Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 60

PELAN

ANTIRASUAH
ORGANISASI
Organisational Anti-Corruption Plan (OACP)
KEMENTERIAN
PEMBANGUNAN
LUAR BANDAR
2020-2024
PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

ISBN 978-983-99255-6-2

Diterbitkan oleh:
Kementerian Pembangunan Luar Bandar
NO. 47, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya, MALAYSIA
Tel: 03-8000 8000
Faks: 03-8888 2366

Dicetak oleh:
Kraft Kingdom Venture
No 19, Jalan BPP 8/3
Pusat Bandar Putra Permai
Sri Kembangan
Petaling
43300, Mukim Petaling
Selangor, Malaysia

SEMUA HAK CIPTA TERPELIHARA. Tidak dibenarkan mengeluarkan mana-mana bahagian daripada bahan cetakan ini atau memindahkannya
ke dalam sebarang bentuk melalui sebarang cara sama ada secara eletronik atau mekanik, mendapat keizinan bertulis daripada Unit
Integriti KPLB. Sebarang edaran atau penghasilan semula mana-mana bahagian atau keseluruhan kandungan dalam apa jua bentuk
adalah dilarang. Sebarang pengeskploitasian untuk tujuan komersial tanpa kebenaran bertulis adalah tidak dibenarkan sama sekali.

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) KPLB 2020-2024 3


AMANAT
KEPIMPINAN
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan yang mulia Rasulullah SAW dan keluarga
serta para Sahabat RA serta semua yang mencontohi mereka hingga ke hari akhirat. Syukur dengan izin-Nya, Pelan Antirasuah Organisasi
atau Organisational Anti-Corruption Plan (OACP) bagi Kementerian Pembangunan Luar Bandar 2020-2024 dapat diterbitkan sebagai panduan
kepada warga Kementerian dalam mendukung aspirasi usaha pemantapan governans, integriti dan antirasuah, sekaligus bakal menyumbang
kepada kejayaan aspirasi nasional “Malaysia dikenali kerana integritinya”.

Integriti merupakan tunjang utama dalam pentadbiran sesebuah organisasi. Dalam konteks KPLB, budaya kerja berintegriti harus dilestarikan
dan dijayakan melalui tadbir urus yang baik di semua peringkat. Dengan adanya dasar dan prosedur kerja yang mantap, ia boleh menutup
ruang dan peluang berlakunya pelbagai salah laku seperti rasuah dan salah guna kuasa. Dalam masa yang sama, pendekatan holistik dan
kerohanian juga perlu diperkasakan sebagai peneguh jati diri warga Kementerian.

Saya yakin OACP KPLB ini akan berperanan sebagai sebuah pelan yang memberi faedah dan kesan positif bukan sahaja kepada Kementerian,
bahkan kepada rakyat jua khususnya penduduk-penduduk luar bandar yang menjadi pemegang taruh utama Kementerian ini. Oleh itu, saya
menyeru kepada diri saya dan warga Kementerian agar bersama-sama sepakat dalam usaha ke arah meningkatkan mutu penyampaian
perkhidmatan KPLB supaya lebih berintegriti, telus, bertanggungjawab dan diyakini.

Akhir kata, saya berharap agar OACP KPLB ini dapat dilaksanakan sebagaimana yang telah dirancang di samping memupuk impak positif dan
prestasi tinggi di kalangan warga KPLB.

Sekian.

.....................................................
(Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad)

4 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) KPLB 2020-2024


YB DATUK DR. ABD LATIFF AHMAD
Menteri
Pembangunan Luar Bandar

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) KPLB 2020-2024 5


PERUTUSAN
KETUA SETIAUSAHA
Saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah berjaya
menghasilkan satu pelan khusus sebagai panduan dalam agenda pemerkasaan integriti dan governans secara inklusif dan bersepadu.
Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) KPLB 2020-2024 dibangunkan dengan mengambil kira keperluan untuk membentuk budaya dan
sistem yang berteraskan governans dan integriti terutamanya dalam memberi perkhidmatan yang lebih berkualiti kepada rakyat.

Sebanyak 18 inisiatif telah dirangka untuk dilaksanakan oleh pelbagai Bahagian / Unit yang telah dikenalpasti sebagai peneraju
berdasarkan bidang keutamaan masing-masing dengan keperluan masakini. Kerangka dasar dan strategi di dalam OACP KPLB ini
terhasil melalui libat urus bersama semua pihak berkepentingan dan dimuktamadkan melalui Jawatankuasa Pembangunan OACP KPLB.
Jawatankuasa ini mencerminkan kesepakatan dan persetujuan bersama secara langsung bagi memastikan inisiatif-inisiatif yang telah
dipersetujui dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.

Untuk merealisasikan OACP KPLB, usaha perlu digembleng melalui pendekatan kerjasama dan perkongsian pintar bagi memacu
pelaksanaan semua strategi yang digariskan. Kerjasama dan sokongan semua pihak merupakan kunci utama bagi mencapai keberhasilan
yang dihasratkan.

Dalam hubungan ini, saya menyeru semua Warga KPLB menyemai iltizam tinggi untuk memastikan setiap dalam diri kita mengamalkan
budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh seterusnya dapat membendung salah laku jenayah serta pelanggaran
tatakelakuan dan etika organisasi.

Adalah menjadi harapan saya OACP KPLB mendapat sokongan semua peringkat agar dapat membentuk organisasi yang bebas rasuah
dengan warganya membudayakan elemen ketelusan, akauntabiliti dan integriti.

Sekian.

.....................................................
(Dato’ Dr. Ahmad Jailani bin Muhamed Yunus)

6 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) KPLB 2020-2024


YBHG. DATO’ DR. AHMAD JAILANI BIN MUHAMED YUNUS
Ketua Setiausaha
Kementerian Pembangunan Luar Bandar

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) KPLB 2020-2024 7


P E R N Y ATA A N K O M I T M E N
PENGURUSAN TERTINGGI KPLB
Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) KPLB 2020-2024 merupakan dasar antirasuah yang mencerminkan komitmen Pengurusan
Kementerian ini untuk mengamalkan ketelusan, kebertanggungjawaban dan integriti.

Bagi memastikan kejayaan pelaksanaan OACP KPLB, kami ingin menekankan bahawa semua inisiatif yang telah dikenalpasti perlu
dilaksanakan dengan penuh komitmen. OACP KPLB diharapkan akan dijadikan panduan bagi semua warga Kementerian khususnya
dan visi untuk mewujudkan “KPLB Sejahtera Tanpa Rasuah” dapat direalisasikan sekaligus membantu negara mencapai visi “NEGARA
BEBAS RASUAH” menjelang tahun 2024.

