Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Laporan Gerak Kerja Jawatankuasa Peralatan Piala Jabatan Pendidikan Jasmani

Super Smash 2020

Menurut Zafir Mohd Makhbul (2015), tugas jawatankuasa peralatan adalah


menyediakan segala keperluan teknikal bagi melancarkan sesuatu aktiviti Oleh itu, seramai
tiga orang jawatankuasa peralatan telah bermesyuarat bagi membahagikan tugas masing-
masing sama ada hal surat-menyurat, membeli alatan yang harus dibeli dan meminjam
alatan daripada Jabatan Pendidikan Jasmani mahupun jabatan-jabatan lain. Kami juga telah
bermesyuarat bersama-sama Ahli Jawatankuasa lain yang mana setiap jawatankuasa yang
ingin meminjam alat hendaklah berurusan dengan kami terlebih dahulu sebelum membuat
urusan peminjaman.

Dapat saya rumuskan, sepanjang menjadi ahli jawatankuasa peralatan ini banyak
yang telah dipelajari yang mana kekuatannya datang sebelum kejohanan berlangsung lagi
yang mana sistem pengurusan fail yang cekap dan baik. Menurut Daft (2015), pencapaian
objektif organisasi dan gaya yang berkesan akan digunakan definisi kerja (rujukan)
sepanjang kursus ini. Hal ini dapat saya katakan demikian kerana, surat menjadi rujukan
buat kami dalam proses peminjaman alat. Selain itu juga, setiap perkara yang kami minta
adalah disertakan dengan surat. Bermula daripada surat peminjaman alatan daripada
Jabatan Pendidikan Jasmani sehinggalah surat kepada bendahari untuk wang peruntukan
membeli alatan. Selain itu, dapat saya katakan setiap alatan yang disediakan telah kami
susun mengikut pelan lantai yang telah dibuat. Selesai satu hari kejohanan, kami akan
menyimpan alatan ke tempat yang kami ambil dan akan ambil semula pada hari yang
seterusnya. Kami tidak membiarkan alatan terdedah begitu sahaja. Seterusnya, kami
membuat tinjauan terhadap alatan yang digunakan yang mana dalam keadaan baik ataupun
sebaliknya semasa kejohanan berlangsung.

Namun, disebalik kekuatan itu terdapat juga kekurangan daripada pihak saya dan
rakan sebagai jawatankuasa peralatan yang mana teori x ada menyatakan individu yang
terpaksa dikerah, dikawal dan memerlukan arahan dalam melakukan sesuatu adalah
bertepatan dengan kami yang mana kami tidak selalunya berada di meja terletaknya raket
dan bulu tangkis kerana ada di antara kami yang bertugas sebagai umpire dan penjaga
garisan. Proses peminjaman raket daripada pihak luar tidak melalui oleh kami dan mereka
menggunakan raket sesuka hati mereka sahaja. Akibat daripada itu, raket-raket tidak
disusun seperti sedia kala kerana tiada orang yang menguruskannya. Kami hanya melihat
dan menyusun apabila selesai satu-satu kejohanan sahaja. Kelemahan seterusnya yang
datang daripada ahli jawatankuasa peralatan pula ialah, sesetengah peralatan yang ingin
dipinjam oleh setiap jawatankuasa lain mereka dikehendaki menyusun sendiri mengikut
tempat yang dikehendaki memandangkan alat yang ingin dipinjam sudahpun kami sediakan.
Perkara ini menampakkan kelemahan daripada pihak kami apabila mengamalkan sikap
lepas tangan.

Berdasarkan kelemahan yang telah dihadapi tersebut, beberapa cadangan


penambahbaikan bagi kelemahan tersebut telah dibincang bagi menghasilkan kejohanan
yang lebih baik pada masa akan datang. Dalam hal ini, segala peralatan perlu diseneraikan
terlebih dahulu serta memastikan peralatan yang diguna sentiasa cukup dan selamat untuk
digunakan. Bukan itu sahaja, pihak ahli jawatankuasa juga perlu memohon sumbangan
daripada pihak luar bagi mengelakkan masalah kewangan yang telah dihadapi semasa
mengendalikan kejohanan tersebut. Dalam pada itu, cadangan bagi memohon sumbangan
adalah seperti memohon sumbangan kepada pensyarah atau memohon sumbangan bagi
setiap jabatan di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail. Dengan itu,
kejohanan yang telah dirancang dapat berjalan dengan lebih lancar serta dapat
meningkatkan penglibatan peserta bagi menyertai kejohanan tersebut.

Antara peluang kami dapati semasa mengelolakan pertandingan ini adalah, kami dan
ahli jawatankuasa lain mendapat peluang untuk belajar menguruskan sesuatu pertandingan
apabila kami berda di sekolah kelak. Bukan itu sahaja, kami juga berpeluang untuk
mengasah kemahiran berkomunikasi kami dengan para peserta untuk melancarkan
perjalanan pertandingan. Akhir sekali, sepanjang kejohanan ini berlangsung terdapat
beberapa ancaman yang telah kami alami. Antaranya adalah bulu tangkis tidak mencukupi.
Namun demikian, kami telah membahagikan dengan baik bagi setiap perlawanan walaupun
bilangannya tidak mencukupi. Bukan itu sahaja, perlawanan akhir bagi pasangan
perempuan dan lelaki juga dapat menggunakan bulu tangkis yang baharu setelah dilakukan
pembahagian mengikut perlawanan. Selain itu, kerusi umpire juga tidak dapat digunakan
pada peringkat awal kejohanan seperti yang telah dirancang pada pelan lantai. Hal ini
kerana, saiz kerusi umpire yang agak besar menyebabkan ruang tidak mencukupi. Dengan
itu, kerusi umpire hanya dapat digunakan pada peringkat akhir sahaja kerana peringkat akhir
hanya menggunakan satu gelanggang.

Secara keseluruhannya, kejohanan Piala Super Smash 2020 yang dianjurkan ini
telah berlangsung dengan lancar mengikut rancangan yang telah ditetapkan hasil kerjasama
yang dilakukan oleh pelajar elektif Pendidikan Jasmani PISMP ambilan Jun 2018. Namun
demikian, kejohanan tersebut terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi dan
dilakukan penambahbaikan bagi menghasilkan kejohanan yang lebih baik dan berkesan
pada masa akan datang. Oleh itu, diharapkan supaya kejohanan sukan seperti ini perlulah
dianjurkan dengan lebih kerap bagi menghasilkan masyarakat yang cergas dan cerdas.

You might also like