Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 144

UNDANG-UNDANG NEGERI JOHOR

UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN 1895

SUSUNAN FASAL

BAHAGIAN PERTAMA

FASAL
1. Tafsiran

RAJA
2. Pemerintah Melayu Darah Raja Agama Islam
3. Zuriat Almarhum Sultan Abu Bakar, Almarhum
Temenggung Ibrahim dan Almarhum Temenggung
Abdul Rahman
4. Pengesahan Menjadi Raja
5. Jikalau tiada keturunan daripada zuriat Abu Bakar
atau Ibrahim atau Abdul Rahman
6. Khianat daripada waris-waris yang dibawah
7. Waris
8. Sumpah Raja

PANGKUAN RAJA
9. Pangkuan Raja
10. (Dipotong)

1
11. (Dipotong)
11A. (Dipotong)
11B. Sumpah Pemangku Raja
11C. Lantikan Jemaah Pangkuan Raja hendaklah
diterbitkan
11D. Kandungan Jemaah Pangkuan Raja
11E. Sumpah Ahli Penasihat Pangkuan Raja dan Ahli-Ahli
Penasihat Pangkuan Raja menjalankan kuasa-
kuasa
11F. Keuzuran Ahli Penasihat
11G. Jawatan yang kosong dalam Jemaah Pangkuan
Raja
12. Raja meninggalkan Negeri terlalu lama
13. Diangkat Raja baharu
14. Tiada wajib Raja baharu mengembalikan Kerajaan
15. (Dipotong)
16. (Dipotong)
17. Raja hendak berhenti daripada Kerajaannya
18. Aturan Raja berhenti daripada Kerajaannya
19. Raja hendak berhenti tetapi tiada dalam negerinya
sendiri
20. Bekas Raja tiada boleh mencampuri dalam
perkara-perkara Negeri
21. Bekas Raja ada hak boleh dapat belanja hidup

2
22. Salah besar bekas Raja mengacum-acum orang
suruh menderhaka
23. Tuntutan hendak menjadi Raja Muda, Bendahara
dan Temenggung ada hak bagi Raja boleh
menjadikan
24. Pangkat dan jawatan-jawatan Raja Muda,
Bendahara dan Temenggung
25. Belanja Raja
26. Belanja kerabat-kerabat siapa yang boleh dapat
26A. Belanja Raja dan isteri pada masa Raja menjadi
Yang Dipertuan Agong
27. Anak-anak Raja yang pegawai

JEMAAH PANGKUAN NEGERI


(Supporters Of The Country)
27A. Tafsiran “Yang DiPertua”, “Setiausaha” dan “Ahli”
27B. Mengadakan Mesyuarat Jemaah Pangkuan Negeri
untuk mengesahkan Raja
27C. Undian dan keputusan
27D. Mesyuarat-mesyuarat
27E. Peringatan-peringatan mesyuarat dan rekod

JEMAAH MAJLIS DIRAJA


(Council Of The Royal Court)
28. Jemaah Majlis Diraja

3
29. (Dipotong)
30. Bangsa dan Agama Ahli-Ahli Penasihat
31. Ahli-ahli Penasihat bersumpah
32. (Dipotong)
33. (Dipotong)
34. (Dipotong)
35. (Dipotong)
36. Ahli-ahli Penasihat boleh memohon berhenti
daripada jawatannnya
37. Dipilih dan dimasukkan menjadi ahli lagi dalam
jemaah
38. Tiada seorang pun boleh dipaksa menjadi Ahli
Penasihat
39. Ahli-ahli Penasihat tak usah dengan ada gelaran
40. Raja ada hak mengeluarkan Ahli Penasihat dan
Jemaah Majlis Diraja boleh memohon
mengeluarkan salah seorang daripada taulannya
41. Ahli-ahli Penasihat yang bergelar berhenti daripada
jawatannya
42. Pekerjaan Jemaah Majlis DiRaja
43. Persidangan Jemaah Majlis Diraja
44. Cukup bilang Jemaah Majlis DiRaja
45. (Dipotong)
46. (Dipotong)
47. (Dipotong)

4
48. (Dipotong)
49. (Dipotong)
50. (Dipotong)
51. (Dipotong)
52. (Dipotong)
53. (Dipotong)
54. (Dipotong)
55. (Dipotong)
56. (Dipotong)

BERBAGAI-BAGAI INGATAN
57. Agama Negeri dan Agama lain
57A. (Dipotong)
57B. Wakil Raja di dalam Majlis Raja-Raja
58. Undang-Undang dan Adat Negeri
59. Muhibah Kerajaan dengan lain-lain kerajaan
60. (Dipotong)
61. Ucapan Kerabat Raja
62. Darjah dan Pingat Besi dikekalkan
63. Ingatan jangan deras membuat darjah
64. (Dipotong)

5
BAHAGIAN KEDUA

SUSUNAN PENTADBIRAN KERAJAAN


1. Tafsiran

KUASA KERAJAAN
2. Kuasa Kerajaan
3. Lantikan Menteri Besar
4. Majlis Mesyuarat Kerajaan
5. Sumpah Bagi Jawatan
6. Lantikan bagi beberapa Pegawai-pegawai
6A. Lantikan Setiausaha Politik atau Setiausaha Akhbar
7. Raja hendaklah mengikut nasihat
8. Bahasa perjawatan
9. Cukup bilang bagi Majlis Mesyuarat Kerajaan
10. Permohonan Ulang Bicara kepada Majlis Mesyuarat
Kerajaan
11. Minit-minit

KUASA MENGAMPUN
12. Kuasa mengampun dan sebagainya

6
KUASA KERAJAAN NEGERI
13. Kuasa Kerajaan Negeri berkenaan dengan harta
benda, perjanjian dan perbicaraan

BADAN PERUNDANGAN
14. Badan Perundangan bagi Negeri
15. Kandungan bagi Dewan Negeri
16. Kelulusan-kelulusan menjadi Ahli
17. Tegahan-tegahan daripada menjadi Ahli Dewan
Negeri
18. Syarat-syarat bagi menyekat seseorang ahli
mewakili lebih daripada satu bahagian pemilihan
19. Akibat kematian dan tegahan dan larangan
melantik dengan tiada persetujuan
20. Pemberhentian ahli-ahli
21. Ahli-ahli yang tiada hadir
22. Keputusan berkenaan dengan tertegahnya
seseorang daripada menjadi ahli
23. Memanggil, menangguh dan memansuhkan
Dewan Negeri
24. Speaker Dewan Negeri dan gaji dan sebagainya
kerana Speaker
25. Sumpah menjadi Ahli
26. Ucapan Raja
27. Peraturan Dewan Negeri

7
27A. Kebebasan-kebebasan dan sebagainya bagi
Dewan Negeri
28. Gaji dan sebagainya bagi ahli-ahli
29. Siaran Rang Undang-undang
30. Rang Undang-Undang Private
31. Menjalankan Kuasa Perundangan
32. Perkataan-perkataan Undang-undang
33. Menggunakan bahasa Inggeris di dalam Dewan
Negeri dan dalam Undang-undang
34. Cukup bilang
35. Minit-minit

PERKARA WANG
36. Tiada boleh mengenakan cukai melainkan
dibenarkan oleh Undang-undang
37. Perbelanjaan yang dibayar daripada Kumpulan
Wang Yang Disatukan
38. Kira-Kira Kewangan Tahun
39. Rang Undang-undang Peruntukan
40. Perbelanjaan tambahan dan yang berlebihan
41. Mengeluarkan wang daripada Kumpulan Wang
Yang Disatukan

8
BAHAGIAN KETIGA

SYARAT-SYARAT AM
1. Mengadakan peruntukan yang khas berkenaan
dengan jawatan-jawatan kerajaan, surat-surat
kebenaran dan sebagainya kerana orang melayu
2. Timbangan yang sama rata bagi kakitangan-
kakitangan Kerajaan Negeri
3. Mohor Kerajaan
4. Ucapan Kerajaan, Bendera dan Tanda Kerajaan
5. Pindaan bagi Undang-undang Tubuh
6. Pemakaian Fasal (2) Perkara 160 bagi
Perlembagaan Persekutuan dan syarat-syarat bagi
Ordinan Tafsiran dan Fasal-fasal Am Tahun 1948
terhadap Undang-undang Tubuh Kerajaan
7. Pentafsiran Undang-undang Tubuh ini oleh
Mahkamah Persekutuan
8. Kelebihan-kelebihan Raja tersimpan
9. Syarat-syarat sementara berkenaan dengan
kandungan Majlis Mesyuarat Kerajaan
10. Naskhah-naskhah dan terjemahan-terjemahan

9
JADUAL 2 :
Jadual Pertama Sumpah Kerana Raja
Jadual Kedua Sumpah Kerana Pemangku Raja
Jadual Ketiga Sumpah Ahli Penasihat Pangkuan Raja
Jadual Keempat Sumpah kerana Ahli Penasihat Majlis
DiRaja
Jadual Kelima Sumpah kerana Ahli Majlis Mesyuarat
Kerajaan
Jadual Keenam Sumpah kerana Ahli Dewan Negeri
Jadual Ketujuh Sumpah Menyimpan Rahsia
Jadual Kelapan Kebebasan-kebebasan dan Kuasa-
Kuasa Dewan Negeri

10
UNDANG-UNDANG NEGERI JOHOR
UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN 1895

Abu Bakar (Mohor Kerajaan)

Bismillahirahmanirrahim
Alhamdulillah Hirabbil Alamin, Wassolatu Wassalamuala Saidina
Muhammad Waala Alihi Wasohbihi Ajmain

Alwatakilbillah Abu Bakar bagi Kerajaan dan Jajahan Johor dan


segala daerah takluknya Sultan Yang DiPertuan Raja dan kepala
bagi darjah kerabat Yang Amat Dihormati dan Raja dan kepala
bagi darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia :

SERU BUKAAN

Bahawa adalah kita dengan hak-hak dan kuatkuasa


kerajaan kita dan kelebihan-kelebihan kita menjadi Raja yang
memerintah dan memiliki Kerajaan Johor ini dan segala daerah
takluknya serta pula dengan syor persekutuan dan persetujuan
sekelian ahli-ahli Jemaah Menteri dan Mesyuarat Kerajaan kita
dan lain-lain Orang-orang Besar dan Ketua-ketua Negeri telah
menimbang, memikir dan mengatakan patut, harus serta
munasabah dengan masa dan zaman ini akan kita dengan
nama dan bagi dan kerana pihak diri kita dan bagi dan kerana

11
pihak waris-waris ganti-ganti kita, raja-raja yang memerintah atau
Sultan-Sultan Johor membuat, menjadi, mengada dan
mendirikan dan mengurnia, memberi, menganugerah dan
menghadiahkan kepada dan bagi dan kerana pergunaan
kerajaan rakyat dalam isi negeri kita sesuatu undang-undang dan
peraturan bagi memerintah dan mentadbirkan kerajaan yang
dinamakan dia “Undang-Undang Tubuh Kerajaan” iaitu yang
akan berkekalan dan berpanjangan turun-temurun menjadi dan
bersifat undang-undang bagi Kerajaan Negeri dan rakyat kita
menjadi pusaka yang tiada boleh diubah, dipinda, ditukar,
diorak, dipecah atau dengan sebarang jalan atau rupa
perbuatan dibuka semula atau dibinasakan adanya :

KENYATAAN

Dan bahawa adalah kita dengan nama dan bagi dan


kerana pihak diri kita sendiri dan bagi dan kerana waris-waris dan
ganti-ganti kita raja-raja yang memerintah dan memiliki kerajaan
ini iaitu Sultan-Sultan Johor berkenan suka dan redha berbuat
seperti yang tersebut di atas tadi.

KENYATAAN

Dan bahawa adalah pula orang-orang besar dan ketua-


ketua kerajaan kita dengan nama dan bagi dan kerana pihak

12
dirinya sendiri dan bagi dan kerana ganti-gantinya masing-
masing serta sekalian isi negeri dan rakyat kerajaan kita demikian
juga suka, redha, sedia dan taat pada beserta dengan dan
mengikut akan kita dalam maksud dan kehendak kita yang
demikian iaitu ialah seperti permohonan dan maksud dan
kehendak mereka sekelian juga.

KENYATAAN

Dan bahawa oleh kerana kita sendiri dan mereka-mereka


itu yang tersebut sangat-sangat berkehendak pada memulai
mengadakan “Undang-undang Tubuh Kerajaan” itu pada masa
yang baik ini, maka kita permulakanlah dengan punca-punca
peraturan-peraturan dan syarat-syarat seperti yang ada tersebut
di bawah ini iaitu ialah barang-barang yang kita fikirkan,
timbangkan, sifatkan yang terutama dan terawali dikehendakkan
supaya menjadi asas pandu dan tauladan bagi ketetapan dan
ketentuan perintahan dan tadbir kerajaan kita.

TITAH

Sekarang pun ketahui olehmu sekelian rakyat kerajaan kita


daripada sekelian pangkat, bangsa dan agama dan ketahui
juga sekelian yang berkenaan dengan negeri jajahan dan tanah
air kita bahawa sesungguhnya kita buat dan jadikan barang-

13
barang yang tersebut di bawah ini undang-undang yang benar,
betul, teguh, tentu dan tetap bagi negeri dan kerajaan kita iaitu
haram, jayus derhaka dan berdosa bagi sesiapa orang yang
enggan daripadanya dan yang menganggarkan dia.

BAHAGIAN PERTAMA

TAFSIRAN

1. Adapun di dalam bahagian melainkan berlawanan dengan


kehendak susunan perkataan-perkataan di dalamnya maka
perkataan-perkataan yang tersebut di bawah ini adalah
mengandungi makna-makna yang telah diuntukkan kerana tiap-
tiap satunya itu iaitu :-

(alif) “Yang Maha Mulia Tuanku”, “Raja”, “Raja Yang


DiPertuan”, “Sultan yang DiPertuan” dan “Sultan”
maknanya Sultan Yang DiPertuan bagi Kerajaan dan
Jajahan Johor dan segala daerah takluknya.
(ba) “Warisnya” maknanya orang yang dipilih dan dilantik
menjadi bakal ganti Raja menurut syarat-syarat bagi Fasal
7 dalam bahagian ini.
(ta) (Dipotong oleh W,K,J, No. 1100/1961)

14
(sa) “Waris yang lain” maknanya orang yang menyusul
kemudian daripada “waris” dan layak boleh mengambil
tempatnya.
(jim) “Jemaah Majlis DiRaja (Council of the Royal Court)”
maknanya Jemaah Majlis Diraja yang dilantik oleh Yang
Maha Mulia Tuanku menurut syarat-syarat bagi Fasal 28
dalam Undang-undang ini.
(cha)“Datuk-Datuk”, “Orang-orang Kaya” dan “Penghulu-
penghulu Besar” maknanya bagi masing-masing itu ialah
orang yang telah dikurniakan oleh Yang Maha Mulia
Tuanku dengan pangkat-pangkat yang tersebut itu.
(ha) *“Jemaah Pangkuan Negeri” (Supporters of the Country)
maknanya Ahli-ahli Penasihat di dalam Jemaah Majlis
Diraja, Datuk-datuk, Orang-orang Kaya, Penghulu-
penghulu Besar yang dikatakan di dalam hukum syarak
“Ahlul Hilliwal Aakadi”

Dengan syarat iaitu hendaklah tiap-tiap seorang


daripada orang yang tersebut itu ialah daripada bangsa
melayu dan beragama Islam dan rakyat Yang Maha
Mulia Tuanku.

(ho) (Dipotong oleh W,K.J. No. 301A/1959)

15
* Cacatan … perkataan “anak-anak raja bagi laki-laki sampai
tiga keturunan daripada tiap-tiap pemerintah Kerajaan Johor
dimulai dari Almarhum Abdul Rahman membawa kepada
Almarhum Ibrahim dan Yang Maha Mulia Sultan Abu Bakar yakni
zuriat-zuriat masing-masing itu hingga tiga tingkat ke bawah
(anakanda-anakanda, cucuanda-cucuanda, cicitanda-
cicitanda) ada sekaliannya termaklum dan terkandung dalam
jumlah Ahli-ahli Jemaah Pangkuan Negeri akan tetapi dalam hal
memilih, melantik dan menjadikan Raja ialah yang ada berkuasa
iaitu mana-mana daripadanya yang ada pada masa itu menjadi
Menteri-menteri atau ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan atau Pegawai-
pegawai yang terjumlah besar pangkatnya seperti dalam (jim)
dan (cha)” dipotong melalui Undang-undang Tubuh Kerajaan
Tahun 1895 dan tambahan-tambahannya sebagaimana yang
dipinda dan disatukan oleh tambahan tahun 1959 (W.K.J.
301A/1959) berkuatkuasa dari 20 April 1959. Tafsiran “Jemaah
Majlis DiRaja (Council of the Royal Court)” seperti yang ditakrifkan
dalam (jim) dan “Datuk-datuk”, “Orang-orang Kaya” dan
Penghulu-penghulu Besar” seperti yang ditakrifkan dalam (cha)
menggantikan takrif “Majlis Mesyuarat Menteri (Council of
Ministers)” dan “Ketua-ketua” melalui W.K.J. No. 301A/1959 mula
berkuatkuasa pada 20 April 1959.

16
RAJA

PEMERINTAH MELAYU DARAH RAJA AGAMA ISLAM

2. Dikecualikan seperti yang dipersyaratkan dalam Fasal 5,


maka Raja itu hendaklah daripada bangsa melayu dan darah
Raja yang keturunan daripada pemerintah-pemerintah Johor
dan laki-laki dan beragama Islam dan demikian juga pihak-pihak
yang dikatakan “Waris” dan “Warisnya yang lain”.

Zuriat Almarhum Sultan Abu Bakar, Almarhum Temenggung


Ibrahim dan Almarhum Temenggung Abdul Rahman

3. (1) Dengan tertakluk kepada syarat-syarat dalam jumlah


kata (2) dan (3) bagi Fasal ini dan syarat-syarat bagi Fasal 5,
maka orang yang layak diperajakan menurut syarat-syarat bagi
bahagian ini hendaklah daripada zuriat badan dan darah
daging Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Abu Bakar yang diaku
sebenarnya sah dan halal dan daripada anak cucu cicit dan
sebagainya yang keturunan daripada sebelah laki-laki, dahulu
lepas satu keturunan ke satu keturunan yang lain hingga
keturunan yang akhir.

(2) jika pada sesuatu masa telah habis dan tiada lagi
tinggal keturunan zuriat Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Abu

17
Bakar atau jika yang ada tinggal lagi itu adalah didapati tidak
layak selepas daripada diadakan penyiasatan mengikut
bagaimana yang disebutkan dalam syarat yang kedua kepada
fasal ini, maka orang yang layak diperajakan itu hendaklah ia
seorang daripada zuriat keturunan Almarhum Temenggung
Ibrahim yang laki-laki yang diaku sebenarnya sah dan halal.

(3) Jika pada sesuatu masa telah habis dan tiada lagi
tinggal keturunan zuriat Almarhum Temenggung Ibrahim atau jika
yang ada tinggal lagi itu adalah didapati tidak layak selepas
daripada diadakan penyiasatan mengikut bagaimana yang
disebutkan dalam syarat yang kedua kepada fasal ini, maka
orang yang layak diperajakan itu hendaklah ia seorang daripada
zuriat keturunan Almarhum Temenggung Abdul Rahman yang
laki-laki yang diaku sebenarnya sah dan halal.

Dengan syarat iaitu tiada seorang pun daripada zuriat keturunan


yang disebutkan dalam jumlah kata-jumlah kata (1), (2) atau (3)
bagi bahagian ini boleh diperajakan melainkan ia itu adalah juga
menjadi “waris” mengikut syarat-syarat dalam fasal 7 bagi
bahagian ini.

Dan lagi dengan syarat iaitu tiada seorang pun daripada zuriat
keturunan yang tersebut itu boleh diperajakan jika sekiranya ia
telah ditimbangkan dan ditentukan kemudian daripada sehabis-

18
habis dan secukup-cukup siasat oleh Jemaah Pangkuan Negeri
ada mempunyai kecacatan yang besar-besar dan berat-berat
yang menyalahi sifat raja-raja seperti gila dan buta atau bisu atau
mempunyai sifat-sifat yang keji yang tiada dibenarkan oleh
hukum syarak menjadi Raja.

PENGESAHAN MENJADI RAJA

4. (1) Apabila sahaja selepas raja mengangkat atau turun


dari tahta kerajaan atau selepas daripada diperbuat keputusan
hendak melantik seseorang ganti raja mengikut sebagaimana
yang disebutkan dalam fasal 12 bagi bahagian ini, maka Jemaah
Pangkuan Negeri hendaklah bermesyuarat dan hendaklah ia
dengan tertakluk kepada syarat yang kedua kepada fasal 3 itu
mengesahkan “Waris” menjadi Raja.

(2) Sekiranya “Waris” itu telah didapati oleh Jemaah


Pangkuan Negeri tidak layak disahkan menjadi raja, maka
Jemaah Majlis Diraja hendaklah bermesyuarat dengan serta
merta putuskan lantikan “waris” yang tersebut itu dengan itu juga
melantik seorang daripada “Waris-warisnya yang lain” menjadi
“Waris” dan selepas itu Jemaah Pangkuan Negeri hendaklah
dengan tertakluk kepada syarat yang kedua kepada fasal 3 itu
mengesahkan dia menjadi Raja.

