KKP EDUP3023 Perkembangan Kanak - Kanak

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA SURAT

01 Biodata Pelajar 2

02 Penghargaan 4

03 Pengenalan 6

04 Penulisan Akademik 8

05 Rujukan 14

06 Lampiran 18

1|Page
BIODATA
PELAJAR

2|Page
BIODATA PELAJAR

Nama : FAYSLEY JOCA JOLDIN

Tarikh lahir : 19hb DISEMBER 1994

No. IC : 941219-12-5313

Alamat : Kg. Malangang Baru Kiulu,

P/S 372 89257 Tamparuli, Sabah.

No. Telefon : 019 - 821 6984

E-mail : jcasley_19@yahoo.com

Unit : PISMP Sains (SK) Ambilan Jun 2015

3|Page
PENGHARGAAN

4|Page
PENGHARGAAN

Pertama sekali, saya amat bersyukur ke hadirat Tuhan atas keberkatan yang telah
diberikan kepada saya sehinggakan saya telah berjaya menyiapkan karja kursus ini dengan
jayanya. Kerja kursus ini merupakan satu tugasan yang perlu disiapkan oleh setiap pelajar
Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Maka dengan itu saya amat berbesar hati untuk
mengucapkan sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Cikgu Falsafah dan
Pendidikan di Malaysia (EDUP 3023), Pn Jaslinah Makantal selaku pensyarah di Institut
Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kent Sabah. Mereka merupakan tenaga pengajar kami
dalam subjek Perkembangan Kanak - Kanak (EDUP 3023), dimana beliau telah bertungkus
lumus untuk memberi tunjuk ajar, bimbingan dan juga menjana idea – idea yang amat
berguna sekali kepada kami.

Selain itu, tidak dilupakan juga untuk mengucapkan ucapan terima kasih kepada
rakan-rakan saya kerana dengan pertolongan dan tunjuk ajar mereka telah membantu saya
dalam menjana idea – idea yang bernas sekaligus dapat memperolehi maklumat yang
penting dalam perbincangan. Seterusnya, tidak lupa juga kepada bahagian perpustakaan
IPG Kampus Kent kerana telah memberikan kebenaran kepada kami untuk mencari
seberapa banyak maklumat yang diperlukan untuk menyiapkan tugasan ini. Seterusnya,
tidak lupa kepada abang – abang dan kakak – kakak senior yang sudi memberi tunjuk ajar
serta bimbingan yang amat berfaedah sekali kepada saya kerana melalui tunjuk ajar mereka
saya dapat memperoleh ilham untuk menyiapkan tugasan ini. Akhir sekali, saya ingin
mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya dan anggota keluarga yang lain
kerana telah memberikan saya sokongan dan dorongan untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Akhir kata, tanpa bantuan oleh semua pihak, secara langsung ataupun tidak langsung,
besar kemungkinan saya tidak dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan baik.

“Terima Kasih Semua”.

5|Page
PENGENALAN

PENGENALAN

6|Page
Dalam kerja kursus EDUP 3023 ini terdapat beberapa tugasan yang perlu
diselesaikan oleh pelajar PISMP Semester 1 Ambilan Jun 2015 Institut Pendidikan Guru
Malaysia (IPGM). Sepertimana yang dikehendaki dalam kerja kursus ini, terdapat dua
bahagian yang perlu diselasaikan oleh pelajar iaitu bahagian A dan B. Dalam bahagian A
kerja kursus ini, ia berkaitan dengan penghasilan satu penulisan akademik yang
mengkehendaki pelajar untuk memberi pendapat tentang jurnal kajian yang dicadangkan
iaitu “Identifikasi Psikomotor, Kognitif, Sosioemosi dan Bahasa Dalam Kalangan Kanak –
Kanak Prasekolah Menggunakan Pendekatan Belajar Melalui Bermain”. Pelajar juga
ditugaskan untuk membincangkan teori berkaitan dalam isu yang diketengahkan dalam
artikel serta implikasi terhadap pendekatan pengajaran untuk membantu seorang guru
dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Dalam bahagian B pula, pelajar dikehendaki menjawab ujian yang mengandungi 2


soalan struktur yang merangkumi tajuk 1, 2 dan 3 dalam Ringkasan Maklumat Kursus
Perkembangan Kanak – kanak (EDUP 3023).

