Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

465 kes cuba bunuh diri dalam tempoh enam bulan

| 10 September 2020
Dr Adham Baba (kiri). - Foto Bernama
PETALING JAYA - [DIKEMASKINI] Sebanyak 465 kes cubaan bunuh diri dirujuk kepada
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi tempoh dari Januari hingga Jun pada tahun ini berbanding
sebanyak 675 kes dalam tempoh sama pada tahun lalu.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, KKM mewujudkan Talian Sokongan
Psikososial sejak 25 Mac lalu dengan kerjasama Mercy Malaysia bagi membantu menangani isu
berkenaan dan agensi kerajaan lain seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat turut mewujudkan talian bantuan masing-masing.
"Ia berpunca daripada faktor-faktor seperti hilang pekerjaan, tiada sumber pendapatan, masalah
hubungan interpersonal, isolasi dan pengurangan akses kepada perkhidmatan bantuan sewaktu Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan The Orchid Clubhouse Persatuan Kesedaran dan Sokongan
Penyakit Mental (MIASA) sempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia 2020 di sini semalam.
Dr Adham berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan lebih 800,000 orang membunuh
diri setiap tahun dengan purata satu kejadian bunuh diri setiap 40 saat.
Menurutnya, secara global, kejadian bunuh diri adalah antara 20 penyebab utama kematian bagi semua
peringkat umur dan satu daripada tiga penyebab utama kematian dalam kalangan umur 15 hingga 44
tahun.
Sementara itu, Dr Adham berkata, tema hari pencegahan bunuh diri pada tahun ini iaitu 'Let's TALK
Minda Sihat: Kesihatan Mental Milik Semua, Bersama Cegah Bunuh Diri' bertepatan dengan situasi
pandemik koronavirus (Covid-19) yang mempunyai impak signifikan terhadap kesihatan mental.
Katanya, selain kempen dan promosi, KKM juga menyediakan perkhidmatan mental termasuk di 1,001
klinik kesihatan mental seluruh Malaysia, empat institusi mental, 66 hospital kerajaan dan 28 Pusat
Kesihatan Mental Masyarakat (Mentari). - Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/100485/BERITA/Nasional/465-kes-cuba-
bunuh-diri-dalam-tempoh-enam-bulan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/100485/BERITA/Nasional/465-kes-cuba-
bunuh-diri-dalam-tempoh-enam-bulan

You might also like