Perbandingan

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 20

TUGASAN INDIVIDU

PERBANDINGAN AMALAN DEMOKRASI DI MALAYSIA DENGAN AMERIKA


SYARIKAT, INDONESIA DAN SINGAPURA

KOD KURSUS: HNP3023

KURSUS : POLITIK DAN KERAJAAN (KUMPULAN B )

NAMA : MUHAMMAD SYAMSUL KHAIRI BIN CHE MUD

NO MATRIKS : D20182086409

NAMA PENSYARAH : DR. SITI NORANIZAHHAFIZAH BINTI BOYMAN


ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT
BIL PERKARA

1.0 PENGENALAN 2

2.0 PERBANDINGAN AMALAN DEMOKRASI 3


DI MALAYSIA DENGAN AMERIKA
SYARIKAT, INDONESIA DAN SINGAPURA
DARI ASPEK :

2.1 Jenis Demokrasi 3

2.2 Sistem Pentadbiran 4

2.3 Sistem Kehakiman 6

2.4 Sistem Perundangan 9

2.5 Pilihan Raya 11

2.6 Parti Politik 14

3.0 KESIMPULAN 16

4.0 LAMPIRAN 18

5.0 RUJUKAN 19

1
1.0 PENGENALAN

Demokrasi berasal dari dari perkataan Yunani iaitu Demokratos “ demo” pemerintahan
“kratos” ialah bermaksud rakyat. Negara Malaysia mengamalkan amalan Demokrasi
berparlimen dan meneruskan sistem beraja yang unik yang telah di warisi sejak zaman
berzaman sejurus Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan pembentukan
Malaysia yang lebih luas, unik dan pelbagai pada 16 September 1963.

Walaupun negara Malaysia mengamalkan sistem demokrasi yang di terapakan oleh penjajah
British sebelum merdeka sehingga ke hari ini tetapi Malaysia tetap juga tidak menghapuskan
sistem pemerintahan beraja yang dikenali sebagai Raja Beperlembagaan. Sistem yang
demokrasi ini ialah melalui pilihanraya iaitu menerusi kuasa rakyat yang menentukan siapakah
yang layak akan menjadi calon pemerintahan serta memerintah sepanjang sepenggal iaitu
selama 5 tahun.

Begitu juga berbanding dengan negara-negara yang mengamalkan sistem demokrasi juga
seperti Amarika Syarikat, Indonesia, dan juga Singapura misalnya. Walaupun negara tersebut
menggunakan sistem pemerintahan tetapi terdapat banyak perbezaanya iaitu Indonesia
mengamalkan sistem Demokrasi Marhaen, Singapura Mengamalkan Demokrasi Sosialis,
manakala Amerika Syarikat mengamalkan sistem Demokrasi Liberal. Ketiga-tiga demokrasi
ini mempunyai perbezaan yang sangat ketara dari segi pentadbiran, kehakiman, ketua Negeri,
Parlimen, Pilihanraya,

2
2.0 PERBANDINGAN AMALAN DEMOKRASI DI MALAYSIA DENGAN
AMERIKA SYARIKAT, INDONESIA DAN SINGAPURA DARI ASPEK :

2.1 Jenis Demokrasi

Demokrasi yang di amalkan oleh Malaysia ialah Demokrasi Berparlimen dimana demokrasi
ini telah di warisi oleh Penjajah British. Demokrasi berparlimen ini ialah demokrasi yang telah
di pakai oleh Malaysia membahaskan dan meluluskan tentang dasar-dasar serta undang-undang
yang di rangkakan. Perlimen ini akan di pengerusikan oleh Yang Di Petuan Agong (YDPA).
YDPA mempunyai kuasa yang di tetapkan menurut Perlembagaan di bawah perkara 55, YDPA
boleh memanggil Parlimen untuk bersidang. YDPA juga mempunyai kuasa istimewa iaitu
memberhentikan dan membubarkan parlimen. Ahli- ahli parlimen pula di anggotai oleh wakil
rakyat yang menang dalam pilihan raya dan dipilih oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri
seramai 222 kerusi. Setiap yang di bahsakan Parlimen haruslah di persetujui oleh 2/3 majoriti
yang dikenali sebagai Simple Majority.
Bagi demokrasi di Indonesia pula ialah Demokrasi Marhean iaitu Marhean yang membawa
maksud kepada kerjasama antara rakyat dengan pemerintahan negara untuk membangunkan
negara. Indonesia juga juga menolak tentang sebuah teori kapitalisme iaitu hanya pihak tertentu
sahaja yang akan mengumpul wang tetapi negara Indonesia meletakkan sikap sama rata hak
kekayaan dengan rakyat iaitu sama rata rakyat dengan pentadbiran. Di dalam sistem
pentadbiran dalam amalan Demokrasi Indonesia pimpinan yang paling tinggi sekali ialah
Presiden. Sebagai Contoh Presiden terkini iaitu Jokowi Dodo yang merupakan mempunyai
kedudukan yang tertinggi di dalam pentadbiran. Indonesia mengamalkan sistem sosio-
nasionalisme yang merupakan alat untuk menuju kemerdekaan dan sosio-demokrasi iaitu
demokrasi yang tidak prejudis dan kapitalisme.
Seterusnya, Demokrasi di Singapura pula ialah mengamalkan Demokrasi Sosialisme. Ketua
negara Singapura ialah Presiden manakalah kepala pemerintahan ialah Perdana Menteri.
Parlimen yang ada di Singapura terbahagi kepada dua iaitu congress Majlis tertinggi dan Majlis
Rendah yang keduanya mempunyai 81 anggota. Pemilihan ahli parlimen dilaksanakan setiap 4
tahun sekali. Ahli Parlimen akan memilih Perdana Menteri yang baharu di kalangan mereka.
Perdana menteri pula memilih ahli kabinet berdasarkan ranking dan mendapat persetujuan dari
pemerintah. Pemerintahan di Singapura akan mengawasi segala pentadbiran yang ada
sehinggakan tidak memberi ruang kepada pembangkang untuk bergerak.

