Tok Kenali Kelantan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 23

TAJUK

TUK KENALI

SUBJEK
SEJARAH TAMADUN ISLAM DI ASIA TENGGARA

DISEDIAKAN UNTUK

DISEDIAKAN OLEH
NINIE AMIRA BINTI DRAHIM
A151889

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM


JABATAN PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM
SESI 2015/2016
1. Tuk Kenali Penggerak Ummah

Dalam buku ini, penulis menceritakan tentang sedikit sejarah negeri Kelantan.
Semasa negeri Kelantan membangun dan digelar Serambi Mekah, telah
muncul tokoh ilmuwan. Salah seorang nya adalah Tuk Kenali iaitu
Muhammad Yusuf Ahmad yang lahir pada tahun 1870 di Kampung kubang
Kerian Mukim, Kenali Kota Bharu. Beliau belajar ilmu agama di Mekah
selama 22 tahun. Setelah kembali ke Kelantan, beliau mendirikan pondok di
kampungnya. Sepanjang hidup, beliau memegang jawatan-jawatan yang
penting.

Turut dihuraikan sifat-sifat mulia beliau dalam kehidupan seharian.


Antaranya ialah beliau seorang yang berdikari, rendah diri, hidup sederhana,
istiqamah dan banyak lagi.Tuk kenali merupakan penggerak ummah yang
sentiasa berusaha untuk mengatasi kelemahan individu dalam melaksanakan
kehendak agama. Semasa kehidupannya, telah berlaku pembangunan agama
dan insan di Kelantan seperti penubuhan Majlis Agama Islam Kelantan pada
tahun 1915. Penubuhan ini adalah atas nasihat Tuk Kenali kepada Menteri
Besar.

Tuk Kenali turut memainkan peranan dalam politik. Walaupun bukan


ahli politik, namun beliau gemar bergaul dengan para pembesar serta sering
menceritakan kepentingan politik dalam agama. Beliau merupakan tokoh
pendidik yang disegani. Kepulangannya ke Kelantan telah menarik tumpuan
umat Islam di nusantara yang menjadikan Kelantan diberi gelaran Serambi
Mekah. Turut diceritakan tentang sejarah anak-anak murid Tuk Kenali yang
berjaya dalam menguasai pelbagai ilmu dan membuka pondok di pelbagai
negeri. Namun ada juga anak murid yang tidak berkesempatan untuk membuka
pondok tapi menjadi mufti, kadi, pengarang dan jawatan yang lain. Selain itu,
pelbagai kisah telah didedahkan mengenai kelebihan Tuk Kenali antaranya
ialah kisah Allah melipat bumi untuk Tuk Kenali, kisah beliau menyeberang
sungai tanpa perahu, kisah “mulut masin” beliau dan banyak lagi.
Tuk Kenali sememangnya sebuah nama besar, seorang tokoh agama
yang begitu berjasa dalam meneruskan perjuangan Rasulullah.
2. Detik-Detik Sejarah Hidup Tuk Kenali

Penulis pada mulanya menceritakan tentang Kampung Kenali serta sekitarnya.


Di sinilah lahirnya seorang tokoh ulama yang terkenal iaitu Tuk Kenali. Latar
belakang keluarganya memang mempunyai ilmu agama yang kuat. Sejak kecil,
Tuk Kenali telah diberi pendidikan dalam suasana kampungnya sendiri. Turut
diceritakan oleh penulis tentang masa kecil beliau yang pernah bekerja
menjadi kerani. Pada usia kanak-kanak telah pun menunjukkan sifat ingin
maju yang membuatkan dirinya agak istimewa dengan kanak-kanak lain. Bapa
kepada Datuk Perdana Paduka Raja, En Ismail merupakan tempat Tuk Kenali
mula menimba ilmu. Ketika berusia 16 tahun, di khabarkan bahawa beliau
telah berkahwin dengan Mek Nik tapi bercerai setelah satu tahun. Beliau
membuat keputusan untuk belajar di Makkah. Pada tahun 1887, usia nya
mencecah 18 tahun. Ketika inilah beliau berangkat ke Makkah.

Pelbagai dugaan telah dihadapi Tuk Kenali dalam perjalanan dan


semasa di Makkah. Namun berkat kesabaran yang tinggi, kehidupannya
hampir sama dengan pelajar lain. Tuk Guru Wan Ngah merupakan guru
kesayangan Tuk Kenali. Kebanyakan guru beliau mempunyai bakat
pengarang. Turut diceritakan hubungan persahabatan antara seorang anak jin
dengan pelajar Islam termasuklah Tuk Kenali. Setelah 22 tahun berada di
Makkah, beliau membuat keputusan untuk balik. Kepulangan beliau ke tanah
air juga disebabkan guru kesayangan telah meninggal dunia. Sekembalinya
beliau ke tanah air, banyak pondok telah dibina. Beliau turut membuat kerja
sambilan mengajar di masjid besar Al-Muhammadi (sekarang). Namun
akhirnya bekerja terus di situ setelah mendapat pelawaan Datuk Perdana.
Sistem pendidikan Tuk Kenali (sistem pondok) turut didedahkan.

Selain itu, penulis juga menyenaraikan tentang soalan-soalan yang


pernah dijawab oleh Tuk Kenali mengenai pelbagai ilmu. Antara lain turut
diceritakan tentang pergaduhan dalam pondok, kecemburuan isteri Tuk Kenali,
sikap tidak suka bergambar, pandangan beliau tentang mukjizat bulan terbelah
dua, keinginan Tuk Kenali untuk makan ikan Berual di Kemboja dan kisah
murid miskin pulang ke kasyaf. Tuk Kenali juga dikatakan membuat tabung
pengajian pelajar (biasiswa). Pelajar yang mempunyai masalah kewangan akan
di beri bantuan olehnya. Di samping itu, penulis telah menceritakan beberapa
peristiwa yang dihadapi Tuk Kenali sepanjang hidupnya.

