Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 16

HDPS 4203

921221025970002

DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


DIPLOMA IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION

MEI 2021
MAY 2021

HDPS 4203

KESIHATAN DAN KESELMATAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


SAFETY AND HEALTH IN EARLY CHILDHOOD EDUCTION

NO. MATRIKULASI : 921221025970002


NO. KAD PENGENALAN : 921221025970
NO. TELEFON : 0195094085
E-MEL : aisyahalwani@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN PULAU


PINANG
0
HDPS 4203
921221025970002

ISI KANDUNGAN MUKASURAT

PENGENALAN 2-3

SITUASI KEMALANGAN YANG BOLEH BERLAKU 4-7


DI PRASEKOLAH

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN YANG PERLU 8-10


DIAMBIL

KESIMPULAN 11

BAHAGIAN 2

PENGENALAN 12

LAPORAN 13

KESIMPULAN 14

RUJUKAN 15

1
PENGENALAN

Keselamatan merupakan satu situasi yang tiada bahaya, tiada ruang yang boleh
menyebabkan bahaya dan perlindungan serta keadaan yang tidak berisiko dengan
kemalangan (Holt, 2005). Keselamatan merujuk kepada suatu keadaan di mana suasana kerja
itu selamat dan bebas dari risiko kemalangan (Raudhiah, Nakiah & Hashim, 2015).
Keselamatan juga ditakrifkan sebagai perihal selamat, kesejahteraan, keamanan yang baik
(Nurul Fazreen, 2013). Keselamatan dalam konteks sekolah meliputi aspek keselamatan
bangunan, peralatan dan kemudahan sekolah (Zakaria & Ismail, 2014). Oleh hal yang
demikian, keselamatan sekolah adalah sekolah yang terhindar daripada kemalangan yang
disebabkan oleh kerosakan bangunan dan prasarana, kebakaran yang disebabkan oleh litar
pintas dan kebocoran gas, penyakit berjangkit, kecuaian manusia dalam mengendalikan
peralatan serta tingkah laku jenayah manusia (Norlia & Sufean, 2006). Kesedaran tentang
amalan keselamatan merupakan satu perkara yang penting kepada majikan iaitu guru besar
dan juga guru serta pelajar bagi memastikan keselamatan di kawasan sekolah terjamin serta
dapat mengurangkan risiko kemalangan.
Keselamatan juga boleh ditakrifkan sebagai tingkah laku dan amalan yang boleh
mengelakkan kanak-kanak daripada kecederaan. Kecederaan yang dialami oleh kanak-kanak
boleh memberi kesan ke atas kesihatan mereka. Oleh itu, kita perlu meletakkan keselamatan
sebagai keutamaan sama ada di rumah atau di pusat penjagaan kanak-kanak.
Menurut Prof. Dr. Bustam Kamri (2010), matlamat keselamatan perlu seimbang
dengan matlamat menyediakan dorongan dan cabaran perkembangan kanak-kanak dan
mainan. Orang dewasa secara idealnya merancang langkah mengelakkan kemalangan di
samping membenarkan risiko untuk mengamalkan amalan yang bersesuaian dengan kanak-
kanak. Guru perlulah mengenal pasti beberapa bahaya yang akan menimpa diri kanak-kanak
di sekolah mahupun di luar kawasan sekolah
Terdapat banyak aspek keselamatan yang guru perlu sedar bergantung pada umur dan
perkembangan kanak-kanak. Sebagai ibu bapa dan guru atau penjaga, kita perlu sedar akan
keupayaan kanak-kanak di bawah jagaan kita. Contohnya, mainan atau makanan tertentu
tidak membahayakan kanak-kanak dalam usia tertentu tetapi boleh membawa maut kepada
kumpulan umur yang lain. Kita perlu berhati-hati tentang perkara tersebut.

