Pencemaran Air

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 15

PENCEMARAN AIR

1.0 Pengenalan

Dewasa ini, dalam mengejar arus pemodenan terdapat pelbagai projek pembangunan dan
aktiviti-aktiviti ekonomi jelas kelihatan di merata tempat. Namun, pembangunan yang pesat
dalam meningkatkan taraf hidup penduduk telah menyebabkan masalah alam sekitar. Hal ini
telah memberi kesan negatif terhadap alam sekitar seperti berlakunya pencemaran.
Masalah yang berlaku ini semakin menggugat kesihatan manusia, sumber-sumber ekonomi
dan seterusnya kemandirian bumi. Menurut Seksyen 2 Akta Kualiti Alam Sekitar 1974
(1974:5), pencemaran adalah apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada
sifat- sifat fizik, kimia atau biologi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,
mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaan-kegunaan
berfaedah yang menyebabkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya
kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain,
tumbuhan dan haiwan.

Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan kepada pelbagai bentuk seperti


pencemaran air, udara, bunyi dan lain-lain lagi. Namun, penulisan ini hanya akan memberi
fokus kepada satu jenis pencemaran sahaja iaitu pencemaran air. Diketahui bahawa semua
kehidupan di bumi ini memerlukan air yang merupakan sumber alam amat penting. Akan
tetapi, masalah pencemaran air yang berlaku telah mengganggu dan merosakkan tubuh
manusia serta hidupan lain yang menggunakan air sebagai minuman dan kegunaan harian.
Pencemaran air ditakrifkan sebagai sebarang apa yang menyebabkan atau menggalakkan
keadaan yang buruk dalam mana-mana badan air dan meninggalkan kesan yang negatif ke
atas kemungkinan penggunannya (S. Robert Aiken et.al. 1994:290). Oleh itu, pencemaran
air terjadi apabila berlaku perubahan dari segi warna, keadaan dan kandungan sehingga air
tersebut tidak sesuai digunakan. Perubahan yang berlaku secara sengaja atau tidak seperti
kebocoran dan luahan bahan kimia ke dalam sumber air atau fenomenon eutrofikasi
menunjukkan tanda-tanda berlakunya pencemaran air.

Selain itu, pencemaran air boleh berlaku akibat proses semula jadi. Namun
kebanyakkan pencemaran yang berlaku adalah akibat daripada aktiviti manusia. Hal ini
berlaku kerana proses globalisasi yang membawa kepada pembangunan menyebabkan
masalah pencemaran kian berleluasa. Rajah 1 di bahagian lampiran menunjukkan peratus
pencemaran air berdasarkan aduan diterima oleh Jabatan Alam Sekitar dan peratusan
mengikut negeri di Malaysia pada tahun 1998. Penulisan ini seterusnya akan
membincangkan dengan lebih lanjut mengenai jenis pencemaran air, punca dan kesan
pencemaran air, contoh isu-isu berkaitan, peraturan Akta Kualiti Alam Sekitar (AKAS) 1974
berkaitan pencemaran air dan akhir sekali langkah mengatasi pencemaran air.

1
PENCEMARAN AIR

2.0 Jenis-jenis Pencemaran Air

Dari sudut kajian hidrologi, pada amnya pencemaran air dapat diklasifikasikan kepada tiga
jenis iaitu pencemaran fizikal, pencemaran biologi dan pencemaran kimia Pencemaran
fizikal merujuk kepada bahan tidak larut dalam air seperti sampah sarap daripada logam,
kaca, kelodak dan kertas. Pencemaran biologi adalah seperti najis binatang yang boleh
menyebabkan kemunculan bakteria seperti Ezcherichia coli atau E Coli, cacing nematod dan
mikrob lain manakala pencemaran kimia iaitu bahan kimia terlarut yang terhasil daripada
pencemaran fizikal dan biologi serta logam berat (http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?
option=com_content&view=article&id=1902:sumber-air-mentah-krisis-masa-hadapan negara
&catid=325:info-ringkas). Namun, jenis utama pencemaran air dikategorikan kepada tiga
iaitu pencemaran sungai, pencemaran laut dan pencemaran air bawah tanah atau tasik.

2.1. Pencemaran Sungai

Kebanyakan sungai yang mengalami pencemaran yang serius ialah sungai-sungai yang
melalui kawasan perbandaran seperti bandar-bandar besar dan kawasan perindustrian
berbanding dengan sungai yang terletak di luar bandar dan kawasan pedalaman. Di
Malaysia, bilangan sungai yang tercemar telah meningkat dari tujuh kepada sebelas batang
sungai pada tahun 1992 dan 1993 (Mohamadisa Hashim dan Mohamad Yusri Che Ngah,
2005:36).

