Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 27

1.

0 PENGENALAN

1.1 Latar belakang kajian

Menurut David Crystal (2011:384) pragmatik merupakan kajian mengenai


bahasa dari sudut pandangan pengguna berhubung dengan pilihan yang ada pada
mereka,berhubung dengan kekangan yang dihadapi sewaktu menggunakan
bahasa dalam sesuatu interaksi sosial,dan juga berhubung dengan kesannya
kepada peserta dalam sesuatu komunikasi.

Tema kajian para pengkaji merupakan pragmatik dan para pengkaji telah memilih
tajuk ragam bahasa herdik dalam Filem Melayu Klasik “Nasib Si Labu dan
Labi”.Filem Melayu klasik “Nasib Si Labu dan Labi” merupakan sebuah
filem Melayu yang diterbitkan di Singapura yang ketika itu merupakan
sebahagian dari Malaya pada tahun 1963. Selain itu,Filem “ Nasib Si Labu dan
Labi” juga ditayangkan dalam bentuk filem hitam putih.Umum mengetahui
bahawa filem “Nasib Si Labu dan Labi” diarah oleh pengarah P.Ramlee pada 26
April 1963,selepas filem Labu dan Labi.Filem ini telah menjadi salah satu filem
yang hangat diperkatakan sehingga kini kerana jalan ceritanya yang lucu dan
menarik perhatian semua lapisan masyarakat.

Filem ini adalah kesinambungan “Filem Labu dan Labi”.Bagi Filem “Nasib Si


Labu dan Labi” ini, telah dimulai dengan kisah babak isteri kesayangan Haji
Bakhil yang telah meninggal dunia.Seterusnya,dalam subplot pula Labu dan Labi
mendapati bahawa mereka telah jatuh cinta dengan anak perempuan Haji Bakhil
iaitu Manisah (Mariani), Labu dan Labi telah menyertai pertandingan tinju untuk
membuktikan siapa yang lebih layak untuk mendapatkan Manisah. pertandingan
tinju ini telah diadili oleh jurulatih kelab tinju iaitu S. Shamsuddin. Namun, hal
ini tidak dapat diselesaikan sehinggalah filem tamat.Antara pelakon hebat yang
telah membintangi filem ini ialah Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh atau
lebih dikenali sebagai P.Ramlee yang telah memegang watak sebagai
Labi.Seterusnya,Mohd. Zain bin Shariff pula telah memegang watak sebagai
Labu.Bagi watak Haji Bakhil pula telah dilakonkan oleh Udo Omar atau nama
sebenarnya Omar Hitam. Sungguhpun hanya sering diberi watak pembantu tapi
lakonannya menonjol dan dianggap sebagai pelakon serba-boleh kerana mampu

1
untuk membawa pelbagai watak termasuklah watak Raja ataupun Sultan.Watak
anak Haji Bakhil iaitu Manisah pula telah dipegang oleh Mariani.

walaupun filem ini telah ditonton oleh pelbagai lapisan masyarakat,namun tidak
banyak yang mengetahui jenis ragam bahasa yang telah digunakan dalam filem
ini.Filem “Nasib Si Labu dan Labi” banyak menggunakan ragam bahasa herdik
dan berkait rapat dengan kajian yang dijalankan oleh para pengkaji.Kajian yang
telah dijalankan oleh para pengkaji ini adalah untuk mendalami maksud ragam
bahasa herdik yang telah digunakan dalam filem Melayu Klasik “Nasib Si Labu
dan Labi”.

2
1.2 Definisi konsep

1.2.0 Definisi Filem

Menurut Mastura Muhammad(2002), Filem seperti juga medium seni yang lain,
mempunyai bentuk atau "form" yang boleh dilihat secara menyeluruh sebagai
satu sistem yang menghubungkan aspek-aspek yang terdapat di dalamnya.
Pengalaman menonton sesebuah karya filem yang melibatkan pemahaman,
jangkaan, emosi ataupun ungkapan makna seringkali dibentuk dan
distrukturkan. Pemikiran kita yang berkehendakkan bentuk tadi. Justeru, bentuk
adalah penting dalam segala karya seni tanpa mengira mediumnya. Namun
begitu, definisi bentuk atau "form" yang dimaksudkan sentiasa kabur dan
seringkali dibincangkan dalam konteks disiplin pengajian filem. Setiap sarjana
mempunyai tanggapan sendiri terhadap maksud bentuk filem.

Bordwell dan Thompson (1997) merujuk bentuk filem sebagai satu sistem yang
tersusun. Sistem yang dimaksudkan di sini melibatkan segala perihal yang
terdapat dalam sesebuah filem. Dalam lain perkataan, apa jua yang terkandung
dalam filem boleh dikategorikan sebagai bentuk filem. Ini kerana, dalam
pembikinan sesebuah filem, setiap satu bahagian yang terdapat dalam filem
berfungsi dengan tujuan tertentu. Misalnya, penataan bunyi dalam filem
memberi justifikasi yang lebih selain dari berfungsi sebagai peneman visual.
Selain itu, sebarang elemen yang dihasilkan dalam sesebuah filem turut
dikategorikan bentuk (form) apabila proses penghasilannya adalah
bersistematik. Dalam lapangan lain, misalnya penulisan link, puisi, novel turut
mempunyai sistem. Puisi yang dihasilkan juga bersandar kepada satu sistem
melalui pemilihan bahasa atau gaya dan penyusunan rangkap, baris, ritma dan
stanza. Begitu juga halnya dengan filem. Filem tidak dihasilkan secara rawak
(random). Filem dihasilkan di bawah satu sistem yang lengkap dan merupakan
satu siri yang tersusun.