2
HDPS 4203
921221025970002

Antara aspek keselamatan yang perlu dijaga adalah keselamatan dapur, keselamatan
luara, keselamatan dalaman, keselamatan makanan dan keselamatan bermain. Ketiadaan
keselamatan ini akan menimbulkan satu keadaan yang membahayakan kepada kanak-kanak
terutamanya semasa berada di prasekolah.
Oleh itu, satu sistem perlindungan yang adil hendaklah diberikan kepada kanak-kanak
supaya dapat memenuhi tuntutan keperluan ketenteraman, kedamaian, perlindungan, bebas
dari rasa resah, bebas dari ketakutan yang semuanya merupakan aspek keselamatan.
Ketiadaan keselamatan ini akan menimbulkan satu keadaan yang membahayakan kepada
manusia. Pelbagai aspek lain juga perlu diambil kira untuk memastikan keselamatan kanak-
kanak seperti rekabentuk bangunan dan rekabentuk infrastruktur.
Begitu juga tentang rekabentuk perabot dan kemudahan dalam bangunan, dimana
ianya juga mempunyai kaitan dengan keselamatan. Keselamatan ini sangat penting bagi kelas
prasekolah supaya guru dan kanak-kanak dapat menjalankan aktiviti dan rutin kelas dengan
bebas, rasa selesa dan selamat. Ini dapat membantu menyuburkan nilai mengutamakan
keselamatan dikalangan kanak-kanak. Apabila semua langkah keselamatan dipatuhi ia dapat
mengelakkan daripada berlakunya kemalangan tidak diduga,mengelakkan serangan penyakit
dan kematian
Kanak-kanak memerlukan pemerhatian khas dari segi keselamatan, kerana kesihatan
mereka secara langsung dipengaruhi oleh persekitaran. Oleh itu, melalui program pendidikan
awal untuk menyerap kesedaran keselamatan lebih awal untuk mencegah kemalangan. Usaha
untuk mencegah kecederaan dan kematian yang tidak disengajakan harus menjadi
tanggungjawab utama setiap ibu bapa, guru dan pengasuh di pusat jagaan kanak-kanak. Ini
kerana kemalangan yang hanya menyebabkan kecederaan ringan memberi kesan langsung
kepada kesihatan kanak-kanak.
Oleh itu, tugasan saya kali ini adalah untuk membincangkan situasi kemalangan yang
mungkin berlaku di prasekolah dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengurangkan
kemalangan di prasekolah.

