Professional Documents
Culture Documents
Definisi Kajian Kuantitatif
Definisi Kajian Kuantitatif
Kajian kuantitatif merupakan satu kajian secara umumnya menggunakan analisis statistik, ia lebih
bersifat objektif dan berorientasikan kepada hasil.
Merujuk kepada istilah "kuantiti" membawa erti berapa banyak atau bilangannya. Kuantiti merujuk
kepada bilangan yang diskrit, yang dinyatakan dengan tepat.
Berdasarkan kepada istilah kuantiti, penyelidikan kuantitatif dikaitkan dengan data numerika dan
ketepatan. Ia adalah berdasarkan kaedah penyelidikan inkuiri positivis dimana penyelidikan dilakukan
melalui kajian eksperimental dan data numerika yang dipungut dianalisis dengan ujian statistik. Melalui
penyelidikan kuantitatif, masalah kajian dinyatakan dalam bentuk hipotesis..
Kajian kuantitatif terbahagi kepada 2 jenis iaitu kajian intervensi dan kajian non-intervensi. Bagi kajian
intervensi, rekabentuk kajian yang sesuai adalah kajian eksperimen, manakala kajian non-intervensi pula
rekabentuk kajiannya adalah kajian korelasi dan kajian tinjauan.
Bagi rekabentuk kajian eksperimen (kajian intervensi), ia menerangkan sama ada intervensi
mempengaruhi hasil satu kumpulan berbanding kumpulan yang satu lagi. Manakala bagi rekabentuk
kajian korelasi pula ia meramal perkaitan atau hubungan antara pemboleh ubah, dan bagi rekabentuk
kajian tinjauan pula menerangkan trenda bagi satu populasi.
Istilah "kuantiti" membawa erti berapa banyak atau bilangannya. Kuantiti merujuk kepada bilangan yang
diskrit, yang dinyatakan dengan tepat. Berdasarkan kepada istilah kuantiti, penyelidikan kuantitatif
dikaitkan dengan data numerika dan ketepatan. Ia adalah berdasarkan kaedah penyelidikan inkuiri
positivis dimana penyelidikan dilakukan melalui kajian eksperimental dan data numerika yang dipungut
dianalisis dengan ujian statistik. Melaluipenyelidikan kuantitatif, masalah kajian dinyatakan dalam
bentuk hipotesis..
Menurut John W. Cresswell (2008), Kajian kuantitatif adalah jenis penyelidikan pendidikan di mana
pengkaji memutuskan apa yang hendak dikaji, bertanya soalan yang khusus, mengecilkan skop soalan,
mengumpul data yang boleh dikuantitatifkan daripada peserta, menganalisa nombor-nombor tersebut
menggunakan statistik dan menjalankan inkuiri dalam bentuk yang objektif dan tidak bias.
4. Ciri-ciri kajian kuantitatif adalah seperti berikut:
Instrumen ditentukan
Bagi penggunaan rekabentuk kuantitatif, ia terbahagi kepada 2 iaitu kajian intervensi dan kajian non-
intervensi.
Bagi kajian intervensi, rekabentuk kajian yang terlibat dalah kajian eksperimen dimana menerangkan
sama ada intervensi mempengaruhi outcome satu kumpulan berbanding kumpulan yang satu lagi.
Bagi kajian non-intervensi, rrekabentuk kajian yang terlibat adalah kajian korelasi dan kajian tinjauan.
Kajian korelasi digunakan untuk meramal perkaitan atau hubungan antara pemboleh ubah manakala
kajian tinjauan adalah kajian yang menerangkan trenda bagi satu populasi.
Sumber: