Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 16

[2013] 3 LNS 17 Legal Network Series

MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH NEGERI TERENGGANU


[KES MAL (RAYUAN) NO: 11000-028-0017-2012
& KES MAL (MTS) NO: 11100-044-0104-2008]

MAT GHANI ISMAIL

lwn.

SAMSIYAH MANSOR

YAA TAN SRI DR IBRAHIM LEMBUT, HMRYS (PENGERUSI)


YA DATO’ SERI DR MD YUSUP CHE TEH, HMRYS
YA DATO’ HUSSIN HARUN

Fakta Kes

[1] Kes ini adalah suatu rayuan oleh Perayu (Mat Ghani) terhadap
keseluruhan keputusan Hakim Bicara YA Hakim Mahkamah Tinggi
Syariah yang diberikan pada 17/01/2009 dalam Kes Mal No. 11100-
028-0335-2009. Dalam kes ini YA Hakim Bicara telah memutuskan
sebagaimana yang berikut:-

i. Saya menolak Tuntutan Hak Jagaan Anak yang dibuat


oleh Plaintif, Mat Ghani b. Ismail, No. KP: 760402-11-5137.

ii. Saya perintahkan dan luluskan tuntutan balas Defendan,


Samsiyah bt. Mansor, No. KP: 770201-11-5666.

iii. Saya perintahkan hak jagaan seorang anak yang


bernama Muhammad Amirul Hakimi (Tarikh Lahir;
26/01/2006. No Sijil Kelahiran: BN 60687) diberi dan
diletakkan di bawah jagaan Defendan, Samsiyah bt. Mansor,
No. KP: 770201-11-5666 sebagai ibu kandung.

1
[2013] 3 LNS 17 Legal Network Series

iv. Saya perintahkan Plaintif, Mat Ghani b. Ismail, No. KP:


760402-11-5137 diberi hak lawatan pada bila-bila masa yang
sesuai dan munasabah dan terlebih dahulu dimaklumkan
kepada Defendan.

v. Saya perintahkan Plaintif, Mat Ghani b. Ismail, No. KP:


760402-11-5137 dibenar dan diberi hak untuk mengambil anak
tersebut pada hari khamis, jam 5 petang dan menghantar
semula pada hari Sabtu, jam 6 petang sebanyak 2 kali sebulan
iaitu pada minggu ke-2 dan ke-4 setiap bulan.

vi. Saya perintahkan kepada Ketua Polis Negara dan Polis


Diraja Malaysia untuk membantu Defendan mengambil anak
tersebut daripada Plaintif untuk diberikan kepada Defendan,
Samsiyah bt. Mansor, No KP: 770201-11-5666.

vi. Saya perintahkan perintah Ex-Parte dalam kes 11100-


038-0279-2009 bertarikh 01/12/2009 dibatalkan.

vii. Saya perintahkan, kos ditanggung oleh pihak Plaintif dan


Defendan masing-masing.

[2] Perayu dan Respondan adalah bekas suami isteri. Mereka telah
berkahwin pada pada 30/03/2005 dan kemudian bercerai pada
18/05/2010. Hasil perkahwinan selama lebih kurang 5 tahun, mereka
dikurniakan dengan seorang cahayamata lelaki (Muhammad Amirul
Hakimi) yang dilahirkan pada 26/01/2006.

[3] Sebelum perceraian, berlaku pertikaian antara Perayu dan


Responden mengenai hak penjagaan kanak-kanak tersebut
disebabkan Perayu dan Responden telah berpisah sejak bulan
Disember 2008. Sejak dari tarikh tersebut Responden telah balik ke
rumah ibu bapanya di Kuala Ibai Kuala Terengganu dari rumah
kelamin mereka iaitu rumah ibu bapa Perayu di Kg. Baru Sg. Binjai,
Ajil, Hulu Terengganu.

2
[2013] 3 LNS 17 Legal Network Series

[4] Pada permulaan perpisahan (iaitu sejak Disember 2008) kanak-


kanak tersebut tinggal bersama dengan Responden. Tetapi sejak
16/01/2009, dia telah diambil oleh Perayu untuk tinggal bersamanya
di Jerangau, Ajil.