Di akhir kerja kursus ini, pelajar haruslah dapat menerangkan konsep, prinsip asas
dan faktor – faktor perkembangan kanak – kanak. Selain itu, pelajar hendaklah dapat
menganalisis peringkat – peringkat perkembangan kanak – kanak hingga awal remaja
berdasarkan teori – teori perkembangan melalui sumber rujukan dan tinjauan literatur. Di
samping itu, pelajar haruslah dapat membincangkan jenis – jenis personality dan konsep
kendiri murid dan implikasnya terhdadp aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah. Akhir sekali, pelajar mestilah dapat menganalisis kategori dan ciri – ciri
perkembangan kanak – kanak berkeperluan pendidikan khas melalui sumber rujukan yang
releven dan terkini.

7|Page
PENULISAN
AKADEMIK

PENULISAN AKADEMIK

8|Page
Tajuk jurnal kajian yang dicadangkan iaitu “Identifikasi Psikomotor, Kognitif,
Sosioemosi dan Bahasa Dalam Kalangan Kanak – Kanak Prasekolah Menggunakan
Pendekatan Belajar Melalui Bermain”. Jurnal ini merupakan hasil kajian Najeemah Bt Mohd
Yusof. Jurnal ini membincangkan bagaimana pembelajaran awal sains haruslah
dilaksanakan berfokuskan kepada kanak – kanak dan guru hanya pemberi motivasi kanak –
kanak untuk belajar. Perkembangan tingkah laku kanak – kanak iaitu tingkah laku
psikomotor, kognitif, sosioemosi dan bahasa dapat dikembangkan melalui pendekatan
belajar sambil bermain. Psikomotor seperti psikomotor kasar dan psikomotor halus seperti
tangan dan kaki digunakan dalam aktiviti yang dilaksanakan yang membantu kanak – kanak
dalam perkembangan fizikal mereka. Selain itu, aktiviti yang melibatkan ramai orang, kanak
– kanak akan bekerjasama dalam kumpulan, menterjemahkan perasaan gembira,
berkomunikasi dan berinteraksi sesama mereka. Ini akan meningkatkan perkembangan
sosioemosi mereka. Di samping itu, dalam aktiviti yang memerlukan pemikiran kreatif, kanak
– kanak akan dapat berimaginasi dan diterjemahkan dalam karyanya. Hal ini demikian
kerana perkembangan tingkah laku kognitif sedang berlaku. Akhir sekali, tingkah laku
bahasa dapat diperkembangkan melalui perkataan – perkataan baharu yang diajar oleh
guru. Perkembangan bahasa akan meningkat dengan cepat di sepanjang aktiviti dijalankan.
Kajian ini menggunakan kaedah eksperimental yang mana responden iaitu murid prasekolah
melakukan eksperimen sains untuk melihat keberkesanan teori belajar sambil bermain
dalam perkembangan tingkah laku mereka.

