Profil Keusahawanan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

SEMESTER I 2021/2022

WUS 101 – TERAS KEUSAHAWANAN

PROFIL USAHAWAN

DISEDIAKAN OLEH:

MUHAMMAD SHAKUR ADLAN BIN

MOHAMAD SYAHIDAN

(155357)

DISEDIAKAN UNTUK:

PROF MADYA DR. MOHD SAYUTI HASSAN

PENSYARAH WUS 101

TARIKH: 1 DISEMBER 2021


SURAT PENYERAHAN

MUHAMMAD SHAKUR ADLAN BIN MOHAMAD SYAHIDAN


Pusat Pengajian Sains Matematik,
Kampus Induk
Universiti Sains Malaysia
11800 Gelugor
Pulau Pinang

PROF MADYA DR. MOHD SAYUTI HASSAN


Pensyarah WUS 101
Universiti Sains Malaysia
11800 Gelugor
Pulau Pinang. 1 DISEMBER 2021

Tuan,

PENYERAHAN TUGAS PROFIL USAHAWAN WUS 101

Merujuk perkara di atas, saya Muhammad Shakur Adlan Bin Mohamad Syahidan bernombor
matrik 155357 dan nombor kad pengenalan 020711020631 telah menyertakan profil
usahawan bagi semakan tuan.

2. Diharapkan hasil kerja saya mendapat perhatian pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

.............................................

MUHAMMAD SHAKUR ADLAN BIN MOHAMAD SYAHIDAN

Pelajar Induk Sains Matematik,

Universiti Sains Malaysia

1
ISI KANDUNGAN
SURAT PENYERAHAN ………………………………..................................................................... 1
PROFIL USAHAWAN ………………………..................................................................................... 3
LAMPIRAN ……………........................................................................................................................5

BORANG JAWAPAN ……...................................................................................................................6

2
PROFIL USAHAWAN
LATAR BELAKANG TUAN MATSHA BIN SAMAD

Tuan Matsha bin Samad merupakan seorang ahli perniagaan


dan usahawan Melayu yang berjaya.

Beliau dilahirkan di Hospital yang terletak di kawasan


Sandakan, Sabah pada tanggal 22 Januari 1969. Mendapat
pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Elapora.
Menamatkan zaman persekolahannya di Sekolah Menengah
Kebangsaan Sandakan.

Beliau hanya menamatkan pelajaran sehingga ke tingkatan


tiga kemudian beliau terus untuk menceburi minat dalam
perniagaan dengan menjual barangan runcit.

Telah berkahwin dan mempunyai seorang orang cahaya mata


iaitu Arissa Soffiyah hasil perkongsian hidup dengan Isteri
tercinta beliau.

Pengasas Farissa Florist And Gifts ini sentiasa berpegang


teguh pada prinsip hidupnya iaitu “Sentiasa jujur dalam
perniagaan jika ingin diberkati oleh-Nya”.

Dengan berbekalkan modal permulaan RM5, 000.00,


pasangan suami isteri Matsha Bin Samad memulakan
perniagaan secara kecil-kecilan mempromosikan produk
Flower lattex 3D iaitu Bunga plastik melalui kaedah pesanan
melalui Whatsapp selain dijual terus kepada pelanggan yang
datang ke kereta jualan beliau.

Pada mulanya beliau menjalankan jualan beliau di


kawasan Kuala Lumpur di pasar malam jalan TAR. Oleh
kerana jualan beliau mendapat permintaan tinggi pada bulan
puasa, maka beliau mendaftarkan perniagaan beliau di
bawah nama Farissa Florist & Gift dan kawasan perniagaan beliau berubah ke kawasan Seri
Kembangan, Selangor kemudia berpindah di Kawasan Bandar Seri Putra. Sehingga kini
beliau sudah pun mempunyai keuntungan yang mencukupi untuk menyara keluarga beliau

Pada tahun 2020, Farissa Florist and Gifts telah dibangunkan untuk menjual pelbagai
jenis bunga plastik seperti bunga orkid yang mempunyai corak dan reka bentuk yang
menarik menggunakan kaedah lattex 3D dan dijual dengan harga berpatutan. Setiap bunga
yang dijual mendapat sambutan hangat kerana mempunyai rekaan yang menepati ciri-ciri
hiasan yang dapat mencantikkan lagi rumah mengikut cita rasa masing-masing. Selain itu,
bunga-bunga ini juga diperbuat dari bahan-bahan yang tidak mencemarkan alam sekitar
kerana bahan-bahan tersebut mesra alam.