19
JIKALAU TIADA KETURUNAN DARIPADA ZURIAT ABU BAKAR ATAU
IBRAHIM ATAU ABDUL RAHMAN

5. Sekiranya sampai pada suatu masa tiada seorang pun


tinggal lagi daripada ketiga-tiga zuriat pemerintah-pemerintah
yang tersebut dalam fasal-fasal yang lalu itu atau jika adapun
tiada yang mempunyai sifat-sifat seperti yang diwajibkan oleh
undang-undang ini dan hukum syarak akan terpulanglah hal
memilih, melantik dan menjadikan raja itu kepada maklum dan
fikiran dan timbangan Jemaah Pangkuan Negeri atau “Ahlul
Hilliwal Aakadi” akan tetapi adalah dipersyaratkan hendaklah
yang diambil, dipilih, dilantik dan dijadikan raja itu seorang laki-
laki yang cukup umur dan sempurna akal daripada bangsa
melayu Johor betul dan rakyat Kerajaan Johor serta bergama
Islam dan ahli daripada darah yang merdeka dan baik dan yang
diaku sah dan halal dengan ada pula pengetahuannya boleh
membaca dan menulis bahasanya dan ada mempunyai nama,
budi pekerti, tabiat perangai dan tingkah laku yang baik dan
kepujian. Maka jikalau yang diambil, dipilih, dilantik dan dijadikan
raja itu seorang yang bukan daripada darah Raja akan
termaklumlah hal yang demikian menjadi suatu kecuaian atas
undang-undang yang tersebut dalam fasal 2 yang kedua dan
sahlah adanya.

20
KHIANAT DARIPADA WARIS-WARIS YANG DIBAWAH

6. Jikalau “Waris” atau “Waris yang lain” atau seorang ahli


daripada zuriat yang tersebut di dalam beberapa fasal itu yang
diatas tadi ada berbuat atau mencuba hendak berbuat sesuatu
benda atau jalan atau ikhtiar yang bersifat khianat atas
seseorang yang lebih hampir kedudukannya pada tahta
Kerajaan Johor daripada kedudukan dirinya sendiri dengan niat
hendak membinasakan ahli atau ahli-ahli kerabat kerajaan yang
lebih hampir itu supaya dirinya sendiri atau seorang lain daripada
keturunannya atau seseorang daripada darah yang lain sekali
boleh dengan aturan atau jalan atau sebab khianat itu dapat
menjadi raja iaitu seperti “Waris” berbuat atas raja yang
memerintah atau keturunan yang jauh daripada tahta kerajaan
berbuat atas keturunan yang dekat bagaimana yang ada
ditentukan seperti cadangan-cadangan bagi giliran-giliran
menjadi raja diantara zuriat-zuriat itu. Maka adalah perbuatan
yang demikian itu ditimbangkan sebesar-besar jahat dan
salahnya dan adalah hukuman di atas seseorang sesuatu
pasukan yang demikian berdosa itu hendaklah mengikut
bagaimana yang ditetapkan oleh undang-undang dan disifatkan
dia dan sekalian keturunannya tiada sekali-kali mempunyai hak
lagi boleh mewarisi tahta Kerajaan Johor. Sekiranya pun sekali
peredaran hal-hal dengan kudrat tuhan membawakan paksaan
itu hingga seolah-olah sampai pada dirinya atau keturunannya

21
dan demikian juga jikalau ada hak-hak yang diperolehinya
daripada kerajaan seperti pangkatnya dan belanja hidupnya
akan diberhentikan dan dipulangkan kepada negeri.

WARISNYA

7. (1) Pada masa raja itu naik tahta kerajaan atau dengan
seberapa segera yang boleh selepas daripada itu, maka
hendaklah ia dengan mengikut nasihat dan pesertaan Jemaah
Majlis Diraja memilih dan melantik seorang dari antara zuriat-zuriat
keturunan itu, selagi salah satu daripada zuriat-zuriat keturunan
yang tersebut itu masih ada lagi, yang layak menggantinya
menurut kuatkuasa syarat-syarat bagi fasal 3 itu, supaya dijadikan
dia “waris”.

(2) Raja boleh pada bila-bila masa pun dengan kaedah


yang tersebut itu putuskan lantikan “waris” itu dan apabila
berlaku perkara yang demikian itu, maka hendaklah ia dengan
seberapa segera yang boleh selepas daripada itu memilih dan
melantik, dengan kaedah yang ditetapkan dalam jumlah kata
(1) bagi fasal ini, seorang lagi daripada zuriat-zuriat keturunan
yang tersebut itu supaya menjadi “waris”.

(3) “Waris” itu hendaklah selagi ia memegang jawatan


yang tersebut itu bergelar “Tengku Mahkota Johor”

22
(4) Jika tidak ada “waris” pada masa raja mangkat
atau turun dari tahta kerajaan atau pada masa melantik
seorang ganti mengikut bagaimana yang disebutkan dalam
fasal 12 bagi bahagian ini, maka hendaklah Jemaah Majlis
Diraja bermesyuarat dengan serta merta dan melantik
seseorang “waris” daripada zuriat-zuriat keturunan yang
disebutkan dalam fasal 3 bagi bahagian ini sekiranya salah
satu daripada zuriat-zuriat keturunan yang disebut itu masih
ada lagi.

(5) Orang yang menjadi “waris” pada masa sehari


sebelum berjalannya kuatkuasa fasal ini hendaklah kekal
menjadi “waris” seolah-olah ia telah dilantik menurut jumlah
kata (1) bagi fasal ini.

SUMPAH RAJA

8. Raja hendaklah mengangkat sumpah bagaimana yang


ditetapkan dalam jadual yang pertama itu pada masa ia naik
tahta kerajaan atau jika ia menaiki tahta kerajaan itu pada
masa ia berumur genap dua puluh satu tahun mengikut
hitungan Islam, maka hendaklah mengangkat sumpah yang
tersebut itu apabila sudah genap umurnya dua puluh satu
tahun.

23
PANGKUAN RAJA

Pangkuan Raja

9. (1) Hendaklah diadakan pangkuan raja di dalam


negeri ini dengan sebab keadaan-keadaan yang dibawah ini
iaitu :-

(alif) jika pada masa raja menaiki tahta kerajaan itu ia


masih belum berumur genap dua puluh satu tahun
mengikut hitungan Islam.

(ba) jika Jemaah Majlis Diraja memasyhurkan dengan


bertulis bahawa jemaah itu puas hati dengan
keterangan-keterangan yang termasuk sekali
keterangan-keterangan daripada doktor-doktor
bahawa raja itu tidak boleh menjalankan kerja-kerja
diraja itu bagi sementara dengan sebab tidak sihat
akalnya atau tubuhnya atau jemaah itu puas hati
dengan keterangan-keterangan bahawa raja itu
tiada boleh hadir pada menjalankan kerja-kerjanya
itu.
(ta) jika raja gering tetapi geringnya tidak berapa berat
dan tidak merosakkan kesihatan akal atau tubuhnya

24
sebagaimana yang tersebut di dalam pecahan
jumlah kata yang di atas ini atau jika ia tidak ada
bersemayam di dalam negeri.
(sa) jika raja telah dipilih memegang jawatan yang
Dipertuan Agong atau sedang menjalankan kerja-
kerja Yang Dipertuan Agong dalam tempoh lebih
daripada lima belas hari.

(2) Berkenaan dengan keadaan-keadaan yang


disebutkan dalam pecahan-pecahan jumlah kata (alif) dan
(ba) bagi jumlah kata (1) dalam fasal ini Jemaah Majlis Diraja
hendaklah melantik seseorang Pemangku Raja atau sebuah
Jemaah Pangkuan Raja mengikut bagaimana yang
difikirkannya mustahak bagi menjalankan kerja-kerja diraja itu.

(3) Berkenaan dengan keadaan-keadaan yang


disebutkan dalam pecahan jumlah kata (ta) bagi jumlah kata
(1) dalam fasal ini, maka raja dengan mengikut nasihat dan
pesertaan Jemaah Majlis Diraja boleh dengan tauliah yang
ditandatangani olehnya dan dicap dengan mohor kerajaan
melantik seseorang Pemangku Raja atau sebuah Jemaah
Pangkuan Raja bagi menjalankan kerja-kerja diraja
bagaimana yang ditetapkan dalam tauliah yang tersebut itu
supaya tidak tergendala segala kerja-kerja kerajaan.

25
(4) Berkenaan dengan keadaan-keadaan yang
disebutkan dalam pecahan jumlah kata (sa) bagi jumlah kata
(1) dalam fasal ini, raja dengan mengikut nasihat dan
pesertaan Jemaah Majlis Diraja hendaklah dengan tauliah
yang ditandatangani olehnya dan dicap dengan mohor
kerajaan melantik seorang Pemangku Raja atau sebuah
Jemaah Pangkuan Raja bagi menjalankan kerja-kerja diraja
itu.

(5) Sesuatu lantikan Pemangku Raja atau Jemaah


Pangkuan Raja menurut fasal ini boleh dibatalkan atau diubah
dengan menggunakan kaedah yang sama sebagaimana
kaedah membuatnya dan sebarang lantikan yang tersebut itu
hendaklah, walaubagaimana sekalipun, putus apabila
keadaan-keadaan yang menyebabkan lantikan itu diperbuat
sudah tidak ada lagi atau apabila raja itu mangkat.

(6) Lantikan Pemangku Raja atau Jemaah Pangkuan


Raja dengan sebab keadaan-keadaan yang disebutkan
dalam pecahan jumlah kata (ta) bagi jumlah kata (1) dalam
fasal ini tidaklah termasuk kuasa membatalkan Dewan Negeri
melainkan ada perintah khas daripada raja (yang boleh
disampaikan dengan telegraf).

26
(7) Jika seseorang Pemangku Raja atau sebuah
Jemaah Pangkuan Raja itu adalah dilantik bagi menjalankan
kerja-kerja diraja dengan sebab keadan-keadaan yang
disebutkan dalam pecahan jumlah kata (sa) bagi jumlah kata
(1) dalam fasal ini, maka kerja-kerja yang hendak dijalankan itu
tidaklah termasuk kerja-kerja diraja sebagai kepala agama di
dalam negeri ini.

10. (Dipotong oleh W.K.J. No. 1100/1961)

11. (Dipotong oleh W.K.J. No. 1100/1961)

11A. (Dipotong oleh W.K.J. No. 1100/1961)

SUMPAH PEMANGKU RAJA

11B. Sebelum ia menjalankan sebarang kuasa-kuasanya atau


tugas-tugasnya sebagai Pemangku Raja, maka hendaklah
Pemangku Raja yang tersebut itu mengangkat sumpah dan
menurunkan tandatangannya dalam surat sumpah yang
ditetapkan dalam jadual yang kedua kepada undang-
undang tubuh ini dihadapan Jemaah Majlis Diraja.

27
LANTIKAN JEMAAH PANGKUAN RAJA HENDAKLAH DITERBITKAN

11C. Lantikan Jemaah Pangkuan Raja menurut syarat-syarat


bagi jumlah kata (2), (3) dan (4) bagi fasal 9 itu hendaklah
diterbitkan dalam Warta Kerajaan.

KANDUNGAN JEMAAH PANGKUAN RAJA

11D. Tiap-tiap Jemaah Pangkuan Raja itu hendaklah


mengandungi tiga orang ahli daripada bangsa melayu dan
rakyat Yang Maha Mulia Tuanku dan beragama Islam.

Dengan syarat iaitu sekiranya seseorang yang menjadi


Ahli Jemaah Majlis Diraja itu dilantik menjadi Ahli Jemaah
Pangkuan Raja, maka hendaklah ia pada masa itu juga
berhenti daripada menjadi Ahli Jemaah Majlis Diraja yang
tersebut bagi sepanjang masa ia menjadi Ahli Jemaah
Pangkuan Raja itu.

Dengan syarat lagi iaitu seseorang yang menjadi Ahli


Majlis Mesyuaraat Kerajaan atau Dewan Negeri itu tidak boleh
dilantik menjadi Ahli Jemaah Pangkuan Raja.

28
SUMPAH AHLI PENASIHAT PANGKUAN RAJA DAN AHLI-AHLI
PENASIHAT PANGKUAN RAJA MENJALANKAN KUASA-KUASA

11E. (1) Seseorang yang telah dilantik menjadi Ahli Jemaah


Pangkuan Raja menurut syarat-syarat bagi Undang-undang
Tubuh ini hendaklah digelarkan dia “Ahli Penasihat Pangkuan
Raja” bagi tempoh ia memegang jawatan itu dan hendaklah
ia sebelum memegang atau menjalankan jawatannya itu
mengangkat sumpah menurut bagaimana yang ditetapkan
dalam jadual yang ketiga.

(2) Semua kerja-kerja raja yang terserah kepada


Jemaah Pangkuan Raja itu hendaklah dijalankan bersama-
sama oleh Ahli-ahli Penasihat Pangkuan Raja itu.

KEUZURAN AHLI PENASIHAT

11F. Jika Jemaah Majlis Diraja memasyhurkan dengan bertulis


bahawa jemaah itu puas hati dengan keterangan-keterangan
yang termasuk sekali keterangan-keterangan daripada doktor-
doktor bahawa seorang Ahli Penasihat Pangkuan Raja itu tidak
boleh menjalankan kerja-kerja jawatannya bagi sementara
dengan sebab tidak sihat akalnya atau tubuhnya atau
bahawa seseorang Ahli Penasihat Pangkuan Raja itu tidak

29
boleh hadir kerana menjalankan kerja-kerja jawatannya yang
tersebut itu, maka Jemaah Majlis Diraja boleh :-

(1) memberhentikan akan dia daripada memegang


jawatan yang tersebut itu dan melantik seorang lain
menjadi Ahli Penasihat Pangkuan Raja bagi
menggantikan tempatnya itu, atau

(2) melantik seorang Ahli Penasihat sementara bagi


tempoh ahli penasihat yang tersebut itu tidak boleh
hadir atau tidak dapat menjalankan kerja-kerja
jawatan itu.

JAWATAN YANG KOSONG DALAM JEMAAH PANGKUAN RAJA

11G. Jika dengan apa sebab sekalipun seseorang itu berhenti


daripada menjadi Ahli Penasihat Pangkuan Raja itu, maka
Jemaah Pangkuan Raja itu tidak boleh menjalankan kerja-kerja
raja itu melainkan seorang lain telah dilantik memenuhi
jawatan yang kosong itu mengikut syarat-syarat bagi Undang-
undang Tubuh ini.

30
RAJA MENINGGALKAN NEGERI TERLALU LAMA

12. (1) Jikalau raja meninggalkan negeri dan jajahan Johor


lebih daripada lima tahun daripada masa ia mula pertama
bertolak dari negerinya dan bersemayam ditempat atau
ditempat-tempat orang lain dengan tiada suatu kesakitan
yang sebenarnya boleh menahan akan dia daripada balik
atau dengan tiada suatu keuzuran atau pekerjaan atau hal
yang menjadikan patut ia berlama-lamaan berhenti lagi di
negeri atau negeri-negeri asing adalah hak dan kuatkuasa
bagi Jemaah Majlis Diraja boleh bermesyuarat pada
menimbangkan hal itu hingga dapat sesuatu ketetapan
adakah patut dinanti lagi akan raja berangkat balik dan
jikalau ditetapkan patut dinanti lagi, bagi beberapa lamakah
lagi patut dinanti itu atau patut dan wajib disifatkan halnya
yang sebenarnya tiada hendak balik lagi. Dan demikian boleh
dilantik dan diangkat akan gantinya.

(2) (Dipotong oleh W.K.J. No. 301A/1959)

DIANGKAT RAJA BAHARU

13. Jikalau kiranya dengan sebab ketiadaan raja


bersemayam di dalam negeri dan jajahan Johor genap lima
tahun lamanya, bagaimana yang tersebut dalam fasal 12 di

31
atas tadi, maka telah dilantik dan diangkat akan gantinya
akan disifatkan raja yang lama itu seperti sudah menarik diri
daripada kerajaan dan hak-hak dan tuntutan-tuntutannya
atas kerajaan dan hal-halnya pada tentang kerajaan akan
terjumahlah pada keadaan seorang bekas raja juga dan
demikian akan termaklumlah dia pada undang-undang yang
menentukan dan menghukumkan perkara-perkara yang
berkenaan dengan bekas raja.

TIADA WAJIB RAJA BAHARU MENGEMBALIKAN KERAJAAN

14. Jikalau kemudian daripada telah dilantik dan diangkat


akan raja baharu, maka balik bekas raja itu, tiadalah hal
baliknya itu boleh mewajibkan turun raja gantinya itu daripada
tahta kerajaan dan menyerahkan kembali hak-hak kerajaan
kepadanya meskipun baliknya itu sehari sahaja pun
dibelakang daripada telah dilantik dan diangkat akan
gantinya itu.

15. (Dipotong oleh W.K.J. No. 301A/1959)

16. (Dipotong oleh W.K.J. No. 301A/1959)

32
RAJA HENDAK BERHENTI DARIPADA KERAJAANNYA

17. Jikalau raja itu pada sebarang masa ia di atas


kerajaannya tiada suka lagi menjadi raja dan demikian
hendak berhenti dan melepaskan hak-hak dan kuatkuasa
kerajaannya oleh kerana sebarang rupa jenis keuzuran sama
ada keuzuran itu redha ia menzahirkan atau tidak bolehlah ia
lepas dan berhenti daripada menjadi raja serta adalah hak
baginya boleh duduk dimana-mana tempat yang
diperkenannya sama ada di dalam jajahan Johor atau di
dalam mana-mana negeri yang bermahabah dan yang tiada
berkelahi dengan Kerajaan Johor.

ATURAN RAJA BERHENTI DARIPADA KERAJAANYA

18. Jikalau pada masa raja hendak berhenti dan menarik diri
daripada kerajaannya ada ia di dalam negerinya sendiri
hendaklah titah dan pertandaan dan persaksian bagi
perbuatan itu diperbuat dengan surat yang bercap dengan
mohor kerajaan serta dengan tapak tangan raja itu sendiri
dengan sekurang-kurangnya tiga orang Ahli-ahli Penasihat
Jemaah Majlis Diraja hadir menyaksikan dengan tandatangan
masing-masing dan hendaklah hal itu diberitahu dan
dizahirkan oleh Jemaah Majlis Diraja kepada isi negeri dengan
seberapa segera serta dinyatakan sekali siapa yang

33
menggantikan dia iaitu jkalau sudah tentu gantinya dengan
mengikut bagaimana aturan undang-undang ini di atas hal
yang demikian.

RAJA HENDAK BERHENTI TETAPI TIADA DALAM NEGERINYA


SENDIRI

19. Jikalau pada masa raja hendak berhenti dan menarik diri
daripada kerajaannya itu tiada ia di dalam negerinya yaini
ada sebuah negeri asing, tiadalah dipersyaratkan
perbuatannya itu dengan aturan bagaimana yang disebutkan
dalam fasal yang lalu tadi melainkan mana-mana aturan yang
patut dan yang disifatkan sah sahajalah wajib dibuat dalam
hal menentukan dan menyaksikan kelepasannya daripada
menjadi raja itu.

BEKAS RAJA TIADA BOLEH MENCAMPURI DALAM PERKARA-


PERKARA NEGERI

20. Raja yang sudah menarik diri dan berhenti daripada


kerajaannya seperti yang tersebut dalam fasal-fasal yang
ketiga belas dan ketujuh belas itu tiada sekali-kali boleh
campur atau ganggu atau masuk mulut dalam sebarang
perkara negeri dan kerajaan sama ada ia duduk dalam
jajahan Johor atau jajahan asing.

34
BEKAS RAJA ADA HAK BOLEH DAPAT BELANJA HIDUP

21. Bekas raja itu sama ada ia duduk dalam jajahan Johor
atau tidak adalah hak baginya boleh mendapat bagi belanja
hidupnya suatu bayaran daripada hasil negeri yang tiada lebih
dari suku atau seperempat daripada jumlah yang ditentukan
bagi angkatan hidupnya pada masa ia menjadi raja yang
memerintah serta pula ada hak boleh mendapat suatu rumah
tempat kediaman yang layak baginya jikalau ia duduk di
dalam jajahan Johor iaitu pun pada tempat-tempat yang
berpatutan juga dan belanja hidup yang demikian itu
berpanjanganlah sampai mangkatnya dan rumah tempat
kediamannya itu kemudian daripada mangkatnya akan
terpulanglah menjadi pusaka kepada waris-warisnya mengikut
bagaimana hukum syariat.

SALAH BESAR BEKAS RAJA MENGACUM-ACUM ORANG SURUH


MENDERHAKA

22. Jikalau bekas raja itu mencampuri atau mengganggui


atau masuk mulut dalam sebarang perkara negeri adalah hak
bagi kerajaan boleh menahan akan belanja hidupnya dan
lama masa tahanan itu terpulang maklumnya kepada Dewan
Negeri. Dan jikalau bekas raja itu mengacum-acumkan orang

35
pada berbuat derhaka atau bermuafakat dengan sebarang
orang atau kerajaan asing dengan niat hendak berbuat atau
mendatangkan kecederaan atas negeri atau faedah, maka
adalah hak bagi kerajaan boleh menahan akan belanja
hidupnya serta memandang atasnya dan mensifatkan dia
seperti seorang yang berdosa kepada kerajaan.

TUNTUTAN HENDAK MENJADI RAJA MUDA, BENDAHARA DAN


TEMENGGUNG ADA HAK BAGI RAJA BOLEH MENJADIKAN

23. Tiada sekali-kali boleh menuntut atau wajib atau harus


diterima tuntutan seorang kerabat raja berkehendakkan
dirinya dilantik atau dijadikan atau digelar Raja Muda,
Bendahara atau Temenggung atau sesuatu gelaran yang lain
yang pada zaman dahulu telah ada atau telah biasa dipakai
dalam Kerajaan Johor akan tetapi ada hak bagi raja dengan
persekutuan Jemaah Majlis Diraja boleh melantik menjadikan
dan menggelar daripada kerabatnya sama ada yang jauh
atau yang dekat seorang Raja Muda atau Bendahara atau
Temenggung atau kedua-duanya atau ketiga-tiganya. Maka
dalam hal-hal yang demikian adalah pangkat, martabat,
jawatan, pekerjaan, kuasa-kuasa, hak-hak dan lain-lain aturan
seperti berketurunan atau tidak gelaran-gelaran dan pangkat-
pangkat yang demikian semuanya dalam kuasa raja dengan
persekutuan Jemaah Majlis Diraja pada menentukan dan

36
menetapkan pada masa melantik dan menjadikan itu dan lagi
adalah hak dan kuasa pada raja dengan persekutuan
Jemaah Majlis Diraja boleh memecat akan mereka itu jikalau
ada cukup kesalahan dosanya yang mengharuskan demikian.