3
Demokrasi di Amerika Syarikat mengamalkan Demokrasi Republik. Demokrasi yang di
amalkan oleh Amerika ini hampir sama dengan Malaysia Cuma berbeza dengan pengasingan
kuasa begitu ketara iaitu tidak ada satu badan pun yang boleh terlibat antara satu sama lain, dan
badan Perundangan Amerika Syarikat terdiri daripada dua bahagian iaitu Dewan Senat dan
Dewan Perwakilan manakala Malaysia adalah Dewan rakyat dan Dewan Negara. Amerika
Syarikat juga mempunyai ketiga-tiga badan iaitu badan Perundangan, Badan Eksekutif; badan
ini diketuai oleh Presiden dan bukan Perdana Menteri atau Yang DiPertuan Agong seperti
diMalaysia. Badan Kehakiman; mengikut perlembagaan Amerika Syarikat badan ini adalah
terasing dengan Badan Perundangan dan Badan Eksekutif dan bebas untuk menolak sebarang
undang-undang yang dibuat oleh badan Perundangan sekiranya didapati tidak menepati
kehendak perlembagaan dan Badan Kehakiman.( Report Of The Constitutional)
Persamaannya dari setiap ke empat-empat negara ini sebenarnya sama kerana pada asas sistem
pentadbiran mempunyai tiga bidang yang sama iaitu dari segi badan perundangan, kehakiman
dan juga dalam bidang pentadbiran. Walaupun organisasi dalam ke empat-empat negara ini
agak berbeza namun sebenarnya badan kuasa yang di pegang oleh ketua negara ini sama sahaja.
Dari segi pilihan pemilihan calon juga mempunyai persamaan iaitu semua dari wakil rakyat
dan rakyat memilih untuk membuat pengundian dalam pilihan raya. Oleh itu setiap sistem
Demokrasi adalah hampir sama dengan semuanya.
2.2 Pentadbiran
Pentadbiran di Malaysia ialah dipilih melalui Pilihanraya iaitu setiap calon yang di pilih oleh
rakyat akan mengisi kedudukan yang ada di Malaysia seramai 222 kerusi. setiap yang di penuhi
oleh perwakilan rakyat itu adalah dari calon parti politik yang menang. Pengerusi Perlimen
ialah YDPA dan baginda mempunyai kuasa tertentu seperti yang termaktub dalam perkara 55
di dalam perlembagaan. Permilihan Perdana Menteri pula dipilih melalui perlantikan dari
kalangan parti yang paling banyak menduduki kerusi yang ada di Parlimen dan diperkenankan
oleh YDPA. Perdana Menteri pula akan memilih Jemaah menteri seperti yang sekarang ini
ialah seramai 32 orang di perkenankan oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri. Setiap Jemaah
Menteri mempunyai potfolio tersendiri. Dalam pemerintahan di Malaysia juga mempunyai 3
badan iaitu badan eksekutif badan legislatif dan badan kehakiman. (Mutalib, H. 2002).
Seterusnya, pentadbiran kerajaan di Malaysa juga mempunyai dua pecahan juga iaitu
pentadbiran pusat dan petadbiran negeri. Setiap pertadbiran ini pula memegang pecahan bidang
masing- masing dan juga mempunyai bidang bersama seperti yang dinyatakan oleh jadual
9.(Sistem Pentadbiran Malaysia, hal: 21-23)