YBHG. DATO’ HAJAH NORISON BINTI RAMLI YBHG. DATUK CHE MURAD SAYANG BIN RAMJAN YBRS. TUAN MOHD KAMAL BIN HUSIN
Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Setiausaha Bahagian Kanan
Sektor Pembangunan Sektor Dasar (Khidmat Pengurusan)
Kementerian Pembangunan Luar Bandar Kementerian Pembangunan Luar Bandar Kementerian Pembangunan Luar Bandar

8 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) KPLB 2020-2024


Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) KPLB 2020-2024 OACP KPLB yang berkesan mampu membantu pengurusan atasan
dibangunkan berdasarkan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) dan membuat keputusan yang lebih telus, adil dan rasional. Pegawai
merupakan panduan dalam menangani isu rasuah, governans dan juga dapat menzahirkan frasa “saya yang menjalankan amanah’’
integriti di KPLB. Unit Integriti dengan kerjasama Suruhanjaya terhadap tanggungjawab yang diberikan sekiranya mendapat
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengadakan Bengkel sokongan yang padu dari semua peringkat pengurusan dan
Pembangunan OACP KPLB pada 29-30 Oktober 2019 dengan pelaksana di Kementerian.
penyertaan daripada Ahli Jawatankuasa Pembangunan OACP
KPLB dan wakil daripada setiap Bahagian / Unit di KPLB.

Visi OACP KPLB 2020-2024 adalah untuk mewujudkan KPLB


Sejahtera Tanpa Rasuah melalui penetapan satu misi iaitu
meningkatkan kecekapan, ketelusan dan akauntabiliti
Kementerian berdasarkan tadbir urus baik. Daripada misi tersebut,
ia membentuk dua matlamat OACP KPLB iaitu, (1) meningkatkan
kecekapan dan responsif dalam penyampaian perkhidmatan
Kementerian serta (2) membina ketelusan dan akauntabiliti
dalam perolehan awam dan tadbir urus korporat.

Bagi matlamat (1), strategi yang digariskan di dalam OACP


KPLB khusus bagi pentadbiran awam adalah memperkukuhkan
kecekapan penyampaian perkhidmatan awam. Bagi matlamat
(2), strategi bagi perolehan awam adalah mempertingkatkan
keberkesanan perolehan awam manakala strategi bagi tadbir
urus korporat pula adalah memupuk tadbir urus baik dalam entiti
korporat.

Daripada kerangka tersebut, sebanyak 18 inisiatif telah dirangka


untuk dilaksanakan oleh pelbagai Bahagian / Unit yang telah
dikenalpasti sebagai peneraju berdasarkan bidang keutamaan
masing-masing. Peneraju inisiatif bertindak sebagai penyelaras
pelaksanaan manakala Unit Integriti akan memantau kemajuan
dan prestasi pelaksanaannya agar memenuhi objektif yang telah
digariskan.

RINGKASAN
Adalah penting untuk memastikan semua indikator yang boleh
menunjukkan kegagalan dalam fasa pelaksanaan pelan dikenal
pasti dan dikaji semula untuk penambahbaikan. Indikator ini
akan berfungsi sebagai panduan kepada Unit Integriti untuk

EKSEKUTIF
merangka penambahbaikan dan pengupayaan semula setiap
inisiatif di dalam OACP KPLB. Amalan ini juga perlu untuk tujuan
kebertanggungjawaban serta meneguhkan usaha penyelarasan.

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) KPLB 2020-2024 9


SENARAI NAMA SINGKATAN
ABMS Anti-Bribery Management System KESEDAR Lembaga Kemajuan Kelantan
BDA Lembaga Kemajuan Bintulu Selatan (South Kelantan
(Bintulu Development Authority) Development Authority)
BPA Biro Pengaduan Awam KETENGAH Lembaga Kemajuan Terengganu
Tengah (Central Terengganu
CPI Indeks Persepsi Rasuah Development Authority)
(Corruption Perception Index)
KKLW Kementerian Kemajuan Luar
DPLB Dasar Pembangunan Luar Bandar Bandar dan Wilayah
FELCRA Lembaga Penyatuan dan KPLB Kementerian Pembangunan Luar
Pemulihan Tanah Persekutuan Bandar
(Federal Land Consolidation and
Rehabilition Authority) LKAN Laporan Ketua Audit Negara
FELDA Lembaga Kemajuan Tanah MARA Majlis Amanah Rakyat
Persekutuan (Federal Land NACP Pelan Antirasuah Nasional
Development Authority) (National Anti Corruption Plan)
GIACC Pusat Governans, Integriti dan OACP Pelan Antirasuah Organisasi
Antirasuah Nasional (Governans (Organisation Anti Corruption Plan)
Integrity Anti Corruption Centre) PERDA Lembaga Kemajuan Wilayah
IGU Unit Integriti dan Governans Pulau Pinang (Penang Regional
(Integrity Governans Unit) Development Authority)
JAKOA Jabatan Kemajuan Orang Asli RISDA Pihak Berkuasa Kemajuan
JKKMAR Jawatankuasa Khas Kabinet Pekebun Kecil Perusahaan Getah
Mengenai Antirasuah (Rubber Industry Small Holder
Development Authority)
KEDA Lembaga Kemajuan Wilayah
Kedah (Kedah Regional SALCRA Lembaga Penyatuan dan
Development Authority) Pemulihan Tanah Sarawak
(Sarawak Land Consolidation and
KEJORA Lembaga Kemajuan Johor Rehabilitation Authority)
Tenggara (South East Johor
Development Authority) SPRM Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia
KEMAS Jabatan Kemajuan Masyarakat

10 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) KPLB 2020-2024


Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan hendaklah ada diantara kamu satu puak yang menyeru kepada
kebajikan dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta
melarang daripada segala yang salah. Dan mereka yang demikian
ialah orang yang berjaya”

Surah Al-Imran: 104

Sabda Rasulullah SAW:

“Pemberi rasuah dan penerima rasuah akan masuk ke dalam api


neraka”

-Riwayat at-Thobarani

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) KPLB 2020-2024 11


ISI
AMANAT KEPIMPINAN
PERNYATAAN KOMITMEN

KANDUNGAN
RINGKASAN EKSEKUTIF
SENARAI SINGKATAN NAMA
KANDUNGAN

BAB 1 :
PENGENALAN

BAB 2 :
CABARAN MENANGANI RASUAH

BAB 3:
MENGENAI KERANGKA PELAN

BAB 4:
PELAN TINDAKAN OACP KPLB

BAB 5:
KAEDAH PEMANTAUAN DAN PENILAIAN
KESIMPULAN
PENGHARGAAN

12 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) KPLB 2020-2024


4
8
9
10
12

Latar Belakang Organisasi 16


Visi, Misi, Moto, Objektif 18
Pelaksanaan Dasar Integriti dan Tadbir Urus KPLB 19

Keperluan Organisasi Menangani Rasuah Dari Pelbagai Perspektif 24


Penilaian Risiko 25
Kupasan Data 27 12.00

Kerangka OACP KPLB 36


Aktiviti Dan Bidang Utama Yang Terdedah Kepada Rasuah, Masalah
38
Pelanggaran Integriti Dan Tadbir Urus
Keutamaan Strategi: Penekanan 18 Inisiatif 39
Inisiatif 1-18 44

Strategi 1 - 3 44

Mekanisme Pelaksanaan Dan Pemantauan 50


Mekanisme Penyelarasan dan Penilaian 52

53
54

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) KPLB 2020-2024 13


INTEGRITI
“Kerajaan pimpinan saya juga akan
memberi keutamaan kepada usaha-usaha
untuk meningkatkan integriti dan tadbir
urus Kerajaan yang baik”
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Perdana Menteri Malaysia
2 Mac 2020
Jabatan Perdana Menteri