3
HDPS 4203
921221025970002

SITUASI KEMALANGAN YANG BOLEH BERLAKU DI PRASEKOLAH

Kemalangan dan kecederaan merupakan ancaman besar terhadap kesihatan dan


kesejahteraan kanak-kanak. Sebaik sahaja kanak-kanak mula merangkak dan bergerak,
mereka terdedah kepada risiko yang tinggi untuk mengalami kemalangan dan kecederaan.
Kadangkala kejadian yang tidak dirancang dan diingini ini boleh menyebabkan
kecederaan atau kematian. Kanak-kanak paling mudah terdedah dengan kemalangan kerana
keaktifan, perasaan ingin tahu, perasaan ini meneroka alam sekitar dan tindakan impulsif
mereka. Mereka tidak dapat menganggarkan risiko atau bahaya yang boleh menimpa
disebabkan tindakan mereka sendiri. Oleh itu, guru perlu bertanggungjawab untuk memantau
dan menyediakan bukan sahaja persekitaran yang menggalakkan tetapi juga persekitaran
yang selamat di sekolah.
Antara jenis kemalangan dan kecederaan yang boleh berlaku adalah kanak-kanak
terjatuh atau tergolek sewaktu berada didalam kelas atau kawasan prasekolah. Kanak-kanak
biasanya mengalami kecederaan akibat kelincahan mereka. Sewaktu di prasekolah kanak-
kanak boleh terjatuh atau tergolek ketika bermain dengan rakan, akibat lantai licin, ketika
duduk dikerusi didalam kelas atau juga ketika melakukan aktiviti di luar bilik darjah.
Selain itu, kanak-kanak juga kerap mengalami kecederaan terjatuh dan tergolek ketika
berada di taman permainan di sekolah. Guru seharusnya lebih bersedia dan sentiasa fokus
ketika memantau kanak-kanak di taman permainan. Walaupun bermain di taman permainan
boleh menyebabkan kecederan tetapi guru tidak seharusnya menghalang kanak-kanak untuk
bermain kerana ianya membantu perkembangan emosi, fizikal dan sosial kanak-kanak.
Selain itu, kanak-kanak boleh mengalami kemalangan seperti tersedak dan tercekik
ketika berada disekolah. Kanak-kanak boleh tercekik ketika saluran udara tersekat
sepenuhnya atau sebahagian oleh objek yang cuba mereka telan. Guru perlu memberi lebih
perhatian terhadap benda kecil seperti duit syiling, mainan kecil, manik, barang perhiasan
yang kecil, kacang, anggur, serpihan jagung, sayur mentah, dan makanan melekit seperti
gula-gula semasa kanak-kanak berada di sekolah.
Sekiranya saluran udara tidak disekat sepenuhnya, udara masih dapat masuk dan
keluar. Semasa kanak-kanak batuk, kemungkinan besar objek tersebut dapat dikeluarkan.
Namun, jika jalan udara tersumbat sepenuhnya, mangsa tidak akan dapat mengeluarkan objek
tersebut. Ini menyebabkan anak sukar bernafas dan kulitnya menjadi biru. Guru perlu
membuang atau keluarkan benda yang tersekat dengan segera.
4
HDPS 4203
921221025970002

Semasa berada disekolah, kanak-kanak juga boleh terdedah dengan keracunan.


Keracunan merujuk kepada kesan memakan atau menyedut toksin seperti racun perosak,
bahan kimian yang berbahaya, ubat-ubatan dan gas beracun. Keracunan yang boleh berlaku
semasa disekolah adalah keracunan makanan seperti makanan yang disediakan sudah basi
atau sudah tamat tempoh. Murid juga boleh terdedah dengan keracunan alat tulis seperti gam
yang digunakan mengeluarkan bau yang tidak enak atau alat pencuci yang digunakan oleh
guru menyebabkan kanak-kanak mengalami alahan seperti gatal-gatal atau naik bintik merah
pada anggota badan mereka.
Selain itu, guru juga perlu berhati-hati jika mereka memakai barangan kosmetik di
muka mahupun pewangi badan. Lumrah kanak-kanak yang ingin dibelai dan disentuh
membuatkan kanak-kanak akan menghampiri guru untuk minta dipeluk. Guru perlu sedar
bahan kosmetik mereka tidak sesuai dengan kanak-kanak dan sentiasa berhati-hati mengenai
perkara tersebut.
Keracunan ubat-ubatan juga mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak. Kadangkala
ibubapa menghantar anak ke sekolah walaupun tidak sihat namun menitip pesan kepada guru
untuk memberi anak mereka minum ubat yang telah dipreskripsi oleh doktor disekolah.
Perkara ini sangat membahayakan kerana guru tidak tahu reaksi yang akan diberikan oleh
kanak-kanak tersebut dan mungkin mengakibatkan kehilangan nyawa.
Situasi kanak-kanak lemas sewaktu berada di sekolah. Bilik air merupakan kawasan
berbahaya bagi kanak-kanak berumur bawah enam tahun utnuk bermain atau membuang air
besar atau kecil. Mereka mudah lemas atau jatuh disebabkan lantai licin. Kanak-kanak tidak
boleh ke bilik air sendirian tanpa ditemani oleh guru.
Keadaan yang mengundang bahaya kepada kanak-kanak adalah seperti meninggalkan
kanak-kanak berseorangan ketika menggunakan bilik air, meninggalkan bekas atau takungan
air dengan berisi air meskipun sedikit atau mangkuk tandas yang tidak ditutup dan
membuatkan kanak-kanak mungkin terjatuh dengan kepala dahulu ke dalamnya. Ketinggian
sinki yang tidak sesuai juga boleh mengakibatkan kemalangan kerana kanak-kanak yang
tidak sampai harus menjinjit kaki mereka untuk menggunakan sinki seperti membasuh tangan
mereka.
Luka terbakar dan melecur juga boleh berlaku akibat kemalangan di sekolah. Luka
terbakar merupakan kecederaan pada tisu disebabkan suhu tinggi, objek kimia atau sinaran
matahari manakala melecur boleh berlaku akibat terdedah kepada haba yang lembap seperti
mengukus atau air panas.
5
HDPS 4203
921221025970002