4
Di bawah pentadbiran Indonesia pula ialah Presiden yang menjadi Ketua Negara. Manakalah
Perdana dan dan ahli- ahli menteri yang lain. Setiap jawatan yang disandang oleh Presiden
sehingga yang lain akan dipilih oleh rakyat di seluruh Indonesia. Manakala Perdana Menterinya
pula dipilih di bawah percalonan yang di hantar oleh menteri- menteri di kalangan mereka.
Setiap aliran di bawah pentadbiran kerajaan Indonesia ialah sama seperti Demokrasi yang lain
iaitu dalam bidang kehakiman yang di panggil undang-undang dasar. (UUD). Mempunyai
bidang perundangan dan eksekutif. Setiap yang persidangan mempunyai tempoh persidangan
selama sepenggal iaitu selama 5 tahun. Dalam Dewan Mesyuwarah Rakyat (DMR) mempunyai
seramai 560 anggota dan seterusnya wakil rakyat dipilih melalui parti politik seramai 123 orang
di bawah Dewan Majlis Daerah (DPD)
Seterusnya, pentadbiran Singapura juga diketuai oleh Presiden. Dalam hal ini Presiden
hanyalah memainkan peranan yang kecil sahaja sebaliknya semua kepala pemerintahan di
ketuai oleh Perdana Menteri. Pemerintahan Singapura di takrifkan sebagai Perlembagaan
Republik Singapura yang terdiri daripada badan eksekutif Singapura sebagaimana yang
diamalkan oleh negara-negara Demokrasi iaitu Presiden dan ahli-ahli kabinet negara. Sistem
Perlembagaan Republik Singapura adalah sama seperti dengan Perlembagaan Malaysia dan
mempunyai Jadual- jadual perlembagaan yang hampir sama dengan Malaysia. Iaitu jadual 9 di
sentuh oleh pembahagian kuasa, jadual 10 perlarangan buruk paksa jadual 11 hak-hak orang
yang di tindas, sehingga jadual ke 16 iaitu hak-hak pendidikan yang setara. Seterusnya, ahliahli
dalam paerlimen pula ialah mempunyai kira-kira dalam 100 orang. Sudah menjadi satu amalan
yang di amalakan oleh sistem Demokrasi setiap ahli yang mempunyai jawatan dlam parlimen
adalah berdasarkan calon pilihan raya yang di undi oleh rakyat. Setiap calon terbahagi kepada
dua iaitu calon majoriti dan calon perbandaran. Setiap calon yang menang akan di angkat dan
menjawat jawatan dalam parlimen. Pemilihan Perdana Menteri pula akan dipilih oleh ahli
dalam kalangan mereka yang mempunyai majoriti parti politik yang menang dan Perdana
Menteri akan membentuk ahli- ahli kabinetnya dalam menjalankan pemerintahan di Singapura
dengan persetujuan Presiden Singapura.
Berbeza juga dengan gaya Demokrasi yang di amalkan oleh Amerika Syarikat iaitu kepala
pemerintahannya ialah Presiden dan bukannya Perdana Menteri. Presiden Amerika Syarikat
akan menguasai bidang pemerintahan yang ada di dalamnya. Presiden mempunyai banyak
bidang kuasa seperti menjadi ketua kepada ketenteraan dan dari segi yang lain seperti hubungan
diplomatik dengan negara-negara luar. Seterusnya, pemerintahan Demokrasi dalam negara
Amerika Syarikat ini ialah mempunyai tiga aliran iaitu badan iaitu kongress iaitu badan
legislatif, badan perundangan yang di pegang oleh Presiden sendiri dan juga bidang kehakiman
5
agung yang juga dikenali sebagai mahkamah Agung. Ahli- ahli parlimen dalam negara dikenali
sebagai dewan rakyat mempunyai 432 orang yang menduduki jawatan tersebut. Setiap ahli
yang dipegang akan bersidang selama 2 tahun iaitu satu penggal. Ahli senat pula mempunyai
100 orang anggota dan akan bersidang lebih lama dari ahli parlimen iaitu selama 5 ke enam
tahun juga dikenali sebagai satu sidang. Namun, kedua-dua ahli parlimen dan ahli senator ini
dipilih juga oleh rakyat untuk menduduki jawatan tersebut.
Mengikut persamaannya pula dari segi ke empat-empat negara ini ialah setiap pentadbiran ini
ialah di sama sahaja dengan adanya dewan parlimen, mempunyai Dewan Rakyat dan Dewan
Negara. Setiap anggota yang menjawat jawatan di akan dipilih leh rakyat dan bukannya di
ambik secara rambang. Setiap kuasa pemerintahannya mempunyai bidang kuasa yang sama
sahaja walaupun di tukarkan nama sebagai contoh Malaysia menjadikan YDPA sebagai ketua
negara dan negara lain menggunakan nama Presiden kerana mereka tidak mempunyai raja.
Tempoh persidangan ke empat- empat negara ini juga mempunyai persamaan iaitu setiap
sidang mempunyai tempoh tertentu bagi semua jawatan termasu ketua negara sendiri.
2.3 Bidang Kehakiman
Bidang kehakiman sememangnya ada dalam setiap sistem Demokrasi yang diamalkan oleh
negara dan bidang ini merupakan satu badan yang besar dalam menggerakkan pemerintahan
negara. Bidang kehakiman mempunyai fungsi-fungsi tertentu. Setiap fungsifungsi tersebut
terdapat juga perbezaan yang ada di setiap di setiap negara.
Bidang kehakiman Malaysia mempunyai fugsi-fungsi tertentu untuk melicinkan pentadbiran
negara. Badan kehakiman ini akan di ketuai oleh YDPA dan ketua kehakiman akan di sandang
oleh ketua Hakim Negara serta beberapa penolong kanan Hakim Negara selagimana di
perkenankan oleh YDPA. Fungsi- fungsi badan kehakiman ialah menjadi pentadbir keadilan
kepada rakyat Malaysia dan di perairan tidak kira atas kapal atau di atas kapal terbang yang di
daftarkan di Malaysia. Seterusnya, mentafsirkan perlembagaan dan undang-undang sebagai
contoh perkara 55 dalam perlembagaan iaitu YDPA mempunyai kuasa dalam membubarkan
parlimen. Seterusnya, menyemak rang undang-undang yang di luluskan di Parlimen atau DUN
menjaga hak asasi manusia dari segi individu ataupun berkumpulan ataupun kedua- dua pihak.
Dalam badan kehakiman mempunyai peringkat mahkamah iaitu mahkamah tinngi dan
mahkamah rendah. Mahkamah atasan ialah mahkamah persekutuan, mahkamah rayuan dan
mahkamah tinggi yang terbahagi kepada mahkamah Sabah dan Sarawak. Bagi mahkamah
rendah pula ialah mahkamah seksyen, mahkamah majistrit dan mahkamah Juvana. Di setiap