Filem Melayu Klasik merupakan sebuah filem lama yang masih menggunakan
tayangan hitam putih dan kebanyakan filem Melayu Klasik dihasilkan oleh Tan
Sri P.Ramlee yang merupakan seniman agung Negara.Bahasa dan bentuk ejaan
dalam Filem Melayu Klasik juga banyak menggunakan Bahasa Melayu Klasik

3
contohnya “pun” dan “lah” dan bahasa istana juga banyak digunakan contohnya
dalam filem Nujum Pak Belalang.

Filem Melayu Klasik terutamanya filem terbitan Tan Sri P.Ramlee telah
meninggalkan kesan yang mendalam kepada penontonnya sehingga kini.Hal ini
kerana,filem Melayu Klasik banyak memberikan pengajaran kepada kehidupan
melalui ayat dan cara penyampaian oleh pelakon yang sangat berkualiti pada
waktu itu.

1.2.1 Definisi Pragmatik

Perkataan pragmatik berasal daripada perkataan bahasa Inggeris, iaitu


pragmatic. Dictionary of Language and Linguistic (1973:205) mendefinisikan
pragmatik dari sudut semiotik sebagai kajian tentang bagaimana tanda dan
simbol digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi dalam bahasa tertentu.
The Linguistic Encyclopedia (1991:354) pula mendefinisikan pragmatic sebagai
kajian peraturan dan prinsip yang mengawal bahasa dalam penggunaan. Selain
itu, Geoffrey Finch (2000:150) melalui kamus istilah Linguistic Term and
Concepts berpendapat bahawa pragmatik memberi tumpuan terhadap apa yang
dikatakan ‘secara tidak jelas’ dan caracara untuk mentafsir pertuturan tersebut
berdasarkan konteks situasi. Kamus Oxford Advanced Learners’s Dictionary
(7th Edtion, 2005:1182) pula mendefinisikan pragmatik sebagai kajian tentang
cara bahasa digunakan untuk menyampaikan sesuatu dalam situasi tertentu,
khususnya perkataan sebenar digunakan boleh membawa makna yang berbeza.

Menurut Raminah Haji Sabran et al,2013:79,Pragmatik ialah satu cabang ilmu


linguistik yang mengkaji penggunaan bahasa dalam konteks budaya sesuatu
masyarakat.Dalam hal ini,penggunaan bahasa dikaji melalui konteks hubungan
yang sebenar.Cabang ilmu linguistik ini mengkaji makna sesuatu ujaran yang
lebih luas daripada kajian semantik.Cabang ini meluas hingga meliputi falsafah
bahasa, sosiolinguistik dan antropologi.Pragmatik juga mengkaji hal-hal yang
meliputi struktur bahasa sebagai alat perhubungan sama ada antara penutur
dengan pendengar atau penulis dengan pembaca .Hal-hal itu termasuklah aspek
peribahasa,ragam bahasa dan sistem sapaan.Aspek-aspek ini menjadi budaya
dalam sesuatu masyarakat.

4
1.2.2 Definisi ragam bahasa

Ragam bahasa merupakan beberapa bentuk bahasa yang khas digunakan


dalam karangan atau percakapan untuk menguatkan maksud percakapan dan
mempertajamkan pemahaman pendengar atau pembaca.Ragam bahasa dapat
dikatakan sebagai bahasa tertentu yang digunakan untuk menyatakan sesuatu
dalam pelbagai bentuk dan cara.(Nawi Ismail et al,2006).

Menurut Asmah Haji Omar (1987:47) menjelaskan ragam bahasa didasarkan


kepada ciri–ciri khusus dalam penggunaan bahasa menurut bidang
penggunaannya. Manakala Bachman (1990) mendefinisikan ragam bahasa
sebagai variasi bahasa menurut pemakaian, yang berbeza–beza, topik yang
dibicarakan, hubungan pembicara, kawan bicara dan orang yang dibicarakan
serta medium pembicara.

Ragam bahasa juga adalah variasi bahasa yang berasaskan pemakaian atau
penggunaannya, terutamanya yang berkaitan dengan konteks dan situasi yang
tertentu. Nik Safiah Karim et al. (1996:31) menyatakan bahawa Za’ba, dalam
bukunya Ilmu Mengarang Melayu, membincangkan ragam bahasa dalam dua
bab iaitu gaya cakap mulut yang bererti bahasa Melayu lisan dan gaya surat
iaitu bahasa Melayu tulisan. Ragam bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada
ragam bahasa formal dan tidak formal. Ragam Bahasa Melayu merupakan
ciri–ciri gaya penceritaan istimewa yang digunakan untuk sesuatu jenis
bidang. Ciri–ciri istimewa itulah yang membolehkan kita segera dapat
menjangka apa yang menjadi topik atau tajuk utama sesuatu teks sebaik–baik
membaca ayat pertama. Sebagai contoh, permulaan ayat yang bermula dengan
‘alkisah’ atau ‘pada suatu zaman dahulu’, jelas menunjukkan bahawa
pengarang ingin menyampaikan sebuah cerita klasik.

5
1.2.3 Definisi Bahasa Herdik

Menurut Za’Ba(2002:214),bahasa herdik ialah “seakan-akan bahasa tempelak


juga tetapi tujuannya menunjukkan kesalahan pada masa sekarang bukannya
pada masa yang telah lalu,dan perkataannya kerap dengan kasar serta
mengandungi perasaan mengejek sedikit”.

Menurut Kamaruddin dan Siti Hajar (1997:65) pula,bahasa herdik seakan-akan


bahasa tempelak juga tetapi tujuannya untuk menyatakan kesalahan pada masa
sekarang bukannya pada masa silam.Perkataan yang digunakan juga agak kasar
dan keras untuk memarahi atau menengking serta mengandungi sedikit perasaan
mengejek.

