Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

No.

Matrik: J45790

BBM 3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU

Tajuk:

Tugasan: 2

Analisis interpretasi kualitatif dan kuantitatif

oleh:

Nama : CHONG CHAR YIEN


Program : BBM 3413/ BABM / PJJ
Semester : SEMESTER 9
Pensyarah : Dr. Zuraini Jusoh

FAKULTI BAHASA MELAYU


UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
2020
Ulasan 1:

Berdasarkan gambar di atas, ulaskan dapatan kajian secara kualitatif.

gambar di atas menunjukkan 17 orang target pelajar tingkatan 5 dalam peperiksaan SPM

tahun 2017. Berdasarkan gambar, pelajar yang memegang kertas dengan mencatat target

SPM senyum dengan gembira dan penuh dengan keyakinan. Di kalangan pelajar tersebut

majoriti adalah pelajar perempuan, hanya seorang pelajar lelaki sahaja di dalam gambar di

atas. Target SPM yang mereka tetapkan ada yang 8A+, 9A+ dan kebanyakan adalah target

11A+. Nisbah antara pelajar perempuan dan lelaki menunjukkan jurang yang agak besar.

Persoalan yang dikemukakan adalah mengapa pelajar perempuan majoriti target

mereka mencapai keputusan yang cemerlang pada masa kini? Pencapaian antara murid lelaki

dan perempuan yang tidak seimbang merupakan satu fenomena sejagat (Rodriguez, 2003;

Epstein, Elwood, Jey & Maw, 1998). Murid lelaki juga dikatakan kurang keterlibatan di

dalam sekolah serta rendah pencapaian akademik berbanding dengan pelajar perempuan

(Mohd Jelas et al., 2005; Awang-Hashim etal., 2004; Ahmad et al., 2011). Menurut

pandangan daripada pakar, pelajar lelaki pada masa kini memang lemah dalam pencapaian

akademik berbanding dengan pelajar perempuan.

.Pencapaian akademik bagi pelajar lelaki yang lebih rendah daripada pelajar

perempuan ada disebabkan beberapa faktor. Faktor pertama, gaya pembelajaran serta
kemahiran dan strategi pembelajaran pelajar sekolah di Malaysia lebih memihak kepada

pelajar perempuan berbanding murid lelaki. Ini bermakna, sistem pengajaran dan

pembelajaran di Malaysia adalah lebih sesuai bagi pelajar perempuan. Oleh itu, pelajar

perempuan akan mendapat pencapaian yang lebih cemerlang berbanding dengan lelaki. Ini

jelas dapat dilihat dari jumlah pelajar yang dapat terus sambung pembelajaran di tahap

university atau institut pengajian tinggi. Menerusi data yang dikumpul, kebanyakan pelajar

yang dapat menyambung pembelajaran di Insitusi Pengajian Awam Tinggi (IPTA)

menunjukkan bilangan perempuan adalah lebih banyak daripada lelaki.

Faktor kedua adalah pelajar lelaki lebih suka aktiviti yang memerlukan teknik, sains

dan teknologi berbanding dengan pembelajaran yang biasa di sekolah. Ini dapat nampak

dengan jelas kerana kebanyakkan pelajar lelaki memilih belajar di sekolah teknik dan

vokasional berbanding dengan pelajar perempuan. Dalam sekolah menengah teknik dan

vokasional, kebanyakan adalah pelajar lelaki. Mereka lebih suka pembelajaran yang fokus

kepada sesuatu teknik contohnya teknik dalam bidang teknologi. Pelajar lelaki kurang minat

dengan pembelajaran bidang sastera.

Faktor ketiga adalah sikap pelajar perempuan lebih bersabar dan lebih aktif

berbanding dengan pelajar lelaki. Pelajar perempuan dapat mempelajari sesuatu yang baru

dengan penuh kesabaran dan sikap keinginan mengetahui sesuatu lebih tinggi banding

dengan pelajar lelaki.


Ulasan 2:

Berdasarkan Jadual 1, huraikan dapatan kajian secara kualitatif.

Jadual 1 menunjukan 10 sumber kemahiran komputer yang melibatkan responden kajian.

Antara 10 sumber kemahiran komputer adalah sendiri, kawan, kursus,

sendiri/kursus,sendiri/media, kawan/sendiri, kawan/media, kawan/sendiri/kursus,

kawan/kursus/media dan kawan/sendiri/media. Sebanyak 30 responden yang terlibat dalam

kajian ini. Sumber kemahiran sendiri memperolehi tahap frekuensi yang tertinggi iaitu

berskala 14 dengan peratusannya 46.7%. Di samping itu, kawan/sendiri/media memperolehi

frekuensi berskala 6 dengan peratusnya 20%. Kawan dan kawan/media memperolehi

frekuensi berskala 2 iaitu dengan peratusnya 6.7%. Sumber kemahiran komputer kursus,

sendiri/kursus, sendiri/media, kawan/sendiri, kawan/kursus/media dan kawan/sendiri/media

memperolehi frekuesi 1 dengan peratusnya 3.3%. Justeru itu, Mod bagi dapatan kajian

sember kemahiran komputer ialah sendiri dengan peratus tertinggi iaitu 46.7%.

Melalui kajian yang telah dijalankan, menunjukkan ramai responden lebih suka

mendapatkan kemahiran komputer secara sendiri. Mereka suka menerokai sesuatu ilmu yang

baru dengan usaha sendiri, Seterusnya, responden juga suka mendapat kemahiran komputer

dengan bantuan kawan/sendiri/media. Kawan dan media memainkan peranan menyumbang

idea semasa mempelajari kemahiran komputer. Kemahiran komputer sangat diperlukan pada
masa kini. Menguasai kemahiran komputer dapat memudahkan urusan dalam bidang

pendidikan dan urusan harian. Akhir kata, kemahiran komputer akan dibaharui dari semasa

ke semasa, semangat mempelajari sesuatu yang baru amat perlu dikekalkan.

You might also like