Sejak tahun 1978 pihak Jabatan Alam Sekitar telah memantau status kualiti air
sungai berdasarkan Indeks Kualiti Air (IKA). Parameter yang digunakan untuk mendapatkan
IKA terdiri daripada keperluan Oksigen Biokimia (BOD 5), keperluan Oksigen Kimia (COD,
Ammoniakol Nitrogen (NH3N), pepejal terampai (SS), nilai pH dan Oksigen Terlarut (DO). Ukuran
IKA dihititung dan dijadikan IKA keseluruhan untuk mengklasifikasikan air sungai mengikut status
bersih (B), sederhana tercemar (ST) dan tercemar (T). klasifikasi air ditunjukan seperti berikut:
Indeks
Parameter Bersih (B) Sederhana Tercemar (T)
Tercemar (ST)
Indeks Kualiti Air (IKA) 81-100 60-80 0-59
Keperluan Oksigen Biokimia (BOD5) 91-100 80-90 0-79
Ammoniakol Nitrogen (NH3N) 92-100 71-91 0-70
Pepejal Terampai (SS) 76-100 70-75 0-69
Jadual 1: Klasifikasi kualiti air
(Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, 2009:71)

2.2 Pencemaran Laut

2
PENCEMARAN AIR

Jenis pencemaran air yang kedua ialah pencemaran laut. Pencemaran ini berlaku
disebabkan oleh pembuangan kotoran daripada punca daratan ke laut, pembuangan sisa
berbahaya daripada kapal dan limpahan minyak. Selain itu, tumpahan minyak dari pelantar
telah dilaporkan lebih banyak berlaku yang juga menyebabkan pencemaran laut. Laut
mengalami pencemaran daripada banyak sumber. Pencemar utama air laut ialah minyak,
gris, pepejal terampai dan Esherichia coli (E.coli). Selain itu, kapal-kapal membuang najis
dan sisa terus ke dalam laut manakala sungai pula mengalirkan bahan kimia sektor
pertanian seperti pestisiddan baja bersama dengan buangan sampah-sarap.

Pencemaran laut juga berlaku disebabkan oleh kelodak dari ladang, kuari atau hasil
projek pembangunan dan pembalakan dialirkan ke sungai dan dibawa ke laut bersama-
sama dengan effluen-effluen industri. Sampah-sarap dari pantai yang menjadi tarikan
pelancongan juga dialirkan ke laut. Di samping itu, laut juga dicemari oleh logam-logam
berat seperti merkuri, plumbum, zink dan kadmium. Istilah logam berat merujukkepada
kumpulan unsur yang mempunyai ketumpatan melebihi 5 gm/cm3. Antara contohnya adalah
Pb, Cd, Hg, Ni dan Co (http://www.scribd.com/doc/19491462/Pencemaran-Air).

2.3 Pencemaran Air Bawah Tanah/Tasik

Pencemaran air tasik dan air bawah tanah juga berlaku. Pencemaran jenis ini disebabkan
oleh buangan industri yang ditanam dalam tanah serta baja kimia, racun serangga dan
racun rumpai dari bidang pertanian. Selain itu, penggunaan bahan kimia yang tidak terkawal
telah mengurangkan dengan banyaknya ikan air tawar di beberapa kawasan dan berlakunya
pencemaran air di kawasan tersebut. Sebagai contoh, pencemaran air Tasik Chini di negeri
Pahang berlaku disebabkan oleh pembangunanya sebagai destinasi pelancongan dan juga
penerokaan kawasan sekitar tasik untuk sektor pertanian. Baja dibawa ke tasik oleh air
hujan menyebabkan tumbuhan akuatik seperti tumbuhan terapung dan tumbuhan
tenggelam tumbuh subur di kawasan tasik. Oleh itu, pembangunan berterusan tanpa
kawalan berkemungkinan akan menyebabkan pencemaran pada ekosistem tasik tersebut.

3.0 Punca-punca Pencemaran Air

3
PENCEMARAN AIR

Menurut Mohamad Suhaily Yusri Haji Che Ngah dalam buku Isu-isu Pengurusan Alam
Sekitar oleh Hamidi Ismail dan Tuan Pah Rokiah Syed Hussain (2006:45), pencemaran air
boleh disebabkan oleh pelbagai jenis sebatain organik dan tak organik dan mikroorganisma
selalunya memainkan peranan yang penting bagi menentukan sejauh mana pencemaran itu.
Secara amnya, pencemaran air terjadi bila berlaku perubahan dari segi kandungan dan
warna sehingga tidak sesuai digunakan dan memberi kesan bahaya kepada kesihatan
manusia.

Menurut Jabatan Alam Sekitar pada tahun 2007, Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah
merekodkan sebanyak 19,320 punca-punca pencemaran air. Ianya merangkumi  loji
rawatan kumbahan iaitu sebanyak 9,337@48.3% termasuk 640 stesen rangkaian pam,
industri pembuatan 8,708@ 45.1%, ladang khinzir 779@ 4.0% dan industri berasaskan
pertanian 485@2.5%. JAS telah mengumpulkan statistik berhubung punca-punca
pencemaran air dari industri pembuatan dan industri berasaskan pertanian melalui lawatan
lapangan dan soal selidik. Jumlah keseluruhan punca pencemaran air dari kedua-dua
industri ini ádalah sebanyak 9,204 (http://www.doe.gov.my/old/?q=ms/content/punca-
pencemaran-air-sungai).

