Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 22

Alam sekitar yang sihat adalah faktor utama ke arah kesejahteraan hidup.

Dunia yang didiami oleh kita


kini nyata semakin tercemar. Pencemaran ini, akan boleh membawa kesan negatif kepada kesihatan kita
di samping ketidakseimbangan bumi di masa depan.

Pertambahan aktiviti perindustrian sememangnya membawa pembangunan dan kemakmuran kepada


negara. Namun, pembangunan yang kurang terancang memberi beberapa kesan sampingan terhadap
persekitaran. Ini disebabkan pembangunan yang dijalankan tidak disertakan dengam pemeliharaan alam
sekitar.

Pencemaran alam sekitar merupakan masalah global yang dihadapi oleh semua negara di dunia. Hampir
semua negara menjadikan pencemaran alam sekitar sebagai isu utama.

Pencemaran alam sekitar bermaksud perubahan secara biologi, fizik dan kimia terhadap alam sekitar.
Terdapat beberapa jenis pencemaran dan antaranya pencemaran udara, bunyi, air dan tanah.
Pencemaran ini mempunyai pelbagai punca sehingga menyebabkan kawasan persekitaran tercemar.

Pencemaran di Sabah

Masalah pencemaran alam sekitar merupakan salah satu isu utama di Malaysia termasuklah di negeri
Sabah. Di negeri Sabah antara jenis pencemaran yang menjadi isu utama adalah pencemaran sungai. Ini
adalah akibat perbuatan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab di mana sisa buangan idustri
dan sampah-sarap dibuang ke dalam sungai. Selain daripada itu, aktiviti pembalakan juga merupakan
antara penyebab pencemaran sungai di Sabah. Antara sungai-sungai yang telah tercemar adalah Sungai
Moyog, Sungai Kinabatangan, Sungai Kalabakan, Sungai Inanam dan lain-lain.Walaubagaimanapun
pihak kerajaan negeri sedar akan keadaan tersebut dan kini sedang berusaha untuk mengurangkan
pencemaran alam sekitar di negeri ini.

Pencemaran udara di negeri ini pula berpunca daripada pelepasan asap kenderaan dan juga
pembakaran secara terbuka yang tidak dikawal.

PENCEMARAN UDARA

Pencemaran udara boleh didefinasikan sebagai   terdapatnya gas, cecair atau zarah yang terkandung di
udara sehingga berlakunya perubahan dan menjejaskan kehidupan atau bahan-bahan lain. Bahan-bahan
tersebut terampai di udara dan memberi kesan negatif kepada manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan.
Ini sebabkan bahan-bahan ini akan masuk ke tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat
pengaliran oksigen ke dalam salur-salur darah.  Ini boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti penyakit
kekejangangan, barah, asma, kekejangan dan anemia.

Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain yang boleh menghalang penglihatan mata merupakan
pelbagai bentuk pencemaran udara.

Klasifikasi Pencemaran Udara

Pencemaran udara dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu:

 Pencemaran Udara Primer

Penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat daripada proses pembakaran yang
tidak lengkap adalah punca pencemaran udara primer. Proses ini menyebabkan zarah-zarah
yang halus terampai-ampai di udara dan memberi kesan sampingan kepada kesihatan kita.
Kebanyakan pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan industri
dan penggunaan dapur arang atau kayu.

 Pencemaran Udara Sekunder

Pencemaran udara sekunder pula adalah tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dan
membentuk dengan gas-gas yang tidak diperlukan oleh benda hidup.

Sulfur dioksida memerlukan gas seperti karbon monoksida dan sufur monoksida (pencemar
primer) untuk membentuk gas-gas lain. Sebagai contoh, gabungan sulfur dioksida, sulfur
monoksida dan wap air akan menghasilkan asid sulfurik. Tindakbalas antara pencemar primer
dengan gas-gas terampai di atmosfera akan menghasilkan peroksid asetil nitrat (PAN).

Jenis-jenis Bahan Pencemar

Antara jenis-jenis bahan pencemar adalah seperti berikut :

 Sulfur dioksida
 Karbon monoksida
 Nitrogen dioksida dan ozon
 Alergen
 Plumbum dan logam-logam lain

Punca Pencemaran

Pencemaran udara boleh berpunca daripada :

 Pelepasan asap kenderaan


 Proses industri - penghasilan bahan pencemaran oleh kilang-kilang  asbestos/ simen/ bateri
kereata
 Pembakaran di tempat pelupusan - pembakaran terbuka di bandar
 Pembakaran hutan
 Pelepasan habuk - pembakaran sisa kayu/ sekam padi
 Bahan-bahan sisa bandaran - sampah-sarap , sisa-sisa makanan
 Aktiviti Masyarakat - membakar sampah, memasak menggunakan arang/ kayu, merokok

Kesan Pencemaran

Kesan-kesan pencemaran udara :

 Kesihatan terjejas
 Pertanian yang tidak produktif
 Kemalangan mudah berlaku - akibat penglihatan yang kabur
 Mengotorkan persekitaran - habuk

Sumber :

 Pencemaran Alam Sekitar, Siri Pencemaran Alam, Jasiman Ahmad, Eddiplex Sdn. Bhd. 1996
 Pencemaran Udara dan Bunyi, Siri Utamakan Alam Sekitar Anda, Jasman Ahmad & Siti Razmah Idris, Penerbit Mikamas, 1996

PENCEMARAN AIR

Pencemaran air berlaku apabila perubahan berlaku dari segi kandungan, keadaan dan warna sehingga
tidak sesuai dan memberi kesan apabila digunakan. Pencemaran berlaku sama ada dari segi  biologi,
kimia dan fizik. Pencemaran air bukan hannya berlaku di sungai tetapi juga di laut dan ianya boleh
berlaku secara sengaja atau tidak. Pencemaran ini lebih kepada bahan pencemar dari kilang.

Punca Pencemaran

 Kumuhan kilang - kebanyakan kumuhan kilang seperti  sisa toksid dibuang ke sungai atau laut.
 Sikap individu - pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah, minyak dan najis.
 Aktiviti Pertanian - penerokaan tanah untuk dijadikan kawasan pertanian menyebabkan hakisan
tanah yang seterusnya  mengakibatkan mendekan berlaku. Mendekan in akan mencetekkan
sungai dan menjadikan air sungai menjadi keruh.

Kesan Pencemaran

 Kesihatan manusia - bakteria. virus, parasit dan bahan kimia yang lain.
 Haiwan - Hidupan air seperti ikan, siput, udang atau ketam akan mati dengan tumpahan minyak,
pembuangan sampah dan sisa toksid.

Sumber : Pencemaran Alam Sekitar, Siri Pencemaran Alam, Jasiman Ahmad, Eddiplex Sdn. Bhd. 1996

PENCEMARAN TANAH

Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya
pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Ianya disebabkan oleh bahan buangan dalam bentuk air atau
pepejal. Bahan pencemar terdiri daripada pencemar organik, kimia atau fizik. Seriusnya pencemaran
tanah bergantung kepada kesuburan tanah. Pencemaran menunjukkan tahap serius apabila kesuburan
tanah sudah hilang. Tanah akan bertukar warna menjadi kehitaman dan tumbuh-tumbuhan di kawasan
tersebut akan menjadi layu.

Punca Pencemaran

 Bahan buangan kilang - minyak, sisa toksik dan sisa-sisa kilang ( dibiarkan begitu sahaja atau
ditanam dalam tanah ).
 Masyarakat - pembuangan sampah merata-rata tempat dan pelupusan yang tidak sistematik.

Kesan Pencemaran

Kesuburan tanah - tercemar dan tidak sesuai untuk tujuan pertanian.

Sumber : Pencemaran Alam Sekitar, Siri Pencemaran Alam, Jasiman Ahmad, Eddiplex Sdn. Bhd. 1996
PENCEMARAN BUNYI

Bunyi bising yang keterlaluan dan boleh memkakkan telinga merupakan definasi bagi pencemaran bunyi.
Ini berlaku apabila pengeluaran bunyi terjadi di tempat atau kawan yang tidak bersesuaian. Sebagai
contoh, kilang-kilang yang mengeluarkan gangguan bunyi kepada penghuni-penghuni rumah.
Pencemaran bunyi kebiasanya melebihi 80 desibel (dB).

Klasifikasi Pencemaran Bunyi

Pencemaran bunyi boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis :

 Kebisingan selenjar
Ini adalah kebisingan yang selar dan kurang daripada 3 desibel (dB). Ini berlaku apabila
seseorang sedang berbisik kerana gelombang bunyi bergetar dengan lebih perlahan.
 Kebisingan fluktasi
Kebisingan fluktasi pula adalah kebisingan yang terlatak antara puncak gelombang yang tinggi
dan rendah. Pada tahap ini getaran gelombang bunyi akan bergetar dengan lebih cepat daripada
kebisingan selenjar. Getaran gelombang adalah sekitar 3 dB sahaja. Contoh : bunyi enjin
kenderaan, orang sedang bercakap.

