Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 21

PERISTIWA 13 MEI 1969

1.0 PENDAHULUAN
Selepas kemerdekaan pada tahun 31 Ogos 1957 sebuah perlembagaan telah dirangka dan
diisytiharkan sebagai satu panduan kepada rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Kandungan
perlembagaan menunjukkan bahawa terdapat hak keistimewaan orang Melayu pada akta 153
perlembagaan Malaysia dan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kebangsaan serta agama
pula adalah agama Islam adalah agama rasmi yang tertakluk serta tidak boleh dipersoalkan
oleh mana-mana pihak. Selepas itu pula kerajaan juga telah memperluaskan banyak perkara
tentang Bahasa Melayu sebagai contoh Hari Kebangsaan yang dipelopori oleh Dewan Bahasa
dan Pustaka (DBP). Perkara tersebut sedikit sebanyak telah menyebabkan rasa tidak puas hati
dari kaum Cina. Mereka menyatakan bahawa kaum-kaum lain tertindas dan tidak dibela oleh
kerajaan serta mereka tersisih dengan keadilan.
Sebelum berlaku perusuhan 13 Mei pada tahun 1969, kerajaan telah membuat satu
pilihanraya dimana pada tahun itu parti perikatan yang dianggotai oleh UMNO, MCA, MIC
telah mengalami kekalahan yang teruk. Jumlah kerusi dimenangi dalam Parlimen telah
menurun daripada 89 kerusi pada tahun itu sehingga menyebabkan parti Perikatan tersebut
telah hilang majoriti dua-pertiga dalam Parlimen manakala parti DAP dan yang lain telah
memenangi 25 kerusi serta PAS pula menang 12 kerusi dalam Parlimen. Hal ini telah
menyebabkan situasi menjadi panas kerana UMNO yang menyifatkan membawa suara
Melayu kalah di dalam parlimen. Golongan masyarakat Melayu juga menyatakan bahawa
kedudukan mereka tergugat pada masa akan datang. Walaupun begitu, berita baik bagi kaum
Cina kerana memperoleh tempat di dalam Parlimen.
Banyak isu-isu yang terjadi dalam perkara tersebut antaranya adalah kaum Cina telah
menyentuh emosi dan sentimen orang Melayu kerana mereka telah menyentuh perkara
tentang sensitiviti berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan, kedudukan orang Melayu dan hak
kerakyatan. Seterusnya, mereka hanya untuk memporak perandakan keharmonian di
Malaysia kerana majoritinya orang Melayu mempunyai hak sedangkan mereka mundur dari
segi ekonomi walaupun popularinya adalah masyarakat Melayu di Malaysia. Perkara ini telah
menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka antara masyarakat Melayu dengan
Cina. Perkara ini juga mungkin berkaitan dengan sejarah pada tahun 1948 di mana mereka
ditindas oleh Jepun. Hal ini kerana pada suatu masa dahulu Jepun pernah berperang dengan
Cina kerana mereka berebut kawasan penjajahan. Mungkin di tentera Jepun masih lagi
memperingati tentang peristiwa tersebut sehingga mereka berdendam sehingga mereka

1
bertemu di Tanah Melayu. Mungkin perkara tersebut telah menyebabkan kaum Cina di
Malaysia merasakan bahawa mereka juga bakal menjadi perkara yang sama kerana Tunku
Abdul Rahman telah mengisytiharkan bahawa Sabah dan Sarawak adalah sebahagian dari
Bumiputera.

2.0 KRONOLOGI SEJARAH 13 MEI 1969


Pada tahun 1954, British telah memberi syarat kepada rakyat Malaysia dengan menyatukan
semua kaum yang ada di Malaysia. Hal itu telah memberikan kejayaan kepada semua kaum
dengan bersatu padu untuk mendapatkan kemerdekaan. Semua parti telah berbincang untuk
mendapatkan kemerdekaan dengan menyatupadukan rakyat dan membuktikan kepada British
bahawa mereka boleh bekerjasama dengan semua kaum sehingga mencapai keharmonian
kaum di dalam negara. Bagi membuktikan kerjasama antara kaum pilihan raya kali pertama
telah di buat pada tahun 1955 dimana semua rakyat telah diarahkan untuk keluar mengundi
dan di situ membuktikan bahawa semua rakyat telah bekerjasama dan boleh mencapai
keharmonian negara.
Sebenarnya, pencapaian tersebut hanyalah untuk pengabulan di mata British sahaja
kerana di setiap kaum itu masih lagi mempunyai krisis dalaman dimana rasa tidak puas hati
antara kaum Melayu dengan kaum Cina adalah kerana kenapa kerajaan telah menerima kaum
Cina dan India untuk hidup bermasyarakat di Malaysia sedangkan mereka tidak mempunyai
apa-apa hubungan dan berkaitan dengan orang Melayu sekalipun sejak daripada zaman
kesultanan Melayu Melaka lagi. Malah bagi orang Melayu pula orang Cina pernah membuat
onar dengan kaum Melayu iaitu kaum Cina pernah menjadi askar Komunis dan menyebabkan
kekacauan dengan di Tanah Melayu. Askar tersebut telah diketuai oleh orang Cina iaitu Cing
Peng. Pada hakikatnya, askar Cina dibentuk dan diberikan senjata adalah untuk membantu
British dalam memerangi askar Jepun tetapi mereka telah belot kepada British sehingga
British telah mengisytiharkan bahawa Komunis Bintang 3 itu adalah radikal dan pembelot1.
Disebabkan itu, British merasakan kurang yakin dengan keadaan di Tanah Melayu
bahawa mereka menuntut kemerdekaan. Sememangnya pada peringkat politik mereka
bekerjasama untuk menuntut kemerdekaan sehingga mereka telah berganding bahu dalam
membentuk sebuah kerajaan yang baharu kepada negara Malaysia walaupun telah di tentang
oleh Indonesia tetapi Malaysia telah mengorak langkah mereka sendiri untuk mendapatkan
kemerdekaan pada tahun 1957. Antara orang terpenting dalam merunding kemerdekaan di
England adalah bebrapa orang yang terlibat iaitu Tunku Abdul Abdul Rahman, Tun Abdul
1
Ruhanie Haji Ahmad, Patriotisme Malaysia: penangkis neoimperialisme ( ms88)