Kaedah pengajaran Tuk Kenali agak berlainan apabila beliau seringkali


mengemukakan cerita pendek semasa pembelajaran untuk menarik perhatian
murid-muridnya. Cerpen-cerpen ini kini telah dibukukan. Dalam kehidupan,
Tuk Kenali dikatakan menolak amalan tariqat. Semasa hayatnya, beliau telah
meninggalkan kitab jawi untuk pelajarnya supaya memudahkan lagi mereka
untuk mempelajari menggunakan bahasa ibunda.

Walaupun bukanlah ahli politik, dikatakan bahawa Tuk Kenali ini amat
gemar kepada politik kerana baginya politik itu sangat penting dalam agama.
Penulis turut menceritakan tentang sifat-sifat mulia, kelebihan yang ada dalam
diri beliau seta jawatan-jawatan yang pernah dipegang olehnya semasa hidup.
Tuk Kenali juga setiap hari melakukan amalan-amalan istimewa iaitu amalan
untuk bekalan akhirat. Semasa akhir hayatnya, diceritakan tentang beliau
bersahabat dengan ulat yang mendiami kudis di kakinya.

Pada hari kematiannya, suasana suram dan hujan turun dengan lebat
seolah-olah turut menangisi pemergiannya. kudis di kakinya pula
mengeluarkan bau yang sangat harum. Walaupun hujan turun dengan lebat,
namun kubur yang digali untuk Tuk Kenali tidak berair tetapi kering. Tidak
lama kemudian, isteri beliau, Ruqayyah Binti Hj Mahmud turut meninggal
dunia. Makam isterinya terletak di Makam Ma’ala di mana terdapat makam
isteri Rasulullah yang pertama.

Tuk Kenali mempunyai empat putera hasil perkahwinannya. Keempat-


empat anak beliau menjadi orang yang alim. Masing-masing bekerja sebagai
guru, pendidikan, ustaz, dan pendakwah. Anak murid beliau juga ramai yang
cemerlang dalam pelbagai bidang. Pada hayat beliau inilah Kelantan digelar
sebagai Serambi Mekah.
3. Pusaka Tuk Kenali

Pada permulaan buku ini, penulis menceritakan tentang pengalaman dan


beberapa pendapat Tuk Kenali dalam beberapa perkara. Antaranya ialah cara
memperolehi ilmu menurut Tuk Kenali adalah menerusi tujuh jalan. Turut di
huraikan pendapat Tuk Kenali terhadap penafsiran Quran. Terjemahan Quran
adalah salah satu ilmu yang diajarkan oleh beliau iaitu Tafsir Al-Jalaalain di
samping menggalakkan murid-murid beliau menterjemahkan Tafsir Al-
Khaazin. Menrut beliau, seseorang yang hendak memahami bacaan tilawah al-
Quran itu hendaklah lebih menghafal perkataan-perkataan atau kalimah al-
Quran.

Selain memegang jawatan sebagai ketua pengarang kehormat dan


pengasas majalah Pengasuh, beliau juga pernah menulis beberapa makallah
dalam majalah tersebut dan majalah al-Hidayah (tajuk-tajuk semasa). Penulis
telah menyenaraikan tujuh makalah yang pernah ditulis oleh beliau iaitu
Kedudukan Niat, Kemanusiaan, Nasihat Imaaniyyah (kepimpinan), Mengapa
Tak Mahu Perubahan, Tiga Bahagian Manusia, Membetuk Diri dan Pengarang
Menjadi Sasaran.

Tuk Kenali adalah seorang yang telah berjaya dalam memberi


pengajian kepada murid-murid di mana beliau dapat menghidupkan ilmu-ilmu
bahasa Arab dan lain-lain sehingga dapat menghidupkan natijah dan gambaran
yang baik dalam pemikiran dan daya penggambaran murid-murid beliau.
Antara daya-daya yang menghidupkan itu ialah beliau kerap menyelitkan
dalam pengajaran beliau dengan cerita-cerita rekaan beliau berbentuk cerita-
cerita rakyat. Sekumpulan cerpen ini telah dimuatkan dalam buku ‘Cerpen Tuk
Kenali”. Namun penulisan yang benar-benar berbentuk cerpen ialah himpunan
baru di mana penulis mengumpulkannya dalam dua buah buku iaitu “12
Cerpen Tuk Kenali” dan ‘Tuk Qadhii dan Tuk Guru”.
Amalan-amalan Tuk Kenali sepanjang kehidupannya turut disenaraikan
oleh penulis. Antaranya ialah selawat Tuk Kenali, doa Tuk Kenali di bulan
Ramadhan, Tilawah beliau semasa berjalan dan doa harian beliau. Di samping
itu, masih banyak peninggalan ilmiyyah oleh Tuk Kenali kepada umat Islam.
Semasa mengajar, beliau banyak membentangkan puisi-puisi arab yang
berkaitan dengan pelajaran. Di sini telah disebutkan sebelas jenis kumpulan
syair yang pernah di bentang oleh beliau. Bahkan dalam setiap perkataan yang
keluar dari mulutnya mempunyai pelbagai kata hikmat yang turut di jadikan
pedoman.

Antara lain peninggalan ilmiyyah Tuk Kenali yang diceritakan oleh


penulis adalah sangkalan Tuk Kenali terhadap hadiah dan doa yaasin. Beliau
turut mendedahkan ilmu risik, ilmu penyecah, ilmu ma’jun dan ilmu julab
kepada anak muridnya. Telah disertakan tulisan tangan Tuk Kenali di dalam
buku ini. Akhir penulisan buku ini pula menceritakan tentang anak-anak beliau
dan tanah pusakanya.