PANGKAT DAN JAWATAN-JAWATAN RAJA MUDA, BENDAHARA


DAN TEMENGGUNG

24. Jikalau ada Raja Muda dan Bendahara dan


Temenggung adalah tertentu bagi ketiga-tiganya itu terjumlah
pada ahli-ahli Jemaah Majlis Diraja dan adalah pangkatnya
diantara masing-masing itu bagaimana yang disebutkan
aturan gelarannya disini juga:

Dengan syarat iaitu mereka itu tidak boleh disifatkan


terjumlah pada ahli-ahli Jemaah Pangkuan Negeri dalam
perkara memilih, melantik dan menjadikan raja.

BELANJA RAJA

25. Adalah pada tentang raja yang dikurniakan Allah, Tuhan


yang maha tinggi dan dengan berkat Nabi Muhammad SAW
ada lagi memerintah ini (iaitu kita Abu Bakar Sultan bagi
kerajaan dan jajahan Johor yang telah dengan sebab dan
perkenan Tuhan Rabbil Alamin telah menolong menjadikan

37
Kerajaan Johor apa yang ada rupanya ini ialah bagi yang
demikian mengucap kita syukur beribu-ribu syukur) dengan
keredhaan dan timbangan mesyuarat kerajaan kita tiada
ditentukan sesuatu jumlah wang yang tetap bagi belanja kita
kerana istana-istana dan angkatan-angkatan tubuh badan
kita sendiri akan tetapi adalah kita dengan surat ini
menjadikan undang-undang dan hukuman yang kuat dan
terang bahawa bagi raja-raja Johor yang dibelakang
daripada kita tiada sekali-kali boleh seorang pun mengambil
dan memakai bagi pergunaan dirinya satu duit pun lebih dari
jumlah yang telah ditentukan daripada suatu masa kepada
suatu masa oleh Dewan Negeri. Maka pada tentang itu inilah
pula kita jadikan undang-undang dan hukuman yang kuat
dan terang bahawa hendaklah jumlah wang yang ditentukan
bagi belanja raja itu sebenar-benarnya berpatutan cukup dan
padan dengan pangkat dan martabat kebesaran raja
kerajaan dan dalam aturan mematutkan berapa banyak
belanja raja itu tiadalah sekali-kali boleh diambil peduli atas
apa-apa pendapatan raja itu yang terbit daripada harta-
harta dan hak-haknya sendiri dan yang bukan hak kerajaan.

BELANJA KERABAT-KERABAT SIAPA YANG BOLEH DAPAT

26. Belanja-belanja hidup bagi kerabat raja semuanya


terserah pada maklum raja dengan syor dan persetujuan

38
Dewan Negeri pada menentukan banyaknya, dan adalah
kerabat-kerabat yang ditentukan ada hak boleh dapat
belanja-belanja hidup itu seperti dibawah ini:-

(1) Isteri raja yang bergelar Sultanah atau Permaisuri


(2) Putera-putera dan puteri-puteri raja
(3) Saudara-saudara raja lelaki dan perempuan
(4) Ayahanda-ayahanda dan bonda-bonda saudara raja
(5) Anak-anak saudara raja yang sudah mangkat
ayahanda atau bondanya (yang raja punya saudara-
saudara benar seperti dalam jumlah kata (3) itu). Jika
ada dua beradik atau lebih, boleh dapat sekurang-
kurangnya setengah daripada pendapatan ayahanda
atau bondanya yang sudah mangkat itu iaitu
dibahagikan diantaranya masing-masing dengan
aturan yang berpatutan jadi pemberian kerajaan bagi
belanja hidupnya istimewa dan terutama
ditimbangkan hal-hal anak-anak saudara raja yang
demikian itu yang kecil-kecil atau yang perempuan
dan yang tiada bersuami.

Maka yang lain daripada yang tersebut ini tiadalah sekali-


kali hak atas belanja hidup daripada kerajaan melainkan jika
ada dikurniakan ialah semata-mata oleh pandangan dan
timbangan raja dengan syor dan persetujuan Dewan Negeri.

39
Adalah erti “Raja” itu iaitu raja yang ada tengah
memerintah atau sudah yang memerintah dan sudah
mangkat.

Tiap-tiap orang yang ada belanja hidup menurut fasal ini


pada tarikh ini kerana ianya menjadi anak saudara laki-laki
atau anak saudara perempuan kepada raja bolehlah kekal ia
menerima belanja hidup yang demikian itu selama hidupnya
dengan menurut syarat yang tersebutkan di bawah ini.

Tiada seorang pun iaitu anak laki-laki atau anak


perempuan kepada saudara raja yang laki-laki atau saudara
raja yang perempuan yang telah mangkat yang tiada
menerima belanja hidup pada tarikh ini menurut fasal ini boleh
terhak dapat belanja hidup yang demikian itu bagi masa yang
lebih dahulu daripada tarikh ini tetapi tiap-tiap seorang yang
demikian itu bolehlah menerima belanja hidup yang demikian
itu dari tarikh ini dengan menurut syarat yang disebutkan di
bawah ini ialah bagaimana yang ditentukan oleh raja dengan
syor dan persetujuan Dewan Negeri atas masing-masing bagi
tiap-tiap seorang.

Dengan sentiasa dipersyaratkan iaitu jika sebarang


daripada orang yang menerima belanja hidup menurut fasal

40
ini menyerahkan atau memindahkan milik belanja hidup yang
tersebut itu atau pun kena hukum dihadapan sebarang
mahkamah di dalam persekutuan ini atau di dalam sebarang
negeri lain kerana sebarang jenayah atau kesalahan yang
pada timbangan Jemaah Majlis Diraja itu adalah
menghilangkan maruah atau sebarang daripada orang yang
tersebut itu jadi jatuh muflis, maka dalam tiap-tiap hal yang
demikian itu belanja hidup yang tersebut itu hendaklah
terhenti dengan serta merta.

Dengan dipersyarat lagi iaitu raja boleh selepas daripada


menimbangkan nasihat Jemaah Majlis Diraja memerintahkan
tidak boleh dibayar belanja hidup itu pada sesiapa pun yang
patut menerimanya di bawah fasal ini sekiranya pada fikiran
Jemaah Majlis Diraja itu bahawa orang yang tersebut itu telah
berkelakuan dengan cara yang melanggar agama Islam
dengan apa pun kaedahnya dan jika orang yang tersebut itu
ada menerima belanja hidup, maka terhentilah belanja hidup
itu.

Dan dengan dipersyaratkan lagi iaitu seseorang yang


boleh dibayar belanja hidup kepadanya mengikut fasal ini
adalah berhak menerima hanya satu belanja hidup sahaja
tetapi sekiranya ia layak menerima dua atau lebih daripada
belanja-belanja hidup itu, maka belanja hidup yang boleh

41
dibayar kepadanya ialah belanja hidup yang sehabis-habis
tinggi sekali diantaranya.

BELANJA RAJA DAN ISTERI PADA MASA RAJA MENJADI YANG


DIPERTUAN AGONG

26A. Dengan tiada mengendahkan syarat-syarat bagi fasal 25


dan 26, maka tiada boleh dibayar sebarang belanja yang
ditetapkan dibawahnya itu :-

(alif) kepada raja atau isterinya yang bergelar Sultanah


atau Permaisuri berkenaan dengan sebarang
tempoh dalam masa raja menjadi Yang Dipertuan
Agong, atau
(ba) kepada raja berkenaan dengan sebarang tempoh
yang lebih daripada lima belas hari dalam masa
menjalankan kerja-kerja Yang Dipertuan Agong.

ANAK–ANAK RAJA YANG PEGAWAI

27. Anak-anak raja (laki-laki) yang ada memegang jawatan-


jawatan kerajaan boleh mendapat kurnia yang ditentukan
bagi jawatan-jawatan itu meskipun telah ada menerima
belanja hidupnya daripada kerajaan ialah keadaannya sama

42
dengan pegawai-pegawai yang lain juga dalam hal yang
demikian.

JEMAAH PANGKUAN NEGERI


(SUPPORTERS OF THE COUNTRY)

TAFSIRAN “YANG DIPERTUA”, “SETIAUSAHA” DAN “AHLI”

27A. Bagi maksud Jemaah Pangkuan Negeri yang terdapat di


fasal-fasal 1 (ha), 3, 4, 5, 24, 27A, 27B, 27C, 27D dan 27E dalam
bahagian ini hendaklah adanya seorang “Yang Dipertua”,
seorang “Setiausaha” dan “Ahli” seperti berikut :-

(alif) “Yang Dipertua”, maknanya Menteri Besar yang


berbangsa melayu, beragama Islam dan rakyat Duli
Yang Maha Mulia Tuanku dan jika ianya tidak
berkelayakkan menjadi Yang Dipertua atau tidak
berada dalam negeri atau ianya uzur perkataan
“Yang Dipertua” itu termasuklah yang Dipertua
Jemaah Majlis Diraja atau jika pada mana-mana
mesyuarat Menteri Besar dan Yang Dipertua Majlis
Jemaah Diraja tidak berada dalam negeri atau
mereka itu uzur, ahli-ahli yang hadir hendaklah
melantik salah seorang daripada mereka menjadi
Yang Dipertua bagi mesyuarat itu.

43
(ba) “Setiausaha” maknanya Setiausaha Kerajaan dan
jika ianya tidak berada dalam negeri atau ianya
uzur perkataan “Setiausaha” termasuklah seorang
Ahli Jemaah Pangkuan Negeri yang dilantik sebagai
Setiausaha oleh Yang Dipertua, dan

(ta) “Ahli” maknanya seorang Ahli Jemaah Pangkuan


Negeri.

MENGADAKAN MESYUARAT JEMAAH PANGKUAN NEGERI UNTUK


MENGESAHKAN RAJA

27B. (1) Apabila sahaja raja mangkat atau turun dari tahta
kerajaan atau selepas daripada diperbuat keputusan hendak
melantik seorang ganti raja mengikut sebagaimana yang
disebutkan dalam fasal 12 bagi bahagian ini, maka Setiausaha
atas arahan Yang Dipertua hendaklah, dengan menghantar
notis bertulis atau dengan lain-lain cara yang dialamatkan
kepada tiap-tiap ahli dalam negeri Johor, mengadakan satu
mesyuarat Jemaah Pangkuan Negeri bagi tujuan
mengesahkan waris menjadi raja.

(2) Adalah menjadi tugas bagi tiap-tiap ahli menghadiri


ditempat dan waktu yang sebutkan dalam notis panggilan itu

44
melainkan ketiadaan hadirnya telah dibenarkan oleh Yang
Dipertua dengan sebab-sebab yang pada pendapat Yang
Dipertua adalah munasabah dan mencukupi.

UNDIAN DAN KEPUTUSAN

27C. (1) Jemaah Pangkuan Negeri hendaklah membuat


keputusannya, jika tidak dengan sebulat suaranya, dengan
mengikut undi yang lebih banyak yang diberi oleh ahli-ahli
yang hadir dan mengundi dan Yang Dipertua hendaklah
mengundi apabila mustahak ia beruat demikian kerana
mengelak bilangan undi yang sama banyak tetapi ia tidak
boleh mengundi dalam perkara yang lain daripada yang
tersebut itu.

(2) Apa-apa keputusan Jemaah Pangkuan Negeri tidak


akan menjadi terbatal dengan sebab ketiadaan hadirnya
seseorang ahli itu sama ada ketiadaan hadir ahli itu atau telah
dibenarkan oleh Yang Dipertua atau tidak.

MESYUARAT-MESYUARAT

27D. (1) Tidak seseorang pun melainkan ahli boleh hadir


dimana-mana mesyuarat Jemaah Pangkuan Negeri.

45
(2) Kecuali Setiausaha Kerajaan, seorang ahli yang
bekerja dalam jawatan negeri, persekutuan atau lain-lain
negeri dalam persekutuan pada masa Jemaah Pangkuan
Negeri itu dikehendaki menjalankan kuasa-kuasa yang diberi
kepada mereka itu oleh fasal-fasal 3 dan 5 dalam bahagian ini
tiada sekali-kali boleh ia mengambil sebarang bahagian pada
menjalankan kuasa-kuasa yang tersebut itu.

(3) Yang Dipertua boleh menangguhkan mana-mana


mesyuarat Jemaah Pangkuan Negeri dari masa ke semasa
tetapi tiap-tiap mesyuarat apabila dimulakan hendaklah
diteruskan sehinggalah sesuatu keputusan jemaah itu telah
dapat dibuat.

PERINGATAN-PERINGATAN MESYUARAT DAN REKOD

27E. (1) Peringatan mesyuarat secara bertulis bagi tiap-tiap


mesyuarat Jemaah Pangkuan Negeri hendaklah disimpan oleh
Setiausaha.

(2) Rekod tiap-tiap keputusan Jemaah Pangkuan


Negeri hendaklah dibuat secara bertulis oleh Setiausaha dan
rekod itu hendaklah ditandatangani oleh Yang Dipertua dan
disaksikan oleh Setiausaha.

46
(3) Tiap-tiap keputusan Jemaah Pangkuan Negeri
hendaklah diumumkan di dalam Warta.

JEMAAH MAJLIS DIRAJA


(COUNCIL OF THE ROYAL COURT)

JEMAAH MAJLIS DIRAJA

28. (1) Jemaah Majlis Diraja hendaklah mengandungi tidak


kurang daripada tujuh orang dan tidak lebih daripada dua
belas orang yang dilantik menjadi Ahli-ahli Penasihat bagi
jemaah yang tersebut itu oleh Yang Maha Mulia Tuanku.

(2) Yang Maha Mulia Tuanku hendaklah melantik


seorang daripada ahli-ahli penasihat itu menjadi Yang
Dipertua dan seorang menjadi Setiausaha bagi Jemaah Majlis
Diraja.
(3) Setiausaha Kerajaan hendaklah berhak mengambil
bahagian tetapi tidak boleh mengundi di dalam mesyuarat-
mesyuarat Jemaah Majlis Diraja.

Dengan syarat bahawa sebelum ia mula menghadiri


mesyuarat Jemaah Majlis Diraja, maka hendaklah ia
dihadapan Yang Dipertua Jemaah Majlis Diraja mengangkat

47
sumpah menyimpan rahsia dan menurunkan tandatangan
seperti berikut :-

“Wallahi Wabillahi Watallahi”

Bahawa adalah saya, …………………………..…………,


Setiausaha Kerajaan, dengan sesungguhnya bersumpah
dengan iman tidak akan menzahirkan kepada atau berutus
dengan sesiapa pun sama ada dengan tepatnya atau
dengan jalan lain akan sebarang perkara yang dibawa bagi
timbangan saya atau yang akan saya ketahui dalam masa
saya menghadiri mesyuarat Majlis Diraja itu kecuali perkara-
perkara yang dikehendaki bagi menjalankan kewajipan saya
sebagai Pegawai yang tersebut atau yang dibenarkan
dengan khasnya oleh Jemaah Majlis Diraja”.

29. (Dipotong oleh W.K.J. No. 301A/1959)

BANGSA DAN AGAMA AHLI-AHLI PENASIHAT

30. Tiap-tiap seorang ahli penasihat itu hendaklah daripada


bangsa melayu dan rakyat Yang Maha Mulia Tuanku dan
beragama Islam.

48
AHLI-AHLI PENASIHAT BERSUMPAH

31. Tiap-tiap seorang yang dilantik menjadi ahli penasihat itu


hendaklah mengangkat sumpah seperti yang ditetapkan
dalam jadual yang keempat dan sumpah itu disahkan dengan
tandatangannya di dalam sebuah kitab yang ditentukan
baginya itu dihadapan dua orang saksi menyatakan dirinya
sebenarnya daripada bangsa melayu, rakyat Yang Maha
Mulia Tuanku dan beragama Islam dan mengaku bersetia
dengan raja dan kerajaan.

32. (Dipotong oleh W.K.J. No. 301A/1959)

33. (Dipotong oleh W.K.J. No. 301A/1959)

34. (Dipotong oleh W.K.J. No. 301A/1959)

35. (Dipotong oleh W.K.J. No. 301A/1959)

AHLI-AHLI PENASIHAT BOLEH MEMOHON BERHENTI DARI


JAWATANNYA

36. Ahli-ahli Penasihat ada masing-masing itu kuasa baginya


boleh memohon berhenti daripada Jemaah Majlis Diraja dan
jika diterima permohonannya itu akan berhentilah dia.

49
DIPILIH DAN DIMASUKKAN MENJADI AHLI LAGI DALAM JEMAAH

37. Seseorang yang telah masuk dalam Jemaah Majlis Diraja


dan telah undur daripada jemaah itu dengan aturan yang
tersebut dalam fasal yang di atas ini adalah ia sentiasa dalam
keadaan boleh dipilih dan dimasukkan menjadi lagi dalam
Jemaah Majlis Diraja.

TIADA SEORANG PUN BOLEH DIPAKSA MENJADI AHLI PENASIHAT

38. Tiadalah termesti bagi seorang itu menjunjung titah


perintah memasukkan dia dalam Jemaah Majlis Diraja dan
tiada diwajibkan juga akan dia menyatakan sebab-sebab
yang ia tiada sanggup itu.

AHLI-AHLI PENASIHAT TAK USAH DENGAN ADA GELARAN

39. Tiada diwajibkan bagi seseorang yang menjadi ahli


penasihat itu ada ia mempunyai gelaran “Datuk” sama ada
gelaran Datuk bagi kerajaan atau gelaran Datuk bagi sesuatu
darjah yang dikurniakan oleh raja kepadanya atau sesuatu
gelaran yang lain akan tetapi adalah termaklum pangkatnya
diantara taulan-taulannya dan dalam istiadat-istiadat kerajaan

50
dan dihadapan isi negeri oleh kerana hak jawatannya menjadi
ahli penasihat itu.

RAJA ADA HAK MENGELUARKAN AHLI PENASIHAT DAN JEMAAH


MAJLIS DIRAJA BOLEH MEMOHON MENGELUARKAN SALAH
SEORANG DARIPADA TAULANNYA

40. Adalah hak dan kuatkuasa bagi raja boleh melepas dan
mengeluarkan seseorang Ahli Penasihat daripada jawatannya
sebagai Ahli Penasihat yang tersebut dan ada hak dan
kuatkuasa Jemaah Majlis Diraja boleh memohon kepada raja
minta lepas dan keluarkan seorang taulannya daripada
jawatannya sebagai Ahli Penasihat yang tersebut telah
berbuat sesuatu kesalahan yang berat dosanya pada hukum
syariah atau pada undang-undang negeri atau pada
timbangan istiadat kehormatan, dan yang telah didapati
dengan cukup siasat telah terang dan sabit ia berdosa iaitu
seperti menderhaka atau mencuba hendak mendeharka
kepada raja atau kerajaan atau membunuh atau menyuruh
atau berserta pada mencuba atau bersubahat membunuh
orang atau merompak, menyamun atau mencuba berbuat
sesuatu daripada itu atau makan suap atau mencuba hendak
makan suap atau sesuatu lain perbuatan yang jahat dan
berdosa pada hukum Allah dan hukum negeri, dan bolehlah
kelepasan dan keluarannya daripada jawatannya sebagai

51
Ahli Penasihat yang tersebut itu sama ada dengan ditambah
atasnya sesuatu hukuman lain atau tidak atau sama ada
dengan dipecat atau diturun akan dia daripada pangkatnya
(jikalau ada ia berpangkat atau gelaran yang lain) atau tidak
iaitu mengikutlah bagaimana timbangan raja pada masa
menimbangkan dosa Ahli Penasihat yang tersebut itu.

AHLI-AHLI PENASIHAT YANG BERGELAR BERHENTI DARIPADA


JAWATANNYA

41. Jikalau seseorang Ahli Penasihat ada gelaran Datuk atau


lain-lain gelaran kerajaan berhenti daripada jawatannya
sebagai Ahli Penasihat yang tersebut dengan memohon
berhenti atau dilepaskan daripada jawatannya sebagai Ahli
Penasihat yang tersebut itu dengan tiada sesuatu kesalahan
atau dosa seperti yang tersebut di atas tadi ialah tercabut
daripada namanya gelaran yang tertentu atau khas bagi
jabatannya sahaja iaitu misalnya “Datuk Penggawa” atau
“Datuk” atau “Datuk Bentara”. Jikalau ia memohon berhenti
daripada Jemaah Majlis Diraja akan tercabutlah daripadanya
gelaran yang menjadikan jawatannya sebagai Ahli Penasihat
yang tersebut itu iaitu “Penggawa” atau “Bentara” dan
tertinggallah gelaran atau pangkat “Datuk” itu sahaja
kepadanya.

52
PEKERJAAN JEMAAH MAJLIS DIRAJA

42. Adapun pekerjaan Jemaah Majlis Diraja itu ialah memberi


syor-syor dan nasihat kepada raja dalam perkara-perkara
yang ada kena mengena dengan raja atau dengan keluarga
raja atau salah seorang ahli keluarga diraja itu:

Dengan syarat iaitu syor-syor dan nasihat yang tersebut itu


hendaklah tidak mengenai :

(alif) sebarang pekerjaan yang menurut jumlah kata (1)


bagi fasal 7 yang disebutkan dalam bahagian
kedua bagi undang-undang ini adalah dikehendaki
bagi raja menjalankannya mengikut nasihat Majlis
Mesyuarat Kerajaan atau nasihat seorang Ahli Majlis
Mesyuarat Kerajaan yang menjalankan
kewajipannya menurut kuasa am Majlis Mesyuarat
Kerajaan.