mahkamah ini mempunyai kuasa- kuasa tertentu supaya tidak berlaku percanggahan dengan
bidang kuasa mahkamah yang lain.
6
Bagi bidang kehakiman Indonesia di panggil Mahkamah Agung Republik Indonesia yang di
ambik dari penjajah Belanda. Mahkamah Agung Indonesia. Mahkamah ini di ketuai oleh
Presiden Indonesia. Fungsi mahkamah Agung ini adalah untuk membela hak asasi manusia
serta memutuskan pengadilan dalam masalah yang berlaku dalam situasi yang melibatkan
peraturan dan undang-undang Indonesia. Fungsi seterusnya, permohonan peninjauan kembali
putusan pengadilan yang telah memperoleh kekuatan hukum tetap (Pasal 28, 29,30,33 dan 34
Undang-undang Mahkamah Agung No. 14 Tahun 1985), seterusnya mahkamah juga meneliti
tentang persidangan mahkamah ini berlangsung dan menyemak semula kes- kes yang berlaku
dan akan menyemak juga hukuman- hukuman yang di jatuhkan kepada pesalah. Selain itu,
Mahkamah Agung memberikan nasihat-nasihat atau pertimbanganpertimbangan dalam bidang
hukum kepada Lembaga Tinggi Negara lain (Pasal 37 Undangundang Mahkamah Agung
No.14 Tahun 1985). Mahkamah Agung memberikan nasihat kepada Presiden selaku Kepala
Negara dalam rangka pemberian atau penolakan grasi (Pasal 35 Undang-undang Mahkamah
Agung No.14 Tahun 1985). Selanjutnya Perubahan Pertama Undang-undang Dasar Negara RI
Tahun 1945 Pasal 14 Ayat (1), Mahkamah Agung diberikan kewenangan untuk memberikan
pertimbangan kepada Presiden selaku Kepala Negara selain grasi juga rehabilitasi. Namun
demikian, dalam memberikan pertimbangan hukum mengenai rehabilitasi sampai saat ini
belum ada peraturan perundang-undangan yang mengatur pelaksanaannya. Fungsi lain Badan-
badan Peradilan (Peradilan Umum, Peradilan Agama, Peradilan Militer dan Peradilan Tata
Usaha Negara) sebagaimana dimaksud Pasal 10 Ayat (1) Undang-undang No.14 Tahun 1970
secara organisatoris, administrative dan finansial sampai saat ini masih berada dibawah
Departemen yang bersangkutan, walaupun menurut Pasal 11 (1) Undang-undang Nomor 35
Tahun 1999 sudah dialihkan dibawah kekuasaan Mahkamah Agung. Mahkamah Agung
berwenang mengatur tugas serta tanggung jawab, susunan organisasi dan tata kerja
Kepaniteraan Pengadilan (Undang-undang No. 35 Tahun 1999 tentang Perubahan Atas
Undang-undang No.14 Tahun 1970 tentang Ketentuan-ketentuan Pokok Kekuasaan
Kehakiman). Akhir sekali, Selain tugas pokok untuk menerima, memeriksa dan mengadili serta
menyelesaikan setiap perkara yang diajukan kepadanya, berdasar Pasal 2 ayat (2) Undang-
undang Nomor 14 Tahun 1970 serta Pasal 38 Undang-undang Nomor 14 Tahun 1985,
Mahkamah Agung dapat diserahi tugas dan kewenangan lain berdasarkan Undangundang.
Bagi badan kehakiman Singapura pula ialah Mahkamah Agung Singapura. Mahkamah ini
hampir sama dengan mahkamah yang ada di Malaysia iaitu mempunyai bidang kuasa dalam
kehakimah dan peringkat mahkamah yang ada. Pengerusi mahkmah juga diketuai oleh Presiden
dan ketua mahkamah juga di ketuai oleh hakim- hakim negara. Fungsi- fungsi badan
7
kehakiman ini juga hampir sama dengan Malaysia iaitu menjamin hak asasi manusia dalam
negara dan atau di perairan, fungsi seterusnya menyemak balik kes-kes yang di kemukakan
oleh mahkamah. Selain itu, fungsi mahkamah juga ialah mahkamah akan meneliti rang undang-
undang dan dasar yang di luluskan di Perlimen. Seterusnya, tingkatan mahkamah yang ada di
Singapura ialah mahkamah agung, mahkamah rayuan, mahkamah tinggi, mahkamah seksyen
dan juga mahkamah syariah. (Mahkamah Agung)
Bagi bidang Kuasa kehakimah Amerika Syarikat pula ialah kuasa yang tertinggi ialah
perlembagaan Amerika dan Kongres sebagai pembuat undang-undang tetapi badan kehakiman
mempunyai kuasa untuk menolak sebarang undang-undang yang dianggap oleh mereka tidak
sesuai, ini boleh dilihat melalui keterangan Ahmad Atory Hussain iaitu;
“Di Amerika Syarikat, mahkamah tertinggi (agung) diberikuasa mentafsir sam ada akta
Kongres itu sah ataupun tidak Mahkamah mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada
undang-undang itu sah ataupun tidak. Dengan itu, sukarlah ahli-ahli politik yang menang
mengambil peluang ini untuk mengubal undang-undang demi kepentingan pari mereka ”. di
Amerika seseorang Hakim tidak boleh diberhentikan kecuali dengan alasan tidak berkelakuan
baik ataupun tidak dapat menjalankan kerja kerana uzur atau fikirannya tidak sihat. Seseorang
Hakim itu tidak mempunyai satu jangka masa yang khusus untuk menjadi Hakim ia boleh
menjadi hakim seumur hidupnya berdasarkan beberapa aspek yang lain seperti Penyakit,
kewarasannya, keuzrannya, dan umurnya. Di Amerika perlantikan hakim berdasarkan
kelayakan yang ada pada dirinya seseorang hakim dan juga mementingkan pengalaman dalam
mengawal kes-kes yang besar.
Dari segi persamaan ke empat-empat negara ini ialah kelicinan pentadbiran di telitikan oleh
badan kehakiman untuk membentuk seuah negara yang telus. Setiap badan kehakiman ini
memepunyai fungsi-fungsi yang hampir sama serta mempunyai prinsip yang sama. Walaupun
ke empat-empat negara ini berbeza dari segi ketua negara namun apa yang boleh dikaitkan ialah
pegerusi badan ini adalah Presiden walaupun Malaysia mempunyai raja sebagai ketua badan
kehakiman namun bidang kuasanya sama. Setiap yang di jalankan oleh mahkamah juga sama
iaitu mengemukakan keadilan kepada rakyat serta memberi hak yang sama rata untuk membela
dan dibela di atas kes yang di kemukakan. Dalam badan kehakiman juga mempunyai
persamaan dengan negara yang mengamalkan demokrasi ini iaitu setiap pentadbiran dalam
badan ini mempunyai tempoh tertentu yang di tetapkan tetapi cara pemilihannya bukan melalui
undian pilihan raya dari rakyat.

