Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

SULIT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN


Semester 3 Tahun 2021

KUIZ : DISEMBER 2021

KAMPUS : PEREMPUAN MELAYU

NAMA : SITI A’ISYAH BINTI SAIFUL BAHARI

ANGKA GILIRAN : 2 0 1 8 1 4 2 3 4 0 0 4 2

KOD KURSUS : TTQK3013


KURSUS : Tahsin Tilawah al-Quran
MASA : 30 MINIT
JUMLAH MARKAH : 20

ARAHAN KEPADA CALON

1. Buku soalan ini mengandungi dua bahagian:


Bahagian A : 2 soalan respon terhad (10 markah)
Bahagian B : 2 soalan respon bebas (10 markah)

2. Jawab semua soalan dalam Bahagian A dan satu soalan bahagian B.


3. Semua jawapan hendaklah ditulis dalam ruangan jawapan yang disediakan.

BUKU SOALAN INI MENGANDUNGI 5 HALAMAN BERCETAK

© 2018 Hak Cipta Kerajaan Malaysia


SULIT TTQK3013

BAHAGIAN A
(10 markah)

Jawab semua soalan.

1. Dengar bacaan al-Quran berikut kemudian nyatakan tarannum dan harakat


tarannum tersebut
َ َ ۡ ُ ۡ ْ ُ ‫ َ ۡ َ ٰ َ َ َٰ َ ۡ ﱠ‬ٞ ُ َ َ َ ۡ َ ۡ َ ۡ َ ٓ َ َ
a) ‫ن‬K‫ﺴ;< ﻗﺎل ﻳﻘﻮِم ٱﺗِﺒﻌﻮا ٱﳌﺮﺳِﻠ‬9 ‫وﺟﺎء ِﻣﻦ أﻗﺼﺎ ٱﳌِﺪﻳﻨِﺔ رﺟﻞ‬
[1 markah]

Tarannum Baiyatti dan harakat 2


Jawapan : …………………………………………………………………………………………

َ َ َ ۡ َ َ َۡ َ َ ْ ََ
b) ‫ۡﻢ ﻻ َﻳۡﺮِﺟُﻌﻮن‬UِWۡ‫ۡﻢ ِإﻟ‬UُT‫ﻢ ِّﻣَﻦ ٱﻟُﻘُﺮوِن أﱠ‬Rُ‫ﻠﻜَﻨﺎ ﻗۡﺒﻠ‬Pۡ‫أﻟۡﻢ َﻳَﺮۡوا ﻛۡﻢ أ‬
[1 markah]
Tarannum Rast
Jawapan : …………………………………………………………………………………………

ۡ َ ٰ َ ٰ ۡ
c) ‫ﺎ ِﻣَﻦ ٱﻟُﻌُﻴﻮِن‬UَW‫ﺎ َﺟﱠﻨٖﺖ ِّﻣﻦ ﱠﻧِﺨﻴٖﻞ َوأۡﻋَﻨٖﺐ َوﻓﱠﺠۡﺮَﻧﺎ ِﻓ‬UَW‫َوَﺟَﻌﻠَﻨﺎ ِﻓ‬
[1 markah]
Tarannum Baiyatti dan harakat 1
Jawapan : …………………………………………………………………………………………

