Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

FAKULTI KEJURUTERAN

MPU3182 FALSAFAH DAN ISU-ISU SEMASA


(FAKULTI KEJURUTERAAN / G03)

PUAN. NADIA NATASHA BINTI JULAI

TUGASAN 1
TOPIK: NORMA BARU: IMPAK COVID-19 TERHADAP MASYARAKAT DI
MALAYSIA

MUHAMMAD FARHAN KABIR BIN MUHAMMAD HATTA


73100
NORMA BAHARU:
IMPAK COVID-19 TERHADAP MASYARAKAT DI MALAYSIA

Muhammad Farhan Kabir Bin Muhammad Hatta


73100@unimas.siswa.com.my
Universiti Sarawak Malaysia

ABSTRAK
Menurut Kamus Bahasa Melayu, definisi bagi norma adalah peraturan yang telah menjadi
kebiasaan yang dijangka akan dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat dan definisi bagi baharu
adalah menggantikan atau menukarkan sesuatu dengan yang baru atau yang menpunyai tempoh
kuat kuasa yang baru. Norma Baharu memberi impak yang besar terdahadap masyarakat di
Malaysia. Norma Baharu mempunyai impak positif dan negatif qyang memberik kesan kepada
pelbagai sector di Malaysia terutamanya sektor pendidikan, keagamaan dan perkerjaan. Impak
norma baharu ini telah menimbulkan pelbagai isu semasa yang dihadapi oleh masyarakat pada
masa kini.

Kata kunci: Norma baharu, Impak Covid-19, isu norma baharu

PENGENALAN
Pada awal tahun 2020 yang lalu, dunia telah dikejutkan dengan wabak penyakit berjangkit
Covid-19 yang merupakansebahagian daripada penyakit berjangkit koronavirus 2019 yang
telah melanda seluruh pelusuk dunia. Virus ini berasal dari Wuhan, China yang tela h meragut
ribuan nyawa malah kini telah meragut berjuta nyawa di seluruh dunia akibat penyebaran yang
dibawa oleh manusia dari satu tempat ke tempat lain. Wabak penyakit berjangkit Covid -19 ini
telah diishtiharkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai pendemik. Istilah
pendemik merujuk kepada wabak yang menyerang dalam skop lebih besar dan tidak terhad
kepada sesuatu komuniti atau daerah semata-mata. (Fauzi Suhaimi , 2020). Pendemik Covid-
19 ini telah memberi kesan penurunan yang sangat ketara kepada negara kita daripada pelbagai
aspek seperti ekonomi, pendidikan dan kesihatan malah menjejaskan segelintir rakyat
Malaysia.

Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan norma baharu atau ‘New Norm’ kepada rakyat
Malaysia atas salah satu insiatif penularan wabak Covid-19 ini. Menurut istilah semasa Dewan
Bahsa dan Pustaka (DBP), 2020, Norma baharu bermaksud peraturan yang diterima atau
diguna pakai oleh masyarakat disebabkan berlakunya sesuatu perkara seperti pandemik
penyakit berjangkit. Terdapat pelbagai inisiatif lain yang telah dilaksanakan oleh kerajaan
Malaysia dan kementerian kesihatan Malaysia (KKM) untuk membendung Covid -19 ini seperti
perlaksanaan , ‘standard operation procedure’, SOP, memperketatkan merentas dearah dan
negeri dan pelbagai inisiatif lain. Dalam usaha untuk mengurangkan tersebarnya wabak
COVID-19, banyak negara telah mengenakan penutupan sempadan dan perintah kawalan
pergerakan (PKP) kepada penduduknya. Keberkesanan langkah -langkah pengurangan ini
sangat bergantung kepada kerjasama dan kepatuhan semua anggota masyarakat (Aini, 2020).
Inisiatif ini mempunyai impak positif malah memberi kesan yang baik dengan mengawal kadar
jangkitan wabak Covid-19 ini.

Malangnya, setelah dilaksanakan inisitaif atau norma baru tersebut pelbagai isu dalaman yang
menjejaskan masyarakat telah timbul dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Antara isu yang
akan dikemukakan adalah daripada sektor keagamaan, , pendidikan dan perkerjaan masyarakat
di Malaysia.