8
2.4 Badan Perundangan
Di Malaysia terdapat dua dewan utama dalam Badan Perundangan iaitu Dewan Negara, Dewan
negara terdiri daripada ahli yang dipilih, iaitu ahli-ahli yang dipilih oleh Majlis Perundangan
Negeri dan ahli-ahli yang dilantik oleh Yang DiPertuan Agong mengikut nasihat Perdana
Menteri . Di Malaysia ada 13 buah negeri dan tiap-tiap sebuah Majlis Perundangan Negeri
memilih 2 orang daripada ahlinya menjadi ahli Dewan Negara. Tujuannya ialah supaya
pandangan-pandangan kerajaan Negeri dapat dikemukakan dalam Dewan Negara itu oleh
ahliahli yang dipilih oleh majlis perundangan Negeri. Bagi wilayah persekutuan, ada 3 orang
ahli yang dilantik oleh Yang DiPertuan Agong iaitu dua orang mewakili Wilayah perasekutuan
Kuala Lumpur dan seorang wakil Wilayah persekutuan Labuan. Selain itu dalam
perlembagaan persekutuan Yang DiPertuan Agong boleh melantik 40 orang ahli yang
difikirkan mempunyai pandangan-pandangan yang berfaedah bagi dewan itu. Mereka itu ialah
orang yang ternama yang telah membuat jasa cemerlang . Ketua Dewan Negara ialah yang
dipertua Speaker yang dipilih daripada ahli-ahli Dewan Negara.
Selain Dewan Negara terdapat satu lagi Dewan iaitu Dewan Rakyat. Ketua Dewan
Rakyat ialah Yang Dipertua Dewan Rakyat. Beliau tidak semestinya daripada ahli Dewan
Rakyat. Dewan Rakyat adalah ahli-ahli parti yang telah menang dalam pilihanraya yang
diadakan iaitu pilihan raya perungkat Dewan Undangan negeri (DUN) dan Parlimen. Perdana
Menteri sendiri hendaklah menjadi ahli Dewan Rakyat.Peranan utama kedua-dua dewan ini
adalah untuk membuat undang-undang kecuali Rang undang-undang Kewangan, semua rang
undang-undang yang lain boleh dimulakan di dewan Rakyat atau di Dewan negara tetapi pada
masa ini, semua rang undang-undang dimulakan di Dewan Rakyat.
Di badan perundangan di Indonesia pula ialah telah digubal oleh ahl parlimennya
dengan perbahasan yang telah dilakukan oleh majoriti di dalam parlimen. Badan perundangan
di Indonesia Juga terbahagi kpada dua juga iaitu badan perundangan rakyat dan perundangan
mesyawwarah desa. Fungsi-fungsi yang di jalankan dalam badan perundangan Indonesia ialah
menyusun rancangan program legislasi nasional yang memuat daftar urutan rancangan undang-
undang beserta alasannya untuk 5 (lima) tahun dan tahunan di lingkungan DPR,
mengoordinasikan penyusunan program legislasi nasional yang memuat daftar urutan
rancangan undang-undang beserta alasannya untuk 5 (lima) tahun dan tahunan antara DPR,
Pemerintah dan DPD, melakukan pengharmonisasi, pembulatan, dan pemantapan konsepsi
rancangan undang-undang yang diajukan anggota, atau gabungan komisi, sebelum rancangan
undang-undang tersebut disampaikan kepada pimpinan DPR, memberikan pertimbangan
terhadap rancangan undang-undang yang diajukan oleh anggota DPR, komisi, atau gabungan
9
komisi di luar prioritas rancangan undang-undang atau di luar rancangan undang-undang yang
terdaftar dalam program legislasi nasional perubahan, membuat laporan kinerja dan
inventarisasi masalah di bidang perundang-undangan setiap akhir tahun sidang untuk
disampaikan kepada Pimpinan DPR, dan membuat laporan kinerja dan inventarisasi masalah
di bidang perundang-undangan pada akhir masa keanggotaan DPR untuk dapat digunakan oleh
Badan Legislasi pada masa keanggotaan berikutnya. (Kharismatis, hal: 43-45)
Seterusnya, badan perundangan Singapura ialah Presiden Singapura merupakan ketua
negara yang dipilih oleh rakyat menerusi pilihan raya presiden sejak Ogos 1993. Sebelum ini,
hanya Parlimen sahaja yang bertanggungjawab melantik Presiden. Presiden yang terpilih akan
memegang jawatan selama enam tahun. Beliau mempunyai kuasa untuk menolak belanjawan
negara dan tidak menerima perlantikan seseorang dalam jawatan penting negara. Beliau juga
diberi kuasa untuk memeriksa kerajaan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan
undang-undang keharmonian agama dan di dalam penyiasatan kes-kes rasuah. Beliau
merupakan institusi bebas yang ditubuhkan untuk memeriksa pemerintahan yang kurang
baik.Sebuah Majlis Penasihat Presiden ditubuhkan untuk memberi nasihat dan saranan untuk
membantu Presiden melaksanakan tanggungjawabnya. Presiden mesti meminta pandangan
majlis untuk melakukan tugasnya, seperti meluluskan perlantikan pegawai awam dalam
jawatan penting. Setiap undang-undang akan digubal dan diperbaharui oleh ahli-ahli parlimen
yang menduduki dalam parlimen. Setiap dasar- dasar yang digubal akan di bahaskan di dalam
parlimen dan di telitikan di badan kehakiman.
Tetapi di Amerika badan perundangannya adalah terdiri daripada Dewan Senat dan
Dewan Perwakilan. Kedua-dua dewan ini juga adalah pembuat undang-undang dengan
pelbagai proses. Badan perundangan di Amerika adalah juga dipanggil Kongres. Ahli-ahli
dewan senat juga dipanggil Senator dan mereka ini hanya mempunyai masa selama 6 tahun
sebagai senator. Ahli Dewan senat adalah 100 orang iaitu mewakili 2 orang bagi satu negeri,
Amerika mempunyai 50 buah negeri manakala ahli dewan perwakilan pula mempunyai jangka
masa dua tahun tetapi mereka ini bukanlah mengikut negeri tetapi mewakili rakyat berdasarkan
bilangan orang yang ada dinegeri mereka makin banyak bilangan penduduk disesebuah negeri
makin ramailah ahli perwakilan yang mewakili bagi sesebuah negeri. Kedua-dua Dewan ini
adalah mereka yang membuat undang-undang dan mereka ini mempunyai peranan
masngmasing dalam pelaksanaan pentadbiran dan pemerintahan Amerika Syarikat. Keterangan
lanjut tentang kongres akan diterangkan dibawah.