2
Razak, Dr Ismail Abdul Rahman, Kolonel H.S Lee, Tuan T.H Tan, Dato’ Bahaman
Shamsudin manakala wakil dari Raja-raja Melayu pula terdiri daripada Dato’ Panglima Bukit
Gantang Haji Abdul Wahab (wakil Perak), Dato’ Nik Ahmad Kamil (wakil Kelantan), Encik
Abdul Aziz Majid (wakil Selangor), Dato; Mohd. Seth Mohd. Said ( wakil Johor).
Selepas pada itu, kerajaan telah merangka perlembagaan dan mewujudkan komponen-
komponen yang menjalankan tugas sebagai pentadbiran dalam negara. Perlembagaan itu
telah di rangka berdasarkan kerjasama yang telah dibuat oleh pegawai British dan juga orang-
orang tempatan di Malaysia. Hal ini demikian kerana, menyebabkan orang Cina tidak puas
hati dengan orang Melayu adalah disebabkan mereka tidak diiktiraf sebagai bumiputra tetapi
Sabah dan Sarawak telah dianggap sebagai bumiputra. Selain itu, mereka juga memarahi
orang Melayu kerana Bahasa Melayu adalah sebagai bahasa Kebangsaan serta agama Islam
juga menjadi agama Rasmi di Malaysia. Bagi mereka sangat tidak adil dan menganggap
bahawa kaum yang ada di Malaysia tidak dipedulikan oleh kerajaan.
Seterusnya, sepanjang pilihanraya yang berlaku di Malaysia pada ketika itu adalah
beberapa calon yang tidak bertanggungjawab ini telah menggunakan soal perkauman. Mereka
telah mengapi-api kan perasaan perkauman untuk meraih undian dan sokongan. Mereka telah
melemparkan isu-isu perkauman terhadap orang Melayu dan mereka juga mempersoalkan
tentang perkara 153 dalam perlembagaan dan menakut- nakutkan orang Melayu bahawa
Kaum Cina akan menguasai negara. Selain pada itu, mereka mempersoalkan hak-hak orang
Melayu dari segi sejarah tentang kedudukan orang Melayu di Tanah Melayu.
Cara ini digunakan semasa bereka berhimpun pilihanraya dan dapat dikesani dari
perbezaan kaum serta mereka tidak menggunakan Bahasa Melayu sebaliknya mereka
menggunakan Bahasa Ibunda mereka. Teknik ini juga telah digunakan dengan menyebarkan
risalah-risalah dan manifesto serta diedarkan kepada umum. Mereka juga telah membuat
buku-buku untuk mengapi-apikan kaum. Mereka berkali-kali menggunakan taktik kotor yang
sama dengan mengungkit konon-kononya orang Melayu diberi keistimewaan dalam jawatan
kerajaan dan sanggup mengenepikan orang-orang bukan Melayu. Mereka telah
memprovokosikan bahawa setiap perkhidmatan yang ada di negara Malaysia semuanya telah
dikecapi oleh orang Melayu dari segi pentadbiran dan perkhidmatan beruniform.
Apabila dibuktikan bahawa dalam bidang perkhidmatan beruniform, sebenarnya
orang Melayu jauh berkurangan berbanding orang Melayu kecuali dari peringkat rendah-
rendah tetapi orang Melayu mengelak daripada mendapat tawaran tersebut. Tuduhan tersebut
konon-kononnya dipelopori oleh orang Melayu namun tela diputar belitkan oleh orang
politik yang tidak bertanggungjawab. Setelah berita perkauman itu tersebar Perdana Menteri
3
telah memberi amaran keras terhadap hasutan kaum ini bahawa mereka sengaja
memprovokasikan keadaan sehingga boleh menyebabkan pergaduhan yang besar-besaran
namun amaran itu tidak di endah oleh orang politik dimana mereka terus membuat perkara
tersebut untuk meraih sokongan daripada orang Cina.
Walaupun kemerdekaan telah dikecapi sebenarnya masih masalah perkauman masih
lagi tidak dapat diselesaikan pada ketika itu. Hal ini demikian kerana, semangat perkauman
Melayu, Cina, dan India sangat-sangat kuat disebabkan pemerintahan British dahulu yang
mengamalkan sikap pecah dan perintah. Sebenarnya, dasar tersebut adalah kesenangan bagi
penjajah British dalam mentadbir Tanah Melayu pada ketika itu namun perkara itu telah
memberi kesan kepada masyarakat pada masa akan datang. Perkara ini sebenarnya telah
menyebabkan kes 13 Mei itu terjadi sehingga berlaku sejarah hitam yang mengerikan di
negara Malaysia.

3.0 BAGAIMANA TERJADINYA TRAGEDI 13 MEI 1969


Peristiwa terjadinya perusuhan ini adalah pada tahun yang sama di mana Malaysia telah
membuat satu pilihanraya am di seluruh negara beberapa bulan sebelum terjadinya peristiwa
hitam itu. Hal ini berbangkit kerana rasa tidak puas hati masyarakat Melayu kerana dalam
pilihanraya tersebut UMNO telah kalah dengan teruk sehingga dalam Parlimen parti politik
tersebut tidak lagi mempunyai majoriti dua-pertiga sokongan.
Pada ketika itu juga, pembangkang meraikan tentang kemenangan mereka dalam
pilihanraya mereka telah meminta kebenaran polis untuk meraikan kemenangan tersebut di
Selangor. Pada ketika itu majlis berlangsung pada pukul 7 malam tetapi mereka bersiap untuk
membuat satu persiapan yang besar- besaran. Menurut laporan yang diterima ialah perarakan
itu telah menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur dari jalan Campbell
kepada jalan Hale menuju ke Kampung Baru2.
Perayaan tersebut adalah hanya untuk meraikan kemenangan sahaja. Banyak isu yang
berlaku pada ketika itu bahawa ada yang menyatakan orang Cina sengaja mencetuskan
kemarahan orang Melayu dengan menyatakan tentang perkara buruk kepada orang Melayu.
Mereka menyentuh sensitiviti orang Melayu sehingga menimbulkan kemarahan masyarakat
di sekitar Kampung Baru dan pada ketika itu di kawasan tersebut mempunyai rumah Menteri
Besar Selangor Dato’ Harun Idris. Mereka juga sengaja mengikat penyapu kepada kenderaan
mereka sebagai lambang kemenangan menyapu bersih kerusi yang dirampas daripada
parlimen dan ada diantara mereka melaungkan kemenangan mereka dalam mendominasi
2
The May 13 Tragedy Report: The International Operation Council (1971).ms 41

4
parlimen serta ada juga pendapat bahawa penyapu yang dibawa oleh mereka adalah lambang
mereka akan menghalau orang melayu di tanah sendiri. Perarakan tersebut sebenarnya telah
dilengkapkan dengan senjata yang ada di pinggang dan di badan orang Cina dan mereka
bersikap kurang sopan serta ada yang menyatakan bahawa mereka meludah dan memaki
hamun orang Melayu di sepanjang jalan tersebut.
Sebelum perkara ini terjadi adalah di sebabkan orang Melayu telah menerima
ancaman dan penghinaan daripada orang Cina dalam beberapa hari sebelum berlaku
perarakan tersebut. Malah kedatangan orang Cina di rumah Dato’ Haji Idris adalah untuk
memberitahu bahawa Dr Tan Chee Khoon tidak akan bercantum dengan DAP dan mereka
meminta untuk membuat kerajaan negeri mereka diminta balik untuk memaklumkan bahawa
biarkan Dr Tan Chee Khoon sendiri yang berunding namun lain pula terjadi kerana salah
faham telah berlaku bahawa beliau inginkan kerajaan campuran. Perkara itu telah
menyebabkan salah faham yang begitu besar sehingga menyebabkan bahawa berlaku
pengumpulan orang-orang Melayu di kawasan tersebut untuk berkumpul dan bersiap sedia3.
Terdapat beberapa orang penuntut dari Kolej Mara juga telah menyertai kumpulan itu
kerana mereka juga dikatakan telah dihina oleh orang Cina beberapa hari sebelumnya. Pada
ketika itu mereka telah bersiap sedia untuk membalas penghinaan orang Cina terhadap orang
Melayu. Namun, sebelum itu juga terdapat khabar angin yang telah tersebar di Kuala Lumpur
bahawa sememangnya orang Cina ingin bermusuh menunggu waktu yang sesuai untuk
memukul orang Melayu. Di sebabkan berita yang tersebar itu pada hari itu juga berlaku
peristiwa bahawa orang Melayu telah dibunuh oleh orang Cina sebelum kekacauan berlaku.
Perkara itu berlaku di Jalan Raja Muda di mana kenyataan tersebut telah dikeluarkan oleh
seorang polis di kawasan tersebut.
Selepas pada itu, berlaku rusuhan yang di kawasan Setapak bahawa sekumpulan lelaki
Melayu telah membawa senjata untuk membalas dendam serta mereka memukul orang Cina
di persekitaran yang ada di kawasan tersebut. Hal ini menyebabkan orang Cina telah
membalas serangan tersebut dengan membawa senjata yang ada seperti pisau dan parang.
Rusuhan tersebut telah menyebabkan berlaku rusuhan yang sangat mengerikan kerana
pemuda- pemuda Cina telah membalas serangan tersebut dengan membawa dua buah kereta
untuk merempuh sekumpulan masyarakat Melayu itu yang hanya berjalan kaki sahaja.
Peristiwa yang lain pula terjadi di sebabkan oleh syak wasangka antara kaum Cina
dengan Melayu adalah kerana masalah dalaman iaitu dari kekacauan yang kecil-kecil iaitu
pemuda Melayu dengan Kongsi Gelap Cina. Hal ini telah terjadi begitu lama sekali sekali
3
Betty M, Sejarah Hitam Cina-Melayu di Malaysia (2017). Hal 21