3
Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan Puan Matsha bersama isteri beliau
menceburi dalam bidang perniagaan ini. Faktor yang pertama ialah keinginan mereka untuk
meningkatkan kecantikan dalam rumah sama ada di bilik mahupun di ruang tamu. Mereka
amat mementingkan kecantikan rumah dan sudah menjadi perkara rutin mereka untuk
sentiasa menjaga kecantikan dan hiasan rumah. Daripada minat itu, mereka menjalankan
perniagaan dengan menjual perhiasan rumah iaitu bunga plastik. Permintaan yang tinggi
terhadap produk mereka juga memberikan mereka semangat untuk mengembangkan lagi
perniagaan mereka.

Tidak dinafikan bahawa menceburi bidang perniagaan ini bukanlah sesuatu yang
mudah. Pelbagai cabaran yang terpaksa dihadapi semasa mula berjinak-jinak dalam bidang
ini. Antaranya adalah kesukaran mencari modal yang mencukupi untuk memulakan
perniagaan beliau. Walaupun beliau sukar mendapatkan modal, beliau tetap dapat
mencarinya berkat usaha beliau dan juga sokongan yang diberikan ahli keluarga beliau.

Kehidupan adalah seperti sebiji bola, ada masa kita berada di atas, ada masa kita
berada di bawah. Begitu juga dengan perniagaan Tuan Matsha ini. Setelah beberapa bulan
menjadi usahawan, beliau terpaksa menghadapi beberapa rintangan. Antaranya adalah
jualan tidak dapat dijalankan ketika waktu hujan. Jualan pada musim hujan hanya akan
menyebabkan barangan beliau rosak. Hal ini kerana beliau berniaga dengan menggunakan
kereta sebagai platform untuk menjual barangan jualan beliau. Antara perkara buruk yang
pernah menimpa beliau ialah khemah yang didirikan oleh beliau jatuh yang disebabkan
hujan yang lebat semasa beliau masih menjalankan perniagaan sewaktu hujan. Oleh itu,
beliau hanya akan menjual pada hari yang mempunyai cuaca yang elok. Seterusnya,
pelanggan juga tidak ramai yang hadir ke kedai beliau sekiranya bukan pada hari yang
mempunyai peristiwa yang penting seperti hari Raya Aidilfitri, hari Deepavali dan juga hari
Thaipusam. Namun, ia perkara tersebut hanya membakar semangat beliau untuk terus
berusaha dengan lebih banyak dalam mempromosikan produk beliau.

Beliau juga menyatakan bahawa, perkara yang paling penting kepada seseorang
yang ingin menjalankan perniagaan ialah melakukan perancangan yang tersusun dan rapi
persediaan yang rapi. Perancangan yang dimaksudkan itu bukan sekadar modal yang
encukupi, namun ilmu yang meluas dalam sesuatu bidang perniagaan. Jika ingin menjual
sesuatu barangan, kita haruslah tahu cara yang betul untuk berkomunikasi dengan
pelanggan supaya pelanggan akan lebih tertarik untuk membeli barangan kita. Selain itu,
beliau juga menasihati kepada masyarakat yang ingin memulakan perniagaan supaya
sentiasa jujur dan tabah dalam menjalankan sesutau perniagaan. Hal ini adalah kerana
perjalanan sebagai seorang usahawan bukanlah sesuatu yang mudah dan dengan kejujuran
itu akan membantu kita dalam mengembangkan pernigaan kita.

4
LAMPIRAN

5
BORANG SOAL SELIDIK (A-QSF)

6
7

You might also like