KKP SCES 3023 Kimia Bukan Organik

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 20

ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA SURAT

01 Biodata Pelajar 2

02 Penghargaan 4

03 Pengenalan 6

04 Penulisan Akademik 8

05 Rujukan 12

06 Lampiran 16

Page | 1
BIODATA
PELAJAR

Page | 2
BIODATA PELAJAR

Nama : FAYSLEY JOCA JOLDIN

Tarikh lahir : 19hb DISEMBER 1994

No. IC : 941219-12-5313

Alamat : Kg. Malangang Baru Kiulu,

P/S 372 89257 Tamparuli, Sabah.

No. Telefon : 019 - 821 6984

E-mail : jcasley_19@yahoo.com

Unit : PISMP Sains (SK) Ambilan Jun 2015

Page | 3
PENGHARGAAN

Page | 4
PENGHARGAAN

Pertama sekali, saya amat bersyukur ke hadirat Tuhan atas keberkatan yang telah
diberikan kepada saya sehinggakan saya telah berjaya menyiapkan kerja kursus ini dengan
jayanya. Kerja kursus ini merupakan satu tugasan yang perlu disiapkan oleh setiap pelajar
PISMP Sains Ambilan Jun 2015 Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Maka dengan itu
saya amat berbesar hati untuk mengucapkan sekalung penghargaan dan ucapan terima
kasih kepada Cikgu kimia bukan organik (SCES 3023) saya, En. Tan Cho Chiew selaku
pensyarah di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kent Sabah. Beliau merupakan tenaga
pengajar kami dalam subjek Kimia Bukan Organik (SCES 3023), dimana beliau telah
bertungkus lumus untuk memberi tunjuk ajar, bimbingan dan juga menjana idea – idea yang
amat berguna sekali kepada kami.

Selain itu, tidak dilupakan juga untuk mengucapkan ucapan terima kasih kepada
rakan-rakan saya kerana dengan pertolongan dan tunjuk ajar mereka telah membantu saya
dalam menjana idea – idea yang bernas sekaligus dapat memperolehi maklumat yang
penting dalam perbincangan. Seterusnya, tidak lupa juga kepada bahagian perpustakaan
IPG Kampus Kent kerana telah memberikan kebenaran kepada kami untuk mencari
seberapa banyak maklumat yang diperlukan untuk menyiapkan tugasan ini. Seterusnya,
tidak lupa kepada abang – abang dan kakak – kakak senior yang sudi memberi tunjuk ajar
serta bimbingan yang amat berfaedah sekali kepada saya kerana melalui tunjuk ajar mereka
saya dapat memperoleh ilham untuk menyiapkan tugasan ini.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya dan
anggota keluarga yang lain kerana telah memberikan saya sokongan dan dorongan untuk
menyiapkan kerja kursus ini. Akhir kata, tanpa bantuan oleh semua pihak, secara langsung
ataupun tidak langsung, besar kemungkinan saya tidak dapat menyiapkan kerja kursus ini
dengan baik.

“Terima Kasih Semua”.

Page | 5
PENGENALAN

PENGENALAN

Page | 6
Dalam kerja kursus SCES 3023 ini terdapat beberapa tugasan yang perlu
diselesaikan oleh pelajar PISMP Sains Semester 1 Ambilan Jun 2015 Institut Pendidikan
Guru Kampus Kent (IPGKK). Sepertimana yang dikehendaki dalam kerja kursus ini, terdapat
tiga bahagian yang perlu diselasaikan oleh pelajar iaitu bahagian A, B, dan C. Dalam
bahagian A kerja kursus ini, ia berkaitan dengan penghasilan satu penulisan akademik yang
membincangkan tentang kegunaan logam dan kegunaan bahan moden dalam kehidupan
seharian.

Dalam bahagian B pula, pelajar ditugaskan untuk melaksanakan dan menulis tiga(3)
laporan amali. Manakala dalam bahagian C pula pelajar akan menjalani, menjawab dan
lulus dengan baik dalam dua(2) ujian atau kuiz topikal.