[5] Kemudian pada 23/08/2009, pihak Responden telah


memperolehi perintah Interim Hadhanah secara ex parte dari
Mahkamah Tinggi Syariah dan pihak Perayu telah menyerahkan
semula anak kepada Responden. Namun begitu pada 01/12/2009
pihak Perayu mengambil semula anak tersebut selepas pihak
Responden gagal memfailkan kes induk Hadhanah dalam masa yang
ditetapkan.

[6] Sebaliknya, kes induk Hadhanah telah difailkan oleh pihak


Perayu pada 14/10/2009. Semasa prosiding kes induk, pihak
Responden sekali lagi mendapatkan perintah interim hadhanah
secara ex parte pada 01/12/2009. Lanjutan dari itu, pihak Perayu
telah memfailkan Permohonan inter parte untuk mengenepikan
perintah interim ex parte hadhanah yang diberikan kepada
Responden tetapi telah ditolak oleh Mahkamah Bicara. Dengan
penolakan tersebut, maka hadhanah sementara itu menjadi milik
Responden sehingga kes induk hadhanah diputuskan. Namun begitu
pihak Perayu telah enggan untuk menyerahkan anak tersebut kepada
Responden. Anak tersebut terus dijaga oleh Perayu sehingga kes
induk diputuskan.

Alasan Penghakiman Mahkamah Rayuan Syariah

[7] Perayu dalam rayuan ini telah mengemukakan 5 alasan rayuan,


iaitu:-

i. YA Hakim telah terkhilaf dari segi undang-rmdang dan


fakta apabila gagal memutuskan hak hadhanah kepada
Perayu/Plaintif tanpa mengambil kira Anak tersebut telah dua

3
[2013] 3 LNS 17 Legal Network Series

(2) tahun lebih berada dengan Perayu dan telah cukup rapat
dan mesra serta mempunyai kesesuaian dan keserasian hidup
bersama Perayu dan keluarga Perayu

ii. YA Hakim telah terkhilaf dari segi undang-undang dan


fakta apabila gagal menimbangkan keterangan Perayu dan
saksi-saksinya berhubung persekitaran penghidupan dan
tumbesaran Anak tersebut dengan Perayu dan keluarga Perayu.

iii. YA Hakim telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta


kerana gagal memahami tatacara kaedah Perintah Ex-Parte yang
telah luput tempoh kerana Responden/Defendan gagal memfailkan
tuntutan hadhanah induk dalam tempoh yang ditetapkan.

iv. YA Hakim telah terkhilaf dari segi undang-undang dan


fakta apabila tidak memanggil Anak tersebut untuk membuat
pilihan dengan siapa Anak tersebut mahu tinggal sebelum
membuat keputusan.

v. YA Hakim telah terkhilaf dan segi undang-undang dan


fakta apabila gagal menimbangkan hak yang dijaga (Anak
tersebut) yang lebih kuat dari yang menjaga.

[8] Berdasarkan alasan-alasan rayuan yang dihujahkan oleh pihak


Perayu, kami dapati terdapat 2 isu yang perlu diputuskan, iaitu:-

i. Sama ada Mahkamah Bicara terkhilaf kerana tidak


mempertimbangkan kebajikan kanak-kanak tersebut dalam
keputusannya meletakkannya dalam jagaan Responden.

ii. Sama ada Mahkamah Bicara terkhilaf kerana tidak


memanggil kanak-kanak tersebut membuat pilihan.

[9] Isu pertama adalah terbit dari Alasan Rayuan 1, 2, 3 dan 5.


Kami tegaskan bahawa walaupun dalam alasan ke-3 Perayu
disebutkan mengenai keluputan Perintah Ex Parte Hadhanah kerana

4
[2013] 3 LNS 17 Legal Network Series

menyalahi aturan tetapi Perayu dalam hujahnya mengaitkannya


dengan status quo pihak Perayu yang telah menjaga kanak-kanak
tersebut selama lebih kurang 3 tahun. Maka alasan ke-3 Perayu ini
masih mengenai isu kebajikan, iaitu dari segi emosi yang terganggu
dengan bertukar-tukar hak jagaan. Manakala Isu kedua disimpulkan
dari Alasan 4 Perayu.