 Hentakan impuls
Ini merupakan bunyi yang lebih intensiti dalam tempoh yang lebih singkat. Contoh : tembakan,
ketukan atau lagaan daripada benda yang keras. Pada kebiasaannya, tahap ini getaran
gelombang akan memuncak dan menurun dengan cepat. Pada tahap ini intensiti bunyi adalah
melebihi 80 dB kemudian gelombang bunyi  akan menurun. Akan tetapi intensiti masih
menunjukkan  tahap yang tinggi keran bunyi yang kuat akan memberi kesan yang lama terhadap
getaran.
 Kebisingan selang-seli
Kebisingan ini berlaku secara berselang-seli. Ianya dihasilkan apabila bunyi bising  menjadi
perlahan dan kuat dalam jangka masa yang pendek. Contoh : Ketika seseorang sedang
menggergaji kayu, getaran akan berlaku ketika gergaji itu bergerak dan getaran tidak akan
berlaku apabila gergaji kayu dihentikan. Semasa gergaji sedang ditarik intensitinya akan
meninggi pada kadar tertentu dan menurun apabila gergaji tidak disorongkan.

Punca Pencemaran

Antara punca-punca pencemaran bunyi adalah :

 Pembangunan kawasan industri - bunyi yang dikeluarkan melalui pemprosesan material, jentera,
kenderaa, aktiviti pembuatan akan menjejaskan ketenteraman orang ramai dan memberi kesan
gelisah, kurang rehat, gangguan pemikiran dan lain-lain.
 Kawasan petempatan - bunyi yang dikeluarkan apabila cerucuk-cerucuk besi ditanam di dalam
tanah akibat pembinaan bangunan-bangunan tinggi.
 Kenderaan - kenderaan awam yang mengeluarkan bunyi yang memekakkan telinga .
 Aktiviti masyarakat - mendengar radio/ televisyen dengan kuat .
 Kuari - bunyi yang dikeluarkan akibat daripada pemecahan batu-batu

Kesan Pencemaran

Kesan-kesan pencemaran bunyi :


 Wujud pelbagai penyakit
 Menjejaskan produktiviti
 Gangguan psikologi
 Hilang imbangan diri
 Pekak
 Kesan kepada ibu yang mengandung

Sumber :

 Pencemaran Alam Sekitar, Siri Pencemaran Alam, Jasiman Ahmad, Eddiplex Sdn. Bhd. 1996
 Pencemaran Udara dan Bunyi, Siri Utamakan Alam Sekitar Anda, Jasman Ahmad & Siti Razmah Idris, Penerbit Mikamas, 1996

Pemuliharaan Alam Sekitar di Sabah

| Hidupan Liar | Hutan | Kelab Pencinta Alam Sabah |

Negeri Sabah yang terletak di bahagaian utara Pulau Borneo, merupakan negeri yang kedua terbesar
di seluruh Malayasia dengan keluasan 73,619 km persegi. Ianya bersempadan dengan Negeri
Sarawak di sebelah Barat Daya sementara Kalimantan, Indonesia pula di sebelah selatannya. Sabah
mempunyai deretan pinggir pantai sepanjang lebih kurang 1440 km dan ianya dikelilingi oleh Lautan
China Selatan di sebelah barat laut, Lautun Sulu di Timur laut dan Laut Sulawesi di sebelah
selatannya. Selain daripada itu Negeri Sabah juga mempunyai lebih daripada 40 buah pulau yang
menarik termasuklah Pulau Sipadan yang merupakan satu-satunya pulau lautan dalam di Malaysia.

Kelbagaian habitat yang terdapat di Negeri Sabah ini kaya dengan hidupan liar seperti Orang Utan,
Monyet Probokis, Burung Enggang dan penyu laut; begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan menarik dan
unik, contohnya Rafflesia, Periuk Kera dan berbagai-bagai jenis orkid liar yang unik.

Oleh kerana Sabah kaya dengan khazanah alam semula jadinya, Kerajaan Negeri telah menubuhkan
banyak kawasan-kawasan lindungan agar habitat semulajadi sepsis-spesis tumbuhan dan haiwan
dapat dilindungi oleh undang-undang. Antara kawasan-kawasan perlindungan yang besar terdapat di
negeri ini ialah Taman Banjaran Crocker, Taman Kinabalu, Kawasan Lindungan Hutan Lembah
Danum, kawasan Lindungan Hidupan Liar Tabin, kawasan Pemuliharan, Kawasan Lindungan Hidupan
Liar Kulamba dan Taman Bukit-bukau Tawau. Terdapatjuga beberapa kawasan – kawasan lindungan
hutan yang kecil yang penting seperti Sepiluk, Gomantong dan hutan Ulu Dusun yang berdekatan
dengan Sandakan. Selain daripada itu terdapat beberapa taman-taman pulau yang penting dari segi
pelindungan hidupan laut juga telah ditubuhkan. Ini termasukalah Taman Pulau Tiga, Taman Tunku
abdul rahman dan Taman Pulau Penyu.

World Wide Fund / Tabungan Sedunia (WWF) di Sabah

WWF Malaysia telah memeulakan kerja-kerja pemuliharaan di Sabah sebaik saja ianya ditubuhkan
pada tahun 1972. Seperti dimana-nama kawasan Malaysia Kerja-kerja awal yang dijalankan oleh
Organisasi ini adalah pemeliharaan spesis-spesis binatang dan pemuliharaan habitat alam
semulajadinya. Projek pertama yang dijalankan oleh WWF di Sabah adalah Projek Marin yang pertama
kali dilaksanakan di seluruh Malaysia. Projek ini melibatkan penyelidikan terumbu karang. WWF telah
membantu Taman-taman Negara (yang sekarang dikenali sebagai Taman-Taman Sabah)untuk
membuat kajian di Pulau Gaya yang berhampiran dengan Bandar Kota Kinabalu. Pada masa sekarang
pulau ini merupakan sebahagian daripada Taman Tunku Abdul Rahman yang telah ditubuhkan pad
tahun 1974.

In telah membawa kepada beberapa projek kajian dan ekspedisi yang telah diusahakan bersama oleh
kedua-dua organisasi di kawasan seperti Semenanjung Klias, Lembah Danum, pulau Balambangan
dan Kepulauan Semporna. Pada tahun 1979, WWF Malaysia telah memberi bantuan kepada
Cawangan Mergastua di Jabatan Perhutanan dalam mengendalikan kajian faunal Sabah selama dua
tahun untuk mengumpul maklumat yang diperlukan bagi perlaksanaan rancangan pemuliharaan
hidupan liar di negeri ini. Ia kemudianya disusuli dengan projek kajian mengenai spesis buaya, badak
sumbu, Orang Utan dan burung-burung air yang terdapat di Sabah. Tinjauan keatas spesis Orang Utan
misalnya melibatkan proses penganggaran populasi dengan cara menghitung sarang-sarang spesis ini
daripada udara.

Projek-projek ini bukan sahaja untuk memyelidiki biologi haiwan-haiwan ini tetapi juga untuk
mengenalpasti ancaman-ancaman yang dihadapi oleh mereka agar langkah-langkah pencengahan
dapat diambil. Melalui pelbagai kajian yang dibuat dengan usahasama Cawangan Mergastua,
beberapa kawasan lindungan telah dikenalpasti sebagai kawasan utama hidupan liar di Sabah.
Kawasan-kawasan tersebut ialah Kawasan lindungan Tabin, Kulamba dan Kinabatangan. Sebagai
tambahan, cadangan-cadangan juga telah dibuat agar Negeri ini dapat memanafaatkan usaha-usaha
pemuliharaan dari segi pelancungan dan pendidikan.

Pada masa ini selain daripada pemuliharaan habitat dan spesis, keutamaan diberikan kepada kajian
untuk mencari jalan bagi menggunakan sumber-sumber alam semulajadi yang lebih berkekalan.
Misalnya kajian dan pengambilan buah-buahan sitrus liar dan yang ditanam di Sabah pada tahun 1985
telah membantu dalam mendemonstrasikan nilai hasil-hasil bukan balak yang boleh didapati dari
dalam hutan.

Pihak WWF dan agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan masih meneruskan usaha dalam
mengenalpasti kawasan lindungan dan membuat rumusan rancangan pengurusan untuk mereka.
Kajian-kajian tambahan telah dijalankan di Kulamba dan Kawasan Simpanan Hidupan Liar Tabin.
Sebagai contohnya, kajian dari udara dibantu oleh penerbangan Tentera Udara DiRaja Malaysia
(TUDM) menilai kesan daripada kebakaran di Kawasan Simpanan Hidupan Liar.

Pada tahun 1988, Yayasan Sabah telah berkerjasama dengan WWF Malaysia untuk mengatur satu
kajian ekspedisi saintifik di kawasan yang belum pernah diterokai, yang mana terletak ditengah-tengah
Negeri Sabah. Pihak TUDM telah menerbangkan lebih daripada 40 ahli saintis dan beberapa
kakitangan yang lain ke kwasan-kawasan yang jauh terpencil dengan helikopter. Bermula dari sekitar
tahun 1980, usaha untuk memperdalamkan kajian bagi perkembangan kawasan pemuliharaan di
Sabah yang lebih menitikberatkan aspek rancangan pengunaan tanah dan pembangunan polisi
pengurusan.

