Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Definisi bater: 

 Bater ialah campuran tepung dengan cecair seperti air, santan atau susu yang diadun dan
dipukul bersama sehingga sebati.
 Tepung yang biasa digunakan untuk membuat bater ialah tepung gandum, tepung beras,
tepung ubi atau campuran tepung tersebut.
 Bater boleh diperkayakan dengan telur dan susu dan mengandungi khasiat karbohidrat dan
lemak.

Jenis bater:

Jenis bater Sukatan asas Konsistensi

Bater cair 100 gm tepung gandum Berkrim dan cair

250 ml cecair

1 biji telur

Bater pekat 100gm tepung gandum Berkrim dan pekat

125 ml cecair

1 biji telur

Penyediaan bater:

1. Bater yang baik bergentung kepada sukatan bater yang betul, keringanan bater dan
penggunaan suhu yang betul semasa memasak bater

2. Udara boleh dimasukkan ke dalam adunan bater dengan cara mengayak ramuan kering dan
memukul adunan bater hingga berbuih

3. Bater perlu direhatkan selama 30 minit untuk melembutkan kanji (gluten) supaya bater
senang dimasak.

4. Pastikan makanan yang hendak disadur dengan bater kering bagi mengelakkan bater
menjadi cair

5. Suhu semasa membakar dan menggoreng bater perlu betul supaya makanan tidak cepat
masak di bahagian luar tetapi bahagian dalam masih mentah.
Arahan: Jawab semua soalan dibawah.

1. Apakah kegunaan bater?


I. membuat kuih                                         
II. menyadur makanan
III. mengelakkan kehilangan khasiat makanan         
IV. mengawet makanan

  A. I, II dan III                        B. I, III dan IV             C. I, II dan IV              D. II, III dan IV

2. Antara berikut, kuih-muih yang manakah dibuat daripada bater pekat?

   A. kuih rengas          B. kuih ketayap                       C. kuih lapis               D. kuih kosui

3. Apakah ciri-ciri bater cair?

   I. Berkrim dan cair                                       

II. Berkrim dan pekat

 III. Digunakan untuk menyadur makanan     

IV. Merebak menjadi nipis apabila dituangkan ke dalam kuali

 A. I, II     B. II, III       C. 1, III                                    D. I, IV

4. Antara sukatan asas bahan-bahan berikut, yang manakah dapat membezakan bater pekat
dengan bater cair?

   A. Tepung                 C. Telur

   B. Cecair                   D. Garam

5. Kuih-muih berikut mengunakan bater pekat untuk menyadur kecuali

    A. pisang goreng      C. kuih rengas

    B. udang goreng       D. skon titis

6. Mengapakah bater yang siap disediakan perlu dibiarkan seketika sebelum memasaknya?

A.     Untuk mendedahkan bater kepada udara supaya berkembang

B.     Untuk melembutkan bijian kanji supaya cepat dimasak

C.     Untuk mengelakkan adunan bater daripada bergentel


D.  Untuk mengelakkan bater daripada terlalu pekat

7. Apakah tujuan utama menyadur makanan digoreng dengan bater?

A.     Supaya makanan  tahan lama

B.     Memudahkan makanan dicerna

C.     Mengekalkan nutrient

D.     Supaya makanan cepat masak

8. Pilih susunan langkah yang betul untuk menyediakan bater. 

    I. Masukkan telur dan setengah daripada cecair

   II. Ayak tepung bersama bahan kering

  III. Kacau dan pukul adunan sehingga sebati

  IV. Masukkan baki cecair

   A. I, II, III, IV                       C. II, I, III, IV

   B. II, III, I, IV                       D. II, III, IV, I

9. Mengapakah telur dicampurkan ke dalam adunan bater cair?

A.     Untuk menaikkan bater

B.     Untuk meringankan bater

C.     Untuk menambahkan rasa bater

D.     Untuk menambahkan khasiat bater

Lengkapkan carta di bawah dengan jawapan yang betul.

A. Lengkapkan jadual berikut.


                

i)                    Kuih
ketayap
                      
 Bater cair ii)                  Kuih lapis

     iii)                Kuih lompang

iv)                Kuih kosui

i)                    Skon titis

 Bater pekat ii)                  Cucur


bawang
    
iii)                Kuih rengas

iv)                Pisang
Goreng

B. Jawab soalan berikut.

1. Namakan dua jenis kuih yang diperbuat daripada bater yang menggunakan santan sebagai
bahannya.

a)      ___________________________            b) _____________________

2. Berikan dua sebab bater dibiarkan selama setengah jam selepas disediakan.
a)      _________________________________________

b)      _________________________________________

3. Berikan resipi asas untuk membuat bater cair

a)       ________________                          c)  ___________________

b)       ________________                     d)  ___________________

4. Nyatakan dua kaedah memasak kuih-muih daripada bater.

a)      _________________                    b)  ________________

5. Tuliskan langkah-langkah membuat bater.

a)      _________________________________

b)      _________________________________

c)      _________________________________

d)      _________________________________

e)      _________________________________

JAWAPAN
1.      A                     2 A      3   D                4  B                  5  C

6. B                      7 C       8  C                  9 D

Bahagian subjektif

A Kaedah memasak Bahan utama

i Menggoreng tohor Tepung gandum, gula


melaka dan kelapa muda

ii Mengukus Tepung beras, gula pasir,


santan dan pewarna
merah

iii Mengukus Tepung beras, kelapa


parut, air dan gula

iv Mengukus Tepung gandum/tepung


beras, kacang hijau,
kelapa parut dan gula

Kaedah memasak Bahan utama

i Menggoreng tohor Tepung gandum,


susu,gula dan telur

ii Menggoreng dengan Tepung gandum, udang,


minyak  banyak daun bawang, cili merah

iii Menggoreng dengan Tepung beras, kacang


minyak banyak hijau,kelapa parut dan
gula

iv Menggoreng dengan Tepung


minyak banyak beras/gandum,pisang

B.

1.  a.     kuih lapis                    b.  kuih cara

2.  a     Membolehkan bijiran kanji menyerap cecair supaya bater menjadi lembut

     b     supaya bater lebih mudah dimasak

3.   a    100 gm tepung gandum           b. 250ml air    c. 1 biji telur    d. secubit garam

4.   a.   menggoreng tohor                    b.  mengukus


5         a  Ayak tepung dan bahan kering yang lain ke dalam mangkuk adunan

 b   Buat satu lubang di tengah tepung dab masukkan telur yang telah dipukul dan masukkan   

      sedikit demi sedikit air sambil mengacau

 c   Pukul adunan bater hingga sebati

 d   masukkan baki cecair dan gaul hingga bater tidak bergentel

 e   Pukul adunan bater dabn biarkan selama ½ jam

You might also like