SECTOR KEAGAMAAN
Norma baharu bagi pembendungan wabak penyakit berjangkit Covid-19 ini telah menjejaskan
aktiviti keagamaan. Bukan sahaja agama islam yang terjejas malah agama lain seperti budha
dan kritsten juga terjejas. Ini disebabkan perhimpunan beramai-ramai di masjid, kuil dan gereja
memberi ruang kepada penularan wabak Covid-19 ini dan pada satu ketika segala aktiviti
keagamaan dikurangkan jumlahnya atau dibatalkan buat sementara waktu. Ini disebabkan virus
Covid-19 ini mudah merebak melalui sentuhan fizikal.

Bagi agama islam, ketika solat berjemaah para jemaah perlu merapatkan saf untuk mendirikan
saf. Dengan berpandukan garis panduan yang telah ditetapkan dalam standard operational
procedure, SOP, para jemaah perlu mengamalkan penjarakkan sosial diantara jemaah. Menurut
beberapa ulama menerima garis panduan ini bagi mengelakkan penularan wabak penyakit dan
segelintir ulama pula tidak bersetuju dan meminta pihak yang bertangungjawab mengkaji
semula dengan berpandukan dengan Al-Quran dan hadis.

Pada tahun 2020 yang lalu merupakan tahun penuh dengan sejarah buat umat islam dimana
buat pertama kalinya Masjidil Haram di Mekah ditutup selain dari waktu solat untuk beberapa
jam sahaja dan ibadah tahunan umat islam iaitu haji dan umrah juga terkesan dimana semua
kemasukan jemaah daripada luar negara untuk menunaikan umrah dan haji disekat. Ini
merupaka salah satu impak yang besar bagi umat islam kerana menunaikan haji merupakan
salah satu rukun islam. Perkara sebegini menimbulkan keresahan terhadap umat islam yang
berada di Malaysia dan ramai jemaah yang telah di tentutkan untuk menunaikan haji pada tahun
tersebut terpaksa dibatalkan atas sebab kerajaan Arab Saudi tidak mengeluarkan visa untuk
masuk ke Mekkah.

Selain daripada itu, impak daripada covid-19 ini juga mempunyai nilai positif dimana
melahirkan rasa sifat insaf dalam diri setiap masyarakat di Malaysia. Jika dahulu seorang
muslim itu kurang mempratikkan agamanya, apabila setelah melihat berlakunya kegawatan
dunia seperti kadar kematian yang mendadak menyebabkan sese oarang tersebut hendak
bertaubat malah dulu tempat yang jarang di pergi seperti masjid, sekarang umat islam berpusu-
pusu hendak kemasjid dan menghayati intipati beramal ibadat di masjid.

SECKTOR PENDIDIKAN
Dalam sector Pendidikan, pendemik COVID-19 telah memberi kesan yang sangat besar kepada
tenaga pengajar dan pelajar disebabkan kebanyakan sekolah, institusi pelajaran tinggi awam
dan swasta di dunia di tutup demi mengurangkan atau menghentikan penularan wabak penyakit
COVID-19. Ini merupakan salah satu cabaran yang besar bagi pelajar dan pengajar. Menurut
Ahmad Suheal Adnan daripada berita harian online, ‘selain hilang peluang belajar, penutupan
sekolah akibat COVID-19 menjejaskan taksiran pembelajaran. Lebih separuh negara terbabit
dalam laporan itu terpaksa menangguhkan peperiksaan penting antara empat hingga 12 minggu
dan ada yang terus membatalkan peperiksaan. Daripada kenyataan tersebut mengambarkan
betapa teruknya kesan penutupan sekolah. Kesan dari pendemik COVD-19 ini menyebabkan
kerajaan melaksanakan program pembelajaran dalam talian atau lebih dikenali sebagai ‘online
learning’. Program pembelajaran atas talian ini merupakan sesuatu yang baru buat pelajar
dengan berpandukan dengan norma baharu