5
sejak pada awal kemerdekaan lagi perkara ini berlaku tetapi pada pendapat UMNO pula itu
hanyalah satu khabar angin yang biasa hanya dan tidak akan berlaku besar-besaran walaupun
isu tersebut adalah disebabkan pergaduhan Melayu dengan Cina sehingga menyebabkan
anggota polis tercedera disebabkan oleh terkena senjata dari rusuhan tersebut 4. Oleh hal
demikian itu, masyarakat melayu hanya menunggu masa sahaja untuk mengadakan
pergaduhan secara besar- besaran kerana pada pandangan masyarakat Melayu pada ketika itu
adalah orang Cina hanya pendatang dan tidak mahu pulang di negara sendiri serta mereka
membuat hal sendiri di Malaysia. Masyarakat Melayu juga menyatakan bahawa ekonomi
yang dipelopori oleh Cina hanya untuk memundurkan masyarakat Melayu sahaja.
Seterusnya, disebabkan oleh ekonomi yang dipegang oleh Kaum Cina juga adalah
salah satu punca yang mendorong terjadinya tragedi 13 Mei. Hal ini kerana, disebabkan
ekonomi yang dipelopori oleh Cina dari segi lombong-lombong dan bijih timah yang
menyebabkan orang Cina maju menandingi orang Melayu. Hal ini telah menjadi ekonomi
dalam sosio masyarakat tidak seimbang kerana kebanyakan orang Melayu adalah
menjalankan ekonomi sara diri sedangkan pada ketika itu hasil emas dan biji timah adalah
perkara paling bernilai kerana permintaan yang sangat tinggi oleh dunia. Kaum Melayu telah
merasakan mereka disisih dalam tanah sendiri dan menyebabkan mereka iri hati dengan
orang Cina. Hal ini juga berkaitan dengan kongsi gelap Cina yang berebut kawasan dengan
orang Melayu kerana orang Cina juga inginkan kawasan untuk mereka duduki untuk mereka
menjalankan ekonomi, sosial dan politik dalam Kaum Mereka. Disebabkan itu Kaum Melayu
sudah ada krisis dalaman dengan Kaum Cina.
Dari catatan yang lain ada juga yang menceritakan peritiwa pergaduhan kecil dimana
seorang pekerja Melayu telah dipukul oleh 30 orang Cina di sebuah kedai di Kuala Lumpur.
Pergaduhan itu berlaku di sebabkan oleh salah faham antara seorang pelanggan Cina dan
lelaki Melayu telah meninggal dunia. Beritkutan dari peristiwa ini, terdapat serangan balas
daripada orang Melayu dengan perusuhan membakar kedai telah berlaku sehingga
masyarakat Cina disana tercedera. Menurut laporan lain pula orang Melayu yang meninggal
itu ada kaitan dengan seorang pegawai UMNO. Perkara ini telah dianggap sebagai dendam
oleh orang Melayu itu sendiri terhadap orang Cina. Perasaan dendam tersebut telah dipendam
oleh orang Melayu sehingga bertahun-tahun sehingga ada yang mengatakan bahawa ia
berkaitan dengan peristiwa 13 Mei.
4.0 MENGAPA TERJADINYA PERISTIWA 13 MEI 1969

4
Ibid

6
Peristiwa ini juga sebenarnya berlaku disebabkan kes dasar pecah dan perintah
sewaktu penjajahan British juga kerana mereka tidak pernah ada dalam situasi yang sama
kepada masyarakat yang lain. Hal ini kerana masyarakat Melayu berada di kampung sebagai
petani atau nelayan kecil, manakala kaum Cina pula pelopori bandar dengan bagi
menjalankan ekonomi dan menguruskan kawasan-kawasan lombong padahal ketika itu
ekonomi ketika itu tertumpu kepada lombong dan bijih timah serta bagi kaum India mula
diletakkan sebagai buruh kasar dan bekerja di ladang getah. Mereka tidak pernah mempunyai
masa bersama malah tidak pernah bertemu sesama mereka itu yang menyebabkan mereka
tidak pernah bersama walaupun dalam satu bandar atau dalam situasi pada ketika itu dengan
erti kata lain sosio-ekonomi mereka tidak seimbang5.
Latar pendidikan yang berbeza juga salah satu sebab mereka tidak bersefahaman
antara punca terjadinya hal ini kerana sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melayu adalah
terbahagi kepada empat bahagian mengikut kaum tersendiri. Mereka mempunyai kurikulum
yang sangat berbeza dan langsung tiada kaitan dengan Tanah Melayu pada ketika itu kerana
sekolah Melayu hanya membawa kepada menulis dan membaca, sekolah Cina dan India
membawa pengajian dari negara asal Mereka. Tambahan pula mereka langsung tidak
diselaraskan dengan pendidikan yang sama rata pada ketika itu. Hal ini telah menyebabkan
banyak menyebabkan bahawa diantara mereka tidak mempunyai kesefahaman yang sebenar.
Perkara ini boleh dikaitkan dengan adat tradisi yang terjadi kepada kaum masing-
masing. Terdapat juga bahawa peristiwa yang sebenar adalah disebabkan salah faham antara
orang Melayu dengan orang Cina sehingga menyebabkan peristiwa 13 Mei ini berlaku. Hal
ini boleh dikatakan bahawa perarakan kematian orang Cina pada ketika itu. Mereka berarak
membawa mendiang seorang Cina itu ke seluruh kawasan tersebut sehingga melalui kawasan
Kampung Baru atas kebenaran polis namun orang Melayu ketika itu tidak faham akan adat
orang Cina masa itu dan dianggap sebagai perarakan kematian itu hanyalah simbolik bahawa
mereka boleh mendapat kebenaran untuk berarak mengelilingi kawasan sehingga memasuki
kawasan orang Melayu.
Tentang isu yang berkaitan dengan penyapu yang telah diikat di van oleh orang Cina
pula adalah disebabkan oleh salah faham ataupun mereka sebenarnya hanya tunjukkan
kepada parti politik MCA yang telah sombong dan bongkak terhadap kaum Cina itu sendiri.
Mereka juga sebenarnya telah membenci antara kaum Cina itu sendiri. Hal ini berkaitan
dengan orang Melayu adalah disebabkan berita yang tersebar bahawa orang Melayu telah

5
Hairol Anuar Mak Din, et al, Hubungan Sosial Rentas Etnik ke arah Pengukuhan Kesepaduan Sosial di
Malaysia (2014). ms 5