Bahasa herdik ialah ragam bahasa dengan susunan perkataannya yang jelas
menunjukkan kesalahan seseorang yang dilakukan pada masa itu
juga.Tujuannya adalah untuk memberikan peringatan atau pengajaran kepada
orang yang diherdik.Bahasa yang digunakan mengandungi sedikit unsur
mengejek dan menyebabkan orang sasaran menjadi tersinggung dan malu.(Buku
Bahasa Melayu terbitan Suhaimi Mohd.Salleh).

Seterusnya Bahasa herdik jelas dikatakan dengan orang yang memarahi


seseorang yang melakukan kesilapan atau kesalahan dan perkara ini serin g
berlaku antara majikan dan pekerjanya.Bahasa herdik akan menyebabkan
seseorang takut untuk melakukan kesalahan yang sama kerana telah menerima
pengajaran melalui herdikan orang lain.

Kesimpulannya,Bahasa herdik akan menyebabkan seseorang berasa bimbang


dan takut untuk melakukan kesilapan dalam perkara yang dilakukannya dan
bahasa herdik juga seharusnya digunakan pada situasi yang betul contohnya
kepada orang yang melakukan kesalahan yang besar dan kerja yang dilakukan
merupakan pekerjaan yang tidak bermoral seperti pembuli dan penjenayah dan
bukannya kepada orang yang melakukan kesalahan kecil dan jarang berlaku
contohnya seperti terlambat datang ke tempat kerja dan majikannya terus
mengherdik pekerjanya tanpa bertanya alasan pekerjanya.

6
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah seperti berikut:

a) Menyenaraikan bahasa herdik dalam filem melayu Klasik “Nasib si Labu dan
Labi”
b) Menjelaskan fungsi bahasa herdik dalam filem Melayu Klasik “Nasib si Labu
dan Labi”
c) Membandingkan cara penggunaan bahasa herdik dalam masyarakat Melayu
Lama dan dalam Masyarakat Melayu Moden.

7
3.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Hasil kajian ini adalah untuk

a) Memberi ilmu dan pengetahuan tentang penggunaan bahasa herdik dalam


kalangan rakyat Malaysia.
b) Dijadikan sebagai sumber pembelajaran dalam penggunaan bahasa herdik.
c) Menambah dokumentasi kajian yang berkaitan dengan bahasa herdik

4.0 SKOP KAJIAN

Fokus kajian ini adalah pada penggunaan bahasa herdik dalam filem melayu
klasik “ Nasib si Labu dan Labi” dan menyenaraikan bahasa herdik dalam filem
tersebut. Selain itu, menjelaskan fungsi penggunaan bahasa herdik dalam
kalangan masyarakat melayu lama serta membandingkan cara penggunaan
bahasa herdik dalam masyarakat melayu lama dan masyarakat melayu moden.

5.0 BATASAN KAJIAN

Kajian yang dilakukan oleh para pengkaji hanya terbatas kepada variasi bahasa
herdik yang terdapat dalam filem Melayu Klasik “Nasib si Labu & Labi”
sahaja.Kajian ini meliputi keseluruhan filem yang berdurasi 1 jam 55 minit dan
39 saat.Para pengkaji akan menyenaraikan bahasa herdik yang terdapat dalam
filem yang dikaji dan para pengkaji juga akan menjelaskan fungsi bahasa herdik
dalam filem Melayu Klasik “Nasib si Labu & Labi”.Selain itu,para pengkaji juga
akan membandingkan cara penggunaan bahasa herdik dalam masyarakat Melayu
Klasik dan dalam Masyarakat Melayu Moden melalui dapatan kajian yang
dilakukan oleh para pengkaji.Oleh itu,kajian hanya terbatas pada lokasi kajian
yang terdapat dalam filem sahaja dan para pengkaji tidak mengkaji lokasi sebenar
filem tersebut.

8
6.0 KAEDAH KAJIAN

Bahagian ini akan menghuraikan kaedah pengumpulan data dan kaedah


mendapatkan data.

6.1 Pengumpulan Data

a) Kaedah analisis filem

Filem klasik “Nasib si labu Labi” dijadikan sebagai sumber dalam kajian ini bagi
mencari ragam bahasa herdik. Kaedah ini digunakan dengan cara menonton filem
melayu klasik “ Nasib si Labu Labi” yang mula ditayangkan sejak 26 April 1963
dan diterbitkan di Singapura. Para pengkaji menonton filem tersebut pada jam
8.30 malam pada 02 September 2020.Internet juga dijadikan bahan atau sumber
lain dalam kajian ini. Kaedah ini digunakan dengan cara melayari laman – laman
blog yang berkaitan dengan ragam bahasa herdik.

b) kaedah analisis teks / kandungan

Skrip filem melayu klasik “Nasib si Labu dan Labi” yang diperoleh oleh para
pengkaji melalui internet. Selain itu, skrip filem melayu klasik telah dibuat
salinan kepada semua pengkaji supaya masing – masing dapat membaca skrip
tersebut. Selepas menerima skrip tersebut para pengkaji meneliti ayat yang
terdapat dalam skrip tersebut. Melalui penelitian skrip tersebut, para pengkaji
dapat menyenaraikan ragam bahasa herdik dan menjelaskan fungsi penggunaan
bahasa klasik serta membandingakan cara penggunaan bahasa herdik dalam
masyarakat melayu lama dan masyarakat melayu moden.