ISU PERTAMA: Sama ada Mahkamah Bicara terkhilaf kerana


tidak mempertimbangkan kebajikan kanak-kanak tersebut
dalam keputusannya meletakkannya dalam jagaan Responden.

[10] Isu kebajikan yang dibangkitkan oleh Perayu adalah berkenaan


dengan tidak baik mengacau atau menggangu kehidupan kanak-
kanak tersebut dengan bertukar-tukar jagaan dan mengenai
kebajikan kanak-kanak tersebut dari segi tarbiyah telah terpelihara
dengan baik ketika dalam jagaan Perayu.

[11] Perayu berhujah dengan merujuk kepada peruntukkan


subseksyen 85 (2) dan (3) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam
(Terengganu) 1985 yang memperuntukkan:-

(1) ......

(2) Untuk memutuskan dalam jagaan siapakah seseorang


kanak-kanak patut diletakkan, pertimbangan yang utama ialah
kebajikan kanak-kanak itu dan, tertakluk kepada pertimbangan
itu, mahkamah hendaklah memberi perhatian kepada:-

(a) .......

(b) .......

(3) Adalah menjadi suatu anggapan yang boleh dipatahkan


bahawa adalah untuk kebaikan seseorang kanak-kanak dalam
masa dia masih kecil supaya berada bersama ibunya, tetapi

5
[2013] 3 LNS 17 Legal Network Series

pada memutuskan sama ada anggapan itu dipakai bagi fakta-


fakta sesuatu kes tertentu Mahkamah hendaklah memberi
perhatian kepada tidak baiknya mengacau kehidupan
seseorang kanak-kanak dengan bertukar-tukarnya jagaan.

[12] Perayu memperkukuhkan hujahnya dengan merujuk kepada 4


keputusan Mahkamah (case law). Tiga daripadanya adalah
keputusan Mahkamah Rayuan Syariah. Manakala satu lagi adalah
keputusan Mahkamah Tinggi Syariah. Pada hemat kami keputusan
Mahkamah Tinggi Syariah tidak wajar dijadikan sebagai hujah
dalam kes Mahkamah yang lebih tinggi (Mahkamah Rayuan
Syariah) walaupun keputusan tersebut betul. Oleh kerana itu kami
hanya akan memberikan ulasan terhadap keputusan Mahkamah
Rayuan Syariah sama ada prinsip-prinsip yang ditegaskan dalam
kes-kes tersebut mempunyai persamaan dalam kes di hadapan kami
ini. Kes-kes tersebut adalah:-

i. Wan Abdul Aziz lwn. Siti Aishah [1975] 1 JH (1) 47.

ii. Mohd Radzi b. HI Che Daud lwn. Khadijah bt. Yaacob


[2002] JH 149.

iii. Noorlita Kamaruddin lwn. Faiz Yeop [2004] CLJ (Sya)


198.

[13] Dalam kes Wan Abdul Aziz (supra), Perayu telah merujuk
kepada prinsip yang ditegaskan oleh Mahkamah Rayuan Syariah
Negeri Kelantan bahawa tidak harus menggangu hati dan sanubari
dengan bertukar-tukar hak jagaan. Mahkamah Rayuan Syariah claim
kes tersebut telah menyatakan seperti berikut:-

“menurut catatan perbicaraan kes ini ternyata bahawa Wan


Anita Kartini telah mulai menetap di bawah penjagaan dan
pengawasan bapanya Wan Abdul Aziz dan pemeliharaan dan
pengasuhan neneknya Hjh. Wan Zubaidah sejak anak ini