Sebahagian besar pencemaran yang terjadi di dunia ini adalah akibat kegiatan
manusia. Di samping itu, penduduk yang terus meningkat menambahkan lagi masalah
pencemaran (Jainine Amas, 2001:4). Pencemaran air yang berlaku disebabkan oleh
beberapa faktor atau punca. Antaranya ialah pembangunan tanah, perindustrian, pertanian,
perlombongan dan pembalakan serta loji rawatan kumbahan.

3.1 Pembangunan Tanah

Proses pembangunan tanah dirujuk kepada pembangunan infrastruktur awam seperti


perumahan, jalan raya, guna tanah semula, pembalakan untuk tujuan pembangunan bandar
baru telah memberi impak terhadap kualiti air (Mohamadisa Hashim dan Mohamad Yusri
Che Ngah, 2005:36). Hakisan tanah berlaku disebabkan oleh kegiatan-kegiatan tersebut
yang menimbulkan masalah pencemaran air. Hakisan tanah yang berlaku dialirkan ke dalam
sungai sehinggakan sungai menjadi cetek akibat pemendapan tanah dan lumpur. Manusia
dan hidupan akuatik menerima kesan daripada sungai yang cetek apabila air melimpah ke
daratan akibat hujan lebat dan seterusnya berlakunya banjir kilat. Sejak dahulu lagi,
pencemaran air berpunca daripada pembangunan sumber tanah yang menyebabkan
hakisan dan pemendapan serta pengubahsuaian regim hidrologi yang dulunya adalah stabil.

4
PENCEMARAN AIR

3.2 Perindustrian

Kini, terdapat banyak kilang dan kawasan perindustrian di Malaysia. Keadaan tersebut
menyumbang kepada berlakunya pencemaran air sama ada di sungai mahupun laut.
Kesihatan penduduk tergugat apabila bahan kumuhan kilang seperti sisa toksid dibuang ke
sungai atau laut dan seterusnya menyebabkan kemudaratan kepada aktiviti manusia. Oleh
itu, manusia terdedah kepada pelbagai jenis penyakit yang berbahaya. Punca pencemaran
air dari segi perindustrian ialah pembuangan efluen dari aktiviti perkilangan. Sebagai contoh,
pencemaran air di Pulau Pinang, Selangor dan Johor berlaku adalah berpunca daripada sisa
industri yang mengalir ke laut. Hal ini kerana, negeri-negeri tersebut merupakan negeri
perindustrian dan perlu diberi perhatian lebih untuk kesejahteraan masyarakat. Air sungai
dan laut tercemara apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan
mengandungi bahan toksik. Pencemaran air boleh menjejaskan hidupan akuatik dan
seterusnya sumber makanan. Di samping itu, menjejaskan ekonomi nelayan tradisional
apabila pencemaran laut berlaku akibat daripada kegiatan perindustrian.

3.3 Pertanian

Faktor pertanian juga menyumbang berlakunya pencemaran air. Hal ini berpunca daripada
kilang getah, kelapa sawit, nanas, ubi, kayu dan tebu. Kesemuanya berupaya menghasilkan
bahan buangan organik yang tinggi dan dengan mudah mengakibatkan pencemaran air
kerana sebahagian besar kilang tersebut menyalurkan bahan buangannya ke alur air
sungai. Selain itu, pencemaran dari aktiviti pertanian seperti penggunaan racun serangga
berlebihan sehingga mengganggu kualiti air seperti di sawah padi atau pun perladangan.
Pembukaan kawasan perladangan yang baru turut membawa air kelodak dan lumpur ke
sungai berdekatan di samping aktiviti pembukaan tanah atau projek pembinaan perumahan
atau bangunan.

3.4 Perlombongan dan pembalakan

Aktiviti pembalakan menjejaskan sumber kawasan tadahan dan menyebabkan timbunan


lumpur dan kelodak yang akhirnya menyebabkan nilai keindahan sungai terjejas serta
sungai menjadi cetek. Selain itu, sampah sarap serta pembuangan sisa kumbahan domestik
dari setinggan dan aktiviti perlombongan seperti perlombongan bijih timah atau apa-apa
sahaja aktiviti perlombongan yang berhampiran sungai juga merupakan punca berlakunya
pencemaran sungai. Di samping itu, kegiatan pembalakan dan perlombongan di kawasan
tadahan mengakibatkan masalah pemendapan dan kelodak seperti pembalakan di hutan

5
PENCEMARAN AIR

Ulu Muda meliputi kawasan Hutan Tadahan Air menimbulkan kebimbangan besar kepada
masyarakat setempat.