Norma baharu yang dihadapi pelajar masa kini ternyata menjadi cabaran kepada proses
pembelajaran dan secara tidak langsung memberi kesan ke atas para pelajar dari segi
pengalaman dan jangka pembelajaran. Pengalaman yang dihadapi pelajar dalam era norma
baharu ini agak berbeza daripada era yang sebelumnya. Norma baharu ini agak
membimbangkan disebabkan pelbagai kekangan yang menyulitkan proses pembelajaran dan
menurut beberapa tinjaun yang telah dibuat, pembelajaran atas talian ini telah menjadi satu
cabaran untuk pelajar dan akan memberi kesan kepada pelajar terutamanya terhadap kesihatan
mental. Ini disebabkan pelajar juga mengalami masalah kewangan, internet, pembahagian
tugasan yang banyak melemahkan semangat belajar mereka berbanding dengan pembelajaran
bersemuka. Segelintir pelajar terpaksa berkerja separuh masa demi membantu keluarga dan
separuh masa lagi sebagai pelajar demi untuk mencapai cita-cita.

Pada tahun 2020 yang lalu, program pembelajaran atas talian telah diguna pakai oleh Institusi
pelajaran tinggi untuk melaksanakan pembelajaran. Seperti yang kita ketahui ia merupakan
cabaran yang besar buat pelajar dan pensyarah dimana beban kerja bagi pembelajaran atas
talian amatlah tinggi berbanding daripada pembelajaran bersemuka. Ini disebabkan oleh
beberapa faktor yang dihadapi oleh kedua-dua pihak seperti perkhidmatan internet. Perkara
yang amatlah penting bagi pembelajaran atas talian ini adalah internet. Ini disebabkan pelbagai
platfom pembelajaran berasaskan internet. Bagi pelajar yang tinggal di luar kawasan bandar
atau tinggal di kawasan pedalam, perkhidmatan internet ini merupakan kesulitan yang akan di
hadapi oleh pelajar. Pelajar perlu mencari initiatif tersendiri untuk membendung masalah
ketiadaan internet dan beberapa bulan yang lepas seoarang pelajar yang bernama Veveonah
Mosibin, 18, berasal daripada Sabah telah menarik perhatian warga sosial media kerana
sanggup belajar di atas pokok semata-mata untuk mendapatkan capaian internet dan ini
merupakan tindakan yang bagus buat pelajar tersebut demi ingin menimba ilmu tetapi dalam
masa yang sama juga ia merupakan tindakan yang berisiko kerana risiko berada di dalam hutan
bersendirian amatlah tinggi.

Pembelajaran atas talian ini juga mempunyai kesan positif dimana masa untuk pem belajaran
menjadi lebih fleksibel, pelajar boleh mengulang tayang pembelajaran yang memudahkan
pembelajaran berbanding dengan pembelajaran bersemuka. Pembelajaran atas talian ini juga
memberi kesan kepada pelajar agar menjadi ‘multitasking’ dalam setiap perkara dan mampu
melatih pelajar untuk menyusun atur jadual yang agak padat.

SECTOR PERKERJAAN
Pada umumnya mengetehui bahwa pada hujung 2019, seluruh dunia telah digemparkan dengan
penularan wabak COVID-19 yang mana wabak telah dikesan di Wuhan, China. Wabak
COVID-19 yang melanda Malaysia dan dunia telah memberi kesan yang sangat ketara dalam
pelbagai sektor seperti pendidikan, sosial dan malah perkerjaan. Ekoran daripada penularan
wabak ini, kerajaan Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang
berkuatkuasa kepada rakyat di seluruh negara. Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ini
telah memberi impak yang besar kepada sektor perkerjaan disebabkan banyak sektor
perkerjaan yang terpaksa menghentikan operasi serta merta demi mengelakan penularan wabak
penyakit berjangkit COVID-19.

Penutupan banyak syarikat bumiputera bahkan antarabangsa menyebabkan kadar


pengangguran meningkat kerana syarikat-syarikat tidak mampu untuk menangung kos
perbelanjaan sanitasi dan gaji pekerja. Walaupun pelbagai inisiatif yang telah dilaksanakan
oleh kerajan kepada majikan, masih ada sesetengah majikan yang mengurangkan tenaga kerja
di syarikat mereka. Natijahnya berlaku kenaikan kadar pengangguran pada suku tahun pertama
iaitu 3.9 peratus berbanding 3.3 peratus pada tahun 2019 (Abdul Rashid Aziz, 2020). Daripada
laporan kenyataan tersebut, kadar penganguran tetap meningkat sehinggakan ekonomi negara
benar-benar stabil.