10
Dari segi persamaan yang di badan perundangan ke empat- empat negara tersebut ialah
parlimen yang menentukan corak-corak pemerintahan di negara-negara yang mengamalkan
sistem Demokrasi ini. Begitu juga dari segi Dewan Rakyat dan Dewan Negeri semuanya di
gunakan untuk membahagikan bidang kuasa dalam pentadbiran untuk menjalankan
pemerintahan dan pada keempat negara ini ialah memiliki kuasa untuk menggubal
undangundang perseketuan dan juga negeri-negeri didalamnya.
2.5 Pilihan Raya
Dalam sistem pilihan raya yang diamalkan di Malaysia, seseorang calon dipilih untuk
mewakili penduduk-penduduk sesuatu bahagian pilihan raya di Parlimen (Pilihan Raya Umum)
atau Dewan Undangan Negeri (Pilihan Raya Negeri). Sehingga kini terdapat 222 kerusi Dewan
Rakyat (Parlimen) dan 567 kerusi Dewan Undangan Negeri. Pilihan raya akan di rujuk oleh
Suruhan jaya Pilihan Raya yang mempunyai fungsi- fungsi tertentu iaitu membuat kajian dan
persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya Parlimen dan negeri setiap tidak kurang
daripada lapan tahun selepas tarikh siapnya urusan kajian dan persempadanan semula yang
terdahulu dan menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan semakan daftar pemilih. Salah satu
fungsi SPR adalah untuk mendaftarkan warganegara yang layak sebagai pemilih supaya
mereka dapat menyertai proses memilih wakil untuk menyuarakan pendapat mereka dalam
Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri mengikut perkara 113 Perlembagaan
Persekutuan. Selain itu, SPR juga ialah menjalankan pilihan raya umum ke Dewan Rakyat dan
Dewan Undangan Negeri dan menjalankan pilihan raya kecil sekiranya berlaku kekosongan.
Mengikut peraturan pilihan raya, tugas SPR ialah mengadakan pilihan raya ke atas kawasan
parlimen dan DUN, mengelola pilihan raya, dan pelaksanaan pendaftaran pemilih.
Ia juga mengumpul maklumat mengenai kawasan baru yang membolehkan keadilan
dapat dilakukan ke atas pengundi untuk mengundi di kawasan pengundian yang ditetapkan,
mempromosikan kepentingan mengundi, dan menguruskan semakan daftar pemilih dengan
memadam nama-nama orang yang telah meninggal dunia atau didapati tidak layak mengundi.
Bagi calon yang ingin mengundi juga mempunyai prosedur- prosedur tertentu iaitu
seseorang tidak pernah muflis dan tidak pernah mempunyai rekod jenayah serta di penjarakan
tidak melebihi 12 bulan tanpa pengampunan, seterusnya, seorang calon mestilah mempunyai
sifat taat setia kepada negara dan tidak memperolehi sebagai warga asing.
Bagi pilihanraya Singapura ialah pemilihan umum Singapura diwajibkan sejak 1959.
Pilihan raya parlimen di Singapura berlandaskan kepada undian pemenang undi terbanyak bagi
setiap kawasan pemilihan perwakilan berkumpulan. Majoriti ahli parlimen dipilih melalui
Pilihan Raya Umum berasaskan sistem pemenang undi terbanyak, dan mewakili Kawasan Ahli
11
Tunggal atau Perwakilan Berkumpulan. Singapura juga sama seperti Malaysia iaitu
menjalankan pilihan raya sekurang-kurangnya sekali untuk setiap lima tahun. Perkhidmatan
awam Singapura akan mengawal dan menjalankan tugas-tugas pilihan raya Singapura. Sama
sepertti di Malaysia pilihan raya yang ada di Singapura adalah pilihanraya Umum tetapi bagi
Malaysia YDPA tidak dipilih oleh rakyat sebaliknya Singapura mempunyai pilihan raya
Presiden. Pilihan raya yang dibuat di Singapura ialah melebihi kerajaan dan tidak akan berpihak
kepada pembangkang. Ini menyebabkan satu pilihanraya yang tidak adil. Parti yang menang
dalam pilihan raya yang mempunyai majoriti akan memilih Perdana Menteri dan sebaliknya
Perdana Menteri akan memilih dari kalangan mereka untuk jadikan menteri mengikut perkenan
yang oleh Presiden.
Eterusnya pula ialah sistem pilihanraya di Indonesia. Indonesia juga mengadakan
pilihanraya umum untuk memilih dan melantik Presiden Indonesia dan ahli ahli Dewan
Perwakilan dan Dewan Perundangan.
Indonesia juga sama seperti Malaysia dan Singapura untuk tempoh pelaksanaan
pilihanraya iatu setiap lima tahun sekali. Dewan Perwakilan Rakyat sama seperti Dewan Rakyat
jika diperingkat Malaysia. Dewan Perwakilan Rakyat dipilih melalui perwakilan berkadar
daripada calon-calon kawasan pilihan raya. Sistem perwakilan berkadar ini agak berbeza dari
sistem di Malaysia dan Singapura yang menggunakan sistem pengundian majoriti mudah.
Sistem perwakilan berkadar ini merupakan satu sistem dalam pilihan raya dimana keputusan
akhir pilihan raya dikira berdasarkan kepada agihan undi yang diperolehi setiap parti.
Selain itu, Indonesia juga menggunakan sistem senarai parti didalam pilihan raya.
Sistem ini memerlukan semua parti yang bertanding menyenaraikan nama calon-calon yang
mewakili parti masing-masing dan akan dicetak ke atas kertas undi. Semasa pilihan raya
dijalankan, para pengundi akan memilih parti dan bukannya calon individu. Indonesia memilih
sistem ini kerana sistem ini mudah difahami kerana perwakilan di Parlimen mencerminkan
agihan undi yang diraih oleh setiap parti dalam pilihan raya. Tempoh kempen pilihanraya pula
ialah selama 21 hari calon untuk semua calon dan parti.
Selepas tamat tempoh tersebut, semua logistik dan kempen akan dihentikan selama
seminggu dan tempoh ini dikenali sebagai minggu bertenang, dimana tempoh itu membolehkan
rakyat membuat pertimbangan calon atau parti yang hendak dipilih selepas seminggu dipujuk
rayu didalam kempen. Berbeza dengan sistem pilihan raya di Malaysia, Singapura dan Amerika
Syarikat yang mempunyai tempat yang sangat kondusif untuk mengundi, namun tidak bagi
Indonesia. Indonesia menjalankan pilihan raya di rumah dan kedai kopi sahaja yang diubah