Page | 7
PENULISAN
AKADEMIK

PENULISAN AKADEMIK

Page | 8
Peralatan yang kita gunakan sehari – hari berasal dari bahan – bahan tertentu.
Pemilihan bahan ini disesuaikan dengan kegunaannya. Kesesuaian antara sifat bahan
dengan kegunaannya akan mempermudahkan pekerjaan kita. Dalam bidang kimia, logam
telah digunakan secara meluas untuk memudahkan kerja seharian. Logam adalah bahan
yang biasanya keras, legap, berkilat dan merupakan pengalir elektrik dan haba yang baik.
Logam umumnya mudah dibentuk. Ianya boleh ditukul atau ditekan untuk mengubah
bentuknya secara kekal tanpa berlakunya retak. Terdapat kira – kira 91 daripada 118 unsur
– unsur dalam jadual berkala adalah logam. Persoalannya, apakah kegunaan bahan logam
dalam kehidupan seharian?

Antara bahan logam yang sering digunakan adalah aluminium (Al). Aluminium
merupakan unsur yang terdapat pada kumpulan 13 dalam jadual berkala. Ianya merupakan
logam berwarna putih keperak – perakan yang memiliki sifat ringan dan tahan daripada
karat. Logam ini berasal dari bijihnya, bauksit, dengan proses elektrolisis. Aluminium sering
digunakan dalam kabel – kabel elektrik, kapal terbang, kapal laut, kereta dan foil dapur
(pembungkus makanan).

Bahan logam yang seterusnya ialah besi (Fe). Besi merupakan unsur yang terdapat
pada kumpulan 7 dalam jadual berkala. Ianya merupakan logam yang berwarna abu keputih
– putihan. Besi dihasilkan melalui pengekstrakan dari bijih hematit. Besi sangat mudah
digunakan kerana ia boleh dibengkokkan, digulung, dipotong, dibentuk mahupun dipadukan
dengan logam lain. Besi-55 dan besi-59 sering digunakan dalam bidang perubatan: alat
dalam penelitian darah. Besi-55 dan besi-59 dimasukkan dalam sistem perederan darah dan
akan memancarkan radiasi tertentu yang kemudian ditangkap oleh alat penerima. Besi juga
digunakan dalam pembinaan bangunan, mesin, perkakas rumah seperti peti sejuk dan alat
industri berat seperti kren.

Selain itu, emas (Au) juga merupakan bahan logam yang mempunyai banyak
kegunaan. Ianya merupakan unsur yang terletak pada kumpulan 11 dalam jadual berkala.
Emas menjadi logam yang sangat menarik untuk wanita dan banyak dijadikan perhiasan
dengan pelbagai bentuk yang sangat indah. Ini adalah kerana sifat fizikalnya yang berkilau,
memiliki berat dan mudah dibentuk. Emas bukan sahaja digunakan untuk perhiasan malah
digunakan dalam penjagaan gigi. Gigi yang berlubang akan membuatkan pemiliknya berasa
tidak selesa. Penampalan gigi berlubang pada zaman dahulu adalah menggunakan emas.
Sekarang, emas digunakan untuk membuat gigi palsu. Ini kerana emas tidak memberikan
tindakbalas. Emas juga digunakan sebagai bahan penghargaan. Pemenang yang mendapat
tempat pertama seringkali diberikan medal emas.

Di samping itu, kalsuim (Ca) merupakan bahan logam yang terdapat pada kumpulan
2 dalam jadual berkala. Kalsium berwarna putih keperak – perakan dan sifatnya yang
mudah dibentuk sesuai dengan tempat dijumpainya iaitu di dalam batu kapur dan kapur.
Dalam makhluk hidup juga terdapat kalsium terutamanya pada tulang dan gigi haiwan. Oleh
itu, kalsium digunakan dalam bidang perubatan yang melibatkan tulang manusia. Jika
seseorang itu mempunya masalah tulang, kalsium akan diberikan kepadanya. Selain itu,
kalsium juga biasanya digunakan untuk membuat simen dan baja berkualiti tinggi.