Strategik Pemuliharaan Sabah

Pada tahun 1990, Kementerian Pelancungan dan Pembangunan Alam Sekitar di Sabah telah
menugaskan WWF Malaysia untuk menyediakan Strategik Pemuliharaan Sabah. Dokumen ini
kemudiannya telah diserahkan kepada Kerajaan Negeri Sabah dan telah diterima secara prinsip pada
tahun 1992.

Memfokus kepada penggunaan tanah secara wajar sebagai kunci asas kepada pemuliharaan dan
pembangunan di Negeri Sabah pada sekitar tahun 1990an strategik ini menyeru agar ditubuhkan
pelbagai kawasan perlindungan juga memperbaiki pengurusan sumber-sumber berdasarkan kepada
kawasan-kawasan.

Pengarah Projek WWF Malaysia (Sabah) Dr. Junaidi Payne berkata " Pemuliharaan dan
Pembangunan adalah saling bergantung antara satu dengan lain". " Untuk menyokong keperluan janka
panjang semua sektor di Negeri ini, Strategik Pemuliharaan untuk negeri Sabah perlu berlandaskan
kepada peruntukkan yang teliti daripada kedua-dua sumber utama alam semulajadi; iaitu tanah dan
hutan.

Justeru itu strategik ini mencadangkan beberapa peraturan dan tindakan perlu diadakan dalam aspek-
aspek penggunan tanah, hasil-hasil tanah, pengurusan pelbagai cara, kawasan tadahan air, komuniti
hutan, pengeluaran balak, kerosakan hutan, pembalakan haram, penanaman semula hutan, ekologi
kepelbagaian, melombong, polar pelancungan, permohonan tanah, Taksiran Kesan Alam Pesekitaran,
pembangunan pantai dan lain-lain, sebagai contohya strategik ini menjalankan persediaan membuat
beberapa siri peta untuk membantu rancangan penggunan tanah tanpa mengganggu habitat
semulajadinya. Kawasan- kawasan habitat semulajadi yang sensitif kepada perubahan perlulah
dikenalpasti dan dijadikan sebagai kawasan perlindungan / simpanan.

"Seara lansung dan tidak lansung pihak kami masih meneruskan khidmat bantuan kepada Kerajaan
Negeri dan agensi-agensi dalam mengenalpasti dan mengemukakan isu-isu asas pemuliharaan"
seperti yang telah dikatakan oleh Dr. Payne. " Kami berharap dengan cara ini, kami boleh memainkan
peranan sebagai pemangkin dalam membantu Negeri ini untuk memenuhi keperluan pembangunan
dan Pemuliharaan".

Daripada Prespektif WWF Malaysia, projek ini merupakan kesinambungan daripada strategik
Pemuliharaan yang telah diperkembangan untuk 9 buah negeri di Malaysia.

Penyediaan dan implementasi strategik ini banyak menyokong usaha-usaha pemuliharaan yang
merangkumi seluruh negara, ini termasuklah peringkat negeri dan negara.

Spesis Kucing Liar dan Musang boleh menyumbang kepada keseimbangan ekologi system di negeri
Sabah. Matlamat WWF Malaysia untuk meneruskan kerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan
di Sabah dalam aspek pemuliharaan masih dijalankan, namun begitu usaha-usaha ini semakin
bertambah dengan adanya aspek gabungan pengurusan dan sosio – ekonomi. Sebagai contohnya
WWF telah menyalurkan bantuan kewangan untuk membina Kabin Penyelidikan khas bagi para-para
penyelidik di Kawasan Simpanan Hidupan Liar Tabin di sebelah Timur Sabah. Kawasan Simpanan ini
diusahakan bersama dengan Jabatan Perhutanan Sabah dan Jabatan Hidupan Liar Sabah, dimana
mereka telah menyediakan plan pengurusan untuk kawasan simpanan ini dan menjadikan kawasan ini
sebagai tapak penyelidikan untuk jangka panjang. Pembinaan Kabin tersebut sedikit sebanyak telah
menyokong kepada usaha-usaha JHL dalam mempromosikan penyelidikan hidupan liar untuk jangka
panjang dan pengurusan di Kawasan Tabin ini sebagai sebuah kawasan penting bagi tujuan
pelindungan hutan dan pemuliharaan ekologi kepelbagaian di Sabah. Sebuah Projek yang telah
dijalankan dari tahun 1993 sehingga 1996 pada kawasan dalam dan persekeliling hutan Simpanan ini
adalah untuk menjalankan penyelidikan tentang ekologi spesis Musang dan Kucing Liar dan
kepenerapanya (kepentingan) kepada pengurusan hutan.

"Binatang daratan jenis Karnivor di kawasan Borneo tidak begitu diketahui umum" kata Pegawai
Saintifik Senior WWF Rajanathan Rajaratuam. "Spesis ini juga merupakan sebahagaian daripada
biologi kepelbagaian alam semulajadi di Hutan Tropika dan selalunya mempunyai keperluan yang unik.
Kekurangan informasi asas tentang ekologi dan habitat jenis spesis ini telah menghalang penghasilan
polisi pengurusan yang lebih berkesan mengenai pemuliharaan dan habitat di kawasan tersebut.

"Pengertian tentang struktur dan dinamik spesis Kanivor ini didalam hutan amat perlu bagi
pengurusan / penjagaan kawasan simpanan ini. Kajian ini juga dibuat untuk menyelidiki pengaruh
pengunaan tanah seperti aktiviti pembalakan dan pertanian yang dijalankan serentak, terhadap ekologi
spesis ini dan menilai kesan atau pengaruh daripada modifikasi habitat.

Terdapat beberapa jenis spesis Kanivor Hutan Tropika yang mempunyai kesamaan dengan spesis
kucing liar yang berpotensi untuk menyebarkan benih-benih dikawasan ini. Justeru itu spesis-spesis
seperti ini memainkan peranan yang penting dalam membantu pertumbuhan semula hutan selepas
daripada sebarang gangguan. Kajian ini memperolehi bukti bahawa kawasan hutan ini menjadi tempat
pelindungan dan pembiakan bagi pelbagai jenis haiwan pemangsa yang memakan spesis tikus
perosak di kawasan penanaman kelapa sawit

Hasil daripada kajian tersebut telah mencabar dakwaan ide traditional yang mengatakan kawasan
hutan merupakan sarang bagi haiwan-haiwan perosak dikawasan penanaman yang berdekatan. Projek
ini juga telah memberi latihan kepada kakitangan JHR dan pelatih-pelatih Pegawai Saintifik WWF
(Sabah) dalam menjalankan penyelidikan hidupan liar dan teknik-teknik pengurusan" tambah En.
Rajan. En. Lim Shek Ping , salah seorang pelatih Pegawai Saintifik yang pada awalnya diambil bekerja
di kawasan Perlindungan Tabin bagi menjalankan penyelidikan hidupan liar di kawasan tersebut, tetapi
kemudiannya telah dihantar menjalankan kajian hidupan liar di Sungai Bakay di Semenanjung Klias, di
kawasan Barat Sabah. Beliau juga menjalankan kajian mengenai diet kumpulan Orang Utan dikawasan
Kinbatangan

Kursus Pendidikan dan saintifik

WWF Malaysia memandang pendidikan sebagai kunci kepada asas pemuliharaan jangka panjang.
WWF Malaysia telah membantu Yayasan Sabah untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan
penubuhan Skim Kelab Alam Semulajadi di sekolah-sekolah. Skim ini kemudiannya dilancarkan pada
tahun 1988, kelab ini merupakan organisasi bukan kerajaan yang terbesar sekali di Malaysia dengan
keahlian seramai 28,000 ahli dan terdapat 70 buah kelab yang aktif di sekolah-sekolah. Pada
pencapaian awal, ianya telah berjaya memfokuskan kepentingan pendidikan dalam pemuliharaan, satu
lagi projek yang giat dijalankan sekarang ialah Projek Pendidikan Alam Pesekitaraan. Pada masa ini
WWF Malaysia bertindak sebagai pakar perunding kepada Jabatan Hidupan Liar di Sabah bagi
menyusun Plan Pembangunan dan Pengurusan untuk Kawasan Perlindungan Burung, Bandar K.K.(KK
City Bird Sanctuary/ KKCB) (24ha) dan Lagun Likas (Likas Lagoon) (26 ha).Matlamat utama projek ini
adalah untuk melindungi dua habitat ini daripada kesan pembangunan bandar selanjutnya dan untuk
mempromosikan kesedaran awam tentang kepentingan tanah paya dengan mewujudkan sebuah
kawasan perlindungan contoh Bandar tanah Paya yang sistematik (kawasan ini terletak lebih kurang
4km daripada bandar KK). Adalah menjadi harapan untuk memberi perlindungan yang sama kepada
tanah-tanah paya yang mempunyai habitat yang peka kepada perubahan di Sabah seperti pada
kawasan Dataran Banjir di Kinabatangan.

