Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SUMBER INSPIRASI WATAK SHREK?

JIKA anda peminat siri animasi Shrek, ramai mengatakan watak raksasa hijau dalam siri
animasi tersebut diilhamkan dari seorang lelaki bernama Maurice Tillet.
Walaupun pihak DreamWorks tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi
tentang dakwaan itu, tetapi ramai mengaitkan Maurice menjadi sumber inspirasi kepada
watak Shrek, apatah lagi melihat persamaan mereka.

SIAPAKAH LELAKI RAKSASA INI?


Maurice Tillet dilahirkan pada tahun 1903 di Rusia. Tidak lama kemudian, ibu bapanya
berpindah kembali ke Perancis untuk membesarkannya. Secara keseluruhannya, beliau
mempunyai zaman kanak-kanak yang agak normal tanpa masalah kesihatan yang buruk.
Malah, beliau mempunyai wajah yang comel sehinggakan beliau mendapat nama samaran
"The French Angel" dalam perjalanan karier gustinya, tetapi gusti bukan satu-satunya impian
Maurice. Beliau pada mulanya berharap untuk menjadi seorang peguam. Itu semua berubah
sejurus selepas hari lahirnya yang ke-20.

PERTUMBUHAN YANG LUAR BIASA


Penyakit itu telah mengubah fizikal Maurice. Daripada seorang pemuda tampan dan
segak, beliau bertukar menjadi aneh. Orang ramai menggelarnya dengan pelbagai
julukan antaranya ‘raksasa’, menyebabkan Maurice sering berkurung di dalam
rumah kerana malu.

APA ITU PENYAKIT ‘ACROMEGALY’

Akromegali ialah sesuatu penyakit yang menyebabkan tumor tumbuh pada kelenjar pituitari
di dalam otak. Tumor ini menyebabkan kelenjar pituitari mengeluarkan lebihan hormon
pertumbuhan, yang bermaksud pembesaran seseorang pada zaman kanak-kanak terus
berlanjutan hingga dewasa. Orang yang mengalami akromegali adalah lebih besar daripada
orang dewasa biasa, dengan tulang yang lebih tebal dan panjang. Tulang di tangan, kaki
dan muka mereka paling terjejas. Seperti yang anda boleh bayangkan, penyakit ini
mengubah penampilan pesakit secara keseluruhannya.

KARIER SEBAGAI AHLI GUSTI


Ketika beliau semakin kecewa dengan diagnosisnya—kerjaya dalam profesion undang-
undang juga semakin tidak kesampaian. Beliau juga pernah mencuba bidang lakonan dan
melakonkan beberapa watak kecil dalam filem Perancis. Selepas itu, Maurice berkenalan
dengan seorang ahli gusti profesional dari Lithuania yang bernama Karl Pojello pada tahun
1937. Pojello kagum dengan tubuh badan Maurice yang kuat dan memujuknya untuk
menjadi ahli gusti. Maurice bergusti selama dua tahun di England dan Perancis sebagai 'The
Angel', dan pelukan beruang menjadi pergerakan terkenalnya.
Maurice dan Pojello meninggalkan Eropah ke Amerika Syarikat kerana Perang Dunia
Kedua. Pertarungan pertama Maurice sebagai "The French Angel" telah diadakan pada
Januari 1940 di Boston Garden, Amerika Syarikat. Beliau menjadi terkenal dan dianggap
sebagai manusia yang tidak dapat dikalahkan. Beliau kekal tanpa kalah selama 19 bulan
berturut-turut dan memegang Juara Dunia Heavyweight AWA dari Mei 1940 hingga Mei
1942. Malangnya, pencapaian mula merosot sekitar 1945 apabila kesihatannya mula
menurun.