3.5 Loji Rawatan Kumbahan

Indah Water Konsortium (IWK) Sdn. Bhd. telah menguruskan loji rawatan kumbahan di
Semenanjung Malaysia dan Labuan. Bilangan loji rawatan kumbahan di bawah pengurusan
Indah Water Konsortium (IWK) Sdn. Bhd. telah bertambah daripada 9,060 pada tahun 2006
berbanding 9,337 buah loji pada tahun 2007. Selangor mencatatkan bilangan loji rawatan
kumbahan yang paling tinggi iaitu sebanyak 2,649@ 28.4%, diikuti Perak 1,398 @15.0%,
Johor 1,038@ 11.1% dan Negeri Sembilan 937@ 10.0%. Pelepasan effluen daripada loji
rawatan kumbahan termasuk yang telah dirawat sepenuhnya atau dirawat separuh
merupakan penyumbang kepada beban pencemar organik utama. Dianggarkan sebanyak
941,934.27 kg/hari beban BOD dilepaskan dari loji rawatan kumbahan. Ini diikuti oleh effluen
dari ladang khinzir sebanyak 223,062 kg/hari dan industri pembuatan dan industri berasakan
pertanian sebanyak 81,596.83 kg/hari. Jadual di bawah menunjukkan jumlah beban BOD
yang dilepaskan daripada loji rawatan kumbahan pada tahun 2007.

Bil Loji
Jumlah Kadar Alir Beban BOD
Negeri Rawatan
Penduduk (m3/hari) (kg/hari)
Kumbahan

Selangor 2,649 6,366,224 1,432,400 358,100.10

Perak 1,398 1,373,084 308,944 77,235.98

Johor 1,038 1,265,618 284,764 71,191.01

Negeri Sembilan 937 1,001,532 225,345 56,336.18

Kedah 782 601,618 135,364 33,841.01

Melaka 751 622,932 140,160 35,039.93

Pulau Pinang 657 2,198,113 494,575 123,643.86

Pahang 510 337,231 75,877 18,969.24

WP Kuala Lumpur 306 2,760,202 621,045 155,261.36

Terengganu 227 80,957 18,215 4,553.83

Perlis 41 21,066 4,740 1,184.96

WP Labuan 32 43,099 9,697 2,424.32

WP Putrajaya 9 73,822 16,610 4,152.49

6
PENCEMARAN AIR

Total 9,337 16,745,498 3,767,736 941,934.27


Jadual 2: Malaysia: Jumlah Beban BOD (kg/hari) daripada loji rawatan kumbahan
(Sumber: http://www.doe.gov.my/old/?q=ms/content/punca-pencemaran-air-sungai)

*Sila rujuk Rajah 2 - 5 di Lampiran untuk melihat maklumat berkaitan faktor dan punca
pencemaran air.

4.0 Kesan Pencemaran Air

Pencemaran air yang berlaku boleh memberikan kesan terhadap manusia dan kehidupan
lain. Kesan pencemaran air yang berlaku kepada manusia adalah terhadap kesihatan
mereka sendiri. Sebagai contoh, kesan yang dianggap kronik akibat pencemaran air yang
berlaku terhadap manusia ialah anomalia iaitu pembesaran tubuh dan tingkah laku yang
tidak normal serta kurang daya ketahanan badan akibat penggunaan sumber air tersebut.
Oleh itu, air yang tercemar adalah berbahaya terhadap kesihatan manusia serta hidupan
lain.

Selain itu, pencemaran air ini juga memberi kesan kepada organisma laut di perairan
cetek akibat daripada tumpahan minyak ke laut. Apabila tumpahan minyak berlaku dengan
banyak berhampiran persisiran pantai ia akan membentuk lapisan minyak yang boleh
mengancam hidupan laut serta burung. Di samping itu, tumpuhan tersebut juga turut
menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton. Hidupan air akan mati dengan tumpahan
minyak akibat daripada pembuangan sampah dan sisa toksid yang dicemarkan. Maka, air
yang tercemar adalah berbahaya dan menghalang hidupan akuatik. Justeru itu, sungai
merupakan anugerah yang tidak ternilai kepada seluruh umat manusia. Namun sejak
kebelakangan ini sungai di negara-negar di Asia begitu tercemar sekali. Sepatutnya sumber
air ini dihargai sepenuhnya. Jika ditakdirkan kita mengalami krisis air kesannya amatlah
buruk kepada seluruh hidupan terutamanya manusia.

5.0 Isu-isu Pencemaran Air

7
PENCEMARAN AIR

Kualiti air merupakan satu gambaran atau tindak balas komposisi air terhadap segala input
sama ada semula jadi atau budaya. Air dikatakan tercemar apabila dibuktikan mengandungi
beberapa mikroorganisma tertentu atau sebatian-sebatian kimia yang menyebabkan air itu
tidak boleh digunakan (Hamidi Ismail dan Tuan Pah Rokiah Syed Hussain, 2006:44).
Terdapat beberapa isu berkaitan pencemaran air yang diberi fokus dalam penulisan ini.
Antaranya ialah pencemaran di Lembangan Linggi, Negeri Sembilan, pencemaran Sungai
Juru, pencemaran Sungai Kelang dan pencemaran Tasik Kenyir.

5.1 Pencemaran air di Lembangan Linggi, Negeri Sembilan

Kajian yang dijalankan oleh Hamirdi Ithnin dan Nordin Sakke (2000) di Lembangan Linggi,
Negeri Sembilan mendapati bahawa terdapat korelasi yang kuat antara pencemaran air
seperti Partikel Terampai (SS) dan Ammonia Nitrogen (NH 3N) merupakan penyumbang
utama kepada pencemaran air. Manakala permintaan Oksigen Biokimia (BOD5) dan
Permintaan Oksigen Kimai (COD) mempunyai pertalian yang kuat berbanding SS dan NH 3N
dengan pencemaran air yang berlaku di Lembangan Linggi. Pencemaran yang berlaku ini
sebenarnya mempunyai perkaitan rapat dengan pembangunan di lembangan sungai seperti
pembuangan sampah, pertanian, penternakan dan pembuangan sisa domestik (Hamidi
Ismail dan Tuan Pah Rokiah Syed Hussain, 2006:6).

