Modul 1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Modul 1: Pengenalan kepada Drone

Nama : AISYAH BINTI SUMARI


No Matrik : A186568

Apa yang anda perolehi daripada modul ini


Drone ialah kenderaan yang bergerak di udara tanpa membawa manusia di dalamnya atau di
luar garis penglihatan. Drone DJI Mavic Air 2 ialah sebuah drone yang bagus untuk
digunakan kepada lepasan graduan yang menceburi bidang ini terutamanya dalam bidang
fotografi. Hal ini kerana hasil tangkapan gambar serta video yang berkualiti tinggi
menjadikan drone ini dapat digunakan dalam penggambaran udara yang luar biasa termasuk
penggambaran perkahwinan, percutian dan sebagainya. Harga bagi sebuah drone DJI Mavic
Air 2 ini adalah antara RM 3,299 hingga RM 4,838 dan beratnya hanya 249 gram. Video ini
mempunyai 4k60p & imej 48 MP sehingga 34 dan disertakan juga minit alat kawalan jauh
masa penerbangan. Dron jarak pertengahan dengan ciri perdana DJI mavic menggabungkan
bingkai boleh lipat dan mudah alih dengan sistem kamera mewah. gimbal 3 paksi
menggunakan sensor 1/2 CMOS yang mampu menangkap tangkapan selang masa 8k
hiperlap, video 4k60, video 1080p gerakan perlahan 240 fps dan sehingga 48 mp pegun.
sebagai tambahan, foto, panorama dan video boleh disimpan ke storan dalaman 8gb dan kad
SD pilihan dan saiz memori sehingga 256GB Mavic Air 2 adalah sweet spot sekiranya anda
ingin dapatkan dron pertama untuk videografi ataupun mengasah skill penerbangan anda. Ciri
penerbangan dan videografinya hampir setara Mavic 2 Pro pada harga tak jauh bezanya
dengan Mavic Mini.

Bagaimana modul ini dapat meningkatkan pemahaman anda terhadap penggunaan Drone
Apabila sesuatu drone itu mempunyai harga yang tinggi, maka kualiti dan hasil juga lebih
baik di samping ketahanan yang lebih lama. Walaupun drone DJI Mavic Air 2 ini tipis dan
pesongan, bahannya tetap berkualiti dan fleksibel. Ia dapat mengelakkan kerosakannya jika
berlaku perlanggaran semasa penerbangan. Drone ini juga tidak mempunyai sensor halangan,
tetapi ada sensor visual di bahagian bawah peranti yang bertanaggungjawab untuk
menentukan ketinggian dan sesuatu objek di bawah drone. Pemasangan kamera ini berada
pada 3 paksi bagi memastikan kualiti gambar sempurna walaupun pada kelajuan angin 8
meter sesaat. Masa maksimum penerbangan tanpa pengisian semula ialah 30 minit dan masa
pengecasan bateri adalah 40 hingga 60 minit. DJI Mavic Air 2 ini berjaya membina
quadcopter yang sangat padat namun ia sangat cekap dan sangat dipercayai. Quadcopter
adalah peluang yang terbaik untuk melihat objek dan tempat yang dilihat dari sudut yang
berbeza agar dapat menikmati pemandangan semula jadi yang indah. Oleh itu, drone
mempunyai pelbagai keistimewaan dan kegunaan dalam sesuatu kerja terutamanya dalam
bidang fotografi.

You might also like