6.2 Mendapatkan Data

Kaedah yang digunakan oleh para pengkaji adalah kaedah kepustakaan. Kaedah
kepustakaan digunakan untuk mendapatkan bahan – bahan rujukan dan buku
yang berkaitan dengan ragam bahasa herdik. Maklumat – maklumat yang
diperoleh daripada hasil bacaan oleh para pengkaji akan diteliti sebelum ke
proses yang seterusnya iaitu proses penulisan dilaksanakan. Kaedah ini juga
melibatkan laman sesawang yang berkaitan untuk mempercepatkan lagi proses
mendapatkan maklumat.

9
7.0 DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini para pengkaji akan menyenaraikan bahasa herdik dalam filem
Melayu Klasik “Nasib si Labu dan Labi” dan menjelaskan fungsi bahasa
herdik dalam filem Melayu Klasik “Nasib si Labu dan Labi”.Selain itu para
pengkaji juga akan membandingkan cara penggunaan bahasa herdik dalam
masyarakat Melayu Klasik dan dalam Masyarakat Melayu Moden.

10
7.1 SENARAI BAHASA HERDIK DALAM FILEM MELAYU KLASIK
“NASIB SI LABU DAN LABI”.
Para pengkaji telah memperoleh banyak ragam bahasa herdik dalam filem
Melayu Klasik “Nasib si Labu dan Labi” dan berikut merupakan senarai ragam
bahasa herdik yang terdapat dalam filem Nasib si Labu dan Labi:

RAGAM BAHASA HERDIK DALAM FILEM MINIT


“NASIB SI LABU DAN LABI” (DURASI)
1.Bodoh!tak boleh cuti,tak boleh jumpa doktor. 7:21
2.Eh! Labi kenapa kau kurung aku di dalam. 9:08
3.Aku lasing kau nanti. 9:30
4.Barang itu pun tak boleh angkat.Angkat itu pun tak larat 10:20
ke?
5.Bodoh! habis jahanam harta aku,selalu kau 10:34
menyusahkan aku.
6.Ehh..eh.. habis jahanam harta aku Labu! 12:46
7.Diam!jangan bersuaralah. 12:54
8.Aku tak mahu keretalah bodoh! 14:10
9.Ini semua kau punya pasal Labi! 15:37
10.Yang kau pekik buat apa kau dah tau aku punya sawan! 15:42
11.Siapa yang main mata dengan kau Manisah? 17:23
12. Kalau kau tak jaga mata kau aku cucuk mata kau! 17:34
13.Itulah abang marah sahaja tak bolehkah?selalu sahaja 17:55
menggunakan tangan.

14..Hei! berapa punya kasar kau main,boxing mana boleh 28:20


gigit telinga.
15.Hei!boxing mana boleh pakai tendang. 29:25
16.Bapak ni dah bertebiat agaknya! 36:15
17.Budak ni!sekali aku lasing kau baru kau tahu. 37:46
18.Siapa pula tu?Orang sedang berasmara macam-macam 47:58
yang datang.
19.Siapa yang bising-bising di luar tu? 48:25
20.Pergi tanya apa dia mahu bahalul! 48:42
21.Ehh,takkan tak kenal laki-laki kah perempuan! 49:54
22.Ehh,kenapa kau di sini setan! 51:00
23.Entahlah cekgu,celaka punya Haji Bakhil! 54:15
24.Celaka punya Labi! 57:56
25.Ehh,kau nak malukan aku,korang pikir aku siapa! 1:00:31
26.kalau kau pegang duit,kau joli habis harta aku. 1:01:33
27.Ini kali kalau kau bising-bising jugak aku siram kau 1:04:23
dengan air.

11
28.Abang Labu dengan abang Labi mengintip orang tukar 1:11:20
pakaian yer.
29.Cekgu Murni ni pelupa! 1:12:11
30.Bapak ni buat malu sahajalah! Macam mana bapak 1:36:41
boleh pengsan?
31.Angin tikus?kau pun sama jugak tolol! 1:37:36
32.Diamlah kau! kau pikir aku tak tau masuk meminang 1:38:30
ye.
33.Celaka punya Haji Bakhil,apa korang dua ni tai Haji 1:43:57
Bakhil!
34.Tua kutuk,tua tak sedar diri! kononnya nak kahwin 1:45-22
dengan perempuan paling cantik di kampung ini.
35.Cakaplah apa dia cakap! 1:46:49
36.Apa yang kau pergi cakap macam tu dengan Pak 1:47:27
Haji,sekarang apa kita nak buat sekarang.
37.Engkau yang kata Murni tu sukakan dia,bukankah kau 1:47:32
cari bala sekarang!
38.Kenapa pula aku nak bayar? 1:54:36
39.Saya tak main-main Encik! 1:54:45
40.Padan muka kau setan! 1:54:48

12
7.2 FUNGSI BAHASA HERDIK DALAM FILEM MELAYU KLASIK “NASIB
SI LABU DAN LABI”.
Ragam bahasa herdik dalam filem Melayu Klasik “Nasib si Labu dan Labi ini
mempunyai fungsinya.Umum mengetahui bahawa ragam bahasa herdik
merupakan susunan kata yang jelas menunjukkan kesalahan seseorang yang
dilakukan pada masa itu juga.

