Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 18

 

BAHAGIAN TEKNIK DAN VOKASIONAL


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA     
 
KOLEJ VOKASIONAL TEMERLOH
NOTA KULIAH 3
SEMESTER SEMESTER 2 SESI 2019

JABATAN JABATAN PERNIAGAAN

PROGRAM DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN


KOD/KURSUS DBF 2113 - MAKROEKONOMI

KOMPETENSI 03 KESEIMBANGAN PENDAPATAN NEGARA

3.1 Definisi dan konsep keseimbangan pendapatan begara


3.2 Aliran pusingan pendapatan ekonomi dua sektor
3.3 Pembolehubah sektor ekonomi (penggunaan, simpanan
KOMPETENSI UNIT
dan pelaburan)
3.4 Keseimbangan pendapatan negara bagi ekonomi dua
sektor
Pada akhir kursus, pelajar boleh:
1. Menerangkan konsep makroekonomi, permintaan
aggregate dan penawaran agregat serta wang dan bank.
(C2, PLO1)
2. Menentukan keseimbangan pendapatan negara dalam
KOMPETENSI ekonomi dua sektor menggunakan pendekatan agregat
PEMBELAJARAN
permintaan-agregat penawaran. (C3, PLO1)
3. Mencadangkan penyelesaian kepada masalah
makroekonomi menggunakan polisi monetari dan fiskal.
(A3, PLO6)

NO KOD DBF2113/K 03/NK 03-05


MUKA: 01 DARIPADA 16
NO KOD JPK TIADA

1
Muka Surat / Page : 2 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO. DBF 2113/ K 03/NK 03-05
18

BAB 3 KESEIMBANGAN PENDAPATAN NEGARA

3.1 DEFINISI DAN KONSEP KESEIMBANGAN PENDAPATAN NEGARA


Keseimbangan pendapatan negara ialah suatu keadaan yang mana jumlah permintaan
barang atau perkhidmatan dalam ekonomi adalah sama dengan jumlah penawaran mereka
dalam ekonomi. Terma dan syarat keseimbangan pendapatan negara adalah Permintaan
Agregat (AD) = Penawaran Agregat (AS). Ini bermakna jumlah keluaran yang ingin
dikeluarkan oleh para pengeluar sama dengan jumlah perbelanjaan dalam ekonomi. Pada
tingkat keseimbangan pendapatan negara, lebihan penawaran agregat atau perbelanjaan
agregat tidak berlaku dan tingkat pendapatan negara tidak cenderung untuk berubah. Pada
tingkat keseimbangan pendapatan negara juga, jumlah suntikan (J) adalah sama dengan
jumlah bocoran (W).

3.2 ALIRAN PUSINGAN PENDAPATAN EKONOMI DUA SEKTOR


Ekonomi dua sektor ialah ekonomi yang terdiri daripada isi rumah dan firma. Kerajaan
tidak campur tangan dalam ekonomi dan ekonomi tidak melakukan perdagangan
antarabangsa.

Aliran pusingan
pendapatan
antara sektor dengan
kedua- dua barangan
dan pasaran buruh
melibatkan
aliran fizikal dan
aliran tunai. Aliran
ini dapat lihat dalam
Rajah 3.1 berikut:

2
Muka Surat / Page : 3 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO. DBF 2113/ K 03/NK 03-05
18

Rajah 3.1 Aliran pusingan pendapatan dalam ekonomi dua sektor

Aliran fizikal boleh berbentuk barang dan perkhidmatan, manakala aliran tunai boleh
berbentuk yuran, sewa, faedah, keuntungan dan pembayaran bagi penggunaan barang
dan perkhidmatan.

Firma menghasilkan kuantiti tertentu bagi barang dan perkhidmatan dalam tempoh
tertentu. Ia dikenali sebagai output agregat (Y). Oleh sebab setiap ringgit yang dibelanja
diterima sebagai pendapatan oleh orang lain, output agregat dan pendapatan agregat
adalah sama.