Dalam jurnal kajian yang dicadangkan ini terdapat beberapa teori yang dapat
dikaitkan iaitu Teori Belajar Melaui Bermain, Teori Behavioris dan Teori Kognitif. Teori
belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan
mendatangkan keseronokkan dan kepuasan kepada kanak – kanak prasekolah dalam
sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. Dengan bermain juga kanak-kanak akan
dapat menguasai perkembangan tingkah laku seperti tingkah laku psikomotor, sosioemosi,
kognitif dan bahasa. Menurut Mak Soon Sang, dalam bukunya Pendekatan dan Strategi
Pengajaran, main merupakan satu teknik mengajar yang memberi peluang kepada murid-
murid melakukan sesuatu aktiviti secara berpura-pura di dalam keadaan terkawal.
Pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah berlandaskan prinsip belajar sambil bermain.
Aktiviti bermain adalah kerja kanak-kanak. Salah satu tokoh yang berjasa dalam Teori
belajar melalui bermain adalah Plato, seorang ahli falsafah Yunani. Plato dianggap sebagai
orang pertama yang menyedari dan melihat pentingnya belajar sambil bermain. Menurut
Plato, jika kita memberikan bahan permainan seperti ‘lego’ kepada kanak – kanak berusia
tiga tahun, apabila besar nanti mereka akan menjadi arkitek. Hal ini sedemikian kerana
pembelajaran kendiri yang kanak – kanak lakukan merupakan diminati dan dikawalnya

9|Page
sendiri. Dalam jurnal kajian, murid prasekolah diberi eksperimen sains dimana mereka boleh
belajar sambil bermain dan berasa seronok sepanjang tugasan yang diberikan. Buktinya,
terdapat 5 set ujian tingkah laku dan dalam 1 set ujian tersebut terdapat 5 komponen yang
dilihat. Sebanyak 25 komponen yang diuji oleh murid prasekolah dan telah berjaya
dijalankan.

Teori yang seterusnya ialah teori kognitif. Teori ini merupakan teori perkembangan
kognitif yang diperkenalkan oleh Jean Piaget (1896 – 1980). Piaget menyatakan bahawa
setiap kanak – kanak mempunyai corak perkembangan mereka yang tersendiri. Oleh itu,
kanak – kanak di dalam bilik darjah bukan sahaja berlainan peringkat kebolehan mereka
tetapi juga berlainan tahap perkembangan kognitif mereka.

Dalam pandangan Piaget, proses penyesuaian seseorang terhadap persekitarannya


terjadi serentak melalui dua bentuk proses iaitu asimilasi dan akomodasi. Asimilasi terjadi
jika pengetahuan baru yang diterima seseorang bersesuaian dengan struktur kognitif yang
ada pada individu tersebut. Sebaliknya, akomodasi terjadi jika struktur kognitif yang telah
dimiliki seseorang harus diubahsuai dan disesuaikan dengan maklumat yang baru diterima.
Dalam jurnal kajian, kanak – kanak telah ditinjau tingkah laku mereka dari aspek kognitif
semasa mempelajari sains. Mereka telah diberi tugasan seperti mengasingkan biji benih,
membuat buku skrap dan sebagainya. Aktiviti pengasingan biji benih mendapat peratusan
memuaskan yang tertinggi iaitu 68% manakala aspek bekerjasama dalam kumpulan
mendapat peratusan memuaskan sebanyak 56% . Ini kerana aktiviti mengasingkan bahan
dari satu tempat ke tempat yang lain merupakan aktiviti yang seringkali kanak – kanak
lakukan. Melalui teori kognitif, asimilasi berlaku iaitu pengetahuan baru yang diterima kanak
–kanak tersebut bersesuaian dengan struktur kognitif yang ada pada mereka. Manakala
dalam aspek berkerjasama dalam kumpulan, merupakan proses akomodasi iaitu struktur
kognitif yang telah dimiliki kanak - kanak harus diubahsuai dan disesuaikan dengan
maklumat yang baru diterima. Kanak – kanak yang didedahkan kepada golongan kanak –
kanak yang mereka belum biasa mempunyai kesukaran sedikit tetapi apabila akomodasi
berlaku, kerjasama dalam kumpulan beransur kelihatan.