(ba) sebarang pekerjaan yang disebutkan dalam jumlah


kata (alif) dan (ba) bagi jumlah kata (2) dalam fasal
7 dalam bahagian kedua bagi undang-undang ini
dan,

53
(ta) kuasa-kuasa raja yang diberi oleh fasal 12 yang
disebutkan dalam bahagian kedua bagi undang-
undang ini.

Dan dengan syarat lagi iaitu apa jua syor dan nasihat
yang telah diberi kepada raja mengenai pekerjaan-pekerjaan
yang disebutkan dalam pecahan-pecahan jumlah kata (ta),
(sa), (jim), (cha), (ha) bagi jumlah kata (2) dalam fasal 7 yang
disebutkan dalam bahagian kedua bagi undang-undang ini
tidak akan mengganggu atau menghadkan dengan apa
kaedah sekalipun akan tadbir raja dalam perkara
menjalankan pekerjaan itu dikecualikan sejauh bagaimana
yang diuntukkan oleh fasal 10 bagi undang-undang ini
berkenaan dengan melantik sebuah Jemaah Pangkuan Raja.

PERSIDANGAN JEMAAH MAJLIS DIRAJA

43. Hendaklah Jemaah Majlis Diraja itu bersidang sekurang-


kurangnya setahun sekali dan pada lain-lain masa bila-bila
dikehendaki :

Pertama : Dengan titah perintah raja


Kedua : Dengan permintaan Yang Dipertua
jemaah yang tersebut

54
Ketiga : Dengan permintaan tiga orang ahli
jemaah yang tersebut

CUKUP BILANG JEMAAH MAJLIS DIRAJA

44. Dalam suatu persidangan Jemaah Majlis Diraja, lima (5)


orang jadi ahli suatu “cukup-bilang” jikalau raja ada bersama-
sama hadir tiga orang ahli memadailah bagi suatu cukup
bilang akan tetapi diwajibkan jika ada masa diberitahu
kepada semua ahli dalam negeri hal hendak diadakan
persidangan itu.

45. (Dipotong oleh W.K.J. No. 301A/1959)

46. (Dipotong oleh W.K.J. No. 301A/1959)

47. (Dipotong oleh W.K.J. No. 301A/1959)

48. (Dipotong oleh W.K.J. No. 301A/1959)

49. (Dipotong oleh W.K.J. No. 301A/1959)

50. (Dipotong oleh W.K.J. No. 301A/1959)

51. (Dipotong oleh W.K.J. No. 301A/1959)

55
52. (Dipotong oleh W.K.J. No. 301A/1959)

53. (Dipotong oleh W.K.J. No. 301A/1959)

54. (Dipotong oleh W.K.J. No. 301A/1959)

55. (Dipotong oleh W.K.J. No. 301A/1959)

56. (Dipotong oleh W.K.J. No. 301A/1959)

BERBAGAI-BAGAI INGATAN

AGAMA NEGERI DAN AGAMA LAIN

57. Adalah yang dikatakan “Agama Negeri” bagi jajahan


dan kerajaan Johor ini iaitu agama Islam, maka yang demikian
hendaklah agama Islam itu berpanjangan dan berkekalan
selama-lamanya menjadi dan diaku dan sebuah “Agama
Negeri” yaini tiadalah sekali-kali boleh sebarang agama lain
dijadikan atau disebut agama negeri sungguhpun segala
agama lain ada dibenarkan dan sentiasa termaklum patut
dibenarkan dengan iman dan sempurna boleh

56
diperagamakan dalam segala dan segenap daerah takluk
kerajaan Johor oleh orang yang beragama dia.

57A. (Dipotong oleh W.K.J. No. 301A/1959)

WAKIL RAJA DI DALAM MAJLIS RAJA-RAJA

57B. (1) Raja boleh melantik dengan surat tauliah yang


ditandatangani olehnya dan dicap dengan mohor kerajaan
akan sebarang orang daripada bangsa melayu dan
beragama Islam bagi menggantikan tempatnya sebagai
seorang ahli didalam Majlis Raja-Raja.

(2) Tiap-tiap lantikan yang tersebut hendaklah bagi


tempoh dan mengikut syarat-syarat dan sekatan-sekatan
bagaimana yang ditetapkan di dalam surat tauliah itu.

UNDANG-UNDANG DAN ADAT NEGERI

58. Hendaklah segala undang-undang dan adat-adat negeri


dijalankan dan diperlakukan dengan adil dan benar oleh
segala Mahkamah Kerajaan dan pegawai-pegawai dan
kakitangan kerajaan diantara sekalian isi negeri dan yang
dagang yang berhenti dan duduk bernaung di dalamnya
sama ada bagi sementara atau dengan berlanjut-lanjutan

57
masanya yaini dengan sedikit jawapan akan timbang rasa
atau pandangan atau cenderung kepada pihak-pihak yang
beragama akan agama negeri yaitu Islam atau
memperbezakan rakyat negeri dengan yang bukan rakyat
negeri.

MUHIBAH KERAJAAN DENGAN LAIN-LAIN KERAJAAN

59. Hendaklah raja dan kerajaan Johor sentiasa dan


berkekalan ada dalam keadaan dan kedudukan yang
muhibah dan baik dengan kerajaan-kerajaan lain.

60. (Dipotong oleh W.K.J. No. 301A/1959)

UCAPAN KERABAT RAJA

61. Mahkota serta segala alatan kerajaan dan bendera raja


hendaklah sekaliannya ini selama-lamanya dipakai dan
diperkekalkan dengan rupa dan keadaanya bagaimana yang
ada itu juga dengan tiada diubah dan dipinda-pinda dan
juga ucapan kerabat raja itu “muafakat itu berkat” hendaklah
dipakai dan diperkekalkan.

58
DARJAH DAN PINGAT BESI DIKEKALKAN

62. Hendaklah dua jenis darjah yang ada sekarang selama-


lamanya dipakai dan diperkekalkan bagaimana rupa dan
keadaannya yang ada itu juga iaitu darjah kerabat Yang
Amat Dihormati dan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia
itu dan daripada pingat-pingat yang ada itu hendaklah
selama-lamanya dipakai dan diperkekalkan “pingat besi” itu
iaitu balasan bagi keberanian dan jasa-jasa kepada kerajaan
dalam pekerjaan-pekerjaan yang merbahaya kepada nyawa.

INGATAN JANGAN DERAS MEMBUAT DARJAH

63. Sungguhpun dinyatakan di dalam undang-undang ini


hendaklah dipakai dan diperkekalkan darjah-darjah yang
tersebut itu tiada pula dilarang atau ditegah akan raja
daripada membuat menjadi dan mengadakan darjah-darjah
dan tanda-tanda kemuliaan dan kebesaran yang lain kerana
raja itu mata air bagi segala kemuliaan dan kebesaran akan
tetapi adalah diperingatkan janganlah diperbuat, dijadi dan
diadakan sesuatu darjah lain dan sebab semata-mata hendak
membanyakkan dan menambahkan bilangan darjah-darjah
sahaja dengan tiada difikirkan dengan cermat dan baik
adakah berguna dan berkehendak dijadikan yang baharu
kerana banyak bilangan dan terlalu banyak kelihatan di

59
dalam negeri tanda-tanda kemuliaan dan kebesaran itu akan
menjadikan kurang mutu dan kurang harga semuanya itu
istimewa pada tentang suatu kerajaan yang kecil.

64. (Dipotong oleh W.K.J. No. 301A/1959)

BAHAGIAN KEDUA

SUSUNAN PENTADBIRAN KERAJAAN

TAFSIRAN

1. (1) Adapun di dalam bahagian ini dan di dalam


bahagian ketiga melainkan berlawanan dengan kehendak
susunan perkataan di dalamnya, maka:-

“Adat Rasmi Melayu” maknanya adat rasmi melayu yang


terpakai dari satu masa ke satu masa di dalam negeri ini atau
di dalam sebarang kawasan yang tertentu di dalam negeri ini
menurutlah bagaimana halnya yang dikehendak.

“Dewan Negeri” maknanya badan perundangan negeri yang


dahulu diketahui dengan nama Majlis Mesyuarat Negeri dan
yang akan diketahui kemudian daripada ini dengan nama

60
Dewan Negeri dan yang akan diaturkan menurut syarat-syarat
bagi bahagian ini.

“Kumpulan Wang Yang Disatukan” maknanya Kumpulan


Wang Yang Disatukan bagi negeri ini bagaimana yang
disebutkan dalam bahagian VII dalam Perlembagaan
Persekutuan

“Majlis Mesyuarat Kerajaan” maknanya Majlis Mesyuarat


Kerajaan yang ditubuhkan menurut syarat-syarat bagi
bahagian ini.

“Menteri Besar” maknanya Ketua Menteri dan Pegawai Besar


Kerajaan yang dilantik menurut kuatkuasa fasal 3 bagi
bahagian ini.

“Mesyuarat” maknanya sebarang Mesyuarat Dewan Negeri


atau sebarang Majlis Mesyuarat yang ditubuhkan menurut
bahagian ini mulai daripada masa Dewan Negeri atau Majlis
Mesyuarat atau mula-mula bermesyuarat kemudian daripada
setelah dihimpunkan pada sebarang masa sehingga
waktunya Dewan Negeri atau Majlis Mesyuarat itu
ditangguhkan dengan tidak ditentukan masanya
bermesyuarat lagi atau sehingga penghabisan sesuatu masa
bersidang dengan tidak ditangguh-tangguhkan.

61
“Mohor Kerajaan” maknanya cap besar kerajaan bagaimana
yang disebutkan dalam fasal 3 bagi bahagian ketiga.

“Negeri” maknanya Negeri Johor dan termasuk sekali jajahan


daerah takluknya serta pulau-pulau dan tempat-tempat yang
dibawah perintah Kerajaan Johor pada waktu berjalannya
kuatkuasa bahagian ini dan juga laut keluasannya yang
berhampiran.

“Pencetak Kerajaan” maknanya sebarang pencetak yang


diberi kuasa mencetak undang-undang dan lain-lain surat
Kerajaan Negeri Johor.

“Perlembagaan Persekutuan” maknanya Perlembagaan bagi


Persekutuan.

“Persidangan” maknanya Mesyuarat-mesyuarat Dewan Negeri


mulai daripada masa dewan itu mula-mula bermesyuarat
selepas daripada ditubuhkan akan dia atau selepas daripada
ditangguhkan akan dia atau dimansuhkan akan dia pada
sebarang masa sehingga dewan itu telah ditangguhkan atau
dimansuhkan dengan tidak ditangguhkan.

62
“Raja” maknanya Yang Maha Mulia Sultan dan yang
Dipertuan bagi Negeri Johor dan termasuklah waris-waris
gantinya dan juga Raja-raja Johor yang terlebih dahulu, jika
menepati dengan kehendak susunan perkataan-perkataan di
dalam ini dan jika sekiranya ada seorang Pemangku Raja
maka termasuklah Pemangku Raja atau jika sekiranya ada
sebuah Jemaah Pemangku Raja, maka termasuklah Jemaah
Pangkuan Raja itu.

“Setiausaha Kerajaan”, “Penasihat Undang-undang Negeri”


dan “Pegawai Kewangan Negeri” maknanya bagi masing-
masing itu Pegawai-pegawai yang dilantik menurut fasal 6 (1)
bagi bahagian ini.

“Speaker” maknanya Speaker Dewan Negeri yang dilantik


menurut kuatkuasa fasal 24 bagi bahagian ini.

“Tahun Perkiraan Hasil dan Perbelanjaan” maknanya masa


setahun mulai daripada satu haribulan Januari dan
ditempatkan pada tiga puluh satu haribulan Disember.

“Warta Kerajaan” maknanya warta kerajaan bagi persekutuan


atau bahagiannya yang mengandungi warta Kerajaan Johor.

63
“Warganegara” maknanya seorang warga persekutuan
menurut kuatkuasa bahagian III dalam Perlembagaan
Persekutuan.

2. Adapun bila-bila jua ada tersebut di dalam bahagian ini


akan seorang pegawai dengan nama jawatannya, maka
sebutan itu adalah bermakna pegawai yang disahkan
menjalankan kerja-kerja jawatan itu pada masa itu.

KUASA KERAJAAN

KUASA KERAJAAN

2. (1) Adapun kuasa kerajaan negeri adalah tertakluk di


dalam tangan raja tetapi kerja-kerja kerajaan boleh dengan
menurut undang-undang diserahkan kepada lain-lain orang
atau badan –badan yang berkuasa.

(2) Semua kuasa-kuasa kerajaan negeri hendaklah


disebutkan sebagai dijalankan dengan nama raja.

64
LANTIKAN MENTERI BESAR

3. (1) Raja hendaklah melantik dengan bersurat tauliah


yang ditandatangani olehnya dan dicap dengan mohor
kerajaan akan seorang Menteri Besar yang ada berkelayakkan
seperti yang disebutkan dalam jumlah kata (alif) bagi pecahan
fasal (2) bagi fasal 4 yang akan menjadi Ketua Menteri dan
Pegawai Besar Kerajaan di dalam negeri.

(2) Dengan tertakluk kepada syarat-syarat bagi


pecahan fasal (4) bagi fasal 4, maka tiada seorang pun boleh
dilantik menjadi Menteri Besar melainkan ia itu daripada
bangsa melayu dan beragama Islam.

MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN

4. (1) Raja hendaklah melantik sebuah Majlis Mesyuarat


Kerajaan.

(2) Majlis Mesyuarat Kerajaan hendaklah dilantik


mengikut seperti yang tersebut di bawah ini iaitu :-

(alif) raja hendaklah mula-mula sekali melantik seorang


daripada Ahli Dewan Negeri yang pada
timbangannya boleh mendapat kepercayaan

65
sebilangan besar daripada Ahli-ahli Dewan Negeri
itu menjadi Menteri Besar bagi mengetuai Majlis
Mesyuarat Kerajaan, dan

(ba) raja dengan nasihat Menteri Besar hendaklah


melantik tidak lebih daripada sepuluh orang atau
tidak kurang daripada empat orang ahli-ahli lain
diantara Ahli-ahli Dewan Negeri itu,

Tetapi jika sesuatu lantikan itu diperbuat dalam Dewan Negeri


itu dibatalkan, maka seorang yang telah menjadi Ahli Dewan
Negeri yang akhir sekali itu boleh dilantik tetapi ia tidak boleh
terus memegang jawatan itu selepas daripada mesyuarat
yang pertama bagi Dewan Negeri yang akan datang
dikecualikan jika ia adalah seorang ahli bagi Dewan Negeri
yang tersebut itu.

(3) Dengan tiada mengendahkan apa jua yang


terkandung di dalam fasal ini, maka seorang yang menjadi
warganegara dengan jalan permintaan atau jalan
pendaftaran menurut *perkara 17 dalam Perlembagaan
Persekutuan itu tidak boleh sekali-kali dilantik menjadi Menteri
Besar.

66
* Cacatan - perkara ini telah dipotong oleh Akta
Perlembagaan (Pindaan) 1962, Akta 14/1962 mula
berkuatkuasa pada 1 Januari 1963.

(4) Pada melantik seorang Menteri Besar, maka raja


dengan mengikut tadbirnya boleh mengenepikan apa jua
syarat di dalam pecahan fasal (2) bagi fasal 3 yang
menghadkan kuasanya memilih sorang Menteri Besar itu jika
pada fikirannya adalah mustahak diperbuat demikian bagi
hendak menyempurnakan syarat-syarat dalam fasal ini.

(5) Majlis Mesyuarat Kerajaan hendaklah kesemuanya


bersama-sama bertanggungjawab kepada Dewan Negeri.

(6) Jika Menteri Besar tidak lagi mendapat


kepercayaan sebilangan besar daripada Ahli-ahli Dewan
Negeri itu, maka hendaklah ia meletakkan jawatan bagi
keseluruh Majlis Mesyuarat Kerajaan dikecualikan jika dengan
permintaannya raja dibatalkan Dewan Negeri itu.

(7) Dengan tertakluk kepada pecahan fasal (6), maka


seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan selain daripada Menteri
Besar hendaklah memegang jawatannya mengikut atas
kesukaan raja dikecualikan jika lantikan sebagai seorang ahli
itu telah dimansuhkan oleh raja mengikut nasihat Menteri Besar

67
tetapi seorang Ahli Majlis yang tersebut itu boleh pada bila-bila
masa pun meletakkan jawatannya.

(8) Menteri Besar tidak boleh memegang sebarang


jawatan yang bergaji dan tidak boleh mengambil bahagian
yang cergas di dalam sebarang perusahaan perniagaan.

(9) Seseorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan tidak


boleh mengambil bahagian di dalam sebarang perusahaan,
perniagaan atau pekerjaan yang ada bersangkut-paut
dengan sebarang perkara atau jabatan di dalam
tanggungannya dan selagi ia ada mengambil bahagian di
dalam sebarang perusahaan, perniagaan atau pekerjaan itu,
maka tidaklah boleh ia mengambil bahagian di dalam
sebarang keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan yang ada
bersangkut-paut dengan perusahaan, perniagaan atau
pekerjaan yang tersebut itu atau di dalam sebarang
keputusan yang harus mengenai faedah-faedah wangnya di
dalam perusahaan, perniagaan atau pekerjaan itu.

(10) Dewan Negeri hendaklah dengan undang-undang


membuat syarat-syarat kerana mengurniakan gaji dan
sebagainya kepada Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan.

68
SUMPAH BAGI JAWATAN

5. Adapun selain daripada maksud hendak


menyempurnakan syarat-syarat bagi fasal ini, maka seorang
ahli tiada boleh mengambil tempatnya atau mengundi di
dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan sehingga ia telah
mengangkat sumpah dan menurunkan tandatangan
dihadapan raja atau sesiapa jua yang diwakilkan olehnya dan
sumpah yang tersebut itu adalah seperti yang ditetapkan di
dalam jadual yang kelima dan kepada sumpah yang tersebut
itu hendaklah ditambah apa-apa jua perkataan yang boleh
menyekat akan hati orang yang mengangkat sumpah itu
menurut kepercayaan agamanya.

LANTIKAN BAGI BEBERAPA PEGAWAI-PEGAWAI

6. (1) Dengan akuan Suruhanjaya Perkhidmatan yang


tertentu, maka raja hendaklah dengan surat tauliah yang
ditandatangani olehnya dan dicap dengan mohor kerajaan
melantik akan seseorang yang memegang jawatan sepenuh
masa di dalam perkhidmatan awam itu masing-masing
menjadi Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-undang
Negeri dan Pegawai Kewangan Nnegeri.

69
Dengan syarat iaitu sebelum dijalankan akuan
Suruhanjaya Perkhidmatan yang tersebut itu, maka raja
hendaklah menimbangkan nasihat Menteri Besar dan boleh
merujukkan balik sekali sahaja akan akuan itu kepada
Suruhanjaya itu supaya ditimbangkannya semula.

Dan dengan syarat iaitu, jika sekiranya tidak ada


Suruhanjaya Perkhidmatan yang mempunyai kuasa terhadap
sesuatu lantikan yang tersebut bagi salah seorang pegawai-
pegawai yang disebutkan di dalam pecahan fasal ini, maka
lantikan yang tersebut itu bolehlah diperbuat oleh raja
mengikut tadbirnya sendiri.

(2) (alif) Setiausaha Kerajaan yang wajib dipilih


daripada seorang yang berbangsa melayu dan beragama
Islam hendaklah menjadi pegawai utama hal ehwal
pentadbiran negeri.

(ba) Penasihat Undang-undang Negeri hendaklah


memberi nasihat-nasihat di dalam perkara undang-undang
yang berkait dengan hal ehwal pemerintahan negeri yang
dirujukkan kepadanya oleh raja atau oleh Kerajaan Negeri.

(ta) Pegawai Kewangan Negeri hendaklah menjadi


pegawai utama yang menjaga hal ehwal kewangan negeri.

70
(3) Tiap-tiap seorang daripada pegawai-pegawai yang
tersebut hendaklah berhak mengambil bahagian didalam
mesyuarat-mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Dewan
Negeri dan boleh dilantik menjadi ahli di dalam sebarang
jawatankuasa bagi Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Dewan
Negeri itu tetapi tidak boleh mengundi di dalam Majlis
Mesyuarat Kerajaan atau Dewan Negeri atau dalam sebarang
jawatankuasa yang tersebut itu.

(4) Sebelum salah seorang daripada pegawai-pegawai


yang tersebut itu mula menghadirkan mesyuarat Majlis
Mesyuarat Kerajaan, maka hendaklah ia dihadapan Menteri
Besar mengangkat sumpah menyimpan rahsia dan
menurunkan tandatangannya sebagaimana yang ditetapkan
di dalam jadual yang ketujuh.

(5) Orang yang masing-masing memegang jawatan


Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-undang Negeri dan
Pegawai Kewangan Negeri pada masa sehari sebelum
berjalannya kuatkuasa fasal ini hendaklah kekal jawatan yang
tersebut itu seolah-olah telah dilantik menurut fasal ini.

71
LANTIKAN SETIAUSAHA POLITIK ATAU SETIAUSAHA AKHBAR

6A. (1) Menteri Besar boleh melantik beberapa orang yang


difikirkannya layak untuk menjadi Setiausaha-setiausaha Politik
dan Setiausaha Akhbar.

(2) Sesiapa jua yang dilantik sebagai Setiausaha Politik


atau Setiausaha Akhbar menurut fasal ini :-

(alif) boleh berhenti daripada jawatannya pada bila-bila


masa jua pun.

(ba) dengan tertakluk kepada jumlah kata (alif)


hendaklah terus memegang jawatan itu sehingga
suatu tarikh yang lantikan ini ditentukan oleh Menteri
Besar.