14 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) KPLB 2020-2024


BAB 1
PENGENALAN
Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) telah ditubuhkan
LATAR BELAKANG
LATAR BELAKANG pada 17 November 1959 dengan nama asalnya Kementerian
Pembangunan Negara dan Luar Bandar (KPNLB).
KEMENTERIAN
KEMENTERIANPEMBANGUNAN
PEMBANGUNAN Pada era awal penubuhannya, pendekatan KPLB adalah bercorak
LUAR BANDAR
LUAR BANDAR ecocentric iaitu memfokuskan kepada pembangunan ekonomi dan

16 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) KPLB 2020-2024


fizikal kawasan luar bandar supaya penduduk luar bandar dapat KPLB berubah kepada bercorak homocentric dengan memberi
menikmati kemudahan asas dan berpeluang meningkatkan taraf fokus kepada usaha menggilap kualiti modal insan di luar
sosioekonomi melalui pengusahaan tanah. bandar melalui peningkatan pengetahuan, kemahiran dan jati diri
kumpulan sasar secara berterusan.
Bermula pada tahun 1994, dengan pelancaran Falsafah dan
Strategi Baru Pembangunan Luar Bandar (FSBPLB), pendekatan Dapat dirumuskan bahawa pembangunan luar bandar merupakan
satu komitmen Kerajaan yang berterusan bagi merealisasikan
Wawasan Kemakmuran Bersama menjelang tahun 2030. Perkara
ini sejajar dengan sejarah panjang KPLB sejak tahun 1959 yang
dirumuskan dalam Jadual 1 seperti berikut:

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) KPLB 2020-2024 17


VISI MENJADI PENERAJU KEMAJUAN LUAR BANDAR
MISI LUAR BANDAR SECARA MENYELURUH DAN BERKESAN
MENINGKATKAN KESEJAHTERAAN MASYARAKAT

MOTO LUAR BANDAR SEJAHTERA


Tema “Luar Bandar Sejahtera” dipilih bagi mencapai aspirasi kawasan luar bandar yang kondusif sebagai
tempat tinggal, menjana pendapatan dan membina kehidupan. Pembangunan ini bukan sahaja tertumpu kepada
pembangunan infrastruktur tetapi juga ekonomi dan modal insan ke arah kemajuan dan kesejahteraan di kawasan
luar bandar. Melalui pembangunan luar bandar yang inklusif, ia akan menaik taraf dan meningkatkan kualiti
hidup masyarakat luar bandar dan seterusnya memenuhi keperluan sosioekonomi, fizikal, rohani dan sahsiah.

18 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) KPLB 2020-2024


PELAKSANAAN DASAR INTEGRITI DAN
TADBIR URUS KPLB
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah
(JKKMAR) kali pertama yang dipengerusikan oleh YAB Perdana
Menteri pada 8 Jun 2018 telah memutuskan bahawa setiap
Kementerian / Jabatan perlu merangka dan menyediakan Pelan
Antirasuah Organisasi (OACP) masing-masing berpandukan Pelan
Antirasuah Nasional (NACP) bagi menggantikan Pelan Integriti
Nasional (PIN). Penyediaan Pelan Antirasuah ini bertujuan untuk
menetapkan sasaran yang praktikal berdasarkan inisiatif yang
akan diambil dalam menangani masalah rasuah, integriti dan
tadbir urus dalam negara bagi tempoh lima (5) tahun akan datang.

Justeru itu, dalam merangka penyediaan OACP KPLB ini, segala


bentuk usaha pencegahan rasuah yang telah dilaksanakan
sebelum ini di bawah Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus (JITU)
iaitu Pelan Integriti Nasional (PIN) dan Program Transformasi
Kerajaan 2.0 telah diambil kira selain daripada rujukan utama iaitu
Pelan Antirasuah Nasional (NACP). Di bawah inisiatif PIN sebelum
ini, Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah mewujudkan
Pelan Integriti Organisasi (PIO) sebagai panduan Kementerian
dalam menangani isu-isu integriti dan tadbir urus.

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) KPLB 2020-2024 19


PELAN INTEGRITI ORGANISASI (PIO) KPLB
Dokumen Pelan Integriti Organisasi (PIO) KPLB menggariskan pendekatan, strategi dan pelan tindakan ke arah mengukuhkan nilai
murni dan integriti di kalangan warga KPLB. Penghasilan pelan ini merupakan usaha menyediakan panduan bertulis kepada semua
warga KPLB mengenai tindakan yang boleh dilaksanakan dalam usaha mengukuhkan nilai murni dan integriti.

Objektif PIO KPLB dalam jangka masa panjang adalah untuk melahirkan warga KPLB yang berpegang teguh kepada nilai murni dan etika
serta berintegriti dalam menjalani semua aspek kehidupan seharian. Secara khusus, pelan ini bertujuan meningkat dan mengukuhkan
tahap kesedaran, komitmen dan kerjasama warga KPLB di semua peringkat di samping memantap dan membudayakan nilai murni dan
integriti dalam penyampaian perkhidmatan kepada kumpulan sasar dan stakeholder.

PIO KPLB menggariskan lima (5) strategi yang akan dilaksanakan dalam usaha memperkukuhkan nilai murni dan integriti di kalangan
warganya secara berterusan. Strategi ini dapat ditunjukkan menerusi Rajah berikut:

20 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) KPLB 2020-2024


DASAR
PEMBANGUNAN LUAR BANDAR 2018-2023
Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB) dengan visi Luar Bandar Sejahtera merupakan suatu perancangan untuk merealisasikan
program pembangunan luar bandar yang inklusif bagi memenuhi kehendak, jangkaan dan keperluan rakyat. Dasar ini menjadi satu
kerangka hala tuju yang komprehensif dalam membangunkan luar bandar untuk tempoh sehingga tahun 2030. Penggubalan dasar
ini berasaskan tiga prinsip iaitu kemampanan dengan mengutamakan kualiti dan kesejahteraan hidup bermasyarakat, inklusif yang
mengambil kira pembangunan seimbang dalam segenap aspek kehidupan dan holistik merangkumi pelbagai dimensi seperti sosial,
ekonomi, rohani, fizikal, budaya dan tadbir urus.

Tiga prinsip penggubalan dasar yang akan dijadikan panduan iaitu prinsip pertama adalah kemampanan, dengan mengutamakan kualiti
dan kesejahteraan hidup bermasyarakat. Prinsip kedua adalah inklusif iaitu pembangunan yang mengambil kira keseimbangan kaum,
gender, kumpulan umur, keupayaan diri, tahap pendidikan, pendapatan dan kedudukan geografi. Prinsip yang ketiga adalah holistik, iaitu
merangkumi pelbagai dimensi seperti sosial, ekonomi, rohani, fizikal, budaya dan tadbir urus. Penggubalan DPLB ini adalah sebahagian
daripada dasar-dasar nasional sedia ada.

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) KPLB 2020-2024 21


“Hanya nilai integriti, kejujuran dan amanah yang kukuh dalam
diri seseorang dapat menangkis godaan rasuah serta salah
guna kuasa. Walaupun memiliki wang yang banyak, hujung
tahun dapat bonus dan ada lagi ganjaran lain, tetapi hidup tidak
seronok kerana apa yang kita miliki itu tidak berkat”.