Dalam teori perkembangan kognitif ini Piaget juga menekankan pentingnya


keseimbangan agar seseorang dapat terus mengembangkan dan menambah pengetahuan
sekaligus menjaga kestabilan mentalnya. Keseimbangan ini merupakan sebuah
keseimbangan antara asimilasi dan akomodasi sehingga seseorang dapat menyatukan
pengalaman luar dengan struktur dalamnya. Proses perkembangan kognitif seseorang
berjalan dari ketidakseimbangan menuju keseimbangan melalui asimilasi dan akomodasi.
Kanak – kanak yang pada mulanya hanya tahu membuat kerja sendiri dan apabila disuruh

10 | P a g e
berinteraksi dengan orang lain mereka akan kakuh tidak terkata. Dari situ, perkembangan
kognitif akan berkembang menuju keseimbangan, pengetahuan berkata – kata diaplikasikan
kepada orang lain dan seterusnya menyesuaikan diri dalam persekitaran sekelilingnya. Di
sini kita dapat lihat asimilasi dan akomodasi berlaku secara serentak.

Seterusnya merupakan Teori Behavioris yang merujuk kepada perlakuan dan tabiat
seseorang manusia. Setiap perlakuan yang dilakukan manusia sebenarnya mempunyai
pengaruhnya yang tersendiri.

“Pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku kekal yang dihasilkan daripada pengalaman
atau latihan.”

(Williams & Anandam, 1973)

Teori pembelajaran Behaviorisme mengatakan bahawa pembelajaran merupakan


satu proses pelaziman, dimana hubungan antara rangsangan luar dan tindak balas individu
dapat dibina untuk menghasilkan perubahan tingkah laku. Tokoh-tokoh bagi teori behavioris
berpendapat bahawa pembelajaran merupakan suatu tingkah laku yang boleh diperhatikan,
dikawal dan diramal. Dari perspektif behaviorisme, pembelajaran hanya bermula apabila
wujudnya tindak balas terhadap suatu rangsangan yang diberi. Behaviorisme merupakan
satu pendekatan pemikiran yang menekankan peranan pengalaman dalam mengawal
tingkah laku. Melalui jurnal kajian ransangan (arahan guru) dan tindak balas murid telah
membentuk perubahan tingkah laku murid. Contohnya, tingkah laku sosioemosi(Lampiran
3), pada awal aktiviti, peratusan memuaskan hanya mencecah kepada 68% dan apabila
aktiviti yang terakhir peratusan memuaskan mencecah 72%. Melalui statistik ini, arahan guru
disusuli dengan interaksi sangat diperlukan sesama kanak – kanak bagi meningkatkan
tingkah laku sosioemosi yang kekal dalam diri mereka. Selain itu, pendekatan pemikiran
seperti aktiviti mengasingkan biji benih (kognitif dan psikomotor), menekankan peranan
pengalaman dalam mengawal tingkah laku. Apabila mengasingkan biji benih, pengalaman
atau pengetahuan sedia ada kanak – kanak membantu mereka mengenal pasti dan
seterusnya mengawal tingkah laku mereka (kognitif dan psikomotor).

Melalui jurnal kajian ini, terdapat beberapa implikasi terhadap pendekatan


pengajaran untuk membantu seorang guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah. Antaranya menggalakkan murid yang sudah mahir membantu rakan
mereka yang lain. Mereka boleh berkongsi pendapat atau memberi tunjuk ajar kepada rakan
mereka bagi meningkatkan kefahaman tentang sesuatu topik. Kanak-kanaksebenarnya
adalah lebih mudah memahami sesuatu perkara itu apabila dibimbing oleh rakan sebaya
mereka kerana berasa lebih selesa. Contohnya, guru boleh menggunakan kaedah koperatif

11 | P a g e
di mana murid dalam kumpulan saling berkongsi dan bantu - membantu antara satu sama
lain semasa tugasan diberikan. Selain itu, guru haruslah menyediakan lebih banyak bahan
bantu mengajar yang boleh digunakan supaya murid dapat menghubungkaitkan bahan
tersebut dengan isi pelajaran yang dipelajari. Dengan ini, murid-murid tersebut dapat
membina pemahaman baharu yang belum lagi diketahui atau dikuasai oleh mereka dan
dapat meningkatkan pengetahuan mereka. Seterusnya, guru haruslah meransang ingatan
kanak – kanak semula.