4. Kelantan Dalam Perspektif Sosio-Budaya

Ulama yang memainkan peranan terpenting dalam menyumbangkan hasil


karya bercorak agama dan sastera pada zaman sebelum perang ialah Haji
Muhammad Yusuf bin Ahmad atau Tok Kenali. Beliau pernah berguru dengan
Haji Wan Ali bin Abdul Rahman. Tok Kenali banyak menulis cerpen.
Abdullah Al-Qari Salleh telah berjaya mengumpul cerpen-cerpennya ke dalam
satu kumpulan yang diberi judul Cerpen-cerpen Tok Kenali. Dari segi isi dan
permasalahan, cerpen-cerpen ini dapat dikategorikan kepada lima bahagian
yang lebih menggarap keperihalan yang berlaku di sekitar alamiah iaitu alam
pendidikan dan kebudayaan. 4

Salah satu faktor ramainya kemunculan penulis Kelantan khususnya


pada peringkat awal sebelum perang adalah terbitnya beberapa buah akhbar
dan majalah di Kelantan pada waktu itu. Di antara tahun 1918 hingga 1941,
Kelantan telah berhasil menerbitkan sebanyak 12 buah akhbar dan majalah.
Akhbar dan majalah yang terbit di Kota Bharu sebelum perang dunia kedua
ialah Pengasuh yang diterbitkan 11 Julai 1918 hingga kini. Penyunting
kehormat majalah ini adalah Tok Kenali. Sebagai penulis, beliau telah banyak
menulis makalah-makalah yang disiarkan di dalam Pengasuh, di samping
memberi jawapan kepada beberapa kemusykilan agama yang dikemukakan
oleh pembaca majalah itu. 26-28

Tok Kenali juga merupakan salah seorang tokoh ulama Masjid Besar
Muhammadi. Pada awal peringkat pendidikan, beliau mengaji al-Quran dan
Tajwid di kampungnya. Haji wan Ismail bin Jamaluddin merupakan salah
seorang gurunya yang mengajarkan ilmu nahu dan ilmu saraf kepada beliau.
Beliau juga dikatakan berguru dengan Haji Ibrahim bin Yusuf yang
mengajarkannya ilmu tasawuf, usuluddin, dan ilmu fikah. Apabila melanjutkan
pelajaran di Mekah, beliau memilih Haji Wan Ahmad bin Wan Mustafa Zain
al-Patani sebagai guru yang utamanya. Setelah kembali ke Kelantan, beliau
membuka pengajian pondok di Kubang Kerian dan telah mendapat sambutan.
Pengajiannya lebih menekankan nahu dan saraf terlebih dahulu. 166

Oleh kerana keistimewaan Tok Kenali baik dalam bidang ilmu, maka
beliau telah diundang mengajar di Masjid Besar Muhammadi oleh Dato’
Perdana yang merupakan kawan beliau ketika bersama-sama belajar di Mekah
dahulu. Setelah dua tahun berulang-alik ke Kota Bharu, akhirnya beliau pindah
bermastautin di sana. Pada zaman Tok Kenali berkhidmat di Masjid Besar
Muhammadi inilah dipercayai masjid tersebut mencapai puncaknya sebagai
pusat pengajian pondok yang terpenting di Kelantan khususnya dan di
Malaysia amnya. Terdapat deretan pondok-pondok tempat tinggal para pelajar
di sepanjang jalan mengelilingi masjid itu. Demikianlah beberapa sumbangan
Tok Kenali sebagai penulis, tokoh ulama dan pendidik. 177
5. Gerakan Sosial dan Politik Kelantan.

Pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20, kemunculan ulama-ulama telah
menjadikan Kota Bharu sebagai pusat tumpuan yang kedua penting selepas
Pattani. Tok Kenali merupakan salah seorang ulama yang telah memainkan
peranan besar dalam menyumbangkan hasil-hasil karya bercorak agama.
Beliau telah mempunyai ramai guru. Tok Kenali mempunyai latar belakang
pendidikan yang baik. Antara pelajaran yang telah dipelajari olehnya adalah
Imu Nahu, Jalan Bahasa Arab, Tauhid, Fiqah, Tasawuf dan Tafsir Quran.
Beliau telah mendirikan beberapa pondok setelah sekembalinya dari menuntut
ilmu di Mekah. Tuan guru Haji Muhammad Jebing dan Lebai Ahmad adalah
antara murid-murid Tok Kenali yang pertama. Di kalangan murid-murid ini
lahirlah segolongan ulama yang terkenal.

Masjid Besar al-Muhammadi menjadi pusat pengajian yang terkenal


semasa Tok Kenali menjadi guru di situ. Antara tenaga pengajar yang lain
ketika itu adalah Tuan Guru Haji Nik Abdullah bin Raja Zainal dan Tuan Guru
Haji Idris bin Hassan. Kitab-kitab yang diajar termasuklah Mukhtasar
sampailah kepada Ashmuni. Setelah lima tahun berkhidmat di situ, beliau
berpindah semula ke kampung halamannya tetapi tidak lagi mengajar di
Kampung Paya sebaliknya di Kampung Belukar.

Tok Kenali pernah menjawat jawatan Ketua Pelajaran Agama.