(3) Sebelum Setiausaha Politik atau Setiausaha Akhbar


menjalankan tugas-tugas jawatannya, maka hendaklah ia
mengangkat sumpah menyimpan rahsia dan menurunkan
tandatangannya di hadapan Menteri Besar seperti di bawah
ini :-

“Bahawa adalah saya ……………………………………….,


dengan sesungguhnya bersumpah (atau berikrar) dengan

72
iman tidak akan menzahirkan kepada atau berutus dengan
sesiapa pun sama ada dengan tepatnya atau dengan jalan
lain akan sebarang perkara yang dibawa bagi timbangan
saya atau yang akan saya ketahui sebagai Setiausaha Politik
atau Setiausaha Akhbar dikecualikan perkara-perkara yang
dikehendaki bagi menjalankan kewajipan-kewajipan saya
sebagaimana yang dibenarkan dengan khasnya oleh Menteri
Besar”.

(4) Tugas-tugas dan kewajipan Setiausaha Politik atau


Setiausaha Akhbar dan bayaran gajinya hendaklah
ditetapkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan.

RAJA HENDAKLAH MENGIKUT NASIHAT

7. (1) Pada menjalankan kewajipan-kewajipannya


menurut Undang-undang Tubuh ini atau sebarang undang-
undang atau sebagai seorang Ahli Majlis Raja-raja, maka raja
hendaklah mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan atau
nasihat seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan yang
menjalankan kewajipannya menurut kuasa am Majlis
Mesyuarat Kerajaan dikecualikan jika ada lain-lain syarat
diuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan atau oleh
Undang-undang Tubuh ini, tetapi adalah ia berhak boleh

73
meminta apa jua keterangan yang ada pada Majlis Mesyuarat
Kerajaan berkenaan dengan pemerintahan negeri ini.

(2) Raja boleh memutuskan mengikut takdirnya sendiri


dalam menjalankan kewajipan-kewajipannya yang di bawah
ini (sebagai tambahan kepada kewajipan-kewajipan yang
boleh diputuskannya mengikut takdirnya sendiri menurut
Perlembagaan Persekutuan) iaitu :-

(alif) melantik Menteri Besar.

(ba) menangguhkan persetujuannya terhadap


permohonan meminta dimansuhkan Dewan Negeri.

(ta) meminta diadakan mesyuarat Majlis Raja-raja yang


semata-mata berkenaan dengan perkara-perkara
kebebasan-kebebasan, taraf kedudukan,
kehormatan dan kebesaran Duli-duli Yang Maha
Mulia atau berkenaan dengan perkara-perkara,
upacara-upacara atau istiadat agama.

(sa) apa-apa jua kewajipan sebagai Ketua Agama Islam


atau berkenaan dengan adat istiadat orang
melayu.

74
(jim) melantik ganti atau ganti-gantinya Permaisuri,
Pemangku Raja atau Jemaah Pangkuan Raja.

(cha) melantik orang menjadi orang besar-besar negeri


dan datuk-datuk dan menetapkan kewajipan-
kewajipannya.

(ha) membuat peraturan berkenaan dengan majlis-majlis


diraja dan istana-istana.

(3) Undang-undang Negeri boleh mengadakan syarat-


syarat menghendaki raja membuat keputusan setelah
bertanya fikiran atau mengikut syor-syor sesiapa jua orang atau
kumpulan orang yang lain daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan
pada menjalankan apa-apa jua kewajipannya yang lain
daripada;

(alif) kewajipan-kewajipan yang boleh dijalankanya


mengikut takdirnya sendiri

(ba) kewajipan-kewajipan yang ada syarat-syarat bagi


menjalankannya itu diuntukkan di dalam Undang-
undang Tubuh ini atau di dalam Perlembagaan
Persekutuan.

75
BAHASA PERJAWATAN

8. Bahasa perjawatan bagi Majlis Mesyuarat Kerajaan itu


ialah Bahasa Melayu, dengan syarat iaitu :-

(alif) Dengan tiada mengendahkan syarat bagi fasal ini,


maka bahasa Inggeris boleh digunakan bagi
tempoh dan bagi maksud yang ditetapkan bagi
sementara ini oleh atau mengikut perkara 152 bagi
Perlembagan Persekutuan, dan

(ba) satu salinan perjawatan dalam bahasa Inggeris


hendaklah diadakan bagi apa jua perkara yang
hendak dicap atau ditulis dan boleh disiarkan di
dalam Warta kerajaan.

CUKUP BILANG BAGI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN

9. Majlis Mesyuarat Kerajaan itu tidaklah boleh tersekat


daripada menjalankan kerajaan-kerajaannya dengan sebab
ada tempat ahli-ahlinya yang tiada berisi akan tetapi tiadalah
boleh dijalankan apa-apa kerja melainkan kerana
menangguhkan mesyuarat sahaja sekiranya ada seorang ahli
yang hadir membantah dengan sebab jumlah ahli-ahli yang

76
hadir itu kurang daripada tiga orang selain daripada ahli yang
menjadi Pengerusi.

PERMOHONAN ULANG BICARA KEPADA MAJLIS MESYUARAT


KERAJAAN

10. Apabila ada tersebut di dalam sebarang undang-


undang yang bertulis iaitu perkara memutuskan sesuatu
permohonan ulang bicara terhadap sesuatu keputusan yang
diperbuat oleh seseorang itu adalah terserah kepada raja atau
raja dalam mesyuarat, maka bolehlah bagi raja atau raja
dalam mesyuarat itu, apabila ada permohonan yang
demikian itu diperbuat, melantik sebuah jawatankuasa yang
mengandungi tidak kurang dari pada tiga orang Ahli Majlis
Mesyuarat Kerajaan kerana membicarakan permohonan
ulang bicara yang tersebut itu dan menasihatkan raja atau
raja dalam mesyuarat (menurutlah bagaimana halnya)
tentang keputusan yang patut diperbuat dalam perkara itu.

MINIT-MINIT

11. (1) Minit-minit hendaklah disimpan bagi semua


Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan.

77
(2) Pada tiap-tiap mesyuarat biasa minit-minit
mesyuarat yang lalu hendaklah disahkan sama ada dengan
pindaan atau tidak sebelum dimulakan kerja-kerja yang lain.

KUASA MENGAMPUN

KUASA MENGAMPUN DAN SEBAGAINYA

12. (1) Raja boleh mengurniakan ampun, meringankan


atau menangguhkan sesuatu hukuman berkenaan dengan
sesuatu kesalahan yang telah dilakukan di dalam negeri ini
(yang lain daripada kesalahan-kesalahan yang telah
dibicarakan oleh Mahkamah Tentera), dan apa jua kuasa
yang diberi kepadanya oleh Undang-undang Persekutuan
atau Undang-undang Negeri bagi mengurangkan,
menangguhkan atau mengubah hukuman kerana suatu
kesalahan yang tersebut itu bolehlah dijalankan olehnya.

(2) Kuasa-kuasa yang disebutkan dalam pecahan fasal


(1) itu hendaklah dijalankan dengan cara dan dengan
mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam perkara 42
bagi Perlembagaan Persekutuan.

78
KUASA KERAJAAN NEGERI

KUASA KERAJAAN NEGERI BERKENAAN DENGAN HARTA BENDA


PERJANJIAN DAN PERBICARAAN

13. (1) Kerajaan Negeri ada kuasa mengambil, memegang


dan menjual harta benda daripada sebarang jenis dan
membuat perjanjian-perjanjian.

(2) Kerajaan Negeri boleh mendakwa dan didakwa.

BADAN PERUNDANGAN

BADAN PERUNDANGAN BAGI NEGERI

14. Badan Perundangan bagi negeri hendaklah


mengandungi raja dan sebuah Dewan yang dinamakan dia
Dewan Negeri (di dalam bahasa Inggeris “The Legislative
Assembly”).

KANDUNGAN BAGI DEWAN NEGERI

15. Dewan Negeri itu hendaklah mengandungi sebilangan


ahli-ahli yang dipilih mengikut bagaimana yang ditetapkan

79
oleh undang-undang yang diperbuat oleh badan
perundangan itu, dan sehingga telah diperbuat lain-lain syarat
maka bilangan ahli-ahli yang tersebut itu hendaklah seramai
lima puluh enam orang.

KELULUSAN-KELULUSAN MENJADI AHLI

16. Tiap-tiap seorang warganegara yang berumur dua puluh


satu tahun atau lebih yang bermastautin di dalam negeri ini
adalah lulus boleh menjadi seorang Ahli Dewan Negeri
dikecualikan jika ia tertegah daripada menjadi seorang ahli
yang tersebut itu oleh Perlembagaan Persekutuan atau oleh
Undang-undang Tubuh ini atau oleh sebarang undang-
undang sebagaimana yang disebutkan di dalam fasal 17.

TEGAHAN-TEGAHAN DARIPADA MENJADI AHLI DEWAN NEGERI

17. (1) Dengan tertakluk kepada syarat-syarat bagi fasal ini,


maka seorang itu adalah tertegah daripada menjadi seorang
Ahli Dewan Negeri sekiranya :-

(alif) ia adalah seorang yang telah dimasyhurkan


sebagai seorang yang tiada sempurna akalnya,

(ba) ia adalah seorang yang masih muflis,

80
(ta) ia memegang suatu jawatan yang bergaji,

(sa) setelah ia dilantik menjadi calon di dalam pemilihan


bagi salah satu Dewan Parlimen atau bagi Dewan
Negeri atau setelah ia menjadi seorang wakil
pemilihan kepada seorang yang telah dilantik
menjadi calon itu, maka ia tiada menghantarkan
sebarang penyata berkenaan dengan belanja-
belanja pemilihan yang dikehendaki oleh undang-
undang dalam masa dan kaedah yang dikehendaki
itu,

(Jim) ia telah didapati salah oleh sebuah Mahkamah


Undang-undang di dalam persekutuan dan telah
dihukum penjara selama tidak kurang daripada
setahun atau denda yang tidak kurang daripada
dua ribu ringgit dan tidak mendapat ampun.

(cha) ia adalah tertegah oleh sebarang undang-undang


yang menetapkan kesalahan-kesalahan yang
berkait dengan pemilihan-pemilihan bagi salah satu
Dewan Parlimen atau bagi Dewan Negeri dengan
sebab ia telah dihukum kerana melakukan
kesalahan yang tersebut itu atau di dalam

81
perbicaraannya berkenaan dengan pemilihan yang
tersebut itu ia telah didapati salah kerana
melakukan suatu perbuatan yang boleh disifatkan
sebagai satu kesalahan seperti yang tersebut itu,
atau,

(ha) ia telah mengambil dengan sukarelanya akan


kewarganegaraan negeri asing atau menggunakan
hak kewarganegaraannya di dalam negeri asing
atau mengaku taat setianya kepada negeri asing.

(2) Tegahan-tegahan yang dikenakan ke atas seorang


di bawah jumlah kata (sa) atau jumlah kata (jim) bagi
pecahan fasal (1) itu dihapuskan oleh raja dan sekiranya tiada
dihapuskan yang demikian itu, maka tegahan-tegahan itu
hendaklah hapus dengan sendirinya pada akhir tempoh lima
tahun mulai daripada tarikh peyata yang disebutkan dalam
jumlah kata (sa) yang tersebut itu dikehendaki dihantarkan
atau pun menurutlah bagaimana halnya, daripada tarikh
orang yang telah dihukum sebagaimana yang disebutkan
dalam jumlah kata (jim) yang tersebut itu telah dilepaskan dari
tahanan atau dari tarikh denda yang disebutkan dalam jumlah
kata (jim) yang tersebut itu telah dikenakan ke atas orang
yang tersebut itu dan seorang itu tidak boleh tertegah di
bawah jumlah kata (ha) bagi pecahan fasal (1) itu yang

82
semata-mata dengan sebab suatu perbuatan yang telah
dilakukan olehnya pada masa sebelum ia menjadi seorang
warganegara.

(3) Walau apapun yang terkandung dalam


peruntukan-peruntukan yang tersebut di atas dalam fasal ini,
dimana seorang anggota Dewan Negeri menjadi hilang
kelayakkan dari terus menjadi anggota dewan itu menurut
jumlah kata (jim) pecahan fasal (1) atau di bawah suatu
undang-undang seperti yang disebutkan dalam jumlah kata
(cha) pecahan fasal (1).

(alif) Hilang kelayakkan itu hendaklah berkuatkuasa


apabila habisnya tempoh empat belas hari dari
tarikh dia,

(i) disabitkan dan dihukum sebagaimana dinyatakan


dalam kata (ha) yang tersebut di atas, atau;

(ii) disabitkan atas suatu kesalahan atau dibuktikan


bersalah atas suatu perbuatan di bawah suatu
undang-undang seperti yang disebutkan dalam
jumlah kata (cha) pecahan fasal (1) tersebut di atas,
atau;

83
(ba) jika dalam tempoh empat belas hari yang
dinyatakan dalam jumlah kata (alif) suatu rayuan
atau apa-apa prosiding mahkamah lain di bawah
berkenaan dengan sabitan atau hukuman itu, atau
berkenaan dengan kena disabitkan atau dibuktikan
bersalah sedemikian itu, mengikut mana yang
berkenaan, maka hilang kelayakkan itu hendaklah
berkuatkuasa apabila habisnya tempoh empat
belas hari dari tarikh rayuan atau lain-lain prosiding
mahkamah dilupuskan oleh mahkamah itu, atau,

(ta) jika dalam tempoh yang dinyatakan dalam jumlah


kata (alif) atau tempoh selepas pelupusan rayuan
atau lain-lain prosiding mahkamah yang dinyatakan
dalam jumlah kata (ba) itu ada difailkan suatu
petisyen mendapat ampun, maka hilang
kelayakkan itu hendaklah berkuatkuasa sebaik
sahaja petisyen itu dilupuskan.

(4) Pecahan fasal (3) tidaklah terpakai bagi maksud


penamaan atau pilihan raya mana-mana orang ke Dewan
Negeri, dan bagi maksud tersebut hilang kelayakkan itu
hendaklah berkuatkuasa sebaik sahaja berlakunya kejadian
yang tersebut dalam jumlah kata (jim) atau (cha) pecahan
fasal (1) mengikut mana yang berkenaan.

84
(5) Seseorang yang meletakkan keahliannya dalam
Dewan Undangan Negeri ini atau mana-mana negeri lain
hendaklah bagi tempoh lima tahun bermula dari tarikh
peletakkan keahliannya berkuatkuasa, hilang kelayakkan
untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri ini.

SYARAT-SYARAT BAGI MENYEKAT SESEORANG AHLI MEWAKILI


DARIPADA SATU BAHAGIAN PEMILIHAN

18. Seseorang itu tiada boleh pada satu-satu masa itu


menjadi seorang Ahli Dewan Negeri bagi lebih daripada satu
bahagian pemilihan.

AKIBAT KEMATIAN DAN TEGAHAN DAN LARANGAN MELANTIK


DENGAN TIADA PERSETUJUAN

19. (1) Jika seseorang Ahli Dewan Negeri itu mati atau
tertegah daripada menjadi Ahli Dewan itu, maka kerusinya
hendaklah menjadi kosong.

(2) Jika seseorang yang tertegah daripada menjadi Ahli


Dewan Negeri itu dipilih menjadi ahli dalam dewan itu atau jika
sesuatu pemilihan itu adalah berlawanan dengan fasal 17,
maka pemilihan itu hendaklah disifatkan tiada sah.

85
(3) Jika pemilihan bagi seseorang itu akan atau harus
menjadi tidak sah mengikut pecahan fasal (2), maka lantikkan
kerana pemilihan itu hendaklah disifatkan tidak sah.

(4) Seseorang itu tidak sah dilantik kerana pemilihan


bagi Dewan Ngeri itu dengan tiada dapatkan persetujuanya.

PEMBERHENTIAN AHLI-AHLI

20. Seseorang Ahli Dewan Negeri boleh berhenti daripada


menjadi ahli dengan menulis surat yang ditandatangani
olehnya kepada Speaker.

AHLI-AHLI YANG TIADA HADIR

21. Jika seseorang Ahli Dewan Negeri itu berturut-turut tiga


kali tidak hadir di dalam Mesyuarat Dewan Negeri itu dengan
tiada mendapat kebenaran Speaker, maka kerusinya
hendaklah menjadi kosong.

86
KEPUTUSAN BERKENAAN DENGAN TERTEGAHNYA SESEORANG
DARIPADA MENJADI AHLI

22. (1) Jika berbangkit apa jua soal adakah seseorang Ahli
Dewan Negeri itu tertegah daripada menjadi ahli, maka
keputusan dewan itu hendaklah diambil dan hendaklah
disifatkan sebagai muktamad.

(2) Jika seseorang anggota Dewan Negeri menjadi


hilang kelayakkan di bawah jumlah kata (jim) pecahan fasal
(1) fasal 17 atau dibawah suatu undang-undang seperti yang
disebutkan dalam jumlah kata (cha) pecahan fasal (1) fasal
17, maka pecahan fasal (1) tidaklah terpakai dan hendaklah
terhenti menjadi anggota Dewan Negeri, dan kerusinya
hendaklah menjadi kosong, sebaik sahaja hilang kelayakkan
berkuatkuasa mengikut pecahan fasal (3) fasal 17.

MEMANGGIL, MENANGGUH DAN MEMANSUHKAN DEWAN


NEGERI

23. (1) Raja hendaklah dari satu masa ke satu masa


memanggil Dewan Negeri mengadakan mesyuaratnya dan
tidaklah boleh dibiarkan dewan itu tidak mengadakan
mesyuaratnya selama enam bulan dari tarikh mesyuaratnya
yang akhir dalam persidangan yang lepas itu dengan tarikh

87
yang ditentukan bagi mesyuaratnya yang pertama dalam
persidangan yang akan datang.

(2) Raja boleh menangguhkan atau memansuhkan


Dewan Negeri.

(3) Dewan Negeri itu jika tidak dimansuhkan lebih


dahulu hendaklah kekal berjalan selama lima tahun dari tarikh
mesyuaratnya yang pertama dan setelah itu hendaklah
mansuhlah ia.

(4) Apabila Dewan Negeri itu telah dimansuhkan, maka


satu pilihan raya hendaklah diadakan dalam tempoh enam
puluh hari dari tarikh pemansuhan itu dan Dewan Negeri yang
baharu itu hendaklah dipanggil mengadakan mesyuaratnya
pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada sembilan puluh
hari dari tarikh itu.

(5) Sesuatu kekosongan luar jangka hendaklah diisi


dalam masa enam puluh hari dari tarikh yang dipastikan oleh
Suruhanjaya Pilihan Raya kekosongan itu berlaku :

Dengan syarat bahawa jika sesuatu kekosongan luar


jangka dipastikan pada suatu tarikh dalam masa dua tahun
dari tarikh Dewan Negeri hendaklah mengikut pecahan

88
fasal (3) menjadi bubar, maka kekosongan luar jangka itu tidak
boleh diisi melainkan jika Speaker memberitahu Suruhanjaya
Pilihan Raya secara bertulis bahawa kekuatan dari segi
bilangan parti yang membentuk majoriti semua Ahli Dewan
Negeri adalah terjejas oleh kekosongan itu, dan dalam
keadaan itu kekosongan itu hendaklah diisi dalam masa enam
puluh hari dari tarikh pemberitahuan itu diterima.

SPEAKER DEWAN NEGERI DAN GAJI DAN SEBAGAINYA KERANA


SPEAKER

24, (1) Dewan Negeri hendaklah dari masa ke semasa


memilih mana-mana orang yang ditentukan oleh Dewan
Negeri sebagai Speaker, dan tidaklah boleh menjalankan apa-
apa urusan semasa jawatan Speaker kosong selain daripada
pemilihan Speaker.

(1A) Seseorang tidak boleh dipilih menjadi Speaker


melainkan jika dia menjadi ahli atau layak menjadi Ahli Dewan
Negeri.

(1B) Mana-mana orang yang bukannya Ahli Dewan


Negeri yang dipilih sebagai Speaker hendaklah :-

89
(alif) sebelum menjalankan tugas-tugas jawatannya
mengangkat dan menandatangani dihadapan
Dewan Negeri sumpah jawatan, dan

(ba) oleh sebab dia memegang jawatannya itu, menjadi


Ahli Dewan Negeri sebagai tambahan kepada ahli-
ahli yang dipilih ke Dewan Negeri.

Dengan syarat bahawa jumlah kata (ba) tidaklah


mempunyai kuatkuasa bagi maksud peruntukan fasal 4 dan
tiada seorang pun berhak, menurut kuasa perenggan itu,
mengundi atas apa-apa perkara dihadapan Dewan Negeri.

(2) Speaker boleh pada bila-bila masa meletakkan


jawatannya dan hendaklah mengosongkan jawatannya :-

(alif) apabila Dewan Negeri bermesyuarat bagi pertama


kalinya selepas suatu Pilihan Raya Umum,

(ba) apabila dia terhenti menjadi Ahli Dewan Negeri


melainkan oleh sebab pembubarannya atau, jika
dia menjadi ahli semata-mata menurut kuasa jumlah
kata (ba) pecahan fasal (1B), apabila dia terhenti
berkelayakkan menjadi ahli.

90
(ta) apabila telah menjadi hilang kelayakkan di bawah
pecahan fasal (5), atau

(sa) jika pada bila-bila masa, Dewan Negeri membuat


ketetapan sedemikian.

(2A) Dewan Negeri boleh dari masa ke semasa memilih


seorang daripada ahlinya untuk menjadi Timbalan Speaker.

(2B) Seorang Timbalan Speaker boleh pada bila-bila


masa meletakkan jawatannya dan hendaklah mengosongkan
jawatannya:-

(alif) apabila beliau tidak lagi menjadi Ahli Dewan Negeri,


atau;

(ba) jika Dewan Negeri menetapkan sedemikian.

(3) Dalam masa Speaker itu tiada hadir di dalam


sesuatu Mesyuarat Dewan Negeri itu, maka Timbalan Speaker
atau, jika Timbalan Speaker tiada hadir atau jika jawatan
Timbalan Speaker itu kosong, maka seseorang ahli yang lain
hendaklah diangkat menjalankan kerja Speaker itu mengikut
bagaimana yang ditetapkan oleh peraturan tertib Dewan
Negeri itu.