Norma Baharu ini telah menyebabkan ramai individu yang telah diberhentikan kerja, Pelbagai
perkerjaan telah mereka pohon demi menyara keluarga. Bahkan masa kini, walaupun individu
tersebut mempuyai segulung ijazah, peratusan untuk diterima kerja amatlah tipis.Hal ini
kerana, segelintir syarikat hanya memerlukan perkerja yang mahir dalam sesuatu perkara
malah hampir semua syarikat kini mengunakan plaform atas talian untuk melakukan
perkerjaan. Selain itu, sesetengah syarikat juga kini tidak memberi tawaran perkerjaan tetap
malah memberi tawaran kontrak maksimum 2 tahun. Hal-hal ini amatlah membimbangkan
segelintir rakyat di Malaysia.

KESIMPULAN
Impak dari wabak COVID-19 ini telah memberi kesan yang mendalam terhadap sektor,
pendidikan, keagamaan malah kerjaya seseorang. Rakyat Malaysia perlu menyesuaikan diri
dengan norma baharu dengan segera kerana Malaysia masih belum menang untuk menangani
masalah penularan wabak penyakit COVID-19 berbanding dengan negara jiran Brunei
Darulsalam. Bahkan rakyat Malaysia juga perlu memperkuatkan mental dan fizikal untuk
berhadapan dengan masalah wabak penyakit COVID-19 ini. Pengurusan yang baik dapat
mengelakkan rakyat daripada mengalami tekanan semasa wabak COVID-19 dan sentiasa
membuat persediaan awal dari segi mental, fizikal emosi dan kwewangan untuk menyara
hidup. Persediaan awal juga merangkumi keupayaan mendidik diri agar sentiasa sabar dan
redha dengan ujian yang dihadapi. Walaupun dalam menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan
terhadap norma baharu, ia bukanlah asbab untuk terus berpeluk tubuh atau menjadikan setiap
perkara sebagau rungutan kerana setiap manusia mampu membuat pilihan tersendiri demi
memajukan diri dan melakukan perubahan terhadap diri sendiri.

RUJUKAN

Kamus Bahasa dan Pustaka. Carian definisi norma. Capaian pada 28 April 2020 dari

https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=norma&d=175768&

Kamus Bahasa dan Pustaka. Carian definisi baharu. Capaian pada 28 April 2020 dari

https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=baharu

Fauzi Suhaimi (12 Mac 2020). Fahami perbezaan epidemic endemic dan pendemik.
Astro Awani Online Capaian pada 14 April 2021 dari
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/fahami-perbezaan-epidemik-
endemik-dan-pandemik-233401
Aini HIdayah Abdul Hadi (21 May 2020). Pengetahuan, Sikap dan Amalan rakyat Malaysia
terhadap COVID-19. Capaian pada 14 April 2021 dari
https://www.ukm.my/news/Latest_News/pengetahuan-sikap-dan-amalan-rakyat-
malaysia-terhadap-covid-19/
Hello Health Group (17 Januari 2021). Angkara Covid-19, proses pembelajaran dari kelas ke
online beri kesan pada prestasi pelajar. Capaian 21 April 2021 dari
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/fmt-ohsem/ohsem-
sihat/2021/01/17/angkara-covid-19-proses-pembelajaran-dari-kelas-ke-online-beri-
kesan-pada-prestasi-pelajar/
Suzana Halid ( 13 April 2020 ).COVID-19: Universiti kena jaga kesiahatn mental pelajar.
Capaian pada 21 April 2021 dari
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/676692/covid-19-universiti-
kena-jaga-kesihatan-mental-pelajar
Abdul Rashid Abdul Aziz (November 2020) . Penganguran dalam kalangan Tenaga Kerja
Semasa Wabak COVID-19. Capaian pada 28 April 2021 dari
https://www.researchgate.net/publication/345692386_Pengangguran_dalam_kalanga
n_Tenaga_Kerja_Semasa_Wabak_COVID-19

You might also like