Abdul Manaf Bohari dalam artikelnya bertajuk ‘Tanggungjawab Sosial Korporat


Terhadap Alam Sekitar Di Malaysia: Kepentingan Perlaksanaan menerangkan mengenai
pencemaran di Sungai Linggi yang disumbangkan oleh tiga sumber utama iaitu kilang getah,
kilang minyak kelapa sawit dan industri perkilangan. Fenomena ini menyebabkan penurunan
kualiti air di kawasan berkenaan dan seterusnya akan menjejaskan bekalan air bersih
kepada penduduk yang menerima bekalan air dari sungai tersebut (Hamidi Ismail dan Tuan
Pah Rokiah Syed Hussain, 2006:275). Artikel pada rajah 6 di bahagian Lampiran
membuktikan bahawa pencemaran air berlaku di Sungai Linggi.

5.2 Pencemaran Sungai Juru, Pulau Pinang.

Pencemaran sungai di negara ini terutamanya dikawasan bandar terus meningkat. Sg. Juru
sebagai contoh dikategorikan sebagai sangat tercemar. Pemandangan dari udara ke atas
Sungai Juru yang terletak di Seberang Perai, Pulau Pinang menunjukkan warna air di
Sungai Juru berwarna hitam pekat apabila sampai di laut. Hal ini kerana sisa toksik daripada
kilang dibuang dan dialirkan ke dalam longkang, parit, terusan dan seterusnya ke dalam
sungai tersebut. Masyarakat setempat dikatakan tidak bertanggungjawab terhadap alam

8
PENCEMARAN AIR

sekitar dengan membuang sampah ke dalam sungai tersebut. Air Sungai Juru berada pada
kedudukan teratas di negara ini dengan tahap tercemar yang teruk. Hal ini dibuktikan
berdasarkan artikel bertajuk ‘Pencemaran: Sungai Juru kekal di tangga teratas’ dan Tren
status Sungai Juru dari tahun 2000-2009 di bahagian lampiran. Lihat Rajah 7 di bahagian
Lampiran yang menunjukkan gambar Sungai Juru dipenuhi banyak sampah, artikel yang
memaparkan isu pencemaran tersebut dan carta yang menunjukkan indeks pencemaran di
Sungai Juru.

5.3 Pencemaran Sungai Klang

Sungai Klang pula merupakan sebatang sungai yang mengalir melalui Kuala Lumpur dan
Selangor di Malaysia ke Selat Melaka. Sungai ini juga berhadapan dengan masalah
pencemaran air. Panjangnya kira-kira 120 km dan menyalirkan lembangan kira-kira 1,288
km persegi. Sungai ini tercemar disebabkan ia mengalir melalui Lembah Klang yang padat
dengan penduduk iaitu lebih kurang empat juta orang. Siti Aisyah Saat dalam buku Isu-isu
Pengurusan Alam Sekitar oleh Hamidi Ismail dan Tuan Pah Rokiah Syed Hussain
(2006:197) menyatakan bahawa kebanyakan sungai yang tercemar terdapat di zon
pembangunan yang pesat seperti di Lembah Kelang, di mana pembangunan industri dan
pembangunan infrastruktur serta penternakan dijalankan di sini. Kegagalan dalam
mengawal pelepasan sisa industri telah memberi kesan sampingan kepada alam sekitar.
Lebihan bahan buangan industri ke dalam sungai telah menyebabkan berlaku pencemaran
di beberapa batang sungai di sekitar Lembah Klang termasuklah Sungai Klang.

Sungai Klang yang mengalir melalui Pusat Bandar Raya berpunca daripada kawasan
tinggi di bahagian utara Kuala Lumpur mengandungi muatan pepejal terampai yang tinggi
berdasarkan kepada warnanya yang keruh. Punca utama kepada keadaan ini adalah
pembuangan keladak dari tapak-tapak pembinaan. Sampah sarap di dalam sungai juga
merupakan satu masalah serius yang berpunca dari pembuangan sisa pepejal tanpa
kawalan dari kawasan setinggan di sepanjang tebing sungai terbabit. Selain itu,
pembuangan secara langsung air sisa domestik ke dalam sungai masih lagi berlaku di
beberapa kawasan. Hal ini menambah masalah pencemaran sungai seperti yang dilaporkan
di dalam Laporan Kualiti Alam Sekeliling 2000 Malaysia Indeks Kualiti Air (WQI)
menunjukkan kualiti air Sungai Klang masih tercemar, (WQI Kelas III 51.9-76.5) di mana
rawatan secara ekstensif diperlukan (http://www.dbkl.gov.my/pskl2020/malay/alamsekitar
/index.htm). Rajah 8 menunjukkan pencemaran air di Sungai Klang dan artikel berkaitan.
5.4 Pencemaran Tasik Kenyir