Daripada kajian yang baru dijalankan, 80 jenis spesis burung telah dihantar ke kawasan perlindungan
burung di "KK City Bird Sanctuary" dan "Likas Lagoon." Kawasan Paya bakau ini menyediakan
kawasan pembiakan utama bagi burung-burun Pucung Malam, ianya juga dapat menampung hidupan
akua yang berbeza-beza. Alam persekitaran lagun menyediakan sumber dan tempat perlindungan
yang sesuai bagi pelbagai spesis burung. Ada jenis spesis-spesis burung yang boleh didapati dalam
kumpulan yang besar, seperti "moorhens", namun begitu terdapt juga jenis spesis yang jarang-jarang
dijumpai seperti Burung Puyung Unggu dan sekali-sekala kawasan ini dilawati oleh kumpulan itik –itik
yang berhijrah.

Fokus utama KKCB adalah pembinaan Pusat Pendidikan Alam Sekitar yang akan dihubungkan
dengan litar titian dan kawasan terlindung bagi pengkaji burung. Daripada titian yang dibina itu para
pengunjung berpeluang untuk menyaksikan dengan lebih dekat keunikan habitat paya dan hidupan
liarnya.

Oleh kerana saiznya (26ha) dan rupa bentukbuminya, yang berbentuk linear . Pembangunan yang
dijalankan pada "Likas Lagoon" hanya terhad kepada pembinaan dua kawasan terlindung untuk
pengkaji burung dan disebelahnya dibina medan letak kereta.

Proses pemuliharaan pada tumbuh-tumbuhan dikedua-dua kawasan ini akan dijalankan dan akan
memastikan kawasan ini akan kembali seperti sebelum ianya mengalami perubahan kesan daripada
aktiviti perkampungan setinggan.

Apabila Pusat Pendidikan Alam Persekitaran ini berjaya ditubuhkan, pihak KKCB disarankan untuk
memulakan pendidikan, pelancongan dan program penyelidikan sebagai antara kemudahan yang
disediakan. Program-program ini juga akan diperkembangkan dan diperbaiki /baikpulih oleh kakitangan
di kawasan Perlindungan dari semasa ke semasa.

Plan Polar Perlancungan Negara

Plan Polar Perlancungan Negara disediakan untuk Kementerian Kebudayaan & Pelancungan
(KKP)oleh WWF Malaysia. Matlamat utamanya adalah untuk membantu pihak kerajaan Malaysia pada
peringkat Negara dan Negeri dalam memperkembangkan Ekologi Pelancungan yang berpotensi di
Malaysia, dan pada masa yang sama menggunakannya sebagai alat yang efektif dalam pemuliharaan
khazanah alam semulajadi dan kebudayaan negara. KKP dan WWF Malaysia telah berkerjsama untuk
mengekstrak garis panduan pelancungan daripada plan ini untuk menghasilkan risalah dalam Bahasa
Malaysia dan Inggeris untuk diedarkan secara meluas.

Kawasan bawah Kinabatangan di Timur Negeri Sabah telah dikenalpasti sebagai kunci kepada ekologi
pelancungan dalam plan ini. Dataran banjir Sungai yang berbentuk seperti tasik-tasik ladam telah
menjadi rumah kepada pelbagai jenis spesis binatang seperti Monyet Probokis, Oranhg Utan, Burung
Enggang juga jenis spesis yang jarang ditemui seperti "Oriental Darter".

Projek Ekologi Kepelbagaian Pemuliharaan Sabah

Projek Ekologi Kepelbagaian Pemuliharaan Sabah ini dijalankan untuk membantu pemuliharaan
tumbuh-tumbuhan, binatang-binatang dan habitatnya dalam tindakbalasnya terhadap perubahan pesat
dalam penggunaan tanah di Sabah.WWF menyediakan bantuan teknikal kepada pihak yang berkuasa
dalam mengenalpasti kawasan lindungan yang berpotensi. WWF pada masa ini juga membantu dalam
aktiviti lain seperti kajian botani, pendidikan alam sekitar terutama sekali dikawasan bawah
Kinabatangan.

Program Pendidikan Dan Pembangunan Luar Bandar Sabah

Program Pendidikan dan Pembangunan Luar Bandar Sabah telah ditubuhkan oleh WWF Malaysia
dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Pembangunan Alam Persekitaran untuk membantu
pelbagai agensi yang terlibat dengan pendidikan, agen sumber-sumber semulajadi dan pembangunan
masyarakat luar bandar. Semasa program ini dilaksanakan, yakni dari tahun 1993 hingga 1996, WWF
Malaysia telah terlibat dengan pelbagai aktiviti seperti pendidikan Alam Pesekitaran di sekolah-sekolah,
meningkatkan sumber-sumber pendidikan dan menjalankan forum-forum dengan masyarakat
tempatan.

Hasil daripada program ini terhasilah sebuah buku berjudul "The Kinabatangan Floodplain – An
Introduction" ( Dataran Banjir Kinabatangan – Pengenalan) yang mana merupakan panduan informasi
mengenai Sejarah alam Pesekitaran, tarikan alam semulajadi dan kebudayaan di Dataran Banjir
Kinabatangan, termasuklah petua tentang perjalanan melalui habitat semulajadi yang sensitif ke
kawasan ini.

Diterjemahkan dari risalah Sabah And WWF, Dr. Junaidi Payne, WWF Malaysia (Sabah), 1997.

Homepej direkabentuk oleh Perpustakaan Negeri Sabah


Maklumbalas ke Webmaster
Notis Pemberitahuan

- Best Viewed with IE in 800 X 600 resolution -

ORANG UTAN (Pongo pygmaeus)

|  Pemuliharaan Orang Utan Di Sabah  |

0rang utan hanya terdapat di kepulauan Borneo dan Sumatra. Mamalia initerdapat di
kawasan pergunungan pada paras 2.400 M (dari Gunung Kinabalu). Jantan dewasa (15
tahun ke atas) berdiri setinggi 1.4 meter dan mempunyai berat 50 – 100 kg. Betina
mempunyai berat di antara 34 – 40 kg. 0rang utan membuat sarang di atas pokok
daripada daun-daun dahan-dahan kecil di mana mereka tidur pada waktu malam.
Biasanya orangutan membina sarang baru setiap hari di mana mereka berehat pada
waktu siang. Mereka merupakan binatang yang suka bersendirian dan memakan buah-
buahan, daun-daun, kulit kayu, pucuk dan sarang burung. Kadang-kadang mereka juga
memakan serangga dan anai-anai. 0rang utan boleh hidup diantara 35-40 tahun atau
lebih. Seekor Orangutan betina boleh beranak sekurang-kurangnya 3 – 4 kali dengan
purata seekor anak setiap satu tahun. Masa bunting adalah kira-kira 9 bulan.

Anak orang utan mempunyai kadar pembesaran yang lambat, kadang-kadang mengambil 5 – 7 tahun
sebelum boleh hidup sendiri dan sekurang-kurangnya 7 – 10 tahun sebelum mencapai kematangan
seksual. 0rang utan merupakan spesis binatang yang semakin pupus. Di negeri Sabah, pemusnahan
habitat secara berleluasa merupakan punca utama kepupusan binatang ini. Untuk terus hidup, orang utan
bergantung kepada hutan peringkat pertama yang mana telah dieksploitasi untuk tujuan penanaman. Ini
menyebabkan orang utan terpaksa meninggalkan kawasan habitatnya dan terpaksa pindah ke kawasan
pergunungan dimana makanan tidak mencukupi. Pergerakan orang utan yang lambat juga menyebabkan
mereka menjadi sasaran pemburu. 0rang utan merupakan binatang pendiam dan tidak menyerang dan
merupakan binatang yang dilindungi di Sabah. Pada masa ini Jabatan Hidupan Liar Sabah sedang
mengambil langkah-langkah untuk memindahkan orang utan dari khemah balak dan estet ke kawasan
perlindungan di seluruh negeri.

Dipetik dan diterjemah dari : Wildlife of Sabah in Danger, Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok, Jabatan Hidupan Liar Sabah, 1993.
PEMULIHARAAN ORANG UTAN

Projek pemulihan orang utan di Sabah telah dicadangkan oleh P.F.


Burgess Timbalan Konservator Hutan pada tahun 1961. Beliau juga
bertanggungiawab dalam penubuhan bahagian mergastua dalam Jabatan
Perhutanan dan merangka Ordinan Pemuliharaan Haiwan 1963. Dengan
bantuan Pertubuhan Tabung Hidupan Liar Sedunia yang baru ditubuhkan,
Puan Barbara Harrisson, isteri kepada Kurator Muzium Sarawak telah
melawat Sabah (pada masa itu dikenali sebagai Borneo Utara) dan
melaporkan bahawa orang utan adalah haiwan terancam dan mengalami
kepupusan. Di Sabah, orangutan adalah haiwan dilindungi di bawah
Ordinan Pemuliharaan Haiwan, 1963.