Menurut Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS, 2008),


kemalangan jalan raya di Malaysia telah mengorbankan 410 nyawa kanak-kanak yang
berusia antara satu hingga 15 tahun dan seramai 2,797 orang kanak-kanak mengalami
kecederaan ringan dan serius pada tahun 2009. Jumlah tertinggi kanak-kanak yang terkorban
dalam kemalangan jalan raya adalah kanak-kanak yang berada dalam lingkungan umur 11
dan 15 tahun. Kanak-kanak dalam lingkungan umur ini merekodkan jumlah kematian seramai
213 mangsa di seluruh negara (MIROS, 2009). Sebanyak 43 peratus kemalangan
membabitkan kanak-kanak yang menunggang motosikal atau pembonceng motosikal dan 24
peratus melibatkan kemalangan kenderaan serta 18 peratus membabitkan kanak-kanak yang
berjalan kaki sewaktu melakukan perjalanan. Kemalangan jalan raya yang melibatkan
golongan kanak-kanak sering berlaku di beberapa kawasan tertentu seperti kawasan
kediaman, sekolah, dan taman permainan.
Bagi kanak-kanak kecil, mereka perlu didedahkan dengan amalam keselamatan
berkaitan dengan kenderaan dan pada yang sama mengamalkanya juga sebagai contoh terbaik
untuk kanak-kanak. Kemalangan yang biasanya terjadi kepada kanak-kanak adalah seperti
terjatuh basikal, berlanggar objek kaku ketika menaiki basikal atau hilang kawalan basikal
mereka.
Penderaan juga boleh disabitkan dengan situasi kemalangan yang boleh berlaku di
prasekolah. Penderaan boleh dibahagikan kepada 3 iaitu penderaan fizikal, seksual dan
emosi. Menurut Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991, penderaan fizikal didefinisikan
sebagai kanak-kanak yang cedera secara fizikal dan jika cedera, kecederaan itu boleh dilihat
dimana-mana bahagian badan kanak-kanak.
Penderaan fizikal adalah yang paling mudah dikesan kerana kecederaan luaran boleh
diperhatikan dengan jelas seperti luka, kesan terbakar, melecur, patah tulang, lebam, calar,
keguguran rambut, lebam kesan pukulan atau kecederaan lain yang bukan disebabkan oleh
kemalangan. Punca kecederaan yang dinyatakan oleh pendera selalunya tidak konsisten dan
tidak munasabah dengan umur kanak-kanak dan tahap perkembanganya.
Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991, mendefinisikan penderaan seksual berlaku
apabila kanak-kanak didera secara seksual sama ada melibatkan fizikal atau menyaksikan
mana-mana aktiviti seksual seperti pornografi, bahan lucah atau yang mengaibkan.
Semua tindakan ini dianggap sebagai penderaan tidak kira sama ada kanak-kanak rela
ataupun tidak. Meskipun dengan persetujuan, ia masih dikatakan sebagai penderaan kerana
kanak-kanak tegar dan tidak mampu untuk membuat keputusan yang rasional dengan sendiri.
6
HDPS 4203
921221025970002