Apabila sektor isi rumah menjual faktor pengeluaran (buruh, tanah, modal dan usahawan)
kepada sektor firma (Aliran Faktor), sektor isi rumah akan menerima pendapatan dalam
bentuk upah dan gaji, sewa, nunga dan untung (Aliran Pendapatan). Isi rumah
menggunakan sebahagian daripada pendapatan untuk dibelanjakan atas barang dan
perkhidmatan yang dihasilkan oleh firma (Aliran Barang/ Fizikal), manakala bakinya
disimpan sebagai tabungan di institusi kewangan (Aliran Tabungan). Tabungan
merupakan bocoran daripada aliran pusingan pendapatan. Fungsi institusi kewangan ialah
mengumpul tabungan daripada isi rumah dan memberi pinjaman kepada firma bagi
membiayai perbelanjaan atas barang modal atau pelaburan (I) (Aliran Pelaburan).
Pelaburan merupakan suntikan ke dalam aliran pusingan pendapatan.

Pendapatan yang diterima oleh isi rumah sama ada dibelanjakan atau ditabungkan. Oleh
itu,
Y = C + S atau AS = C + S

Jumlah keluaran atau penawaran agregat dalam ekonomi sama dengan pendapatan
negara. Manakala perbelanjaan agregat (AE) dalam ekonomi dua sektor terdiri daripada
perbelanjaan penggunaan isi rumah (C) dan pelaburan firma (I). Secara rumus:

AE = C + I

Keseimbangan pendapatan negara tercapai apabila


a) penawaran agregat sama dengan perbelanjaan agregat
AE = C + I
Y=C+I

3
Muka Surat / Page : 4 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO. DBF 2113/ K 03/NK 03-05
18

b) jumlah bocoran sama dengan jumlah suntikan


S=I

Bocoran (W) ialah bahagian daripada pendapatan yang mengalir keluar daripada
aliran pusingan pendapatan contohnya tabungan. Bocoran seperti tabungan
mengurangkan perbelanjaan agregat dalam ekonomi. Inventori firma bertambah
kerana sebahagian daripada output tidak dapat dijual. Firma seterusnya
mengurangkan output dengan menggurangkan penggunaan faktor-faktor pengeluaran.
Kesan daripada itu, pendapatan faktor yang diterima isi rumah turut merosot (W↑, Y↓).

Suntikan (J) ialah tambahan perbelanjaan ke dalam aliran pusingan pendaparan yang
bukan berpunca daripada pendapatan isi rumah contohnya pelaburan. Suntikan
seperti pelaburan menambahkan perbelanjaan agregat dalam ekonomi. Inventori firma
yang semakin berkurang mendorong firma menambahkan output dengan
menggunakan lebih banyak faktor pengeluaran. Kesan daripada itu, pendapatan faktor
turut bertambah (J↑, Y↑).

3.3 PEMBOLEHUBAH SEKTOR EKONOMI (PENGGUNAAN, SIMPANAN DAN


PELABURAN)
3.3.1 Penggunaan (Consumption – C)
Penggunaan merujuk kepada komponen perbelanjaan isi rumah iaitu semua
perbelanjaan isi rumah untuk membeli barang dan perkhidmatan dari pendapatan
yang mereka dapat.

Kita sering menyatakan bahawa lebih tinggi pendapatan individu, semakin tinggi
pula perbelanjaan beliau. Konsep ini juga diguna pakai bagi keseluruhan ekonomi.
Hubungan yang positif memang wujud antara pendapatan agregat dengan
penggunaan agregat.

Pendapatan boleh guna (Yd, disposable income) ialah pendapatan yang dapat
dibelanjakan atau ditabungkan selepas pembayaran cukai. Secara rumusnya:
Yd = Y - T

Dalam ekonomi dua sektor, jumlah pendapatan negara adalah sama dengan
pendapatan boleh guna kerana aliran cukai tidak wujud, iaitu

Yd = Y
4
Muka Surat / Page : 5 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO. DBF 2113/ K 03/NK 03-05
18

Fungsi penggunaan menunjukkan hubungan antara perbelanjaan penggunaan dan


pendapatan. Ia boleh diringkaskan seperti formula berikut:

C = a + bYd

Di mana C = Penggunaan
a = Penggunaan autonomi
b = Kecenderungan mengguna marginal (MPC) atau
Yd = Pendapatan boleh guna (Y-T); Y = Pendapatan, T = Cukai

Penggunaan autonomi (a) merujuk kepada tingkat perbelanjaan penggunaan yang


tidak dipengaruhi oleh pendapatan boleh guna. Ia wujud walaupun Y = 0 yang
bermaksud, isi rumah berbelanja walaupun tidak ada pendapatan. Kecenderungan
mengguna marginal (b) pula merupakan ukuran nisbah perubahan dalam
penggunaan kepada perubahan dalam pendapatan. Ia juga boleh dikenali sebagai
perbelanjaan penggunaan yang dipengaruhi oleh tingkat pendapatan boleh guna.
Formula untuk mengira MPC adalah seperti berikut:

MPC =
=

Nisbah
jumlah penggunaan kepada jumlah pendapatan diukur melalui kecenderungan
mengguna purata (APC). APC merupakan bahagian daripada pendapatan boleh
guna yang dibelanjakan.

APC =
=

Fungsi penggunaan boleh diplot seperti dalam Rajah 3.2 berikut.

Rajah 3.2 Fungsi penggunaan


5
Muka Surat / Page : 6 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO. DBF 2113/ K 03/NK 03-05
18

Pendapatan boleh guna adalah pendapatan bersih yang tinggal selepas cukai
dibayar (Y – T). Pendapatan ini boleh digunakan untuk membeli barang dan
perkhidmatan. Oleh sebab sektor kerajaan tidak wujud dalam ekonomi dua sektor,
maka cukai T = 0 dan oleh itu, Yd = Y.

3.3.2 Simpanan / Tabungan (Saving – S)


Dalam ekonomi dua sektor, (yang tidak melibatkan perdagangan antarabangsa) isi
rumah boleh melakukan dua perkara dengan pendapatan mereka iaitu sama ada
membelanjakannya pada penggunaan atau menabungnya. Dengan kata lain, isi
rumah menabung sebahagian daripada pendapatannya yang tidak digunakan untuk
membeli barang dan perkhidmatan.

Fungsi tabungan adalah hubungan antara pendapatan boleh guna dan tabungan.
Pendapatan boleh guna mempunyai jumlah yang sama dengan penggunaan dan
tabungan, oleh itu:

Yd = C + S

Yd = a + bYd + S

Bagi fungsi tabungan, formulanya adalah seperti berikut:

S = - a + (1-b) Yd

Di mana S = Tabungan
-a = Tabungan negatif / tabungan autonomi
(1-b) = Kecenderungan menabung marginal
Yd = Pendapatan boleh guna

Kita boleh memplotkan graf bagi fungsi tabungan seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 3.3 berikut.

Rajah 3.3 Fungsi tabungan

6
Muka Surat / Page : 7 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO. DBF 2113/ K 03/NK 03-05
18

Berdasarkan Rajah 3.3 tadi, kita dapat lihat bahawa tabungan negatif (-a) adalah
sama nilai apabila Y = 0, iaitu tingkat tabungan yang tidak dipengaruhi oleh tingkat
pendapatan boleh guna.

Kecenderungan Menabung Marginal (MPS) (1-b) Yd menunjukkan nisbah antara


peningkatan dalam tabungan dan peningkatan pendapatan. Ia juga mengukur
perubahan dalam tabungan bagi setiap ringgit perubahan dalam pendapatan boleh
guna. Ia boleh diringkaskan seperti berikut:

MPS =
=

Nisbah antara tabungan dan pendapatan disebut sebagai kecenderungan


menabung purata (APS). Ia boleh diringkaskan menjadi seperti berikut:

APS =
=

Ini adalah kerana tabungan oleh isi rumah dan firma dianggap sebagai bocoran
dalam aliran kitaran pendapatan.