7
dipukul di sepanjang jalan Setapak oleh kerana rusuhan yang telah di buat kongsi gelap Cina
itu sendiri6. Di sebabkan berita tersebar itu orang Melayu telah mengambil tindakan untuk
berkumpul di rumah Menteri Besar. Mereka mula menyerang orang Cina yang berarak di
kawasan tersebut dengan kelengkapan senjata yang tajam sehingga menyebabkan berlaku
rusuhan dan kebakaran.
Selain itu, sebab terjadinya kes ini berlaku dengan lebih besar adalah di sebabkan oleh
askar dari Rejimen Ranjer yang datang ke Kampung Baru. Rejimen tersebut telah menyerang
orang-orang Melayu dengan menembak orang Melayu itu sendiri sehingga menyebabkan
masyarakat di sana menjadi sangat marah dan menyebabkan keadaan tidak terkawal. Laporan
juga menyatakan bahawa ketua Rejimen itu adalah orang Cina dan beliau sengaja memberi
arahan supaya menyerang orang kampung tersebut sehingga pemuda-pemuda Melayu yang
ada ketika itu telah mengambil keputusan untuk menyerang balas kerana mereka merasakan
kawasan Kampung Baru telah di kepung oleh askar dan juga orang Cina. Pada waktu yang
sama beberapa das tembakan telah ditujukan kepada rumah Menteri Besar Selangor dengan
tindakan yang disengajakan. Akhirnya Regimen Renjer telah dikeluarkan dan digantikan
dengan Askar Melayu Diraja. Serta merta kawasan tersebut telah menyebabkan darurat yang
sangat besar dan juga pentadbiran telah diambil alih oleh askar-askar yang mengawal.
Namun, ada juga yang menyatakan bahawa askar-askar Melayu juga mengambil kesempatan
dengan memasuki kedai-kedai Cina dan merompak.
Perkara itu menyebabkan kematian yang sangat ramai sehingga tiada siapa yang
berani untuk menuntut mayat-mayat yang ada di ketika itu. Ada juga yang menyatakan
bahawa orang Cina telah di korbankan dan di bunuh dan di humban di lombong-lombong
berdekatan. Ada juga mengatakan tentang isu-isu yang bahawa dalam rakaman televisyen
menyatakan orang Cina di tangkap dan dibunuh beramai-ramai. Namun itu hanyalah khabar
angin hanya untuk mengelirukan masyarakat sahaja. Kejadian itu bukan sahaja berlaku di
Kampung Baru namun melarat sehingga ke jalan Tuanku Abdul Rahman di mana
sekumpulan kongsi gelap Cina telah mengepung kawasan tersebut dan membuat onar.
Mereka juga telah menyerang seorang polis di sana sewaktu bertugas. Akibat daripada itu
orang-orang Melayu telah menyerang balas di kawasan itu juga. Khabar angin juga
mengatakan askar yang untuk ke sana juga telah tersekat dalam pertempuran di sana. Angka
korban rasmi telah di keluarkan oleh kerajaan adalah 196 orang yang mati dan 440 orang
cedera serta hampir 9 ribu orang telah ditahan tetapi dalam laporan menyatakan bahawa lebih
pada 2 ribu orang telah hilang nyawa pada satu malam yang mengerikan itu.
6
ibid

8
Dalam peristiwa itu, telah berlaku kekecohan di peringkat Parlimen kerana pada hari
itu Tunku Abdul Rahman tiada di Kuala Lumpur kerana beliau berada di Kedah untuk
meraikan kemenangan beliau di sana. Pada kejadian itu Tunku berada di rumahnya dan
bermain daun terup bersama sahabat-sahabat beliau. Perkara itu telah tersebar di mana- mana
bahawa beliau tidak mengambil berat tentang kekecohan yang berlaku di Kampung Baru,
Kuala Lumpur. Hal itu telah menggugat Tun Abdul Rahman sebagai perdana menteri yang
pertama.
Pada waktu yang sama Dato’ Harun Idris juga telah dipersalahkan kerana punca
berlaku kekecohan adalah di rumahnya dan menyebabkan punca 13 Mei itu berlaku. Pada
hakikatnya, Dato’ Harun Idris tidak tahu apa-apa tentang kejadian tersebut serta anak
buahnya yang terlibat dalam kekecohan tersebut. Pelbagai pihak yang menentangnya
sehingga beliau terpaksa meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor. Bagi orang
Melayu beliau merupakan penyelamat kepada masyarakat Kampung Baru kerana beliaulah
yang telah melaporkan kejadian tersebut kepada polis sewaktu peristiwa itu berlaku sekiranya
beliau lambat melaporkan kepada pihak polis mungkin kejadian tersebut melarat sehingga ke
esok hari. Di peringkat Parlimen pula, negara terpaksa diisytiharkan darurat pada
malam itu di seluruh negara dan negara juga telah membentuk Mageran di bawah pentadbiran
Tun Abdul Razak dan parlimen di bubar serta merta. Di sebabkan itu, ada yang menganggap
bahawa pilihanraya yang berlangsung pada tahun tersebut tidak disahkan kerana di sebabkan
politik banyak nyawa telah hilang. Peristiwa 13 Mei jugalah yang telah menyebabkan Tunku
Abdul Rahman tidak lagi relevan dalam politik kerana seluruh orang Melayu
menyalahkannya kerana beliau telah dikatakan tidak mengambil berat tentang orang Melayu
pada ketika itu. Tunku Abdul Rahman telah meletakkan jawatan pada tahun 1970 dan
digantikan dengan Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri ke dua.
Jika dikira dengan apa yang berlaku adalah disebabkan oleh orang Cina itu sendiri
kerana sebenarnya mereka bergaduh sesama sendiri iaitu mereka bergaduh dengan PKM dan
MCA di pekan Setapak. Ahli kongsi gelap Cina sebenarnya yang menimbulkan kekacauan
yang sebenar selain daripada kes isu penyapu yang di lekatkan di van mayat seorang Cina itu.
Namun, dengan apa yang dilihat dari laporan mengatakan bahawa sebenarnya orang Cina
memarahi parti politik MCA kerana mereka sombong dan angkuh dengan kaumnya sendiri.
Mereka telah melakukan diskriminasi parti sehingga menyebabkan orang Cina merasakan
bahawa mereka di pinggirkan oleh kaumnya sendiri. Hal ini sebenarnya, yang menyebabkan
berlaku kekecohan di Setapak kerana ahli kongsi gelap Cina yang telah membuat onar di
dalam kawasan masyarakatnya sendiri sehingga terkena masyarakat Melayu yang melalui
9
kawasan tersebut dan masyarakat Melayu telah menyerang balas kepada mereka sehingga
mereka terpaksa melakukan serangan balas juga.