Penderaan emosi adalah yang paling sukar dikenal pasti. Tiada definisi lengkap yang
boleh digunakan pada peringkat antarabangsa untuk menggambarkan penderaan emosi.
Penderaan emosi merujuk kepada gangguan psikologi terutama dari aspek penderaan mental
dan emosi atau ditindas oleh ahli keluarga terdekat. Emosi di sini merujuk kepada kesedihan,
marah, berang, kebencian, kesakitan dan sebagainya.
Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991, kanak-kanak dikatakan didera secara emosi
apabila seseorang boleh melihat gangguan mental dan fungsi emosi kanak-kanak. Dengan
kata lain, kanak-kanak mengalami keadaan kekeliruan mental atau tingkah laku termasuk
keresahan, tertekan, kesunyian atau tumbesaran terencat.

7
HDPS 4203
921221025970002

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN YANG PERLU DIAMBIL

Kemalangan dalam kalangan kanak-kanak boleh dielakkan jika keselamatan kanak-


kanak diberi keutamaan di sekolah. Di sekolah, guru bertanggungjawab menyediakan
persekitaran yang sihat dan selamat untuk kanak-kanak berhubungan, bersosial dan
berkembang secara optimum. Guru perlu memberi perhatian yang lebih kepada keperluan
keselamatan di dalam dan di luar bilik darjah.
Pihak sekolah atau guru perlu memastikan kawasan seperti bilik darjah, penjuru,
koridor tandas dan dapur diterangi dengan lampu. Keadaan kelas yang cerah dengan lampu
boleh membantu untuk menangani masalah kanak-kanak tersadung bucu seperti meja atau
kerusi atau menghalang kanak-kanak daripada terlanggar objek yang sedia ada di sekolah
seperti pintu ataupun dinding kelas.
Guru tidak boleh meninggalkan objek tajam merata-rata. Simpan objek tersebut di
tempat yang selamat dan pastikan tidak mudah dicapai oleh kanak-kanak. Selepas selesai
aktiviti mengunting contohnya, guru perlu mengambil semula gunting atau memastikan
kanak-kanak menyimpan semula gunting di tempat yang selamat. Selain itu, peraturan tidak
boleh masuk ke dapur sekolah perlu diterapkan dalam diri setiap kanak-kanak kerana
bahagian dapur mempunyai pelbagai peralatan tajam dan berbahaya kepada kanak-kanak.
Pastikan semua kuasa elektrik (soket) yang dipasang berada paras yang tinggi dan
tidak mudah dicapai oleh kanak-kanak. Sumber kuasa yang dipasang pada paras rendah
haruslah ditutup selepas digunakan. Guru boleh menerangkan akibat jika terkena renjatan
elektrik kepada kanak-kanak agar kanak-kanak lebih berhati-hati.
Selain itu, elakkan penggunaan lampu meja, lampu sudut yang berkaki, kipas meja
dan kipas berkaki. Jika diperlukan, ianya perlu diuruskan oleh guru sahaja. Kanak-kanak juga
harus diberikan arahan supaya tidak mendekati kipas berkaki sekiranya ada di kelas.
Ubat-ubatan (peti pertolongan cemas) dan objek berbahaya (ubat serangga, lingkaran
ubat nyamuk, cat dan sebagainya) perlu berada di tempat yang sepatutnya dan tidak dapat
dilihat atau dicapai oleh kanak-kanak. Guru hanya boleh menggunakan ubat luaran untuk
luka luaran seperti terjatuh dan berdarah sahaja. Ubat seperti paracetamol, ubat batuk dan
ubat selsema tidak dibenarkan untuk guru beri pada murid walaupun ada preskripsi daripada
doktor.
Kemudahan tandas perlu mencukupi. Jika boleh, dua pintu dipasang bagi memastikan
kanak-kanak boleh masuk dari dalam atau luar bilik darjah. Jika tidak, boleh sediakan tempat
8
HDPS 4203
921221025970002

