Ujian Pengesahan Gas

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

ceritacikgunurul.blogspot.

my 1

Ujian Pengesahan Gas

Soalan ujian pengesahan gas merupakan salah satu soalan yang biasa ditanya dalam Kertas 2 Kimia.
Biasanya soalan ini memperuntukkan 3 markah ataupun 2 markah. Ramai pelajar yang tidak dapat
markah penuh untuk soalan seperti ini bukan kerana mereka tidak dapat menjawab atau tidak tahu.
Jawapan sudah betul, cuma tidak lengkap.

Kesilapan Umum

Berikut merupakan antara contoh kesilapan yang biasa dilakukan oleh pelajar:

1. Ujian pengesahan gas karbon dioksida


Jawapan pelajar:
- guna air kapur (X)
- air kapur menjadi keruh ()

2. Ujian pengesahan gas hidrogen


Jawapan pelajar:
- guna kayu uji bernyala (X)
- bunyi ‘pop’ terhasil ()

Berdasarkan dua contoh jawapan di atas, pelajar hanya dapat 1 markah sahaja untuk pemerhatian.
Soalan bukan tanya perlu guna apa, tetapi perlu diterangkan bagaimana ujian tersebut dijalankan.

3. Ujian pengesahan gas klorin


Jawapan pelajar:
- guna kertas litmus biru (X)
- bertukar merah (X)

Dalam jawapan bagi soalan no. 3, ada tiga kesilapan yang dilakukan oleh pelajar.
i) Tidak menyatakan bagaimana ujian tersebut dijalankan
ii) Tiada perkataan ‘lembap’, sepatutnya: kertas litmus biru lembap
iii) Point kedua tidak lengkap, apa yang bertukar merah?

ceritacikgunurul.blogspot.my |
ceritacikgunurul.blogspot.my 2

Tips Menjawab Soalan Ujian Pengesahan Gas

Bagi mendapatkan 3 markah penuh untuk soalan ujian pengesahan gas, 3 perkara berikut perlu
disertakan dalam jawapan:
1. Prosedur / Kaedah (Procedure)
2. Pemerhatian (Observation)
3. Kesimpulan (Conclusion)

Secara ringkasnya, ingat POC (procedure, observation, conclusion)

Ujian Pengesahan Gas

Ujian Pengesahan Gas


Jenis Gas Sifat Fizik Prosedur Pemerhatian Kesimpulan
(Procedure) (Observation) (Conclusion)
Masukkan kayu uji
berbara ke dalam
tabung uji yang Kayu uji berbara Menunjukkan
Oksigen Tidak berwarna
mengandungi gas menyala kehadiran oksigen
oksigen

Lalukan gas karbon


Menunjukkan
Karbon dioksida ke dalam Air kapur menjadi
Tidak berwarna kehadiran gas
dioksida air kapur keruh
karbon dioksida

Letakkan kayu uji


bernyala di mulut
tabung uji yang
Hidrogen Tidak berwarna Bunyi ‘pop’ terhasil Hidrogen hadir
mengandungi gas
hidrogen

Masukkan kertas
litmus merah
lembap ke dalam Warna kertas litmus
-Tidak berwarna Gas ammonia
Gas Ammonia tabung uji yang merah lembap
-Berbau sengit disahkan hadir
mengandungi gas menjadi biru
ammonia

ceritacikgunurul.blogspot.my |
ceritacikgunurul.blogspot.my 3

Masukkan kertas
litmus biru lembap
ke dalam tabung Warna kertas litmus
uji yang biru lembap menjadi
mengandungi gas merah
sulfur dioksida

Lalukan gas sulfur


-Tidak berwarna dioksida ke dalam Warna ungu larutan
-Berbau sengit & larutan kalium KMnO4 berasid Gas sulfur dioksida
Sulfur dioksida
menyesakkan manganat(VII) dinyahwarnakan disahkan hadir
nafas berasid

Lalukan gas sulfur


dioksida ke dalam Warna larutan kalium
larutan kalium dikromat(VI) berasid
dikromat(VI) berubah daripada
berasid jingga kepada hijau.

Masukkan kertas
litmus biru lembap
Warna kertas litmus
-Berwarna ke dalam tabung
biru lembap menjadi Gas klorin disahkan
Gas Klorin kuning kehijauan uji yang
merah, kemudian hadir
-Berbau sengit mengandungi gas
dilunturkan
klorin

Masukkan kertas
litmus biru lembap
ke dalam tabung Warna kertas litmus
uji yang biru lembap menjadi
-Berwarna mengandungi gas merah Menunjukkan
Nitrogen
perang nitrogen dioksida kehadiran gas
dioksida
-Berbau sengit nitrogen dioksida
Larutkan gas
nitrogen dioksida Larutan tidak
dalam air berwarna terhasil

*Catatan: sekiranya soalan tidak menyatakan jenis gas yang perlu disahkan, maka dalam bahagian
prosedur, TIDAK PERLU menyatakan nama gas. Cukup sekadar menyatakan "gas tersebut"

ceritacikgunurul.blogspot.my |

You might also like