PROSES PEMULIHAN ORANGUTAN

Kemasukan

Proses pemulihan orang utan bermula apabila sahaja pusat ini menerima orangutan sama ada dirampas
atau diserahkan secara sukarela oleh pemilik-pemilik haram dari ladang pertanian atau kem pembalakan.
Kebanyakan orang utan yang diterima oleh pusat ini terdiri dari anak-anak orang utan yang kehilangan
ibunya dan masih memerlukan perlindungan dan sokongan penuh dari ibunya untuk terus hidup. Tapi kini
menjadi tanggungjawab kakitangan pusat ini pula untuk memastikan anakanak orang utan ini terus hidup
dan dapat kembali semula ke dalam hutan.

Kuarantina

Apabila sahaja orang utan tiba di pusat ini, ianya akan dimasukkan ke dalam klinik untuk pemeriksaan
kesihatan dan rawatan yang perlu sebelum menjalani tempoh kuarantina. Tempoh kuarantina anak orang
utan ini sekurang-kurangnya 3 atau 6 bulan bergantung kepada takat kesihatan orang utan tersebut
semasa diterima. Peringkat kuarantina adalah amat penting bagi memastikan tidak ada jangkitan
penyakit kepada orangutan yang lain. Bahagian Klinik akan menjalankan pemeriksaan am seperti
pemeriksaan tahi (bagi melihat kehadiran jenis cacing dan bakteria), ujian kencing, Malaria, ujian TB dan
sinaran-X (pemeriksaan dada dan karpus).

Taman Asuhan

Sebaik sahaja selesai menjalani peringkat kuarantina, orang utan akan dinilai sama ada dibebaskan di
kawasan taman asuhan bagi orangutan di bawah umur 3 tahun atau dibebaskan terus di pelantar A
ataupun B. Bagi orang utan yang dibebaskan di taman asuhan, orang utan ini akan dilatih dengan
bantuan dari kakitangan pusat ini supaya dapat memanjat sendiri. Mereka akan dilepaskan pada setiap
pagi dan dengan ini diharapkan agar mereka dapat mula membina kemahiran hidup di dalam hutan.

Pelantar Makan A (Latihan Semangat)

Setelah orangutan itu bertambah yakin dan mahir, ianya akan dibawa ke pelantar makan A di mana
kehidupan di dalam hutan bermula. Pada peringkat ini, kakitangan pusat ini akan membawa makanan
hanya 2 kali dalam sehari yang terdiri dari buah-buahan dan minuman susu ditambah zat galian dan
vitamin.

Pelantar Makan B (Latihan Kehidupan)

Akhir sekali setelah orang utan ini telah menunjukkan keupayaan untuk mencari makanan sendiri, latihan
kehidupan pun bermula. Bagi peringkat ini, orangutan akan dibawa ke pelantar makan B yang terletak
lebih kurang 1.5 km dari pusat ini untuk dilepaskan. Biasanya pemberian makanan akan semakin
dikurangkan supaya mereka dapat mencapai kehidupan berdikari yang sepenuhnya dan seterusnya
berintegrasi dengan populasi orang utan liar yang terdapat di hutan simpan Sepilok.

Petikan: The Rehabilitation Of Orangutans at Sepilok, Jabatan Cetak Kerajaan Negeri Sabah, 1994.

Homepej direkabentuk oleh Perpustakaan Negeri Sabah


Maklumbalas ke Webmaster
Notis Pemberitahuan

- Best Viewed with IE in 800 X 600 resolution -

BADAK SUMATRA (Dicerorhinus sumatrensis)

| Konservasi Badak Sumatra |

Badak Sumatra yang terdapat di Sabah merupakan yang terkecil daripada 5


spesis badak, mempunyai berat 750 kg. Badak Sumatra mempunyai dua tanduk
pada muncungnya dan dua lipatan mengelilingi badannya di antara kakinya. Ia
mempunyai ketinggian kira-kira 110 – 150 sm. Pada bahu dan mempunyai
panjang badan diantara 250 – 280 sm. Kulitnya gelap dan diliputi oleh bulu-bulu
pendek yang kasar.

Badak hidup bersendirian dihutan tebal dan adalah jarang didapati berpasangan
kecuali pada waktu mengawan. Badak Sumatra memakan rumput dan daun-
daun dan ranting pokok-pokok kayu. Kadang-kadang buah-buahan juga dimakan. Ia makan pada waktu
awal pagi dan malam. Binatang ini bersifat pemalu dan jarang kelihatan walaupun di kawasan habitatnya.
Badak Sumatra seringkali mandi lumpur, didalam kubang. Ini adalah untuk menyejukkan badan dan
menghindari gigitan serangga. Jumlah badak diseluruh dunia dianggarkan hanya 150 – 300 ekor.

0leh kerana semua bahagian badak dipercayai mempunyai kegunaan dalam perubatan tradisi, Jabatan
Hidupan Liar Sabah selalu berjaga-jaga terhadap pemburu dan mereka yang berurusan mengenai produk
dari badak. Pada anggaran terkini hanya terdapat 80 – 100 ekor badak di Sabah. Ini disebabkan oleh
pemburu yang mahukan tanduknya dan kehilangan kawasan habitatnya. Walaupun ramai orang percaya
tentang khasiat tanduk badak dari segi perubatan, satu penyelidikan telah mendapati bahawa tanduk
badak sama dengan kuku manusia dan tidak mempunyai khasiat perubatan.

Dipetik dan diterjemah dari : Wildlife of Sabah in Danger, Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok, Jabatan Hidupan Liar Sabah, 1993.

KONSERVASI BADAK SUMATRA DI SABAH

Kenapa Badak Sumatra perlu dilindungi ?

Badak Sumatra (Dicerorhinus Sumatrensis Harrisoni) telah diumumkan sebagai salah satu dari 12 jenis
haiwan terancam di dunia oleh 'International Union for Conservation of Nature and Natural Resources'.
Malahan semasa persidangan 'Asian Rhino Specialist Group' pada tahun 1987 telah diumumkan bahawa
sub-spesies HARRISONI yang hanya dijumpai di Borneo merupakan sub-spesies yang paling terancam.
Kini hanya 48-68 ekor badak sahaja yang masih mendiami beberapa kawasan tertentu terutamanya di
bahagian pantai timur Sabah. Manakala masalah pemburuan haram ke atas spesies ini masih lagi di
tahap yang tinggi.
Ciri-ciri

Kehadiran 2 batang sumbu di hujung kepala dan lipatan yang terdapat diantara kaki merupakan ciri-ciri
utama badak. Badak mempunyai ketinggian antara 120 -135 sm pada paras babu dan berat mencapai
700 kg. Kulit berwarna gelap yang diliputi dengan bulu rambut yang tajam. Biasanya bulu rambut ini lebih
panjang bagi badak yang berada dalam kurungan. Malangnya haiwan ini mempunyai deria penglihatan
yang kurang tapi sebaliknya memiliki deria bau dan pendengaran yang sangat baik. Biasanya haiwan ini
kurang membuat bising hanya jika apabila terkejut akan mengeluarkan bunyi yang kuat disebabkan oleh
hembusan udara yang kuat dari paru-paru.

Habitat

Badak sumatra hanya boleh dijumpai di kawasan hutan hujan tropika dan kawasan pantai berbakau.
Haiwan ini pernah dilihat berenang di laut. Badak adalah haiwan yang gemar bersendirian tapi
kadangkala kita boleh temui dalam kumpulan 2 atau 3 ekor yang terdiri dari 1 ekor betina dewasa dengan
anak-anak yang berbeza peringkat umur.

Tapak Kaki

Kaki badak mempunyai 3 jari kuku yang mana terletak 1 di tengah dan 2 di tepi.

Pemakanan

Badak adalah haiwan yang hanya memakan daun dan dahan kayu yang dari 49 famili tumbuhan iaitu
kira-kira 181 jenis tumbuhan. Oleh itu, biasanya haiwan ini akan cuba menplak jatuh pokok kayu yang
kecil supaya dapat memakan puculnya. Malahan buahbuahan liar yang jatuh juga dimakan oleh haiwan
ini.

Kubang

Badak memang suka berkubang di tanah lumpur bagi mengawal suhu badannya dan juga menggelak
dari gigitan serangga.

Kenapa populasi badak sumatra semakin berkurangan ?

 Pemburuan Haram

Pemburuan ke atas haiwan ini telah berlaku sejak zaman dahulu lagi hanya kerana kepercayaan yang
mendalam tentang keberkesanan bahagian-bahagian tubuh badan badak terutamanya tanduk atau
sumbu yang boleh mengubati pelbagai penyakit. Kepercayaan ini masih lagi kuat diamalkan dan yang
menyebaUkan pasaran masih lagi aktif. Walau bagaimanapun kes-kes pemburuan haram ini semakin
kurang jika dibandingkan dengan tahun-tahun yang terdahulu dengan kewujudan Jabatan Hidupan Liar
Sabah.