Dalam pembelajaran kognitif ia lebih kepada menggunakan pengalaman yang sedia


ada bagi membantu dalam proses pembelajaran. Oleh yang demikian, pembelajaran kognitif
dapat merangsang ingatan kanak – kanak semula. Contohnya, ketika kanak – kanak
tersebut di alam persekolahan, mereka akan melalui pembelajaran yang memerlukan
pengalaman ataupun pengetahuan sedia ada. Seperti kemahiran 3M iaitu membaca,
menulis dan mengira. Dengan pengetahuan sedia ada, tentu situasi ini tidak akan
mnyukarkan pembelajaran seterusnya bagi kanak – kanak tersebut. Selain itu, isi – isi dalam
sukatan pelajaran disusun mengikut perkembangan kognitif kanak – kanak. Menurut Jean
Piaget, kanak – kanak pada peringkat tertentu mempunyai perkembangan kognitif yang
berlainan. Oleh yang demikian, sukatan pelajaran yang disampaikan dalam P&P mestilah
mengikut peringkat perkembangan kanak – kanak. Di sini, guru haruslah menyampaikan
dan menyusun isi sukatan pelajaran mengikut peringkat perkembanagan kanak – kanak.
Contohnya, di prasekolah ianya lebih kepada bermain sambil belajar serta cenderung
kepada pengetahuan asas tentang kemahiran 3M. Dengan itu, guru hendaklah mengajar
murid – murid tersebut mengikut peringkat perkembangan mereka dan bukannya mengajar
mereka dengan menggunakan sukatan pelajaran sekolah rendah. Akhir sekali, guru
hendaklah menjadi fasilitator atau pemudah cara bagi kanak – kanak. Kanak – kanak
hendaklah dibiarkan meneroka bahan – bahan yang diberikan dengan sendiri untuk
meningkatkan daya imaginasi mereka. Contohnya, aktiviti seperti membina bangunan
menggunakan lego, guru hanyalah memberi dorongan dan biarkan kanak – kanak membina
bangunan sendiri mengikut kreativitinya.

Kritikan ataupun penambahbaikan yang dapat dibuat dari jurnal kajian ini adalah
tajuk jurnal kajian terlalu panjang. Dalam memilih tajuk untuk jurnal kajian, tajuk hendaklah
ringkas, padat dan tepat. Selain itu, penjadualan data yang dihasilkan agak susah untuk
difahami. Hal ini disebabkan penjajaran yang dibuat tidak sebaris. Ini menyebabkan
pembaca harus membaca huraian terlabih dahulu untuk memahami data yang dipaparkan.
Jadual yang baik merupakan jadual dimana pembaca akan terus faham dalam sekali baca.
Seterusnya, penyelidik harus menerangkan tentang sumbangan hasil kajian yang dijalankan
kepada bidang ilmu Sains. Tambahan lagi, perbandingan antara murid yang belajar sambil

12 | P a g e
bermain dan murid yang belajar secara lisan harus dinyatakan. Ini adalah kerana pembaca
ini melihat sejauh mana teori sambil belajar berkesan. Selain daripada penambahbaikan,
terdapat beberapa kekuatan yang saya lihat daripada jurnal kajian ini. Antara kekuatannya
adalah susunan yang teratur dalam mempersembahkan jurnal ini. Terdapat abstrak,
pendahuluan, pernyataan masalah dan seterusnya yang diatur dengan baik. Selain itu,
sasaran murid prasekolah dinyatakan iaitu sebanyak 25 orang pada awal jurnal. Ini akan
memberikan pembaca untuk membuat andaian awal tentang keputusan kajian. Akhir sekali,
huraian dapatan data dihuraikan dengan baik. Pembaca dapat memahami apa yang hendak
disampaikan oleh penyeledik.