9
PENCEMARAN AIR

Berdasarkan artikel bertajuk ‘Pencemaran E-coli Tasik Kenyir Serius’ dalam Berita Harian
bertarikh 7hb. Disember 2010 menunjukkan berlakunya pencemaran di Tasik Kenyir.
Pencemaran yang berlaku adalah disebabkan oleh tasik tersebut telah dicemari dengan
bakteria e-coli kesan pembuangan kumbahan daripada rumah bot. Sisa kumbahan dibuang
terus ke dalam tasik dan ini sekali gus mencemarkannya. Oleh itu, keadaan tersebut
menjejaskan mutu air dan kehidupan dalam tasik Kenyir. Maka, langkah yang diambil oleh
pihak berwajib ialah menyediakan sistem buangan sisa lebih sistematik di mana kerajaan
negeri menukar sistem tandas. Hal ini membolehkan sisa kumbahan disalurkan ke dalam
tangki takungan berkapasiti 200 liter. Justeru itu, sistem pengurusan sisa kumbahan adalah
penting untuk mengatasi masalah ini agar Tasik Kenyir yang terkenal sebagai tempat
pelancongan terus terpelihata. Sila lihat artikel berkaitan pencemaran Tasik Kenyir pada
Rajah 9 bahagian Lampiran untuk maklumat lebih lanjuk mengenai pencemaran tersebut.

6.0 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974

Menurut Laporan Kualiti Alam Sekeliling 1998 (1998:54), Akta Kualiti Aalam Sekeliling 1974
dan peraturan-peraturan di bawahnya adalah instrument perundangan pertama untuk
mencegah dan mengawal pencemaran dan pembaikan kualiti alam sekeliling. Hanya setelah
Akta Kualiti Alam Sekeliling digubal dalam tahun 1974 dan sebuah agensi penguatkuasa
ditubuhkan yang mana kini dikenali sebagai Jabatan Alam Sekitar, barulah pengurusan alam
sekitar di Malaysia mengambil bentuk formal dan berstruktur seperti hari ini.

Undang-undang yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Alam Sekitar berkaitan


pencemaran air ialah Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (PPKAS) (Buangan
Terjadual 2005), PPKAS (Effluen) 2009, PPKAS (Kumbahan) 2009, PPKAS (Kawalan
Pencemaran Daripada Stesen Pemindahan Sisa Pepejal Dan Tanah Kambus) 2009 dan
Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam
Sekeliling) 1987. Antara peraturan-peraturan berkaitan pencemaran air dalam Akta Kualiti
Alam Sekitar 1974 ialah Akta 127, seksyen 25 dan seksyen 27 serta Peraturan-peraturan
Kualiti Alam Sekitar (Kumbahan dan Effluen-effluen Perindustrian) 1979 - P.U (A) 12 / 79 -
untuk mengawal pelepasan kumbahan dan effluen dari industri-industri (selain dari kilang
getah dan kelapa sawit).

6.1 Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 (Akta 127)

10
PENCEMARAN AIR

Seksyen 25 : Sekatan mengenai pencemaran perairan daratan.

(1) melainkan jika dilesen, tiada seseorang boleh mengeluarkan, melepaskan atau
meletakan apa-apa benda berbahaya kepada alam sekeliling, pencemar atau buangan ke
dalam mana-mana perairan daratan dengan melanggar syarat-syarat yang boleh diterima
yang ditentukan di bawah seksyen 21.
(2) tanpa menghadkan keluasan seksyen-kecil (1) seseorang hendaklah disifatkan sebagai
mengeluar, melepaskan atau meletakkan buangan-buangan ke dalam perairan daratan jika-
a) ia meletakan apa-apa buangan di dalam atau di atas mana-mana perairan atau
sesuatu tempat di mana buangan itu boleh mesuk dalam mana-mana perairan.
b) ianya meletakan apa-apa buangan dalam sesuatu keadaan dimana buangan itu
jatuh, turun, mengalir, sejat, dihanyutkan, ditiup atau meresap ke dalam mana-mana
perairan atau dengan ketahuinya atau oleh sebab kecuaiannya, sama ada secara
langsung atau tidk langsung, menyebab atau membenarkan apa-apa buangan
diletakan dalam sesuatu keadaan seperti itu ; atau
c) ianya menyebabkan suhu perairan yang menerimanya itu naik atau turun
(3) seseorang yang melanggar seksyen-kecil (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan
boleh dikenakan denda tidak lebih daripada satu ratus ribu ringgit atau penbjara selama
tempoh tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya dan denda tambahan tidak lebih
daripada satu ribu ringgit sehari bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan selepas
disampaiakn kepadanya suatu notis yang diberi oleh Ketua Pengarah mengkehendakinya
memberhentikan perbuatan yang dinyatakan di dalamnya itu.

