Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

KERTAS KERJA NAIK TARAF KELENGKAPAN MAKMAL KOMPUTER

UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MURID TAHUN 2022


1.0 PENDAHULUAN

Sekolah Kebangsaan Tok Sera mempunyai sebuah Makmal Komputer untuk pengajaran dan pembelajaran
berkenaan teknologi maklumat dan komunikasi bagi semua murid. Peralatan tersebut sangat diperlukan
untuk menyediakan kemudahan menghadapi situasi sukar Covid-19. Setelah ruang fizikal (kerusi dan
meja ) disusun mengikut SOP yang memerlukan penjarakan sosial, makmal memerlukan beberapa
perkakasan untuk menyiapkan susun atur yang praktikal. Selain itu terdapat 16 buah komputer yang
memerlukan belanja penyelenggaraan. Oleh itu, saya sebagai Penyelaras Makmal Komputer memohon
perbelanjaan berkaitan keperluan semasa Makmal Komputer ini.

2.0 MATLAMAT

2.1 Menaiktaraf dan menyediakan kelengkapan makmal komputer yang praktikal dan dapat
digunakan secara optimum oleh guru-guru dan murid-murid sebagai tempat pengajaran dan pembelajaran
yang kondusif, lengkap dan selesa bagi meningkatkan kemahiran teknologi komputer dan seiring
kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia dalam melahirkan generasi ICT dan menjadi insan yang
berguna pada agama, bangsa dan negara.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Mewujudkan persekitaran yang seiring dengan SOP Persekolahan selepas fasa pemulihan
Covid-19 untuk pdpc.

3.2 Mewujudkan sebuah bilik yang pelbagai guna dengan pelbagai kelengkapan dan seterusnya
dapat memaksimumkan hasil pengajaran dan pembelajaran.

3.3 Mewujudkan persekitaran yang selamat dan mampu memberi suasana pdpc lebih ceria serta
boleh menarik minat murid terhadap matapelajaran yang berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi.

3.4 Memberi kemudahan komputer yang boleh diguna pakai untuk penggunaan murid-murid dan
guru-guru dalam pelaksanaan proses pdpc bersemuka.
4.0 SASARAN

Warga Sekolah KebangsaanTok Sera, Kuantan Pahang iaitu guru-guru dan murid-murid serta kakitangan
sekolah.

5.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Penyelaras Bestari, Juruteknik dan guru-guru TMK

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KOS KUANTITI JUMLAH


1 Solid State Drive (SSD) 120GB RM 150 16 RM 2400.00
2 4GB RAM DDR3 12800U RM 120 16 RM 1920.00
3 LCD Monitor 19” Second Hand RM 200 3 RM 600.00
JUMLAH RM 4920.00

Sumber Kewangan

1. Dana Kewanga UDA RM 4920.00

Jumlah RM 4920.00
7.0 PENUTUP

Diharapkan usaha ini akan memberi kesan semaksimum yang mungkin untuk kelangsungan pdpc pasca
Covid-19 kepada para murid dan guru menggunakan makmal komputer secara optimum. Ucapan terima
kasih yang tidak terhingga kepada para pentadbir dan AJK Pelaksana atas komitmen yang diberikan
terhadap program-program yang telah dan akan dilaksanakan. Segala sumbangan yang diberikan
diucapkan ribuan terima kasih.

Disediakan oleh,

………………………………………..
( FADZILAH BINTI BOHARI)
Penyelaras ICT SK Tok Sera
2021

Disahkan oleh,

……………………………………

(BADRULSHAM BIN WAHAB)

Guru Besar

SK Tok Sera

2021
KERTAS KERJA
NAIK TARAF KELENGKAPAN MAKMAL KOMPUTER
UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MURID
TAHUN 2022

PENGKHUSUSAN NAIK TARAF SISTEM KOMPUTER

DARI WINDOW 7 KEPADA WINDOW 10

You might also like