Holistiknya,jurnal kajian seperti amatlah membantu para guru untuk mendalami teori
– teori perkembangan kanak – kanak, malah juga membantu para guru membuat tindakan
seterusnya dalam menyediakan alat bantu mengajar yang bersesuaian. Sedikit kelemahan
daripada jurnal kajian ini dapat ditutupi melalui kekuatan yang ada pada kajian ini.

13 | P a g e
RUJUKAN

RUJUKAN

14 | P a g e
Asmah bt. Hj. Ahmad. (1989 ). Pedagogi I. Siri Pendidikan Longman. Selangor. Longman
Malaysia Sdn. Bhd..

Asmee P.. (n.d.). Bermain dan belajar.. Diambil pada Ogos 16, 2015 daripada
http://www.academia.edu/4440315/BERMAIN_DAN_BELAJAR.

Atan Long (1986). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Desmawarita S.. (n.d.). Teori belajar kognitif. Diambil pada Ogos 18, 2015 daripada
http://www.academia.edu/4463621/TEORI_BELAJAR_KOGNITIF.

Durani Hanis. (n.d.). Teori kognitif. Diambil pada Ogos 18, 2015 daripada
http://www.slideshare.net/hanisdurani/teori-kognitif-29184054.

Fauzi F.. (2009). Pendekatan belajar sambil bermain. Diambil pada Ogos 16, 2015 daripada
http://pelangipetang89.blogspot.com/2009/07/pendekatan-belajar-sambil
bermain.html.

Tan C. L.. (2013). Belajar sambil bermain. Diambil pada Ogos 18, 2015 daripada
http://seputarpendidikan003.blogspot.com/2013/07/belajar-sambil-bermain.html.

Kamarudin Hj. Husin. (2001). Pedagogi Bahasa (Perkaedahan). Subang Jaya: Kumpulan.
Budiman Sdn. Bhd.

Marlinara Mohamad Zaki. (2013).Teori behaviorisme dan aplikasinya. Diambil pada Ogos
18, 2015 daripada http://marlinara.blogspot.com/2013/12/teori-behaviorisme-dan-
aplikasinya.html.

15 | P a g e
Noor Ariepian Mohd Noor. (2010).Teori kognitif. Diambil pada Ogos 18, 2015 daripada
https://ariefian84.wordpress.com/2010/06/08/teori-kognitif/.

Noorezayu Mohd Said. (n.d.). Implikasi teori behavioris dalam pengajaran pembelajaran
Diambil pada Ogos 18, 2015 daripada
http://www.slideshare.net/noorezayumohdsaid/implikasi-teori-behavioris-dalam-
pengajaran-pembelajaran.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, (2009) Murid Dan Alam
Belajar, Siri Pendidikan Guru, Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd..

Nurzaharuddin bin Mohamad Twon Tawi. (n.d.). Teori pembelajaran behavioris. Diambil
pada Ogos 18, 2015 daripada http://www.slideshare.net/nurzaharuddin/teori-
pembelajaran-behavioris-16237590.

Prayetno M.. (2012). Teori bermain menurut ahli. Diambil pada Ogos 18, 2015 daripada
http://mulyoprayetno.blogspot.com/2012/02/teori-bermain-menurut-ahli.html

Rabiatul Faezah Rameli. (2010).Teori behaviorisme. Diambil pada Ogos 18, 2015 daripada
https://ariefian84.wordpress.com/2010/06/08/teori-kognitif/.

Wadira binti Faizal. (n.d.). Teori behavioris. Diambil pada Ogos 18, 2015 daripada
http://wadira358.blogspot.com/

Zakiah Mohamad Ashari, Azlina Mohd. Kosnin & Jiar Y. K.. (2013). Keberkesanan Modul
Belajar Melalui Bermain Terhadap Kefahaman Pengalaman Pranombor Kanak-kanak
Prasekolah. Diambil pada Ogos 18, 2015 daripada http://educ.utm.my/wp-
content/uploads/2013/11/431.pdf.

16 | P a g e
.

17 | P a g e
LAMPIRAN

18 | P a g e
19 | P a g e

You might also like