5.0 AKIBAT DARIPADA PERISTIWA 13 MEI 1969


Akibat daripada peristiwa tersebut berlaku darurat di seluruh Malaysia pada malam 16 Mei
dan perlembagaan telah digantung. Negara telah diperintah YDPA dibawah undang-undang
tentera. Kota Kuala Lumpur telah di menjadi sepi kerana masyarakat telah diperintah
berkurung. Setiap anggota beruniform telah berkawal di seluruh negara seperti polis dan
tentera disebabkan peristiwa tersebut. Ketegangan orang Melayu dan Cina bukan terhenti di
situ sahaja malah berlaku di peringkat parlimen dimana pada ketika itu mereka menyalahkan
Tunku Abdul Rahman kerana beliau dikatakan tidak membela nasib rakyat sehingga terjadi
kepada peristiwa tersebut. Di sebabkan itu juga telah tersebar gambar Tunku Abdul Rahman
bermain daun terup pada kepada hari kejadian.
Selepas pada peristiwa itu pihak tentera dan polis cuba menjalankan pemburuan
siapakah dalang yang mencetuskan peperangan yang sebenar. Terdapat beberapa kongsi
gelap, samseng, penjahat yang dikehendaki dan diburu di tempat persembunyian di sekitar
Kuala Lumpur. Pemburuan itu berjaya telah diberkas oleh pihak polis dan askar iaitu seramai
2 ribu orang telah ditangkap oleh pihak polis. Pada waktu yang sama anggota polis telah
membantu masyarakat Cina yang terkandas dalam peristiwa tersebut dan membawa mereka
keluar daripada kawasan tersebut.
Dalam pentadbiran beruniform pula, pihak polis dan askar di seluruh Malaysia telah
dihantar untuk membantu penduduk yang terkandas serta menjadi mangsa kepada peristiwa
itu serta anggota wataniah juga telah dihantar untuk memberikan bantuan kepada masyarakat
yang terkandas di sana namun da sedikit salah faham bahawa masyarakat Cina telah
menganggap bahawa mereka bekerjasama dengan orang yang merusuh serta membuat onar di
kawasan mereka tetapi perkara itu diselesaikan dengan baik antara anggota polis dan askar.
Pihak polis bukan sahaja telah diarahkan untuk membantu masyarakat tetapi mereka juga
telah dipanggil untuk melakukan kerja-kerja lain seperti membantu dalam pentadbiran awam
serta berkawal di tempat- tempat yang penting seperti di mahkamah serta lain-lain. Pada
ketika itu juga askar laut di raja juga telah diminta untuk mengawal pergerakan kereta api
kerana bimbang masyarakat dari luar akan datang untuk membuat rusuhan di samping itu
juga mereka telah diarahkan untuk membantu mengangkat bantuan daripada polis Kota
Bharu dan Ipoh ke Kuala Lumpur. Bandar-bandar Kuala Lumpur juga telah dibantu oleh
10
anggota beruniform untuk membersihkan jalan dari sampah sarap dan kesan-kesan terbakar
akibat rusuhan tersebut.
Walaupun kejadian tersebut telah diberi bantuan oleh pihak polis dan askar, ada
diantara mereka yang mencetuskan perbalahan dengan menuduh anggota askar telah
melakukan khianat serta mereka merompak di kawasan mereka. Mereka segera disiasat
namun menurut laporan hanya 9 orang sahaja yang memberi keterangan bahawa anggota
askar merompak di kedai- kedai emas dan warung- warung di sekitar Kuala Lumpur. Ada
juga khabar angin yang mengatakan bahawa askar-askar yang menjalankan tugas pada malam
itu telah berpakat dengan orang Melayu untuk menanam mayat orang Cina yang mati dalam
kawasan di pinggir bandar. Namun, pihak berkuasa telah mendapatkan keterangan dan catitan
kepada masyarakat Cina untuk mengenal pasti benarkah perkara itu berlaku namun
sebenarnya perkara itu hanyalah khabar angin semata-mata untuk memburukkan pekerjaan
polis dan askar pada ketika itu. Mayat- mayat yang dijumpai telah di diminta oleh pihak polis
dan askar untuk menjaga mayat tersebut sehingga waris keluarga datang untuk menuntut
mayat tersebut serta di kebumikan semula mengikut acara kepercayaan masing-masing.
Bagi mayat-mayat yang tidak di tuntut dan mayat yang tidak dapat di pastikan sama
ada Islam atau tidak, pemilihan tempat pengebumian telah dibuat oleh pihak Kementerian
Kesihatan. Hasil pengebumian tersebut telah dibantu oleh askar dan polis untuk menguruskan
mayat-mayat tersebut dari Hospital Besar Kuala Lumpur dan di ketuai oleh Insp. Phang Lian
Tuck dan Insp. Shamsuddin. Terdapat juga bahawa pengurusan jenazah tersebut telah di
bantu oleh tiga orang pensyarah dan juga sebelas orang mahasiswa Universiti Malaya dalam
pengurusan pengebumian di Sungai Buloh, Kuala Lumpur.
Seterusnya, peristiwa tersebut tidak terlepas dari musuh dalam selimut di mana Parti
Komunis Malaya telah mengambil kesempatan dalam menyebarkan pengaruhnya untuk
mendapatkan sokongan daripada orang Cina yang tidak berpuas hati daripada golongan Cina
yang telah menderita daripada peristiwa tersebut. Di samping itu, golongan orang tua pula
tidak menyokong PKM tersebut kerana mereka merasakan puas hati terhadap anggota polis
dan askar yang telah menyelamatkan mereka dan membantu kebajikan mereka. PKM telah
memanipulasikan keadaan di mana seolah-olah masyarakat Melayu yang memulakan
pertelingkahan tersebut dan membunuh orang-orang Cina.
PKM juga telah menyebarkan berita-berita palsu untuk memburukkan keadaan dan
untuk kepentingan mereka sehingga sedikit sebanyak perkara yang tersebut telah
mempengaruhi masyarakat Cina dan mereka berhasrat untuk memecahkan kaum dalam
negara ini. Tidak pada dalam negara, mereka juga telah menggunakan akbar di luar negara
11
dengan memprovokasikan bahawa akibat peristiwa tersebut mereka telah menyalahkan
orang-orang Melayu mereka yang memulakan kekacauan dahulu7. Hal ini kerana, peristiwa
tersebut tidak diketahui sumber yang sebenar akibat kekalutan negara tetapi tidak dinafikan
bahawa ada wartawan dari negara luar ambil sahaja perkara tersebut sebagai kenyataan.
Mereka telah membuktikan melalui gambar-gambar yang tersebar itu sebagai bukti bahawa
anggota yang berkawal adalah disebabkan oleh mereka memberi kebenaran kepada orang
Melayu untuk membuat rusuhan di Jalan Hal. Padahal kenyataan yang sebenarnya askar-
askar tersebut telah mengepung perusuh-perusuh Cina yang bersembunyi.
Sesetengah akhbar asing juga telah memberi gambaran bahawa masyarakat Cina yang
minoriti tertindas dan mengakibatkan perasaan tidak senang hati dan curiga terhadap orang
Cina di Malaysia. Pada peringkat tersebut pergaduhan juga berlaku dengan masyarakat Cina
dengan Melayu di Singapura serta mereka telah melemparkan unsur-unsur fitnah terhadap
orang Melayu sehinggakan Malaysia ketika itu telah mendapat tentangan yang hebat daripada
negara-negara luar.

6.0 LANGKAH MENGATASI MASALAH KAUM


6.1 Majlis Gerakan Negara
Sejak daripada itu kerajaan telah mula sedar bahawa sebenarnya kaum yang ada di Malaysia
sebenarnya tidak mempunyai kerjasama antara kaum yang utuh. Mereka hanya berlakon
untuk mendapatkan kemerdekaan sahaja. Pihak kerajaan telah mengambil langkah yang
drastik untuk mendapatkan kembali keharmonian kaum yang ada di Malaysia. pada ketika itu
kerajaan masih lagi dalam fasa yang baru dalam mentadbir negara namun mereka harus
memikirkan cara bagaimana cara menyelesaikan masalah yang berlaku.
Langkah yang pertama kerajaan telah menubuhkan Majlis Gerakan Negara dengan
mengemukakan perkara dan tujuan pembetukan tersebut iaitu untuk mengembalikan
keamanan dan undang-undang negara, untuk menentukan pentadbiran yang licin, dan
mengembalikan keharmonian negara dan kepercayaan antara kaum di negara ini. Tujuan-
tujuan itu telah mencapai sepenuhnya dalam masa yang singkat namun pencapaian
keharmonian kaum telah mengambil masa yang lama. Disebabkan keharmonian kaum tidak
diselesaikan demokrasi berparlimen tidak akan mencapai objektifnya selagi wujud perasaan
perkauman yang kuat.
Parti PKM juga tidak lagi membuat taktik kotor sebaliknya mereka membuat
menifesto yang baharu untuk mendapatkan sokongan yang lebih ramai. Mereka telah
7
Wan Norhasnisniah Wan Husin, Peradaban dan Perkauman di Malaysia (2012), hal 4

12
mengorak langkah yang lebih luas sehingga mereka melibatkan kongsi gelap untuk
menunjukkan satu ancaman kepada orang Melayu pada ketika itu. Mereka telah menyogok
dan mengerahkan orang ramai untuk menyokong parti PKM tersebut untuk mendapatkan
rancangan mereka. Mereka juga telah membuat provokasi bahawa mereka telah memboikot
barangan orang Melayu dan lain melalui hasutan dan penyebaran khabar angin.
Walaupun begitu kerajaan telah mengorak langkah dengan menubuhkan Majlis
Gerakan Negara untuk menjamin keselamatan negara dan kepentingan negara dalam
mengembalikan kesejahteraan negara. Walaupun mengambil masa yang panjang untuk
mengembalikan perkara tersebut tetapi sekurangnya kerajaan telah memberikan langkah yang
baik untuk mengembalikan demokrasi yang berparlimen kepada negara. Gerakan Negara
telah menimbangkan beberapa faktor dimanai da dan aktiviti politik tidak boleh menyentuh
perlembagaan negara supaya memperoleh keharmonian perkauman tidak diletakkan dalam
keadaan yang terancam dan boleh menjadikan pergaduhan yang besar.