RAGAM BAHASA HERDIK


DALAM FILEM “NASIB SI FUNGSI RAGAM BAHASA HERDIK
LABU DAN LABI”
1.Bodoh!tak boleh cuti,tak Haji Bakhil mengherdik Labi kerana
boleh jumpa doktor. mengatakan tulang Haji Bakhil sakit dan
lemah.
2.Eh! Labi kenapa kau kurung Haji Bakhil mengherdik Labi kerana
aku di dalam. membiarkannya di dalam kereta dan
terkurung di dalam garaj.
3.Aku lasing kau nanti. Haji Bakhil mengherdik Labi kerana
melayannya seperti monyet.
4.Barang itu pun tak boleh Haji Bakhil menggunakan bahasa herdik ini
angkat.Angkat itu pun tak larat kerana Labu cuai ketika mengangkat cawan
ke? Haji Bakhil sehingga menyebabkan cawan
Haji Bakhil pecah.
5.Bodoh! habis jahanam harta Haji Bakhil mengherdik Labu yang selalu
aku,selalu kau menyusahkan menyusahkan dirinya dan orang di
aku. sekelilingnya.
6.Ehh..eh.. habis jahanam harta Haji Bakhil mengherdik Labu yang
aku Labu! merosakkan cawan kesayangannya.
7.Diam!jangan bersuaralah. Bahasa herdikan ini bertujuan untuk
menyuruh orang yang sering membuat alasan
untuk diam iaitu Haji Bakhil menyuruh Labu
untuk tidak memberikan sebarang alasan.
8.Aku tak mahu keretalah Haji Bakhil mengherdik Labi yang tidak
bodoh! mendengar arahannya.

9.Ini semua kau punya pasal Bahasa herdikan ini digunakan untuk orang

13
Labi. yang menjadi punca kepada segala masalah
iaitu Labu mengherdik Labi kerana menjadi
punca kepada kecuaiannya mengangkat
cawan Haji Bakhil.
10.Yang kau pekik buat apa kau Labu mengherdik Labi yang sering
dah tau aku punya sawan! meninggikan suara kepadanya walaupun
mengetahui bahawa Labu seorang yang
mudah melatah.
11.Siapa yang main mata Haji Bakhil mengherdik orang yang cuba
dengan kau Manisah? mengorat anaknya.Bahasa herdik ini sering
digunakan kepada orang yang cuba mengorat
anak dara mereka.
12.Kalau kau tak jaga mata kau Haji Bakhil mengherdik Labu yang gatal dan
aku cucuk mata kau! cuba untuk mengorat anak daranya Manisah.
13.Itulah abang marah sahaja Isteri Haji Bakhil mengherdik Haji Bakhil
tak bolehkah?selalu sahaja yang sering menggunakan kekasaran fizikal
menggunakan tangan. terhadap orang lain.
14..Hei! berapa punya kasar kau Jurulatih petinju mengherdik Labu yang
main,boxing mana boleh gigit melanggar peraturan tinju dengan menggigit
telinga. telinga Labi.

15.Hei!boxing mana boleh Bahasa herdik ini digunakan untuk orang


pakai tendang. yang melenggar peraturan tinju iaitu jurulatih
petinju mengherdik Labu yang menggunakan
kaki dalam tinju.

16.Bapak ni dah bertebiat Bahasa herdik ini bertujuan untuk


agaknya! mengherdik orang yang berubah perangainya
secara tiba-tiba.Seperti Manisah yang
mengherdik bapanya kerana semakin
menjadi-jadi selepas kematian isterinya.
17.Budak ni!sekali aku lasing Haji Bakhil mengherdik Labi yang sering
kau baru kau tahu. mempermainkannya.Bahasaherdik ini sering
ditujukan kepada orang yang suka bergurau
kasar dengan orang lain.

14
18.Siapa pula tu?Orang sedang Haji Bakhil mengherdik orang yang
berasmara macam-macam yang merosakkan bayangannya tentang cikgu
datang. Murni.
19.Siapa yang bising-bising di Bahasa herdik ini digunakan untuk orang
luar tu? yang selalu membuat bising.
20.Pergi tanya apa dia mahu Haji Bakhil mengherdik Labu yang tidak
bahalul! mengikut arahan Haji Bakhil untuk bertanya
apa hasrat orang tersebut datang.
21.Ehh,takkan tak kenal laki- Cikgu Maun mengherdik Labi yang masih
laki kah perempuan! tidak mengenal sama ada orang tersebut
lelaki ataupun perempuan walaupun sudah
dewasa.
22.Ehh,kenapa kau di sini setan! Kata herdikan tersebut digunakan untuk
mengherdik pegawai dari rumah anak yatim
yang meminta derma.Haji Bakhil
menggunakan kata herdikan ini kerana beliau
menyukai kehadiran mereka.
23.Entahlah cekgu,celaka punya Cekgu Sudar mengherdik Haji Bakhil yang
Haji Bakhil! kedekut untuk memberikan derma.Bahasa
herdik ini digunakan untuk orang yang sering
membuat masalah.
24.Celaka punya Labi! Haji Bakhil mengherdik Labi yang berada di
luar rumah kerana tidak mahu berkompromi
dengannya yang berpura-pura sakit kerana
bimbang tentang pungutan derma yang
diminta.

25.Ehh,kau nak malukan Haji Bakhil mengherdik Labu yang


aku,korang pikir aku siapa! mencadangkannya untuk menderma 1
Ringgit kepada rumah anak yatim.Haji
Bakhil berasa malu dengan cadangan Labu
dan ingin menjaga air mukanya di hadapan
Cikgu Murni.
26.kalau kau pegang duit,kau Bahasa herdik ini digunakan kepada orang
joli habis harta aku. yang bersifat boros.Dalam konteks ini,Haji
Bakhil mengherdik Labu yang bersifat boros

15
apabila memegang duit.

27.Ini kali kalau kau bising- Bahasa herdikan ini dgunakan untuk orang
bising jugak aku siram kau yang suka membuat bising tanpa memikirkan
dengan air. orang lain dan bahasa herdikan ini akan
menyebabkan seseorang berasa malu.Dalam
konteks ini,Haji Bakhil mengherdik Labu dan
Labi yang membuat bising walaupun sudah
larut malam.
28.Abang Labu dengan abang Bahasa herdikan ini boleh menyebabkan
Labi mengintip orang tukar seseorang berasa malu.Kata herdikan ini
pakaian yer. dilontarkan oleh Manisah kepada Labu dan
Labi yang sedang mengintip Haji Bakhil
yang sedang berjanji temu dengan Cikgu
Murni.
29.Cekgu Murni ni pelupa! Guru besar Cikgu Murni mengherdik Cikgu
Murni yang mudah lupa tentang perkara-
perkara yang penting.