 Gangguan Habitat

Kegiatan pembalakan dan pembukean tanah-tanah baru untuk pertanian telah memusnahkan habitat asli
badak ini. Malahan badak ini tidak dapat mengadaptasi dengan gangguan ini. Kawasan hutan yang telah
dibalak dan hutan sekunder masih lagi dapat menyediakan makanan yang banyak kepada badak tetapi
badak ini terdedah kepada pemburu haram. Oleh sebab itu populasi badak ini berselerak di mana
pembiakan badak secara semulajadi semakin sukar.
Perlindungan dan Konservasi

 Perundangan

Badak sumatra di Sabah diberikan perlindungan sepenuhnya di bawah Ordinan e Pemuliharoan Haiwan,
1963 (Bahagian IV, seksyen 10)' Sesiapa yang didapati e membunuh badak sumatra boleh dipenjarakan
tidak kurang dari 1 bulan atau tidak lebih e dari 5 tabun. Cadangan hukuman yang lebih berat akan
dikenakan dalam perundangan yang baru.

 Kawasan Pembiakan

Ada kawasan pembiakan yang telah dikenalpasti dapat menampung populasi badak iaitu Hutan simpan
perlindungan hidupan liar Tabin dan Kawasan konservasi Lembah Danum. Hutan simpan perlindungan
hidupanliar Tabin telah digazetkan oleh kerajaan negeri pada Mac 1984. Ia meliputi kawasan 120,000
hektar. Menurut kajian yang telah dijalankan

didapati kemungkinannya ada 15 ekor badak ada terdapat di kawasan ini. Manakala kawasan Lembah
Danum pula meliputi kawasan seluas 42, 755 hektar yang telah diperuntukkan oleh Yayasan Sabah
sebagai kawasan konservasi yang sekurang- kurangnya ada 12 ekor badak telah dikesan.

 Pembiakan Dalam Kurungan

Pembiakan dalam kurungan mungkin adalah salah satu cara sahaja yang dapat menyelamatkan haiwan
ini daripada kepupusan dan menambahkan populasinya. Harapan agar anak badak yang dilahirkan
dalam kurungan dapat dibebaskan semula ke alam semulajadinya di mana habitat mereka dilindungi
sepenuhnya. Usaha telah dijalankan di Pusat Pemulihan Orangutan Sepilok untuk mencuba membiakkan
badak ini dalam kurungan. Pada masa ini Sepilok mempunyai 4 ekor badak dalam kurungan.

Strategi Konservasi Badak Di Sabah

Objektif keseluruhan konservasi spesies badak adalah memastikan kemandiran haiwan ini di dalam
hutan untuk jangkamasa yang panjang. Ini dicapai dengan:

1. Mengadakan pengawalan ketat ke atas haiwan ini dari segi pemburuan, kecederaan akibat jerat
yang dipasang untuk haiwan lain dan penyakit.
2. Memberi perlindungan ke atas habitat badak dari kemusnahan akibat pembangunan pertanian
dengan cara mengadakan pembentukan kawasan perlindungan rekreasi seperti Hutan
Perlindungan Hidupan Liar yang mana mengandungi habitat yang sesuai dan ada populasi badak
yang kecil contoh, Kawasan konservasi Lembah Danum.
3. Melaksanakan operasi tangkap pindah ke atas individu terancam atau populasi badak yang
terpencil kemandiran jangka panjangnya tidak terjamin terutama sekali kawasan yang akan
dibuka untuk pembangunan perladangan. Malahan haiwan terancam ini ada yang terjerat dengan
jerat tradisional yang dipasang di rentis jalanan badak dalam hutan. Operasi ini memakan masa
yang lama untuk menangkap satu ekor badak dan perlu penjagaan rapi untuk meminimakan
kecederaan dan ketegangan semasa operasi penangkapan.
4. Mengadakan pemulihan ke atas individu terancam dengan:

a. mempercepatkan translokasi haiwan ini ke kawasan perlindungan yang diurus serta 


mengandungi habitat yang seimbang dan kemungkinan populasi badak akan
berkembang. Kawasan Perlindungan Hidupan Liar Tabin digunakan sebagai kawasan
pelepasan bagi badak-badak yang ditangkap dari kawasan berhampiran terutama yang
dibangunkan untuk ladang pertanian. Tabin sememangnya mempunyai populasi kecil
badak tetapi masih ada lagi habitat atau tempat yang tidak digunakan untuk pendatang
baru.
b. disimpan untuk sementara waktu untuk tujuan pembiakan dalam kurungan bagi
meningkatkan bilangannya dan pada masa yang sama habitat mereka dilindungi untuk
pelepasan dan kini dilaksanakan. Sepilok memiliki kemudahan untuk pembiakan badak
dalam kurungan dan dirancang dapat menghasilkan anak untuk menambah stok bagi
kawasan habitat yang semakin terancam.

Monyet Proboscis (Nasalis larvatus)

Monyet luarbiasa ini hanya terdapat di Borneo. Di Utara Sabah, binatang ini boleh
didapati di hutan bakau, hutan dan nipah dan hutan-hutan yang berada berdekatan
dengan sungai. Monyet-monyet ini aktif pada siang hari dan lewat petang semasa
beredar ke tebing sungai untuk tidur. Ia mempunyai bulu yang cantik. Anaknya
mempunyai muka berwarna biru tua. Monyet jantan boleh dikenali melalui hidung yang
panjang dan terkulai. Makanan termasuklah daun-daun, buah-buahan dan pucuk kayu
bakau. Kemusnahan tempat habitat dan memburu merupakan ancaman utama kepada
monyet proboscis di Sabah. 0leh kerana monyet ini di lindungi oleh 0rdinan
Pemeliharaan Fauna, 1963, Jabatan Hidupan Liar Sabah sedang mengemaskini
kedudukan tanah dimana monyet ini didapati.

Dipetik dan diterjemah dari : Wildlife of Sabah in Danger, Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok, Jabatan Hidupan Liar Sabah, 1993.

Homepej direkabentuk oleh Perpustakaan Negeri Sabah


Maklumbalas ke Webmaster
Notis Pemberitahuan

- Best Viewed with IE in 800 X 600 resolution -

GAJAH ASIA  (Elephas Maximus)

Gajah merupakan mamalia terbesar di Sabah dan hanya terdapat di


bahagian utara. Spesis ini lebih kecil dibandingkan dengan gagah Afrika.
Gajah Asia boleh membesar sehingga 3 meter tinggi dan berat sehingga
4,000 kg. Ciri-ciri gajah ialah belalai yang digunakan untuk mencari
makanan, minum dan menghidu dan telinganya lebar. Gading hanya
terdapat pada gajah jantan dewasa.

Ancaman utama kepada gajah-gajah di Sabah adalah kehilangan tempat


habitat disebabkan oleh pembersihan hutan untuk perladangan dan juga
ancaman pemburu yang mahukan gading dan lain-lain bahagian badannya. Penghapusan tempat habitat
mengakibatkan kehilangan sumber makanan. Ini menyebabkan gajah menyerang ladang untuk mencari
makanan.

Dipetik dan diterjemah dari : Wildlife of Sabah in Danger, Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok, Jabatan Hidupan Liar Sabah, 1993.

Homepej direkabentuk oleh Perpustakaan Negeri Sabah


Maklumbalas ke Webmaster
Notis Pemberitahuan

- Best Viewed with IE in 800 X 600 resolution -


KONGKANG (Nycticebus coucang)

Kongkang ialah sejenis binatang nokturnal yang bergerak perlahan. Ia mempunyai


ekor pendek, telinga yang ketara, mata yang besar dan bulu yang lembut. Ia juga
merupakan binatang arboreal dan makanan utamanya terdiri daripada binatang-
binatang kecil, terutama serangga dan buah-buahan lembik. Kongkang selalunya
terdapat dihutan peringkat kedua, kebun dan ladang koko.

Ancaman utama kepada binatang ini ialah kemusnahan tempat habitat dan
pemburuan. Binatang ini juga tersenarai dalam senarai binatang-binatang yang
dilindungi di bawah 0rdinan Pemeliharaan Fauna 1963.

Dipetik dan diterjemah dari : Wildlife of Sabah in Danger, Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok, Jabatan Hidupan
Liar Sabah, 1993.

Homepej direkabentuk oleh Perpustakaan Negeri Sabah


Maklumbalas ke Webmaster
Notis Pemberitahuan

- Best Viewed with IE in 800 X 600 resolution -

Harimau Bintang (Neofelis Nebulosa)

Harimau bintang merupakan kucing liar yang terbesar di Borneo. Panjang badannya kira-kira 2 meter dan
mempunyai berat badan sehingga 23 kg. Ia juga merupakan binatang arboreal dan nokturnal. Pada
waktu siang, ia kelihatan berehat di antara pokok-pokok dan keluar untuk makan pada waktu malam.
Binatang ini memanjat dengan cekap dan memakan binatang kecil seperti kancil, monyet, babi hutan dan
rusa sambhur. Harimau betina boleh melahirkan diantara 1 – 4 anak pada satu masa. Ancaman utama
ialah kemusnahan tempat habitat dan pemburuan untuk kulitnya. Binatang ini juga tersenarai dibawah
perlindungan 0rdinan Pemeliharaan Fauna 1963.

Dipetik dan diterjemah dari : Wildlife of Sabah in Danger, Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok, Jabatan Hidupan Liar Sabah, 1993.