12
suai menjadi sebuah pusat pengundian. Kotak undi juga tidak seragam dan hal ini dapat
mengurangkan kos belanja untuk pilihan raya negara tersebut.
Selain itu, Amerika Syarikat pula mempunyai dua pilihan raya iaitu pilihan raya
persekutuan dan pilihan raya Presiden. Bagi pilihan raya persekutuan mempunyai sistem
presiden kerajaan yang bermaksud bahawa eksekutif dan perundangan dipilih secara
berasingan. Perkara Satu Perlembagaan Amerika Syarikat memerlukan bahawa mana-mana
pilihan raya Presiden AS mesti berlaku pada hari di seluruh negara; pilihan raya untuk pejabat
Kongres bagaimanapun perkara ini boleh diadakan pada masa yang berlainan. Pilihan raya
Presiden dan Kongres mengambil tempat pada masa yang sama setiap empat tahun dan pilihan
raya Kongres campur tangan yang mengambil tempat setiap dua tahun serta dipanggil sebagai
pilihan raya Separuh Penggal. Perlembagaan menyatakan bahawa ahli-ahli Dewan Perwakilan
AmerikaSyarikat mestilah berumur sekurang-kurangnya 25 tahun,
Seorang warganegara Amerika Syarikat untuk sekurang-kurangnya tujuh tahun dan
menjadi (undang-undang) penduduk negeri yang mereka wakili. Senat mestilah berumur
sekurang-kurangnya 30 tahun, seorang warganegara Amerika Syarikat untuk
sekurangkurangnya sembilan tahun dan menjadi (undang-undang) penduduk negeri yang
mereka wakili. Presiden mestilah berumur sekurang-kurangnya 35 tahun, seorang warganegara
yang lahir di Amerika Syarikat dan seorang penduduk di Amerika Syarikat untuk sekurang-
kurangnya empat belas tahun. Perkara ini menjadi tanggungjawab badan perundangan negeri
untuk mengawal selia kelayakan bagi calon yang terdapat pada kertas undi, walaupun untuk
mendapatkan undi, calon mesti akan mengumpulkan bilangan tandatangan yang ditetapkan
oleh undang-undang.
Pilihan raya Presiden pula ialah Presiden dan Naib Presiden telah dipilih bersama-sama
dalam pilihan raya Presiden. Pilihan raya ini ialah tidak langsung, dengan pemenang ditentukan
oleh undi oleh pemilih-pemilih pilihan raya. Pada zaman moden, pengundi di setiap negeri
memilih calon pemilih dari senarai beberapa papan tulis yang ditetapkan oleh pihak-pihak atau
calon-calon yang berbeza dan pemilih biasanya berjanji lebih awal untuk mengundi calon parti
mereka (nama calon presiden biasanya muncul pada kertas undi dan bukannya orang-orang
pemilih individu). Pemenang pilihan raya adalah calon yang dengan sekurang-kurangnya 270
Electoral College undi. Ia adalah mungkin bagi calon untuk memenangi undi pilihan raya, dan
hilang (seluruh negara) undi popular (menerima kurang undi di seluruh negara daripada calon
kedudukan kedua). Sebelum pengesahan Pindaan Kedua Belas Perlembagaan Amerika
Syarikat (1804), naib juara dalam pilihan raya Presiden menjadi Naib Presiden. Undi pemilih
pilihan raya dilemparkan oleh negara-negara individu oleh sekumpulan pemilih; setiap pemilih
13
membuang satu undi pemilih. Sehingga Pindaan Dua Puluh Ketiga Perlembagaan Amerika
Syarikat tahun 1961 warga Daerah Columbia tidak mempunyai perwakilan dan/atau pemilih di
pilihan raya. Pada zaman moden, dengan pemilih biasanya komited untuk mengundi calon parti
terlebih dahulu, pemilih bahawa undi terhadap undi popular di negeri mereka dipanggil pemilih
percaya lagi, dan kejadian yang jarang berlaku undang-undang negeri mengawal bagaimana
negara mengundi pemilih mereka. Di semua negeri kecuali Maine dan Nebraska, calon yang
menang undi terbanyak di negeri ini menerima semua undi pemilih (sebuah sistem "pemenang
mengambil semua"). Dari tahun 1969 di Maine, dan dari tahun 1991 di Nebraska, dua undi
pemilih diberikan berdasarkan kepada pemenang pilihan raya di seluruh negeri ini, dan yang
lain (dua di Maine, tiga di Nebraska) pergi kepada undi-pemenang yang tertinggi di setiap
negeri ini kongres daerah. Bagi pilihan raya kongres dan senat yang mempunyai 100 orang ahli,
dipilih untuk tempoh enam tahun di kawasan pilihan raya dwi-kerusi (2 dari setiap negeri),
dengan satu pertiga diperbaharui setiap dua tahun. Kumpulan daripada kerusi Dewan Negara
yang menjawat jawatan sehingga pilihan raya pada tahun tertentu dikenali sebagai "kelas"; tiga
kelas adalah berperingkat supaya hanya salah satu daripada tiga kumpulan diperbaharui setiap
dua tahun. Sehingga Pindaan Ketujuh Belas Perlembagaan Amerika Syarikat pada tahun 1913,
negeri-negeri memilih bagaimana untuk memilih Ahli Dewan Negara, dan mereka sering
dipilih oleh badan perundangan negeri, bukan pengundi negerinegeri.( Long Cit, hal:769-788)
Persamaannya dalam pilihan raya kempat-empat ini ialah semuanya dipilih oleh rakyat dan
rakyat juga menentukan calon untuk melanjutkan pemerintahan yang ada di dalam negara.
Setiap dari wakil rakyat dikira mempunyai tempoh tertentu dalam persidangannya. Dalam
persamaannya juga setiap parti yang menang dalam mejoriti akan memerintah negara dan di
kenali sebagai kerajaan. Perdana Menteri juga akan dipilih melalui majoriti parti politik yang
menang serta dalam menjadi ketua negara juga rakyat akan memilih Presiden kecuali Malaysia
2.6 Parti Politik
Parti politik adalah dimana beberapa kumpulan yang membentuk dalam menyampaikan
ideologi yang sama untuk membentuk corak pemerintahan negara sekiranya mereka menang
dalam pilihan raya umum. Parti poliik di Malaysia mempunyai beberapa parti politik iaitu
UMNO,PAS, MCA, MIC, AMANAH, PKR, PARTI BERSATU RAKYAT SABAH, dan
PARTI RAKYAT SARAWAK dan lain-lain Setiap ahli dalam parti tersebut mempunyai
beratus dan beribu penyokong parti masing-masing yang di rasakan benar. Sebagai contoh ahli
penyokong parti politik UMNO mempunyai lebih pada 5 ribu penyokong. Dalam meraih undi
terbanyak parti politik akan bergabung seperti UMNO-MCA untuk membentuk sebuah
kerajaan baru. Sesuai dengan sistem Demokrasi yang diamalkan setiap wakil rakyat harus
14
bernaung di bawah parti politiknya sendiri dan sekiranya perti tersebut menang makan ia akan
mentadbir negara.
Di Indonesia pula ialah mengamalkan sistem berbilang parti. Oleh sebab Indonesia
mengamalkan sistem berbilang parti, tiada sebarang parti tunggal yang biasanya dapat