30.Bapak ni buat malu Bahasa herdik ini boleh menyebabkan


sahajalah! Macam mana bapak seseorang tersinggung dan malu.Bahasa
boleh pengsan? herdikan ini digunakan oleh Manisah yang
berasa malu apabila bapanya pengsan di
hadapan orang ramai ketika majlis anugerah.
31.Angin tikus?kau pun sama Haji Bakhil mengherdik Labu dan Labi yang
jugak tolol! memberi pendapat yang salah tentang
penyakitnya.Bahasa herdikan ini
membuatkan seseorang berasa tersinggung.
32.Diamlah kau! kau pikir aku Bahasa herdikan ini dilontarkan oleh Labu
tak tau masuk meminang ye. kepada Labi yang menyangka dirinya tidak
tahu bagaimana untuk masuk meminang.
33.Celaka punya Haji Pak Haji mengherdik Labu dan Labi kerana
Bakhil,apa korang dua ni tai cuba untuk meminang anak perempuannya
Haji Bakhil! untuk Haji Bakhil yang pernah menghinanya.

16
34.Tua kutuk,tua tak sedar diri! Labu mengherdik Haji Bakhil menggunakan
kononnya nak kahwin dengan kata-kata yang kononnya disampaikan oleh
perempuan paling cantik di Pak Haji yang tidak mahu menerima
kampung ini. pinangan daripada Haji Bakhil.
35.Cakaplah apa dia cakap! Labu mengherdik Labi yang tidak mahu
memberitahu kata-kata yang disampaikan
oleh Pak Haji kepada Haji Bakhil.
36.Apa yang kau pergi cakap Labi mengherdik Labu kerana menipu Haji
macam tu dengan Pak bakhil dan bimbang dengan akibat yang akan
Haji,sekarang apa kita nak buat diterima mereka.
sekarang.
37.Engkau yang kata Murni tu Labu mengherdik Labi kerana menipu haji
sukakan dia,bukankah kau cari Bakhil tentang perasaan Murni dan bimbang
bala sekarang! perbuatan Labi akan mendatangkan musibah
kepada mereka.

38.Kenapa pula aku nak bayar? Haji Bakhil mengherdik Labu dan Labi yang
meminta Haji Bakhil membayar denda yang
dikenakan mahkamah atas kesalahan mereka
sendiri.
39.Saya tak main-main Encik! Labu mengherdik Haji Bakhil yang
menganggap mereka hanya bermain-main
ketika meminta bantuan.
40.Padan muka kau setan! Haji Bakhil mengherdik Labu dan Labi yang
menjadi punca kepada penangkapan mereka
bertiga dalam percubaan untuk menculik
anak Pak Haji.

17
7.3 PERBANDINGAN CARA PENGGUNAAN BAHASA HERDIK DALAM
MASYARAKAT MELAYU LAMA DAN MASYARAKAT MELAYU
MODEN.

Terdapat perbezaan yang ketara dalam penggunaan bahasa herdik dalam


kalangan Masyarakat Melayu Lama dan Masyarakat Melayu Moden.

i) Proses Perancangan Bahasa


Salah satu perbezaan penggunaan bahasa herdik dalam kalangan Masyarakat
Melayu Lama dan Masyarakat Melayu Moden adalah bahasa herdik melayu
lama tidak mempunyai perancangan bahasa manakala bahasa melayu moden
pula melalui proses perancangan bahasa yang pesat.

Sebelum proses perancangan bahasa: contoh ayat, “Celaka punya Haji


Bakhil!,apa korang dua ni tai Haji Bakhil”

Selepas proses perancangan Bahasa: contoh ayat, “Celaka punya Haji


Bakhil,kamu berdua ni macam orang suruhan Haji Bakhil sahaja!

ii) Perbezaan Laras Bahasa

18
Merurut Zainal Abidin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Za’ba(1962), laras
ialah rupa susuk bahasa yang dipakai apabila bercakap atau mengarang, iaitu
tentang perkataannya, ikatan ayatnya, jalan bahasanya, cara susunannya, atau
bentuk peribahasanya.Terdapat perbezaan laras bahasa antara masyarakat
Melayu Lama dengan Masyarakat Melayu Moden.Laras Bahasa Masyarakat
Melayu Laman lebih banyak menggunakan sastera lama dan lebih gramatis
manakala laras bahasa Masyarakat Melayu Moden menggunakan laras
bahasa yang pelbagai.

Contoh bahasa herdik Masyarakat Melayu Lama yang terdapat dalam filem
“Nasib si Labu dan Labi”: -“Ehh,takkan tak kenal laki-laki kah
perempuan!”

Ayat tersebut kedengaran gramatis kerana masih belum menerima proses


perancangan bahasa dan masih menggunakan sastera lama.Namun selepas
mengalami proses perancangan bahasa ayat tersebut akan mengalami laras
bahasa yang pelbagai dan akan bertukar menjadi seperti berikut:

“Ehh,takkan tak kenal lelaki atau perempuan!”

iii) Perbezaan Ragam Bahasa Herdik Dari Segi Susunan Ayat

Perbezaan antara ragam bahasa herdik dari segi susunan ayat dalam
masyarakat Melayu Lama dan Masyarakat Melayu Moden dapat dilihat
daripada susunan ayatnya.Masyarakat Melayu Lama susunan ayatnya banyak
menggunakan ayat pasif dan ayat songsang.Manakala Masyarakat Melayu
Moden pula banyak menggunakan ayat pasif.