Homepej direkabentuk oleh Perpustakaan Negeri Sabah


Maklumbalas ke Webmaster
Notis Pemberitahuan

- Best Viewed with IE in 800 X 600 resolution -

erebu adalah merupakan zarah-zarah kecil yang boleh wujud secara semulajadi ataupun wujud akibat
daripada kegiatan seharian manusia. Asap kilang, asap kenderaan dan juga asap pembakaran adalah
faktor penyumbang kewujudan jerebu. Apabila zarah-zarah kecil berkumpul dengan jumlah yang banyak,
bertaburan dan terapung di udara maka ia akan menyerap dan menghalang cahaya matahari untuk
sampai ke permukaan bumi. Keadaan ini kemudiannya akan menyekat pemandangan dan menurunkan
kadar penglihatan.

Jerebu adalah satu fenomena yang begitu merunsingkan pada satu ketika dahulu. Ia bukan sahaja
membawa kesan buruk kepada individu tetapi juga kepada negara. Jerebu selalunya berlaku di kawasan
bandar. Kilang dan jumlah kenderaan yang banyak menjadi penyumbang utama kepada fenomena ini.
Selain daripada itu keadaan cuaca memburukan lagi keadaan, dimana pada tahun 1997, negara telah
dilanda fenomena El-Nino yang membawa cuaca kering dan panas berpanjangan. Jumlah hujan
menurun dan negara mengalami masalah bekalan air dan penurunan tekanan air. Antara daerah yang
mengalami masalah ini di Sabah ialah daerah Kota Merudu, Kota Belud dan Kudat.

Namun begitu kejadian jerebu yang paling teruk dialami pada tahun lalu adalah disebabkan oleh
pembakaran terbuka oleh negara jiran. Sabah juga terjejas teruk akibat daripada fenomena ini.
Pembakaran terbuka di Kalimantan nyata telah membawa padah apabila api sukar dikawal dan menjilat
sebahagian besar kawasan hutan. Oleh kerana Kalimantan agak berdekatan dengan Sabah maka
penduduk semakin cemas dan langkah berjaga-jaga harus dilakukan. Asap akibat daripada pembakaran
tersebut meliputi negeri Sabah menyebabkan keadaan semakin teruk. Sabah terpaksa menghantar
bantuan kepada Kalimantan dan Indonesia untuk memadam kabakaran. Jabatan Bomba dan Penyelamat
Negeri telah menghantar 80 orang anggotanya untuk tujuan tersebut. Pembakaran ini bukan sahaja
menimbulkan masalah kepada negara kita malah negara-negara lain yang berdekatan seperti Thailand,
Singapura, Brunai dan Filipina juga tercemar dengan teruk. Jabatan Kajicuaca Sabah melipatgandakan
usaha untuk memberikan bacaan Index Pencemaran Udara (IPU) kepada semua penduduk untuk
mengetahui tahap kualiti udara yang tepat.

KESAN-KESAN JEREBU

Kesihatan

Komponen-komponen yang terdapat pada jerebu seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen
dioksida, ozon, habuk dan logam boleh membawa kesan yang buruk pada kesihatan manusia terutama
kepada golongan kanak-kanak, warga tua dan juga kepada mereka yang menghidapi penyakit-penyakit
tertentu seperti asthma, alahan, pneumonia dan penyakit paru-paru. Perokok dan bagi mereka yang
bekerja di kawasan terbuka juga mempunyai risiko yang tinggi dalam kesihatan mereka.

Aktiviti Harian

Keadaan seperti ini menyekat aktiviti seharian yang biasa dilakukan.. Penduduk juga disarankan supaya
mengelakkan daripada membuat aktiviti luar. Penduduk Sabah yang bekerja sebagai petani dan nelayan
terpaksa mencari alternatif lain untuk mencari pendapatan buat sementara waktu.

Sektor Ekonomi

Apabila masalah jerebu ini semakin meruncing, ia mula memberi kesan yang lebih besar pula. Ia boleh
mangacam pendapatan negeri apabila mula menjejaskan sektor ekonomi negeri Sabah. Industri
pelancungan misalnya adalah punca pendapatan yang paling berpotensi di Sabah, industri ini teruk
terjejas kerana para pelancung bimbang dengan keselamatan mereka.

Sumber : New Straits Times, 25/9/1997, 4/8/1997 &  2/9/1997

Homepej direkabentuk oleh Perpustakaan Negeri Sabah


Maklumbalas ke Webmaster
Notis Pemberitahuan

- Best Viewed with IE in 800 X 600 resolution -


LANGKAH-LANGKAH MENGATASI JEREBU

Untuk mengelakkan fenomena jerebu ini semakin menular dan berulang semula, kerajaan dan juga
badan-badan bukan kerajaan menggariskan beberapa peraturan yang harus diikuti bukan sahaja oleh
penduduk Sabah tetapi kepada semua warganegara Malaysia.

Larangan Pembakaran Terbuka

Kerajaan melarang pembakaran terbuka, asap adalah penyumbang utama kepada jerebu. Selain
daripada itu pembakaran terbuka juga boleh menyebabkan kebakaran yang tidak dapat dikawal.

Pembenihan Awan

Akibat daripada fenomena El-Nino, cuaca kering dan kemarau telah melanda negara. Keadaan ini
memburukkan lagi keadaan, oleh yang demikian kerja pembenihan awan terpaksa dilakukan untuk
mendapatkan hujan. Apabila cuaca kering, suhu awan menjadi tinggi, titisan air menjadi ringan, titisan
yang sangat ringan ini tidak dapat jatuh ke bumi sebagai hujan. Oleh yang demikian iodin perak ataupun
ais kering akan ditabur untuk menurunkan suhu awan tersebut. Ais kristal akan terbentuk dan semakin
membesar lalu ditarik oleh graviti, ia akan jatuh ke bumi dan bertukar menjadi titisan air apabila cair
akibat daripada suhu bumi yang panas. Hujan boleh membantu keadaan apabila ia membawa bersama
jerebu jatuh ke bumi.

Kempen Hijau

Kerajaan juga menjalankan kempen hijau dan menggalakan penanaman pokok di rumah, pejabat,
sekolah mahupun di tempat membelih-belah. Pokok-pokok hijau mambantu menyerap karbon dioksida di
udara.

Homepej direkabentuk oleh Perpustakaan Negeri Sabah


Maklumbalas ke Webmaster
Notis Pemberitahuan

- Best Viewed with IE in 800 X 600 resolution -

BANJIR DI SABAH

|   Index Faktor-Faktor Berlaku Banjir    |   Index Peristiwa Banjir Yang melanda Sabah  |
|   Kesan-Kesan Banjir   |  Cara-cara mengatasi Banjir   |

Di Sabah, kejadian banjir bukan merupakan suatu malapetaka yang


sering berlaku pada setiap tahun. Ini adalah kerana jumlah hujan
tahunannya melebihi 2030 mm dan taburannya tidak sekata. Kawasan
yang menerima 2800 mm sepanjang tahun adalah di kawasan utara 
pantai barat Sabah. Kawasan-kawasan kaki bukit menerima hujan di
antara 2000 hingga 2800 mm. Sementara kawasan yang menerima
hujan kurang daripada 2000 mm setahun adalah kawasan Lahad Datu
dan bahagian tenggara Banjaran Crocker. Oleh yang demikian kawasan pantai barat Sabah dan pantai
timur Sabah, adalah antara kawasan yang banyak menerima hujan. Keadaan muka buminya yang
rendah, menyebabkan ianya sentiasa mengalami masalah banjir sekiranya berlaku hujan lebat. Antara
daerah yang sering mengalami masalah ini adalah Beaufort, Penampang, Papar dan Tuaran.

FAKTOR-FAKTOR BERLAKU BANJIR

Banjir berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Antara faktor-faktor berlaku banjir adalah:-

1. Hujan yang berterusan.

Hujan yang berterusan tanpa berhenti-henti akan menyebabkan banjir berlaku. Di kawasan-
kawasan rendah, air hujan akan dialirkan ke sungai. Sungai yang dipenuhi air akan melimpah
keluar sehingga menyebabkan kawasan tanah rendah dipenuhi air.

2. Proses pembandaran.

Proses pembandaran menyebabkan banyak kawasan yang dipermodenkan. Kawasan-kawasan


tanah rendah telah ditebus guna dengan mengambil tanah dari kawasan bukit. Ada juga anak-
anak sungai yang ditimbus untuk dijadikan tapak bangunan.

Aktiviti-aktiviti seperti ini merupakan faktor penyebab berlakunya banjir. Jika dahulu anak-anak
sungai dan lembah dijadikan kawasan aliran air, kini kawasan tersebut telah ditimbus dengan
tanah. Apabila hujan turun, air akan mengalir dari kawasan bukit ke kawasan yang rendah dan
kemudian bertakung. Lama-kelamaan air akan bertambah dan banjir kilat akan berlaku.

3. Hakisan sungai.

Hakisan sungai yang kerap berlaku disebabkan oleh dua faktor iaitu hakisan berlaku secara
semula jadi dan pembuangan sisa domestik manusia.

Faktor semula jadi berlaku apabila hujan turun dengan lebat, air akan mengalir deras and
menghakis tebing-tebing sungai. Akhirnya tanah tebing akan runtuh dan membentuk satu
mendapan di dasar sungai. Seterusnya sungai akan menjadi cetek.