Bahan logam yang seterusnya ialah magnesium (Mg). Ianya terdapat pada kumpulan
2 dalam jadual berkala. Magnesium merupakan logam berwarna putih keperakan dan
sangat ringan. Apabila dibakar ia akan menghasilkan nyalaan api putih terang. Ianya sesuai

Page | 9
digunakan ddalam suar penyelamatan (alat yang menghasilkan cahaya yang sangat terang
tanpa menghasilkan letupan). Magnesium juga merupakan logam yang diperlukan dalam
tulang haiwan. Dalam perubatan, magnesium diberikan untuk meningkatkan kekuatan tulang
dan juga menjaga fungsi normal otot.

Selain daripada bahan logam, bahan moden juga digunakan dalam kehidupan sehari
– hari. Antara contoh bahan moden adalah semikonduktor, seramik, bahan nano dan
superkonduktor. Semikonduktor adalah bahan yang mempunyai konduktiviti elektrik yang
berada diantara penebat dan konduktor. Ia merupakan kejayaan dalam teknologi elektrik
yang membolehkan pembuatan komponen ekeltrik dalam bentuk mikro, sehingga peralatan
elektronik dapat dibuat dalam ukuran yang lebih kecil. Beberapa komponen elektronik yang
menggunakan bahan semikonduktor ialah diod. Diod merupakan komponen yang
mempunyai dua terminal atau dua elektrod yang berfungsi sebagai penghantar arus elektrik
dalam satu arah. Apabila terdapat beza elektrik antara elektrot tersebut, diode akan bekerja
sebagai konduktor dan akan mengalirkan elektrik. Diod digunakan sebagai sensor panas
dalam alat pembesar suara. Sekiranya alat tersebut menjadi sangat panas, diod akan
mengesan perubahan dan lampu akan menyala menandakan alat tersebut panas. Ianya
juga digunakan sebagai sensor cahaya pada komponen diod foto. Selain diod, transistor
juga adalah komponen elektrik yang dibuat dari semikonduktor, Ianya dapat mengawal
tegangan dan arus yang mengalir menerusinya dan dapat berfungsi sebagai suis elektronik.
Transistor digunakan sebagai penguat amplifier. Jika suara yang dapat didengar adalah
perlahan, maka transistor digunakan untuk menguatkan suara tersebut.

Seterusnya, seramik juga merupakan bahan moden yang sering digunakan dalam
kehidupan sehari – hari. Seramik adalah bahan yang terdiri daripada tanah liat yang
dikeraskan dan dipanaskan pada suhu yang tinggi. Ia merupakan penebat haba dan elektrik
yang baik. Ia juga mempunyai takat lebur yang tinggi, tiada tindak balas kimia serta keras
dan kuat tetapi agak rapuh. Antara kegunaan seramik dalam kehidupan seharian ialah
sebagai bahan perhiasan. Pasu – pasu yang mempunyai ukiran merupakan seramik yang
digunakan sebagai perhiasan di rumah. Selain itu, seramik elektrik dan magnetik yang
berasaskan aluminium oksida dan titanum oksida digunakan dalam pembuatan kapasitor
dan magnet. Dalam seramik kejuruteraan yang berasaskan oksida, zirkonia, silikon nitrida,
aluminium nitrida dan silikon karbida digunakan dalam pembuatan acuan dan komponen
enjin turbin dan diesel.

Di samping itu, superkonduktor adalah bahan moden yang juga digunakan dalam
kehidupan seharian. Superkonduktor adalah bahan yang boleh mengalirkan elektrik atau
elektron dari satu atom ke atom yang lain tanpa sebarang rintangan. Ini bermakna tidak ada
haba, bunyi atau apa-apa bentuk tenaga akan dibebaskan daripada bahan apabila ia telah
mencapai "suhu kritikal" (Tc), atau suhu di mana bahan menjadi superkonduktor. Akan
tetapi, bahan - bahan perlu berada dalam keadaan tenaga yang amat rendah (sangat sejuk)
untuk menjadi superkonduktor. Salah satu applikasi superkonduktor dalam kehidupan ialah
dalam bidang pengangkutan contohnya kereta maglev. Ianya akan terapung pada magnet
superkonduktor yang kuat dan hampir menghilangkan gesekan antara kereta api dan
landasannya. Hal ini kemudian memudahkan pengangkutan dari satu tempat ke tempat
yang lain.