19
Dalam Masyarakat Melayu Moden kebanyakan ayat songsang akan bertukar
kepada ayat pasif iaitu pelakunya berada di hadapan.Hal ini
kerana,Masyarakat Melayu Moden sudah terbiasa dengan ayat yang sudah
mengalami proses perancangan bahasa.

Contoh ragam bahasa herdik dalam masyarakat Melayu Lama:

“Ini semua kau punya pasal Labi.”

Dalam Masyarakat Melayu Moden ragam bahasa tersebut akan bertukar


menjadi pasif.Contohnya:

“Labi, ini semua kau punya pasal.”.

8.0 RUMUSAN KAJIAN

Sebagai rumusan,pengkaji telah memilih filem melayu klasik yang bertajuk


“Nasib si Labu dan Labi” karya Tan Sri P.Ramlee.Setelah dikaji dan
dianalisis,pengkaji mendapati bahawa terdapat banyak ragam bahasa herdik di
dalam filem tersebut.Kehadiran ragam bahasa herdik ini telah menjadikan filem
“Nasib si Labu dan Labi” menjadi semakin menarik dan menjadi pelengkap
kepada filem tersebut agar maksud dan pengajaran ayat yang disampaikan mudah
ditangkap oleh penonton.Selepas menyelesaikan kajian ini,pengkaji telah
mengetahui maksud ragam bahasa herdik dalam filem melayu klasik “Nasib si
Labu dan Labi”.Seterusnya,pengkaji juga dapat mengetahui bahawa terdapat
perbezaan antara ragam bahasa Herdik dalam kalangan Masyarakat Melayu Lama
dan Masyarakat Melayu Moden.Antara perbezaan yang dapat dilihat adalah
Masyarakat Melayu Lama kebanyakan ayatnya belum menerima perancangan
bahasa contohnya dari segi ejaan seperti Cekgu.dalam Masyarakat Melayu
Moden ejaan cekgu telah menerima proses perancangan bahasa dan dieja sebagai

20
Cikgu.Setelah para pengkaji selesai menganalisis perbezaan bahasa herdik dalam
filem Melayu Klasik “Nasib si Labu dan Labi” pengkaji mendapati bahawa
ragam bahasa herdik di dalam filem tersebut mempunyai makna dan pengajaran
kepada penonton dan membantu penonton untuk lebih menghayati filem tersebut.

9.0 PENUTUP

Kajian ini telah memaparkan salah satu unsur dalam bidang pragmatik iaitu
penggunaan ragam bahasa herdik. Setelah objektif kajian ini tercapai pengkaji
mendapati bahawa bahasa herdik dalam bahasa melayu adalah pelbagai dan boleh
digunakan dalam pelbagai bidang termasuk filem klasik melayu seperti nasib si
labu dan labi. Malah penggunaan bahasa herdik ini menjadi elemen dalam
penceritaan filem melayu klasik agar kelihatan lawak dan logik. Kehadiran
bahasa herdik dalam filem melayu klasik iaitu “Nasib si Labu dan Labi” ini dapat
memudahkan jalan penceritaan disampaikan secara kreatif,jelas dan berkesan
sehingga para penonton dapat memahami dan menghayati jalan cerita yang ingin
disampaikan oleh pengarah dalam filem tersebut.

Semoga dengan adanya kajian ini akan menarik lebih ramai pengkaji lain yang
akan mengkaji bidang seumpama ini. Namun demikian, jenis-jenis ragam bahasa
yang lain seperti bahasa tempelak, bahasa besar, bahasa kecil, bahasa naik,

21
bahasa sindiran dan sebagainya juga boleh digunakan dalam filem bukan sahaja
filem melayu klasik tetapi filem zaman sekarang juga boleh digunakan. Hal ini
kerana, ia amat penting bagi mengembangkan ilmu yang berkaitan dengan ragam
bahasa herdik yang seterusnya mnyumbang kepada perkembangan dalam bidang
pragmatik. Oleh itu, kajian yang dilasanakan oleh pengkaji seterusnya berkaitan
ragam bahasa herdik ini akan lebih terperinci dan khusus.

(4,160 patah perkataan)

22
BIBLIOGRAFI

Buku

Asmah Haji Omar, 1992,Aspek Bahasa dan Kajiannya,Kuala Lumpur,Dewan Bahasa


dan Pustaka.

Nawi Ismail et al,2016,Bahasa Melayu Topikal semester 3 tingkatan enam,cetakan


pertama,Selangor,Pustaka Sdn.Bhd.

Nik Safiah Karim et al,1985,Tatabahasa Dewan Edisi Baharu,Cetakan pertama,Kuala


Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim, 1988,Sosiolinguistik Bahasa Melayu dan Pengajaran, Petaling

Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Raminah Haji Sabran et al,2013,Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia, Petaling


Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Internet

Filem “Nasib si Labu dan Labi” arahan Tan Sri P.Ramlee

https://youtu.be/DJ5WsJtk88Y

Ringkasan skrip “Nasib si Labu dan Labi”

http://raimilempar.blogspot.com/2016/12/sinopsis-dan-pengajaran-filem-nasib-
si.html

23
Lampiran

Skrip filem “Nasib si Labu dan Labi”

Tahun Diedarkan: 1963 (April)

Masa Tayangan: 1 Jam 55 Minit 39 saat

RINGKASAN CERITA

Isteri Haji Bakhil meninggal dunia, Manisah, Haji Bakhil, Labu dan Labi semuanya
berdukacita. Haji Bakhil tidak lalu makan kerana asyik mengenangkan isterinya.
Begitu juga dengan Manisah. Tetapi bagi Labu dan Labi walaupun bersedih pasal
makan mereka tidak menolak. Segala habuan Haji Bakhil habis mereka sapu
hinggakan dia kelaparan. Selepas 40 hari isterinya meninggal dunia, Haji Bakhil sakit
kerana dia tinggal keseorangan. Manisah pula susah nak tidur. Sementara itu, Labu
dan Labi terus bergaduh kerana merebutkan Manisah hingga sampai ke suatu
peringkat mereka terpaksa beradu kekuatan (boksing) di gelanggang kelab boxsing.
Labu menggunakan nama Rocky Labu manakala Labi pula pakai nama Joe Labi.
Sesiapa saja yang menang dalam pertarungan boksing itu, dialah yang layak memiliki
Manisah.