mencuci tangan dan kaki diluar. Selain itu, sinki disediakan mengikut saiz kanak-kanak
manakala cermin, suis lampu dan tuala muka berada di tempat yang mudah dicapai kanak-
kanak bagi membantu mereka mengurus kebersihan diri. Bahan yang digunakan untuk
mencuci lantai dan permukaan tandas hendaklah daripada bahan yang selamat untuk kanak-
kanak dan keadaan dalam tandas juga perlulah terang supaya murid mudah melihat
pergerakan mereka dan pemandangan mereka tidak terbatas.
Perabot dan susunan perkakasan kanak-kanak dikelas untuk haruslah selamat. Perabot
yang digunakan perlu bersesuaian dengan kanak-kanak bagi mengelakkan mereka daripada
terjatuh dan cedera. Perabot tersebut juga perlulah kukuh dan tahan lama serta tiada buju
yang tajam padanya.
Rak mahupun almari yang berada di kelas perlulah rapat ke dinding supaya tidak
berlaku kemalangan seperti rak atau almari jatuh ketika kanak-kanak mengambil sesuatu dari
situ serta saiz rak yang kecil juga memain peranan dalam keselamatan kanak-kanak di
sekolah.
Lantai di dalam kelas juga perlu sentiasa kering dan bahan yang digunakan di lantai
juga perlu mudah dibersihkan seperti vinil atau tikar getah. Pastikan juga lantai tersebut
dibersihkan segera jika kanak-kanak menumpahkan sesuautu seperti air minuman mereka.
Lantai juga tidak boleh ada wayar atauapun barang licin seperti permaidani.
Sekiranya berlaku kebakaran, pastikan kanak-kanak dikeluarkan dari kawasan
kebakaran dengan segera. Bunyikan loceng kecemasan sekiranya api marak dengan cepat.
Hubungi bomba dan polis jika ada yang terperangkap.
Guru perlu memastikan alat pemadam api diselengggara dengan bantuan balai bomba
tempatan supaya peralatan akan selalu berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan
dengan baik jika berlaku kecemasan. Guru juga boleh belajar cara menggunakan alatm
pemadam api yang disediakan. Wisel dan alat pemadam api perlu diletakkan di kawasan
dapur dan tempat yang mudah dicapai oleh guru atau pembantu.
Buat ”Pelatan Tindakan Respons Kecemasan” serta latihan praktikal kawad
kecemasan sekurang-kurangnya dua atau tiga kali sepanjang sesi persekoalahan supaya
kanak-kanak memahami jalan selamat yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan.
Ruang di luar prasekolah harus dipagar. Permukaan longkang dan permukaan lain
yang terbuka mesti ditutup. Tapak ruang permainan luar harus ditutup dengan ’rubber tiles’
untuk keselamatan murid jika terjatuh semasa cermain.

9
HDPS 4203
921221025970002

Selain itu, rumput mestilah dipotong pendek di kawasan sekolah. Pastikan benda-
benda yang tajam dan merbahaya tiada dalam kawasan prasekokah dan peralatan permainan
luar dalam keadaan selamat. Jika ada bekas bahan kimia sama ada berbentuk cecair atau
serbuk pecah misalnya termos, lampu Kalimantan, bersihkan sebersih-bersihnya
Bahan-bahan sisa logam, paku atau kaca hendaklah dibuang jauh dari kawasan
interaksi kanak-kanak prasekolah. Kanak-kanak hendaklah memakai pakaian yang sesuai
ketika beraktiviti di padang, di bilik air dan sebagainya. Semasa aktiviti di padang, pastikan
alat-alat sukan disusun dengan keadaan tidak merbahaya dan pastikan kanak-kanak tidak
bermain di bawah talian elektrik atau berhampiran suis elektrik, terutama ketika hujan. Petir
mudah menyambar kawasan tersebut.