Akhir sekali, bahan nano juga merupakan bahan moden yang sering digunakan
sehari – hari. Bahan nano merupakan teknologi dimana suatu bahan yang berukuran besar

Page | 10
dikecilkan agar bahan tersebut senang untuk dibawa dan digunakan. Ukuran bagi bahan
nano ialah kira – kira diantara 1 nm hingga 100 nm. Antara kegunaan bahan nano dalam
kehidupan seharian ialah dalam bidang perubatan. Alat pengesan dalam skala nano yang
bersifat multifungsi digunakan untuk mengesan barah. Selain itu, penghantaran ubat dapat
dilakukan secara langsung ke sel sasaran tanpa keraguan. Dalam bidang kecantikan pula,
bahan kosmetik yang dihasilkan dalam bentuk nano mempunyai keberkesanan yang lebih
baik. Contohnya adalah penggunaan liposom dalam bentuk nano dalam formula kosmetik
Ianya merupakan fomula untuk membolehkan zat aktif kosmetik dapat melalui membran sel
agar kesan kosmetik adalah pada tahap yang maksimum. Dalam bidang sukan,
pengaplikasian bahan nano dalam pembuatan peralatan sukan menjadi lebih kuat dan baik.
Contohnya pada raket jenama Yonex yang menggunakan serat karbon dalam bentuk nano.
Dalam bidang teknologi maklumat pula, pengunaan bahan nano adalah sangat meluas.
Contohnya, kapsiti “hard disk” dan memori semakin hari semakin meningkat yang dahulunya
hanya 500 Megabit ke 1 Terabit pada zaman sekarang. Penggunaan komputer juga menjadi
satu bukti dimana komputer pertama didunia bersaiz besar, namun pada zaman
nanoteknologi ini, saiz komputer hanyalah sebesar beg kecil. Oleh itu, bahan moden seperti
bahan nano sering digunakan dalam kehidupan manusi samada dalam keadaan sedar
ataupun tidak sedar.

Kesimpulannya, bahan logam dan bahan nano mempunyai kegunaan dan kelebihan
tersendiri dan seringkali digunakan dalam kehidupan seharian. Sebagai makhluk yang serba
kekurangan, bahan logam dan bahan nano adalah sangat diperlukan untuk melakukan
tugas sehari – hari.

Page | 11
RUJUKAN

RUJUKAN

Page | 12
Amirmudin bin Baki & Muhammad Aslan bin Omar. (2013). Seramik. Diambil pada Oktober
1, 2015 dari http://www.slideshare.net/acelam/presentation-seramik-aslam-omar-
ap090087.

Aznuar bin Baharuddin. (n.d.). Semiconductors and their uses. Diambil pada Oktober 1,
2015 dari http://www.thegreenbook.com/semiconductors.htm.

Emsley J.. (2012). Calcium. Diambil pada September 29, 2015 dari
http://www.rsc.org/periodic-table/element/20/calcium.

Forscher W.. (2013). Apa itu Superkonduktor. Diambil pada Oktober 2, 2015 dari
http://werden-forscher.blogspot.my/2013/04/apa-itu-superkonduktor.html.

Francis V. B.. (n.d.). Uses of Superconductors. Diambil pada Oktober 2, 2015 dari
http://www.superconductors.org/uses.htm.

George S. T.. (n.d.). Manfaat Aluminium: 5 Contoh kegunaan aluminium. Diambil pada
September 28, 2015 dari http://www.amazine.co/18160/manfaat-aluminium-5-contoh-
kegunaan-aluminium/.

Handirama S. H.. (n.d.). Kalsium (Ca): Fakta, Sifat, Kegunaan & Efek Kesehatannya.
Diambil pada September 29, 2015 dari http://www.amazine.co/27094/kalsium-ca-
fakta-sifat-kegunaan-efek-kesehatannya/.