Pertarungan antara Rocky Labu dan Joe Labi melarat sampai ke pusingan yang ke -
127 yang mana akhirnya bukan sahaja Rocky Labu dan Joe Labi yang K.0. tetapi juga
pengadilnya. Selepas 100 hari pemergian isteri Haji Bakhil, Haji Bakhil mula bertukar
kulit, lagaknya macam orang muda dia tak mahu pakai serban. Di pejabat Haji Bakhil
& Co.Ltd, Haji Bakhil telah didatangi Cikgu Murni (guru sekolah anak-anak yatim)
untuk membeli kain putih untuk kegunaan anak-anak yatim. Oleh kerana Cikgu Murni
punya pasal dan sebab kesanggupan memberi gambar, Haji Bakhil menghadiahkan
Cikgu Murni dengan 10 kayu kain putih. Dalam pada itu, Persatuan Anak-Anak
Yatim masih kekurangan wang tabung dan keputusan telah dibuat dalam mesyuarat
iaitu memunggut derma dari rumah ke rumah.

Dalam pada itu, Haji Bakhil terlalu rindukan Cikgu Murni dan sering memuja
gambarnya. Kerana kebakhilannya Haji Bakhil hanya sanggup memberi seringgit
sahaja kepada dua orang guru yang datang ke rumahnya untuk memunggut derma
bagi Persatuan Anak-Anak Yatim, tetapi apabila Cikgu Murni yang datang

24
menemuinya Haji Bakhil sanggup berhabisan hingga 1000 ringgit. Setelah serban
sudah tak dipakai lagi dan setelah bertemu dengan Cikgu Murni, Haji Bakhil bertukar
corak sama sekali. Dia memakai seluar pendek, bercermin mata hitam dan sanggup
pula menukar kereta baru yang mana semuanya itu membuatkan Manisah curiga.

Sewaktu berkelah di pantai secara kebetulan pula Haji Bakhil bertemu dengan Cikgu
Murni yang sedang membawa anak-anak yatim berkelah. Haji Bakhil kemudian
diperkenalkan dengan Guru Besar, Cikgu Habsah. Dan dalam pertemuan di pantai itu,
barulah Haji Bakhil tahu yang Cikgu Murni itu seorang janda beranak satu yang
sangat melegakannya. Haji Bakhil kemudian telah diundang ke majlis perjumpaan
Persatuan Anak-Anak Yatim dan kerana jasanya selama ini dia telah dihadiahkan
dengan sekalung bunga dan dikalungkan pula oleh Cikgu Murni disamping diiringi
dengan nyanyian lagu Allah Selamatkan Tuan Haji Bakhil begitu juga Cikgu Murni
yang telah banyak membuat jasa terhadap kemajuan persatuan amal itu.

Di Malam Anekaragam, tidak disangka-sangka oleh Haji Bakhil turut diundang


menjayakan malam tersebut ialah Labu dan Labi yang mana mereka telah
mempersembahkan lagu dan tarian Aci-Aci Buka Pintu. Dalam peraduan Ratu
Kebaya Cikgu Murni telah menang dan orang yang mengalungkan selepang ratu ialah
Haji Bakhil dan dia jatuh pengsan apabila Cikgu Murni memintanya masuk
meminang. Haji Bakhil mewakilkan Labu dan Labi pergi meminang Cikgu Murni dan
dengan itu mereka terpaksa pergi bertemu dengan Pak Haji Kemetot. Bagaimanapun,
Pak Haji Kemetot tidak bersetuju dengan peminangan tersebut. Labu dan Labi lari
lintang pukang apabila dikejar oleh Pak Haji Kemetot dengan penyapu kontot.

Oleh kerana terpengaruh dengan tipu helah Labu dan Labi mengenai pergi meminang
kali kedua, Haji Bakhil menyuruh mereka melarikan Cikgu Murni terus dibawa ke
rumah Tok Kadi untuk dinikahkan dengannya. Di rumah Pak Haji Kemetot, Pak Haji
Kemetot rasa tak sedap hati, berdebak gedebuk sedang tidur dan kerana kepanasan dia
menyuruh Cikgu Murni tidur di biliknya manakala dia tidur di bilik Cikgu Murni.

Ketika Pak Haji Kemetot dan Cikgu Murni sedang tidur lena, Labu dan Labi datang
lalu menculik Pak Haji Kemetot (pada sangkaan mereka Cikgu Murni) yang mana
apabila sampai di rumah Tok Kadi keadaan menjadi kelam kabut apabila dibuka kain
bungkusan yang muncul ialah Pak Haji Kemetot bukannya Cikgu Murni. Berikutan
dengan itu, Haji Bakhil, Labu dan Labi telah didakwa di mahkamah. Mereka didapati

25
bersalah dan didenda 500 ringgit setiap seorang atau dipenjara tiga bulan. Haji Bakhil
membayar dendanya tetapi enggan membayar denda untuk Labu dan Labi. Oleh yang
demikian terpaksalah Labu dan Labi merengkok dalam penjara.

26
27

You might also like