2. Sila analisis hukum-hukum tajwid dalam dalam ayat al-Quran berikut al-Quran.
َ َ ََ َ ٰۡ َ َ ٗ َ َ َ َ‫ۡﻢ َﻋﻦ ٱۡﳌ‬Uُdُ‫ٰ< ُﺟُﻨﻮ‬cَ‫َﺗَﺘَﺠﺎ‬
‫ۡﻌﻠُﻢ‬q ‫ ﻓﻼ‬١٦ ‫ۡﻢ ُﻳﻨِﻔُﻘﻮن‬Uُlَ‫ۡﻢ ﺧۡﻮﻓﺎ َوﻃَﻤٗﻌﺎ َوِﻣﱠﻤﺎ َرزﻗ‬Uُd‫ﻀﺎِﺟِﻊ َﻳۡﺪُﻋﻮن َرﱠ‬ ِ
ۚٗ َ َ َ َ َ ٗ ُۡ َ َ َََ َ‫َ ۡ ٌ ﱠ ٓ ُ ۡ َ َ ُ ّ ُ ﱠ َ ۡ ُ َ َ ٓ َۢ َ َ ُ ْ َ ۡ َ ُ ن‬
‫ﺎن ﻓﺎِﺳﻘﺎ‬z ‫ﺎن ﻣﺆِﻣﻨﺎ ﻛﻤﻦ‬z ‫ أﻓﻤﻦ‬١٧ ‫ﻌﻤﻠﻮ‬9 ‫ﺎﻧﻮا‬z ‫ٍن ﺟﺰاء ِﺑﻤﺎ‬K‫ﻢ ِﻣﻦ ﻗﺮِة أﻋ‬R‫ﻧﻔﺲ ﻣﺎ أﺧِﻔﻲ ﻟ‬
َ ُ ْ ُ َ َۢ ُ ۡ َ ۡ ٰ َ َ ٰ ٰ‫َ ﱠ ﱠ َ َ َ ُ ْ َ َ ُ ْ ﱠ‬ ‫ﱠ‬
١٩ ‫ۡﻌَﻤﻠﻮن‬9َ ‫ﺎﻧﻮا‬z ‫ۡﻢ َﺟﱠﻨُﺖ ٱﳌﺄَوٰى ﻧُﺰﻻ ِﺑَﻤﺎ‬Rُ‫ﺼِ•َ‚ِﺖ ﻓﻠ‬ ‫ أﻣﺎ ٱﻟِﺬﻳﻦ ءاﻣﻨﻮا وﻋِﻤﻠﻮا ٱﻟ‬١٨ ‫ۡﺴَﺘُﻮۥَن‬9َ ‫ﻻ‬
ْ ُ ُ ۡ ُ َ َ َ َ ْ ُ ُ ٓ َ ۡ ْ ُ ُ ۡ َ َ ْ ٓ ُ َ َ ٓ َ ‫َ َ ﱠ ﱠ َ َ َ ُ ْ َ َ ۡ َ ٰ ُ ُ ﱠ ُۖ ُ ﱠ‬
‫ﻢ ذوﻗﻮا‬R‫ﺎ وِﻗﻴﻞ ﻟ‬UW‫ﺎ أِﻋﻴﺪوا ِﻓ‬Ul‫ﻠﻤﺎ أرادوا أن ﻳﺨﺮﺟﻮا ِﻣ‬z ‫ﻢ ٱﻟﻨﺎر‬U†‫وأﻣﺎ ٱﻟِﺬﻳﻦ ﻓﺴﻘﻮا ﻓﻤﺄو‬
َ ّ َُ ُ ‫ﱠ‬ َ
٢٠ ‫َﻋﺬاَب ٱﻟﱠﻨﺎِر ٱﻟِﺬي ﻛﻨُﺘﻢ ِﺑِﮫۦ ﺗﻜ ِﺬُﺑﻮن‬
[7 markah]
Jawapan :
PETIKAN AYAT HUKUM TAJWID

ُ
‫ِّﻣﻦ ﻗﱠﺮِة‬ Ikhfa Hakiki

َ
‫ﻢ ِّﻣﻦ‬Rُ‫ﻟ‬ Idgham Mislaini

َ‫ُﻧ ُ َۢﺰﻻ ﺑﻤﺎ‬ Iklab


ِ
ُ
‫ﻛﻨُﺘﻢ‬ Ikhfa Hakiki

2 SULIT
© 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT TTQK3013

ُ
‫ۡﻌَﻤﻠﻮَن‬9َ Mad Arid Lisukun

‫ُﻳﻨِﻔُﻘﻮَن‬ Ikhfa Hakiki

ْ ۡ َ
‫أن َﻳﺨُﺮُﺟﻮا‬ Idgham Ma’al Ghunnah

BAHAGIAN B
(10 markah)

Jawab satu soalan sahaja.

