Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 15

TOPIK 5

PERUNDANGAN ISLAM DAN


KEUNIKANNYA

This Photo by Unknown Author is licensed under CC BY


Pengenalan
Perundangan Islam merupakan sebahagian dari ajaran Islam yang dibawa
oleh Nabi Muhammmad SAW berkaitan dengan perkara:

i. I’tiqadiyah iaitu berkaitan akidah dan kepercayaan.

ii. Amaliyah atau Syariah, sebagai pengatur dan pemantau kepada


sistem keadilan sosial seperti muamalah sesama manusia dan
makhluk yang lain.

iii. Akhlakiyah iaitu berkaitan etika dan adab, pula sebagai contohnya
bertujuan menghiasi setiap peribadi penganutnya dengan etika dan
adab yang baik sesama makhluk.
1 Rabbaniyah (Ketuhanan)

Fitrah (Nature atau Tabii)


2
KEUNIKAN DAN
KEINDAHAN
ISLAM
3 Thabat (tetap) dan Murunah (fleksibel)

Wasatiyah dan Tawazun


4 (PERTENGAHAN, Sepadu DAN
Seimbang)

CTU091
5 Wuduh (jelas)

Syumul (Lengkap & komprehensif)


6
KEUNIKAN DAN
KEINDAHAN ISLAM

7 Waqi’iyyah (realistik & Praktikal)

’Alamiyah (sejagat dan universal)


8

CTU091
1.Rabbaniyah (Ketuhanan)
Berasal dari perkataan Rabb dan ia membawa maksud Pemilik yang berkuasa, yang menguruskan dan
Dialah yang paling tinggi.

Membawa konotasi bahawa ia hanya berpaksikan kepada Allah SWT.

Setiap aturan perundangan yang terkandung dalam Islam adalah aturan dari Allah SWT.

Manusia tidak berhak sekalipun untuk mempertikaikannya kerana segalanya pasti mengandungi hikmah dan
manfaat pada alam.

Contoh : Kewajipan berpuasa kepada setiap muslim yang mukallaf bukan hanya sebagai manifestasi
tanggungjawab seorang hamba kepada Tuhannya, malah amalan berpuasa tersebut memberi impak
positif kepada kesihatan.

This Photo by Unknown Author is licensed under CC BY


• Fitrah bermaksud al-khilqah naluri dasar bagi seseorang makhluk
yang diberikan oleh Allah SWT sejak dalam rahim ibunya.

• Agama yang mengikuti fitrah itu ialah agama Islam. Maka ibubapalah
yang mengubahnya menjadi sebaliknya.

• Perundangan Islam seiring dengan fitrah manusia iaitu memenuhi


keperluan dan kehendak tabiat manusia dan alam.

• Cth: pengharaman zina bagi kebaikan keturunan dan sistem sosial,


hukuman perjudian, rasuah dan pencurian bagi menjaga harta
manusia, larangan pembunuhan dan peperangan bagi menjaga
nyawa manusia, arak dan seumpamanya bagi menjaga akal manusia.
3. Thabat • Perundangan Islam bersifat thabat (tetap) dan murunah (fleksibel).

• Perundangan Islam bersesuaian dan mudah dipraktikkan oleh setiap bangsa dan negara di dunia,
(tetap) & malah ia turut praktikal bagi setiap masa dan zaman.
Murunah • Thabat (tetap) dalam perkara- perkara usul (prinsipal) dan maqasid (matlamat) tanpa mengira
(fleksibel) subjek, masa dan tempat.

• Murunah (fleksibel) dari sudut pelaksanaan dan aplikasi mengikut perubahan gaya hidup manusia.

• Allah SWT berfirman maksudnya: “...Dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu
keberatan dan susah payah dalam perkara agama...” al-Hajj: 22: 78

 Menunjukkan perundangan ini menjaga hak kebajikan manusia (human right). Murunah itu
bertujuan menjaga dan meraikan kebajikan manusia. Selain itu ia juga memberi kebebasan
dengan meraikan kemampuan akal manusia, selagi mana tidak melanggar perkara yang tetap.