91
(4) Dewan negeri hendaklah dengan undang-undang
menguntukkan gaji dan sebagainya kerana Speaker dan
Timbalan Speaker itu dan gaji dan sebagainya yang telah
diuntukkan itu hendaklah dibayar daripada Kumpulan Wang
Yang Disatukan.

SUMPAH MENJADI AHLI

25. (1) Tiap-tiap seorang Ahli Dewan Negeri hendaklah


sebelum menduduki kerusinya mengangkat sumpah dan
menurunkan tandatangannya dihadapan orang yang
mengetuai dalam dewan itu iaitu sumpah menurut cara yang
ditetapkan dalam jadual yang keenam dan kepada sumpah
yang tersebut itu hendaklah ditambah apa-apa jua perkataan
yang boleh mengikat akan hati orang yang mengangkat
sumpah menurut kepercayaan agamanya.

(2) Seorang ahli itu boleh sebelum mengangkat


sumpah itu mengambil bahagian di dalam pemilihan Speaker.

(3) Jika seseorang ahli itu tidak menduduki kerusinya


dalam tempoh enam bulan dari tarikh Dewan Negeri itu mula-
mula mesyuarat selepas ia dipilih atau pun selama tempoh

92
yang dibenarkan oleh Dewan Negeri itu, maka kerusinya itu
hendaklah menjadi kosong.

UCAPAN RAJA

26. Raja boleh memberi ucapan dalam Dewan Negeri dan


boleh menghantarkan perutusan kepada Dewan Negeri itu.

PERATURAN DEWAN NEGERI

27. (1) Dengan tertakluk kepada syarat-syarat bagi


Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh ini,
maka Dewan Negeri hendaklah membuat peraturan sendiri
dan boleh dari satu masa ke satu masa membuat, meminda
dan membatalkan Peraturan-peraturan Tetap dan Perintah-
perintah bagi menjalankan dengan sempurna akan cara-cara
mesyuarat dan kerja-kerja mesyuarat.

(2) Dewan Negeri menjalankan apa jua kerjanya


walaupun ada kosong diantara ahli-ahlinya itu dengan
adanya seseorang yang tidak berhak hadir atau mengambil
bahagian di dalam dewan itu tidak boleh membatalkan
sebarang kerja mesyuaratnya.

93
(3) Dengan tertakluk kepada pecahan fasal (4) dan
kepada fasal (1) perkara 89 bagi Perlembagaan Persekutuan
dan kepada pecahan fasal (7) bagi fasal 5 bagi bahagian
ketiga, maka Dewan Negeri hendaklah mengambil
keputusannya. Jika tidak dengan sebulat suara maka
hendaklah mengikut suara yang lebih banyak yang diberi oleh
ahli-ahli yang mengundi itu dan orang yang mengetuai
mesyuarat itu hendaklah mengundi apabila mustahak berbuat
demikian kerana mengelakkan bilangan undi yang sama
banyak tetapi ia tidak boleh mengundi dalam perkara yang
lain daripada yang tersebut.

(4) Pada menetapkan peraturannya Dewan Negeri


boleh mengadakan peraturan berkenaan dengan mengambil
keputusan di dalam mesyuaratnya iaitu keputusan itu tidak
boleh diperbuat melainkan dengan adanya lebih banyak
suara yang tertentu atau dengan adanya bilangan undi yang
tertentu.

(5) Ahli-ahli yang tidak hadir dalam dewan itu tidak


boleh dibenarkan mengundi.

94
KEBEBASAN-KEBEBASAN DAN SEBAGAINYA BAGI DEWAN
NEGERI

27A. Dewan Negeri hendaklah mempunyai hak-hak,


kebebasan-kebebasan dan kuasa-kuasa yang ditetapkan di
dalam jadual yang kelapan.

GAJI DAN SEBAGAINYA BAGI AHLI-AHLI

28. Dewan Negeri hendaklah dengan undang-undang


membuat syarat-syarat kerana mengurniakan gaji dan
sebagainya kepada ahli-ahli Dewan Negeri.

SIARAN RANG UNDANG-UNDANG

29. Tiap-tiap rang undang-undang yang lain daripada rang


Undang-undang Perintah hendaklah disiarkan di dalam Warta
Kerajaan bagi pengetahuan am sekurang-kurangnya empat
belas hari terlebih dahulu daripada dizahirkan akan dia
kedalam Dewan Negeri dikecualikan dalam perkara yang
mustahak yang diakukan dengan bertulis oleh Speaker.

95
RANG UNDANG-UNDANG PRIVATE

30. Melainkan jika ada syarat-syarat yang lain di dalamnya,


maka sesuatu undang-undang yang diperbuat mengikut
Undang-undang Tubuh ini yang bukan Undang-undang
Kerajaan Negeri yang dikehendaki menyentuh atau memberi
faedah kepada seseorang yang hadir atau sesuatu
Persekutuan atau sesuatu lembaga, maka undang-undang itu
tidak boleh menyentuh hak-hak raja dan waris-waris gantinya
atau hak-hak bagi sesuatu badan siasat atau lembaga atau
hak-hak bagi sebarang orang lain.

MENJALANKAN KUASA PERUNDANGAN

31. (1) Kuasa bagi Badan Perundangan membuat undang-


undang hendaklah dijalankan dengan rang undang-undang
yang diluluskan oleh Dewan Negeri dan dipersetujukan oleh
raja.

(2) Sesuatu rang undang-undang atau pindaan yang


mengenai perbelanjaan daripada Kumpulan Wang Yang
Disatukan bagi negeri ini tiada boleh dizahirkan atau dibawa di
dalam Dewan Negeri melainkan oleh seseorang Ahli Majlis
Mesyuarat Kerajaan.

96
(3) Raja hendaklah memberi persetujuannya kepada
sesuatu undang-undang itu dengan memerintahkan supaya
dicap akan dia dengan mohor kerajaan dan setelah
mempersetujukan akan sesuatu rang undang-undang itu,
maka hendaklah ia memerintahkan supaya undang-undang
itu disiarkan sebagai satu undang-undang.

(4) Sesuatu rang undang-undang itu hendaklah


menjadi undang-undang apabila telah dipersetujukan akan
dia oleh raja dan sesuatu undang-undang itu tidak boleh
berjalan kuatkuasanya sehingga telah disiarkan akan dia dan
sungguhpun demikian halnya tetapi tiada menyentuh kuasa
Dewan Negeri pada menangguhkan perjalanan bagi sesuatu
undang-undang itu atau pun membuat undang-undang yang
kuatkuasanya berjalan terlebih dahulu.

PERKATAAN-PERKATAAN UNDANG-UNDANG

32. Semua undang-undang yang diluluskan oleh Dewan


Negeri hendaklah dinamakan “Undang-undang” dan
perkataan-perkataan yang dipakai bagi undang-undang itu
hendaklah demikian “Diperundang-undangkan oleh Dewan
Negeri Johor”.

97
MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS DI DALAM DEWAN NEGERI
DAN DALAM UNDANG-UNDANG

33. Dengan tertakluk kepada syarat-syarat bagi perkara 152


dalam Perlembagaan Persekutuan, maka bagi tempoh
selama sepuluh tahun selepas hari merdeka dan kemudian
daripada itu sehingga Dewan Negeri telah membuat lain-lain
ketetapan, maka naskhah yang dipakai;

(alif) bagi semua rang undang-undang yang dizahirkan


atau panduan-panduan kepadanya yang dibawa
di dalam Dewan Negeri, dan

(ba) bagi semua undang-undang dan semua undang-


undang tambahan yang dikeluarkan oleh Kerajaan
Johor,

Hendaklah di dalam bahasa Inggeris.

CUKUP BILANG

34. Jika seseorang ahli tiada bersetuju di dalam mesyuarat


dengan sebab bilangan ahli-ahli yang hadir itu kurang
daripada seperempat selain daripada Speaker atau lain-lain
ahli yang mengetuai dewan itu, maka Dewan Negeri itu tiada

98
boleh menjalankan apa-apa kerja melainkan hanyalah kerja
menangguhkan mesyuarat sahaja.

MINIT-MINIT

35. Minit-minit hendaklah disimpan bagi semua Meyuarat


Dewan Negeri.

PERKARA WANG

TIADA BOLEH MENGENAKAN CUKAI MELAINKAN DIBENARKAN


OLEH UNDANG-UNDANG

36. Cukai atau bayaran tiada boleh sekali-kali dikenakan


oleh negeri atau bagi pergunaan negeri dikecualikan dengan
atau mengikut kuatkuasa undang-undang.

PERBELANJAAN YANG DIBAYAR DARIPADA KUMPULAN WANG


YANG DISATUKAN

37. (1) Selain daripada sebarang kurnia, gaji dan


sebagainya atau lain-lain wang yang dibayar mengikut
sebarang syarat bagi Undang-undang Tubuh ini atau mengikut
Undang-undang Negeri, maka perbelanjaan yang dibawah ini

99
hendaklah di biar daripada Kumpulan Wang Yang Disatukan
bagi negeri ini.

(alif) peruntukan Diraja bagi raja

(ba) semua hutang-hutang yang tertanggung di atas


negeri ini membayarnya, dan

(ta) apa-apa jua wang yang dikehendaki


menyempurnakan sebarang hukuman, keputusan
atau perintah yang dikenakan ke atas negeri ini oleh
sesebuah Mahkamah atau Jemaah Pengadil.

(2) Bagi maksud-maksud syarat ini, maka hutang-


hutang itu adalah termasuk bunga, bayaran atas wang hasil
negeri yang dikhaskan untuk membayar hutang kerajaan,
membayar atau mengurangkan hutang dan semua
perbelanjaan-perbelanjaan berkenaan dengan menimbulkan
wang pinjaman dengan cagaran Kumpulan Wang Yang
Disatukan dan belanja dan menebus hutang yang disebabkan
oleh pinjaman itu.

100
KIRA-KIRA KEWANGAN TAHUN

38. (1) Dengan tertakluk kepada pecahan fasal (3), maka


raja hendaklah di dalam tiap-tiap tahun perkiraan hasil dan
perbelanjaan itu memerintahkan supaya satu kira-kira
anggaran hasil dan perbelanjaan negeri bagi tahun itu
dibentangkan di dalam Dewan Negeri dan dikecualikan ada
lain-lain ketetapan yang diperbuat oleh Dewan Negeri untuk
satu-satu tahun itu, maka kira-kira yang tersebut itu hendaklah
ditentukan sebelum awal tahun itu.

Dengan syarat iaitu kira-kira anggaran hasil dan


anggaran perbelanjaan itu bolehlah diperbuat dengan
berasingan dan jika diperbuat demikian maka tidaklah
mustahak bagi kira-kira hasil itu dibentangkan sebelum awal
tahun yang berkenaan itu.

(2) Anggaran-anggaran perbelanjaan itu hendaklah


menunjukkan dengan berasing-asing.

(alif) jumlah wang yang dikehendaki untuk menunaikan


perbelanjaan yang dibayar daripada Kumpulan
Wang Yang Disatukan, dan

101
(ba) dengan tertakluk kepada pecahan fasal (3) mana-
mana wang yang dikehendaki bagi menunaikan
kepala-kepala perbelanjaan lain yang
dicadangkan hendak dibayar daripada Kumpulan
Wang Yang Disatukan.

3. Anggaran hasil yang ditunjukkan di dalam kira-kira yang


tersebut itu tiadalah termasuk sebarang jumlah wang yang
diterima sebagai zakat, fitrah dan baitulmal atau lain-lain hasil
yang seumpama itu yang dipungut menurut hukum Islam, dan
jumlah-jumlah wang yang wajib ditunjukkan menurut jumlah
kata (ba) bagi pecahan fasal (2) itu tiadalah termasuk:-

(alif) jumlah wang yang diperoleh dari apa-apa jua wang


pinjaman yang dipinjam oleh negeri untuk maksud-
maksud yang tertentu dan yang diuntukkan kepada
maksud-maksud itu menurut undang-undang yang
membenarkan pinjaman itu.

(ba) jumlah wang daripada apa-apa jua wang atau


bunga di atas wang yang telah diterima oleh negeri
yang tertakluk kepada sebuah badan amanah dan
yang digunakan mengikut syarat-syarat bagi badan
amanah itu.

102
(ta) jumlah wang yang dipegang oleh negeri yang telah
diterima atau diperuntukkan kerana pergunaan
sebarang Kumpulan Wang Amanah yang
ditubuhkan oleh atau mengikut Undang-undang
Persekutuan atau Negeri.

(4) Kira-kira yang tersebut itu hendaklah juga


menunjukkan dengan seberapa yang boleh akan harta dan
tanggungan negeri pada akhir tahun perkiraan hasil dan
perbelanjaan yang lepas itu serta menerangkan cara-cara
bagaimana harta-harta itu digunakan atau disimpan dan
kepala-kepala am yang ada tanggungan-tanggungan yang
belum dijelaskan lagi.

RANG UNDANG-UNDANG PERUNTUKAN

39. Kepala-kepala perbelanjaan yang hendak dibayar


daripada Kumpulan Wang Yang Disatukan bagi negeri ini
tetapi tidak ditanggungkan kepada kira-kira Kumpulan Wang
Yang Disatukan itu yang lain daripada jumlah-jumlah wang
yang disebutkan dalam jumlah kata-jumlah kata (alif), (ba)
dan (ta) bagi pecahan fasal (3) bagi fasal 38 itu hendaklah
dimasukkan ke dalam satu rang undang-undang yang
dinamakan rang Undang-undang Peruntukan yang akan
mengadakan kuasa boleh mengeluarkan daripada Kumpulan

103
Wang Yang Disatukan itu akan wang-wang yang dikehendaki
kerana membayar perbelanjaan itu dan mengadakan
peruntukan-peruntukan wang yang tersebut itu bagi
pergunaan-pergunaan yang tersebutkan di dalam rang
undang-undang itu.

PERBELANJAAN TAMBAHAN DAN YANG BERLEBIHAN

40. Jika didapati di dalam satu-satu tahun perkiraan hasil dan


perbelanjaan itu :-

(alif) bahawa jumlah yang telah diuntukkan oleh


undang-undang peruntukan kerana sesuatu
pekerjaan itu tiada mencukupi atau bahawa telah
didapati mustahak dibelanjakan wang atas sesuatu
pekerjaan yang tidak ada diuntukkan wangnya oleh
undang-undang peruntukan itu, atau

(ba) bahawa wang-wang yang telah dibelanjakan


kerana sesuatu pekerjaan itu adalah berlebihan
daripada jumlah (jika ada) yang telah diuntukkan
kerananya itu oleh undang-undang peruntukan.

Maka satu anggaran tambahan yang menunjukkan jumlah-


jumlah yang dikehendaki atau yang telah dibelanjakan itu

104
hendaklah dibentangkan di dalam Dewan Negeri dan kepala-
kepala bagi sebarang perbelanjaan yang tersebut itu
hendaklah dimasukkan ke dalam satu Rang Undang-undang
Peruntukan.

MENGELUARKAN WANG DARIPADA KUMPULAN WANG YANG


DISATUKAN

41. (1) Dengan tertakluk kepada syarat-syarat bagi fasal ini


bagaimana yang disebutkan di bawah ini wang-wang tidak
boleh sekali-kali dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Yang
Disatukan itu dikecualikan jika wang-wang itu :-

(alif) ditanggungkan kepada kira-kira Kumpulan Wang


Yang Disatukan, atau

(ba) dibenarkan oleh Undang-undang Peruntukan


supaya dikeluarkan.

(2) Wang-wang tidak boleh sekali-kali dikeluarkan


daripada Kumpulan Wang Yang Disatukan itu melainkan
dengan kaedah yang diuntukkan oleh Undang-undang
Persekutuan.

105
(3) Pecahan fasal (1) itu tidak dipakai terhadap
sebarang jumlah wang yang disebutkan di dalam jumlah kata-
jumlah kata (alif), (ba) dan (ta) bagi pecahan fasal (3) bagi
fasal 38.

(4) Di dalam satu-satu tahun perkiraan hasil dan


perbelanjaan itu Dewan Negeri sebelum meluluskan Undang-
undang Peruntukan boleh membenarkan apa-apa
perbelanjaan kerana sebahagian daripada tahun itu dan
membenarkan pengeluaran wang yang dikehendaki kerana
menyempurnakan perbelanjaan itu daripada Kumpulan Wang
Yang Disatukan.

BAHAGIAN KETIGA

SYARAT-SYARAT AM

MENGADAKAN PERUNTUKAN YANG KHAS BERKENAAN DENGAN


JAWATAN-JAWATAN KERAJAAN, SURAT-SURAT KEBENARAN DAN
SEBAGAINYA KERANA ORANG MELAYU

1. (1) Hendaklah menjadi kewajipan raja pada


memelihara kedudukan-kedudukan khas bagi orang melayu
dan faedah-faedah yang sah bagi lain-lain kaum mengikut
syarat-syarat bagi fasal ini.

106
(2) Raja hendaklah dengan tertakluk kepada syarat-
syarat bagi fasal 7 dalam bahagian kedua dan syarat-syarat
bagi fasal ini menjalankan kerja-kerja mengikut bahagian
kedua dan undang-undang negeri dengan kaedah yang
difikirkannya mustahak bagi memelihara aman kedudukan-
kedudukan khas bagi orang melayu dan bagi menentukan
menurut bagaimana yang difikirkannya munasabah supaya
beberapa jumlah daripada jawatan-jawatan kerajaan di
dalam negeri dan hadiah-hadiah pelajaran, kurnia-kurnia dan
lain-lain kebebasan pelajaran atau latihan yang seumpama itu
atau bantuan-bantuan yang istimewa yang diberi oleh
Kerajaan Negeri ini dikhaskan kerana orang melayu dan
apabila sesuatu surat kebenaran atau lesen kerana
menjalankan sesuatu perniagaan adalah dikehendaki oleh
Undang-undang Negeri, maka dengan tertakluk kepada
syarat-syarat bagi undang-undang itu dan fasal ini, maka surat
kebenaran atau lesen itu hendaklah diberi.

(3) Bagi hendak menentukan mengikut pecahan fasal


(2) bagi fasal ini supaya dikhaskan kepada orang melayu akan
tempat-tempat di dalam jawatan-jawatan kerajaan dan akan
hadiah-hadiah pelajaran, kurnia-kurnia dan lain-lain
kebebasan pelajaran atau latihan atau bantuan-bantuan
yang istimewa itu, maka raja boleh memberi apa-apa perintah

107
yang harus dikehendaki bagi menyempurnakan maksud itu
kepada sebarang suruhanjaya jawatan-jawatan kerajaan
yang ada berkuasa terhadap orang yang di dalam jawatan
kerajaan negeri atau kepada sebarang pihak yang berkuasa
yang bertanggungjawab kerana memberi hadiah-hadiah
pelajaran, kurnia-kurnia atau lain-lain kebebasan pelajaran
atau latihan atau bantuan-bantuan yang istimewa itu, dan
suruhanjaya atau pihak yang berkuasa yang tersebut itu
hendaklah menurut akan perintah-perintah itu.

(4) Pada menjalankan kerja-kerjanya menurut


bahagian kedua dan undang-undang negeri mengikut
pecahan-pecahan fasal (1), (2) dan (3) bagi fasal ini, maka
raja tidak boleh memecat sebarang orang daripada jawatan
kerajaan yang dipegang olehnya atau memberhentikan
sebarang hadiah pelajaran, kurnia atau lain-lain kebebasan
pelajaran atau latihan atau bantuan yang istimewa yang telah
diberi kepadanya itu.

(5) Fasal ini tidak mengurangkan sedikit pun kehendak


syarat-syarat bagi fasal 2 bagi bahagian ini.

(6) Apabila undang-undang negeri yang ada sekarang


ini berkehendakkan satu surat kebenaran atau lesen kerana
menjalankan sesuatu perniagaan, maka raja boleh

108
menjalankan kerja-kerjanya menurut undang-undang itu atau
memberi perintah kepada sebarang pihak yang berkuasa
yang bertanggungjawab menurut undang-undang itu kerana
mengeluarkan surat-surat kebenaran atau lesen-lesen yang
tersebut dengan kaedah yang boleh menentukan supaya
dikhaskan beberapa jumlah daripada lesen-lesen atau surat-
surat kebenaran kerana orang melayu menurut bagaimana
yang difikirkan patuh oleh raja, dan pihak yang berkuasa yang
tersebut itu hendaklah menurut akan perintah-perintah itu.

(7) Tiada suatu apa pun di dalam fasal ini boleh


dijalankan kerana melucutkan atau membenarkan supaya
dilucutkan daripada sebarang orang akan sebarang hak,
kebebasan, surat kebenaran atau lesen yang telah
diperolehinya atau yang telah dipegang olehnya atau kerana
membenarkan supaya enggan daripada membaharui
kepada sebarang orang akan sebarang surat kebenaran atau
lesen yang tersebut itu atau enggan daripada mengurniakan
kepada waris-waris, ganti-ganti atau wakil-wakil bagi
seseorang itu akan sebarang surat kebenaran atau lesen yang
pada lazimnya sudah patut dibaharukan atau dikurniakan
akan dia itu.

(8) Dengan tiada mengendahkan apa-apa yang


terkandung di dalam bahagian kedua, maka apabila sesuatu

109
undang-undang negeri itu ada mengandungi sesuatu surat
kebenaran atau lesen kerana menjalankan sesuatu
perniagaan, maka bolehlah undang-undang itu
menguntukkan sebahagian daripada surat-surat kebenaran
atau lesen-lesen itu khas kerana orang melayu, tetapi undang-
undang yang tersebut itu tiada boleh sekali-kali bagi maksud
hendak membuat peruntukan yang tersebut itu.