6.2 Antara tiga jalan


Selepas pada peristiwa itu, kerajaan telah menghadap pelbagai masalah yang timbul.
Keseluruhan ini telah bergantung sepenuhnya kepada Gerakan Negara dalam menjalankan
tugasnya. Sejarah 13 Mei akan termaktub dalam sejarah negara dan tarikh itu menjadi
lambang kepada satu kejayaan politik dan perlembagaan dalam mengambil langkah yang
sebaik mungkin. Perkara ini juga telah membuka mata semua orang bahawa kaum yang ada
di negara kita sebenarnya tidak terjalin dengan sebaiknya. Hal ini demikian kerana, kaum
yang ada di Malaysia adalah satu lambang bahawa keharmonian negara sememangnya boleh
tercapai sekiranya semua orang bekerjasama dalam membantu negara untuk mencapai
kemajuan yang ada.
Selepas rusuhan itu berlaku, Malaysia telah menepikan dan memperluaskan undang-
undang serta membuat tafsiran mengenai politik dan sosial secara realistik dan mengadakan
perlembagaan, undang-undang, dan peraturannya sendiri untuk mencapai kepentingan
bersama. Kerajaan telah mencari jalan penyelesaian yang tersendiri yang memberi jaminan
yang besar kepada negara di mana pada masa yang akan datang, perasaan perkauman tidak
akan lagi berlaku di negara ini dan perkara ini tidak akan dicabar oleh orang-orang politik
yang tidak bertanggungjawab misalnya melalui proses-proses kempen pilihanraya.
Malaysia telah membuat satu andaian yang sangat besar kepada negara melalui tiga
perkara yang menjadi buah bicara yang sangat hebat kepada negara. Hal ini akan berlaku
sekianya kerajaan tidak mengambil langkah yang hebat untuk mencapai keharmonian kepada
13
negara dan juga kepada rakyat supaya tidak berlaku kejadian yang tidak akan diinginkan. Ada
tidak kemungkinan yang sekiranya negara tidak mengambil langkah yang drastik pada ketika
itu. Perkara ini ialah sekiranya kerajaan berdiam diri dan membenarkan permusuhan kaum
sehingga semakin buruk dan akhirnya menjahanamkan negara Malaysia. namun
kemungkinan ini sememangnya akan dielakkan oleh kerajaan kerana pakar rundingan negara
telah menandatangani bahawa British akan campur tangan untuk menangani masalah yang
ada di Malaysia sekiranya pihak pentadbiran negara tidak mampu untuk membuat keputusan
yang bernas berkaitan dengan masalah negara.
Seterusnya, kemungkinan yang ke dua adalah Malaysia akan mengembalikan
peristiwa 1948 di mana Tanah Melayu telah menjadi darurat. Hal ini sememangnya tidak
akan membolehkan kerajaan menjalani pentadbiran dengan baik sehingga pencapaian kata
sepakat antara kaum dapat dicapai. Oleh hal demikian kerana perkara ini sememangnya
menjadi titik hitam kepada negara sekiranya Malaysia gagal mendapat keputusan yang tepat
untuk mengembalikan keadaan kepada negara. Kemungkinan juga pihak British akan
mengambil alih kembali Malaysia dam akan mengembalikan Malaysia sebagai tanah
jajahannya pula. Walaupun hanya teori semata-mata namun perkara itu tidak mustahil kerana
pentadbiran negara masih lagi baru.
Selain itu, kemungkinan yang ke tiga pula adalah kerajaan akan terus mewujudkan
satu cara penyelesaian yang boleh menjadi formula yang positif kepada mana-mana kehendak
rakyat yang boleh dicapai melalui keharmonian kaum dan perasaan muhibbah. Hal ini
sememangnya molek dan boleh diambil kira namun sebagai pentadbiran yang besar,
kehendak rakyat tidak boleh diambil kira kerana mereka pasti akan memperjuangkan
kehendak kaum mereka sendiri berbanding dengan kehendak kaum lain. Kerajaan juga
mempunyai prinsip yang tertentu di mana mereka harus membuat satu persamaan yang boleh
dikecapi oleh semua kaum yang ada di Malaysia malah mereka harus ikut tentang apa yang
diberikan oleh kerajaan.
Banyak kemungkinan yang boleh diberikan untuk membuat andaian kepada negara
sekiranya negara tidak mengambil langkah yang drastik untuk mencapai kesejahteraan
negara. Kemungkinan yang pertama akan menyebabkan negara dianggap bacul dan tidak
boleh dijadikan satu kerajaan yang sangat kuat kerana rakyat di Malaysia akan menganggap
bahawa kerajaan Malaysia bergerak pasif serta tidak akan bertanggungjawab dalam
menyelesaikan masalah yang timbul antara kaum.
Kemungkinan yang ke dua pula adalah untuk kembalikan kepada peristiwa 1948 itu
sememangnya boleh tetapi keharmonian yang ada di Malaysia akan lambat dikecapi semua
14
oleh rakyat. Mungkin lama kelamaan rakyat di Malaysia akan memberontak dengan lebih
agresif lagi kerana darurat ini akan menyebabkan ekonomi di negara kita akan jatuh dan
sukar dibangunkan pada waktu yang singkat. Hal ini juga akan menyebabkan semua aspek
yang ada di Malaysia akan terbantut misalnya aspek pendidikan. Sekiranya negara pada
waktu itu menjalani darurat sistem pendidikan yang ada di Malaysia akan tersekat sehingga
melambatkan proses melahirkan rakyat yang celik tentang ilmu-ilmu yang ada di Malaysia
serta akan melambatkan juga proses kelahiran masyarakat yang bijak. Oleh itu, kemungkinan
yang paling logik pula ialah mengikuti seperti kemungkinan yang ke tiga untuk mencapai
keharmonian masyarakat Malaysia tetapi perkara itu mempunyai baik dan buruk kerana
rakyat akan mempertahankan kepentingan kaum mereka sendiri tanpa mempedulikan
keadaan yang ada di negara Malaysia.

