Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Karya ini bertajuk ‘Juicy Semangka’ yang merujuk kepada buah tembikai yang masak ranum, merah dan

manis. Hasil karya ini menggunakan


tema makanan tempatan. Oleh itu, saya memilih untuk menghasilkan karya yang berkaitan dengan buah-buahan tempatan iaitu buah tembikai.
Antara sebab utama saya memilih buah tembikai sebagai karya ialah kerana saya sangat menyukai buah tersebut berbanding buah-buahan
tempatan yang lain disebabkan rasanya yang manis dan enak dimakan bila-bila masa saja terutamanya setelah disejukkan. Buah tembikai
juga merupakan buah yang senang untuk didapati tidak kira musim. Malah ianya mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan seperti kaya
dengan nutrien penting yang diperlukan oleh tubuh badan manusia. Justeru, saya telah mengaplikasikan kemahiran seni dua dimensi yang
telah dipelajari untuk menghasilkan karya ini.

Semasa menghasilkan karya, saya telah menggunakan teknik yang terdapat dalam seni dua dimensi iaitu teknik catan dan lukisan.
Teknik catan menggunakan bahan dan alatan seperti cat air, berus, air dan palet. Teknik ini digunakan untuk mewarnakan buah tembikai yang
telah dilukis secara ringkas menggunakan pensel HB. Teknik ini dipilih oleh saya dalam menghasilkan karya ini kerana ianya dilihat mampu
memberi tekstur dan warna yang baik kepada buih tembikai. Saya turut menggunakan pensel warna dan oil pastel dalam karya untuk
menambah baik tekstur dan warna daripada catan yang diwarnakan bagi memastikan karya yang dihasilkan menyerupai buah tembikai yang
sebenar.

Penggunaan warna yang digunakan ialah warna primer, sekunder dan tertier untuk menghasilkan sebuah karya yang menarik. Warna
biru dan kuning sebagai warna primer digunakan untuk menggelapkan lagi warna pada buih tembikai bagi menampakkan ton warna yang
pelbagai serta kesan pencahayaan. Ianya juga diperlukan untuk menampakkan unsur jalinan yang perlu ada pada karya dua dimensi. Warna
hijau dan merah juga banyak digunakan kerana ianya merupakan warna asal buah tembikai. Bagi latar belakang pula, saya menggunakan
pelbagai campuran warna cair untuk memastikan buah tembikai yang dihasilkan tidak tenggelam disebabkan warna latar belakang yang
terlalu menonjol. Saya juga menggunakan warna hitam untuk tujuan shading terutamanya di tempat-tempat berlakunya pertindihan objek.
Shading juga dibuat sebagai bayang-bayang di bawah objek. Selain itu, warna putih digunakan untuk memberi kesan cahaya kepada karya
dua dimensi tersebut. Karya ini dihasilkan berpandukan ilham dan idea yang saya dapati melalui carian di laman internet, majalah dan surat
khabar. Hasil karya ini merupakan salah satu daripada buah-buahan tempatan yang sering rakyat Malaysia makan dalam kehidupan seharian.

You might also like