Herman K.. (n.d.). Pengenalan dan penggunaan bahan logam. Diambil pada September 28,
2015 dari http://kiteklik.blogspot.my/2011/01/pengenalan-dan-penggunaan-bahan-
logam.html.

Page | 13
Herman N. N.. (2011). Nanoteknologi dan Manfaatnya bagi manusia. Diambil pada Oktober
2, 2015 dari http://carilahinspirasi.blogspot.my/2011/06/nanoteknologi-dan-
manfaatnya-bagi.html.

Hooser V. P.. (n.d.). The Many Uses of Gold. Diambil pada September 28, 2015 dari
http://geology.com/minerals/gold/uses-of-gold.shtml.

Kuntar D. M.. (2014). Material unsur magnesium. Diambil pada September 27, 2015 dari
http://kuntar11.blogspot.my/2014/09/v-behaviorurldefaultvmlo.html

Luke V. S.. (n.d.). Nanomaterials and their applications. Diambil pada Oktober 2, 2015 dari
http://www.azom.com/article.aspx?ArticleID=1066.

Marshall I.. (n.d.). Uses of aluminium. Diambil pada September 28, 2015 dari
http://www.riotintoalcan.com/ENG/ourproducts/1542_aluminium_and_its_uses.asp.

Prasetyo F.. (2011). Nanoteknologi dan manfaatnya bagi manusia. Diambil pada September
25, 2015 dari http://carilahinspirasi.blogspot.my/2011/06/nanoteknologi-dan-manfaatnya-
bagi.html.

Rahma A.. (n.d.). Semikonduktor. Diambil pada Oktober 1, 2015 dari


http://www.academia.edu/5091092/SEMIKONDUKTOR.

Robby C. W.. (2015). Magnesium. Diambil pada September 27, 2015 dari
http://www.webmd.com/vitamins-supplements/ingredientmono-998-
magnesium.aspx?activeingredientid=998&activeingredientname=magnesium.

Page | 14
Robertson S.. (2014). Uses of Calcium. Diambil pada September 29, 2015 dari
http://www.news-medical.net/health/Uses-of-Calcium.aspx.

Saimon V. H.. (n.d.). Pengertian definisi sifat material bahan logam. Diambil pada
September 28, 2015 dari http://ardra.biz/sain-teknologi/metalurgi/besi-baja-iron-
steel/pengujian-sifat-mekanik-bahan-logam/.

Saputra D.. (2015). Manfaat emas dan perak dalam kehidupan seharian. Diambil pada
September 28, 2015 dari http://manfaat.co.id/manfaat-emas-dan-perak.

Susanto A. (2014). Sifat dan kegunaan unsur kalsium. Diambil pada September 29, 2015
dari http://www.mystupidtheory.com/2014/08/sifat-dan-kegunaan-unsur-
kalsium.htmlWentzel K. R.. (n.d.). Uses of Iron. Diambil pada September 27, 2015
dari http://www.usesof.net/uses-of-iron.html.

Woodford C.. (2015). Ceramics. Diambil pada Oktober 1, 2015 dari


http://www.explainthatstuff.com/ceramics.html.

Yazid Abdul Manap. (2014). Sifat dan kegunaan besi. Diambil pada September 27, 2015
dari http://rumushitung.com/2014/11/09/sifat-dan-kegunaan-besi/.

Page | 15
LAMPIRAN

Page | 16
Gambar 1: Kegunaan aluminium.

Gambar 2: Kegunaan besi.

Gambar 3: Kegunaan emas.

Page | 17
Gambar 4: Kegunaan kalsium.

Gambar 5: Kegunaan magnesium.

Gambar 6: Aplikasi semikonduktor dalam alat tersebut (diod dan transistor)

Page | 18
Gambar 7: Kegunaan seramik.

Gambar 8: Kegunaan superkonduktor.

Page | 19
Gambar 9: Kegunaan bahan nano.

Page | 20

You might also like