6.3 Demokrasi Berperlembagaan dan Keperibadian Nasional


Perlembagaan sesuatu negara menjalankan tiga fungsi utama, ia menunjukkan hasrat dimana
rakyat sendiri yang mewujudkan negara itu, kedua-duanya telah menentukan bentuk sesuatu
kerajaan dan akhirnya ia memberi kuasa di samping mengehadkan kuasa ini bagi sesuatu
kerajaan. Perlembagaan merupakan satu undang-undang asasi suatu negara, sesetengah
peruntukan dalam Perlembagaan itu adalah lebih asasi daripada yang lain dan oleh itu,
mempunyai kedudukan yang mutlak.
Merujuk kepada Perlembagaan Malaysia, peruntukan yang di maksudkan adalah (i)
seluruh bab lll iaitu perkara-perkara mengenai kewarganegaraan dan selepas pengisytiharan
dan selepas pengisytiharan darurat, peruntukan dalam Perkara 150 (6A) bab ini, tidak boleh
digantung atau dipinda. Ke dua, Perkara 71 memberi jaminan bahawa kerajaan Persekutuan
mestilah menjaga Perlembagaan setiap negeri dan juga hak-hak dan kuasa raja-raja Melayu di
Malaysia. Ke tiga, Perkara 152 yang menetapkan bahawa Bahasa Melayu Kebangsaan
Negara akan menjadi bahasa rasmi yang tunggal. Ke empat, perkara 153 yang menentukan
tanggungjawab YDPA untuk melindungi kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan
kepentingan-kepentingan asas kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara itu. Ke lima,
Perkara 159 yang menetapkan antara lain, bahawa sebarang perubahan kepada peruntukan
mengenai raja-raja Melayu (Perkara 38,70 dan 71) dan terhadap kedudukan istimewa orang-
orang Melayu tidak akan diluluskan di atas persetujuan Majlis Raja-raja.
Selepas Melayu menolak rancangan Malayan Union pada tahun 1946, satu ahli
jawatankuasa telah di lantik untuk menyemak balik semua persetujuan yang ada di dalam
perkara yang di usulkan oleh Gabenor MacMicheal dan Majlis Raja-raja Melayu serta wakil-
15
wakil UMNO. Jawatankuasa kerja itu telah diingatkan bahawa soal kewarganegaraan
mestilah difahami berasaskan bahasa Setiausaha Negara telah menerima dasar kedudukan
istimewa orang-orang Melayu akan dipertahankan. Ahli jawatankuasa juga diingatkan
bahawa orang Melayu tidak mempunyai negeri lain sementara penduduk lain kebanyakan
masih mempunyai pertalian dengan negara asalnya. Kebanyakan dari mereka masih
menumpukan taat setia mereka kepada negeri asal mereka dan bukan untuk Malaysia kerana
mereka masih lagi terikat dengan adat dan resam negara Mereka walaupun mereka sudah
menjadi warganegara Malaysia pada ketika itu .
Seterusnya, Jawatankuasa yang ke dua telah ditubuhkan pada tahun 1946 untuk
mengkaji cadangan ahli Jawatankuasa yang pertama memastikan kaum yang terlibat dalam
Malaysia mempunyai peluang yang cukup dan bebas untuk mengeluarkan pendapat-pendapat
mereka. Jawatankuasa ini mengadakan banyak perjumpaan dengan rakyat dan telah
menerima 81 memorandum kesemuanya daripada kaum-kaum lain dalam negeri ini. Di
samping itu, penting untuk mengetahui bahawa kebanyakan orang bukan Melayu sebagai
yang dinyatakan dalam memorandum masing-masing, tidak terdapat tentang persoalan
dengan kedudukan keistimewaan orang-orang Melayu ataupun kuasa Raja-raja.
Peruntukan memberikan kewarganegaraan kepada orang bukan Melayu telah di buat
pertama kalinya di dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada 1948. Peruntukan ini
telah diperluaskan lagi di dalam Ordinan 1952 yang telah dipinda daripada perjanjian 1948.
Satu tarikh penting dalam sejarah kewarganegaraan negara ini ialah perlembagaan Merdeka
1957 iaitu satu-satunya jawatankuasa yang telah dilantik untuk tujuan dengan Lord Reid
sebagai pengerusi. Kesemua ahli Jawatankuasa tersebut telah mengadakan 118 kali
mesyuarat di Malaysia di samping mengadakan banyak lagi pertemuan yang tidak rasmi.
Pertemuan mesyuarat tersebut telah direkodkan dan di tulis dalam Perlembagaan. Peluang
yang lebih luas dibuka dengan wujudnya perkara 13 (1) (d) yang memberikan
kewarganegaraan dengan kuatkuasa undang-undang kepada setiap orang di dalam
persekutuan yang lahir pada tahun atau selepas merdeka. Pada hari Malaysia peruntukan ini
telah dipinda kepada setiap orang yang lahir dalam persekutuan atau selepas hari merdeka
1957 dan sebelum bulan Oktober 1962. Ini telah di persetujui oleh orang-orang Melayu
sebagai satu tolak ansur kepada penerimaan orang bukan Melayu terhadap kedudukan
istimewa orang-orang Melayu dan tugas khas Kerajaan untuk melindungi peruntukan itu
sementara menjaga kepentingan hak asasi kaum lain yang ada di Malaysia.
Peruntukan mutlak dalam perlembagaan itu adalah hasil daripada persetujuan semua
kaum dalam negara ini. Hasil daripada rundingan dan tolak ansur ia merupakan satu
16
perjanjian terpenting di antarabangsa dan kaum-kaum di negara ini. Perkara ini menjadi batu
asas di mana struktur perlembagaan hak-hak asasi, jentera kerajaan dan banyak lagi
peruntukan yang lain disasarkan jika peruntukan mutlak ini dikikis dan dilemahkan
keseluruhan struktur perlembagaan dan negara akan mendapat kesan buruk serta memberikan
keadaan yang bahaya. Wujudnya peristiwa 13 Mei itu adalah disebabkan wujudnya sikap
yang tidak memahami peruntukan-peruntukan yang mutlak itu dan menunjukkan mereka
bahawa demokrasi cenderung kepada berfikir atas dasar kebebasan politik, bersuara dan
kebebasan berkumpul serta kebebasan berpersatuan. Kepercayaan ini walau bagaimanapun
tidak pernah menyokong teori mana-mana pihak yang mahu melakukan penghianatan dan
hasutan seperti tujuan untuk menghapuskan atau menggulingkan kerajaan berperlembagaan
melalui kekerasan, tipudaya ataupun tindakan jahat.
Selain itu, untuk menyelesaikan masalah perkauman dalam negara ini, kerajaan boleh
mengikut cara-cara yang berikut iaitu wargananegara ini terutamanya mereka yang menjadi
rakyat Malaysia melalui peruntukan yang bermuka dalam perjanjian Persekutuan Tanah
Melayu 1948, dan membawa kepada Perlembagaan Persekutuan 1957 mestilah memahami
peruntukan-peruntukan yang penting dalam Perlembagaan itu. Rakyat Malaysia tidak kira
asal usul keturunan mestilah memahami hak dan keistimewaan yang termaktub dalam
Perlembagaan. Garis panduan yang telah di senaraikan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan
Majlis Gerkan Negara yang telah ditubuhkan untuk tujuan menjaga keharmonian kaum dan
persekitaran.
Kedua-duanya adalah mustahak bagi kerajaan untuk membuat undang-undang di
mana akan menjadi satu kesalah kepada setiap orang untuk berkata, menulis atau mencetak
perkataan atau ungkapan untuk membuat persoalan sebarang perkara yang telah di tulis di
dalam Perlembagaan negara tentang hak, status, kedudukan, keistimewaan dan kepentingan
kuasa yang terkandung serta dilindungi dalam peruntukan mutlak dalam perlembagaan
persekutuan. Perlembagaan Persekutuan untuk memasukkan undang-undang baru di samping
mengadakan peruntukan untuk melindungi peruntukan perkara 152 ( yang berkaitan dengan
Bahasa Kebangsaan dan bahasa kaum-kaum lain) supaya perkara ini diletakkan sama penting
dengan perkara 38 ( mengenai Majlis Raja-raja dan fungsinya). Perkara 71 ( mengenai
jaminan Persekutuan terhadap perlembagaan negeri dan perkara 153 ( mengenai kedudukan
orang Melayu dan kepentingan asas kaum-kaum lain) di mana kesemuanya di persetujui oleh
Majlis Raja-raja seperti yang terkandung dalam dalam perkara 159 (5) Perlembagaan
Persekutuan. Keperluan ini mungkin juga timbul untuk melindungi seperti yang di atas yang

17
mewujudkan sekatan-sekatan terhadap mengeluarkan perkataan dan membuat kelakuan yang
menyoal kandungan di dalam peruntukan mutlak dalam perlembagaan.
Akhir sekali perkara 159 (5) dalam perlembagaan Persekutuan seperti di katakan di
atas mungkin terpaksa dilindungi dengan meminda Perlembagaan Persekutuan dan
mengadakan satu peruntukan bahawa perkara itu tidak boleh diubah atau dipinda sesuka hati
tanpa persetujuan Majlis Raja. Undang-undang yang kan diadakan ini memberikan asas atau
satu jaminan bahawa proses-proses demokrasi sehari tidak akan mengungkit perasaan
perkauman. Proses ini boleh dijalankan melalui undang-undang dan tidak bertentangan
dengan unsur-unsur demokrasi yang melampau sehingga membolehkan rusuhan berlaku
sekali lagi.