Penolong Mufti, Anggota Dewan Ulama, Ketua Pengarang Kehormat bagi
majalah Pengasuh dan lain-lain. Malahan beliau telah banyak menghasilkan
karya dalam bahasa Arab dan Melayu. Beliau juga pernah menimbukan
persoalan apakah “melayu” itu ertinya lari dari Bahasa Jawa. Beliau menggesa
ahli bahasa agar perkara ini dikaji dengan teliti. Namun beliau menyatakan
bahawa “Melayu” bukan daripada perkataan ‘layu’ atau ‘lari’. 24
6. Beberapa Aspek Warisan Kelantan

Sistem pendidikan Islam tradisional telah menuju ke zaman gemilangnya


dengan bermulanya abad ke-20. Wujudnya keadaan ini ialah kerana ulama-
ulama yang terdahulu telah berjaya melahirkan murid-murid yang
berkebolehan dan berjaya menanamkan semangat cintakan agama di kalangan
masyarakat Kelantan. Perkembangan pondok telah menjadi bertambaha
dinamis lagi dengan kembalinya Haji Mohd. Yusof Ahmad ke Kelantan pada
tahun 1908.

Tok Kenali adalah ulama yang mempunyai pengetahuan agama yang


begitu luas setelah menghabiskan hayatnya selama 22 tahun di Mekah dan
Mesir. Beliau dilahirkan pada tahun 1868 dan mula mengajar, sekembalinya ke
Kelantan. Jasa-jasa Tok Kenali adalah terlalu besar dalam perkembangan
agama Islam di Kelantan. Dalam bidang pendidikan, beliau telah melahirkan
golongan ulama, pemimpin agama serta masyarakat yang berkebolehan.

Beliau adalah pengasa Majlis Agama dan Istiadat Melayu Kelantan dan
beliau juga merupakan Ketua Pelajaran Majlis Agama, Ketua pengarang
Majalah Pengasuh dan Ahli Majlis Ulama. Tok Kenali, ulama yang terbilang
ini telah meninggal dunia pada 19 November 1933 ketika berusia 65 tahun.

7. Rokok dan Keharamannya

Tok Kenali merupakan salah seorang ulama yang menentang rokok di zaman
penjajahan. Hal ini diketahui oleh pembesar-pembesar negeri di masa itu
beliau terkenal sebagai penasihat agama kepada peribadi Sultan. Sikap
menentang perbuatan merokok ini adalah ,menjadi darah daging beliau dan
keluarga beliau sendiri.
Sebagai buktinya, anakanda beliau Syeikh Muhamad Salih Kenali yang
banyak berkhidmat di lapangan dakwah didapati sejak dahulu menfatwakan
merokok itu haram. Sikapnya ini berterusan sehingga beliau menghembuskan
nafas yang terakhir, Manakala kebanyakan ulama lain masih mengatakan
merokok itu Cuma makruh. Semasa hayat, Tok Kenali dikatakan seringkali
mengulangi syair gurunya yang menyatakan tentang keburukan merokok.

8. Kelantan Dari Zaman ke Zaman

Walaupun Kelantan telah berdiri dengan kukuh dan segala peraturan yang
bertulis telah dapat dilaksanakan dengan baik, begitu juga pentadbiran pejabat
kerajaan telah dapat diatur dengan sempurna, namun Duli Yang Maha Muia
belum berpuas hati dengan perkara yang berkaitan dengan agama. Hal ini
kerana urusan berkaitan agama masih belum teratur rapi. Dengan nasihat
majlis mesyuarat negeri, telah ditubuhkan Majlis Agama Islam untuk
mentadbir dan mengawal hal-hal yang berkaitan dengan Islam. Untuk
melaksanakannya, Haji Nik Mahmud telah menerima tugas menyusun sebuah
undang-undang mengenai lembaga ini dengan bantuan Tok Kenali.

9. Ulama Silam dalam Kenangan

Pada pemerintahan Sultan Muhammad 2 (1838-1886), Muhammad Yusof


yang lebih dikenali sebagai Tok Kenali dilahirkan di Kubang kerian, Kota
Bharu, Kelantan pada tahun 1287 H (1868 M). Beliau dari keluarga petani
yang kuat agama. Ketika berusia 5 tahun, ayahnya telah meninggal dunia.
Hasil asuhan Tok Leh, datuknya, beliau telah mahir menulis, membaca dan
menulis. Semasa berusia 16 tahun, beliau berkahwin dengan seorang gadis
kampungnya. Perkahwinan itu hanya bertahan selama setahun. Setelah
meningkat 18 tahun, beliau menyambung pelajaran ke mekah pada tahun
1305H/1886M. Tujuh bulan pertama di mekah, beliau menumpang di serambi
Masjid al-Haram. Sambil belajar, beliau menjadi tukang masak kepada kawan-
kawannya.

Pada tahun 1322H/1903M, beliau dibawa oleh gurunya, Wan Ahmad


seorang ulama besar dari Patani melawat Mesir. Pada tahun 1327H/1908M,
gurunya yang dikasihi itu telah meninggal dunia. Tok Kenali pulang ke tanah
air dengan membawa bersamanya sebuah buku tatabahasa Arab, ‘Mughni al-
Labib’. Beliau telah mengajar di kampungnya sendiri dan mendapat tawaran
oleh Datuk Perdana menjadi guru di Masjid al-Muhammadi pada setiap hujung
minggu. Pada kali ini beliau mendirikan rumah tangga kali kedua dengan Cik
Rokiah. Kemudian beliau telah diminta mengajar tetap di Masjid al-
Muhammadi dan permintaan itu telah dipenuhinya untuk masa 5 tahun.
Kemudian beliau berpindah ke daerahnya, Kampung Belukar dan membuka
tapak baru pendidikan Islam. Di sinilah beliau memberi perkhidmatan yang
akhir dan kembali ke rahmatullah pada 2 syaaban 1352 bersamaan 19
November 1933.