Begitu juga dengan aktiviti manusia yang suka membuang sisa-sisa domestik seperti sampah-
sarap dan sisa-sisa industri ke dalam sungai boleh menyebabkan sungai menjadi cetek dan
pengaliran air tersekat.

Apabila hujan lebat turun, sungai yang telah menjadi cetek akibat hakisan semula jadi atau
pencemaran tidak dapat menampung atau megalirkan air hujan yang banyak. Akhirnya air sungai
akan melimpah ke tebing dan dengan ini banjir akan berlaku.

4. Hutan tadahan.

Hutan merupakan satu kawasan yang menempatkan pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan.
Selain itu hutan juga boleh dijadikan sebagai pengimbang ekosistem dunia dengan merendahkan
kadar suhu. Hutan menyerap air hujan yang turun ke permukaan bumi dengan kadar antara dua
peratus hingga 20%. Kemudian air yang diserap akan dialirkan ke anak-anak pokok melalui akar.
Ada juga proses pemeluwapan dilakukan dengan membebaskan semula titisan-titisan air ke
udara. Dengan ini berlaku kitaran air secara semula jadi.

Pemusnahan hutan menyebabkan hujan terus turun ke bumi tanpa diserap oleh tumbuhan. Hujan
yang turun dengan lebat menyebabkan air mengalir dengan banyak ke dalam sungai. Sungai
tidak mendapat menampung air hujan dalam jumlah yang banyak. Pada masa ini limpahan air
sungai akan berlaku mengakibatkan banjir.

5. Sistem perparitan tidak terancang.

Masalah banjir yang sering melanda bandar adalah disebabkan kekurangan sistem perparitan yang
dibina serta ianya terlalu kecil dan cetek. Jumlah air yang banyak menyebabkan air melimpah keluar dari
parit menyebabkan banjir kilat berlaku.

PERISTIWA-PERISTIWA BANJIR DI SABAH

Tahun 1996

Ribut Greg yang membawa hujan ribut ke Sabah pada 26 December 1996 telah menyebabkan banjir di
bahagian utara timuran Sabah (Keningau) dan telah mengorbankan banyak nyawa. Kebanyakan mangsa
adalah rakyat Indonesia yang bekerja di daerah tersebut.

Hujan lebat berserta dengan angin kencang telah mengakibatkan air Sungai Liawan, Sungai Pampang,
Sungai Sinagang dan Sungai Bayayo melimpah tebingnya. Kawasan-kawasan lain yang turut menerima
ancaman ribut ini adalah Tuaran, Papar, Kota Kinabalu, Penampang, Tawau dan Sandakan.

Tahun 1997

Banjir kilat yang melanda ibu negeri dan Penampang pada 17 Mei 1997 menyebabkan kebimbangan dan
kesusahan serta kesesakan lalulintas di dalam dan sekitar bandar berikutan hujan lebat bermula selepas
jam 3.00 petang. Ia berterusan hingga lewat petang dan pada jam 8.00 malam.

Ramai pemandu terkandas di jalan-jalan, manakala para pejalan kaki enggan menaiki perkhidmatan
pengangkutan awam dengan pulang berjalan kaki.

Kebanyakan lokasi yang terlibat ialah kawasan-kawasan yang terdedah kepada banjir seperti Putatan,
Penampang, Luyang, Likas, Inanam dan Menggatal. Banjir ini berlaku disebabkan sistem perparitan yang
tidak sempurna.

Keadaan yang sama turut berlaku di Sandakan. Banjir ini dikatakan berlaku disebabkan oleh pembinaan
jalan yang menyebabkan parit-parit tersumbat. Kawasan yang terjejas adalah kawasan perumahan yang
mengakibatkan banyak perkakas rumah musnah.

Tahun 1999

Banjir yang paling teruk melanda Sabah berlaku pada 6 Januari 1999. Lebih 2000 penduduk di tujuh
daerah di Sabah telah dipindah ke beberapa pusat pemindahan sementara. Hujan lebat turun lebih 10
jam tanpa berhenti mengakibatkan banjir besar. Daerah Penampang yang merupakan kawasan yang
paling teruk dilanda bencana tersebut. Mengikut laporan, 57 kawasan di tujuh daerah terlibat itu adalah
Kota Kinabalu sebanyak 12 kawasan, Penampang (22), Papar (10), Kota Belud (7), Tuaran (5), Beaufort
(3) dan Keningau (3).

KESAN-KESAN BANJIR

Banjir memberikan beberapa kesan yang tidak baik terhadap semua hidupan sehingga boleh membawa
kematian. Antara yang disebabkan oleh banjir adalah:

1. Kemusnahan Tanam-tanaman

Air banjir yang bertakung terlalu lama di kawasan pertanian menyebabkan tanaman mati. Antara
tanaman yang mudah mati adalah getah, koko, kepala sawit dan padi. Kemusnahan tanam-
tanaman ini akan merugikan para petani.

2. Kemusnahan Harta Benda

Banjir yang besar boleh menenggelamkan rumah kediaman serta menghayutkan serta
merosakkan barang-barang lain seperti barang-barang elektrik, kereta dan sebagainya. Ini
membawa kerugian besar kepada penduduk.

3. Penyakit

Kesan yang paling buruk dibawa oleh banjir adalah kesihatan manusia. Banjir yang berlaku akan
menyebabkan takungan najis keluar bersama-sama limpahan air. Najis ini bertaburan di merata-
rata tempat sehingga mengakibatkan pelbagai jenis penyakit seperti taun dan malaria.

4. Kematian

Banjir juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa terutamanya di kawasan yang rendah dan
berhampiran dengan sungai.

5. Kerugian Kerajaan

Banjir sering merosakkan harta awam seperti jalan raya, bangunan, telefon, elektrik dan
mengakibatkan pelbagai jenis penyakit. Semua ini akan ditanggung oleh kerajaan dengan
memperbaiki kerosakkan dan membiayai kelengkapan perubatan. Kesemua ini memerlukan kos
penyelenggeraan yang tinggi.

Selain itu kerajaan juga terpaksa menyediakan pelbagai keperluan asas seperti makanan dan
minuman, ubat-ubatan disamping menyediakan petempatan sementara mangsa banjir.

CARA-CARA MENGATASI BANJIR

Pelbagai cara dijalankan, antaranya:

Menyediakan Sistem Perparitan


Parit-parit yang telah cetek akibat daripada bahan-bahan kumuhan hendaklah sentiasa dibersihkan.
Dengan ini air limpahan dan hujan dapat dialirkan dengan baik.

Projek Pendalaman Sungai

Kebanyakan kejadian banjir berlaku kerana kecetekan sungai. Jika dahulu sungai mampu mengalirkan
sejumlah air yang banyak dalam sesuatu masa, kini pengaliran telah berkurangan. Ini disebabkan proses
pemendapan dan pembuangan bahan-bahan buangan.

Langkah untuk menangani masalah ini ialah dengan menjalankan proses pendalaman sungai dengan
mengorek semua lumpur dan kekotoran yang terdapat di sungai. Apabila proses ini dilakukan, sungai
bukan sahaja menjadi dalam tetapi mampu mengalirkan jumlah air hujan dengan banyak.

Memelihara Hutan

Kegiatan pembalakan di mana penerokaan di kawasan pinggir sungai digemari menyebabkan tanah
terhakis dan runtuh ke sungai. Keadaan yang sama juga berlaku apabila aktiviti pembalakan yang giat
dilakukan di lereng-lereng bukit.

Oleh itu pemeliharaan hutan merupakan cara yang baik untuk mengatasi masalah banjir. Hutan boleh
dijadikan kawasan tadahan yang mampu menyerap air hujan daripada mengalir terus ke bumi.

Hutan boleh berfungsi sebagai bunga karang (sponge) dengan menyerap air hujan dan mengalir dengan
perlahan-lahan ke anak-anak sungai. Ia juga bertindak sebagai penapis dalam menentukan kebersihan
dan kejernihan air. Hutan mampu menyerap air hujan pada kadar 20%. Kemudian air hujan ini
dibebaskan kembali ke atmosfera melalui sejatan pemeluwapan. Hanya dengan ini sahaja pengurangan
air hujan dapat dilakukan.

Mengawal Aktiviti Manusia

Banjir kilat yang berlaku terutamanya di bandar disebabkan pembuangan samapah dan sisa industri ke
sungai dan parit. Bagi menangani masalah ini, kesedaran kepada masyarakat perlu didedahkan supaya
aktiviti negatif ini tidak terus dilakukan seperti mengadakan kempen mencintai sungai dan sebagainya.

Badan-badan tertentu juga harus bertanggungjawab menentukan sungai sentiasa bersih dan tidak
dijadikan tempat pembuangan sampah.

Kejadian banjir merupakan malapetaka yang tidak dapat dielakkan terutamanya apabila membabitkan
hujan lebat. Bagaimanapun usaha seharusnya dibuat untuk mengurangkan akibat banjir. Manusia juga
harus sentiasa berwaspada dengan kejadian ini.

You might also like