(alif) melucutkan atau membenarkan supaya dilucutkan


daripada sebarang orang akan sebarang hak,
kebebasan, surat-surat kebenaran atau lesen yang
telah diperolehinya atau yang telah dipegang
olehnya itu, atau

(ba) membenarkan supaya enggan daripada


membaharui kepada sebarang orang akan
sebarang surat kebenaran atau lesen yang tersebut
itu atau enggan daripada mengurniakan kepada
waris-waris, ganti-ganti atau wakil bagi seseorang itu
akan sebarang surat kebenaran atau lesen yang
pada lazimnya mengikut syarat-syarat bagi undang-
undang itu sudah patut dibaharukan atau
dikurniakan akan dia itu atau menahan sebarang
orang daripada memindah milik, bersama-sama
dengan perniagaannya sekali, akan sebarang lesen

110
yang boleh dipindah milik bagi menjalankan
perniagaan yang tersebut itu, atau

(ta) membenarkan supaya enggan mengurniakan


daripada satu surat kebenaran atau lesen kepada
sebarang orang kerana menjalankan sesuatu
perniagaan yang telah dijalankan olehnya dengan
sah pada masa sebelum berjalannya kuatkuasa
undang-undang itu pada hal tiada sesuatu surat
kebenaran atau lesen pun telah dikehendaki lebih
dahulu daripada itu kerana menjalankan
perniagaan itu atau membenarkan supaya enggan
daripada membaharui kepada sebarang orang
kemudian daripada itu akan sebarang surat
kebenaran atau lesen atau enggan daripada
mengurniakan kepada waris-waris, ganti-ganti atau
wakil-wakil bagi seseorang itu akan sebarang surat
kebenaran atau lesen yang pada lazimnya
mengikut lain-lain syarat bagi undang-undang itu
sudah patut dibaharukan atau dikurniakan akan
dia.

(9) Tiada suatu pun di dalam fasal ini boleh memberi


kuasa kepada Dewan Negeri pada menyekat perniagaan

111
dengan maksud semata-mata kerana hendak mengadakan
peruntukan khas kerana orang melayu.

TIMBANGAN YANG SAMA RATA BAGI KAKITANGAN-


KAKITANGAN KERAJAAN NEGERI

2. Semua orang daripada apa bangsa sekalipun yang di


dalam peringkat yang serupa di dalam jawatan-jawatan
Kerajaan Negeri hendaklah dengan tertakluk kepada syarat-
syarat bagi jawatannya itu diberi timbangan yang sama rata.

MOHOR KERAJAAN

3. (1) Raja hendaklah menyimpan dan menggunakan


mohor kerajaan.

(2) Mohor kerajaan itu hendaklah mengandungi


perkataan-perkataan “Mohor Kerajaan Negeri Johor” dan
perkataan-perkataan Inggeris “State of Johore Public Seal”.

UCAPAN KERAJAAN, BENDERA DAN TANDA KERAJAAN

4. Hendaklah ucapan kerajaan iaitu “kepada Allah


berserah” yang disebutkan dalam bahasa Inggeris “Unto God

112
Resigned” dan tanda kerajaan dan bendera negeri itu kekal
dipakai sebagaimana dahulu jua.

PINDAAN BAGI UNDANG-UNDANG TUBUH

5. (1) Syarat-syarat bagi fasal ini bagaimana yang


disebutkan di bawah ini hendaklah dipakai berkenaan dengan
pindaan-pindaan bagi Undang-undang Tubuh ini.

(2) Syarat-syarat bagi bahagian pertama yang lain


daripada fasal-fasal 3 (sejauh yang mengenai kuasa-kuasa
yang diberi kepada Jemaah Pangkuan Negeri), 5, 10, 11A, 11B,
11C, 11F, 12(1), 18, 22, 23, 25, 26 dan 26A itu boleh dipinda oleh
raja dengan pemasyhuran tetapi tidak boleh dpinda oleh
Badan Perundangan Negeri atau oleh lain-lain cara.

(3) Syarat-syarat bagi fasal 3 (sejauh yang mengenai


kuasa-kuasa yang diberi kepada Jemaah Pangkuan Negeri)
dan fasal 5 bagi bahagian pertama itu boleh dipinda oleh raja
dengan pemasyhuran yang dikeluarkan dengan nasihat dan
pesertaan Jemaah Pangkuan Negeri tetapi tidak boleh
dipinda oleh Badan Perundangan Negeri atau oleh lain-lain
cara.

113
(4) Syarat-syarat bagi fasal-fasal 10, 11A, 11B, 11C, 11F,
12(1), 18 dan 23 bagi bahagian pertama itu boleh dipinda oleh
raja dengan pemasyhuran yang dikeluarkan dengan nasihat
dan pesertaan Jemaah Majlis Diraja tetapi tidak boleh dipinda
oleh Badan Perundangan Negeri atau oleh lain-lain cara.

(5) Syarat-syarat bagi fasal-fasal 22, 25, 26 dan 26A bagi


bahagian pertama itu dengan tertakluk kepada pecahan
fasal (7) boleh dipinda oleh satu undang-undang yang
diluluskan oleh Badan Perundangan Negeri dan dipersetujukan
oleh raja tetapi tidak boleh dipinda oleh lain-lain cara.

(6) Syarat-syarat bagi salah satu daripada fasal-fasal


bahagian kedua dan bagi fasal-fasal 1 hingga 10 bagi
bahagian ketiga itu boleh dengan tertakluk kepada pecahan
fasal (7) dipinda oleh satu undang-undang yang diluluskan
oleh perundangan negeri tetapi tidak boleh dipinda oleh lain-
lain cara.

(7) Satu rang undang-undang untuk membuat pindaan


kepada Undang-undang Tubuh ini (yang lain daripada
pindaan yang dikecualikan daripada syarat-syarat bagi
pecahan fasal ini) tidak boleh sekali-kali diluluskan oleh Badan
Perundangan Negeri dikecualikan jika undang-undang itu
telah disokong di dalam pembacaannya yang kedua dan

114
ketiga oleh undi-undi yang tidak kurang daripada dua pertiga
daripada jumlah kesemua sekali ahli-ahli badan yang tersebut
itu.

(8) Pindaan yang berikut adalah dikecualikan daripada


syarat-syarat bagi pecahan fasal (7) itu yakni sebarang
pindaan dari akibat sesuatu undang-undang sebagaimana
yang disebutkan dalam fasal 15 bagi bahagian kedua.

(9) Dalam fasal ini perkataan “pindaan” itu adalah


termasuk tambahan dan pembatalan.

PEMAKAIAN FASAL (2) PERKARA 160 BAGI PERLEMBAGAAN


PERSEKUTUAN DAN SYARAT BAGI ORDINAN TAFSIRAN DAN
FASAL-FASAL AM TAHUN 1948 TERHADAP UNDANG-UNDANG
TUBUH KERAJAAN

6. (1) Dengan tertakluk kepada syarat-syarat bagi fasal 1


bahagian pertama dan kedua, maka fasal (2) perkara 160
bagi Perlembagaan Persekutuan itu hendaklah dipakai kerana
mentafsirkan akan Undang-undang Tubuh ini sebagaimana
yang dipakai akan dia kerana mentafsirkan akan
Perlembagaan Persekutuan itu.

115
(2) Dikecualikan jika tafsiran bagi sesuatu perkataan
atau sebutan itu diuntukkan di dalam Undang-undang Tubuh
ini atau di dalam Perlembagaan Persekutuan atau jika
berlawanan dengan kehendak susunan perkataan-perkataan
di dalamnya maka, *Ordinan tafsiran dan fasal-fasal am tahun
1948 (M.U. 7 tahun 1948) atau sebarang undang-undang yang
diperbuat oleh Parlimen bagi menggantikan akan dia itu
hendaklah dipakai kerana mentafsirkan akan undang-undang
tubuh ini sebagaimana yang dipakai akan dia kerana
mentafsirkan akan sebarang undang-undang yang bertulis.

* Catatan – ordinan ini telah disatukan dan disemak menjadi


Akta Tafsiran 1948 dan 1967 (Akta 388) mula berkuatkuasa
pada 19 Oktober 1989.

(3) Melainkan berlawanan dengan kehendak susunan


perkataan-perkataan di dalamnya maka sebarang sebutan di
dalam Undang-undang Tubuh ini kepada sesuatu fasal,
bahagian yang tertentu itu ialah satu sebutan kepada fasal
atau bahagian Undang-undang Tubuh ini atau kepada jadual
atau kepada Undang-undang Tubuh ini, dan sebarang
sebutan kepada sesuatu pecahan fasal yang tertentu itu ialah
satu sebutan kepada pecahan fasal bagi fasal yang ada
sebutan itu disebutkan.

116
PENTAFSIRAN UNDANG-UNDANG TUBUH INI OLEH MAHKAMAH
PERSEKUTUAN

7. (1) Dengan tiada menyentuh sebarang kuasa ulang


bicara atau kuasa mengubah keputusan Mahkamah Rendah
yang ada pada Mahkamah Persekutuan itu, maka jika di
dalam sesuatu perbicaraan dihadapan sebuah mahkamah
yang lain satu soal ada berbangkit berkenaan dengan
kuatkuasa bagi sebarang syarat bagi Undang-undang Tubuh
Kerajaan ini, maka Mahkamah Persekutuan itu boleh dengan
permintaan daripada salah satu pihak yang berbicara itu
menetapkan soal itu dan boleh sama ada ia sendiri
memutuskan perkara itu atau menghantarkan kepada
mahkamah lain untuk memutuskan mengikut ketetapan yang
tersebut itu.

(2) Raja boleh merujukkan kepada Mahkamah


Persekutuan bagi mendapatkan fikirannya terhadap sebarang
soal berkenaan dengan kuatkuasa bagi sebarang syarat bagi
Undang-undang Tubuh ini yang telah berbangkit atau yang
pada fikirannya harus akan berbangkit dan Mahkamah
Persekutuan itu hendaklah mengiystiharkan di dalam
mahkamah yang terbuka akan fikirannya atas sesuatu soal
yang telah dirujukkan kepadanya itu.

117
KELEBIHAN-KELEBIHAN RAJA TERSIMPAN

8. Melainkan dengan apa yang telah tersebut di dalamnya


maka Undang-undang Tubuh ini tiada menyentuh kelebihan-
kelebihan dan kuasa-kuasa memerintah bagi raja.

SYARAT-SYARAT SEMENTARA BERKENAAN DENGAN


KANDUNGAN MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN

9. Selepas daripada pemansuhan Majlis Mesyuarat Negeri


yang akhir sekali itu, maka Majlis Mesyuarat Kerajaan
hendaklah mengandungi Menteri Besar dan semua orang
yang telah menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan pada masa
sehari sebelum pemansuhan itu tetapi orang yang tersebut itu
tiada boleh sekali-kali kekal memegang jawatannya selepas
daripada tarikh memanggil mengadakan mesyuarat yang
pertama bagi Dewan Negeri yang ditubuhkan menurut
Undang-undang Tubuh ini dikecualikan jika itu adalah seorang
ahli bagi Dewan Negeri itu.

NASKHAH-NASKHAH DAN TERJEMAHAN-TERJEMAHAN

10. (1) Dewan Negeri boleh dari satu masa ke satu masa
dengan membuat ketetapan memerintahkan Pesuruhjaya
Penyemak Undang-undang mencetak naskhah-naskhah bagi

118
Undang-undang Tubuh ini atau terjemahannya dalam bahasa
Inggeris termasuk sekali segala tambahan-tambahan,
potongan-potongan, penggantian-penggantian dan pindaan
yang berjalan kuatkuasanya pada tarikh dikeluarkan perintah
yang tersebut itu dan sebarang naskhah yang dicetak
mengikut perintah yang tersebut itu hendaklah disifatkan
naskhah yang betul dan sah bagi segala maksud.

(2) Sebarang naskhah yang tersebut yang


mengandungi terjemahan Undang-undang Tubuh ini dalam
bahasa Inggeris hendaklah disifatkan bagi segala maksud
menjadi suatu naskhah terjemahan Undang-undang Tubuh ini
yang betul dan sah.

JADUAL PERTAMA
(FASAL 8 BAGI BAHAGIAN PERTAMA)

SUMPAH KERANA RAJA

Wallahi Wabillahi Watallahi

Bahawa adalah kita, ………………………………………………..,


pada masa menaiki tahta menjadi Sultan dan Yang Dipertuan
bagi Negeri dan Jajahan Johor Darul Takzim dan segala

119
takluknya bersumpah dengan iman bahawa kita mengaku
akan memerintah dengan adil saksama dan timbang rasa
kepada semua rakyat dan penduduk Negeri Johor dan kita
bersumpah dan mengaku akan memelihara dan
menghormatkan agama Islam dan adat istiadat melayu dan
berpegang kuat dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan
Johor dan barang tolongi Allah akan kita juga Undang-undang
Negeri.

JADUAL KEDUA
(FASAL 11B BAGI BAHAGIAN PERTAMA)

SUMPAH KERANA PEMANGKU RAJA

Wallahi Wabillahi Watallahi

Bahawa adalah saya …………………………………………………,


pada masa memegang jawatan Pemangku Raja bagi Negeri
dan Jajahan Johor Darul Takzim dan segala takluknya
bersumpah dengan iman bahawa saya mengaku akan
memerintah dengan adil saksama dan timbang rasa kepada
semua rakyat dan penduduk-penduduk Negeri Johor dan saya
bersumpah dan mengaku akan memelihara dan
menghormatkan agama Islam dan adat istiadat melayu dan

120
berpegang kuat dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan
Johor dan juga Undang-undang Negeri. Barang dia tolongi
Allah akan saya.

JADUAL KETIGA
(FASAL 11E BAGI BAHAGIAN PERTAMA)

SUMPAH KERANA AHLI PENASIHAT PANGKUAN RAJA

Wallahi Wabillahi Watallahi

Bahawa adalah saya …………………………………………………,


yang telah dipilih menjadi seorang Ahli Jemaah Pangkuan Raja
bagi Negeri dan Jajahan Johor Darul Takzim dan segala
takluknya bersumpah dengan iman bahawa saya mengaku
akan menjalankan pemerintahan negeri dengan adil saksama
dan timbang rasa kepada semua rakyat dan penduduk Negeri
Johor dan saya bersumpah dan mengaku akan memelihara
dan menghormatkan agama Islam dan adat istiadat melayu
dan berpegang kuat dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan
Johor dan juga Undang-undang Negeri. Barang dia tolongi
Allah akan saya.

121
JADUAL KEEMPAT
(FASAL 31 BAGI BAHAGIAN PERTAMA)

SUMPAH KERANA AHLI PENASIHAT MAJLIS DIRAJA

Wallahi Wabillahi Watallahi

Bahawa adalah saya …………………………………………………,


setelah menerima titah Diraja melantik saya menjadi Ahli
Penasihat di dalam Jemaah Majlis Diraja dengan
sesungguhnya mengaku dengan bersumpah bahawa saya
adalah seorang melayu dan rakat Yang Maha Mulia Tuanku
dan beragama Islam dan saya bersumpah dan mengaku
bahawa saya akan taat dan setia kepada Yang Maha Mulia
Sultan Johor dan waris-waris gantinya dan saya akan
menyempurnakan kewajipan saya dengan tulus ikhlas sebagai
seorang Ahli Penasihat di dalam Jemaah Majlis Diraja yang
tersebut itu. Barang dia tolongi Allah akan saya.

Saksi : 1. …………………………………………
2. …………………………………………

122
JADUAL KELIMA
(FASAL 5 BAGI BAHAGIAN KEDUA)

SUMPAH KERANA AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN

Bahawa adalah saya …………………………………………………,


yang telah dipilih dan dijadikan seorang Ahli Majlis Mesyuarat
Kerajaan atau “State Executive Council” bagi Negeri Johor
dengan sesungguhnya bersumpah (atau berikrar) dengan
iman bahawa saya akan memberi fikiran dan nasihat dengan
tulus ikhlasnya kepada Yang Maha Mulia Sultan pada
sebarang masa pun yang dikehendaki kerana kesempurnaan
hal ehwal pemerintahan Negeri Johor dan saya bersumpah
dan mengaku bahawa saya tidak akan menzahirkan kepada
atau berutus dengan sesiapapun sama ada dengan tepatnya
atau dengan jalan lain akan sebarang perkara yang dibawa
bagi timbangan saya atau yang akan saya ketahui sebagai
seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan itu dikecualikan
perkara-perkara yang dikehendaki bagi menjalankan
kewajipan saya sebagai ahli yang tersebut ini atau yang
dibenarkan dengan khasnya oleh Duli Yang Maha Mulia
Sultan. Barang dia tolongi Allah akan saya.

123
JADUAL KEENAM
(FASAL 25 BAGI BAHAGIAN KEDUA)

SUMPAH KERANA AHLI DEWAN NEGERI

Bahawa adalah saya …………………………………………………,


yang telah dipilih dan dijadikan seorang Ahli Dewan Negeri
atau “Legislative Assembly” bagi Negeri Johor dengan
sesungguhnya bersumpah (atau berikrar) dengan iman
bahawa saya mengaku akan menyempurnakan kewajipan
saya dengan tulus ikhlas sebagai seorang Ahli Dewan Negeri
atau “Legislative Assembly” yang tersebut itu dan saya
bersumpah dan mengaku akan memelihara, mengawal dan
mempertahankan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor.
Barang dia tolongi Allah akan saya.

JADUAL KETUJUH
(FASAL 6 (4) BAGI BAHAGIAN KEDUA)

SUMPAH MENYIMPAN RAHSIA

Bahawa adalah saya …………………………………………………,


dengan sesungguhnya bersumpah (atau berikrar) dengan
iman tidak akan menzahirkan kepada atau berutus dengan

124
sesiapapun sama ada dengan tepatnya atau dengan jalan
lain akan sebarang perkara yang dibawa bagi timbangan
saya atau yang akan saya ketahui dalam masa saya
menghadiri Majlis Mesyuarat Kerajaan itu dikecualikan perkara
yang dikehendaki bagi menjalankan kewajipan saya sebagai
pegawai yang tersebut atau yang dibenarkan dengan
khasnya oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan.

JADUAL KELAPAN
(FASAL 27A BAGI BAHAGIAN KEDUA)

KEBEBASAN-KEBEBASAN DAN KUASA-KUASA DEWAN NEGERI

TAFSIRAN

1. Di dalam dewan ini.

“Ahli” adalah bermakna seorang Ahli Dewan Negeri.

“Dewan” adalah bermakna Dewan Negeri bagi negeri ini.

“Jurnal” (Journals) adalah bermakna peringatan-peringatan


mesyuarat atau rekod-rekod rasmi berkenaan dengan
perjalanan Mesyuarat bagi Dewan Negeri.

125
“Pegawai Dewan” dan “Pegawai” bermakna Jurutulis Dewan
Negeri dan sebarang orang yang diisytiharkan oleh Speaker
menjadi seorang Pegawai Dewan.

“Perintah Tetap” adalah bermakna Peraturan-peraturan Tetap


dan Perintah-perintah Dewan Negeri yang ada bagi
sementara ini berjalan kuatkuasanya.

KEBEBASAN BERCAKAP DAN BERBAHAS

2, Di dalam tiap-tiap mesuarat bagi majlis dewan ini, maka


hendaklah ada kebebasan bercakap dan berbahas dan
segala apa yang dilafazkan itu tidak boleh sekali-kali didakwa
atau disoal di dalam sebarang mahkamah atau jemaah
pengadil yang diluar daripada dewan ini.

AHLI-AHLI TIDAK BOLEH DIDAKWA DALAM MAHKAMAH SIVIL


ATAU JENAYAH KERANA PERBUATANNYA ATAU
PERCAKAPANNYA DI DALAM DEWAN

3, Tiada seorang ahli pun boleh didakwa di dalam


Mahkamah Sivil atau Jenayah, ditangkap, dipenjara atau
dituntut kerugian dengan sebab sebarang perkara atau hal
yang dibawa olehnya dengan jalan rayuan, rang undang-

126
undang, ketetapan, rundingan atau sebagainya atau
sebarang percakapan yang dilafazkan olehnya di dalam
dewan atau di dalam sebarang jawatankuasanya.

KUASA DEWAN PADA MEMERINTAHKAN SUPAYA SAKSI-SAKSI


HADIR DAN MENUNJUKKAN SURAT-SURAT

4. Dewan ini dan sebarang jawatankuasa yang telah diberi


kuasa oleh satu perintah daripada dewan ini supaya
memanggil orang-orang atau meminta surat-surat atau kertas-
kertas boleh dengan mengikut syarat-syarat bagi jumlah kata-
jumlah kata 7 dan 8 dalam jadual ini memerintahkan sebarang
orang itu hadir dihadapan dewan ini atau dihadapan
jawatankuasanya bagi memberi keterangan atau
menunjukkan sebarang kertas, buku, rekod atau surat yang
ada di dalam simpanannya atau di dalam jagaannya.

MEMANGGIL ORANG HADIR

5. Sebarang perintah yang berkehendakkan seseorang itu


hadir bagi memberi keterangan dihadapan dewan atau
dihadapan sebarang jawatankuasanya itu hendaklah
diberitahu kepada orang yang dikehendaki hadir atau
menunjukkan surat-surat itu dengan menghantarkan satu surat
saman kepadanya yang ditandatangani oleh Jurutulis Dewan

127
Negeri yang dikeluarkan dengan perintah Speaker. Di dalam
tiap-tiap surat saman yang tersebut itu hendaklah dinyatakan
bila masanya dan dimana tempatnya dikehendaki akan orang
yang tersebut itu hadir dan apakah surat-surat yang
dikehendaki akan dia menunjukkannya. Surat saman itu
hendaklah dihantarkan kepada orang yang ada tersebut
namanya di dalam surat saman itu sama ada dengan
menyerah satu naskhah daripada surat saman itu kepadanya
sendiri atau dengan meninggalkan satu naskhah daripada
surat saman itu kepada seseorang yang sudah dewasa yang
tinggal di tempat yang biasa didiami oleh orang yang
dipanggil itu atau dialamatnya yang akhir sekali diketahui di
dalam negeri ini. Sekiranya orang yang dipanggil itu tinggal
jauh daripada enam batu dari bilik dewan, maka hendaklah ia
dibayar atau ditawarkan bayaran kerana perbelanjaannya
mengikut bagaimana yang ditetapkan oleh sebarang perintah
dalam perkara ini.