6.4 Rancangan dalam Pendidikan


Peristiwa berdarah itu telah memberikan impak yang besar dan telah mengubah
lanskap politik, ekonomi, dan sosial masyarakat Malaysia di mana selepas peristiwa ini
berlaku kerajaan juga telah mengubah cara pemerintahan dan membantu ekonomi melayu
dengan mewujudkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bermatlamat untuk mencapai
perpaduan negara dan integrasi nasional. Peristiwa berdarah itu telah memberi impak yang
sangat besar kepada pendidikan. Kerajaan pada ketika itu telah mengubah sistem rancangan
negara dan menumpukan pada tiga bidang iaitu menyatukan pelajaran bagi menggalakkan
perpaduan kaum, memperluaskan rancangan bagi mencapai keperluan negara dan
memperbaiki mutu pelajaran ke arah mencapai masyarakat yang maju dalam bidang yang
diberikan berasaskan sains dan teknologi moden.
Kerajaan juga telah membuat satu rancangan yang besar iaitu kerajaan telah
melaksanakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di semua sekolah secara
berperingkat dan mengurangkan jurang perbezaan dalam memberi peluang pelajaran di antara
kawasan dan antara kaum melalui pembinaan sekolah kebangsaan dan sekolah jenis
kebangsaan. Kerajaan juga telah membuat satu rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah
(KBSR) untuk dilaksanakan di semua sekolah rendah di seluruh negara. Selain itu,
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) juga telah di ketengahkan di seluruh
negara dan kedua- dua ni mempunyai matlamat yang sama iaitu sebagai satu kunci perpaduan
kaum dan negara untuk mencapai keharmonian yang sejagat8.

8
Mior Khairul, et al, Sistem Pendidikan di Malaysia: Dasar, Cabaran, dan Pelaksanaan ke arah Perpaduan
Nasional

18
6.5 Langkah dalam Ekonomi
Dari segi ekonomi juga kerajaan juga telah memperluaskan pembangunan Malaysia.
Kerajaan juga telah membasmi kemiskinan, kejahilan terhadap perkauman. Kerajaan telah
membuat DEB untuk membangunkan negara secara berperingkat melalui rancangan pada
tahun 1970 kerana pada masa itu masyarakat Melayu jauh ketinggalan dalam sesio- ekonomi
di Malaysia dan menyebabkan ekonomi tidak seimbang kerana kebanyakan ekonomi telah
dipelopori oleh kaum Cina. Oleh itu kerajaan telah memberikan peluang kepada orang
Melayu untuk meningkatkan taraf hidup golongan luar bandar melalui Rancangan Buku
Hijau (1974) serta tanah melalui FELDA dan FELCRA.

Langkah dalam Sosial


kerajaan juga telah membuat satu tinjauan yang berperingkat untuk memastikan
perusuhan kaum tidak lagi berlaku dalam kalangan masyarakat. Kerajaan juga telah
menubuhkan satu angkatan masyarakat yang dipanggil Rukun Tetangga untuk menjamin
keselamatan sosial yang ada di bandar mahupun di luar bandar. Kerajaan juga telah
membanci penduduk bandar dan luar bandar untuk mengetahui permasalahan masyarakat.
Hal ini dibuat kerana untuk membantu masyarakat yang menjadi mangsa perusuhan tersebut
dan menghindari semua perkara yang mungkin akan berlaku dalam waktu-waktu tersebut
seperti penghasutan kaum yang menyebabkan perkauman menjadi kucar kacir.
Di samping itu, kerajaan juga telah membuat satu rancangan panduan untuk
memberikan semua masyarakat mengikuti semua undang-undang dan menerapkan nilai-nilai
patriotik negara serta bangsa Malaysia. Kerajaan telah memperkenalkan “Rukunegara” pada
31 Ogos 1970. Bagi memberikan kepada masyarakat yang berbilang kaum ini menjadi satu
masyarakat yang menerapkan kesejahteraan di dalam Malaysia. Rukunegara ini mengandungi
hasrat murni kearah membentuk masyarakat yang demokratik, adik, saksama, dan progresif.

6.7 Langkah kepada Politik


Selepas kejadian itu kerajaan juga telah memperkuatkan lagi dalam keselamatan negara
seperti menubuhkan balai-balai polis di persekitaran daerah yang menjadi sasaran perusuhan.
Kerajaan juga telah membuka lebih ramai lagi jawatan dalam anggota untuk masyarakat
memasuki dalam bidang perkhidmatan awam beruniform ini. Hal ini kerana bagi menjamin
keharmonian negara serta kesejahteraan masyarakat Malaysia.
19
Selain pada itu, kerajaan juga telah menguatkuasakan lagi undang-undang negara bagi
membanteras jenayah-jenayah yang berlaku9. Kerajaan juga telah membuat rondaan dan
tinjauan antara kaum untuk memastikan perkara hasutan dan jenayah berat di dalam
masyarakat. Kerajaan juga telah memastikan pergerakan Parti Komunis Negara dalam
masyarakat tidak memecah-belahkan keadaan masyarakat untuk membasmi perusuhan kaum
yang berlaku di dalam negara. Anggota Rela juga telah ditubuhkan untuk membantu kerajaan
dalam membuat operasi yang tinjauan dan keselamatan masyarakat di bandar dan juga di luar
bandar.

7.0 Kesimpulan
walaupun kejadian yang sebenarnya berlaku di sebabkan salah faham antara kaum Melayu
dengan Kaum Cina sehingga berlaku perusuhan dan menjadi titik hitam kepada pentadbiran
negara pada tarikh 13 Mei 1969 telah membuahkan hasil yang berbeza kerana kerajaan telah
mengubah corak pemerintahan kepada yang lebih progresif untuk memberikan titik tolak
yang hebat bagi membendung kejadian ini berlaku sekali lagi kepada masyarakat yang ada di
negara kita.
Seterusnya, kerajaan juga telah membuat tinjauan yang besar untuk membasmi dan
mengukuhkan lagi negara dengan membuat dasar-dasar yang baharu kepada negara. Hal ini
telah membantu negara untuk meraih kembali keharmonian negara selepas kemerdekaan.
Peristiwa tersebut juga telah membuka mata kerajaan bahawa sebenarnya kerjasama kaum
untuk meraih kemerdekaan itu hanyalah sandiwara sahaja. Mereka sebenarnya tidak mahu
terikat dengan penjajah British dan mahukan kebebasan sahaja. Selepas pada itu mereka
sebenarnya ada agenda tersendiri di mana mereka sebenarnya inginkan kerajaan yang ditadbir
oleh kaum masing-masing.
Kerajaan juga telah mengharamkan PKM untuk memasuki politik kerana mereka
adalah punca kepada perusuhan kaum yang berlaku. Mereka yang mengapi-apikan kaum
Cina untuk memberontak dan membuat onar kepada di dalam masyarakat. Oleh itu, kerajaan
telah menyekat parti tersebut dan dipantau sehingga mereka telah meletakkan jawatan
sebagai PKM. Kerajaan juga telah mengubah sistem pendidikan dalam negara di mana
kerajaan telah menubuhkan sekolah kebangsaan untuk memberikan peluang kepada
masyarakat bergaul dalam masyarakat dan mereka akan mengenali budaya, sosial serta corak
masyarakat yang ada di Malaysia. kerajaan juga telah membantu ekonomi kaum Melayu

9
Zarina Othman, Mohd Kamal Omar,at al, Memelihara Keselamatan Negara Malaysia: Peristiwa Lahad Datu,
Sabah.

20
untuk memajukan diri dalam ekonomi sosial untuk menjadikan masyarakat yang berdaya
saing serta dapat memajukan negara ke peringkat dunia.

21

You might also like