benarbenar mencapai kemenangan. Antara parti politik di Indonesia ialah parti golongan karya,
parti demokrasi Indonesia perjuangan, parti kebangkitan bangsa, parti persatuan pembangunan,
parti democrat, parti keadilan sejahtera, parti amanat nasional, parti bulan bintang dan banyak
lagi parti yang lain. Oleh hal demikan kerana, Indonesia menggunakan demokrasi Mahean
jadinya hak sama rata dalam pentadira juga di terapakan oleh mereka.
Di Singapura arena politik dikuasai oleh Parti Tindakan Rakyat yang telah memerintah sejak
Singapura merdeka. Pemerintah PAP sering dikatakan memperkenalkan undang-undang yang
tidak memberi kesempatan untuk parti-parti pembangkang tumbuh dengan efektif. Cara
pemerintahan PAP dikatakan lebih cenderung kepada autoritarian daripada demokrasi yang
sebenarnya. Namun, cara pemerintahan tersebut berhasil menjadikan Singapura sebuah negara
yang maju, bebas daripada rasuah dan memiliki pasaran ekonomi yang terbuka. Selain itu
terdapat juga parti Aliansi Demokratik Singapura, Parti Demokratik Singapura, Parti Pekerja
dan Angkatan Islam Singapura.( Aspinall, E., & Mietzner)
Di Amerika Syarikat mempunyai dua parti politik yang utama iaitu parti politik republikan dan
parti politik demokrat. Bagi parti politik Demokrat Mereka mempunyai 44 daripada 100 kerusi
di dE dan 188 daripada 435 kerusi di Dewan Perwakilan. Dua puluh enam daripada 50 gabenor
negeri juga Demokrat. Parti itu umumnya menggalakkan liberalisme dan sering dikelaskan
sebagai parti tengah-kiri. Pada masa ini, parti itu mempunyai 72 juta pengundi berdaftar di
seluruh Amerika serta Parti Politik Republikan pula itubuhkan pada tahun 1854 sebagai sebuah
parti anti-perhambaan dan Abraham Lincoln merupakan presiden parti yang pertama pada
tahun 1861. Termasuk Ulysses S. Grant, Benjamin Harrison, Theodore Roosevelt, Dwight D.
Eisenhower, Richard Nixon, Ronald Reagan, George H. W. Bush, George W. Bush dan Donald
Trump. Seorang Republikan, Paul Ryan menjadi Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat
pada 29 Oktober 2015. Dua puluh empat daripada 50 negeri mempunyai gabenor Republikan.
Parti ini mempunyai kira-kira 55 juta pengundi berdaftar di seluruh Amerika. Pada masa ini,
Parti Republikan dikenal pasti sebagai konservatif dan sayap kanan.
Terdapat beberapa parti-parti kecil di Amerika Syarikat, tiada seorang pun daripada mereka
mempunyai apa-apa kerusi di Dewan Negara atau Dewan Rakyat iaitu Parti Libertarian -
Sebuah libertarian dan parti liberal yang mempunyai kira-kira 411,250 pengundi berdaftar pada
Mac 2016. Parti ini adalah parti ketiga (politik) dan menggalakkan dasar luar tidak campur
15
tangan dan kebebasan awam. Parti Perlembagaan - Sebuah parti konservatif yang
menggalakkan nasionalisme Amerika, Paleoconservatism, Kristian nasionalisme dan perhatian
yang lebih kepada Perlembagaan AS. Mempunyai kira-kira 440,000 pengundi berdaftar. Parti
Hijau - Sebuah parti alam sekitar sayap kiri yang menggalakkan demokrasi sosial dan
menghormati kepelbagaian, keamanan dan bukan keganasan.
Persamaan dalam parti politik yang ada dalam keempat- empat negara tersebut semuanya sama
iaitu mempunyai cita-cita dalam mengorat langkah untuk memperjuangkan sendiri idealogi
yang ada untuk memenuhi keperluan rakyat. Sebagaimana yang di ketahui ialah setiap parti
politik akan bergabung untuk mendapatkan undian teramai yang ada untuk memenangi kerusi
yang ada dalam parlimen.
3.0 Kesimpulan
Amalan sistem Demokrasi sememangnya hampir semua sama tetapi setiap negara akan
mencorakkan lagi sistem terebut sesuai dengan keadaan negara sebagaimana yang di amalkan
oleh keempat- empat negara ini. Sistem Demokrasi ini mempunyai banyak bentuk dan asasnya
sahaja mempunyai kesamaan seperti 3 badan utama yang menggerakkan pemerintahan di
sesebuah negara iaitu badan kehakiman, badan perundangan, dan badan pentadbiran. Sebagai
mana di terapkan oleh negara- negara ini iaitu setiap ketua pemerintah adalah Presiden kecuali
Malaysia kerana walaupun negara ini mengamalkan sistem Demokrasi namun Sistem Beraja
tidak akan sesekali di hapuskan kerana Raja dalam konteks kehidupan di Tanah Melayu adalah
menjadi lambang identiti sesebuah negara. Namun begitu setiap yang berjawatan mempunyai
tempoh tertentu dalam mentadbir negara mengikut kesesuaian di jalankan di sebuah negara.
Bagi Malaysia tempoh persidangan ialah sepenggal iaitu 5 tahun tempoh yang di berikan. Bagi
negara lain pula ialah berbeza pula tempoh pemerintahannya walaupun asasnya sama.
Panggilan parlimen juga berbeza di setiap negara ada yang memanggil Dewan Musyawwarah
Rakyat bagi Indonesia dan Kongress bagi Amerika Syarikat. Dari segi bidang kuasanya pula
berbeza dari setiap negara bagi Malaysia parlimen adalah tempat dimana penggubalan dan
penambahbaikan rang undang-undang serta dasar yang ingin di buat oleh kerajaan. Bagi
Amerika Kongress tidak mempunyai kuasa yang banyak kerana ketuanya di perintahkan oleh
Presiden.
Kesimpulannya, setiap Demokrasi yang di amalkan oleh kesemua negara ini tidaklah
mempunyai persamaan yang sama pada lahiriahnya tetapi asasnya Demokrasi yang
menampakkan kepersamaan yang menjadi simbol kepada sistem Demokrasi yang diamalkan.

16
4.0 Lampiran

Rajah 1: struktur mahkamah awam Malaysia

Rajah 2 : Supreme Court AS

17
Rajah 3: Istana Singapura

Rajah 4: Mahkamah Indonesia

18
5.0 Rujukan

Aspinall, E., & Mietzner, M. (Eds.). (2010). Problems of democratisation in Indonesia:


elections, institutions and society. Institute of Southeast Asian Studies.

Kepimpinan Kharismatis Idealogi Indonesia, Cetakan 2006, Penulisan Dr. H. Resealan


Abdulghani
Log Cit, (2001) The Encyslopedia Britannica (hal: 769-788)
Mahkamah Agung.go.id/ Tugas pokok dan Fungsi
Mutalib, H. (2002). Constitutional‐Electoral Reforms and Politics in Singapore.
Legislative Studies Quarterly, 27(4), 659-672.
Report of The Constitutional Commission 1966. 1067-1084. nstitutions and society.
Sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia. Cetakan Pertama 2012, Terbitan IBS Buku SDN
BHD. (Hak Cipta Terperlihara )

19

You might also like