Penggunaan (C) dan tabungan (S)


a) Ciri perbelanjaan penggunaan dan tabungan adalah seperti berikut:
 Pada tingkat pendapatan yang sangat rendah, perbelanjaan penggunaan
melebihi pendapatan boleh guna dan tabungan bernilai negatif. isi rumah
menggunakan pendapatan semasa dan tabungan masa lalu atau meminjam
untuk membiayai lebihan perbelanjaan. Pada tingkat pendapatan negara
sifar, isi rumah masih berbelanja sejumlah wang atas barang-barang
keperluan. Perbelanjaan penggunaan yang tidak bergantung pada
pendapatan boleh guna dikenali sebagai penggunaan autonomi.
 Perbelanjaan penggunaan dan tabungan isi rumah berhubung positif
dengan pendapatan boleh guna iaitu semakin tinggi pendapatan negara,
semakin tinggi perbelanjaan penggunaan dan tabungan. Kenaikan
pendapatan negara lebih cepat daripada kenaikan perbelanjaan
penggunaan sehingga tingkat pendapatan tertentu (Yd = RM 120 juta),

7
Muka Surat / Page : 8 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO. DBF 2113/ K 03/NK 03-05
18

perbelanjaan penggunaan sama dengan pendapatan negara dan tabungan


ialah sifar.
 Pada tingkat pendapatan negara yang lebih tinggi, tabungan menjadi positif.
Misalnya, pada tingkat pendapatan negara yang lebih tinggi daripada RM
120 juta, tabungan menjadi positif apabila tingkat pendapatan negara
melebihi perbelanjaan penggunaan.

Rajah 3.4: Hubungan Y, C dan S

b) Hubungan APC dan APS


Bukit, APC + APS = 1
Yd = C + S

1 = APC + APS (sama juga dengan MPC + MPS = 1)


Nilai APC dan APS berubah-ubah mengikut tingkat pendapatan iaitu:
 apabila pendapatan boleh guna meningkat, APC menurun dan APS
meningkat.
 apabila pendapatan boleh guna menurun, APC meningkat dan APS
menurun.

8
Muka Surat / Page : 9 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO. DBF 2113/ K 03/NK 03-05
18

3.3.3 Pelaburan (Investment – I)


Pelaburan ditakrifkan sebagai perbelanjaan firma untuk membeli stok barang modal dan /
atau barang teknologi yang tidak digunakan tetapi digunakan dalam pengeluaran masa
depan barangan dan perkhidmatan.
Pelaburan termasuklah membina bangunan, kilang atau rumah, membeli barang modal
seperti mesin dan menambah inventori bersih atau stok barangan. Secara amnya,
perbelanjaan pelaburan meliputi:
a) Perbelanjaan atas kelengkapan pengeluaran seperti jentera dan perkakas yang
bertujuan untuk meningkatkan daya pengeluaran.
b) Pertambahan dalam inventori seperti pertambahan dalam simpanan barang sipa yang
belum dipasarkan, barang perantaraan dan bahan mentah.
c) Perbelanjaan atas pembinaan harta tetap seperti rumah, kediaman, kilang dan
bangunan pejabat.

Selain itu, pelaburan kasar (gross investment) merujuk kepada jumlah perbelanjaan atas
barang modal dan perbelanjaan untuk menggantikan barang modal yang telah haus.
Manakala pelaburan bersih merujuk kepada perbelanjaan firma atas barang modal setelah
ditolak dengan elaun susut nilai iaitu perbelanjaan untuk menggantikan barang modal yang
telah haus.Pelaburan bersih menambahkan jumlah barang modal dalam ekonomi. Secara
rumus:
Pelaburan bersih = Pelaburan kasar – Susut nulai

Dalam ekonomi, pelaburan sebenar berbeza daripada pelaburan yang dirancang kerana
perubahan dalam inventori firma adalah sebahagian daripada pelaburan sebenar dan
perubahan dalam inventori tidak sepenuhnya di bawah kawalan syarikat. Perubahan atau
peningkatan dan penurunan inventori, kadangkala bergantung kepada keputusan
mengenai penggunaan isi rumah mereka. Walau bagaimanapun, huruf “I” biasanya
merujuk kepada pelaburan yang dirancang sahaja.