Sepanjang hayatnya, Beliau telah banyak meninggalkan sumbangan


yang amat menarik. Antaranya ialah beliau telah menerbitkan majalah
Pengasuh yang bertahan sampai kini. Tok kenali dapat dianggap sebagai
seorang ahli fikir kemasyarakatan yang teah menceburkan dirinya dalam
gelanggang masyarakat. Mengikut pandangan beliau, manusia lebih tibggi
darjatnya daripada malaikat jika taat kepada Allah dan lebih hina daripada
binatang jika derhaka kepada Allah. Boleh dikatakan pandangan hidup Tok
Kenali adalah berbentuk hasil daripada pengalaman dan penglibatannya dalam
masyarakat.

10. Nadwah Ulama Nusantara 3

Pada pemulaan, pengarang menceritakan tentang kelahiran Tok Kenali. Beliau


dilahirkan di Kubang kerian, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1287 H (1868
M) Ibunya Fatimah bin Mohammad Salleh merupakan surirumah sepenuh
masa. Ketika berusia 5 tahun, ayahnya telah meninggal dunia. Terdapat
pandangan yang menyatakan bahawa keluarga mereka berasal dari Patani
berasskan wujudnya hubungan Tok Kenali dengan Pak Cu Him Gajah Mati
seorang ulama terkenal Kedah iaitu sepupu kepada Wan Ahma al-Patani yang
pernah menjadi guru kepada Tok Kenali semasa di Mekah.

Turut diceritakan mengenai pendidikan Tok kenali di Tanah Melayu


dan guru-guru beliau. Pendidikan awal beliau telah di uruskan oleh Tok Leh
sendiri. Terdapat ramai guru-guru yang mengajar beliau di kampung namun
tidak diketahui nama-nama mereka. Seterusnya beliau telah melanjutkan
pelajaran ke Kota Bharu dengan berulang-alik dari kampung. Hasil daripada
pembelajaran di sana, beliu dikatakan berjaya mengkhatamkan kitab Nahu,
Muhammimah, al-Jurumiyah, Shaikh Khalid, Syeikh Ibn Aqil dan kitab al-
Fiyyah.

Pengarang turut menulis tentang pendidikan Tok Kenali di Timur


Tengah serta guru-gurunya. Ketika berusia 18 tahun, beliau dikatakan telah
memperolehi 24 ilmu daripada Wan Ahmad iaitu Tauhid, Nahu, Tasawuf,
tafsir dan lain-lain. Beliau telah berpeluang menambahkan ilmu apabila dapat
berguru dengan ramai ulama di sini. Setelah 17 tahun berada di Mekah, beliau
dibawa oleh Syeikh Ahmad al-Fatani ke Mesir (1903) ditemani dua sahabat
iaitu Hj. Mahmud Ismail dan Hj. Ismail Patani. Semasa perjalanan menuju ke
Mesir, mereka singgah ke Syria dan Baitul Muqaddis dan berpeluang untuk
berjumpa beberapa orang ulama seperti Syeikh al-Anbahi dan Syeikh
Mohammad Abduh (reformis Islam). Melalui Syeikh Mohammad Abduh, Tok
Kenali mendapat pengetahuan baru mengenai kefahaman sosiologi politik.
Setelah 5 tahun lawatan di Mesir, beliau kembali ke Mekah selama 3 tahun dan
pulang ke Tanah air.

Pada sepanjang hidup Tok Kenali, tokoh agama ini telah berkahwin
sebanyak 3 kali. Perkahwinan pertama beliau dengan Mek Nik binti Hj Salleh
ketika berusia 16 tahun dan berakhir dengan percerain yang mungkin
disebabkan tiada keserasian antara keduanya. Seterusnya perkahwinan kedua
bersama Siti Ruqayah ketika berusia 40 tahun dan dikurniakan 4 orang anak.
Sementara perkahwinan ketiga adalah dengan Mariam dan berlaku secara ijab
dan qabul sahaja tanpa mengadakan sebarang perhubungan dan berakhir
dengan perceraian.

Tok Kenali merupakan seorang yang berkerjaya sebagai guru. Sejurus


kepulangan dari Mekah, beliau terus mengadakan kelas terbuka dan
berdakwah dengan mengajar egala ilmu yang diperolehinya. Pengajaran kali
pertama diadakan di rumahnya sendiri di Kampug paya dan murid pertamanya
adalah saudaranya sendiri, al-Marhum Tuan Guru Muhammad Jebeng dan al-
Marhum Lebai Ahmad. Setelah 5 tahun mengajar di Kampung Paya, Tok
Kenali telah mengajar di masjid al-Muhammadi Kota Bharu. Setelah 5 tahun
mengajar di Masjid Muhammadi, beliau telah membuka pondok di Kampung
Belukar. Pondok ini menggunakan sistem halaqah, di mana setiap halaqah
yang kecil akan dilatik seorang ketua yang dinamakan Ketua Telaah. Akhirnya
kaedah ini telah menjadi ikutan pondok lain ketika itu. Pondok Belukar ini
lebih dikenali sebagai Pondok Tok kenali. Setelah Tok Kenali meninggal
dunia, pondok ini telah diambil alih oleh anak sulungnya iaitu Tuan Guru Hj.
Ahmad.

Tok Kenali meninggal pada puul 7 pagi hari Ahad (2 Syaaaban 1352H/
19 November 1939) ketika berusia 63 tahun dikatakan beliau menhidap
penyakit ‘Patah Jentang’ iaitu sejenis kudis di bahagian kaki kiri yang bermula
dengan lubang kecil kemudian merebak menyeabkan cebisan daging menjadi
reput.

Pengarang turut menulis tentang peranan serta sumbangan Tok kenali


dalam budag Pendidikan di Kelantan. Antaranya adalah;

i. Penyemarak institut Pondok,


ii. Melahirkan sistem menghafal dalam pembelajaran agama,
iii. Melahirkan ulama dalam pelbagai bidang ilmu,
iv. Memberi pengajaran dan kefahaman berkaitan kitab-kitab Melayu dan
Arab,
v. Pendorong kepada pembukaan sekolah-sekolah Melayu
vi. Anggota Majlis Agama Islam,
vii. Anggota Majlis ulama Kelantan,
viii. Ketua pelajaran Agama Islam dan
ix. Sumbangan pendidikan dalam bentuk penulisan.