6
[2013] 3 LNS 17 Legal Network Series

berumur dua tahun tiga bulan, dan setelah kira-kira satu


setengah tahun kemudiannya (7 Jun, 1975) barulah ibunya Siti
Aishah mengemukakan tuntutannya. Masa dua setengah tahun
itu merupakan satu tempoh yang dipercayai telah menjadikan
Wan Anita Kartina cukup mesa dengan neneknya Hjh. Wan
Zubaidah. Dengan berdasarkan keadaan yang tersebut itu,
maka Jemaah Pengadilan mempercayai bahawa akan terganggu
hati sanubari Wan Kartini jika is dipisahkan daripada
neneknya, Wan Zubaidah. Pokok dan tujuan hadhanah ialah
muslihat dan kebaikan anak yang di pelihara dan dijaga
merupakan hak asasi bagi anak itu, tetapi bukannya hak pihak
yang memeliharanya seperti yang tersirat dalam fatwa Ibn
Salah yang tersebut dalam Tuhfah dan Nihayah yang diakui
muktamadnya oleh al-Shabramulsi, juga sebagaimana yang
disalin oleh Syed Sabiq dalam fiqh-us-Sunnah, Juzuk 8, yang
bermaksud “sesungguhnya pihak yang menjaga dan pihak yang
dijaga itu mempunyai hak masing-masing, tetapi hak pihak
yang dijaga adalah lebih kuat dariapda pihak yang menjaga. Di
samping itu Ibn Qudamah ada memberikan keterangan yang
bermaksud “Thabit hadhanah adalah untuk menentukan nasib
(kepentingan) seseorang anak itu”. Dengan yang demikian itu,
maka Jemaah Pengadilan memutuskan bahawa oleh sebab
dalam kes ini tidak ada keterangan yang menunjukkan
terjejasnya muslihat dan kebaikan hidup Wan Anita Kartini
dalam pemeliharaan Hajah Wan Zubaidah dan penjagaan dan
pengasuhan Wan Abdul Aziz, maka penjagaan itu tidak harus
diganggu.

[14] Prinsip yang diputuskan dalam kes ini telah diikuti dalam kes
Mohd Radzi (supra) dan Noorlila Kamarudin (supra).

[15] Pada hemat kami prinsip mengenai tidak baiknya dari segi
kebajikan anak untuk bertukar-tukar hak jagaan telah nyata di dalam

7
[2013] 3 LNS 17 Legal Network Series

dalam Statut (subseksyen 85 (3) Enakmen Keluarga), dan juga


keputusan Mahkamah. Persoalannya adakah fakta dalam kes di
hadapan kami sama seperti kes-kes yang dirujuk oleh pihak Perayu?.

[16] Dalam hal ini Perayu berhujah bahawa Mahkamah Bicara


terkhilaf kerana hanya mempertimbangkan tentang kelayakan
Responden sebagai hadhinah tanpa mengambil kira fakta bahawa
sejak 16/01/2009 dan sehingga tarikh penghakiman pada
17/01/2012, Kanak-Kanak tersebut telah tinggal dengan Perayu
dan dijaga oleh Perayu bersama-sama dengan ibu Perayu (Pn.
Asmah bt. Muda) dan adik Perayu (Rosezaini bt. Ismail) selama
lebih kurang 3 tahun. Kanak-kanak itu juga telah diajar mengaji
al-Quran pada waktu malam di samping pada waktu siang dihantar
sekolah Tadika Kemas sejak umur 3 tahun. Perayu seterusnya
berhujah bahawa fakta-fakta ini telah dibuktikan melalui
keterangan ibu dan adik Perayu itu yang dipanggil sebagai saksi
iaitu SP-1 dan SP-2 di samping keterangan SP-3 (En. Mohd Adnan
b. Mahmmod /jiran Perayu) dan SP-4 (Pn. Timah @ Faridah bt.
Muda/Guru Tadika Kemas) yang menyokong keterangan kanak-
kanak tersebut bersekolah tadika kemas.

[17] Pihak Responden dalam hujahnya tidak mempertikaikan


fakta bahawa anak tersebut telah dijaga oleh pihak Pihak Perayu
dalam tempoh lebih kurang 3 tahun tersebut. Akan tetapi pihak
Responden berhujah Mahkamah Bicara tidak terkhilaf kerana
tindakan awal Perayu untuk mendapatkan anak tersebut dengan
cara yang salah sehingga menyebabkan terpisahnya Responden
selaku ibu kandung daripada anaknya.

[18] Sebenarnya hujah tidak boleh bertukar-tukar hak jagaan oleh


pihak Perayu ini kami dapati tidak kena pada tempatnya kerana
fakta kes ini menunjukkan bahawa pada asalnya anak tersebut
tinggal dengan Responden sejak beliau berpisah tempat tinggal
dengan Perayu, iaitu mulai Disember 2008 sehingga anak tersebut

8
[2013] 3 LNS 17 Legal Network Series

diambil oleh Perayu pada 16/01/2009. Selepas is di ambil oleh


Perayu, Responden telah mendapatkan perintah interim secara ex-
parte pada 23/08/2009 (lebih kurang 8 bulan selepas Perayu
mengambil anak) - Rekod Rayuan m.s 37. Selepas perintah Ex
Parte dikeluarkan anak dalam jagaan pihak Responden sehingga
01/12/2009. Bermula pada tarikh tersebut (01/12/2009) anak
tersebut telah di ambil semula olehpihak Perayu setelah perintah
ex parte itu luput kerana kegagalan Responden memfailkan kes
induk hadhanah. Anak tersebut terus dijaga oleh pihak Perayu
sehingga Mahkamah Bicara membuat keputusan kes hak jagaan
kekal pada 17/01/2012 walaupun perintah hadhanah sementara
yang kedua, (iaitu pada 01/12/2009) diberikan kepada Responden.
Berdasarkan fakta ini, maka sebenarnya tindakan pihak Perayu
sendiri yang menjadi penyebab jagaan tersebut bertukar-tukar.
Bukan keputusan Mahkamah Bicara yang menyebabkan jagaan
bertukar-tukar kerana Mahkamah Bicara kekal dengan
pendiriannya anak perlu dijaga oleh Responden sama ada
melalui perintah sementara dan juga perintah kekal. Fakta ini
juga nyata tidak sama dengan keputusan-keputusan Mahkamah
Rayuan Syariah yang dirujuk oleh pihak Perayu. Faktanya adalah
selepas bercerai anak tersebut kekal dalam jagaan satu pihak
tetapi Mahkamah Bicara dalam kes tersebut telah mengubah
penjaganya yang mana keputusan mengubah penjaga tersebut tidak
dipersetujui oleh Jemaah Pengadilan.

[ 1 9 ] Ol e h k e r an a i t u k a m i b er p e n d ap a t M a h k a m a h B i c ar a t i d ak
m e n y al a h i p r in si p t i d a k b o l eh b er t uk ar - tu k ar j ag aan y an g
d i p e m n t u k k a n ol e h s u b s e k sy en 8 5 ( 3 ) E n a k me n Un d an g - U n d an g
K el u ar g a d an t i d ak men y al ah i pr i n si p y an g di t eg a sk an Wan
Ab d u l A z i z ( su p r a ).

[20] Pihak Responden dalam hujah balasnya juga ada menyatakan


bahawa Y.A Hakim Bicara telah menilai berkenaan adanya unsur

9
[2013] 3 LNS 17 Legal Network Series

hasutan dalam mendidik Anak tersebut sehingga menimbulkan


kebencian dan keengganan Anak tersebut untuk bersama dengan
Responden. Kenyataan ini dapat dilihat melalui keterangan Perayu
sendiri sewaktu di soal balas:-

“anak itu suka je tak jumpa emak. Anak itu pernah saga ugut
hantar rumah Defendan, tetapi anak itu engga”. (Rekod
Rayttan m.s 16)

[21] Walaupun isu hasutan ini merupakan suatu isu yang besar
dalam hal hadhanah, malangnya pihak Perayu tidak menjawab isu
ini dalam hujah jawapannya sebaliknya hanya mengulang-ulang
semula hujah awalnya tanpa menjawabnya sedikitpun. Oleh yang
demikian kami dapati pihak Responden gagal untuk membuktikan
dapatan fakta yang dibuat oleh Hakim Bicara dalam
Penghakimannya (Rekod Rayuan m.s 52) sebagai suatu yang
terkhilaf di mana Y.A Hakim Bicara menyatakan:-

“Dalam keterangan Planitif ada memberitahu bahawa pernah


mengugut anak tersebut untuk dihantar kepada Defendan tetapi
anak tersebut tidak mahu kembali kepada ibunya. Pengakuan ini
seolah-olah ada hasutan daripada bapa anak tersebut-yang juga
Plaintif bahawa tinggal dengan ibunya akan berlaku sesuatu
yang tidak baik. Perlakuan ini adalah ajaran yang tidak baik
kepada anak-anak dengan tujuan membenci salah seorang
daripada ibunya kerana sepatutnya anak tersebut mendapat kasih
sayang daripada kedua ibubapanya walaupun telah bercerai”.