Seksyen 27 : Melepaskan minyak ke dalam perairan Malaysia dilarang

(1) Tiada seorang pun boleh, melainkan jika ia telah diberi lesen, melepaskan atau
menumpahkan apa-apa minyak atau campuran yang mengandungi minyak ke dalam
perairan malaysia dengan melanggar syarat-syarat yang boleh diterima yang ditentukan
di bawah seksyen 21.
(2) Seseorang yang melanggar seksyen-kecil (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan
boleh dikenakan denda tidak lebih daripada lima ratus ribu ringgit atau penjara tidak
lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya.

(sumber: Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) Peraturan-peraturan dan Perintah-
perintah, 1997:19)

6.2 Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan dan Efluen-efluen

11
PENCEMARAN AIR

Perindustrian)

Terdapat enam (VII) bahagian dan 24 peraturan di bawah akta ini berkaitan kumbahan dan
efluen-efluen perindustrian. Berikut adalah senarai bahagian dan peraturan akta ini dengan
fokus huraian terhadap bahagian dan seksyen yang penting berkaitan pencemaran air.

BAHAGIAN I
Permulaan

Seksyen 3 : Pemakaian
Peraturan ini hendaklah dipakai bagi pelepasan effluent ke dalam mana-mana pengairan
daratan, selain daripada pelepasan effluent-effluen daripada premis yang ditetapkan atau
premis lain yang dinyatakan dalam Jadual Pertama atau kedua-duanya.

BAHAGIAN III
Syarat-Syarat Pelepasan Ke Dalam Pengairan Daratan Yang Boleh Diterima

Seksyen 6 : Buangan effluen yang mengandungi bahan-bahan tertentu adalah dilarang


Tidak seseorang boleh melepaskan atau menyebab atau membenar dilepaskan apa-apa
bahan berikut ke dalam mana-mana pengairan daratan:
(1) Apa-apa pelarut yang mudah menyala
(2) Apa-apa tar atau cecair lain yang tak larut bercampur dengan air
(3) Hampas, sampah, habuk gergaji, balak, buangan binatang atau manusia atau
jirim-jirim pepejal.

BAHAGIAN IV
Pelepasan Effluen Dan Keladak Ke Atas Tanah

Seksyen 9 : Sekatan-sekatan ke atas pelepasan effluen


Tiada seorang boleh melepaskan atau menyebabkan atau membenar dilepaskan apa-apa
effluent ke dalam atau ke atas mana-mana tanah atau permukaan mana-mana tanah tanpa
mendapat kebenaran bertulis yterlebih dahulu daripada Ketua Pengarah.

BAHAGIAN VI

12
PENCEMARAN AIR

Pelbagai

Seksyen 17 : Pencairan effluent


Tiada seseorangt boleh mencairkan, atau menyebabkan atau membenar dicairkan, mana-
mana effluent, sam ada mentah atau dipulih pada bila-bila masa atau pada mana-mana
takat selepas ianya dikeluarkan di mana-mana premis melainkan suatu kelulusan bertulis
terlebih dahulu telah didapati dari Ketua Pengarah untuk pencairan itu dan pencairan adalah
dibuat mengikut had-had dan syarat-syarat kelulusan itu.
Seksyen 18 : Tumpahan atau pelepasan secara tak sengaja
(1) Jika terjadi apa-apa tumpahan atau pelepasan secara tak sengaja bahan-bahan yang
dinyatakan dalam perkara 8 yang sama ada masuk atau mungkin dapat masuk secara
langsung atau secara tak langsung ke dalam mana-mana pengairan daratan, orang atau
orang-orang yang bertanggungjawab di atas kejadian itu hendaklah dengan serta merta
memberitahu Ketua Pengarah mengenai kejadian itu.

(sumber: Akta Kualiti alam Sekeliling dan Peraturan-peraturan, 2008:58-66).

7.0 Langkah Mengatasi Pencemaran Air

Air merupakan sumber yang penting dalam kehidupan yang harus dipelihara dan dikawal
sebaik mungkin. Masalah pencemaran air telah cuba diatasi oleh kerajaan dan pihak
berkaitan melalui pelbagai cara seperti melalui peruntukan perundangan dan bukan
perundangan.

7.1 Perundangan

Pada dekat 1960, Malaysia menghadapi masalah alam sekitar terutamnya dalam bentuk
pencemaran air dengan perkembangan pembangunan ekonomi di pelbagai sektor seperti
perindustrian, pertanian, pengangkutan dan perumahan. Justeru itu, menurut Mohamadisa
Hashim dan Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah (2005:19) masalah-masalah ini telah
merangsang dan menggerakkan pihak kerajaan untuk mengambil langkah-langkah tertentu
dan antara yang terpenting ialah menggubal dan mewartakan Akta Kualiti Alam Sekeliling
1974 dan pembentukan Jabatan Alam Sekitar (JAS) di bawah Kementerian Sains, teknologi
dan Alam Sekitar. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan berkaitan
pencemaran air telah diterangkan pada sub tajuk sebelum ini.
7.2 Bukan Perundangan

13
PENCEMARAN AIR

Dari segi bukan perundangan, pelbagai pihak memainkan peranan penting dalam
melaksanakan program-program bagi mengatasi pencemaran air terutamanya pencemaran
sungai. Antaranya ialah peranan pihak kerajaan, swasta, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan
seterusnya peranan masyarakat. Antara langkah-langkah mengatasi pencemaran air secara
bukan perundangan adalah melalui pendidikan alam sekitar iaitu secara formal dan tidak
formal.