Tok Kenali telah meninggalkan jasa yang sangat besar dalam


perkembangan syiar dan pendidikan Islam bukan sahaja di Kelantan malah di
Nusantara.

11. 163 Tokoh Terkenal Islam

Pengarang menyatakan bahawa Tok Kenali merupakan salah seorang tokoh


ulama Kelantan paling masyhur malah termasuk antara ulama besar
Semenanjung Tanah Melayu.

Nama sebenar tokoh pendidik yang dilahirkandi Kampun Kenali,


Kubang Kerian, Kota Bharu pada 1287H/1870M ini ialah Haji Mohd Yusoff
Ahmad. Beliau menuntu di Mekah selama 22 tahun dan sangat mendalami
ilmu tatabahasa Arab. Walaupun Tok Kenali tidak meninggalkan karya tulisan
yang besar, namun beliau berjaya melahirkan ulama yang berwibawa.bhkan
anak kandungnya sendiri Tuan Guru Haji Ahmad dan Syeikh Mohd Salleh
juga tergolong sebagai ulama dan pendakwah yang besar. Nyatalah rumusan
yng mengatakan Kelantan sebagai Serambi Mekah itu sangat terkait rapat
dengan kehebatan dan kemasyhuran nama Tok Kneali

Tok Kenali kembali ke rahmatullah di kediamanyya pada pukul 7.30


pagi, hari Ahad dan dikebumikan di Kubang Kerian.

12. Tokoh-tokoh Ulama Nusantara Semenanjung Melayu (1)


Perkara pertama yang dikarang oleh penulis mengenai Tok Kenali dalam buku
ini adalah mengenai kehebatan beliau dalam penulisan biarpun Tok kenali
bukanlah penulis yang konsisten, namun beliau adalah seorang penulis yang
mempunyai gaya dan penulisan yang gagah dan jelas. Beliau berpandangan
bahawa media masa merupakan bahan yang sangat berpengaruh dan atas
kesedaran itulah beliau tempil mempelopori usaha memimpin majalah
Pengasuh yang diterbitkan oleh Majlis Agama Islam.

Beliau menjadi terkenal bukan sahaja disebabkan ilmu pengetahuan


agama yang tinggi, malah kerana sifat-sifatnya yang peramah, pemurah, cara
hidup yang zahid dan sederhana. Gelaran ‘Tok’ merupakan kemuncak
penghormatan yang mencerminkan ketokohan dan kemasyhuran yang meluas
bagi rakyat Kelantan. Walaupun Tok kenali tidak meninggalkan hasil karya
yang besar dalam mana-mana bidang pengajian Islamiah, namun beliau telah
berjaya melahirkan satu angkatan ulama yang memegang obor pengajian
tinggi Islam di Nusantara.

Tok kenali turut aktif dalam kegiatan kemasyarakatan dan pentadbiran


negeri, di mana beliau dirundingi oleh pembesar negeri terutama rakannya
Dato’ Perdana Menteri Kelantan al-Marhum Haji Nik Mahmud Ismail.

Pengarang turut menulis serba sedikit mengenai kelahiran Tok kenali.


Nama asal Beliau ialah Muhammad Yusuf bin Ahmad dan nama timangannya
‘Awang’ satu nama sentimental yang amat disukai beliau. Beliau dilahirkan
dan dibesarkan dalam zaman pemerintahan seorang Raja negeri yang agung
iaitu al-Marhum Sultan Muhammad yang kedua (Sultan Merah). Pendidikan
beliau turut diceritakan oleh penulis secara ringkas daripada pendidikan awal
hinggalah melanjutkan pelajaran ke Mekah dan kembali semula ke Tanah air
hingga membina Pondok untuk mengajar segala ilmu yang diperolehinya.
Setelah 25 tahun berbakti kepada masyarakatnya, maka pada 19 November
1933 beliau telah meninggal dunia.
13. Koleksi Ulama Nusantara (Jilid 1)

Dalam buku ini, pengarang tidak menyentuh banyak mengenai Tok kenali.
Pengarang sekadar menceritakan mengenai Tok Kenali merupakan salah
seorang yang telah menubuhkan Majlis Agama Islam bersama haji
Muhammad bin Haji Muhammad Said dan Nik Mahmud. Majlis Agama Islam
kelatan telah berjaya menerbitkan sebuah majalah iaitu Pengasuh. Tok kenali
sebagai ketua pengarang yang pertama.

14. Tokoh-Tokoh Agama dan Kemerdekaan di Alam Melayu

Pengarang menceritakan serba sedikit tentang kehidupan awal Tok kenali


dimana beliau telah dilahirkan pada tahun 1868 di Kubang Kerian, Kota
Bharu. Bapanya seorang petani manakala datuknya Tok Lih (sebelah ibu)
guru agama yang terbilang di Kubang Kerian. Pendidikan awal beliau telah
diajar oleh datunya sendiri. Pada umur 10 tahun, beliau telah belajar ke Kota
Bharu. Tok Kenali disayangi oleh gurunya Syeikh Ahmad al-Fatani. Beliau
mendapat kemudahan khusus untuk mentelaah kitab-kitab gurunya itu. Orang
pertama yang meggelarkannya dengan ‘Awan’ kepada Tok kenali adalah
Syeikh Ahmad al-Fatani kemudian bertukar mejadi Awang.