Ada dua jenis pelaburan iaitu:


(a) Pelaburan teraruh
Pelaburan teraruh dipengaruhi oleh tingkat pendapatan negara. Perubahan dalam
pendapatan negara mendorong perubahan dalam pelaburan.Semakin tinggi
pendapatan negara, semakin tinggi perbelanjaan pelaburan dan sebaliknya.

9
Muka Surat / Page : 10 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO. DBF 2113/ K 03/NK 03-05
18

Faktor yang mempengaruhi pelaburan teraruh adalah keuntungan dan peningkatan


pendapatan penduduk. Semakin banyak bilangan orang akan menyebabkan
pengeluaran barangan dan perkhidmatan meningkat.

(b) Pelaburan autonomi


Pelaburan autonomi dipengaruhi oleh faktor yang lain daripada pendapatan negara,
contohnya, kadar faedah, tahap kemajuan teknologi dan jangkaan. Fungsi pelaburan
autonomi selari dengan paksi pendapatan negara. Ini bermakna tingkat pelaburan
autonomi tidak dipengaruhi oleh tingkat pendapatan negara. Namun , perubahan
faktor-faktor lain seperti kadar bunga akan mengubah tingkat pelaburan autonomi.
Misalnya kejatuhan kadar bunga akan mengalihkan fungsi pelaburan autonomi ke atas

secara selari dari I0 ke I1 apabila pelaburan autonomi bertambah. Sebaliknya, kenaikan


kadar bunga mengalihkan fungsi pelaburan autonomi ke bawah dari I0 ke I2 apabila
tingkat pelaburan autonomi merosot.

Fungsi pelaburan teraruh dan pelaburan autonomi ditunjukkan dalam Rajah 3.4 berikut.

Rajah 3.4 Pelaburan autonomi dan pelaburan terarah


10
Muka Surat / Page : 11 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO. DBF 2113/ K 03/NK 03-05
18

3.4 KESEIMBANGAN PENDAPATAN NEGARA BAGI EKONOMI DUA SEKTOR


Dalam ekonomi dua sektor, permintaan agregat atau perbelanjaan agregat terdiri daripada
penggunaan dan pelaburan iaitu:

AD = C + I / AE = C + I

Jumlah penawaran adalah jumlah barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam
negara ini iaitu:
AS = Pengeluaran negara = Pendapatan negara

Oleh itu, AS = Y.

Maka, AD = AS. Oleh itu, terma dan syarat keseimbangannya boleh ditulis sebagai:

Persamaan AD = AS
C+I=Y

atau

AS = AD
Y=C+I

Dalam keadaan yang tidak seimbang, contohnya, apabila perbelanjaan agregat adalah
lebih daripada output agregat, akan ada penurunan yang tidak diduga dalam inventori.
Firma akan bertindak balas dengan meningkatkan output. Ini akan membantu
meningkatkan pendapatan dan akhirnya meningkatkan tahap penggunaan juga. Proses ini
akan berterusan sehingga tahap keseimbangan dicapai.

Oleh itu, C + I = Y = C + S di mana keadaan keseimbangan ini boleh ditulis sebagai:

Persamaan suntikan = Bocoran


I=S

Tahap keseimbangan pendapatan negara boleh ditentukan dengan menggunakan tiga


kaedah iaitu:
(a) Menggunakan jadual
Jika MPC = 0.75, penggunaan adalah RM 500 juta apabila pendapatan bersamaan
dengan sifar dan pelaburan autonomi adalah RM200 juta.

Oleh itu, C = 500 + 0.75 Yd dan S = -500 + 0.25 Yd. Dengan mengubah nilai Y dalam
persamaan, kita akan mendapat jawapan seperti dalam Jadual 3.1 berikut.
11
Muka Surat / Page : 12 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO. DBF 2113/ K 03/NK 03-05
18

Jadual 3.1
Penentu Keseimbangan dalam Ekonomi Dua Sektor
Y = AS Penggunaan (C) Pelaburan (I) Tabungan (S) AD = C + I
0
700
1,400
2,100
2,800
3,500
4,200

Keseimbangan pendapatan negara wujud pada Y = 2,800 apabila keadaan AD = AS


dan I = S berpuas hati.