Datuk Seri Mohd Zuki Ali


Ketua Setiausaha Negara

22 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) KPLB 2020-2024


BAB 2
KEPERLUAN ORGANISASI MENANGANI RASUAH
DARIPADA PELBAGAI PERSPEKTIF
KEPERLUAN Berdasarkan trend rasuah di Malaysia dalam tempoh
lima(5) tahun yang lalu (2013-2018), sektor awam dilihat

ORGANISASI
sebagai sektor yang paling berisiko terhadap amalan
rasuah. Berbanding tahap risiko 17.06 peratus oleh sektor
swasta, sektor awam mencatatkan tahap risiko yang jauh

MENANGANI lebih tinggi, iaitu 63.30 peratus. Hal ini disebabkan oleh
tadbir urus yang lemah dalam bidang perolehan, agensi

RASUAH
penguatkuasaan undang-undang serta pentadbiran.
Fenomena risiko rasuah yang tinggi di sektor awam ini turut
disokong oleh statistik SPRM.

DARIPADA Kedudukan Malaysia bagi Indeks Persepsi Rasuah (CPI)


bagi tahun 2019 meningkat ke tangga 51 daripada 180

PELBAGAI negara berbanding pada tangga 61 pada tahun 2018.


Walau bagaimanapun, skor indeks hanya mampu untuk

PERSPEKTIF menggambarkan kedudukan relatif sesebuah negara dalam


carta rasuah antarabangsa. Nilai skor ini tidak berupaya
untuk menggambarkan apatah lagi mengukur dengan tepat
tahap pencapaian inisiatif antirasuah di sesebuah negara.

Berdasarkan konteks semasa, senario ini turut memberi


impak kepada KPLB kerana fungsi utama KPLB amat
berkait rapat kepada penyampaian perkhidmatan kepada
rakyat khususnya masyarakat di luar bandar. Sekiranya isu
integriti dan rasuah berleluasa dan tidak ditangani dengan
sewajarnya maka ia bukan sahaja akan mengakibatkan
kerugian dana awam bahkan integriti sektor awam dalam
menjamin keselamatan dan kemakmuran bersama akan
turut dipersoalkan.

24 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) KPLB 2020-2024


PENILAIAN RISIKO
Pengurusan risiko rasuah amat penting dalam memastikan risiko-risiko rasuah yang wujud dalam sesuatu perkara itu dapat
dikenalpasti dan seterusnya dihapuskan ataupun dikurangkan. Dari segi konteks, apabila sesuatu risiko telah dapat dikenalpasti dalam
sesuatu program ataupun projek, ia pasti akan dapat membantu pihak pengurusan tertinggi dalam membuat keputusan yang lebih
tepat berkenaan sesuatu prosedur / projek / program.

Justeru itu, dalam pembangunan OACP KPLB, pelbagai data telah diperolehi sepanjang penilaian risiko dijalankan. Data-data tersebut
adalah seperti berikut:

1. Pelan Pengurusan Risiko Rasuah KPLB (CRM) 2018-2022

Merupakan satu alat pengurusan yang boleh membantu mewujudkan sebuah sistem pengurusan yang bercirikan antirasuah dan
mendukung nilai integriti. Pelaksanaan CRM di dalam organisasi dapat membantu mengenal pasti risiko-risiko utama yang perlu
dibanteras bagi mewujudkan tadbir urus terbaik di samping menutup ruang dan peluang rasuah, salah guna kuasa serta penyelewengan.

Sebanyak 21 risiko dan 26 pelan tindakan / inisiatif telah dikenalpasti berdasarkan Pelan Pengurusan Risiko Rasuah KPLB sebagaimana
Jadual
TAHAP berikut:
RISIKO JUMLAH PELAN TINDAKAN
TINGGI (HIGH) 3 11
SIGNIFIKAN (SIGNIFICANT) 5 15
SEDERHANA (MODERATE) 12 -
RENDAH (LOW) 1 -
JUMLAH KESELURUHAN 21 26

Tahap Risiko dan Pelan Tindakan Pengurusan


Risiko Rasuah, KPLB

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) KPLB 2020-2024 25


2. Data Yang Dikumpulkan Dari Pelbagai Agensi

Merupakan data yang dikumpulkan dalam bentuk statistik atau laporan-laporan berkenaan kelemahan governans, integriti dan isu-
isu rasuah daripada agensi-agensi lain iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Laporan Ketua Audit Negara (LKAN)
daripada Jabatan Audit Negara dan Biro Pengaduan Awam (BPA). Keseluruhan data-data ini dirangkumkan bagi mengenal pasti isu-isu
utama melibatkan aspek pelanggaran integriti dan kelemahan governans di KPLB.

3. Data Dalaman

Data dalaman merupakan statistik kesalahan dan hukuman tatatertib, aduan-aduan awam melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam
(SISPAA), Laporan Sistem Pengurusan Audit Nilai (SPAN) KPLB dan Laporan Audit Dalam KPLB, isu-Isu yang dibangkitkan dalam
Mesyuarat Jawatankuasa Antirasuah KPLB dan input-input daripada peserta-peserta bengkel OACP KPLB.

4. Kaji Selidik Berkaitan Isu Rasuah, Governans Dan Integriti KPLB

Merupakan analisa data yang diperolehi daripada responden kaji selidik, bertujuan mengukur persepsi dan pandangan terhadap isu
rasuah, governans dan integriti di peringkat KPLB. Responden merupakan warga-warga KPLB sendiri daripada pelbagai peringkat.

Dalam usaha mendapatkan fakta yang mencukupi, setiap maklumat dan data yang diperolehi daripada sumber-sumber di atas telah
dianalisa dan diperincikan untuk mengenal pasti risiko-risiko salah guna kuasa, penyelewengan dan rasuah yang berlaku dan mungkin
berlaku di KPLB. Data daripada pelbagai sumber ini seterusnya dianalisa berdasarkan nilai kekerapan untuk tempoh lima (5) tahun dan
impaknya kepada KPLB.

26 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) KPLB 2020-2024


KUPASAN DATA
Pembangunan OACP KPLB dijalankan dengan menggunakan sumber hard data dan soft data yang dikumpul bagi mendapatkan rumusan
yang tepat. Kupasan kesemua data ini adalah penting bagi menyokong keperluan satu pelan khusus untuk mencegah perlakuan rasuah
di KPLB secara khusus. Berikut adalah analisa data yang dikumpul dan penemuan hasil kaji selidik yang dihuraikan secara deskriptif.

1. Analisa Ke Atas Data Tatatertib Di KPLB (2015-2019)

Bilangan Kes
Data di sebelah menunjukkan bilangan kes tatatertib
yang berlaku di KPLB iaitu sebanyak 21 kes sahaja
sepanjang tahun 2015 hingga 2019. Kes paling banyak
direkodkan pada tahun 2015 iaitu 9 kes tetapi menurun
dengan mendadak pada tahun-tahun seterusnya.
Penurunan ini menunjukkan intervensi yang berkesan
telah diambil oleh KPLB bermula tahun 2016 sehingga
sekarang. Secara umumnya, kes tatatertib di KPLB
adalah terkawal dan tidak serius.

Sumber: Unit Integriti KPLB

Tahun

Bilangan Kes Tatatertib KPLB Tahun 2015-2019

Berikut adalah graf dan carta bagi kes-kes


tatatertib yang dipecahkan mengikut jenis
kesalahan:

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) KPLB 2020-2024 27


Bilangan Kes
Sepanjang tahun 2015 hingga 2019, hanya
terdapat dua kes mahkamah melibatkan
pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan
Profesional dan tiada kes direkodkan
bagi Kumpulan Pelaksana.