Pengarang turut menyentuh mengenai kegagalan rumah tangga Tok


Kenali yang pertama iaitu ketika beliau berusia 16 tahun. Isterinya ialah Mek
Nik Haji Salleh Janggut. Setelah itu, beliau telah memutuskan untuk
melanjutkan pelajaran ke Mekah dengan menaiki kapal perniagaan ke Mekah.
Selama 17 tahun di Mekah, beliau melawat ke Mesir bersama gurunya menaiki
kapal layar mengharungi Laut Kalzum. Setelah itu, beliau kembali semula ke
Mekah dan genap 22 tahun berada di perantauan, beliau memutuskan untuk
kembali ke tanah air.

Pada ahun 1910, Tok Kenali memulakan pengajian pondok yang


kemudiannya berkembang sehingga ke Kampung Paya. Kemudian beliau
menjadi guru di Masjid Muhammadi yang wujud hingga sekarang. Tujuh
tahun kemudian, kira-kira 100 buah pondok agama telah didirikan di kampung
Paya.

Setelah 23 tahun membujang, Tok Kenali mengahwini hajah Rokiah


Haji Mahmud dan berpindah ke Kota Bharu serta dikurniakan empat orang
anak.setelah lima tahun di Kota Bharu, beliau kembali ke kampunya, iaitu
Kampung Belukar.

Di samping itu, pengarang juga menyatakan tentang sifat-sifat mulia


Tok Kenali sepanjang kehidupannya. Beliau seorang yang sangat menghormati
kedua orang tuanya. Surah al-Ikhlas seringkali dibaca walau di mana beliau
berada. Ketika berusia 65 tahun, beliau telah meninggal dunia. Jemazahnya
dikebumikan di tanah perkuburan Jalan pasir Putih jam 2 petang. Mengikut
catatan dalam majalah Pengasuh, tidak kurang daripada 2500 orang telah
mengunjungi jenazahnya.

15. Kitab Pati Rahsia

Di dalam jurnal ini, penulis hanya menyentuh sedikit sahaja mengenai Tok
Kenali. Haji Nik Mahmud dikatakan hidup sezaman dan sahabat baik kepada
Tok Kenali. Bapa kepada Haji Nik Mahmud iaitu Haji Ismail Qhadi bin Haji
Mahmud termasuk salah seorang guru awal Tok kenali. Semasa menuntut
pelajaran di Mekah, Haji Nik Mahmud merupakan salah seorang sahabat yang
bersama Tok kenali. Tok Kenali lebih cenderung kepada ilmu-ilmu Bahasa
Arab dan ilmu-ilmu yang tinggi daripada guru mereka iaitu Syeikh Wan
Ahmad.

16. Seruan Kebangkitan Islam Dalam Majalah Pengasuh oleh Tok Kenali
dan Zaaba.
Pengarang cuba mengetengahkan pandangan Tok Kenali berkaitan dengan
bangsa melayu dalam artikel mereka yang diterbitkan oleh majalah Pengasuh.
Tok kenali dikatakan salah seorang yang menyumbang dalam tradisi
persuratan di Alam Melayu melalui penerbitan majalah sebagai salah satu
manifestinya telah menjadi platform bagi suara seruan kebangkitan Islam dan
Melayu. Beliau banyak menulis dalam dua tahun awal terbitan majalah
Pengasuh iaitu tahun 1918 dan 1919. Beliau sering menyeru umat Islam
supaya bersatu teguh dalam melakukan perkara kebaikan serta mengingatkan
bahawa itu adalah perkara yang mulia seperti yang sering dilakukan oleh para
ulama.

Melihat keadaan sikap rakyat melayu ketika itu yang sering bergaduh
dalam hal remeh-temeh dan susila hidup kurang sopan, Tok kenali menyeru
supaya kembali kepada adab-adab Islam yang mulia. Seruan Tok kenali
kepada pembaca Pengasuh agar sentiasa bersatu padu sesama anak bangsa
supaya mereka dapat membina kembali ketemadunan.

Selain itu, antara saranan beliau adalah menghormati para ulama yang
mengajar agama Islam. Beliau turut menganjurkan rakyat melayu menguasai
semua ilmu dan kepandaian dalam berbahasa. Pada zaman To Kenali, terdapat
orang Melayu yang tidak berbangga dengan bangsa Melayu yang menyatakan
Melayu itu membawa maksud layu. Namun Tok Kenali tidak bersetuju dengan
pandangan tersebut. Di samping itu, Tok Kenali menegaskan bahawa
gabungan antara ilmuwan dan hartawan akan menjadikan Melayu kuat. Hal ini
adalah untuk menjayakan pendidikan bangsa Melayu

17. Pengaruh Asia Barat terhadap Mahasiswa Alaf Baru

Pengarang hanya menyentuh sedikit sahaja mengenai To Kenali di dalam


Jurnal ini. Dikatakan bahawa, Tok kenali merupakan salah seorang yang
bersama Syeih Ahmad al-Fatani dalam memulakan langkah meninjau
perkembangan ilmu di tempat yang baru iaitu di al-Azhar. Tok kenali dilihat
terpengaruh dengan pembaharuan ilmu yang berlaku di al-Azhar. Walaupun
kunjungan beliau hanya dalam masa yang singkat bersama gurunya, namun
mereka sempat meninjau perkembangan pendidikan Islam di al-Azhar dan
beberapa institusi lain di Kaherah.

Sekembalinya Tok Kenali di tanah air, Beliau telah menerbitkan majala


Pengasuh yang merupakan majalah berunsur Islam. Di samping pembaharuan
dalam sistem pengajian pondok, peluang pendidikan juga dibuka kepada
pelajar perempuan dan ini adalah antara pembaharuan yang dilakukan hasil
perkembangan yang berlaku di al-Azhar.