ZAMAN KEJATUHAN LAGENDA MAURICE


Walaupun penampilannya yang luar biasa, Maurice menjalani kehidupan yang baik dan
menyesuaikan diri dengan kesukaran yang dialaminya. Akromegali pada zaman kini boleh
dirawat dengan pembedahan, ubat atau terapi radiasi. Malangnya, kemajuan ini tidak mudah
diakses pada zaman dulu oleh Maurice.
Pada usia 51 tahun, jantung dan sistem vaskularnya tidak lagi dapat memenuhi permintaan
tubuh badannya yang terlalu besar. Maurice meninggal dunia akibat penyakit kardiovaskular
pada 4 September 1954 di Chicago. Walau bagaimanapun, beberapa tahun sebelum
kematiannya, Maurice membenarkan seorang pengukir kawasan Chicago bernama Louis
Linck untuk membuat beberapa patung plaster mukanya untuk memperingati kerjaya
gustinya dan mendokumentasikan kesan akromegali. Salah satu patung Tillet milik Linck kini
dipamerkan di Muzium Sains Pembedahan Antarabangsa di Chicago.

KEANEHAN PATUNG WAJAH MAURICE


Semasa penghujung hayatnya, Maurice hanya mempunyai beberapa orang kawan baik
sahaja. Salah seorang sahabatnya ialah ahli perniagaan bernama Patrick Kelly.
Maurice sering mengunjungi rumah Patrick di Massachusetts untuk bermain catur.
Selalunya mereka bermain catur di dalam bilik bacaan. Ketika bermain, Maurice selalu
mengeluh kepada Patrick, betapa dirinya tertekan, sepi dan terasing kerana terperangkap
dalam tubuh yang menakutkan.
Kira-kira 25 tahun selepas kematian Maurice, apabila Patrick memasukkan pengaturcaraan
permainan catur ke dalam komputernya yang diletakkan di dalam bilik bacaan. Sejak hari
itu, Patrick sering meluangkan masa tuanya dengan berlawan catur dengan pengatur cara
tersebut.
Suatu malam, Patrick melihat buah catur di dalam sistem komputernya terpasang sendiri.
Ketika itu Patrick tidak mengesyaki apa-apa, beliau terus berlawan dengan program
tersebut.
Namun selepas habis bermain, Patrick terperanjat apabila menyedari bahawa komputer itu
sebenarnya terpasang sendiri. Suisnya tidak dihidupkan, malah wayarnya tidak dipasang
pada soket.

Beberapa minggu kemudian, sekali lagi Patrick terkejut apabila melihat pengatur cara catur
terpasang di komputer yang tidak disambung ke mana-mana kuasa elektrik. Beberapa
jurutera elektronik yang dipanggil tidak dapat memberikan sebarang penjelasan kerana
mereka tidak menemui sebarang masalah pada komputer Patrick.
Setelah banyak kali kejadian aneh itu berulang, akhirnya Maurice mendapat jawapannya.
Semua ini berlaku apabila beliau mendekatkan patung wajah Maurice berhampiran dengan
komputernya. Cara gerakan catur pula adalah corak permainan yang paling digemari oleh
Maurice semasa hidupnya dulu.

PENGHIDAP AKROMEGALI LAIN


Sebenarnya, Maurice bukan satu-satunya tokoh berprofil tinggi yang mengalami akromegali.
Kesan daripada penyakit ini menghasilkan ciri wajah yang menarik sehinggakan mereka
yang mengalaminya sering menggunakan penampilan mereka untuk mengaut keuntungan
kerana tiada pilihan. Contohnya, Andre the Giant, seorang ahli gusti profesional dan pelakon
yang paling diingati kerana peranannya sebagai Fezzick dalam The Princess Bride, juga
mengalami akromegali. Penghibur lain yang mengalami gangguan itu termasuk Ted Cassidy
yang berukuran 6'9", yang memainkan watak Lurch dalam The Addams Family, dan Richard
Keil, yang memainkan watak penjahat Jaws dalam filem James Bond . Penampilan Shrek
mungkin dipengaruhi hasil inspirasi daripada lelaki-lelaki ini, dan mungkin adalah satu
penghormatan kepada lelaki raksasa seperti Maurice bahawa beliau juga mampu menarik
minat wanita tercintanya seperti yang ditayang di filem Shrek!

You might also like