Tahun

Kes Mahkamah di Bawah Kesalahan Jenayah Bagi Tahun


2015 Hingga 2019 (2 kes)
Sumber: Unit Integriti KPLB

Bilangan Kes

Dalam tempoh 2015 sehingga 2019, graf


menunjukkan trend penurunan kes
kesalahan tidak hadir bertugas.

Tahun

Kes Kesalahan Tidak Hadir Bertugas


Bagi Tahun 2015 Hingga 2019 (9 kes)
Sumber: Unit Integriti KPLB

28 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) KPLB 2020-2024


Bilangan Kes

Dalam tempoh 2015 sehingga 2019,


berdasarkan graf secara purata setiap
bahagian mencatatkan satu (1) kes
sahaja .

Bahagian/Unit

Kes Tidak Hadir Bertugas Mengikut Bahagian


Bagi Tahun 2015 Hingga 2019 (8 kes)
Sumber: Unit Integriti KPLB

Bilangan Kes
Pola statistik kes yang diterima
menunjukkan penurunan dalam tempoh
2015 sehingga 2019. Antara faktor
penyumbang kepada penurunan kes
adalah melalui taklimat kesedaran dan
program pengukuhan integriti yang
dilaksanakan oleh Unit Integriti,KPLB.

Tahun

Kes Kesalahan Melanggar Tatacara Perolehan


Bagi Tahun 2015 Hingga 2019 (5 kes)
Sumber: Unit Integriti KPLB

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) KPLB 2020-2024 29


Bilangan Kes Dalam tempoh 2015 sehingga
2019, berdasarkan graf secara
purata setiap bahagian terlibat
mencatatkan satu (1) kes sahaja .

Bahagian/Unit
Di KPLB

Kes Kesalahan Melanggar Tatacara Perolehan


Mengikut Bahagian Bagi Tahun 2015 Hingga 2019 (5 kes)
Sumber: Unit Integriti KPLB

Secara keseluruhan, carta menunjukkan 3


kes (67 peratus) yang melakukan kesalahan
mengemukakan tuntutan palsu adalah
terdiri daripada Kumpulan Perkhidmatan
Pengurusan dan Profesional.

Kesalahan Tuntutan Palsu Mengikut


Kumpulan Perkhidmatan (Tahun 2019) di KPLB (3 kes)

Pengurusan dan Profesional


(67%)

Kumpulan Pelaksana (33%)

30 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) KPLB 2020-2024


2. Hasil Kaji Selidik

a. Analisa Isu Rasuah, Governans Dan Integriti

Rumusan Kaji Selidik berkaitan Rasuah, Governans,


Integriti yang dibuat ke atas warga KPLB.

Ya (90.27%)

Tidak (9.73%)

Secara keseluruhannya, sebilangan besar (90.73 peratus) warga KPLB mempunyai pengetahuan dan jelas tentang undang-undang,
dasar, peraturan, pekeliling, arahan, perintah tetap, garis panduan dan senarai tugas. Ini adalah selari dengan tugas dan tanggungjawab
yang dilaksanakan dan budaya kerja yang diamalkan di KPLB.

Bagaimanapun, pendedahan secara berterusan perlu diberikan melalui taklimat, penerangan, kursus dan mesyuarat bagi memastikan
seluruh warga KPLB mempunyai kefahaman yang sekata dan selari dengan kehendak pengurusan atasan Kementerian.

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) KPLB 2020-2024 31


b. Analisa Berkaitan Punitif

Hasil kaji selidik menunjukkan sebilangan


besar warga KPLB (84.57 peratus)
Rumusan Bagi percaya bahawa KPLB memandang serius
Komponen Punitif perlanggaran tatatertib oleh pegawai atau
kakitangannya dan mengambil tindakan
tatatertib yang sewajarnya.
Ya (84.57%)

Tidak (15.42%)

c. Analisa Berkaitan Kawalan Dalaman

Hasil kaji selidik menunjukkan sebilangan


besar warga KPLB (83.7 peratus)
Rumusan Bagi Komponen mempercayai bahawa KPLB telah
Kawalan Dalaman mengamalkan kawalan dalaman yang
berkesan dalam tadbir urus Kementerian.

Ya (83.7%)

Tidak (16.22%)

32 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) KPLB 2020-2024


PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) KPLB 2020-2024 33
“Ketua Jabatan harus memainkan peranan dengan mengambil
tindakan tegas dan segera terhadap penjawat awam apabila
terdapat teguran dan ketidakakuran di agensi masing-masing
seperti dilaporkan pihak audit. Ini penting kerana Kerajaan amat
memandang serius isu ketirisan hasil negara, termasuk disebabkan
oleh kesalahan atau kecuaian dilakukan penjawat awam, selain
komited untuk mewujudkan perkhidmatan awam yang berprestasi
tinggi, berintegriti dan proaktif”.

Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman


Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

34 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) KPLB 2020-2024


BAB 3
MENGENAI KERANGKA PELAN
MENGENAI KERANGKA PELAN
Kerangka ini secara keseluruhannya bertujuan untuk mengenal pasti misi penting yang akan menyumbang kepada keberkesanan
antirasuah, governans dan integriti di KPLB. Beberapa bidang berisiko yang terdedah kepada perlakuan rasuah dan salah laku telah
dikenalpasti melalui kajian dan analisa terperinci terhadap data dan dapatan kajian daripada pelbagai sumber.

Hasilnya, OACP KPLB berjaya dihasilkan dengan berteraskan kerangka yang mengandungi misi, visi, dua (2) matlamat, tiga (3) bidang
keutamaan dan tiga (3) strategi. Tiga (3) strategi ini pula dipecahkan kepada empat (4) objektif strategik yang mengandungi 18 inisiatif
untuk dilaksanakan.

MISI ‘KPLB SEJAHTERA TANPA RASUAH’

VISI MENINGKATKAN KECEKAPAN, KETELUSAN DAN AKAUNTABILITI


KEMENTERIAN BERDASARKAN TADBIR URUS BAIK

KECEKAPAN DAN
MATLAMAT RESPONSIF DALAM KETELUSAN DAN AKAUNTABILITI BERDASARKAN
PENYAMPAIAN TADBIR URUS BAIK
PERKHIDMATAN

SEKTOR PEROLEHAN TADBIR URUS


BIDANG PENTADBIRAN
KEUTAMAAN AWAM KORPORAT
AWAM

MEMPERTINGKATKAN
MEMPERKUKUHKAN KEBERKESANAN DAN MEMUPUK TADBIR URUS
STRATEGI KECEKAPAN PENYAMPAIAN BAIK DALAM
KETELUSAN PEROLEHAN
PERKHIDMATAN AWAM AWAM ENTITI KORPORAT

36 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) KPLB 2020-2024


MENINGKATKAN
INTEGRITI, KETELUSAN
DAN KEBERKESANAN
OPERASI ENTITI
KORPORAT

Strategi, Objektif Strategik dan Inisiatif OACP KPLB

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) KPLB 2020-2024 37


AKTIVITI DAN BIDANG UTAMA YANG TERDEDAH KEPADA
RASUAH, MASALAH PELANGGARAN INTEGRITI DAN
TADBIR URUS
1. Menurut Gordon dan Milakovich, pentadbiran sektor awam merujuk kepada segala proses,
PENTADBIRAN organisasi dan individu yang terlibat dalam pelaksanaan undang-undang dan peraturan
SEKTOR yang diputuskan atau dikeluarkan oleh badan perundangan, eksekutif dan kehakiman di
AWAM samping terlibat dalam proses penggubalan undang-undang dan peraturan yang berkenaan.
Sehubungan itu, sistem penyampaian perkhidmatan awam yang cekap amat diperlukan bagi
menjamin kelancaran dan keberkesanan pelaksanaan dasar dan strategi pembangunan
negara. Sistem penyampaian perkhidmatan yang cekap juga perlu, bagi memenuhi tuntutan
rakyat dan masyarakat perniagaan yang terus meningkat.