10
HDPS 4203
921221025970002

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, keselamatan merupakan satu aspek penting yang perlu


dititikberatkan di dalam setiap perancangan dan matlamat keselamatan, dalam proses
merekabentuk ruang pembelajaran, keselamatan perabot yang digunakan di dalam bilik
darjah malah di luar bilik darjah seperti di taman permainan kanak-kanak terutama peralatan
mainan yang digunakan perlu dipantau sama ada masih dalam keadaan baik atau sebaliknya.
Pemahaman terhadap konsep keselamatan bukan sahaja perlu difahami oleh guru
mahupun ibu bapa namun kanak-kanak itu sendiri seharusnya diberi pendedahan tentang
keselamatan agar kanak-kanak mengetahui membezakan sesuatu yang baik untuk mereka
dalam aspek keselamatan. Guru prasekolah perlu sentiasa mengawasi keperluan-keperluan
keselamatan.
Kanak-kanak boleh dilatih untuk mengenali punca-punca kemalangan dan bahayanya.
Suasana prasekolah yang selamat dari aspek fizikal dan psikologi, dapat menjamin kanak-
kanak dan guru menumpukan perhatian kepada proses pembelajaran dan pendidikan
seoptimumnya. Oleh itu, semua guru prasekolah bertanggungjawab dalam memastikan segala
peralatan, bahan dan ruang yang disediakan di prasekolah bersesuaian dengan keperluan
kanak – kanak.
Guru perlu sentiasa bekerjasama dengan pembantu pengurusan murid bagi
memastikan keselamatan kanak – kanak di prasekolah terjamin serta membantu
meningkatkan proses pembelajaran dan perkembangan mereka. Malah, kerjasama yang baik
antara kedua–dua pihak juga perlu bagi memastikan persekitaran kanak–kanak selamat dan
terjamin tahap kebersihannya. Dengan itu, dapatlah dirumuskan di sini bahawa semua pihak
perlu bekerjasama bagi memastikan segala keperluan kanak–kanak di sekolah mahupun
prasekolah adalah terjamin dan mampu melahirkan kanak – kanak yang sihat dalam setiap
aspek kehidupan.

11
HDPS 4203
921221025970002

PENGENALAN

Di Malaysia, dianggarkan 3000 kes kemalangan berlaku di taman permainan setiap 3


bulan. Kemalangan selalunya melibatkan kanak-kanak berumur di antara 5-9 tahun.
Kemalangan yang kerap dilaporkan melibatkan kawasan permukaan taman kanak-kanak.
(Rujukan : Kemalangan Epidemiology di Malaysia).
Kemalangan kanak-kanak ini boleh berlaku jika mereka jatuh atau terpintas dari
peralatan permainan, dan jatuh dari tempat tinggi. Kes jatuh ini merangkumi 75% daripada
kemalangan di taman permainan, terhantuk atau terlanggar peralatan permainan atau rakan-
rakan ketika sedang bermain, terluka atau tercalar atau peralatan permainan yang kerap
dikaitkan dengan kemalangan adalah buaian, palang bergayut, gelunsur dan jongkang-
jongkit.
Kajian yang dibuat Persatuan Keselamatan Taman Permainan Malaysia (PSAM)
menunjukkan 75.6% taman taman permainan awam berada dalam keadaan yang kurang
memuaskan dengan 50% peralatannya berkarat dan boleh menimbulkan bahaya kepada
kanak-kanak.