Apa yang berlaku apabila Y tidak sama dengan 2,800? Jika pendapatan lebih rendah
daripada 2,800, ia akan menjadi keadaan yang tidak stabil kerana AD > AS. Ini akan
menggalakkan syarikat untuk meningkatkan pengeluaran dan aktiviti ekonomi (ia akan
meningkat sehingga AD = AS dicapai). Jika pendapatan melebihi 2,800, ia juga akan
menjadi satu keadaan yang tidak stabil kerana AS > AD. Ini bermakna, keluaran
negara melebihi agregat perbelanjaan yang dirancang. Oleh sebab penawaran
melebihi permintaan, firma akan mengurangkan pengeluaran mereka sehingga
keseimbangan AD = AS dicapai.

(b) Menggunakan rajah atau graf


Persamaan AD = AS melibatkan keluk Y = AS dan AD = C + I. Keseimbangan dicapai
ketika kedua-dua keluk bertemu di “e” dan pendapatan berada di Ye (lihat Rajah 3.5).

12
Muka Surat / Page : 13 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO. DBF 2113/ K 03/NK 03-05
18

Rajah
3.5

Keseimbangan pendapatan negara

Keseimbangan pendapatan negara tercapai pada titik E di mana AE = AS pada tingkat


pendapatan negara Ye iaitu RM600 juta.

Bagi pendapatan negara Y1 iaitu RM500 juta, perbelanjaan agregat ialah sebanyak
RM 550 juta dan penawaran agregat ialah RM500 juta. Ini menunjukkan berlakunya
lebihan perbelanjaan agregat sebanyak RM50 juta (jarak ab). Lebihan perbelanjaan
agregat menyebabkan inventori firma berkurang dan seterusnya menggalakkan firma
untuk meningkatkan pengeluaran. Pendapatan negara meningkat sehingga
perbelanjaan agregat menyamai penawaran agregat pada tingkat pendapatan negara
Ye .

13
Muka Surat / Page : 14 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO. DBF 2113/ K 03/NK 03-05
18

Bagi pendapatan negara Y2 iaitu RM700 juta, perbelanjaan agregat ialah sebanyak
RM 650 juta dan penawaran agregat ialah RM700 juta. Ini menunjukkan berlakunya
lebihan perbelanjaan agregat sebanyak RM50 juta (jarak cd). Lebihan penawaran
agregat menyebabkan inventori firma bertambah dan seterusnya menggalakkan firma
untuk mengurangkan pengeluaran. Pendapatan negara menurun sehingga
perbelanjaan agregat menyamai penawaran agregat pada tingkat pendapatan negara
Ye .

Walau bagaimanapun, pendekatan suntikan-bocoran melibatkan keluk tabungan, S


sama dengan keluk pelaburan, I. Keseimbangan pendapatan negara tercapai pada
titik E di mana jumlah bocoran S adalah sama dengan jumlah suntikan I pada tingkat
pendapatan negara Ye iaitu RM600 juta.

Bagi pendapatan negara Y1 iaitu RM500 juta, suntikan ialah sebanyak RM100 juta dan
bocoran ialah sebanyak RM50 juta. Ini menunjukkan berlakunya lebihan suntikan
sebanyak RM50 juta (jarak pq). Pendapatan dalam aliran pusingan pendapatan
bertambah sehingga keseimbangan tercapai pada titik E di mana suntikan sama
dengan bocoran.

Bagi pendapatan negara Y2 iaitu RM700 juta, suntikan ialah sebanyak RM100 juta dan
bocoran ialah sebanyak RM150 juta. Ini menunjukkan berlakunya lebihan bocoran
sebanyak RM50 juta (jarak rs). Pendapatan dalam aliran pusingan pendapatan
berkurangan sehingga keseimbangan tercapai pada titik E di mana suntikan sama
dengan bocoran.