1. Huraikan ciri-ciri dan tabaqat suara dalam konteks tarannum al-Quran.


[10 markah]
Jawapan :

Di dalam konteks tarannum al-Quran terdapat beberapa ciri-ciri dan


tabaqat suara yang boleh digunakan.
Pertama harakat, merupakan satu gaya alunan yang tersusun dengan
beberapa qit’ah dan mahatah yang tertentu.
Kedua, Qit’ah merupakan satu rentak alunan yang paling pendek
tanpa mahatah yang tertentu. Bagi qit’ah ini terdapat dua jenis qit’ah yang
digunakan iaitu qit’ah diwakafkan dan diwasalkan.
Ketiga Tabaqat, merupakan satu peningkatan suara yang dibawa oleh
alunan-alunan yang tertentu. Tabaqat juga mempunyai beberapa jenis
tabaqat yang digunakan sebagai contoh suara rendah (Qarar), sederhana
(Nawa), tinggi (Jawab) dan tertinggi ( Jawabul Jawab).
Keempat Mahattah iaitu tempat untuk berhenti pada setiap hujung
alunan.
Kelima Burdah, merupakan getaran suara yang dihasilkan semasa
mengalunkan ayat al-Quran dan ia berfungsi untuk menarik, menggerak,
menghiaskan dan merangsang untuk bersemangat.. Terdapat dua jenis burda
iaitu burda asli dan burda syina’i.
Keenam, Wuslah Al-Mumathalah merupakan satu campuran alunan
secara sentuhan dan salingan semasa mengalunkan sesuatu alunan ayat al-
Quran yang tertentu.
Ketujuh, At-Tadarruj, merupakan satu peningkatan di dalam tabaqah
dan harakat dari bawah sehingga ke atas.

3 SULIT
© 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT TTQK3013

Kelapan, Taqlil adalah satu peniruan cara alunan yang dilakukan oleh
seseorang qari secara keseluruhan di dalam surah-surah yang tertentu.
Kesembilan, Khitam yang merupakan penutup bagi sesuatu bacaan
dan mempunyai persamaan dengan permulaan alunan yang pertama bagi
sesuatu bacaan.
Kesepuluh, qarar merupakan suara rendah atau dada semasa
mengalunkan ayat-ayat al-Quran.

2. Bincangkan Maratib al-Tilawah dalam bacaan al-Quran


[10 markah]
Jawapan :

Terdapat beberapa jenis Maratib al-Tilawah dalam bacaan al-Quran.


Antaranya, seperti:
1. Tahkik
Merupakan satu kelajuan yang hampir serupa seperti tartil akan tetapi
yang membezakannya adalah ia lebih lambat dan perlahan berbanding
tartil. Kelajuan tahkik ini sering dilaksanakan bagi mereka yang baru
belajar tentang al-Quran supaya dapat melatih lidah menyebut huruf dan
sifatnya dengan tepat dan betul.
2. Tartil
Merupakan satu bacaan secara perlahan-lahan, tenang ketika melafazkan
huruf-huruf daripada makhrajnya dan sifatnya dengan memberikan hak
sifat semula jadi huruf dan penting serta bertadabbur dengan maknanya.
Tartil sering dibaca oleh mereka yang sudah mengenal makhraj huruf,
sifat-sifatnya dan tahu hukum tajwid. Tartil merupakan satu bacaan yang
lebih baik dan lebih diutamakan
3. Tadwir
Merupakan satu kelajuan bacaan pertengahan di antara kelajuan bacaan
tartil dan hadar.
4. Hadar
Merupakan satu bacaan cepat serta tetap dengan menjaga kesemua
hukum tajwid dan biasanya diamalkan oleh para penghafaz al-Quran atau
orang yang mentasmik hafazan di hadapan gurunya.

4 SULIT
© 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT TTQK3013

KERTAS SOALAN TAMAT

5 SULIT
© 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

You might also like