2. Perolehan adalah satu proses yang dilakukan oleh sesebuah agensi bagi mendapatkan sesuatu
PEROLEHAN keperluannya daripada pihak ketiga dengan menggunakan wang yang telah diperuntukkan,
AWAM mengikut undang-undang, tatacara dan garis panduan yang ditetapkan serta mengambil kira
prinsip dan dasar semasa Kerajaan yang berkaitan. Berdasarkan kepada senario semasa,
perolehan merupakan salah satu bidang dalam urusan Kerajaan yang paling terdedah kepada
risiko rasuah dan salah guna kuasa.

3. Tadbir Urus Korporat merujuk kepada sistem peraturan, amalan dan proses tentang bagaimana
TADBIR sesebuah organisasi diteraju dan dikawal. Dalam konteks KPLB, terdapat syarikat yang
URUS ditubuhkan di bawah Agensi Kementerian dan dikawal selia sepenuhnya oleh Kementerian.
KORPORAT Justeru adalah penting Kementerian dapat memastikan syarikat menggunakan modal
dengan cekap dan mengambil kira kepentingan pelbagai pihak di mana mereka beroperasi.
Syarikat-syarikat milik Kerajaan bukan sahaja bertanggungjawab kepada pemegang saham
semata-mata, bahkan juga kepada pemegang taruh dari kalangan pemimpin dan rakyat, demi
kepentingan masyarakat secara keseluruhannya.

38 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) KPLB 2020-2024


Terdapat sebanyak 18 inisiatif yang telah dikenalpasti di
dalam OACP KPLB. Inisiatif ini telah difokuskan berdasarkan
jangkaan impak yang besar ke arah kejayaan OACP KPLB dalam KEUTAMAAN STRATEGI:
memantapkan integriti, tadbir urus dan antirasuah di KPLB.
Kesemua 18 inisiatif ini perlu diberi penekanan untuk tindakan oleh PENEKANAN 18 INISIATIF
setiap peneraju yang melibatkan tiga (3) strategi utama OACP KPLB.

STRATEGI 1
MEMPERKUKUHKAN KECEKAPAN
PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM

STRATEGI 2
MEMPERTINGKATKAN KEBERKESANAN
DAN KETELUSAN PEROLEHAN AWAM

STRATEGI 3 MEMUPUK TADBIR URUS


BAIK DALAM ENTITI KORPORAT

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) KPLB 2020-2024 39


BIL INISIATIF STRATEGI
1 Mengadakan kursus / taklimat / program kesedaran tentang etika penggunaan aset alih Strategi 1
dan kenderaan Jabatan.
2 Mengadakan kursus / taklimat / program berkenaan tatacara dan tanggungjawab Strategi 1
penyeliaan.
3 Mengadakan program-program berbentuk kerohanian dan penerapan nilai-nilai murni. Strategi 1
4 Melaksanakan sesi bacaan doa khusus tentang pematuhan dan akauntabiliti pada setiap Strategi 1
pagi beserta sesi tazkirah pendek.
5 Melaksanakan proses dan prosiding tatatertib yang tegas sebagai pengajaran kepada Strategi 1
pelaku kesalahan tatatertib.
6 Melaksanakan sebaran dan hebahan kes-kes yang telah dijatuhkan hukuman tatatertib Strategi 1
kepada semua pegawai dan kakitangan sebagai peringatan.
7 Melaksanakan kursus / latihan berkaitan Akta Rahsia Rasmi dan pengurusan dokumen Strategi 1
terperingkat kepada semua pegawai dan kakitangan.
8 Mengadakan kursus / latihan berkenaan pematuhan dan pengurusan kewangan Kerajaan Strategi 1
kepada semua pegawai dan kakitangan.
9 Memantapkan sistem koordinasi maklumat berkaitan dengan senarai kontrak / perunding Strategi 1
yang telah disenaraihitam dengan menyemak maklumat kontraktor melalui Centralized
Information Management System (CIMS) milik Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan
Malaysia (CIDB) manakala maklumat perunding disemak daripada Sistem ePerunding
milik Kementerian Kewangan (MOF).
10 Melaksanakan pusingan kerja yang kerap bagi pegawai di jawatan sensitif dan hot spot. Strategi 1
11 Mengadakan sesi libat urus secara berkala bersama Bahagian / Unit / Jabatan bagi Strategi 1
mengenalpasti isu-isu atau masalah melibatkan tadbir urus dan integriti.
12 Melaksanakan naziran pematuhan bagi komponen tadbir urus ke Bahagian / Unit / Jabatan Strategi 1
bagi mengenalpasti tahap pematuhan pentadbiran, sistem kerja dan prosedur.
13 Pengendalian dokumen tender melalui kaedah keselamatan (encrypt) melalui imbasan dan Strategi 2
muatnaik ke dalam ‘tablet’ ahli mesyuarat Jawatankuasa Tender dan Sebut Harga (secara
berperingkat) bagi mencegah kebocoran maklumat akibat edaran secara hardcopy.

40 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) KPLB 2020-2024


BIL INISIATIF STRATEGI
14 Melaksanakan proses perolehan berasaskan Garis Panduan Pengurusan Dokumentasi Strategi 2
Perolehan Tender Kerja di KPLB yang berkuatkuasa pada 4 Oktober 2019.
15 Memperkasakan fungsi dan peranan Jawatankuasa Penilaian Tender Kerja dengan Strategi 2
membenarkan semua pegawai Gred 54 di KPLB untuk menjadi Pengerusi serta penglibatan
Akauntan / Juruukur Bahan dari Agensi di bawah KPLB sebagai ahli bagi meningkatkan
ketelusan pemilihan kontraktor berdasarkan kepada Surat Pekeliling KSU Bil. 2 Tahun
2018-Arahan Melaksanakan Tugas-Tugas Perolehan Kepada Pegawai-Pegawai KPLB yang
berkuatkuasa pada 13 Disember 2018.
16 Menyelaras pensijilan Anti-Bribery Management System (ABMS) MS ISO 37001 kepada anak- Strategi 3
anak syarikat di bawah agensi-agensi KPLB yang bersesuaian.
17 Menyelaraskan penubuhan Integrity and Governance Unit (IGU) atau pelantikan pegawai Strategi 3
integriti anak-anak syarikat sebagai pemantau dan pelaksana aspek integriti dan tadbir
urus dalam syarikat.
18 Memperkenalkan dan melaksanakan taklimat khusus kepada semua anak-anak syarikat Strategi 3
berkenaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Whistle Blower Act 2010).
Ringkasan Inisiatif OACP KPLB

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) KPLB 2020-2024 41


“Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 adalah ‘living
document’ dan ‘milik kita semua’. Ia dianalisis secara teliti dengan
kaedah penilaian risiko rasuah untuk kita kenal pasti bidang
keutamaan yang memerlukan perhatian serius”.