[22] Pihak Perayu menimbulkan isu tidak boleh bertukar-tukar hak


jagaan demi menjaga kebajikan anak tersebut dari segi emosi dan
sanubari Kanak-Kanak itu. Namun pada hemat kami soal kebajikan
anak tersebut cukup luas, bukan sahaja tidak baik bertukar jagaan
tetapi dalam semua aspek kebajikan termasuk juga dari sudut agama

10
[2013] 3 LNS 17 Legal Network Series

dan sahsiah diri. Kanak-kanak tersebut hendaklah dididik dengan


akhlak Islamiah supaya mentaati dan berbuat baik kepada kedua ibu
bapa sebagaimana firman Allah S W.T dalam Surah Lugman, ayat 14:

Terjemahan: Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada


kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan
menanggung kesukaran demi kesukaran (dari awal mengandung
hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya
ialah dalam masa dua tahun; (dengan demikian) bersyukurlah
kepadaKu dan kepada kedua ibubapa mu; dan (ingatlah), kepada
Allah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).”

[23] Begitu juga Hadis Nabi s.a.w yang terdapat dalam Sahih
Bukhari:-

Terjemahan: Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w


bertanya: “Wahai Rasulullah! Siapakah yang lebih berhak untuk aku
mempergaulinya dengan baik?” Jawap Rasulullah: “Ibu mu”. Lelaki
itu bertanya lagi: “kemudian siapa pula?” Rasulullah menjawab:
“ibumu” Lelaki itu bertanya lagi: “kemudian siapa pula?. Rasulullah
masih menjawab: “ibumu”. Untuk kali keempat Lelaki itu bertanya:
“kemudian siapa?. Rasulullah menjawab: “Ayahmu.”

11
[2013] 3 LNS 17 Legal Network Series

[24] Berdasarkan kedua-dua Nas/otoriti ini, jelas bahawa ketaatan


dan keperluan berbuat baik anak kepada ibunya melebihi berbuat
baik kepada bapa sehingga Syara’ meletakkan syurga seseorang
anak di bawah telapak kaki ibu. Maka perbuatan Perayu yang cuba
memberikan gambaran yang negatif kepada kanak-kanak mengenai
ibunya boleh menyebabkan anak tersebut tidak taat (derhaka)
kepada ibunya. Ini adalah suatu hal yang termasuk di dalam soal
kebajikan anak, bahkan is adalah perkara yang lebih besar dari soal
bertukar-tukar jagaan. Kami melihat pihak Perayu tidak menitik
beratkan perkara ini. Walaupun apapun masaalah yang berlaku
antara pihak Perayu dan Responden sehingga membawa kepada
perceraian, Karam baginya untuk menyemai benih kebencian anak
terhadap ibunya.

[25] Kesimpulannya dalam soal kebajikan ini, aspek tidak boleh


bertukar-tukar hak jagaan itu hanya merupakan suatu aspek yang
kecil dari soal kebajikan anak. Pada pendapat kami Jemaah
Pengadilan dalam kes Wan Abdul Aziz (supra) tidak lah bermaksud
menjadikan isu tidak boleh bertukar-tukar hak jagaan sebagai faktor
tunggal, sebaliknya aspek kebajikan lain perlu juga dilihat dan
dinilai apabila Jemaah Pengadilan menyatakan:-

... Dengan yang demikian itu, maka Jemaah Pengadilan


memutuskan bahawa oleh sebab dalam kes ini tidak ada
keterangan yang menunjukkan terjejasnya muslihat dan
kebaikan hidup Wan Anita Kartini dalam pemeliharaan Hajah
Wan Zubaidah danpenjagaan dan pengasuhan Wan Abdul Aziz,
maka penjagaan itu tidak harus diganggu.