Pendidikan alam sekitar dijadikan sebagai suatu kaedah untuk menyediakan individu
yang dapat memahami dan mengetahui tentang kepentingan penjagaan alam sekitar
(Mohamadisa Hashim dan Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah, 2005:2). Pendidikan alam
sekitar secara formal telah diajar di peringkat sekolah dan institut pengajian tinggi. Di
sekolah, mata pelajaran Sains dan Kajian Tempatan diajar mengenai alam sekitar dan
pendidikan alam sekitar turut diajar dengan mata pelajaran lain seperti Geografi, Sejarah,
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Setersunya, di peringakat institut pengajain tinggi
sama asa Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institut Pengajian Tinggi Swasta
(IPTS) turut diajar mengenai alam sekitar dalam subjek-subjek tertentu.

Pendidikan tidak formal pula banyak dibantu oleh pihak swasta dan badan bukan
kerajaan. Pendidikan tidak formal disumbangkan dengan pelbagai cara dan media massa
berperanan penting untuk menyebarkannya. Sebagai contoh, Jabatan Alam Sekitar (JAS)
telah melaksanakan program tidak formal seperti seminar, perkhemahan, kempen dan
sebagainya. Antara program-program yang diadalan adalah seperti Program Pencegahan
Pencemaran Air dan Peningkatan Kualiti Air Sungai, Program Kitar Semula, Bandar Lestari,
Kem Kesedaran Alam Sekitar (KeKAS), Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) dan
sebagainya. Kesemua program yang dilaksanakan adalah penting untuk mendidik
masyarakat agar mempunyai kesedaran terhadap kepentingan alam sekitar. Justeru itu,
etika masyarakat mengenai kepentingan alam sekitar dapat dibentuk agar mempunyai nilai-
nilai murni dan tingkah laku yang baik terhadap alam sekitar. Maka, semua pihak perlu
memainkan peranan masing-masing untuk sama-sama menjaga alam sekitar daripada
kerosakan dan kemusnahan.

8.0 Kesimpulan

14
PENCEMARAN AIR

Kesimpulannya, pencemaran air telah menyebabkan kualiti air tidak memenuhi


piawai yang ditetapkan. Maka, pelbagai langkah perlu diambil supaya kualiti air terpelihara.
Tindakan undang-undang yang keras adalah perlu demi untuk menjaga warisan ini untuk
generasi akan datang. Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, pencemaran air berlaku
akibat proses semula jadi namun kebanyakkan pencemaran yang berlaku adalah berpunca
daripada kegiatan manusia. Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa penerokaan terhadap
sumber alam semula jadi amat penting untuk kemajuan, namun sikap tamak manusia telah
memburukkan keadaan. Ancaman yang terjadi akibat pencemaran air tidak hanya
menjejaskan tanaman dan ekosistem semula jadi alam malahan ia juga turut mengancam
kesihatan manusia dan mengundang maut.

Manusia sepatutnya kembali kepada agama dalam menuntut penyelesian terhadap


krisis alam sekitar termasuklah pencemaran air yang semakin serius pada masa kini. Dari
segi agama Islam, kaedah kefahaman tersebut mestilah bertitik tolak dari kefahaman
manusia terhadap peranan mereka sebagai khalifah di muka bumi ini. Oleh itu, Islam
hendaklah dijadikan panduan untuk membentuk cara hidup serta membangunkan sains,
teknologi dan peradaban. Kesemua unsur ini diperlukan untuk digembleng bagi mengatsi
krisis alam sekitar dan sebagainya (Mohamadisa Hashim dan Mohamad Suhaily Yusri Che
Ngah. 2005:28). Oleh itu, dalam memastikan pencemaran air tidak berterusan dan dapat
dikawal, semua pihak perlu berganding bahu termasuklah anggota masyarakat kerana
masalah pencemaran air ini merupakan tanggungjawab bersama.

Daripada penulisan ini, jelaslah bahawa pencemaran air sememangnya menjadi isu
penting dari tahun ke tahun dan penyelesainnya memerlukan kesedaran bersama oleh
semua pihak. Justeru itu, adalah penting pembangunan lestari atau dikenali juga sebagai
pembangunan mapan atau pembangunan seimbang diwujudkan, dikekalkan dan seterusnya
diteruskan agar sumber alam yang ada pada masa kini dapat dinikmati oleh generasi akan
datang. Di samping itu, memastikan agar industri pengeluaran tidak merosakkan alam
sekitar seperti pencemaran yang berlaku termasuklah pencemaran air. Maka, pengurusan
alam sekitar secara perundangan iaitu berdasarkan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan
bukan perundangan seperti peranan pihak tertentu dalam membangkitkan kesedaran
melalui kempen, program dan sebagainya adalah penting agar dapat memelihara dan
memulihara alam sekitar. Oleh itu keindahan dan sumber alam semula jadi yang ada pada
hari ini perlu dijaga untuk memastikan generasi akan datang dapat menikmatinya juga.

15

You might also like