Teks, Perlindungan Pelajar (Skim Insuran Pelajar).

ii. Dasar solusi. (5 Markah)


Dasar solusi adalah dasar yang berkaitan dengan penyelesaian masalah yang memberi
tumpuan kepada aspek sosial dan ekonomi. Dasar ini berbentuk reaktif kerana bertujuan untuk
mengatasi masalah yang timbul. Interaksi yang berlaku tidak selalunya lancar, kerap kali
interasi yang berlaku mengalami gangguan dan halangan. Oleh tu dasar-dasar solusi dalam
pendidikan mensejajarkan semula hala tuju, perlaksanaan dan perancangan yang dibuat dalam
bidang pendidikan. Contoh dasar solusi ialah 1M1S , PPSMI, MBMMBI, Keciciran Sifar dan
Sekolah Selamat.
2. Merujuk kepada mana-mana satu (1) dasar pendidikan yang dilaksanakan di Malaysia.
Bincangkan latar belakang pembentukan, pelaksanaan dan pencapaiannya.
(10 Markah)

Dasar 1Murid 1Sukan (1M1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya


satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar 1M1S dibentuk melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK) bermatlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani. Ke arah ini, konsep dasar 1M1S telah digubal untuk menyokong
FPK agar dapat memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk
digilap ke tahap yang lebih tinggi. Selain itu, mebangunkan sukan sekolah ke arah
meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu sukan di
sekolah.Seterusnya, memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah dari segi
penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang aktif.

Dasar 1M1S dapat dilaksana dan dapat dicapai melalui program sukan sepanjang
tahun yang merangkumi sukan untuk semua dan sukan untuk kecemerlangan. Antara program
sukan yang dilaksanakan adalh program sukan umum (sepanjang tahun) seperti sukan
balapan dan padang, merentas desa dimana pelajar perlu melibatkan diri dan mewakili rumah
sukan masing-masing. Kelab sukan dan permainan (sepanjang tahun) di mana memerlukan 90
minit seminggu bagi sekolah menengah dan 60 minit seminggu bagi sekolah rendah. Program
ini memerlukan murid-murid menghadiri latihan perbagai sukan dan modified games. Program
pertandingan dalaman pula merupakan pertandingan antara rumah sukan, pertandingan kelas
atau tingkatan dan pertandingan dorm di antara asrama. Akhir sekali, bagi murid yang
mempunyai bakat dalam sukan pula mereka akan mewakili sesuatu sukan ke peringkat yang
lebih tinggi seperti mewakili daerah, negeri dan negara.

You might also like