 Menunjukkan pemilik perundangan ini (Allah SWT) tidak bersifat keras dalam memastikan
manusia menjalankan suruhan dan larangan yg bersifat fleksibel , walaupun dalam masa yang
sama sepatutnya Dialah Tuhan yg berhak untuk berbuat demikian.
4. Wasatiyah &
Tawazun
● Perundangan Islam adalah ajaran agama yang mementingkan
(Pertengahan,
wasatiyah. Iaitu tidak mengabaikan dua aspek yang bertentangan.
Sepadu & Seimbang)
● Cth: ruhiyah (spiritual) dengan maadiyah (material), fardiyah
(individu) dengan jam’iyah (kolektif atau masyarakat), waqi’iyah
(realiti) dengan mitsaliyah (ideal), thabat (tetap) dengan Murunah
(fleksibel).

● Perundangan Islam mencakupi semua aspek kehidupan manusia


dan keperluannya, iaitu dari sudut keduniaan dan akhirat, dari sudut
fizikal dan mental, sudut rohani dan jasmani, sudut zahir dan batin,
sudut material dan spiritual.

● Nabi Muhammad SAW sering memberi amaran terhadap perbuatan


ghuluw (ekstrimisme).
• Perundangannya Islam juga bersifat wuduh (jelas) dalam segala
5. Wuduh hal.
(jelas) • Kejelasan perundangan Islam dari sudut dasar-dasar ajarannya
mencakupi pelbagai sudut dan aspek kehidupan.
• Cth: perbahasan perkara haram dan halal tidak kira makanan,
pakaian, cara hidup atau sebagainya, semuanya telah jelas kecuali
sekiranya wujud perkara baru yang diragui iaitu syubhah.
• Nabi Muhammad SAW bersabda:

Maksudnya: Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di
antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhah (samar-samar) yang
tidak diketahui oleh orang banyak. Maka siapa yang takut terhadap syubhah
berarti dia telah menyelamatkan agamanya dan kehormatannya. Dan siapa yang
terjerumus dalam perkara syubhat, maka akan terjerumus dalam perkara yang
diharamkan.
Riwayat Muslim: 1599
• Jelas pada konsep akidahnya khususnya pada perihal ketuhanannya.
Jelas dari sudut • Tiada konsep yang mengelirukan dan diragukan seperti menyamakan ketuhanan
dengan sebarang makhluk ciptaannya.
i’tiqadiyah dan • Firman Allah SWT maksudnya: “Allah tidak sekali-kali mempunyai anak, dan tidak
Usuliyah ada sama sekali sebarang Tuhan bersamaNya; (Kalaulah ada banyak Tuhan)
tentulah tiap-tiap Tuhan itu akan menguasai dan menguruskan segala yang
diciptakannya dengan bersendirian, dan tentulah setengahnya akan bertindak
mengalahkan setengahnya yang lain. Maha suci Allah dari apa yang dikatakan
oleh mereka (yang musyrik) itu.”
al-Mukminun 23: 91

• Islam jelas dari sudut syariat dan peribadatannya.


Jelas dari sudut • Kesemua terkandung di dalam rukun Islam iaitu mengakui tiada Tuhan melainkan
Syariat dan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW utusanNya, mendirikan solat,
mengeluarkan zakat, puasa dibulan Ramadan dan menunaikan haji jika
Peribadatan mempunyai keupayaan dan kemampuan.
• Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya: Sungguh, yang memisahkan antara
seorang lelaki dengan kesyirikan dan kekufuran adalah meninggalkan solat.
CTU091
Riwayat Muslim: 82
• Jelas pada penetapan akhlak iaitu galakkan bersifat mahmudah
(mulia dan terpuji) dan tegahan dari bersifat mazmumah (keji dan
buruk).

• Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya: “Orang Mukmin


Jelas dari sudut
(beriman) yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik
akhlak dan Ihsan
akhlaknya dan sebaik-sebaik kamu adalah orang yang paling baik
kepada isterinya.”
Riwayat Abu Daud: 4682

• Jelas konsep etika dan adab dalam perilaku seharian dalam semua
aspek kehidupan seperti adab makan, minum, kebersihan diri,
hubungan kekeluargaan.

CTU091
• Persoalan etika dan adab dalam sosial, ekonomi, undang-undang,
• Perundangan Islam mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia daripada perihal yang
6. Syumul kecil atau seolah-olah remeh bagi manusia seperti kaedah makan, pembersihan diri.
(Lengkap & • Sehinggalah kepada perihal yang besar seperti kenegaraan, ekonomi, sistem sosial,
komprehensif) kemasyarakatan, perundangan dan hubungan antarabangsa.

• Merangkumi keseluruhan keperluan hidup manusia dari segi fizikal, mental dan spiritual
berdasarkan sistem akidah, syariah dan akhlak.

• Syumul merangkumi perundangan Islam dalam mengatur peraturan yang mencakupi


perkara sebagai contoh sivil, ekonomi dan kewangan, asas perlembagaan, kehakiman,
perihal jenayah ketenteraan dan lain- lain lagi.

 Menunjukkan perundangan ini unik kerana memberi ruang untuk setiap perkara yg
kita lakukan dari sekecil2 perkara yg dianggap remeh juga mendapat pahala dan dikira
sbg ibadah
 Menunjukkan perundangan ini bersikap adil pada semua orang, krn tidak semua org
blh melakukan ibadah pd tahap yg sama
 Menunjukkan perundangan ini ingin menjadikan seluruh perbuatan manusia mesti
ada hubungan dengan Tuhan(Allah), untuk merasakan perbuatan kita lebih bermakna
dan bermotivasi untuk melakukannya.
● Perundangan Islam bersifat waqi’iyyah iaitu membawa maksud realistik dan
7. Waqi’iyyah praktikal.
(realistik & ● Ajaran dan perundangan Islam kerana ia sentiasa bertepatan dengan realiti
Praktikal hidup manusia dan kemanusiaan.

● Keseluruhan peraturan dan undang-undang yang bersumberkan al-Quran dan


hadis ini majoritinya berlandaskan realiti manusia.

● Islam mengalakkan ijtihad dan meraikan akal manusia. Islam tidak akan
sesekali mengharamkan keperluan manusia dan sebaliknya tidak
menghalalkan sesuatu perkara sia-sia pada manusia.

● Cth: Islam meraikan nafsu pada tempatnya. Iaitu lelaki dengan pasangannya
perempuan dengan pernikahan, tidak pula hubungan dengan haiwan atau
jantina sejenis.

● Islam mengariskan hukuman wajib, sunat, harus, makruh pada individu


tertentu bagi menilai kemampuannya dalam mengurus institusi kekeluargaan
bukan nafsu semata
8. ’Alamiyah
(sejagat dan
• Perundangan Islam dalam hukum, sistem dan prinsipnya mempunyai
universal)
corak insaniyah (kemanusiaan) dan ‘alamiyah (sejagat dan universal).

• Tidak terikat dengan masa, tempat dan ruang. Malah, Islam sesuai untuk
semua manusia, setiap bangsa, warna kulit dan pangkat, dan ia juga
tidak terbatas pada zaman tertentu.

• Sikap sistem agama Islam dan perundangannya yang begitu harmoni


tanpa mengira warna kulit, bangsa, bahasa dan geografi.

• Baginda SAW bersabda maksudnya: “Aku diutus kepada semua yang


berkulit merah dan berkulit hitam…”
Riwayat Muslim: 1191
Kesimpulan

Keunikan dalam Perundangan Islam boleh menjadi solusi kepada


permasalahan dunia..

Pastinya akan berlaku kesilapan dan kepincangan sekiranya ia merupakan rekaan


ataupun idea Nabi Muhammad SAW tanpa perutusan wahyu

15

You might also like