18. Perkembangan Pendidikan Islam Di Kelantan

Di dalam jurnal ini, pengarang hanya menceritakan peranan Tok Kenali dalam
institusi pondok di Kelantan. Pengajian Pondok di Kelantan kebanyakan
dipelopori oleh golongan ulama yang menyambung pengajian di Mekah.
Antara ulama yang memainkan peranan penting pada akhir abad ke-19 adalah
Tuan Tabal dan Haji Wan Ali. Tok Kenali merupakan salah seorang anak
murid mereka yang menyambung kegiatan dalam bidang agama. Fenomena
pondok di Kelantan terus bersinar menjelang pertengahan abad ke-20 apabila
beberapa buah pondok telah dibina. Tidak terkecuali pondok yang diasaskan
oleh Tok Kenali iaitu Pondok Tok Kenali.

19. The Evolution of Quranic Interpretation Writings in Malaysia The 17 th to


21st Century

Pada abad ke-20, karya penulisan mula berkembang di sekolah Melayu Islam
yang dipelopori oleh Tok Kenali. Pengarang menyatakan bahawa beliau telah
menterjemahkan sebahagian Tafsir al-Khazin ke dalam bahasa Melayu.
Namun hasil penterjemahan itu tidak dijumpai sehingga sekarang. Begitu juga
Tafsir Ibn Kathir yang tidak didedahkan sampai kini.
Tok Kenali mempunyai ramai pelajar yang berjaya dalam bidang
agama. Antaranya ialah Syeikh Uthman Jalaludin al-Kelantani yang telah
menterjemah rujukan untuk Tafsir al-Jalalain dalam bahasa Melayu yang
bertajuk Tafsir Bagi al-Quran al-Karim. Syeikh Muhammad Idris al-Marbawi
yang berasal dari Perak merupakan salah seorang murid yang digemari oleh
Tok Kenali turut mnterjemah surah Yaasin pada tahun 1996 dan tersebar di
Mesir namun tidak tersebar luas di Malaysia.
20. Masjid al-Haram dan Peranannya dalam Perkembangan Awal
Pendidikan dan Intelektualisme Masyarakat Melayu

Pengarang menyatakan bahawa pemikiran Tok Kenali sangat berpengaruh.


Beliau merupakan bekas pelajar ulama yang tersohor iaitu Syeikh Wan
Ahmad. Pada awal abad ke-20, pendidikan di Kelantan telah dikendalikan oleh
Tok Kenali. Menurut salah seorang anak muridnya, Syeikh Muhammad Idris
al-Marbawi yang telah melanjutkan pelajarannya ke Mekah mengatakan
bahawa ilmu guru-guru yang mengajarnya di sana setamding dengan ilmu
pengetahuan Tok Kenali.
RUJUKAN

Abdullah al-Qari. 1995. Rokok dan Keharamannya. Darul Iman. Kuala Lumpur.

Abdullah al-Qari. 2006. Detik sejarah hidup tuk kenali. Al-hidayah publishers, Kuala
Lumpur.

Abdullah al-Qari. 2008. Pusaka Tuk Kenali. Al-hidayah publishers, Kuala Lumpur.

Abdullah Qari. 2009. Tuk Kenali Penggerak Ummah. Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Kuala Lumpur.

Alias Mohamed. 1984. Gerakan Sosial & Politik Kelantan. Insular Publishing House.
Kuala Lumpur.

Anwar Muttaqin, Wan Kamal & Kartini. 2013. Pengaruh Asia Barat terhadap
Mahasiswa Alaf Baru. Islamiyyah. 35(1): 103-110.

Faisal. 2013. Seruan Kebangkitan Islam Dalam Majalah Pengasuh oleh Tok Kenali
dan Zaaba. Jurnal Usul. 37(4): 57-91

Ismail Che Daud. 1988. Tokoh-tokoh Ulama Semenanjung (1). Majlis Agama Islam
dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Kota Bharu.
Ismail Mat. 1992. Ulama Silam dalam Kenangan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Bangi.

Khoo Kay Him. 1982. Beberapa Aspek Warisan Kelantan. Perbadanan Muzium
Negeri Kelantan Istana Jahar. Kota Bharu.

Mohammad Redzuan. 2013. Masjid al-Haram dan Peranannya dalam Perkembangan


Awal Pendidikan dan Intelektualisme Masyarakat Melayu. Jurnal Usul.
13(05): 65-80.

Muhamad Husin Khulciy. 1969. Kelantan dari Zaman ke Zaman. Syarikat Dian Sdn
Bhd. Kota Bharu.

Nik Safiah & Wan Abdul Kadir. 1985. Kelantan Dalam Perspektif Sosio-Budaya.
Jabatan pengajian melayu univeriti Malaya. Kuala lumpur.

Norhafizah, Hasanuldin & Abdul Manam. 2008. Kitab Pati Rahsia. Jurnal Islam &
Masyarakat Kontemporari. Jil.1. 71-81.

Norhasnira. 2013. The Evolution of Quranic Interpretation Writings in Malaysia The


17th to 21st Century. International Journal of Education and Research. 1(7):
1-10
Persatuan Sejarah Malaysia. 1981. Perkembangan Pendidikan Islam Di Kelantan.
Jurnal Persatuan Sejarah Malaysia. 10(1): 65-83.

Syed Mahadzir. 2006. 163 Tokoh Terkenal Islam. Pekan Ilmu Publications Sdn.Bhd.
Selangor.

Tajuddin Saman & Abd.Manaf. Tokoh-Tokoh Agama dan Kemerdekaan di Alam


Melayu. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Kuala Lumpur.

Wan kamal & Husny. 2006. Peranan & Sumbangan Tok kenali dalam Perkembangan
Pendidikan Islam di Kelantan. Nadwah Ulama Nusantara 3. 674-684.
William. 1974. Kelantan (Religion, Society and Politics in a Malay State). Oxford
University Press. Kuala Lumpur.

You might also like