[26] Oleh yang demikian hujah pihak Perayu bahawa Mahkamah


Bicara terkhilaf membuat keputusan hak penjagaan semata-mata
menimbangkan kelayakan hadhanah Responder’ adalah hujah yang
tidak tepat. Sebaliknya Mahkamah Bicara telah juga menimbangkan
soal kebajikan dari sudut agama dan sahsiah diri kanak-kanak

12
[2013] 3 LNS 17 Legal Network Series

tersebut yang tidak dibentuk dengan sewajarnya oleh pihak Perayu.


Keputusan Y.A Hakim Bicara meletakkan penjagaan kanak-kanak
tersebut atas prinsip mengutamakan kebajikan adalah menepati
kehendak susbseksyen 85 (2) Enakmen Undang-Undang Pentadbiran
Keluarga Islam (Negeri Terengganu) 1985 yang menetapkan:-

85. (1) ......

(2) untuk memutuskan dalam jagaan siapakah seseorang


kanak-kanak itu patut diletakkan, pertimbangan yang
utama ialah kebajikan kanak-kanak itu ... .

[27] Berdasarkan ulasan-ulasan tersebut, kami menolak alasan


rayuan 1, 2, 3 dan 5 pihak Perayu.

ISU KE-2: Sama ada Mahkamah Bicara terkhilaf kerana tidak


memanggil kanak-kanak tersebut membuat pilihan.

[28] Perayu berhujah bahawa semasa keputusan dibuat, kanak-


kanak tersebut berumur 6 tahun dan dalam coal memutuskan hak
hadhanah ini memerlukan penelitian yang halus dan terperinci
kerana ia melibatkan emosi, stigma dan trauma seseorang kanak-
kanak. Seterusnya Perayu berhujah bahawa adalah cukup khilaf
memberikan hadhanah anak kepada Responden jika anak tersebut
memilih dan bersetuju untuk tinggal dengan Perayu. Oleh itu
Mahkamah Bicara terkhilaf kerana tidak memanggil anak untuk
membuat pilihan.

[29] Kami bersetuju dengan hujah pihak Responden bahawa


mengikut statut (yang digubal mengikut Nas Syara’) bahawa hak
kanak-kanak untuk memilih penjaganya sama ada ibu atau bapanya
adalah jika ia telah mumaiyiz. Ia jelas diperuntukkan di bawah
Seksyen 83 Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam
(Negeri Terengganu) 1985, iaitu:-

13
[2013] 3 LNS 17 Legal Network Series

83. (1) Hak hadhinah bagi menjaga seorang kanak-kanak


adalah tamat setelah kanak-kanak itu mencapai umur tujuh
tahun, jika kanak-kanak itu lelaki, dan umur sembilan tahun,
jika kanak-kanak itu perempuan, tetapi Mahkamah boleh, atas
permohonan hadhinah, membenarkan dia menjaga kanak-
kanak itu sehingga kanak-kanak itu mencapai umur sembilan
tahun, jika kanak-kanak itu lelaki, dan umur sebelas tahun,
jika kanak-kanak itu perempuan.

(2) Setelah tamatnya hadhinah, penjagaan adalah turun


kepada bapa, dan jika kanak-kanak itu telah mencapai umur
kecerdikan (mumaiyiz) maka kanak-kanak itu adalah berhak
memilih untuk tinggal dengan sama ada ibu atau bapanya,
melainkan jika Mahkamah memerintahkan selainnya.