Tan Sri Abu Kassim Mohamed


Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah
Nasional (GIACC)

42 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) KPLB 2020-2024


BAB 4
PELAN TINDAKAN OACP KPLB
BIDANG KEUTAMAAN 1
STRATEGI 1
Sektor Pentadbiran Awam
Memperkukuhkan Kecekapan Penyampaian Perkhidmatan Awam
OBJEKTIF STRATEGIK
Memastikan Ketelusan dan Akauntabiliti Dalam Perkhidmatan Kerajaan
Bil Inisiatif
1 Mengadakan kursus / taklimat / program kesedaran tentang etika penggunaan aset alih dan kenderaan Jabatan.
2 Mengadakan kursus / taklimat / program berkenaan tatacara dan tanggungjawab penyeliaan.
3 Mengadakan program-program berbentuk kerohanian dan penerapan nilai-nilai murni.
4 Melaksanakan sesi bacaan doa khusus tentang pematuhan dan akauntabiliti pada setiap pagi beserta sesi tazkirah
pendek.
5 Melaksanakan proses dan prosiding tatatertib yang tegas sebagai pengajaran kepada pelaku kesalahan tatatertib.
6 Melaksanakan sebaran dan hebahan kes-kes yang telah dijatuhkan hukuman tatatertib kepada semua pegawai dan
kakitangan sebagai peringatan.
7 Melaksanakan kursus / latihan berkaitan Akta Rahsia Rasmi dan pengurusan dokumen terperingkat kepada semua
pegawai dan kakitangan.
8 Mengadakan kursus / latihan berkenaan pematuhan dan pengurusan kewangan Kerajaan kepada semua pegawai dan
kakitangan.
9 Memantapkan sistem koordinasi maklumat berkaitan dengan senarai kontrak / perunding yang telah disenaraihitam
dengan menyemak maklumat kontraktor melalui Centralized Information Management System (CIMS) milik Lembaga
Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) manakala maklumat perunding disemak daripada Sistem ePerunding
milik Kementerian Kewangan (MOF)

44 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) KPLB 2020-2024


Bahagian / Cawangan Peneraju Tempoh Masa
Pentadbiran dan Pengurusan Aset 2020-2024
Unit Integriti 2020-2024
Pengurusan Sumber Manusia 2020-2024
Unit Integriti 2020-2024

Unit Integriti 2020-2024


Unit Integriti 2020-2024

Pentadbiran dan Pengurusan Aset 2020-2024

Kewangan 2020-2024

Perolehan 2020-2024

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) KPLB 2020-2024 45


BIDANG KEUTAMAAN 1 Sektor Pentadbiran Awam
STRATEGI 1
Memperkukuhkan Kecekapan Penyampaian Perkhidmatan Awam
OBJEKTIF STRATEGIK
Merekayasa Perkhidmatan Awam ke Arah Tadbir Urus Baik
Bil Inisiatif Bahagian / Cawangan Tempoh Masa
Peneraju
10 Melaksanakan pusingan kerja yang berkala bagi pegawai di jawatan Pengurusan Sumber 2020-2024
sensitif dan hot spot. Manusia
11 Mengadakan sesi libat urus secara berkala bersama Bahagian / Unit Unit Integriti 2020-2024
/ Jabatan bagi mengenalpasti isu-isu atau masalah melibatkan tadbir
urus dan integriti.
12 Melaksanakan naziran pematuhan bagi komponen tadbir urus ke Unit Integriti 2020-2024
Bahagian / Unit / Jabatan bagi mengenalpasti tahap pematuhan
pentadbiran, sistem kerja dan prosedur.

46 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) KPLB 2020-2024


BIDANG KEUTAMAAN 2 Perolehan Awam
STRATEGI 2
Mempertingkatkan Keberkesanan dan Ketelusan Perolehan Awam
OBJEKTIF STRATEGIK
Meningkatkan Ketelusan Perolehan Awam dan Mengurangkan Risiko Rasuah
Bil Inisiatif Bahagian / Cawangan Tempoh Masa
Peneraju
13 Pengendalian dokumen tender melalui kaedah keselamatan (encrypt) Perolehan 2020-2024
melalui imbasan dan muatnaik ke dalam ‘tablet’ ahli mesyuarat
Jawatankuasa Tender dan Sebut Harga (secara berperingkat) bagi
mencegah kebocoran maklumat akibat edaran secara hardcopy.
14 Melaksanakan proses perolehan berasaskan Garis Panduan Pengurusan Perolehan 2020-2024
Dokumentasi Perolehan Tender Kerja di KPLB yang berkuatkuasa pada
4 Oktober 2019.
15 Memperkasakan fungsi dan peranan Jawatankuasa Penilaian Tender Perolehan 2020-2024
Kerja dengan melantik Pegawai Gred 54 di KPLB untuk menjadi
Pengerusi serta penglibatan Akauntan / Juruukur Bahan dari Agensi
di bawah KPLB sebagai ahli bagi meningkatkan ketelusan pemilihan
kontraktor berdasarkan kepada Surat Pekeliling KSU Bil. 2 Tahun 2018
– Arahan Melaksanakan Tugas-Tugas Perolehan Kepada Pegawai-
Pegawai KPLB yang berkuatkuasa pada 13 Disember 2018.

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) KPLB 2020-2024 47


BIDANG KEUTAMAAN 3 Tadbir Urus Korporat
STRATEGI 3
Memupuk Tadbir Urus Dalam Entiti Korporat
OBJEKTIF STRATEGIK
Meningkatkan Integriti, Ketelusan dan Keberkesanan Prosedur Operasi Entiti Korporat
Bil Inisiatif Bahagian / Cawangan Tempoh Masa
Peneraju
16 Menyelaras pensijilan Anti-Bribery Management System (ABMS) MS ISO Pelaburan dan Kawal 2020-2021
37001 kepada anak–anak syarikat di bawah agensi-agensi KPLB yang Selia Anak Syarikat (Tempoh
bersesuaian. Pengenalan)
2021 – 2024
(Tempoh
Pensijilan)
17 Menyelaraskan penubuhan Integrity and Governance Unit (IGU) atau Pelaburan dan Kawal 2020-2024
pelantikan pegawai integriti anak-anak syarikat sebagai pemantau dan Selia Anak Syarikat
pelaksana aspek integriti dan tadbir urus dalam syarikat.
18 Memperkenalkan dan melaksanakan taklimat khusus kepada semua Pelaburan dan Kawal 2020-2024
anak-anak syarikat berkenaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat Selia Anak Syarikat
2010 (Whistle Blower Act 2010).

48 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) KPLB 2020-2024


BAB 5
MEKANISME PELAKSANAAN DAN PEMANTAUAN
MEKANISME PELAKSANAAN
DAN PEMANTAUAN
Untuk memastikan inisiatif antirasuah dilaksanakan secara cekap dan berkesan, proses
pelaporan secara sistematik akan dilaksanakan melalui Jawatankuasa Antirasuah (JAR)
KPLB yang bersidang sebanyak tiga kali setahun. Mesyuarat ini yang dipengerusikan oleh
Ketua Setiausaha KPLB berperanan menilai pelaksanaan inisiatif-inisiatif OACP KPLB dan
membuat keputusan bagi isu-isu berkaitan.