MEMERIKSA SAKSI-SAKSI DENGAN BERSUMPAH

6. Dewan atau sebarang jawatankuasanya boleh


berkehendakkan supaya perkara atau barang yang
berkenaan dengan perkara yang disiasat dihadapan dewan
atau jawatankuasa itu disahkan atau ditentukan dengan
menyoal akan saksi-saksi itu dan boleh memerintahkan supaya

128
saksi-saksi yang tersebut itu diperiksa dengan mengangkat
sumpah yang dijalankan oleh Speaker atau Pengerusi
Jawatankuasa atau oleh orang yang dilantik khas oleh
Speaker atau Pengerusi Jawatankuasa kerana menjalankan
kerja mengangkat sumpah itu.

MEMBERI KECUALIAN DARIPADA MENJAWAB SOAL-SOAL ATAU


MENUNJUKKAN SURAT-SURAT

7. Jika seseorang yang diperintahkan supaya hadir kerana


memberi keterangan atau kerana menunjukkan sebarang
kertas, buku, rekod atau surat dihadapan dewan atau
dihadapan sebarang jawatankuasa itu enggan menjawab
sebarang soal yang dikemukakan kepadanya atau enggan
menunjukkan sebarang daripada kertas, buku, rekod atau
surat yang tersebut itu dengan alasan bahawa perkara yang
tersebut itu satu perkara yang sulit dan tidak ada kena
mengena dengan perkara yang disiasat itu, maka Speaker
atau pengerusi jawatankuasa itu, menurutlah halnya masing-
masing, boleh merepotkan keengganan itu beserta dengan
sebab-sebabnya itu kepada dewan dan dewan itu boleh
sama ada membenarkan orang itu tidak payah menjawab
soal yang tersebut itu atau menunjukkan kertas, buku, rekod
atau surat yang tersebut itu atau memerintahkan akan dia

129
supaya menjawab akan soal itu atau menunjukkan kertas,
buku, rekod atau surat yang tersebut itu.

KEBEBASAN BAGI SAKSI-SAKSI

8. (1) Tiap-tiap seseorang yang diperintahkan supaya


hadir kerana memberi keterangan atau kerana menunjukkan
sebarang kertas, buku, rekod atau surat dihadapan Majlis
Mesyuarat atau sebarang jawatankuasa itu hendaklah,
berkenaan dengan sebarang keterangan yang diberi olehnya
itu sebarang kertas, buku, rekod atau surat yang ditunjukkan
olehnya itu, berhak pada mendapat hak atau kebebasan
yang sama sebagaimana dihadapan sebuah Mahkamah
Undang-undang.

(2) Tiada boleh sekali-kali bagi seseorang pegawai


kerajaan itu.

(alif) menunjukkan dihadapan dewan atau sebarang


jawatankuasa akan sebarang kertas, buku, rekod
atau surat, atau

(ba) memberi keterangan di hadapan dewan atau


sebarang jawatankuasa dalam sebarang perkara,
yang berhubung dengan surat-surat yang

130
berkenaan dengan pasukan-pasukan laut, udara
atau Jabatan Kerajaan Persekutuan atau sebarang
perkara mengenai jawatan Kerajaan Persekutuan
melainkan dengan kebenaran Yang Dipertuan
Agong atau Menteri Besar jika mengenai sesebuah
Jabatan Kerajaan Negeri atau sesuatu jawatan
Kerajaan Negeri dan juga tiada boleh sekali-kali
keterangan-keterangan salinan berkenaan dengan
kandungan-kandungan kertas, buku, rekod atau
surat yang demikian itu diterima oleh atau
ditunjukkan dihadapan dewan atau sebarang
jawatankuasanya.

SURAT YANG MENGKHASKAN BAHAWA SESEORANG SAKSI ITU


TELAH MENJAWAB SOAL-SOAL YANG TELAH DIKEMUKAKAN
KEPADANYA

9. Tiap-tiap seseorang saksi yang menjawab dihadapan


dewan atau sebuah jawatankuasa dengan berterus terang
dan benar akan sebarang soal yang dikemukakan kepadanya
oleh dewan atau jawatankuasa itu dengan cukup memberi
puas hati kepada dewan atau jawatankuasa yang tersebut itu
berhak mendapat satu surat akuan yang ditandatangani oleh
Speaker atau Pengerusi Jawatankuasa itu menyatakan
bahawa saksi yang tersebut itu di dalam pemeriksaannya telah

131
dikehendaki menjawab beberapa soal dan sebenarnya ia
telah menjawab akan soal-soal itu.

DILARANG DARIPADA MEMBERI KETERANGAN DILUAR DEWAN


BERKENAAN DENGAN SEBARANG KETERANGAN YANG DIBERI
DIHADAPAN DEWAN DENGAN TIADA KEBENARAN DEWAN

10. Tiada boleh sekali-kali bagi seseorang Ahli atau Pegawai


Dewan dan Jurutrengkas yang bekerja kerana mengambil
peringatan berkenaan dengan keterangan-keterangan yang
diberi dihadapan dewan atau sebarang jawatankuasa itu
membuat keterangan di tempat-tempat lain berkenaan
dengan keterangan yang tersebut itu atau berkenaan dengan
kandungan sebarang surat yang dibentangkan di hadapan
dewan atau sebarang jawatankuasa itu atau berkenaan
dengan sebarang kerja atau pemeriksaan yang telah
dijalankan di hadapan dewan atau sebarang jawatankuasa
itu dengan tiada mendapat kebenaran yang khas daripada
dewan itu terlebih dahulu. Kebenaran khas yang tersebut itu
boleh diberi oleh Speaker atau oleh Jurutulis Dewan Negeri
sekiranya Speaker itu tidak hadir atau uzur, selepas daripada
dewan itu dibatalkan atau dalam masa dewan itu
ditangguhkan.

132
JURNAL DEWAN YANG BOLEH DITERIMA SEBAGAI KETERANGAN

11. Tatkala mengadakan penyiasatan berkenaan dengan


kebebasan-kebebasan dan kuasa-kuasa bagi dewan atau
seseorang ahli itu, maka sebarang nasihat jurnal yang bercap
atau yang hendak dicap oleh pencetak kerajaan oleh dewan
atau oleh seseorang yang diberi kuasa oleh dewan itu
hendaklah diterima sebagai keterangan bagi jurnal-jurnal yang
tersebut itu di dalam semua mahkamah-mahkamah atau
dimana-mana tempat dengan tidak payah berkehendakkan
keterangan bahawa naskhah yang seumpama itu telah di
cap.

SURAT AKUAN DARIPADA SPEAKER DIPAKAI BAGI MEMBELA


SESEORANG YANG DI DAKWA KERANA MENERBITKAN BERITA-
BERITA DEWAN

12. Seseorang yang dituduh didalam sesebuah Mahkamah


Sivil atau Jenayah kerana menerbitkan akan sebarang repot
kertas, peringatan, undi atau kerja mesyuarat itu sama ada
diterbitkan olehnya sendiri atau oleh orang gajinya mengikut
perintah atau kuasa yang diberi oleh dewan atau sebarang
jawatankuasa itu boleh, selepas daripada memberi satu
pemberitahu yang bertulis dalam masa dua puluh empat jam
kepada yang mendakwa atau pendakwa, menurutlah

133
bagaimana halnya, bagi menerangkan maksudnya itu,
membawa dihadapan mahkamah yang membicarakannya
itu satu surat akuan yang ditandatangani oleh Speaker atau
Jurutulis Dewan Negeri menyatakan bahawa repot-repot
kertas-kertas, peringatan-peringatan, undi-undi, atau kerja-
kerja mesyuarat yang menyebabkan perbicaraan itu telah
diterbitkan oleh orang yang tersebut itu atau oleh orang
gajinya dengan perintah atau dengan kuasa yang diberi oleh
dewan atau oleh sebarang jawatankuasa itu, bersama-sama
dengan satu surat sumpah yang mengkhaskan surat akuan
yang tersebut itu dan mahkamah itu hendaklah dengan serta
merta memberhentikan perbicaraan yang tersebut itu dan
pembicaraan yang tersebut itu serta apa-apa juga kerja yang
telah dijalankan berkenaan dengan pembicaraan ini
hendaklah disifatkan telah selesai diputuskan.

MENERBITKAN KERTAS-KERTAS MESYUARAT DAN LAIN-LAIN


YANG DIBEBASKAN

13. Di dalam sebarang perbicaraan Sivil atau Jenayah yang


dijalankan kerana menerbitkan sebarang cabutan daripada
sebarang repot, kertas, peringatan, undi, atau kerja mesyuarat
bagaimana yang tersebut di dalam jumlah kata yang di atas
ini jika mahkamah itu puas hati bahawa cabutan yang
tersebut itu telah diterbitkan dengan benar tiada berniat

134
khianat, maka hendaklah dijatuhkan hukuman menyebelah
orang yang didakwa atau yang dituduh.

14. Bagi maksud jadual ini, maka sesiapa juga yang


memegang jawatan Speaker pada masa diberhentikan atau
dibatalkan dewan itu hendaklah disifatkan dia menjadi
Speaker sehingga dewan itu dipanggil semula atau sehingga
seseorang lain dilantik menjadi Speaker.

KETETAPAN

Bahkan ketetapan demikianlah Undang-undang dan Aturan-


aturan Tubuh Kerajaan Johor.

UCAPAN DOA

Barang dirahmati Allah SWT Malikul Mulk dan diberkati Nabi


Muhammad SAW akan segala Undang-undang dan Aturan-
aturan Tubuh Kerajaan Johor ini selama-lamanya. Amin Ya
Rabbal Alamin.

Diperbuat dalam Istana kita di Johor Bahru pada 18 haribulan


Syawal Hijratunnabi SAW seribu tiga ratus dua belas sanat
(1312) bersamaan dengan hitungan masihi 14 haribulan April

135
seribu lapan ratus sembilan puluh lima (1895) iaitu tahun yang
ketiga puluh empat kita di atas kerajaan.

Pada menyaksikan lulus dan ketetapan Undang-undang Tubuh


Kerajaan ini serta persekutuan dan persetujuan Mesyuarat
Kerajaan dengan aturan yang taat teguh bersetia dan benar
adalah sekalian Ahli Mesyuarat Kerajaan yang hadir
membubuh tandatangan masing-masing di bawah ini :-

Ibrahim Muhamed Khalid bin


Ungku Suleiman
Tunku Mahkota dan Dato Ibrahim
Ungku dan Dato Kerabat
Kerabat Ungku dan Dato Kerabat
Syed Salim bin Ahmad
Hj Muhamed Solleh Jaafar bin Hj Muhamed
Al-Attas
Dato dan Hakim Dato Menteri Johor
Dato dan Mufti
Muhammad Salleh bin Muhamed Ibrahim bin Hj
Jaafar bin Nong Yahya
Prang Abdullah Munshi
Dato Penggawa Timur
Dato Bentara Luar Kerabat Bentara Dalam
Muhamed Yahya bin
Haji Abdul Rahman Abdul Samad bin Ibrahim
Awal Ed-Deen
Dato dan Kadi Dato Penggawa Barat
Dato

Andak Yahya bin Shaaban Abdullah bin Tahir


Dato Dato Dato Sri Stia Raja
Abdul Rahman bin
Muhamed bin Mahbob
Andak
Dato
Dato Sri Amar D’Raja

136
Pemasyhuran daripada ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri
Ibrahim mengkhaskan berjalannya kuatkuasa Undang-undang
Tubuh ini.

Dengan nama Allah SWT mengaku kita dengan sebenar-


benarnya berlaku Undang-undang Tubuh Kerajaan ini di atas
kita dan kerajaan kita adanya.

Cap Ibrahim
Kerajaan

Syed Ali Zalik


Jaafar bin Hj Muhamed

Istana Besar
24 hari RabiulAwal Sanat 1313
Berbetulan 14 September Tahun AlMasihi 1895.

137
UNDANG-UNDANG NEGERI JOHOR
UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN 1895

SENARAI PINDAAN

UNDANG-UNDANG TARIKH RINGKAS BERKUATKUASA


YANG MEMINDA DARI
W.K.J. No. 2/1948 Tambahan Undang-Undang Tubuh 01-02-1948
Kerajaan Johor Tahun 1367
W.K.J. No. (N.S) 43/1957 Tambahan Undang-Undang Tubuh 30-08-1957
Kerajaan Johor Tahun 1377
W.K.J. No. 301A/1959 Undang-Undang Tubuh Kerajaan 20-04-1959
Tahun 1895 dan tambahan-
tambahannya sebagaimana yang
dipinda dan disatukan oleh
tambahan tahun 1959
Undang-Undang Bil. Undang-Undang (Pindaan) 15-11-1959
15/1959 Undang-Undang Tubuh Kerajaan
Tahun 1895 yang diperbuat dalam
tahun 1959
Undang-Undang Bil. Undang-Undang (Pindaan) 15-11-1960
14/1960 Undang-Undang Tubuh Kerajaan
Tahun 1895 yang diperbuat dalam
tahun 1960
W.K.J. No. 1100/1961 Pemasyhuran 14-09-1961
Undang-Undang Bil. Undang-Undang (Pindaan) 12-11-1964
10/1964 Undang-Undang Tubuh Kerajaan
Tahun 1895 yang diperbuat dalam
tahun 1964

138
Undang-Undang Bil. Undang-Undang (Pindaan) 12-11-1964
11/1964 (Bilangan 2) Undang-Undang
Tubuh Kerajaan Tahun 1895 yang
diperbuat dalam tahun 1964
Undang-Undang Bil. Undang-Undang (Pindaan) 15-12-1966
7/1966 Undang-Undang Tubuh Kerajaan
Tahun 1895 yang diperbuat dalam
tahun 1966
Undang-Undang Bil. Undang-Undang (Pindaan) 01-04-1967
6/1967 Undang-Undang Tubuh Kerajaan
Tahun 1895 yang diperbuat dalam
tahun 1967
W.K.J. No. 1001/1967 Pembetulan 04-04-1967
En. Bil. 4/1969 Enakmen (Pindaan) Undang- 18-11-1968
Undang Tubuh Kerajaan Johor
1969
W.K.J. No. 510/1975 Pemasyhuran 09-05-1975
En. Bil. 10/1978 Enakmen (Pindaan) Undang- 25-07-1978
Undang Tubuh Kerajaan Johor
1895
En. No. 6/1983 Enakmen (Pindaan) Undang- 23-12-1983
Undang Tubuh Kerajaan Johor
1895 yang diperbuat dalam tahun
1983
En. No. 4/1990 Enakmen Undang-Undang Tubuh 23-11-1990
Kerajaan Johor (Bahagian Kedua)
(Pindaan) 1990
En. No. 7/1992 Enakmen Undang-Undang Tubuh 16-06-1993
Kerajaan Tahun 1895 (Pindaan)
1992
En. No. 7/1999 Enakmen Undang-Undang Tubuh 24-12-1999
Kerajaan 1895 (Pindaan) 1999

139
En. No. 3/2003 Enakmen Undang-Undang Tubuh 07-11-2003
Kerajaan 1895 (Pindaan) 2003
En. No. 3/2007 Enakmen Undang-Undang Tubuh 01-04-2007
Kerajaan 1895 (Pindaan) 2007

UNDANG-UNDANG NEGERI JOHOR


UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN 1895

SENARAI FASAL YANG DIPINDA

BAHAGIAN PERTAMA

FASAL KUASA MEMINDA BERKUATKUASA DARI


Mukadimah En. No. 7/1999 24-12-1999
1 W.K.J. No. (N.S) 43/1957 30-08-1957
W.K.J. No. 301A/1959 20-04-1959
W.K.J. No. 1100/1961 14-09-1961
W.K.J. No. 510/1975 09-05-1975
2 W.K.J. No. 1100/1961 14-09-1961
3 W.K.J. No. 301A/1959 20-04-1959
W.K.J. No. 1100/1961 14-09-1961
4 W.K.J. No. 1100/1961 14-09-1961
W.K.J. No. 510/1975 09-05-1975
5 W.K.J. No. 301A/1959 20-04-1959
6 W.K.J. No. 301A/1959 20-04-1959
W.K.J. No. 1100/1961 14-09-1961
7 W.K.J. No. 1100/1961 14-09-1961

140
8 W.K.J. No. 301A/1959 20-04-1959
W.K.J. No. 1100/1961 14-09-1961
Tajuk W.K.J. No. 1100/1961 14-09-1961
9 W.K.J. No. 301A/1959 20-04-1959
W.K.J. No. 1100/1961 14-09-1961
10 W.K.J. No. 301A/1959 20-04-1959
W.K.J. No. 1100/1961 14-09-1961
11 W.K.J. No. 301A/1959 20-04-1959
W.K.J. No. 1100/1961 14-09-1961
11A W.K.J. No. 301A/1959 20-04-1959
W.K.J. No. 1100/1961 14-09-1961
11B W.K.J. No. 301A/1959 20-04-1959
W.K.J. No. 1100/1961 14-09-1961
11C W.K.J. No. 301A/1959 20-04-1959
W.K.J. No. 1100/1961 14-09-1961
11D W.K.J. No. 301A/1959 20-04-1959
11E W.K.J. No. 301A/1959 20-04-1959
11F W.K.J. No. 301A/1959 20-04-1959
11G W.K.J. No. 301A/1959 20-04-1959
12 W.K.J. No. (N.S) 43/1957 30-08-1957
W.K.J. No. 301A/1959 20-04-1959
15 W.K.J. No. 301A/1959 20-04-1959
16 W.K.J. No. 301A/1959 20-04-1959
18 W.K.J. No. 301A/1959 20-04-1959
20 W.K.J. No. 301A/1959 20-04-1959
22 W.K.J. No. 301A/1959 20-04-1959
23 W.K.J. No. 301A/1959 20-04-1959
En. No. 4/1969 18-11-1968
24 W.K.J. No. 301A/1959 20-04-1959
25 W.K.J. No. 301A/1959 20-04-1959
26 W.K.J. No. 301A/1959 20-04-1959
Undang-Undang Bil. 15/1959 15-11-1959

141
26 W.K.J. No. (N.S) 43/1957 30-08-1957
26A Undang-Undang Bil. 10/1964 12-11-1964
Tajuk Kecil W.K.J. No. (N.S) 43/1957 20-04-1959
27A W.K.J. No. 510/1975 09-05-1975
27B W.K.J. No. 510/1975 09-05-1975
27C W.K.J. No. 510/1975 09-05-1975
27D W.K.J. No. 510/1975 09-05-1975
27E W.K.J. No. 510/1975 09-05-1975
28 W.K.J. No. 301A/1959 20-04-1959
W.K.J. No. 510/1975 09-05-1975
29 W.K.J. No. 301A/1959 20-04-1959
30 W.K.J. No. 301A/1959 20-04-1959
31 W.K.J. No. 301A/1959 20-04-1959
32 W.K.J. No. 301A/1959 20-04-1959
33 W.K.J. No. 301A/1959 20-04-1959
34 W.K.J. No. 301A/1959 20-04-1959
35 W.K.J. No. 301A/1959 20-04-1959
36 W.K.J. No. 301A/1959 20-04-1959
37 W.K.J. No. 301A/1959 20-04-1959
38 W.K.J. No. 301A/1959 20-04-1959
39 W.K.J. No. 301A/1959 20-04-1959
40 W.K.J. No. 301A/1959 20-04-1959
41 W.K.J. No. 301A/1959 20-04-1959
42 W.K.J. No. 301A/1959 20-04-1959
43 W.K.J. No. 301A/1959 20-04-1959
44 W.K.J. No. 301A/1959 20-04-1959
45 W.K.J. No. 301A/1959 20-04-1959
46 W.K.J. No. 301A/1959 20-04-1959
47 W.K.J. No. 301A/1959 20-04-1959
48 W.K.J. No. 301A/1959 20-04-1959
49 W.K.J. No. 301A/1959 20-04-1959
50 W.K.J. No. 301A/1959 20-04-1959

142
51 W.K.J. No. 301A/1959 20-04-1959
52 W.K.J. No. 301A/1959 20-04-1959
53 W.K.J. No. 301A/1959 20-04-1959
54 W.K.J. No. 301A/1959 20-04-1959
55 W.K.J. No. 301A/1959 20-04-1959
56 W.K.J. No. 301A/1959 20-04-1959
57A W.K.J. No. (N.S) 43/1957 30-08-1957
57B W.K.J. No. 301A/1959 20-04-1959
59 W.K.J. No. 301A/1959 20-04-1959
60 W.K.J. No. 301A/1959 20-04-1959
61 W.K.J. No. 301A/1959 20-04-1959
64 W.K.J. No. 301A/1959 20-04-1959

BAHAGIAN KEDUA
1 En. No. 7/1999 24-12-1999
4 Undang-Undang Bil. 14/1960 15-11-1960
En. No. 7/1999 24-12-1999
6 En. No. 7/1999 24-12-1999
6A Undang-Undang Bil. 6/1967 01-04-1967
En. No. 10/1978 25-07-1978
15 En. No. 6/1983 23-12-1983
En. No. 7/1992 11-06-1993
En. No. 3/2003 07-11-2003
17 Undang-Undang Bil. 14/1960 15-11-1960
En. No. 6/1983 23-12-1983
En. No. 4/1990 23-11-1990
22 En. No. 6/1983 23-12-1983
23 En. No. 4/1969 18-11-1968
24 En. No. 7/1999 24-12-1999
25 En. No. 6/1983 23-12-1983
38 Undang-Undang Bil. 11/1964 12-11-1964
Undang-Undang Bil. 7/1966 15-12-1966

143
39 Undang-Undang Bil. 7/1966 15-12-1966
41 Undang-Undang Bil. 7/1966 15-12-1966
Keseluruhan
Bahagian En. No. 7/1999 24-12-1999
23(5) En. No. A8/2009 14-12-2009

BAHAGIAN KETIGA

10 En. No. 3/2007 01-04-2007

144

You might also like