12
HDPS 4203
921221025970002

LAPORAN
Sepanjang pemerhatian saya sewaktu berada di taman permainan berhampiran
kawasan rumah saya di Queensbay Mall, Pulau Pinang mendapati bahawa terdapat banyak
alat-alat permainan yang sudah rosak dan berkarat.
Alat-alat permainan tersebut sememangnya tidak boleh lagi digunakan oleh kanak-
kanak kerana membahayakan keselamatan mereka. Oleh itu, saya ada beberapa cadangan
kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi memperbaiki hal ini.
PBT perlu melatih pekerja atau kontraktor mereka untuk jaga keselamatan di taman
permainan dengan betul sementara papan penerangan mesti diletakkan di setiap peralatan
bagi membolehkan orang ramai belajar cara dan siapa yang boleh menggunakannya.
Pihak berkaitan juga harus mematuhi piawaian yang ditetapkan Jabatan Standard
Malaysia, termasuk menggunakan peralatan permainan dan jenis permukaan yang diluluskan
Juga, perlu ada Inspektor Keselamatan Taman Permainan Bertauliah (CPSI) berkelayakan
dan program advokasi untuk membantu menghalang vandalisme.
Pihak Berkuasa Tempatan perlu melaksanakan audit keselamatan setiap tahun di
semua taman permainan awam di seluruh negara untuk membantu mengenal pasti masalah
dan mengambil tindakan untuk mencegah kemalangan. Audit perlu dijalankan dengan
bantuan agensi-agensi yang mempunyai kepakaran.
Mereka juga harus mendapatkan perkhidmatan inspektor keselamatan taman
permainan bertauliah untuk membantu kontraktor memasang dan menyelenggara taman
permainan di bawah bidang kuasa mereka.
Jabatan Standard Malaysia diminta untuk membuat semakan semula skop dan
keperluan MS 966:2001 (Peralatan Taman Permainan) adalah tepat pada masanya. Ia
bertujuan untuk meningkatkan kesedaran aspek keselamatan dalam kalangan pihak yang
terbabit dalam pemasangan dan penyelenggaraan peralatan permainan di taman permainan.
Selain itu, standard ini diperlukan untuk melindungi peranan, tanggungjawab dan
liabiliti semua pengguna seperti pengusaha, pembeli dan pemasang peralatan, pemaju dan
pemilik taman permainan, pegawai sekolah, pereka bentuk taman permainan, arkitek,
kakitangan taman rekreasi dan orang awam (seperti pemeriksa yang bertauliah, ibu bapa dan
pihak sekolah) yang prihatin terhadap keselamatan orang awam di taman permainan.

13
HDPS 4203
921221025970002

KESIMPULAN

Pihak-pihak yang berkenaan perlulah mengambil berat dan melihat setiap taman
permainan yang ada sebarang kerosakan. Hal ini amat penting kerana jika kerosakan yang
ada tidak diperbaiki dengan segera maka keselamatan kanak-kanak yang bermain di taman
permainan tersebut mudah untuk mendapat kemalangan. Maka pihak seharusnya perlulah
menitikberatkan tentang keselamatan kanak-kanak yang bermain di taman permainan
tersebut. Bak kata pepatah “mencegah sebelum merawat”.
Keselamatan kanak-kanak adalah tanggungjawab bersama. Oleh itu, marilah kita
sebagai masyarakat Malaysia untuk sama-sama berganding bahu bagi menjaga keselamatan
kanak-kanak walau dimana mereka berada.

14
HDPS 4203
921221025970002

RUJUKAN

1) file:///D:/USER/Downloads/1403-Article%20Text-2340-1-10-20190322.pdf

2) http://nzamy15.blogspot.com/2010/12/konsep-keselamatan-keselamatan-

merujuk.html

3) file:///D:/USER/Downloads/vdocuments.site_keselamatan-di-tadika.pdf

4) file:///D:/USER/Downloads/753-Article%20Text-1219-1-10-20190227.pdf

5) http://xingyigkb.blogspot.com/2015/07/kes-kes-yang-melibatkan-kanak-kanak-

di.html

6) http://www.myhealth.gov.my/keselamatan-di-taman-permainan/

7) https://www.astroawani.com/berita-malaysia/bahaya-taman-permainan-pbt-digesa-

audit-tahap-keselamatan-194237

8) https://www.astroawani.com/berita-malaysia/laksanakan-audit-keselamatan-di-taman-

permainan-seluruh-negara-207507

15

You might also like