(c) Menggunakan persamaan matematik


Menggunakan nilai yang sama, di mana penggunaan dan fungsi tabungan ialah:

C = 500 + 0.75Yd
S = -500 + 0.25Yd
Y = C + I, oleh itu,

Y =
Y =
Y =
Y =

Atau menggunakan kaedah suntikan bocoran (I = S), oleh itu

Ini boleh diilustrasikan dalam Rajah 3.6.

14
Muka Surat / Page : 15 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO. DBF 2113/ K 03/NK 03-05
18

Rajah 3.6 Keseimbangan pendapatan negara (keluk penggunaan dan tabungan)

Pengganda
Dalam ekonomi dua sektor, tingkat keseimbangan pendapatan negara akan berubah
apabila berlakunya perubahan dalam perbelanjaan penggunaan dan perbelanjaan
pelaburan. Pengganda (m, multiplier) merujuk kepada berapa kali ganda pendapatan
negara akan berubah kesan daripada perubahan AE. Ia ditentukan dengan mencari
nisbah antara perubahan pendapatan negara dengan perubahan perbelanjaan agregat
iaitu
∆Y = m∆AE

Saiz pengganda juga dapat ditentukan dengan rumus:

atau

Secara rumusnya, penggada ialah nisbah antara perubahan pendapatan negara


dengan perubahan perbelanjaan agregat iaitu

15
Muka Surat / Page : 16 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO. DBF 2113/ K 03/NK 03-05
18

Sekiranya MPC = 0.75, maka saiz pengganda ialah

m=4

Ini bermakna jika pelaburan bertambah RM10juta, pendapatan negara akan


bertambah sebanyak:
∆Y = m∆AE
= 4 x 10
= RM40 juta

Analisis proses pengganda secara jadual


Diberi andaian MPC = 0.8, dan pelaburan bertambah sebanyak RM100 juta.
Jadual 3.2 Proses pengganda
Peringkat ∆I (RM juta) ∆Y (RM juta) ∆C = MPC.∆Y ∆S =
penggandaan MPS.∆Y
1 100 100 80 20
2 80 64 16
3 64 51.2 12.8
seterusnya ... ... ... ...
Jumlah 100 500 400 100

Kenaikan pendapatan negara seterusnya menaikkan perbelanjaan penggunaan


sebanyak MPC.∆Y = 0.80 X RM100 juta = RM80 juta.

Tambahan perbelanjaan penggunaan (RM80 juta) pada peringkat pertama akan


menyebabkan para pengeluar menambahkan output sebanyak RM80 juta untuk
memenuhi permintaan isi rumah. Ini bermakna pendapatan negara bertambah
sebanyak RM80 juta.

Tambahan pendapatan negara RM80 juta pada peringkat kedua akan meningkatkan
perbelanjaan penggunaan isi rumah sebanyak RM64 juta dan bakinya RM16 juta
ditabungkan, dan peringkat seterusnya.

Proses ini berterusan sehingga pada akhirnya tidak ada lagi tambahan pendapatan
negara yang akan menimbulkan proses penggandaan.

Saiz pengganda =
=

=5

16
Muka Surat / Page : 17 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO. DBF 2113/ K 03/NK 03-05
18

Tambahan pelaburan RM100 juta pada mulanya telah menyebabkan tambahan dalam
pendapatan negara yang berlipat kali ganda sebesar
∆Y = m x ∆I
= 5 x RM100 juta
= RM500 juta

Analisis proses pengganda secara rajah

Rajah 3.7 Analisis proses pengganda secara rajah

17
Muka Surat / Page : 18 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO. DBF 2113/ K 03/NK 03-05
18

BIBLIOGRAFI:

1. Sarimah Aman Shah, Abd. Rashid Mohd Ali, Nirsela A.Manaf (2017). Principle of Economics
Third Edition. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
2. Sabariah Ali (2017). Makroekonomi Penggal 2, Edisi Ketiga. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
3. Ku ‘Azam Tuan Lonik (2015). Makroekonomi Asas. Utusan Publications & Distributors Sdn.
Bhd.

18

You might also like