Selaras dengan itu, pihak Kementerian telah menubuhkan Jawatankuasa Pembangunan OACP KPLB sebagaimana Arahan YAB Perdana
Menteri No.1 Tahun 2018 Siri 2 No. 1 Tahun 2019 - Pemantapan Governans, Integriti dan Antirasuah dalam Pengurusan Pentadbiran
Kerajaan Malaysia : Pelaksanaan Pelan Antirasuah Nasional. Jawatankuasa ini bertanggungjawab menggubal dan mewujudkan OACP
KPLB dan seterusnya memantau prestasi pelaksanaannya untuk dibentangkan kepada Pihak Pengurusan secara berkala. Sekiranya
OACP KPLB memerlukan penambahbaikan, Jawatankuasa ini akan mencadangkan penambahbaikan yang diperlukan bagi persetujuan
Pengurusan Tertinggi KPLB.

Unit Integriti akan bertanggungjawab sebagai sekretariat yang akan melaksanakan aktiviti-aktiviti pelaporan dan mendapatkan
maklum balas daripada peneraju-peneraju inisiatif di samping bertindak sebagai pemudahcara yang akan menyelaras keperluan
pihak-pihak berkaitan dalam pelaksanaan OACP KPLB. Dalam masa yang sama, Unit ini juga merupakan peneraju bagi inisiatif-inisiatif
yang melibatkan pengukuhan integriti, pematuhan dan tatatertib.

50 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) KPLB 2020-2024


KPLB
Ringkasan Struktur
Tadbir Urus OACP KPLB

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) KPLB 2020-2024 51


MEKANISME PENYELARASAN
DAN PENILAIAN
Keutamaan penilaian merupakan amalan penting bagi memastikan setiap tindakan yang diambil telah memenuhi jangkaan dan
matlamat OACP. Dalam mengenalpasti kemajuan dan prestasi pelaksanaan setiap strategi dan inisiatif, semua aktiviti akan sentiasa
dipantau dan dinilai berdasarkan mekanisme berikut:

Ringkasan Mekanisme
Penyelarasan dan Pemantauan OACP KPLB

Penilaian pencapaian OACP KPLB ini akan dijalankan pada setiap dua kali
setahun. Satu kajian semula OACP KPLB dan kajian keberkesanan akan dibuat
pada tahun 2024 untuk menentukan keberkesanan secara holistik.

52 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) KPLB 2020-2024


KESIMPULAN

Kementerian ini bertekad dan berazam untuk memastikan semua KPLB dalam setiap urusan harian. Dengan aspirasi tersebut,
warganya termasuk dari jabatan dan agensi supaya bebas daripada OACP KPLB yang merupakan satu gambaran usaha pencegahan
gejala rasuah dan mempunyai tahap integriti yang tinggi. Tekad rasuah akan dapat direalisasikan oleh semua pihak bagi
ini akan dapat dicapai dengan satu permuafakatan yang utuh menangani isu tadbir urus, integriti dan anti rasuah secara
dalam mengenal pasti bentuk-bentuk ancaman dan risiko rasuah holistik dan mampan.
yang membelenggu warga Kementerian pada masa kini sehingga
menggugat nilai, etika dan tadbir urus secara keseluruhannya. Bagi memastikan kelangsungan OACP KPLB yang dibangunkan,
Tekad ini juga yang telah membantu melancarkan usaha semua komitmen warga KPLB amat diperlukan menerusi pelaksanaan
pihak dalam membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) keseluruhan inisiatif yang telah digariskan termasuk
KPLB. pemantauan dan penilaian secara konsisten. Dengan ini, usaha
yang dijalankan sentiasa relevan dan dapat diukur tahap
Visi OACP: KPLB Sejahtera Tanpa Rasuah semestinya menjadi keberkesanannya seiring dengan perubahan semasa dan
iltizam dan komitmen yang berterusan bagi setiap warga KPLB. pengaplikasian teknologi yang pesat membangun.
Visi ini perlu dihayati dan menjadi identiti serta aspirasi warga

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) KPLB 2020-2024 53


PENGHARGAAN
Ucapan terima kasih dan penghargaan kepada PENGHARGAAN TIDAK
Anggota-anggota Pentadbiran, KPLB:
TERHINGGA KEPADA
YB Datuk Dr. Abd Latiff bin Ahmad JAWATANKUASA
Menteri KPLB
PEMBANGUNAN
YB Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad OACP, KPLB:
Timbalan Menteri KPLB I
Pengerusi
YB Dato Henry Sum Agong
Timbalan Menteri KPLB II Encik Muhammad Nazim bin Abd Rahman

Kepimpinan Tertinggi KPLB: Ahli-ahli

YBhg. Dato’ Dr. Ahmad Jailani bin Muhamed Yunus Encik Wan Abdul Hadi bin Wan Mohd Shafie
Ketua Setiausaha KPLB Encik Afnan bin Abdullah
Encik Tarmizi bin Ab Rahman
YBhg. Datuk Che Murad Sayang bin Ramjan Encik Mohd Ramizu bin Ab Rahman
Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPLB Encik Mohd Rushdi bin Abdul Ghani
Encik Zaharuddin Izham bin Zulkipli
YBhg. Dato’ Hajah Norison binti Ramli Encik Nor Maarof bin Idris
Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) KPLB Encik Airul Azmer bin Zainuddin
Puan Bibi Aida binti Ab Rasid
YBrs. Tuan Mohd Kamal bin Husin Puan Shariffah Rugaiyah binti Syed Hussain
Setiausaha Bahagian Kanan (Khidmat Pengurusan) KPLB Puan Naglaa binti Isamail
Puan Nur Hidayati binti Ahmad
Semua Setiausaha Bahagian dan
Ketua Unit KPLB

54 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) KPLB 2020-2024


PENGHARGAAN JUA KEPADA TENAGA KEPAKARAN
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
(SPRM):
Puan Salwa binti Muharam
Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya

Puan Sarimah binti Sulaiman


Penolong Pesuruhjaya

Puan Sorfina Izzati binti Mohd Said


Penguasa Kanan

Puan Maszlinda Natasha binti Zainiar


Penguasa Kanan

Terima kasih jua diucapkan kepada Urusetia Pembangunan OACP KPLB iaitu pegawai dan kakitangan Unit Integriti serta semua pihak
yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penyediaan OACP KPLB 2020-2024. Semoga ketersediaan pelan ini menjadi
bukti secebis usaha untuk mentakhtakan integriti dihati warga KPLB seluruhnya.

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) KPLB 2020-2024 55


JAWATANKUASA PEMBANGUNAN BENGKEL PEMBANGUNAN
PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) KPLB
PELAN ANTIRASUAH
ORGANISASI (OACP) KPLB
29 OKTOBER - 30 OKTOBER 2019

SESI SEMAKAN PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI


(OACP) KPLB BERSAMA SPRM
12 DISEMBER 2019

56 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) KPLB 2020-2024


PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) KPLB 2020-2024 57

You might also like