[30] Berdasarkan peruntukkan statut itu, jelas bahawa keperluan


untuk anak dipanggil untuk membuat pilihan adalah jika ia telah
mumaiyyiz. Kami dapati Mahkamah Bicara telah memutuskan
kanak-kanak tersebut belum mumaiyyiz. Dalam Alasan
Penghakimannya, beliau menyatakan seperti berikut:-

“Dalam kes ini, Anak tersebut Mohd Amirul Hakimi b. Mat


Ghani yang lahir pada 26 Januari 2006 sekarang berumur 5
tahun 11 bulan mengikut tahun qamariah. Maka mengikut
calendar Hijri yang mana kiraan hari dalam setahun sebanyak
360 hari, maka Anak tersebut sekarang berumur 6 tahun
qamariah lebih. Namun, ianya masih belum mencapai umur
kecerdikan (mumaiyyiz) dalam Mazhab Shafie yang mana
urufnya masyarakat kita mencapai umur 7 tahun qamariah.
Jadi, dalam kes ini, Anak tersebut belum boleti diberi hak
kepadanya untuk memilih penjaganya.”

[31] Dalam Penghujahannya, pihak Perayu tidak ada menunjukkan


kepada kami bahawa beliau semasa prosiding di Mahkamah Bicara

14
[2013] 3 LNS 17 Legal Network Series

telah membuktikan Kanak-kanak tersebut telah mumaiyyiz. “kami


juga dapati dan Rekod Rayuan, pihak Perayu tidak pernah memohon
kepada Mahkamah Bicara untuk Anak tersebut dipanggil bagi
menentukan tahap kecerdikannya. Dengan kegagalan tersebut, kami
berpendapat keputusan Y.A Hakim Bicara bahawa kanak-kanak
yang berumur 6 belum mumaiyyiz adalah merupakan keputusan
yang betul mengikut hukum zahir.

[32] Isu keperluan memanggil anak membuat pilihan ini hanya


dibangkitkan oleh pihak Perayu pada peringkat rayuan ini. Ia adalah
isu baru yang tidak pernah timbul semasa perbicaraan di Mahkamah
Bicara. Dalam kes-kes rayuan, kami telah banyak kali menyatakan
pendirian kami bahawa apabila dikatakan Mahkamah Bicara terkhilaf
tentang sesuatu isu, maka is hendaklah sesuatu yang telah
dikemukakan kepada Mahkamah Bicara untuk ditimbang dan dihalusi.

[33] Oleh yang demikian, kami menolak alasan ke-4 Perayu bahawa
Mahkamah Bicara terkhilaf kerana tidak memanggil Kanak-Kanak
tersebut membuat pilihan penjaganya.

[34] Akhir sekali kami nyatakan di sini bahawa kami tidak akan
membuat sebarang keputusan mengenai isu-isu berikut:-

i. isu tentang kelayakan hadhinah pihak Responden yang


banyak disentuh oleh pihak Responden dalam Penghujahannya
kerana pihak Perayu dalam rayuan ini tidak
mempertikaikannya atau tidak merayu terhadap kelayakan
hadhinah Responden.

ii. Isu tentang keputusan hak lawatan dan mengambil anak


yang diberikan kepada Perayu kerana pihak Perayu tidak ada
hujah sedikitpun mengenainya, walaupun dalam Notis Rayuan,
pihak Perayu menyatakan bahawa beliau merayu terhadap
keseluruhan keputusan. Mahkamah Bicara.

15
[2013] 3 LNS 17 Legal Network Series

Keputusan

SETELAH Kami meneliti Alasan Rayuan, Rekod-Rekod Rayuan


dan setelah dan meneliti hujah-hujah bertulis kedua-dua belah
pihak, MAKA kami sebulat suara memutuskan bahawa:-

Rayuan Pihak Perayu adalah ditolak.

TARIKH: 22 JANUARI 2013

(YAA TAN SRI DR IBRAHIM LEMBUT)


Pengerusi

KAUNSEL:

Bagi pihak Perayu - Mukhtar Abdullah; T/n Zamani Mohammad &


Co

Bagi pihak respondan - Mohd Nadzri Abdul Rahman; Jabatan


Bantuan Guaman Negeri Terengganu

Perundangan yang dirujuk:-

Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Terengganu) 1985, s.


85(2)(3).

Kes-kes yang dirujuk:-

Wan Abdul Aziz lwn. Siti Aishah [1975] 1 JH (1) 47

Mohd Radzi Hj Che Daud lwn. Khadijah Yaacob [2002] JH 149

Noorlita Kamaruddin lwn. Faiz Yeop [2004] CLJ (Sya) 198

16

You might also like